Wednesday, September 15, 2010

Aku dah bosan!

Assalamualaikum w.b.t


Saya tak tau nak mulakan dari mana.


Yang pasti tiada berita enak, gembira dan indah


Kalau dilihat dari 'dunia bermadu' ini.


Yang indah dan gembira adalah hari raya bersama keluarga


Berkumpul semua saudara mara....adik beradik


Dan beraya di rumah baru kakak saya


Tapi dari segi rumahtangga berbeza pula


Nanti senang2 hati dan tenang2 saya cerita detailnya


Pada masa ini yang saya boleh katakan


Saya rasa rumahtangga saya dah berakhir


Dan saya tak rasa yang saya akan berpaling lagi


Sebab saya dah luah semua ketidakpuasan hati saya sehabis-habisnya


Sepanjang tempoh 10 tahun kawin ini


Luahan sebegitu rupa saya tak pernah lahkan sepanjang tempoh perkahwinan ini!


Dan saya pasti kata-kata saya menerusi sms akan menikam jantung hati kalbu pak hj


Dan mungkin dia tak pernah dan tak akan menyangka saya sanggup menghantar sms sebegitu rupa!


Jika ini pengakhirannya maka blog duniabermadu.blogspot ini juga akan berakhir!


Lawak...yerlah sangat tuuuu


Wassalam

2 comments:

dayangbest said...

Selamat hari raya kak

saya doakan yang terbaik untuk akak

Zareda Norman said...

salwa
life is short.. so jangan habiskan dengan melukakan hati sendiri. Allah Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi, tidak akan diduga hambaNya dengan sia sia...