Tuesday, June 8, 2010

Dia tak bermalam di PD kekdahnya!

Assalamualaikum w.b.t


Malam tadi lepas maghrib tu, dah tinggal sorang2 takde kerja saya pun smslah pak hj. Nak call terasa serba salah pulak, mana tau dia dah sampai PD ker....kot2 depan2 kak aza tengah bermanja bermesra, almaklumlah laki bini tu dah 2 minggu tak jumpa dah ni!


Saya sms bih kurang, "yang....(geli!!!) baliklah PD, mengalahlah.. tak rugi apa2 pun kalau mengalah. Biarlah orang taknak mengalah, adalah ganjaran Allah bagi if abg mengalah, syaitan pun nangis sebab tewas"


Huhuuuu...saya panggil 'yang' tu sebenarnya perli tu, kan ker kak aza tak pernah miss panggil pak hj 'yang', baik cakap berdepan baik sms....saya selalulah perli dia bila dia gaduh camni....saya kata, hah...tulah 'yang' lah sangat, sekarang? ......yang jadik melayang....pastu dua2 kami pakat gelak, walhal isu 'yang' ni dari mula kahwin saya perli dia sampailah dah 9 tahun kawin ni tetaplah jugak kelakar isu 'yang' tu....abis gelak pak hj lak panggil saya 'yang...yang'....reaksi saya->muntah! (siap buat sound effect kat pak hj tu...)


Xtaulah, sungguh tak boleh blah, takleh terima langsung pak hj panggil saya 'yang', walaupun main2... gelik!....sebab dah biasa dia panggil saya 'wa' dan saya pun sebut nama 'saya' dengan dia memang dah terbiasa camtu....


Sms saya tak berjawab sampai ke pagi...lagilah telahan saya tersa benar...sah2 saya ingat memang dia dah berbaik, takpun dah bermalam kat PD sungguhpun nak berbaik tu mungkin ambik masa.....


Lepas subuh saya call pulak....sebab saya pasti dia mesti ada kat masjid lepas solat subuh rutin dia, akan stay kat masjid abiskan zikir pagi....bila dia ajwab, happy jer suara...lagilah saya ingat everything under control...


Rupanya dia kat Ampangan larrrr...lepas hantar Uda dia chow jer balik seremban. Saya pun apalagi, terpaksalah menyoal siasat...rupanya pak hj tak masuk pun, berhenti depan rumah, drop uda...ubat yg dia tak makan dah dua minggu pun dia tak ambik...amboi egonya!


Saya memang dah agak dah...sebab dengan saya pun MO yang sama, cuma lebihnya saya, saya selalu mengalah sebab saya dah banyak pengalaman ditinggalkan, bagi kak aza pulak dia tak pernah ditinggalkan selama begini, tambah2 dia rasa pasti pak hj akan balik sebab anak2 semua ada kat rumah...yang kat madrasah pun cuti, mungkin dia fikir takkan pak hj sampai ati tak balik rumah dalam keadaan macam ni....dah terlanjur hantar Uda, mesti pak hj balik terus...


tapi kak aza pun ego jugak...cuba kalau mengalah, bukan rugi apa2...malah Allah suka, kan ker syurga isteri bawah tapak kaki suami. Lagi suami tak redha atau sakit hati dengan kita, lagilah amal ibadah kita pun macam tak berkat....malaikat pun tak nak doa...kenapa kak aza ego sangat taknak mengalah dan taknak call or sms...bukan susah nak buat dua benda tu....hanya buang ego+degil! Apasal ek?


Pak hj komen kat saya jugak, petang tu kak chik ada call. Kak chik ni umur 17 tahun (anak kak aza dengan suami dulu), dia call pak hj tanya hal ambik uda lah....yang pak hj keciwa kenapa baru semalam nak suh anak call, dah tu kak chik pulak yg call...selapas hampir dua minggu....sedangkan norma biasanya Zubair atau shakirah pasti akan call ayah...mengadu macam2 hal..apasal lak bila diorang laki bini gaduh...budak2 tu pun takde call ayahnya...pak hj sedih sungguh...sebab anak2 diheret dalam isu gaduh ni! mesti diorang dilarang call ayahnya! yg pak hj harap anak dia sendiri yg patut call dia bukan anak tiri!


Entahlah....esok malam pak hj balik sini semula kot....lepas malam mesyuarat. Tadi hampir2 saya nak sms kak aza suh dia mengalah pujuk atau at least call or sms...tapi bila ingat yang last dia sms kata 'dah akak tak nak dengar apa2 lagi' terus saya terbantut nak sms dia..takut2 nanti dikata lebih sudu dari kuah, sibuk nak jaga tepi kain orang...lagipun rumahtangga diorang apalah hak saya nak bagi nasihat?


Tapi memang berat kesannya kalau saya berdiam diri...takut2 berpanjang sampai berpisah, mana tau,kan? Tiba2 naik pangkat plak..dari no 2 jadik no 1....eeiiii tak nak tak nak....sungguh tak sanggup!


Status kat FB tu main2 jerk, baru perasan kat profil tu ada macam jenis perhubungan...saja2 jer tukar tadi tak sempat nak betulkan lagi....hehehehee



Wassalam

3 comments:

Pnut said...

wa-rujuk pada entry wa kat bawah pasai hani tu..
kat putrajaya ni bebudak dia memang ramai bijak bistari.. Najmi duduk kelas pertama, straight A, macam Hani la lebih kurang, ehehe kecuali seni je dpt B, tu pun dapat nombor 15 occay...

maths dapat 98, dan science 96, huhu masa amek report kad, cikgu kata, kelas pertama memang susah nak tentukan kedudukan kelas, cikgu terpaksa mengambil kita semua subjek, komitmen, dan kedatangan.

tu sebab bila balik kampung, orang kampung tanya dia dapat nombor berapa, dia akta no.15 orang perlekehkan dia, sedih tau..tp orang kampung mana tau, depa ingat nombor je.. sabooo je la..

Ummi said...

hehehehe, gurau2 dengan status kat FB ye wa,


hehehehe, akak ada 3 mak, mak kandung akak yang kedua, yang last sekali maid mak akak, sampai skrg akak tak leh bak panggil dia mak walaupun dia menangis atau meraung kat akak, sungguh akak benci dia sebab dialah punca segalanya

mak akak bukan tahu masa mereka kahwin yang bapa akak dah kahwin dengan mak no 1, so kami semua termasuk dengan mak memang baik dan sayang dengan mak no 1 tapi dengan mak no 3, harap maaf, akak maafkan dia tapi akak tak boleh baik dengan dia

dia kahwin dengan bapa akak masa akak baru lahir, sedih kan :(

mungkin akak macam anak tiri wa yang mak no satu, yang menyatakan yang kak aza bersalah, akak macam tu lah, sebab tu akak memang faham

hehehehe

so tak nak lah imbas kenangan lama, sedih, sebab tu akak tak nak ambik maid, memang tak nak, sebab entahlah, susahkan kalau masih fikiran dan perasan ini masih boleh ingat masa zaman2 kecil2 dulu,

anak-anak yang jadi mangsa

tapi akak bersyukur sebab arwah bapa kami sayangkan kami dan akak memang sayang arwah bapa akak hehehe

Zareda Norman said...

Salwa

bila mak ayah bergaduh, anak anak lah jadi mangsa.. kesian kan..