Thursday, August 6, 2009

Betapa syoknya menjadi surirumah sepenuh masa

Assalamualaikum w.b.t


3 bulan sahaja lagi saya berpeluang berfoya-foya di rumah. Boleh tido lepas hantar anak2 ke sekolah. Boleh ke pasar membeli ikan di pagi hari. Boleh menjahit sampai mesin pun letih. Boleh menanam sayur-sayuran bila nak masak petik sahaja. Boleh mesin rumput keliling rumah dengan gembiranya. Pendek kata macam2lah yang boleh dilakukan dengan senang hati.


Lepas tempoh tu siaplah, apa yang nak saya lakukan kat rumah. Entahlah...ada peluang lagi ker ataupun tidak....eeeeiiii ngerinya nak membayangkan pagi2 nak rush siapkan anak dengan sibuk nak pergi kerja, memikirkan pagi2 kat office hari2 kena attend mesyuarat..pastu kena follow up kerja yang tak habis2 dan tak berpenghujung....langsung takde kepuasan hidup! Asyik2 nak me jawam kepada boss...


Kalaulah saya boleh berhenti kerja? Sekurang2nya pun 3 tahun dah wajib kerja, lepas tu umur dah 39, setahun lagi 40, agak2nya bolehker umur 40 saya berhenti dengan cara option awal? Tak boleh kot..sebab ada komitmen hutang bayar rumah, masa tu kereta dan selesai dah...cuma hutang rumah ajer...hishhh...bestnya kalau dapat duduk rumah...saya rasa saya takkan boring duduk rumah pun!


Sebab saya jenis pandai create activiti kat rumah. Terutama menjahit. Banyak buku jahitan dan ada ni, masa nak belajar pulak takde. Sekarang ni dua pasang baju saya dah stand by untuk belajar jahit sendiri. Pastu projek buat telekung saya dan hani. Projek cadar dan beg pun dah menunggu, kain semua dan stand by...masalahnya bz lah pulak dengan study ni..pening sesangat rupanya nak membuat tesis. kalaulah tesis boleh tukar kreditnya dengan ambil paper lain 5 paper pun saya sangguplah!


Apapun, saya tetap akan begini juga, maksud saya bekerja ni...rasa cam dah terperangkap dalam dunia pekerjaan ni pulak! Harapan yang ada, hanyalah dengan opsyen awal, 45 tahun, lagi sepuluh tahun tu! entah sempat entah tidak untuk sampai umur tu.


Orang lain ada boring tak rasa dengan kerja masing2. Ataupun happy? Bila baca blog kawan2 blog ni rasa masing2 macam happy jer dengan pekerjaan, [ada juga yang tak suka dengan kerja,kan?] ataupun malas nak meluah benda yang tak gembira, sekadar meneruskan kerja untuk mencari rezeki. Ya itulah agaknya kita wanita bertahan dengan kerja,kan semata2 untuk membantu keluarga. Tapi bila dah kerja ni, memanglah membantu keluarga tapi aspek lain pula terabai...terabai dalam membesarkan sendiri anak2 sepenuh masa, terabai makan pakai anak, dengan emosi anak yang tak dapat dijaga sepenuhnya...macam2 perkara lain luar kawalan yang terpaksa kita korbankan....


Bagitulah nasib wanita, isteri dan ibu di zaman ni....berkorban untuk orang lain...


Wassalam

2 comments:

Zareda Norman said...

salwa

so far kak zar enjoy kerja, kalau option awal pun kena pastikan dah ada business untuk dijalankan.. tak mahu 24 jam duduk rumah, harus beku akak dibuatnya..

cuma sekarang persekitaran kerja aje yg sedikit tensen.. afterall.. syukur je dengan kehidupaan kita sekarang

Hanisumayyah said...

Kak zar...


ha'ah syukur tapi sebagai manusia seskali ada jugak keluh kesah...kelemahan saya ler tu