Wednesday, September 8, 2010

Ini entry terakhir sebelum raya

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni adalah hari yang mungkin saya akan terkejar-kejar sikit


Sebab pagi ni saya akan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam


Tak tau bicara akan habis jam berapa


Pastu akan balik rumah kejap urusan ambik baju bajan semua dan ke Bangi nak ambik baju raya, ada 2 helai tak ambik lagi...


Kemudian akan terus shoot ke Seremban,


Sebab ada hal, tapi ni tentatif...mungkin juga tak perlu singgah ke Seremban


Kalau singgah ke Seremban, aktiviti akan berkembang lagi


Mungkin akan singgah ke Senawang...


tau2 jerlah, lagi tak raya lagi tulah ada jer benda nak beli


Teringat2 design tudung lawa2 untuk kanak2...kat butik Pearl Haya


Susah betul nak cari tudung untuk Hani


Tudung yang eksklusif sikit....


Yerlah dia kan dari kecik dah pakai tudung


Kira macam2 jenis tudung dah ada....


Sekarang tak nak pakai tudung yang jenis sarung ada getah kat leher or ada reben2 ker...


Katanya tudung tu nampak terlampau macam2 kanak2...


Kakak nak tudung macam orang dewasa sikit


So nak taknak saya belikan tudung syria orang dewasa saiz S nampak okaylah tapi besar sikit


saya ni kalau beli apa2 untuk Hani suka yang betul2 ngam....takmo besar takmo kecik


Tambah2 pulak tumbesaran hani takdelah secepat kanak2 lain yang cepat menggebu


Dia, walaupun kuat makan nasi tapi metabolisme tinggi....masuk makanan cepat jer proses...tu sebab badan maintain slim melim jer...


Makan, berak, makan berak..tak tunggu lama, kan saya pernah cerita kalau gi mana2 harus standby carik toilet!


Habit tu masih berterusan sampailah sekarang....


Eh...saya citer apa tadi..meleret2 pulak dah....


Oh ye, lepas ke Senawang saya rasa nak terus balik kampung di Kampung Berangan 6, Umbai...


Tapi masih berkira2 samaada nak ambik Hani di Port Dickson atau tidak


Ikutkan hati yang geram ni memang nak ambik jer


Tapi dah tau dah kalau ambik Hani gak hari ni ending dia mesti tak berapa elok


Mesti pak hj akan rasa sengal dan saya pulak mesti akan menyesal


Lagipun, kalau ambik hani, kang tak singgah masuk rumah kak aza pun serba salah


Kalau nak masuk rumah kak aza, mesti saya akan tunjuk muka, saya memang betul tak reti nak berpura2...


kalau menyampah, geram , tak suka semua akan terpapar pada wajah....kan tak elok tu...kalau kak aza tengok or pak hj tengok sure jadik lain macam nanti....


So, tengoklah nanti, mungkin saya akan bersabar jer...tunggu khamis pak hj balik dengan Hani


Bila fikir2 terasa mudah jugak....kalau hani takde malam ni saya boleh bawak anak buah/kakak ke bandar, diorang dah booking saya nak ajak gi Taman Cempaka, tiap2 tahun tempat ni menjadi tumpuan ramai orang....sepanjang malam dibuka.....


Kalau gi tempat2 macamni dijamin 100% hani memang tak suka


Dia kan tak suka ke pusat membeli belah, ke kedai2 baju....pasar malam....terutama kalau berlama2, belek2....dia kalau boleh smapai beli apa kita nak terus balik (kedai buku terkecuali, 24 jam pun takper)


Dan dia juga suka ke taman2....jalan2....joging, duduk2 pun takper..asalkan jangan ke shopping compleks especially utk window shopping......unik betul dia ni....jalan2 beli baju sungguh mencabar sebab dia ni baju raya tak heran....makanan2 tak heran (kecuali bubur McD)....


Tak suka dia tu bukan pada kata2 jer dengan tindakan/action sekali....bebel2, menyorok, tarik2 tangan saya, kadang sampai bawak pada merengek/nangis ajak balik


So saya adalah tension kalau bawak dia jalan2.....so malam ni kalau dia takde memang lepas bebaslah saya...syoklah pulak


Ok jugak tu....so kebarangkalian untuk tak ambik Hani adalah besar melainkan nanti tengah driving kot berubah fikiran pulak ker....


So, dikesempatan entry terakhir sebelum raya ni saya nak sangat ucapkan;


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
kepada;
semua pembaca blog duniabermadu ini.



Dan saya memohon kemaafan andainya sepanjang kita mengenali menerusi alam maya dan alam nyata (setakat ni pernah jumpa 3 blogger jer iaitu jiji, Luna dan kak Azwa) jika ada tulisan atau gaya tulisan saya yang menyinggung perasaan dan mendatangkan sesuatu yang menyakitkan hati anda semua, saya mohon seribu kemaafan semoga saya diberi juga keampunan...terlalu banyak dosa dan terlalu banyak kelemahan diri ini..moga2 semua ujian yang diberi Allah dapat meningkatkan iman saya...amiiin
Semoga Aidil fitri ini membawa seribu kebahagian untuk anda semua.



Dan bagi yang akan balik tu kalau rasa mengantuk sangat, kalau diri sendiri memandu rehatkanlah mata dan kalau suami yang bawak keter tolonglah picit2kan tengkuk, lengan suami biar dia segar....




Bagi saya, setiap tahun sayalah yang akan menempuh saat2 sebelum raya dengan persiapan raya, persiapan balik kampung dan juga perjalanan balik kampung dari anak dara, jadi isteri dan kemudian jadik ibu seorang diri...segala2nya sendiri.....teringin juga nak macam orang lain tapi apakan daya dan ini bahagian saya...



Setiap tahun cerita saya sama sahaja tone nya..ada jer saya tak puas hati ada jer yang membungkam dalam diri dan ada jer masalah...tak tau bila akan selesai...



Adakah saya yang bersalah...saya meminta terlalu banyak? saya tak pernah puas?
Bersyukurlah bagi anda yang tak melalui apa yang saya lalui.....

Wassalam

4 comments:

oren said...

mmglah rasa mcm best bila takde Hani, sbb dia tak suka tmpt2 bersesak tuh...tapi jauh di sudut hati seorang ibu, mmg tentu akan teringat..nak2 kalo tgk barang kesukaan anak, mesti teringat2..

sbb saya pun camtuh..selalu la jugak p shopping sorang2 (amik cuti dan meronggeng seorang diri), tapi bila tgk calciyum, vitagen, coklat, kopok..semuanya memngingatkan saya pada anak2..huhuhu...

salam aidilfitri kak...

ps: teringat kata seorang blogger, lebih baik takda daripada ada, tapi lebih byk menyakitkan hati..

Zareda Norman said...

salwa

kak zar nak komen pasal tudung aje.. hahaha. Kat BBB ada satu kedai jual tudung lycra khas untuk kanak kanak, jahitan kemas dan comel comel bunga kecik kecik, terletak elok aje pada cik ika.. tak de ler dia asik pinjam tudung akak je dan kena pin bagai.. sehelai RM15, dan ada satu agen pearl haya juga kat seksyen 7 BBB.. banyak pilihan pearl haya untuk kanak kanak.. ada 10% less.

selamat hari raya ya salwa.. maaf zahir dan batin.. hati hati dijalanraya

Ummi said...

selamat hari raya wa, maaf zahir dan batin :)

Cool said...

jemput je kak@!~