Wednesday, June 9, 2010

Abang balik tak malam ni?

Assalamualaikum w.b.t


'Balik'


Ringkas jer jawapannya.


Tapi cerita sebaliknya yang makin rumit.


Dia balik malam ni taulah full version citernya.


Dan malam ini kami berdua!


Alangkah indahnya kalau berdua di tepian pantai, di puncak gunung atau dimana2 tempat indah lain.


Tak payah fikir kerja...yang makin menyemakkan.


Minggu ni sangat bz...semalam kena marah teruk dengan satu pengarah bahagian tu.


Via telefon. Lagi tinggi suara dia lagi tinggi saya jawab balik.


Tak tau mana datang kekuatan lawan dia...


Lama2 dia tak mengalah pun, saya lak mengalah...ok, tuan..ok...baik...saya cuba!


Pastu letak telefon terus call boss atas saya....mengadu.


Kejap pastu dia datang, apa lagi, citer lah...


Dek kerana isu gaduh tu pagi ni terus dapat email suh hadir mesyuarat petangnya dengan pengarah tu...terus dia mabik action!


Terus cakap kat boss atas saya, tuan datang sama tuan...tuan kena jawab balik....


pagi tadi meeting bahagian, dato' boss bahagian saya tanya apa berlaku sampai saya kena marah dengan pengarah tu.... saya jawab ala kadar jer...malas nak panjangkan!


Pastu ada sorang anak buah bagitau, malamnya dia main bowling dengan boss tu, boss tu akui dia terlalu keras marah saya...walhal bukan salah saya /bahagian kami.


Sudahnya, dalam meeting tadi dia gurau....sebut hal dia marah saya tu....walhal yang salah wakil2 dari bahagian lain..apahal lak marah saya? sudahnya dia marahlah wakil bahagian yang hadir sama dalam mesyuarat tadi...lega saya!


Kisahnya, entah mana puncanya dan panjang sejarahnya (saya xtau pasal baru kat sini), start 7 jun ni KP arahkan bahagian saya Komunikasi Korporat kena ambil alih Portal rasmi sprm, www.sprm.gov.my sedangkan cawangan teknologi maklumat dan komputer tak serah pada kami portal tu maksudnya tak invite kami lagi sebagai admin...camno?

Bermula 7 jun juga portal akan berwajah baru under BKK...sebab kami diberi kepercayaan memulihkan imej dan meraih sokongan dan keyakinan masyarakat menerusi portal.

Anak buah saya dah bertungkus lumus design segala banner, buttons dan flash segala...masalahnya CTMK tu tak siap2 lagi yg part bahagian lain.

kami kacang jer kalau nak buat story...tapi as unit paling baru yang menempel kat pejabat KP hapa pun kami takde. Segala2nya kena mula dari 0! Kamera takde, lappy pun bukan jenis heavy duty tak setup program dan segala mak nenek dalam portal tu...


Tu apsal..masa kena marah saya cakaplah portal baru sehari bagi kat kami suh handle inpuit tup2 macam segala dalam portal tu nak burden kat kami...sedanglkan CTMK yg tak siapkan part dia.


kami minggu ni bertubi hantar email kat state/bahagian kejar story, carik gambar, follow up dengan phone...carik statistik sana sini....tapi sudahnya kena marah...


dah tu kami gak kena handle dua2 version english dan malay...mati betullah...tu dengan FB, dengan Fomacc..dengan buat press release.....dengan nak buat article....hishhh tak sangak teruk dari siasatan ni!


dah-dah bebel hal kerja memang tak sudah! Apapun silakanlah menjenguk ke portal baru kami tu...ada juga di link kepada blog, borang penyertaan FOMACC dan juga link ke facebook. Harap2 dengan adanya medium semua ni semakin dekatlah SPRM dengan masyarakat!

Holaaa!


Wassalam

2 comments:

Irfa said...

salam kak wa..
akhirnya saya boleh baca blog akak.dah berbulan tak tahu apa citer akak dan hani :-)

Cool said...

berpatah arang ni..