Tuesday, August 25, 2009

Banyaknya bill semasa

Assalamualaikum w.b.t


Letih hari ni tau! Hari ni baut pertama kalinya saya membuat bayaran kesemua bill yang ada. Semua. Malas dah nak bertangguh-tangguh. Selama ni kan berapa bulan sekali baru saya bayar. tapi kali ni saya bayar semua lump sum terus.


Bil api, bil air, bil telefon handphone, bil telefon rumah, bil stremyx, bil cukai tanah/pintu. Mujur astro dah potong. paling banyak cukai tanahlah, sejak duduk rumah ni tak pernah bayar! Kopak RM 900 hari ni...bilnya RM 899.00...., bil api pulak 3 bulan RM 274, bil air 3 bulan RM 80, bil streamyx RM 200 [sajer bayar lebih} dan bil telefon rumah pun bayar lebih RM 100...


Nampaknya dapat gaji semata-mata bayar bil jerlah. saya rasa mana-mana orang pun begitu kot? Kecualilah yg berkongsi suami isteri....Keter lak buat hal jugak. Botak kepala camni, semua bil sorang kena settel. Tu pun ada tiga lagi bil nak kena bayar. Yuran hani RM386, keter RM 500 dan kredit card....eh ada satu lagilah, gaji Rika!


Pastu bulan ni nak kena kira kos buat kuih raya....berapa banyak tu? Dan baju raya hani tak beli lagi? Baju moden maksud saya, blouse dan jeans/tshirt, baju kurung dan ada dah...baju saya pun dah beli, dan dah pakai pun. beli dulu hari tu kebetulan nak pakai untuk hadir majlis Khidmat cemerlang hari tu...dan ada dua abaya saya dah order online...cukupler tu...


Cuma siapkan duit untuk mak untuk belanja raya. baju raya mak banyak dah saya belikan, dah siap jahit pun, kakak yang jahit. Dan juga nak belikan baju untuk pak haji, t shirt atau kurta jerlah kot!


Peninglah saya setiap kali raya..sebab banyak ongkosnya saya sorang yg kena keluar. Untuk diri sendiri memadailah barang2 keperluan rumah yg banyak beli dah sebelum ni....cukupler tu puan salwa oiiii!!!!



Wassalam

4 comments:

Cool said...

Heheheh kita cukup-cukup kan... hehehe@!~

Zareda Norman said...

salwa
redha.. InsyaAllah murah lagik rezeki salwa lepas ni

Irfa said...

BULAN NI SEMUA BIL NAIK.BIL AIR,BIL LETRIK DAN BIL ASTRO..ADUI
DAHLAH AIR X DE DAH SEMINGGU LEBIH

Hanisumayyah said...

jiji...


tulah pasal...nak bermewah pun kena fikir banyak kali...komitmen banyak benar! kalau nak manjakan diri kena pejam mata jer, takleh fikir banyak2...kalau fikir panjang mesti tak jadi beli satu apa pun...sebab asyik fikir org lain...


Kak zar..

Harapnya begituler...tengah doa ni biar cepat naik setakuk lagi ni...asyik dengar rumors jer kata nak naik.... nama dah hantar JPA lah..itulah inilah....tapi tak naik2 jugak!


Irfa...

Yerlah mendadak sungguh kenaikan bil air...yerlah dah diswastakan perkhidmatan air,kan? rumah akak pun takde air jugak baru2 ni, mujur air tangki ada...