Monday, June 7, 2010

Pak hj dah balik PD!

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni Uda yang sedang belajar di madrasah Balik Pulau, balik cuti . Sekali dengan dua beradik dari Melaka yang sama2 belajar kat sana.

Pak hj tumpangkan ajer Uda ikut diorang sama sampai ke Melaka Central. Senang. Sebab usia uda tak membolehkan dia naik flight sorang2 tanpa orang dewasa. Patut pak hj nak suh naik flight jer...

Senang hati saya bila pak hj dah balik PD....tapi masih ada kebimbangan juga ni.


Sebab pak hj cakap dia nak hantar Uda jer, pastu dia nak balik rumah saya di Ampangan, nak tido situ.


Tambah2 pagi tadi sebelum gi kerja dia suh saya kemas baju2 dia utk 3 hari. Saya pun kemaslah masuk bag seluar, pagoda dan jubah.


Pastu saya suh pak hj hantar hani balik kampung sama. hani dah tak sabar sangat nak balik kampung. Mula2 pak hj taknak serba salah kata dia, takkan nak hantar hani jer saya tak balik.


Saya kata takperlah, weekend ni saya baliklah. Pastu bila tengok anak gadis tu berhari2 dah standby kemas baju masuk beg..hari2 check, makin bertambah2 barang dia..penuh satu bag troli saya tu.


Pak hj pun kesian kot. Selama ni cuti sekolah kan pak hj akan paksa hani dok rumah kak aza, kali ni sebab pak hj berantakan dengan kak aza merasalah hani bercuti2an di kampung. Seronok sangatlah tu.


Dah selamat sampai kat kampung pun, lepas asar tadi sampainya. Happy jer suara dia.


Sekarang ni saya tinggal sorang dirilah kat rumah ni. Sunyi lak rasanya.


Kalo tak sebelum maghrib atau lepas isyak akan main badminton sekejap dengan dia. Sampai keluar peluh pastu kami berhentilah. Main kat hall ni jer, dah rumah kosong...senang nak main2...:)


Hani dari mula tak pandai passing dan tak pandai sambut sekarang dah boleh main sikit2 dah..takdelah saya penat pungut bola tangkis tu...


Malam ni mesti sunyi takde sapa nak peluk. Hani sungguhpun dah 7 tahun tiap malam sebelum tidur mesti nak ada body contact dengan saya...malah saya pun suka, masa nak tido jerlah kalo siang nak meleseh/dekat memang saya rimas!.


Nak cakap hal hanilah....saya rasa sungguh dah banyak berbeza dia...dah besarlah katakan. Banyak benda yang dia dah mampu buat sendiri, tak perlu ingatkan dan tak perlu nak kerah sangat.


Hal sekolah pulak, sungguhpun markah semua atas 90 dan ada juga 100 (kecuali pendidikan seni visual dapat 75) tetap jugak dapat nombor 12. saya sangka berdasarkan keputusan dia koman2 mesti dapat top 5takpun top 10. Rupanya hampeh!


Ramai lagi yang pandai, kawna baik dia anees dapat no 1..markah dia majoriti 99, 100 termasuklah pendidikan seni. hani ada 98, 96 dan ada satu 93...yang markah kurang tu semua kecuaian dan salah faham soalan....saya mula baca soalan yg dia salah tu pun keliru, lepas baca dua tiga kali baru faham.


Memang pataut pun dia salah jawab....sebab dia baca terus jawab lah tu...tu pun saya selalu pesan kat dia, kalau jawab periksa ikut gerak hati pertama tu, sebab tu selalunya yang betul! Dia ikut nasihat lah tu.


Takperlah, sungguhpun saya kecewa dengan kedudukan dia dalam kelas tu tapi berdasarkan cikgu cakap, kak...dia kategori pandai dalam kelas, takpayah bimbang, A yang dia dapat semua A gemok, semua atas 90, lagipun dia melepasi ujian Linux...ada dua kelas jer budak2 yg lepas ujian Linux ni...


Dalam kelas pun dia baik jer kak...tak banyak cakap...senang faham...so okaylah pada saya. Cuma saya harap final exam nanti dia dapat nombor 1-3, Supaya dapat hadiah dan dia ada kenangan indah zaman sekolah. Last week hari sukan, sedih betul dia saya tak datang, katanya mak2 budak lain ada yang datang.


Malah hari jumaat lepas ada pengambilan rekod pun saya tak datang, tak dapat maklumat sebab khamis tu hani ponteng. Tengahari datang ambik hani, dia ajak jumpa cikgu, mujur sempat cikgu tak balik lagi, tulah baru tau dia dapat no 12/37.


Ni nak balik kg ni semua baju dia kemas sendiri. Dia dah biasa kemas baju untuk gi rumah ummi (pengasuh) so takde masalah. memang dia dah tau dah apa barang2 kena bwak. Siap semua. Apa yang kita terlupa pun selalu dia mesti ingat.


Siap dengan sikat (Hani geli guna sikat orang~ malah sikat ada rambut saya pun dia taknak), getah rambut, towel, sejadah, telekung, bantal peluk , hani jenis nak tido kepala takde bantal takpe tapi mesti bantal peluk ada, sabun bdan, ubat gigi berus gigi ... kira lengkaplah. Saya pun tak check lagi...tanya kat dia barang2 semua dah ada....semangat betul! Berapa kali ubah susunan, pastu siap asing2kan panties, towel...bijak2...siap letak kat pintu lagi beg dia tu.


Subuh ni bangun, terus ikut saya hantar bag kat keter...yerlah kalau saya tinggalkan gi kerja nanti sapa pulak nak hangkut beg baju hani, pak hj lagi...siap hantar barang barulah saya ke pejabat.


Jam berapa diorang bertolak ke melaka tak taulah....dah lepas asar baru teringat nak call tanya. Rupanya dah sampai melaka central tunggu Uda.


Sekali lagi call dah sampai rumah mak kg...happy suara dia. Hari tu dia janji genap 7 tahun nak stop menyusu, so hari ni bila saya tanya nak bawa botol dan susu kat kg tak...dia jawab..takperlah kakak nak cuba berhenti sementara....takper kita tengok camana....


Oklah, sedih lak fikir hani nak masuk madrasah tahun depan. Malam tadi chatting ngan Iza kat FB...dia kata jangan masukkan hani shakirah dan Hani suhailah dalam satu madrasah. nanti gaduh. Base on pengalaman dia lah...ramai kawan2 dia gitu...


Saya pun terfikir jugak....nanti apa saya belikan suhailah kalau tak belikan shakirah apa perasaan dia...dah terbiasa macam tu selama ni. Mesti nanti dia jeles. Yerlah saya anak sorang mesti lah saya nak bagi yg terbaik utk Hani. Nanti dia nak benda sama pulak.


tapi pak hj kata takper dia tau camana nak kawal supaya tak berlaku benda macam tu. Entahlah susah2....



Wassalam

No comments: