Wednesday, August 5, 2009

Sesungguhnya hidup ini sementara

Assalamualaikum w.b.t


Kadang-kadang keseronokan hidup buat kita terlupa yang kita hidup sementara. Umpama persinggahan. Ahmad Fedtri pengacara MHI hari tu ada cakap, semasa kita dilahirkan kita diazankan dan semasa kita meninggal pula kita disolatkan...maka tempoh hidup ini adalah sesingkat antara azan dan solat!



Banyak keseronokan dunia yang lagi dikejar lagi tak puas. begitulah kehidupan ni, lagi dikejar lagi diberi Allah berbagai nikmat yang begitu ingin kita kecapi. Walhal semua tu tipu dunia semata. Saya bercakap ini untuk diri sendiri juga. Hanyut dan leka semacam menjadi lumrah pula.


Mujur juga saya bersuamikan suami yang ada ni. Adalah juga sesekali titik noktahnya. Ada kesedaran yang mendatang. Dan ada kawan2 yang berlain bidang yang memberi ingatan. Kawan2 yang suami masing2 juga terlibat dalam tabligh kini merupakan senarai kawan2 utama saya. Kalau dalam handphone tu berderet nombor telefon kawan itu. Kawan sekerja pun tak seramai mereka.


Entahlah, sesuai sangat saya berkawan dengan mereka. Rata2nya tak bekerja, kalau yang bekerja tu pun betul2 dibidang yang agak profesional. Ada dua tiga orang bekerja sebagai doktor, ada juga jururawat. Lain2 tak kerja.


Walaupun mereka tak bekerja tetapi kalau bercakap dengan mereka terasa sangat yang saya ni bodoh walaupun kononnya bekerja dan belajar. Sebab bercakap dengan mereka topiknya bukan dunia semata-mata tetapi lebih kepada cakap2 iman dan kebesaran Allah. Kalau biasanya mendengar orang miskin tak mengahantar anak ke sekolah saya akan memandang dengan pandangan serong tapi dengan kakak Maryam bila dia cerita yang ketuga2 anaknya tak dihantar ke sekolah saya menerima sebaliknya pula, tersemat rasa kagum yang amat sangat.


Kenapa? Jawapannya mudah sahaja. Sebab hasil anak yang tidak bersekolah ini jauh lebih 'berkualiti' berbanding dengan anak2 yang bersekolah. Mungkin ada yang tak setuju dengan saya, biasalah, sebab kita ada pandangan yang tersendiri. Membandingkan anak saya berusia 6 tahun dengan anaknya yang tak bersekolah yang berusia juga 6 tahun sangat berbeza.


Anaknya selain pandai membaca dan juga mengaji hasil asuhan sendiri (Home Schooling)juga sentiasa menjaga solat 5 waktu. Bukan itu sahaja malah mewajibkan diri melakukan solat sunat isyraq, sunat dhuha dan sunat2 yang lain. Malah sudah boleh fikir masalah ummat! Jangan cakap kalau tak sekolah nanti nak kerja apa? Anda hilang yakin ker pada rezeki tu ditangan Allah? Baca sajer fadhilat solat Dhua dan isyraq? baru kita sedar dan insaf...


Pagi tadi perjalanan ke kelas di Jalan duta saya mendengar IKIM>FM...mengatakan ramai remaja Melayu khususnya di IPT meminum arak? Maka bagi saya penyelesaiannya mudah sahaja. kembali pada sunnah dan Al quran....


Ramai sahabat yang menghantar anak mereka sejak kecil ke madrasah menghafal Quran dan ramai pula selepas itu mengambil SPM dan ramai antara mereka berjaya ke menera gading. Dan hasilnya sangat cemerlang bukan sahaja akademik malahan sikap dan auranya yang hebat...terasa sangat yang andai di dada sudah ada Al quran maka kejayaan yang lain akan datang bergolek dengan mudahnya. Andai anda melihat raut wajah mereka pun sudah nampak garis2 ketakwaannya....bersih yang bukan bersih luaran tetapi terserlah dalamannya...dengan sopan dan pekerti yang indah, berbeza dengan anak2 gadis dijalan2 dan dipusat2 membeli belah yang berbangga dengan fesyen baby T dengan tudung yang jarang!...


Maka itu, tidak syak lagi andai diberi pilihan saya tidak mahu menghantar hani ke sekolah aliran biasa pun...kerana saya tak mahu dia menjadi seperti yang lain..biar dia menjadi lain dari yang lain....kerana dia satu2nya permata saya...




Wassalam

No comments: