Friday, September 17, 2010

Ya Allah, mudahkanlah urusanku hari ini.

Assalamualaikum w.b.t


Semalam sepatutnya saya pulangkan merc tu.


Tapi kepala pening dan sakit sangat.


Membayangkan nak ke PD dan balik naik bas jer dah membuatkan kepala saya pening.


So, petang saya habiskan dengan tido, bangun utk solat jer.


Semalam seharian makan bubur. Sambal tumis. Iklan bilis goreng. Kicap.


Petang rasa lapar, makan biskut lemak tiger dengan kopi panas.


Pagi ni kepala masih pening lalat, tapi ok sikit dari semalam.


Pagi ni perancangannya saya akan hantar merc ke PD, dan balik ke Seremban terus ke Putrajaya.


Pastu akan ke bengkel di Bangi tengok samaada kereta dah siap ke belum


Dan, kalau sempat saya akan balik kampung semula untuk ambil Hani.


Ahad saya akan balik ke Putrajaya semula.


Sepatutnya isnin saya masuk kerja dan Hani pulak hari ni (jumaat) start sekolah tapi saya pontengkan.


Bagi dia puas2 duduk kampung.


Dan saya pulak, isnin ni kena ke Seremban lagi, ada perbicaraan di Seremban. Tak habis2 bicara..letih!


Kereta, beli @ tidak?


Sementara tu, saya masih berfikir2 samaada nak ambil kereta baru atau tidak.


Pertamanya, saya kena tengok prestasi kembara.


Kalau selepas tukar gear box dia buat hal, takde fikir2 dah, saya akan ambil juga kereta baru.


Selepas apa yang berlaku ni, saya terpaksa berpijak di bumi nyata


Saya kena berlapang dada dan betul2 berbelanja secara berhemah....


Cukuplah sekadar saya membeli kereta tempatan yang dalam range harga RM500-RM700.


Sebab dalam harga tu pun saya akan membayar seribu sebulan utk kereta sahaja...sebab plus RM433 monthly installment kembara...


dan perhitungan saya juga perlulah melihat pada kereta yang mungkin kejatuhan harganya minima.


Agak2 kalau lepas habis bayar kembara nanti, saya ada hajat tukar kereta dengan kemampuan membayar yang meningkat, tidaklah saya berhadapan dengan masalah sama macam hari ni, market price rendah compare dengan hutang....


Nak kena cari kereta yang market price dia tak jatuh sgt lepas 3 tahun...tak taulah kereta apa...kena google dan tanya dealer keter dulu...


Dan pastinya saya kena carik jugak jenis kereta dan bank yang offer loan dengan interest rendah...


Apapun saya merancang jer, Allah yang akan menentukan segala2nya


Prosedur Penceraian


Dan semalam juga saya berfikir, hal perpisahan ini.


Saya terasa begitu malas nak melalui prosedur penceraian biasa


Kalau ikut prosedur biasa saya perlu failkan permohonan penceraian di mana-mana pejabat agama terhampir


Apabila fail dibuka, pasangan akan dipanggil melalui proses kaunseling dan kaunseling akan diadakan beberapa kali dengan ustaz/uztazah akan bertanya pasangan yang memohon sebab2 permohonan penceraian


Sebaliknya kalau pasangan telah menjatuhkan talak di luar mahkamah, mereka akan terus melalui proses perbicaraan pengesahan lafaz penceraian dan akan didenda


Kalau melalui kaunseling, saya merasa kurang selesa, sebab biasanya semuanya akan dibongkar semasa sessi kaunseling berkenaan. Kan dulu saya dah melalui proses ni....dan saya dah boleh bayangkan reaksi jantan tu....


Saya taknaklah cerita apa buruknya rumahtangga kami yang tak serupa orang ni. Tapi ini bergantung juga, kalau jantan tu cerita buruk saya, takkan saya nak berdiam diri, terpaksalah kena juga bagitau duduk perkara sebenar..yerlah orang dah provoke kitakan?


Dan kalau saya nak suruh jantan tu jatuhkan talak, saya rasa dia takkan berani jatuhkan talak....sebab dengan ex wife dia pun dah diprovoc teruk, dia tak jugak ceraikan dan dengan Aza pun dah banyak kali Aza provoc pun sama jugak....


Dan kalau nak tuntut fasakh yang mana saya rasa saya layak tuntut fasakh, saya rasa ia hanya akan membazirkan masa sebab tiada apa yang ada pada dia utk diberi pada saya dan hani


Bagi saya kalau saya dapat dilepaskan secara biasa, tanpa melalui proses yang panjang dan mengambil banyak masa pun dah memadai dah...


ok, saya nak bersiap ke PD hantar merc...dan kemudian banyak lagi kerja nak buat utk hari ni.

Wassalam

5 comments:

Zareda Norman said...

salwa
kalau gitu keadaannya, amiklah kereta seken hand aje. sebab tak nak pakai lama kan. Lagipun mungkin masa depan naik pangkat naik gaji sure nak pakai kereta lebih selesa. Kak zar ni kenal banyak dealer kerata yang boleh nego tapi kalau salwa ada pilihan lain.. cubalah usha banyak tempat untuk dapat best price. kereta seken hand pun yg penting tak meragam dan tak buat kita penin kepala.

Bab perceraian ni,cuba lah diskuss dgn pak aji untuk berpisah cara baik. tak perlu nak naik mahkamah 3-4 kali. Lagipun ada anak, lambat laun kena juga bincang hal anak juga. Apapun kak zar doakan semoga dipermudahkan buat salwa dan hani. Memang perceraian itu tak disukai Allah tapi jika itu lebih baik, bnyakkan redha dan kuatkan hati.

dayangbest said...

tapi saya rasa bagi akak yang banyak travel tuh
baik keta import je laa

kalau keta tempatan tuh
setakat pusing2 rumah-tpt keja takpelaa
tapi kalau asik jalan jauh x seswai kot

pasal duit
refinance je rumah
dapat cash buat downpayment keta
and settle kembara

kakLuna said...

bab perceraian

- akak, sy penah ckp, sbnrnya manusia ni susah sbb diri sdiri tak tahu apa yg di mahukan...mau meneruskan tapi hati membenci..mau berhenti, hati masih sayang...akak buatlah keputusan yg bulat dan mohon Allah permudahkan...sesungguhnya tidak berputus asa seseorang itu dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir..

hentikan lah pergantungan harap pd manusia...yg mmg tak boleh diharapkan lagi...*cthnya bab nak naik kenderaan apa, harapkan pak hj pk kan psl Hani. No..jangan..itu bmakna akak masih bharap pd dia...sdgkan akak berhasrat utk berpisah dr dia...jgn melawan arus..kelak akak yg lemas..


minta petunjuk dr Allah..baca ayat 1000 dinar, selawat dan doa nabi Yunus...semoga akak menemui jalan keluar yg terbaik..

Cool said...

lama nak tinggal komen.. tp termati akal nak ckp apa...

tp bila kak luna kata bergantung kepada manusia... rasanya.. dlm konsep perkawinan tak sesuai ko.. lebih kepada konsep memerlukan antara satu sama lain..

kalo kita nak pandang apa yang berlaku tu sebagai dugaan dari allah.. kita kena bersabar

kalo kita pandang dari sudut petunjuk dari allah.. kita kena bertindak

kalo kita nak pandang dari sudut rahmat dari allah kita kena bersyukur..

terpulang pada individu.

allah dah sediakan cara dan jalan (keluar) yang di benarkan.

Kita pilih mana yang kita rasa patut.

Ummi said...

akak sokong komen jiji, kena saling bertolak ansur dan lengkap melengkapi :)

bertindaklah seperti apa yang jiji katakan tu :)