Friday, August 28, 2009

Akhirnya ini pengakhiran Zubair

Assalamualaikum w.b.t


Ni kisah sambungan entry sebelum ni...



Subuh2 lagi ni, kak Aza ada sms saya kata pagi ni dia akan ambil Zubair dan ke pejabat MURNI untuk selesaikan bayaran. Terkejut juga saya, tapi apakan daya keputusan dia dah buat.


Dan kak aza dan pun balik, dia datang tadi kejap jer jubah pun tak buka, biasa dia akan buka baju semua dan tinggalkan baju basahan yang bahagian dalam jer tapi kali ni dengan stokin, jubah, sarung tangan pun buka sebelah jer.


Saya pun tak boleh baca samaada dia marah atau tidak. Dari cara bercerita dia okay jer tapi saya tahu kak aza ni sangat bijak dalam menyembunyikan emosi sebenar dia. Tu sebab dia jarang bergaduh dengan suami, tetapi sekali emosi dia meledak gaduh besar pulak.


Tapi saya cuba berlagak biasa jer masa dia datang tadi. Berborak macam biasa seolah-olah takde apa yang berlaku. Dan sebelum balik saya bekalkan buah2an yang ada kat rumah ni macam orange dan epal, juga bekalkan sebungkus karipap segera sardin dan juga bekalkan lagi dua tong air penapis tu.


Yang membuatkan saya rasa tindakan kak aza betul adalah bila Zubair mengamuk taknak bawak balik buku dan fail2 sekolah dia. Nampak sangat dia tak suka belajar. Menghentak2 kaki dan menonong masuk keter. Bila ummie dia ugut kalau tak bawak fail jangan ikut ummie, dia tetap berdegil dan menangis dengan kuat dan terus masuk keter. langsung fail tu tak dihiraukan. Akhirnya fail tu saya yang bawak ke kereta.


Mungkin betullah tindakan ummie dia dari saya makan hati tiap2 malam ajar dia yang payah dapat dan tak tunjuk minat nak belajar lebih baik dia duduk dengan ummie dia.


Masa ummie dia ada tadi pun sempat di mengamuk beberapa set. Sebab ummie dia bnagi syarat yang kalau nak balik dengan ummie mesti sehari sekali belajar mengaji. Tapi dia tak nak. Sempat mengenhatak2 kaki taknak sambil menjerit nangis. Kalau ummie dia ada jadik basahan perkataan babi, gila....terutama kalau ada sesapa yang dia marah dan geram. Dengan saya jangan harap dia berani sebut perkataan tu.


Apapun semuanya dah berlalu, era saya tertekan nak mengajar dia dah berlalu, Cuma saya agak sedih jugaklah sebab dan 3 bulan dia duduk dengan saya, tiba2 pulak dia takde. bagi zubair dia suka sangat dapat balik sebab macam terlepas dari penjara lagaknya.


Tapi apa yang saya nampak, Zubair akan jadik macam dulu, Dia memang jenis degil dan ikut kepala sendiri, tambah2 pulak dia kaki gaduh dan kaki buli kakak dan abang dia. memang jadik medan pergaduhan jerlah kat rumah dia nanti...tapi apapun saya rasa macam terbebas dari memikirkan hal zubair ni. Dan adalah mudah saya nak membentuk Hani tanpa pengaruh Zubair.


Sejak 3 bulan Zubair ada ni, jadual hani agak lari jauh. Solat agak culas sebab dia sangat leka main dengan zubair, dan lagi dia jadik sangat pemalas menolong saya kalau disuruh apa2. Sebab zubair punya kebaikan pulak kalau suruh apapun dia tak berkira kecuali suruh dia belajar.


Maka dengan tiadanya zubair rutin kami anak beranak akan back to normal. Apapaun saya anggap semuanya ada hikmahnya. Agaknya kak aza pun dapat baca sikap sebenar saya rentetan isu zubair ni. Agaknya pada dia dulu saya tak kisah cakap boleh ajer jaga zubair tapi bila tercabar mulalah saya nak serah balik dia. Apapun saya sabar jerlah nak tengok apa perkembangan selepas ni....





Wassalam

No comments: