Saturday, August 29, 2009

Gambar lama ke Singapura, tapi nak tayang juga...



Assalamualaikum w.b.t



Punyalah lama dah gi Singapura, baru mood datang nak upload gambar. Gambar dari kamera saya dah tak tau kemana dah, sebab gambar2 saya semua saya upload kat laptop dan laptop dan camera casio dua2 dah hilang...so ni gambar dari kamera kawan2.

Dan memandangkan blog ni private takde hal ler saya letak gambar saya dan kawan2. Ni mana yang rajin jer, kira rajin sesangat dah ni...





Masa nak bertolak, di jalan duta, 9 orang yang mengambil sarjana Pengurusan rasuah, yang baju kuning tengah2 sebelah kanan tu pegawai pengiring dari akademi.






Bila sampai, makan dan kemudian kami terus mesyuarat kat tepi kolam ni, adalah dua tiga orang tengah minum arak kat sini. Sebab travel agency tak tempahkan kami bilik perbincangan. Hari berikutnya baru ada bilik perbincangan.








Hari pertama kami ke Corrupt Practice Investigation Bereau (CPIB)

Deretan kami semasa diberikan taklimat oleh pengarah CPIB, saya bertudung putih dan sebelah kiri saya Prof Rokiah dan sebelahnya wakil Akademi kami dan sebelahnya lagi Prof rahimah...


Bergambar di perkarangan lobby CPIB, Prof Rokiah yg penuh sifat keibuan...dan dia turut belikan saya pakaian masa di sana kerana saya peneman setia dia shopping, bayangkan beli hbeg guess 7/8 bijik, pakaian toksah cakapler, bagi dia duit macam air jer....yerlah semua bayar pakai CC....nak balik beri lagi saya dan kak nor SD 60...upah jinjing beg shopping dia kot?






hari kedua di Singapore Police Force, tengah2 Mr Surjit Singh yang memberi taklimat, Mr Surijit asalnya adalah warga Malaysia, sekarang memilih Singapura sebab katanya 'lebih terjamin di sini"...



Kami lagi, kenapa kepala saya senget, banyak makan leher ayam ni....



Dua pensyarah pengiring, dua2 punya personaliti yang berbeza.....sangat berbeza




Hari ketiga kami ke Capital land, pemaju perumahan dan projek2 mega di seluruh dunia dan antara syarikat yang punya langkah pencegahan rasuah yg berkesan dan sangat titikberatkan integriti, yang memberi taklimat juga asalnya warga Malaysia, tapi tak leh cakap bahasa Melayu dah...seorang Cina dari Johor, sebab memilih Singapura juga kerana dikatakan persaingan di sini lebih adil...


salah satu tempat makan, hari2 makan jer kerjanya...6 hari duk sana, 6 hari x 3 kali makan sehari, 18 tempat makan kami cuba, paling takleh lupa makan kat restoran korea....sedap, rebus dan bakar sendiri....


Bergambar hari nak balik, yg no 2 dari kanan dari travel agency ...kepala saya senget lagik!



Salah satu tempat kami makan, The Hooters....tercabar...tengok 2 perempuan kat belakang yg menari hullahoop....seksi bangat, yg lelaki nak pandang malu2, jeling jer...




Tengok tu, separuh punggung terkeluar, tetek tersembol sebahagian jugak. Dan perempuan ini namanya nama Melayu....nampak sangat jauh terrrr....


Ni kami perempuan 3 orang dalam kursus ni, ASP Lai, Kak Nor, eksekutif penyiasatan dari Tnb dan saya. 3 org dengan 3 watak yang berbeza tapi tetap boleh berbaik....dan yang ni kepala paling senget..ntah2 orangnya pun senget jugak tak?



Wassalam

No comments: