Wednesday, September 8, 2010

Ok...ni betul yang last!

Assalamualaikum w.b.t



Tadi ingat nak terus balik seremban dari Mahkamah Shah Alam


Tapi tengok court case habis jam 11.30, saya pun balik Putrajaya dulu.


Pergi Bangi sekejap ambil lagi dua helai baju....kain lama tapi baru tempah....


Lagipun cadangan perjalanan oleh PLUS dari lembah kelang ke Alor Gajah/Ayer Keroh adalah jam 4.00 petang


Maka, saya akan bertolak jam 4.00 petang


Sementara nak kill the time kononnya saya cuci mencuci comforter


Dan mengemas sikit rumah supaya balik nanti semua dalam keadaan teratur


Hani saya takkan ambik, Jiji...kak wa ras anak buat tak tau jer....lagipun kalau hani ada dengan ayahnya, maka tentu ayahnya akan balik kampung akak....


Kalau akak gi ambik Hani entah tak tau lak apa ceritanya nanti, entah perang ker entah merajuk lagi ker....sudahnya nanti Pak hj langsung tak balik kampung akak


Pengajaran sungguhlah peristiwa raya tahun lepas tu, silapnya akak gi ambik Hani yang ikut ayahnya ke Surau terawih (main ambik tak bagitau, cuma Uda dan Zubair ada nampak) dan akak bawak pulak dia ke The Store....dan silap lagi akak lama sikit saya ke The Store beli baju Hani, sudahnya orang tua tu merajuk, masuk minggu ketiga raya baru jumpa suami...tu pun sebab akak pergi rumah Taman Sri Pinang tu....


tahun ni taknak lagi sejarah berulang. Susah nak deal dengan pak hj ni....tak boleh jangka apa ada dalam kepala dan apa reaksinya nanti....pusing kut mana pun nanti tetap akak menjadi mangsa keadaan...


So, fikir secara rasionalnya (kalau ikut emosi lama dah ngamuk ni) eloklah saya ikut jer cadangan pak hj yang akan bawak sendiri Hani esok petang sebelum malam raya.


Kalau saya perjuangkan pun tetap saya juga yang akan dipandang 'salah dan over', dan satu sebab lagi saya malas nak deal apa2 dengan Aza, dan malas nak ada apa2 hubungan dan kaitan, termasuklah pergi ke rumah dia...


No no no....tidak buat masa ni, saya nak padamkan dalam kamus hidup saya istilah madu....setahun dia takde dalam hidup saya iaitu sejak peristiwa gaduh raya tahun lepas sampailah baru2 ni dia call saya sebab isu dia gaduh dengan pak hj...saya rasa bahagia jer takde gangguan apa pun...dan takde apa kekuranganpun dalam hidup saya....


Bila saya bezakan hidup saya dengan adanya watak dia, saya dapati bila dia wujud dalam hidup saya masalah hidup saya bertambah sebab terpaksa fikirkan masalah hidup dia jugak yang tak pernah surut.....terutama kes mak dan kakak dia....


So, kesimpulannya saya takmo dah sibuk2 hal madu ni....kalau Hani nak duduk sana pun berapa lamalah....setakat cuti sekolah..selain tu takkan ada peluangnya....


Hal ke Penang tu saya akan fikirkan semula....sungguh serius rupanya kesan kalau Hani ke Penang...terutama kesan emosi pada diri saya....emosi Hani tak nampak apa kesan lagi...


Saya tau saya akan tertekan kalau memikirkan Hani yang akan dilawati oleh pak hj dan Aza di Madrasah setiap hujung minggu dengan membawa masakan/makanan dan pastinya akan bawa Hani membeli belah....


Tapi saya keseorangan di Putrajaya....


Dan kalau saya ziarah hani pun, berapa lama lah saya boleh bagi masa kat dia....banding dengan masa Aza dan pak hj?


Salah salah gaya mau saya jadi gila memikirkan Hani dan memikirkan sakit hati pada pak hj dan Aza atas tindakan mereka


Melainkan Hani cukup matang membezakan mana kasih sayang maknya mana mak tirinya. walaupun sekarang dia boleh bezakan tapi kegahirahan sebagai kanak2 yg suka berkawan dan bermain mengatasi sifat sayang dia pada saya...


Kalau pergi sana, dia akan lupa seketika yang saya seorang diri di sini....dan pastinya selepas dia balik kepada saya dia akan ada satu emosi yang terganggu sampai membawa kepada menangis dan kesedihan melampau!


Dan saya tak suka melalui saat2 macamtu, saya tak suka nak pujuk dan saya tak mau janji benda bukan2 pada Hani.....yang mana permintaannya utk ada adik, ada kawan semuanya tu saya tak de kuasa nak putuskan....

Wassalam

No comments: