Wednesday, September 22, 2010

Nak perang? Saya dah bersedia mental fizikal!

Assalamualaikum w.b.t


Terlebih dahulu ribuan terima kasihj atas komen-komen membina, semuanya disematkan jauh di lubuk hati saya.


Apapun, bagi yang mengikuti blog ini sejak dulu, tentu dapat memahami gerak hati dan denyut nadi rumahtangga saya...dan anda adalah orang-orang yang tepat dalam memahami dan layak memberi pandangan dan nasihat kepada saya.


Keciwa.....itu yang saya rasa bila saya tau dia menelefon kwan saya semata2 memburuk2kan saya dan menasihatkan kawan saya itu jangan menolong saya apa2 pun....kerana saya jenis suka ambil kesempatan....mempergunakan orang....


Kawan yang ditelefon tu adalah Miss Sinar.....dan miss sinar sendiri tak pernah rasa dia dipergunakan... kerana baginya apa ertinya kawan.....kerana kami sama-sama merantau, tiada ahli keluarga terdekat....


Mungkin dia tau saya sangat rapat dengan Miss Sinar pada masa ini.


Dia menelefon Miss Sinar pada jam 12.00 malam pada hari Rabu, bersamaan raya ke 6, 16 september.


Miss sinar sangat terkejut....dengan membahasakan diri aku kau, sesuatu yang miss sinar tak jangka langsung


Saya berperang menerusi sms pada petang raya pertama dan pagi raya kedua sahaja....


Tetapi dia mengambil masa dari sabtu hingga rabu untuk mengambil tindakan menelefon miss sinar


Kebetulan saya dan miss sinar ada berhubung pada raya ke 4 sebab miss sinar dah masuk pejabat dan menelefon saya dari office.


so saya ada bagi hints yang saya mungkin akan bercerai....tapi tak cerita panjang....sebab saya kan ada di kampung taknaklah cerita saya terbongkar kalau bercakap di telefon kot sapa2 dengar nanti...


Dan kebetulan miss sinar pernah terserempak dengan saya dan pak hj makan roti nan di presint 16.... masa tu dia menyuarakan simpati pada saya bila melihat penampilan pak hj yang OKU, bertongkat bagai....


Dan miss sinar telah nampak penampilan pak hj berjubah, berjanggut dan berkopiah...seolah masa mereka2 yang beriman dan berilmu....alim warak bagai....


Terkejut dia dapat panggilan tengah malam (dan terdengar suara bising2 aza dan anak2) dengan disapa secara tidak berhemah pula....


Jam 3 pagi dia telefon lagi tapi miss sinar tak jawab


Dan banyak kali pesan dekat miss sinar jangan bagitahu saya sambil menekankan betapa buruknya perangai saya....


Dan miss sinar pula ikut nasihat tunang dia dan tidak beritahu saya sehingga 20 september


Dia ingat saya cerita semua perihal dia pada miss sinar?


Dan dia rasa miss sinar akan menyebelahi dia, miss sinar lebih kenal siapa dia yang sebenar


No, saya tak cerita semua pada miss sinar....dan dimana saya bercerita segalanya?


Hanya di sini, di blog ini....


Dan saya juga punya dua teman rapat lagi yang saya kenali hati budi mereka sejak 1994


Saya rasa dia lupa yang saya juga amat rapat dengan dua orang kawan baik sejak u dulu


Iaitu Azizah yang kini berada di Labuan (banyak kali saya sebut dalam blog dah)


Dan juga Kak Jue yang tinggal di Serdang, juga saya dah sebut nama dia banyak kali di sini


dan saya juga ada teman rapat di SPRM Negeri Sembilan...yang menjadi kaunselor tak bertauliah saya....


Tapi dia tak berani pula call kawan2 saya yang lebih rapat...


kenapa miss sinar yang saya baru kenal sejak awal tahun ini sahaja dia berani call?


Bagaimana pula dia dapat private number miss sinar?


Saya syak dia pernah menyelongkar hp saya agaknya....


Saya pasti kalau dia call kawan rapat saya yang benar2 rapat tak mungkin dia berani, sebab kawan itu lebih kenal saya dahulu dari dia...


Sudahlah....saya rasa inilah penghujung garisan dan saya takkan berpatah balik semula....


Kerana berani, saya beri ganjaran untuk diri sendiri


Sebagai hadiah atas keberanian saya membulatkan tekad dan azam untuk meneruskan hidup yang lebih bahagia dan bermakna saya telah menghadiahkan diri sendiri hp blackberry......saya beli tengahari tadi masa lunch hour di The Mines....malam ni nak godek2...



Kereta dan hutang dia pada saya!


Kembara dah ambil petang semalam, kos keseluruhan RM2,950...dapat diskaun sikit....setakat ni saya tak bawak kembara saya bawak merc dulu...selagi tak pulangkan selagi tu saya nak lanyak keter tu....


Satu2 saya teringat sumbangan saya pada merc ni, rupanya saya jugak yang bayar cukai jalan dia untuk tahun ni....selain servis yang saya dah sebutkan awal2....


Dan kemudian saya teringat juga yang saya bagi dia cash RM2,000 semasa nak bersalinkan hani serta kad ATM gaji saya untuk dia pegang masa saya pantang, paling2 mesti 2 bulan tu gaji saya RM5,000...tetapi dengan cash money berkenaan hajat saya yang paling utama untuk aqiqah kan hani pun gagal dia tunaikan....saya menitis air mata dulu2 kalau teringat perkara ni


Aqiqah hani saya dah tunaikan pun dengan beri dia duit lain masa hani umur 5 tahun.....


Dan saya teringat satu persatu, sepanjang 3-4 tahun pertama saya jugalah yang membayar kos dia berulang dari seremban-kuala pilah dengan memberi dia kawalan penuh ke atas kad gaji saya dan saya diberi belanja RM500 sebulan.....dengan semua bayaran lain dia lunaskan melalui gaji saya....sebab dia pegang kad berkenaan...


Bukan itu sahaja, saya juga memberi dia satu kad kredit untuk kemudahan mengisi minyak yang kemudiannya bayaran kad berkenaan juga ditampung oleh kad gaji saya.....


Semua statement kad kredit berkenaan masih ada dalam simpanan saya dan saya juga telah tandakan dengan highlighter semua perbelanjaan isi minyak dia.....itu sebab saya boleh ingat semua ini....


Mujur dia buat kesilapan di mana dia terlupa membayar kereta kancil saya, kali pertama ketika saya mengandungkan hani, kereta saya ditarik penarik kereta....tetapi saya lunaskan bayaran sebanyak RM800 barulah dapat semula kereta tu....


Kali kedua juga dia terlupa bayar kereta, masa tu Hani dah ada....


Tapi kali ni saya macam tak boleh terima dan saya mula marah.....menyebabkan sedikit pergaduhan....kemudian dia rasa bersalah tapi ego taknak mengaku dia tinggalkan kad saya atas meja solek ....


Dan sejak itu, kesempatan itu saya gunakan untuk menyimpan terus kad kredit dan kad gaji saya.....


malangnya selepas itu, layanan dia banyak berubah dan segala2 tentang saya dia taknak masuk campur sepertimana semasa dia mengawal kewangan saya....


bagi saya penceraian ini bukan isu duit sebenarnya tapi lebih kepada sikap dia....yang ego dan enggan menerima kekurangan diri dan enggan menghargai isteri...


Wassalam

9 comments:

lynna said...

Saya doakan salwa dan hani tabah dan kuat hadapi hari mendatang. Kita sama aje terlalu berdikari hinggakan dia lupa yg kita juga berkeperluan. Kalau compensate serba sedikit tu, sejuk gak hati, kan?
happy ber'blackberry' :)

Ummi said...

wa, akak doakan yang terbaik untuk wa, you deserve to be happy.

melangkah ke hadapan, jangan pandang belakang lagi

MOKCIK AZWA said...

Salam Salwa,

azwa sensitif sikit tang suami kontrol duit gaji isteri. Nasib baik dia beri Salwa RM500...ada kawan azwa tu asben dia cuma beri RM5 sehari.. sorang lagi asben dia beri RM50 sebulan...apa2 nak beli kena report kat asben.

Sampai hati juga tu menelefon kawan2 untuk memburuk2kan kita...aduhhh...kesian Salwa. Azwa doakan semoga Salwa kuat menghadapi semua ujian ini.

ehem..blackberry aper tu...curve?storm?bold? hehehe

dayangbest said...

dah ada blackberry bleh bukak akaun twitter nanti

oren said...

mcm entry semalam, saya doakan yg naik2 untuk akak dan hani..

ps: mmg sakit hati kalo org lain sewenang2 gunakan duit gaji kita..

Jiji said...

Kadang sebab nak rasa "Suami bagi duit" walo pon faktanya duit dari poket kita yg kita dah hulur kat dia awal2..

Tindakan ni semata-mata nak jaga ego suami dan air muka dia...

(tp biasala kan dan nama ego)

Jiji ada buat jugak.. ujong pulan husband gaji lambat masuk.. saja suruh dia isi minyak keta kita 20.. kasi Rm50 bila dia pulang balance.. i said pegang la dulu..

tp selalu dlm jumlah yg kecil la

Cool said...

pada jiji la... cuma harap kan terimakasih dlm bentuk "MEMBANTU KERJA RUMAH" apa apa yg patut... tu je pon...bukan nak suruh bayar balik.

bukan la tak ikhlas.. tp cuma nak sang suami nampak contribution kita.. dan betimbang rasa

haih

kakLuna said...

suami2 pd hari ni cukup susah nak cari yg bertanggungjawab!

Zareda Norman said...

salwa
kalau itulah keadaannya.. eloklah salwa berundur.. hidup ni singkat, eloklah masa yg singkat tu kita hidup dengan bahagia, tenang hati dan jiwa dan boleh beramal dengan tenteram