Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum w.b.t

Sekejap jer dah menjelang Ramadhan. Rasa macam baru jer hari raya yang lepas. Baju raya hari pertama tu pun baru pakai sekali dua jer, masih rasa baru lagi. Tahun ni, semalam dah beli sehelai baju raya kurung siap dah. Lega.


Demam saya pun dah kebah. Kak aza nampak masih tak normal sangat. masih ada semput walaupun tak demam lagi. cakap agak tercungap2 sekali-sekala. tapi malam ni tadi laju dia membaca Quran lancara jer kalau semput rasanya baca putus2 tu. Dah okaylah agaknya tu.


Dua anak perempuan saya bawa ke hospital hari ni. Lega bila ambik darah, disahkan darah mereka okay. Takde yang pelik2.

Semalam bawa kak aza dan sofiyyah ke klinik pakar kanak2, sebab sofoyyah tak mengurang langsung selesema dan batuk, semput pun masih ada. Tapi saya macam boleh menelah apa puncanya. Cuma malas nak bincang panjang lebar dengan kak aza. Hanya lepas satu pagi tu saya tengok 'hebat' meleleh hingus sofiyyah, saya paksa diri jugak cakap kat kak aza, "kak..sofiyah ni kena haramkan tido dalam aircond, budak2 semput mana tahan...." tapi kak aza jawab, "bukan sejuk pun..." saya jawab balik, apa tak sejuknya , saya lalu kat lorong nak ke dapur ni pun dah terasa sejuk aircond depan ni"...dia senyap jer...


Bayangkan tetiap malam bukak aircond, sebelum saya balik kampung hari tu diorang tido bilik master, memang buka aircond sampai saya dua beranak terpaksa lari tumpang tido kat bilik Rika. kebetulan Rika temankan mak saya tido sekatil dengan mak saya dalam bilik satu lagi.


Lepas saya balik dari kampung hantar mak, saya tengok kak aza dan anak2 dah mula tido kat hall pulak, bentang dua tilam kekabu tu. Dan masih on aircond, di hall pulak. Lagi sejuk sebab hall punya 1.5 kuasa kuda. Saya dengan hani sejak demam dan sibuk2 H1N1 ni memang tak buka aircond. Apatah lagi ada anak kak aza yang batuk2, sah2 udara pusing kat situ jer...senang penyakit berjangkit.


Satu lagi, sofiyyah saya tengok kak aza berani sungguh mandikan jam 7.30 pagi. Pelik betul saya tu! Dahlah sejuk, dengan semput pulak, selesema lagi, dia mandikan jugak pagi2. Hishhh nak tegur nanti takut dikata terlebih pandai, sedangkan anak saya satu jer. Tapi Hani dulu sampai dah nak jalan pun saya masih pakaikan barut tutup dada. Sebab dulu pun tido malam saya pasang aircond jugak. Tapi malam2 tido kalau tak berbarut saya pakaikan Hani baju dua lapis. lepas mandi 5 lapisan minyak saya sapukan kat badan dia. Ni saya memang ingat sebab kak aza selalu gelakkan saya saaampai 5 jenis minyak saya sapu pada bahagian2 tertentu badan hani.


Tapi tulah, Sofiyyah malam2 pun kadang2 tangan pendek, perut tersosol sebab baju tak tuck in dan baju pulak jenis tergantung....saya suka pakaikan rompers atau overall, senang tertutup semua malam2....tapi semalam balik klinik saya bawa kak aza gi beli baju overall dan rompers untuk Sofiyyah.


Rumit jaga baby ni. Biar kita jaga betul2 masa kecik bila besar senang dah. Macam Hani jarang ditimpa sakit. Beza sangat dengan nak2 kak aza, lemah betuk antibodi diorang. Yerlah dari kecik macam2 ubat dah disumbat dan pelbagai antibiotik ditelan, sudahnya sistem pertahana badan berganatung pada antibiotik luar....tupun entah dah tak kebal dah antibiotik tu.


Macam hani saya haramkan terus antibiotik sejak dia baby lagi. Saya biarkan tubuh dia melawan sendiri. nampak berkesan jugaklah. Tapi sejak akhir2 ini saya tengok kak aza cuba untuk mempengaruhi saya untuk beri antibiotik tu. Banyak kali dia cakap penting ambik antibiotik ni. Saya diam jerlah. Masa dia jaga Hani rasanay dia ada beri ubat tu....


Hishhh, nak Ramadhan mengumpat lak. Cuma bila duduk sama ni saya rasa makin besar jurang perbezaaan pemikiran dan pendirian kami. sangat jauh berbeza.



Dalam tempoh kak aza duduk di sini, saya cuba menghayati, memahami adn berkorban sedaya upaya saya. Saya berkejar ke sana kesini melayan kehendak dia. Saya yang memasak hari2. Semalam say a ada raptai Anugerah Perkhidmatan cemerlang di Hq, pagi 2saya dah masak nasi lemak dan goreng nasik.


Pastu bawak Sofiyyah ke klinik, balik klinik gi beli baju dia pulak, pastu terus pecut ke ibu pejabat putrajaya tumpang kawan. Balik dekat2 maghrib, tengok2 takde makanan, terpaksa masak. Lepas saya masak jer budak2 berebut makan, rupanya ummi tak kedapur langsung.


Hari ni pun sama, pagi2 saya dah bergegas ke putrajaya, lepas terima surat anjakan gaji disampaikan Nazri Aziz [ FYI saya bukan dapat khidmat cemerlang, saya dapat anjakan gaji melintang sebab PTK dapat aras 4 yg hari tu ....] saya bergegas pulak ke jalan Duta, ada kelas Forensic Computer. Masa break lunch saya call hani yang saya tinggalkan pagi2nya dengan panas yg sangat tinggi dan saya sempat cucuk ubat bontot...malamnya pulak batuk non stop...muntah melambak2....hishhh mencabar malam tadi tu...


Bila call Hani nangis suh saya balik saya mohon izin untuk balik dan tidak sambung kelas, sampai2 jer dekat jam 3, perut lapar pulak. tengok2 apapun makanan takde. Ummi tak masak apa pun. Masing2 makan sebungkus nasi lemak pagi tadi. Terpaksa bersinsing lengan memasak pulak. Siap masak masing2 berebut2 makan. Terus siap bawak Hani syakirah dan Hanis Suhailah ke hospital sebab dua2 tu demam dan batuk teruki dah seminggu tak kebah2.


Apa lagi saya tak buat? dah buat semua dah. hari2 saya blendkan juice buah, if tak sempat saya suh Rika poting suh budak2 ni makan....anak saya sendiri tak makan langsung pun.


Dan saya SUDAH MULA PENING, niat saya hari tu lepas masing2 pulih, baliklah ke PD semula. Tapi nampaknya saya dah hani terjangkit dan kami dah pulih [hani kena demam semula}, kak aza dan anak2nya tak jugak baik2 dari demam.


Macam makan tanggung berak cangkung jugaklah. Cumanya saya rasa terbeban sikit sebab saya on off keluar masuk rumah, gi kedai beli barang, bawak anak2 ulang alik ke klinik, kelas, urusan kerja, jadi badan penat sikitlah. Yang kat rumah kalau tak membantu langsung memang sakit hati jugak kan? Pinggan semua main campak dalam sinki, saya taulah Rika ada, tapi mana disiplin selama ni...kenapa kat rumah sendiri boleh basuh? Kat rumah saya semua tunggu Rika pulak?


Saya tak pernah tengok kak aza semalas ni. Ni memang lain benar. Bila saya mengadu dengan suami, dia kata agaknya sebab kak aza jarang sakikt jadik kalau kena sakit memang melepeklah....mungkin agaknya.


So kalau kak aza lama lagi duduk sini mau saya pulak keluar rumah kot, agaknya saya kena lari ke Tman Seri Pinang rumah tumpangan tu. Yang kak aza taknak balik sebab nanti mak dia datang berkampung kat rumah dia dalam bulan puasa ni pulak....


Tulah....susah lah nak cakap...banyak hal nak luah agi ni....tapi saya kena sabarlah rsanya, macamanapun sabar jugaklah jalan keluar terbaik....
Wassalam

4 comments:

Cool said...

aircond bahaya tu.. kena pneumonia nanti sejuk sejuk...

bayi mmg tak elok antibiotik.. semua bacteria yg elok utk badan habis mati sama...

Kak.. hebat betul laa. Tak ada rasa memberontask langsung ke kak wa?

Hanisumayyah said...

Jiji....


Kadang terlepas cakap gak, bukan pada kak aza, masa akak marah budak2 ni, sebab tau2 jerlah budak2 memang kuat bergaduh..membising...bergurau..tapi rasanya kak aza dah tau hati budi akak kot...akak bising2 pun akak tetap layan baik lepas tu....ntahlah ikutkan nafsu dan hasutan syaitan kadang tu nak gak suarakan kemarahan cuma setakat ni takdelah lagi...akak lebihkan bersabar...

Luna said...

akak, stgh anak org mmg tahan lasak pdhl kita tgk nya seriau. mcm anak sedara Am, masa dlm pantang lagi dh mandi air sejuk.kalo kita, dlm 6bln ke atas la baru bg mandi air sejuk.tp Alhamdulillah, kak x de jd apa pun baby tu...sihat...elok je..

kuasa Allah kan...anak2 dilindung malaikat cuma jgn kita cuai.

Hanisumayyah said...

Luna...


Tulah, ada yang jenis tahan tu takper, Si Sofiyyah tu memang jenis tak tahan...akak yg tengok ni kesian...