Wednesday, September 1, 2010

Cara kami berbuka puasa & beri laluan pada First Lady kita

Assalamualaikum w.b.t


Saya rasa saya jarang sangat menulis tentang menu-menu kami berbuka puasa.


Tahun ni adalah paling simple dan sederhana sekali


Bukannya apa, tahun ni kami banyak berbuka di luar


Saya sangat tak bertenaga dan tidak bernafsu nak makan, apatah lagi nak masak


Tak tahulah kenapa Ramadhan kali ni selera saya takde


Takde keinginan nak makan makanan tertentu dan takde mengidam apa-apa makanan pun


Tapi kalau makanan ada depan mata saya masih juga boleh makan


Cuma kalau ke bazar ramadhan tu puas pusing tapi tak jumpa apa keinginan saya nak makan


Kesudahnnya, saya hanya beli benda2 yang saya rasa saya boleh makan tapi kesudahannya makan sikit sahaja


Justeru, ramadhan kali ni saya dan hani banyak berbuka di masjid jer.


Kadang-kadang saya ke masjid al mizan, tapi akhir-akhir ni saya ke masjid Putra pulak


Suasana lebih selesa sebab masjid Putra ada aircond dan kanak2 tak berapa bising sangat


Tambah2 pulak makanan di sini pada tekak saya lebih sedap dan memenuhi citarasa saya


Usai berbuka dengan kurma dan sejenis kuih terus solar maghrib, lepas tu baru makan nasi


Lepas terawikh 20 rakaat, ada disediakan makanan utk moreh pulak


Sangat senang hidup saya, makan apa yang ada sahaja,


Sahur pun senang jer, kadang2 saya masak, selang selilah jugak takde hari2 saya masak


Selera hani ni sangat kurang semasa sahur, alhamdulillah masa berbuka dia makan banyak


Sahur kadang2 saya masak sardin, sebab ni antara hidangan yang hani boleh telan dan goreng ikan


Selang 4 atau 5 hari saya masak maggi jer, perasa Tom yam sebab ni jer pun yg hani suka


Kalau masak kuah2 atau sambal atau berkaitan telur hani takmo makan lah pulak


tu pun kalau makan nasi kena bersuap, kalau tak dia makan sikit jer


Biskut pun dia tak lalu, air milo pun taknak....roti pulak kena letak sardin baru makan


Sahur dia minum air masak dan susu sustagen jer...


Sejak bulan puasa ni makin kurus dia


Tapi dah ada 4 hari dia tak puasa, ada antaranya saya yang suruh berbuka...semua hari sekolah...yerlah dahlah panas sekarang ni, penat pulak dia....dengan pagi sekolah rendah, petang KAFA urus diri sendiri, pastu KAFA ramadhan ni balik awal, jam 4 petang, saya ambik dia 5.30, 1 jam setengah member bermain2...mana tak saya sampai letih bukan main (tak sahur) so berbuka jerlah nak oii....


Bukan salah dia, semuanya sebab saya melalu, tak terbangun sahur....balik sekolah saya tengok hani merengek tak larat, yerlah berbuka tu makan sekali (berbuka di masjid kan....pastu bukan ada ulang2 makan dah)


So, maknyanya, umur 5 tahun dia puasa 5 hari, 6 tahun puasa penuh, 7 tahun ni nampak gayanya lompong 4 harilah..takperlah....baik berbuka mana tau kot apa2 jadik susah pulak....


Semalam kami dua beranak berbuka di masjid UPM, sedap pulak masakanannya ayam masak lemak cili api...sebenarnya Hani dah lama nak makan bubur McD, so dipendek citer, malas nak ke alamanda dan kalau ke bangi sure jalan jem lepas keluar pintu 1 tu, so saya ke serdang jerlah.


Singgah solat asar terus jer kami dua beranak rehat2 situ, tapi kemudian saya ajak hani berbuka situ jer dulu sebab tengok ada yang menghidang, lepas maghrib terus ke McD serdang, tak sempat nak berterawikh semalam, konon nak bekejar balik ke Masjid Putra, tapi memikirkan hani masih pakai baju sekolah (lupa nak bawak perslainan, plan ad hoc)


Malam ni tadi ke masjid Putra semula....jam 7 baru sampai sana. Tengok2 penuh polis dan kereta pun banyak terpaksa parked kat depan bangunan JPM tu...tak sangka rupa2nya ada majlis berbuka puasa dengan PM sempena merdeka kot?


Pastu ada penyambut tetamu suruh saya ke belakang terus sebab ada banyak meja kosong. Depan2 semua dah penuh tetamu, satu meja tu dalam sepuluh orang. Saya tengok semua meja dah penuh, nak menyelit pun malu, so saya duduk kat meja yang masih kosong.


kami dua beranak jer satu meja tu, tapi makanan masyaallah penuh satu meja. Tak sangka pulak
rezeki kami dua beranak melimpah ruah hari ni. Ada ikan masin dengan nenas masak lemak, ada daging masak kari, ada sambal sotong, ayam goreng berempah, syur campur, ulam2an, sambal belacan...lauknya memang sedap sangatlah.


Kuih2 pulak ada talam keladi dan agar2, siap dengan bubur lambuk pulak tu....air sirap selasih dan teh tarik.


Satu meja penuh makanan utk kami dua orang jer....memang gila lah...walhal selama ni begitu sederhana kami dua beranak makan...ada satu hari tu (masa demam) saya dengan hani hanya berbuka roti gardenia letak sardin lipat dua, tu pun sardin yang saya masak utk sahir tapi tak lalu nak makan.....adalah kot sorang makan 3 keping pastu terus kami tidor....memang tak larat sangat badan saya, nak ke PARAM tak larat, nak masak tak larat....syukurlah hani tak merungut, asalkan kenyang katanya....


Tapi dah dua malam, kami dua beranak makan sedap....memang kami percaya bahawa rezeki kita memang dah tertulis, kalau dah rezeki tu tak kemana....setiap hari kami tak tau kat mana tertulisnya rezeki kami. Tapi allah maha pemurah, setiap hari diberinya rezeki makanan berbuka melimpah ruah walaupun saya dengan hani tak fikir langsung apa nak makan bila berbuka untuk setiap hari..sebab tau akan ada rezeki untuk kami....


Lepas berbuka terus solat maghrib, tengok2 kat tempat biasa saya duduk (kawasan saf depan) sebelah kanan dan ada sejadah tebal dan tertulis reserve, dah agak dah mesti ada tetamu VIP ni, so saya duduk saf kedua jer...


Ada 2 vip jer duduk kat tempat yang direserve 5 ruang tu....Datin Masnah Rais dengan sorang lagi yang saya tak kenal, tapi ada iras2 macam Mashitah Ibrahim (tapi tanya jemaah lain bukan katanya). Agak2 nak dekat isyak, Datin Masnah Rais menoleh ke saf kedua dan panggil saya suh duduk saf pertama sebelah dia, walhal antara 5 ruang tu yang paling tengah sekali tu adalah sejadah paling tebal (saya agak utk Rosmah mansor), nak taknak saya terpaksa solat sunat qabliyah isyak kat atas sejadah paling tebal tu....sebelah masnah rais pulak tu (sipa bau minyak wangi dia lagi)....


Bila nak mula solat isyak tu tetiba jer Rosmah mansur datang pulak, tak datang berbuka dan maghrib, datang lewat utk isyak dan terawih jer agaknya...pastu apa lagi....heheee..terpaksalah saya berundur ke saf belakang sebab nak beri laluan pada First lady kita tu, merasalah solat 2 rakaat atas sejadah maha tebal tu.....tak sempat saya nak ambik quran yang saya letak depan tu (atas tiang penghalang lelaki dengan perempuan) serta beg telekung saya yang ada dua bungkus bubur lambuk betul2 depan sejadah tebal tu saya letak...dalam beg tu ada handphone yang saya lupa nak silent mode...harap2 tak berbunyi lah...


Tadi solat 8 rakaat terus witir, tak faham saya kenapa PM datang kena solat 8 rakaat jer...buatlah cam biasa 20 rakaat. Masa berbuka tu pun bukan main lama lagi tunggu PM baru solah jemaah maghrib...siap masa berbuka tu ada kumpulan nasyid menyanyi lagu hiburkan hadirin....agaknya diorang dah solat dulu baru nyanyi kot?


Rasanya penghormatan pada pemimpin terlebih sudah banding penghormatan pada maha pencipta...tak tahulah....


3 VIP wanita tu tak berapa mesra...takde menoleh2 dan borak atau bercakap dengan orang lain, sesama mereka jer....yang first lady tu selamba jer sebelum solat isyak dan selepas solat witir membuka telekung mendedahkan keseluruhan kepala dan rambut, pastu baru pakai selendang nipis bergemerlapan....


Telekung mereka juga cantik dan berkualiti....first lady telekung kaler coklat cream.....macam jenis kain chiffon tebal ada kilat2..lain macam telekungnya tu, macam tempahan khas jer.....tapi nampak tak berapa selesa kot, asyik cuba betul2 kan telekungnya setiap kali selang antara solat tu....dah saya duduk area belakang dia tentu mata ni memerhati ke situ jer...


Sudah witir tu berbondong2 muslimat yang kejakunan atau kebanggaan tu mampir ke depan semata2 nak bersalaman dengan first lady, sampaikan first lady kelihatan sedikit senyum kelat sebab dia dah keluarkan compact powder dia tapi tak sempat nak touch up asyik orang tak putus2 datang nak salam...


Saya tekun duduk memerhati gelagat semua....terasa cuak juga, sebab awal sangat dah habis terawih...malam masih muda....dan tade pulak teringin nak bersalaman dengan first lady depan mata dan masnah rais tu....








Wassalam

5 comments:

oren said...

hmm..pengalaman tuh..

syiok jugak peratikan gelagat org..nak2, org tu kelas atasan..bleh buat comparison..hikhikhik

Jiji said...

masnah rais.. kita org sedara mara time raya kalo dia dtg dok panggil dia datin.. takbleh panggil dia nenek .. lepas saja suruh adik sedara dia yg kecik panggil dia nenek!!
dulu laa zaman anak dara!

Zareda Norman said...

salwa

kak zar pun kalau majlis cam tu suka perhatikan perangai manusia ni.. memang kalau majlis gomen ni, berlebih lebih sanjung vvip. macam tak kena jugaklah.

Tapi kak zar tertarik betul bab berbuka kat masjid ni.. memang rezeki berbuka di masjid ni sangat unik.. rezeki melimpah ruah tak disangka sangka.. kalau dengar cerita org pi umrah time Ramdhan lagi seronok.. kdg kena baling dengan roti dan kurma.. sebab berebut rebut orang di sana nak menjamu orang berpuasa dengan juadah berbuka

Ummi said...

pengalaman berbuka kat masjid, best,

betul Allah yang tentukan rezeki kita,

ummi pun memang suka perhatikan gelagat orang, tambahan golongan atasan :)

kakLuna said...

mana tau kan kak...mula2 sembahyang kat sejadah VVIP pasni akak pulak jadi VVIP..hehehe

tapi sejadah tebal ke telekung chiffon ke Allah tak pandang kak, tapi kekhusyukan dan taqwa padaNya tu yang dikira...alangkah bagus kalo VVIP smua tu sedar perkara ni dan hidup bersederhana.