Friday, August 28, 2009

Akhirnya terkorban juga duit ku itu!

Assalamualaikum w.b.t


Kan hari tu saya ceritakan yang saya beli penapis air yang berharaga RM 3668 tapi akhirnya dikurangkan menjadi RM 3228. Saya memang taknak beli asalnya kan...sebab memang saya takde cash ditangan untuk benda2 luar perancangan ni.


Naknya harga penapis air tu ribu riban pulak. Tapi dek kerana pengaruh orang2 tertentu dan kelemahan diri sendiri maka terjebak juga membelinya...Sedih ni!


Walaupun hakikatnya pelaburan tu untuk kesihatan, tapi kepuasan lepas memakai [minum sebenarnya] air tapisan tu takdelah rasa hebat macam kita memakai rantai tangan emas berkilau2 yang baru dibeli [agaknyalah kot]


Tu tak jadik hal mula2nya, hanya terjadi hal lepas beberapa hari membeli penapis air tu. Asalnya saya nak bayar cash tapi saya fikir nak raya, takkanlah nak letak selonggok duit kat situ....makanya saya 'merelakan' juga mencemar duli dan memaksa diri membayar dengan kredit card, walhal sekian lama saya melarang diri menggunakan kad kredit ni kecuali isi minyak keter!


Saya bayar RM 288 secara cash dan selebihnya pakai kad. Ala kad tu pun dah lama saya pakai, agak2 dalam 5 tahun lepas, had limit dia dalam RM 9,000 rasanya....banyak lagi tu kalau nak guna...saya fikir gituler...


Rupanya, bank benarkan tolak RM 1,000 jer, kalau nak bayar penuh RM 3,000 owner kad kena call ban baru dia lepaskan bayaran. Cissss, saya bila dah berlaku macam tu mulalah ragu2, rasa cam nak pulangkan penapis air ni. tapi malu jugaklah kan....


Sudahnya, saya terpaksa juga bayar bakinya RM 2,000 secara cash. Nampaknya belanja raya yang agak2 mewah juga kononnyalah....kenalah di tangguhkan sehingga gaji bulan 9 yang dikatakan akan dapat awal..betulker ni?


Tu yang saya agak2 bengang jugak bila kak aza duduk lama sini. Kerana saya dah jangka kos akan meningkat. Kos api [dua aircond yang terpasang sentiasa siang or malam], kos air dek kerana penggunaan 3 bilik air secara maximum dan aktiviti membasuh baju/cadar pagi petang menggunakan mesin auto [tentu beratus2 dua bil ni] termasuk juga kos telefon rumah sebab uda asyiklah call ayah yang ada di kelantan...kak aza pun rajin gak call pakai telefon rumah ni.




ZUBAIR


Semalam, saya ada sms kak aza perihal Zubair yang tak berminat belajar. Adaker malam semalam bila saya nak mengajar dia mengaji dan membaca dia taknak, bila syaa paksa dia menangis. Panas hati saya!


3 bulan saya mencuba mendidik dia untuk tanamkan minat pada belajar dan buku tapi sia-sia. saya tak kisahlah kalau semuanya tak melibatkan kos. Ni yuran bulanan jer RM 270, makan pakai dia kat sini. Zubair ni sangat kuat makan kesan dari steroid. Stok makanan macam biskut Oreo, Chipsmore, rito kena sentiasa ada. Dan susu juga bil habis takkan sampai hati nak biarkan dia tak minum susu?


Saya sms kak aza saya kata saya tak kisah melabur dan jaga zubir kalau dia tunjukkan minat tapi yang ada dalam kepala dia makan dan main ajer. Macam tu saya sms, agak2 kasar sangata ker bunyinya...adalah lagi saya tulis hal Zubir tu...


Pastu kak aza balas, panjang sms nya antara lain katanya, akak terhutang budi banyak pada kau wa, akak dan abang tak mampu membalasnya, juga tak mampu bayar yuran Zubir, kau sabarlah sikit lagi dengan zubir, bila keter ok jer akak akan datang ambil zubir secepat mungkin....


Bila saya baca camtu rasa bersalah pulak. Pastu saya sms balik saya kata, start bulan 9 ni saya akan sekolahkan hani sebelah pagi sampai tengahri jer, apa kata kita kasi peluang pada zubir sebulan lagi... mana tau dia akan minta belajar....



Kadang2 ada sifat budak2 yang buat kita rasa suka dengan dia. Tapi dengan Zubir susah nak carik sifat dia yang boleh buat saya suka dia. Masalahnya saya ni saya tak suka budak gelojoh, budak pelahap, budak degil, budak suka merajuk, budak yang nak cakap dia jer betul , budak yang suka berebut barang orang.


Memanglah perangai budak macamtu, tak matang. Tapi tulah agaknya sebab hani tak macam tu, maka bila berdepan dengan Zubir saya rasa dia sangat tak pandai ambail hati saya....


Kalau ke kedai, hani akan bersopan dan tidak akan meminta sesuatu sebaliknya Zubir dalam kereta lagi dah berderet permintaan makanan dan mainan yang dia nak...kalau nampak apa2 makanan pun dia cepat2 ambil tempat dan cakap dengan penuh ghairah dia suka dan dia nak makanan tu. Saya pulak suka kalau dia sabar dan tunggu saya hidangkan. Macam hani....tapi sikap gelojoh dia tu kadang2 buat saya rasa marah dan geram...


kalau makan pulak, tak reti nak bajet, kalau beri dia udang dan sotong, maka nasik akan makan sikit dia akan makan dengan rakus udang/sotong tu, bila habis udang/sotong cepat2 dia datang minta lagi...memang saya kana beri dia sebab sebagai budak apalah yang dia tau....tapi rentetan sikap dia tu buat saya rasa sukar nak menyukai dan menyayangi dia....banding dengan hani dia banyak mana kita bagi udang/sotong/dll banyak tu jerlah yang dia makan [dia akan gigit sikit2] sampai kita kena tanya dia banyak kali nak lagi tak?


dan satu lagi sifat dia, bila belajar dia akan bertukar watak menjadi ontok, memandang ke bawah dan bersuara perlahan, tunduk jer. Bila main takde pulak, bukan main cergas lagi...kadang sejak ada Rika ni, dia rela duduk dalam bilik Rika nontom tv sedangkan hani boleh pulak duduk bilik baca atau buat latihan...


Saya bukan nak menyamakan dia dengan hani, tapi saya rasa memang dia dan hani takkan sama. Sebab dia tak dilatih begitu rupa. Dia membesar dalam keadaan mak yang suka mengawal, suka berleter dan suka memaksa. Maka dia menjadi immune bila saya memaksa dia belajar.


Tapi malam tadi dia macam tau2 jer, bila saya suh mengaji dan membaca elok pulak dia ikut jer. Tapi tahap kelupaan dia pada sesuatu huruf tu memang menyakitkan hati. Tak sampai satu minit kita ajar huruf tu confir, dia akan lupa....



Apa pengakhiran zubir ni tak taulah....


Wassalam

3 comments:

Zareda Norman said...

Salwa

May be ini cabaran yang Allah Bagi untuk Salwa untuk menduga kesabaran kita..

Irfa said...

mmg mencabar.apalagi bukan anak sendiri.mgkin sbb sblm ni mak dia terlalu mengongkong,bila duk ngan akak dia lepas geram..terserlah segala perangai dia

Hanisumayyah said...

Kak Zar...

Cabaran seketika jer..baru jap mak dia dah datang ambil...


Irfa...

Cabaran sikap dia akak boleh sabar lagi, tapi cabaran tak minat belajar tu yg mencabar..