Saturday, June 26, 2010

Rumah seremban last kopek & inikah puncanya?

Assalamualaikum w.b.t


Angkut barang dari seremban


Hari ni nak balik somban


Nak kemas kasik clean dan clear


Esok nak angkat barang2 dari somban bawak putrajaya


Lusa orang dari jerman bangsa pakistan tu nak masuk dah


Dan akan berakhirlah kekosongan rumah tu


ni kalau jadiklah, dah gaduh ngan pak hj .... tp ikutkan saya sms pak hj katanya insyaallah jadi, cara macamana tak tau lagi


Bila sms tanya confirm tak sewa lori, dia jawab ahad tengahari...so saya tunggu jerlah dia sms...


Lagipun kan saya dah sms kan dia no untuk topup RM10, takkan nak sms seposen dua pun tak bolehkan?


Dan benda wajib saya akan hangkut ialah mesin basuh (utk saya) dan kerusi urut (khas utk pak hj) dan rak buku hani (kecik jer tapi tak muat masuk keter rupanya) dan mesin jahit yg sangat berat!


Yang akan saya hangkut sendiri~kukus, oven butterfly utk buat kuih raya nanti , penimbang bahan, pemutar adunan (apa ker nama nya?) dan segala loyang bakar kuih dan lain2 berkaitan persiapan raya...


yang lain2 saya masih berkira2 nak hangkut ker tidak


Antara yang mungkin masuk senarai adalah;

1. Meja belajar hani (satu tinggal dan satu bawa, dulu kan beli 2 utk zubair sama)

2. Rak buku saya (takut pulak nak tinggalkan banyak bahan bacaan macam perintah tetap, arahan ketua pengarah, buku undang2, bahan2 bacaan saya berkaitan kes-kes, kertas kerja, nak angkut tu letih nak susun/kemas)

3. Vacum (zaman ni karpet tak pakai tp tinggal lama2 xguna rosaklak nanti)

4. Almari hiasan & pinggan mangkuk lama-yang ni ada cadangan nak tinggal tp bila fikir takut nanti penyewa gunakan pulak pinggan mangkuk lama hiasan yang saya sayang tu rasa eloklah angkut jugak...cawan2 lama ni nipis

5. 2 Tikar buluh- rasa macam membazir beli bagi orang pakai pulak- tapi pak hj cam tak setuju, tengoklah esok...janggal pulak tinggalkan ruang tamu tanpa beralas tikar,kan..susah 2beli jer kat nilai 3 yg baru, tapi malasnya nak ke nilai 3 pulak...

6. Rak kasut- ikutlah, rasa macam nak ambik, kejap rasa tak perlu...tengoklah nanti...


Yang saya tinggalkan pulak;

1. bilik master- almari baju 3 pintu, satu rak sangkut baju, side table, katil, bantal 2 biji bantal kepala, sebiji bolster, dengan set comforter sekali, jam dinding, satu frame lukisan saiz besar, 2 saiz kecil dan langsir serta aircond dan kipas syiling yg saya sgt suka


2. bilik kedua- katil queen juga sama engan bantal dan set comforter, satu almari solek dan satu rak baju serta satu meja komputer dan side table

3. bilik ketiga- satu katil single, side table dan set comforter serta satu rak baju jenis plastik 5 drawer, TV kabinet dan tv sekali serta iron dan penyangkut baju

4. Ruang tamu- sofa 123, meja telefon dan telefon dan streamyx serta router, jam dinding, coffee table, kerusi betawi jati (meja dan 2 kerusi) dan aircond

5. Dapur-peti ais, dapur gas 2 tungku, rak pinggan, dll perkakas dapur malas nak taip dah


Wah...panjang lak entry ni, saja tulis benda2 penting ni, yg kecik2 tu takyahlah, bukan apa nanti senang masa depan bolehler rujuk....kot hilang apa2 ker...

Jerman ni duk sebulan sementara rumah banglo kat rasah kemayan dia tu siap renovate, lepas jerman ni, dah ada penyewa utk bulan 8...so lepas ni ada sekali lagi peluang utk angkut apa yang nak, lepas jerman keluar dan sementara cikgu tu nak masuk...


Dan langsir satu rumah saya tinggalkan juga, lagipun tingkap sini semua lain size, elok lak size dia ikut rumah banglo kuarters kerajaan negeri sembilan yang saya mula2 duduk dulu, elok jer pasang langsir lama yang usianya masuk 8 tahun tu....tp langsir sy tinggalkan tu pun bukan mahal, biasa2 jer...saya dah siap2 basuh dan pasang semula....biarler dia buruk situ...


Tiba-tiba teringat kak aza punya hal


Tiba-tiba kan saya teringat hal kak aza mengandung tu.


Masa saya lepas lahorkan hani dan masih kat hospital melaka kak aza datang ziarah


Masa tu dia pakai baju labuh macam maxi, macam orang mengandung


Saya tak fikir apa2lah


sebab saya tau dia pakai IUCD sebagai perancang keluarga


Lagipun syakirah baru 3 tahun dan uda 4 tahun


Rupanya kemudian baru saya tau rupa2nya dia mengandung...tu pun ada kawan lain bagitau


Dan kemudian masa saya pergi rumah dia, saya ada buat spot check, dan tarikh dia buka IUCD dia tu adalah semasa saya mengandungkan hani


Tetiba masa tu saya rasa dia buka IUCD ada kaitan dengan saya mengandungkan hani


Dan kali ni dia mengadung lagi


Sedangkan saya tau dia makan pil perancang dan saya tau dia ada cakap kat saya dia tak nak mengandung lagi....terlampau seksa masa mengandung dan umur pun dah lebih


Dan bila tau dia mengandung dah 5 bulan maksudnya dia mula mengandung dalam bulan januari


Iaitu bulan dimana saya baru balik keluar 40 hari dan mula bekerja di Putrajaya


Tetiba saya terfikir ...



*******


*******


*******


*******


Adakah dia sengaja menghentikan pengambilan pil perancang


Adakah dia nak meluaskan empayar dia supaya pak hj lebih banyak komitmen kat sana


Dan dia boleh gunakan anak sebagai umpan utk sebarang hal


dan macam2 saya fikir


Tapi perancangan Allah lebih baik


Baby yg dulu tu pun keguguran masa 5 bulan


Dan dia tahu baby dah meninggal dalam perut tu pun masa di rumah saya


Kali ni pun sama, usia 5 bulan, dan sebab yang sama


Adakah dia mengandung berkaitan dengan faktor perubahan dalam hidup saya?


Kali pertama, sebab saya pun mengandung


Dan kali ni sebab saya pindah Putrajaya which is memang dia bengang dan syak macam2 benda akan berlaku,


Macam pak hj akan berlebihan masa kat sini sebab markas tabligh dekat sini dll sebab


Apapun, semua ni andaian saya jer...kalau kebetulan takperlah


Kalau benar, alhamdulillah Allah pelihara dia dari niat yg bukan2 dan awal2 Allah tarik nikmat dapat baby...


Dan alhamdulillah.....kiranya Allah pelihara juga saya dari terjerumus dalam emosi yang sangat pedih-seksa-murung kerana kak aza dapat anak dan tidak saya


Walaupun saya sendiri pun dah redha utk tak dapat anak lagi, namun jika kak aza dapat anak tetaplah jugak saya rasa amat sedih sekali....sedih yg amat....sebelum saya dapat terima hakikat...


Wassalam

1 comment:

Jiji said...

Kak Wa, hehehe saja komen sini utk prev entry tu..

pasal definisi kahwin..

sebab banyak tension laa ngn koben kak kerja kerja kerja.. dia nak berjimat, kita pulak yg kena fork out duit lebih.. kadang dah tak reti nak redha..kalo gado tak habis isu duit. bosan.

Tu yg terbit nak tanya kawan pasal bab bab rumah tangga. banyak nak kena paham.. kena sabar