Tuesday, September 21, 2010

Wajib Cerai kali ini!

Assalamualaikum w.b.t


3 hari ini banyak benda saya fikirkan.


Tapi saya tak solat istikharah lagi.


Tapi semacam ada keyakinan yang sangat tinggi untuk menempuh hidup sendiri.


Tak macam yang lepas-lepas.


Kali ni saya mengaji dan solat dengan tenang sekali.


takde rasa penyesalan dan tiada rasa gundah gulana


Tapi hari ni saya terkejut yang amat sangat


Tapi terkejut2 pun, ia membawa kepada peningkatan keyakinan saya untuk bercerai


Mana taknya, kali ini strategi yang digunakan sungguh tak bermaruah


iaitu dengan melibatkan pihak ketiga iaitu kawan baik saya sendiri


berani sungguh dia menelefon kawan saya dengan memburuk2kan saya


Mujur kawan baik saya masih juga kawan baik saya....tetap kenal siapa saya!


Sungguh jijik cara dia...


Dan ayat dia yang kawan saya sampaikan adalah...dia akan tetap nak tinggalkan saya!


Dan minta kawan saya beringat2 kerana saya dikatakan jenis suka mempergunakan orang lain?


Whattttt???


Sapa pergunakan siapa ni?


Dan suruh kawan saya tolong perhatikan hani...


Heyyyy....aku maknya...adakah aku gagal membesarkan anak sehingga dia sudah berumur 7 tahun sekarang???


Cukuplah pemikiran saya dimanipulasi, dipergunakan dan dikawal....oleh dia


Sehingga saya sentiasa rasa saya tidak mampu hidup sendiri


Saya rasa saya sentiasa perlu bergantung kepada seorang lelaki bernama suami....


Cukup! cukup dan cukup semua nih!


Jangan harap dia dapat tinggalkan saya sebab saya terlebih dahulu akan tinggalkan dia!


Persoalannya???


Adakah jatuh talak dengan kata2 kepada kawan saya itu?


Saya dah sms dia supaya dia segera sms dan lafazkan cerai melalui sms kepada saya siap dengan niat untuk veraikan saya sekali supaya senang saya failkan terus proses penceraian dan tak perlu proses kaunseling...


tapi dia tak berbalas2 pula.....


Sakit hati pulak saya, lepas kau dah ambil tindakan bodoh dan menjatuhkan maruah diri sendiri dengan menelefon kawan baik saya dan burukkkan saya (yang masih isterinya walhal imej dia macam alim sangat larrr) pastu kau buat diam!


Untuk makluman anda, dia sekeluarga dah pindah, ini dimaklumkan oleh anak tiri saya, Iza yang dimaklumkan oleh adik perempuan pak hj yang pergi beraya ke rumah Aza raya kedua lepas.....so confirm diorang dah bermastautin di Penang sekarang ni, Balik Pulau tepatnya!


Lantaklah....saya takde kaitan dah..kau nak ke hujung dunia pun takde kena mengena dengan saya...yang penting, bebaskan aku secepat mungkin dan cepat aku dapat padamkan memori hitam 10 tahun ni!


Dan Allah maha berkuasa, satu pergi dua datang....


Esok anak buah saya, Along akan mula bekerja di Putra Height Bangi dan akan tinggal dengan saya....


Dan syukur mak saya nak ikut saya balik ke Putrajaya weekend ni dan nak duduk seminggu pula tu...


Rutin saya sebelum 10 tahun lepas akan saya buat semula...


Selama 10 tahun ni saya seolah2 tak dapat berbakti pada emak...seolah2 orang takde kampung, takde sedara mara....


Nak bagi mak duit banyak pun kena sound


Nak balik kampung kerap pun selalu kena halang


Ada jer tak kena dengan keluarga saya di mata dia!


Ada jer suasana tak selesa kat rumah saya di mata dia sampai saya pun sama tak dapat balik sebab ikut jehendak dia


Tapi sekarang, saya akan pastikan mak saya sebelum menutup mata saya akan saya balas budi baiknya selama ini.....

Wassalam

6 comments:

Mutiara said...

Saya doakan segala kebaikan dan kebahagian untuk Salwa dan Hani

Jiji said...

nampaknya pak hj tak berdiam diri .. mcm nak mengeruhkan keadaan.. akak kena cool tau kak.. jgn breakdown dpn dia.. kawal emosi.. lelaki patah akal kalo kita cool je dengan semua tindakan dia.. jgn nampak kita terkesan sgt. biar dia saiko sorang2 dengan tindakan dia..
tindakan tu semua rasanya nak cuba tutup kelemahan sendiri...

apa pon cuba selesaikan dengan cara terbaik (berbaik-baik)

oren said...

yg menghadapi segala dugaan adalah diri akak..kami yg baca, cuma doakan yg baik2 saja..atas apapun keputusan akak demi kebaikan hani..kami doakan yg baik2 utk hidup akak dan hani..

MOKCIK AZWA said...

Salam Salwa,

Terkedu saya, tak tahu nak kata apa. macam kata Oren, Salwa yang menghadapinya, insyaAllah Salwa tahu apa yang terbaik utk diri Salwa dan Hani.

Setuju dengan Jiji..Salwa kena kawal diri agar bertenang dalam menghadapi keadaan dan serangan psikologi yang dilancarkan. Kalau nak meletup...luahkan dalam blog ini..tapi utk menghadapi sidia itu...tunjukkan kekuatan dirimu.

Saya doakan agar segalanya akan berakhir dengan baik, insyaAllah

Amir Syafiqah said...

Salwa,

Saya cuma mengikuti cerita Salwa.. Apa pun tindakan yg di ambil, saya doakan yg terbaik...

kakLuna said...

la ila ha ila anta subhanaka inni kuntu minazzolimin