Monday, August 24, 2009

Dah buat kuih raya

Assalamualaikum w.b.t


Ingatkan semalam kak aza nak balik,kan? Tak jadik balik lagi. Hari ni lak cadangnya baru nak balik. Tu pun cam tak jadik lak...semua dok tido tu. Suhaila dan Zubair baru mula ke sekolah selepas cuti seminggu ke sekolah sebab demam. Kak aza, kak chik, Uda dan Syakirah semua sedang tertido dalam bilk menonton tu.


Saya pun tertido sama tadi tetiba tebangun lak ni. Semalam cadangnya nak hantar kak aza and anak2 balik PD, tapi tak jadik. Sebabnya saya dok terfikir kalau hantar semalam, apa cerita lak Zubair, camana nak bawak dia balik sini. Mesti susah punya...lagipun kalau hantar sana saya malas nak tido kat rumah kak aza.


Pagi2 tu saya ada janji dengan kak aza, saya nak ke kedai beli lauk. Sebabnya nak ke kedai tu ada offer 5 barangan dengan harga RM 3.90 sekilo. Sebabnya nak beli untuk dua rumah sekali dapatlah murah sikit. So pepagi saya dengan Syakirah dah ke kedai, Kak Aza bagi duit pulak semalam. bagi RM 40 untuk beli lauk untuk bawak balik ke PD.


Antara lauk yang saya beli semalam, ikan selar, cencaru, tongkol, udang, sotong, sotong kembang, sayur2, Untuk saya pun beli jugak lauk yang sama cuma saya tambah ikan bawal jer. Nak beli ayam jugak dah habis rupanya, berebut orang beli ayam sebab harga offer tu murah...


Balik tu singgah kedai. Syakirah dok bagitau sambil merayu2, "makcik..makcik, buatlah semperit...buatlah semperit, kakak suka makan semperit....". So balik tu singgah mini market carik bahan. Baliknya terus buat semprit. Cakap dengan kak aza pasal nak buat kuih dia pun suka jer tak jadik balik....apalahi..kecoh masing2 semua nak tolong, dahlah oven baru beli hari tu tak reti pulak nak pakai, buku manual entah mana agaknya.


Mujur juga oven butterfly lama ada penyelamat. Akhirnya entah apa saya tekan kat ove tu....baru boleh guna. Tapi masalahnya saya terlupa yang microwave oven tu tak boleh guna loyang biasa, habis berapi2 menyambar2 dalam tu sebab saya guna loyang aloi biasa tu. Mujur tak meletup.


Fikir punya fikir tak tau nak pakai apa, saya guna jer pinggan corelle saya yang tak guna2 tu. Eh..elok pulak masaknya semperit tu. Dapatlah cepat sikit siapnya sebab guna dua oven. Mujur juga Rika setia menolong, budak2 ni semua setia mengacau jer. So pembantu tetap kak chik dengan Rikalah....dapatlah dua tupperware, tapi satu dah buat makan2 malam tadi.


Sejarah betullah hari puasa kedua dah buat kuih raya. Tak sabar nak buat lagi ni, tapi sebab kak aza and the gang ada susah sikitlah. Petang lepas buat kuih pulak, anak2 dara ni nak suh saya buat kek coklat pulak. Buat lagi, tapi kali ni saya guna periuk nasi panasonic yang baru beli tu, Alhamdulillah boleh bakar cake cuma lambatlah banding oven butterfly bulat tu.


HIshhhkkk...ntah jadik balik ke tidak tu. Saya ni banyak assignment nak buat, selagi ada orang kat rumah ni selagi tulah rasanya cam tak boleh mula buat kerja. Ada jer yang mengacau tepi Pc ni...




Semalam pak haji called mati2 dia ingat semua dah balik PD, rupanya semua ada kat rumah saya lagi. Entah saya pun tak tauler apa yang payah benar melekat diorang duduk rumah saya ni. Na datang susah dah datang payah pulak nak balik...


Rasanya kak aza cam tak larat lagi kot...duduk sini semua senangkan, masak2 banyak kerja2 potong memoting dan siapkan bahan Rika bantu, kak aza atau saya menumis jer. Sahur pulak Rika dah siap dan hidang dengan buat air sekali, kami kerjanya bangun jer, tu pun semua si Rika kejutkan masuk bilik...kiranya semua si Rika dah siapkan, tinggal basuh muka duduk makan jer. Bertuahnya lah hai dapat maid bagus. Tapi tu pun kak aza tak puas hati lagi tu...


Sian gak Si Rika asyik ada jer benda kak aza suh buat. Bilik air memang selalu jadi punca dia kena sound. Pastu cara Rika menyapu pun kak aza tak berkenan. Sampai basuh kain buruk dalam mesin pun kak aza tak benarkan. Dia nak Rika basuh kain buruk guna tangan. Saya pulak tak kisah, janji semua kerja beres...tapi depan kak aza saya berlakon jugak..apa2 dia komen Rika tu saya angguk2 setuju jer...dalam hati saya, tak kisahlah...banyak benda dah Rika dah bantu saya...kalau maid lain mau dah merungut..tapi Rika senyum jer....


Oklah ni nak siap2 harap jadiklah balik PD hari ni diorang ni, saya takleh bacalah apa ada dalam hati kak aza ni, Agaknya dia taknak tinggalkan Zubair kat sini ker, atau malas nak balik mengadap Tok [mak} dia ker sebab mesti tok datang rumah dia atau tok suruh dia datang sebab lambat laun tok tentu tahu yang pak haji tak ada rumah....saya sendiri pun kurang pasti napalah kak aza kalau datang susah nak balik sana balik, Kalau anak2 dia memang semua taknak balik tu...dengar nak balik jer semua muncung...


dulu2 kalau suami ada jer kami boleh duduk sama, kalau pak haji takde rasa janggal tapi sekarang tak kisahlah pulak. Boleh ajer dok berlonggok macam ni, cuma satu yang tak tahan tu duit belanjalah. APa lagi kalau tak leluar poket saya sendiri....cam biasa, kak aza ada;ah bekal duit pak haji beri saya pulak, tebalik...buka pak haji beri bekal duit saya plak yang menyumbang duit kat dia...sekarang ni dekat binid dengan anak2 dia pulak....harap2 saya doa Allah bagi keikhlasan dna Allah beri ganjaran dalam bentuk rezeki lain...


Syakirah dah lama dok merengek kat saya nak beli jubah hitam tu....kalau ikutkan memang nak belikan...tapi haru tu ada yang saya berkenan kak aza tak berkenan pulak. Kalaulah orang tengok,kan...cara budak2 ni meminta sesuatu dari saya mesti orang ingat diorang anak saya. Even si Rika pun pelik tau, sebab Hani anak saya sendiri langsung takde permintaan apa2. malah kalau kat rumah, hani lah yang beralah...yang ebrgaduh, yang menejrit anak2 kak aza...yang berebut makanan anak2 kak aza, hani always the best. Syukur anak saya ni jenis baiiiikkk sepanjang masa. Oh ya dia puasa tahun ni...hari2 ammie bagi layanan 5 bintang. Bila dia sebut bak berbuka jer layanan naik jadik 6 bintang pulak. Pagi tadi sahur siap ammie bawak amsuk dalam bilik suap atas katil lagi....tang tu yang tak tahan tu, bila marah jer, asyik dia tuntut mana layanan ammie kata 5 bintang tu??? Sabar jerlah...asalakan dia puasa cukup 30 hari. layanan 5 bintang pun 5 bintanglah!!!!






















Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

Salam...wa,

Serius saya cakap...murahnyaaaaa rezki awak dlm keje gomen ni...subhanaAllah..

Ina paka

Hanisumayyah said...

Ina...

Harap2nya berterusanlah...