Thursday, June 3, 2010

Suami itu anugerah buat isteri!

Assalamualaikum w.b.t


Kadang-kadang terfikir betapa malangnya menjadi isteri kepada suami saya.

Khususnya isteri dia yang bernama salwa

Malang yang bukan sedikit.

Apatah lagi dalam masa 5 tahun kebelakangan ini.

Benda/rutin biasa bagi pasangan lain menjadi sangat luar biasa bagi saya.

Saya tak merasa nak bershopping bersama

Saya tak merasa nak jalan berpegangan tangan bersama

Saya tak merasa dipeluk erat sepertimana dulu

Saya tak boleh nak mengharap pasangan membawa apa2 beban, membawa badannya pun sudah sukar.

Suami yang tak pernah menghadiahkan saya seurat emas sekalipun kecuali cincin nikah...tu pun dah hilang!

Suami yang tak ambil pot bila harijadi saya, ulangtahun kawin, atau apa sahaja...apatah lagi memebrikan hadiah..jauh panggang dari api!

Dan

Tarikh 25 Jun jugalah segala2nya berubah.

Banyak cita-cita saya terbengkalai..menjadi kaku dan beku!

Tak bergerak...sama macam sebelah badan pak hj yang kaku!

Saya pernah bercita2 mengembara berdua dari stesyen keretapi terhujung (di Gemas) sampailah ke Bangkok.

Malah dah bincang dan dipersetujui oleh Pak hj, dalam hal ini memang kami sekepala.

Kami juga sudah merancang berholiday ke Turki dan negara2 jirannya, sambil berziarah adik pak hj yang penulis novel tu.

Dahulu, setiap Jun dan disember kami akan bercuti...sempena ulangtahun kawin...Jun nikah di Narathiwat dan Disember nikah di Melaka.

Sekarang, bukan pak hj tak mengajak bercuti, tapi saya yang menolak.

Memikirkan untuk bercuti pun saya dah serabut.

Membayangkan kekangan2 yang bakal dihadapi saya surrender!

Saya tak sanggup menguruskan segalanya...

Saya tak sanggup berjalan berdua dengan hani sambil pk hj menunggu dalam kereta.

Saya tak mampu menikmati kegembiraan bercuti sedangkan pak hj memandang sahaja sebab kudratnya terhad

Dia kata dia tidak kisah

Tapi sanggupkah saya berjoli katak berjalan/berbelanja masa yang sama dia termenung tunggu saya dalam kereta ajer...sabarkah dia, sanggupkah saya?

Memikirkan mencari tempat makan yg sesuai dan mencari tempat solat yang dekat juga dah menuntut satu pengorbanan....

Kalau dahulu, bercuti manapun, dia boleh ajer merayau cari masjid terhampir...tapi dalam keadaan sekarang ada masjid pun kadang2 tak sesuai...tak mesra pengguna...malah ada juga surau berkunci tak hidup solat 5 waktu...dengan parking lot yang jauh...

Dengan memikirkan mencari tempat makan....memang mudah mencari tempat makan tapi tak semudah untuk pak hj...yg juga memilih makan....demi kesihatan.

APAPUN

Saya bersyukur saya ada juga suami

Yang menegur saya andai buat kesilapan

yang menasihati saya menjaga syariat

yang sms saya tanya dah solat ke belum

yang bertanya khabar walaupun sesingkat "apa citer, busy ker"

yang tak jemu mendengar rungutan dan rintihan saya itu ini

yang sentiasa bagi saya jalan keluar yang kadang2 saya sendiri tak terfikir...

yang masih sayang saya walaupun tau bininya tak lawa, ada plak penyakit M bab2 masak, kemas dan melayan suami

yang sanggup susah payah memasak, menjaga anak, berulang alik dari PD ke P.jaya dalam keadaan kurang upaya

yang tak pernah kata tidak bila hujung bulan saya sms, "abang, wa tak cukup duit, masukkan duit sikit"...w.pun yang dimasukkan hanya RM 50-100....banding isteri lain RM1,000-2000

yang tak pernah tinggal solat dalam apa keadaan sekalipun....

yang gigih 5 waktu sehari ke tempat azan diazankan......yang subuh2 bangun menggigil2 mandi air sejuk, jalan berdingkit2 bertongkat ke surau...sangat gigih banding saya yang sihat ini!

yang tak panas baran dengan anak...seorang ayah yg sangat penyayang....dengan anak2 memang kagum kita melihat cara dia melayan anak2....sangat sabar dan sangat berlapang dada dengan kesalahan anak2...


Dengan beberapa perkara ini saya sangat bersyukur ada anugerah suami dalam hidup saya. Yang tak boleh dinilai harganya. Cintanya, sayangnya, korbannya walaupun tetap selamanya tidak memadai buat saya, saya percaya hanya Allah mengetahui kenapa dia menjadi anugerah buat saya dan mengapa saya dipilih untuk ditarbiyah suami?

Adalah hikmahnya anugerah ini. saya agaknya yang tidak sabar menunggu dan mungkin hikmahnya sudah ada hanya saya yang kabur dengan cinta dunia....





Wassalam

4 comments:

luna said...

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..." (At-Taubah : 111)


sbg manusia mmg kita takkan menang semua...bg saya, suami yg mengambil berat soal ibadat utk dirinya dan keluarga pimpinannya, amat lah saya dambakan, bagaimana jua pun keadaannya...

Zareda Norman said...

salwa

kita takkan dapat semua. lebih disana kurang disini. Bahagia tu kena carik.. ia takkan datang sendiri. Apapun luar biasa dan biasanya, asalkan kita redha, InsyaAllah bahagia lah hati kita

oren said...

susah nak didik hati redha..asik nmpk yg salah, yg buruk..

*saya pun jiwa kacau neh*

Cool said...

ada terbaca, kita terlalu melihat rezeki orang, lupa rezeki sendiri, sebab ye la allah dah bagi , rasa tak cukup je... bila dah hilang tercari cari...