Tuesday, August 25, 2009

Penapis air...dan MARAH

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni penapis air saya bocor, melelh jer airnya kalau ditadah penapis airnya tu. So saya panggillah budak yang jual ni. bagusnya syarikat ni [techno water] dia punya service after sale tu. Tak kisahlah penapisnya bukan brand yang ada iklan dalam TV, tapi service lepas jualan tu yang penting.


Macam kak aza penapis air roket yang besar kat luar rumah tu jenama Cosway, masa beli ribu2 siap dengan CD nya semua, tapi lepas pakai berapa tahun tak tahu nak suh sapa service. Maklumlah cosway jual macam2 barang jualan langsung, sudahnya airnya dah agak keruh sekarang ni. Penapis dalam rumah pulak kak aza guna Amway, lagilah susah nak cari spare part...tak tukar2 sejak beli dulu.


Eh...saya nak citer benda lain sebenarnya ni. Gini, lepas budak service tu datang, dia offer suh beli penapis lain yang lebih bagus katanya dan satu lagi produk yang namanya Micro bubble nano oxigen. Fungsi produk pertama tu untuk mengalkalikan air, pada tahap yang peliang sesuai untuk badan dan produk kedua tu untuk meningkatkan kandungan oksigen dalam air...sesuai untuk semput dan macam2 sakitlah..katanya lah.


Disamping tu katanya lagi boleh meneutralkan kandungan radiasi dalam badan sebab dalam rumah kan banyak radiasi, dari pc. microwave, tv dll....pendek cerita macam2lah kebaikannya. Saya terpengaruh juga asalnya tapi tak beli pun. Sebabnya saya rasa penapis air yang ad atu dah okay pun. tapi borak2 dengan kak aza saya [un terfikir balik macam benda tu perlu jer. Kak aza taulah kan dia taksub dengan benda2 untuk jaga kesihatan ni.


Tu sebab rumah dia sampai ada dua penapis air, luar dan dalam. Saya beli penapis air ni pun sebab terkesan dengan kepirihatinan dia pada tahap kebersihan air dalam rumah. Saya terfikir elok juga saya beli sebab masa tu kan budak2 kat dalam rumah ni semua tak sihat. Dengan Sofiyyah semput, Zubair masalah buah pinggang...Terutama pulak kak aza cakap yang penapis airnya sejak akhir2 ni keruh airnya tu sebab budak2 semput dan batuk serta demam. Ada logiknya jugak di situ...saya terfikir camtuler.


Sudahnya lepas dapat green light pak haji saya pun terbeli jugak. Lepas dah beli rasa bodoh jugak, sebab asalnya harga barang tu campur dua tu katanya, lebih 5K, tapi sebab saya mula2 taknak beli tapi dia pujuk juga dia beri saya harga RM 3668. The best price katanya. Dia bagi diskaun sebab saya customer lama, tambah2 saya trade in penapis lama dia diskaun Rm1,000 pulak.


Tapi bila saya call semula kata jadik beli, dia bagi lak saya harga RM 3228. Diskaun lagi RM 400. Mudahnya dia turunkan harga...berapa dia untung agaknya, saya tertipu ker?....Hmmmmmmm tak taulah camana saya ni. Dek kerana kak aza dan anak2nya duduk sini sampai saya terpengaruh beli penapis air tu. Nak ikram kak aza dan anak2nya jugaklah niat asal saya tu. Cuma saya bersangka baik alat ni mampu membantu menjadikan bekalan air kat dalam rumah ni elok. maklumlah Negeri Sembilan memang sangat teruk kualiti airnya.



Semalam kak aza dah balik. Saya bekalkan dua tong besar air yang siap ditapis untuk dia bawa balik. Nanti abis ambiklah lagi kat sini...kiranya harga yang saya bayar tu untuk kegunaan dua rumahlah...



hati saya panas sungguh subuh2 ni. Hari tu kan tok dan cik ayang datang dan tido rumah saya ni. Habis semua dikemaskannya. Mujur jugak rak buku saya tak sempat dikemas saya dah sihat sikit dari demam hari tu, saya kata, tak usahlah kemas banyak dokumen saya, nanti kalau dikemas saya tak jumpa carik. So diorang stop jer tak jadik kemas. pagi ni saya buka drawer meja ruang tamu, tengok2 clear semua dokumen dalam tu. Yang ada hanya hujah penggulungan kes harta sepencarian pak haji. patut dalam tu macam2 dokumen ada, sklip cukai tanah, cukai pintu, slip saham, slip bil2 api air dan salinan ic pak haji semua ada. Tapi semua dan yilekk!



Saya nak cari salinan ic pak haji sebenanrnya sebab nak daftar Suhailah sekolah Abim. Sudahnya baru saya dapat tahu yang drawer tu dah dikemas Cik ayang dengan Pah {maid dia], semua habis dibuang, menurut Rika, yang ditinggalkan surat beranak saya jer....dengan gambar2. Hishhhh terbakar rasa hati saya, mendidih darah rasanya. terus smsm kak aza tanya betulker semua dah dibuang?


Kak aza jawab katanya, tak dibuang kot, cariklah dulu....surat beranak saya ada disimpan letak kat rak buku katanya....Tapi bila saya cek kat rak buku, takde apa apun yang pelik...memang ada surat beranak saya atas buku2 tapi dokumen lain takde apa pun.


Yang saya geramtu, dokumen dalam drawer tu bukan kacau orang, saya dah benarkan diorang datang dan bermalam pun dah cukup baik. Tapi melampau sangat sampai semua barang2 saya dibuangnya. Mug2 saya dan cawan2 tak pakai pun dikemas buang....bayangkan ler. Barang2 dalam peti ais pun dibuang dengan andaian benda dah lama, buat apa simpan. sukati saya lah. Kira clear peti ais saya lepas diorang balik tu. Bawah2 katil barang2, kain2, baju2 lama [yang saya simpan sebab saya nak buat contoh belajar menjahit] semua dibuat alas kaki. Sebab alas kaki sedia ada yang saya letak kat depan semua bilik air habis disuruh Rika basuh. Selipar dan getah paip pendek pun dibuang jugak....



Melampau betullah diorang ni, ni kak aza dah balik barulah si Rika lapor kat saya macam2 cerita, kan masa diorang datang tu saya sebenarnya balik kampung. Maid tok yang nama Pah tu bercerita dengan Rika betapa dia tak tahan kerja dengan tok, asyik kena panggil 'bodoh' jer. Sedangkan pah tu kat Indon kerja cikgu sebelum ni.



Pah tido sekatil dengan Rika kat bilik tetamu malam tu, tengah2 tido Tok kejut Pah bangun tak dibenarkan tido atas katil dia suh Pah tido bawah jer. Pastu nasi sejuk esoknya dia suh Pah buat nasi goreng untuk Pah makan....kata Rika nasinya dah tak elok lagi...saya memang dah lamaaaaa dah cakap kat pak haji, kalau saya jadik Pah tu saya hantukkan kepala kat dinding jer sebab saya dilayan macam orang takde harga diri, takde maruah...diherdik, dimarah, dipanggil namanya dengan kuat sekali. Seolah2 gaji RM450 tu besar sangat! Bayangkan salah potong halia, pun teruk dimarah. Tu belum kena paksa dengan tok makan kuah kari seperiuk sebab tok ternampak dia kedapur tak pakai sarung tangan....macam pah tu kotor sangat pulak....tok hanya bagi alsan takut pah tengah masak2 terkorek hidung....


Eh banyak cerita pah ni...kak aza yang cerita, dia cerita dengan niat nak bagitau kat saya 'teruknya si Pah ni macam bodoh tak boleh ajar' tapi saya pulak menerima tafsiran cerita ni sebaliknya, "teruknya tok ni layan Pah macam Pah ni tawanan pulak'...sedangkan diakan seagama dengan kita, kita kena layan dia sebagai seorang insan. bagi saya kalau kita layan dia [maid] dengan baik, Allah akan bagi ganjaran baik....Pah kan kalau jumpa saya ada jer benda dia bisik2 kat saya, luahan perasaan yang saya boleh cakap kat dia doalah dan solatlah banyak2..Allah maha penyayang...


Eh...nanti cerita lagi, saya nak ke bengkel kereta ni, semalam masa ambik budak2 balik sekolah, dari pintu sebelah pemadu keluar asap dan bau hangit. Sampai saya berhenti berapa kali ntah, keluar cek bonet depan, tengok enjin ok jer, tapi bila start keter dan jalan keluar asap lagi. Sudahnay bila asap dan terlampau banyak, saya turun tepi jalan letak dua beradik tu jauh2 saya cek sekali lagi. Pastu call pak haji yang ada di kelantan tanya pendapat. Dia nak suruh karkun dekat rumah saya ni datang tolong.


Hishhhh, tak nak saya, saya pun call kawan pejabat tanya pendapat. Lepas tu saya tawakkal saya masuk keter, jalan terus, dua beradik saya letak kat bonet belakang kembara tu, kalau2 meletup ker terbakar ker biar saya sorang yang kena...dahlah semalam hati saya panas jer sebab si Zubair masa saya ambik tu dah terkencing dalam seluar...basah seluarnya...saya suh dia berdiri jer dalam kereta. Pagi ni bangun terkencing atas katil pulak...sabar jer saya dengan ank tiri ni, tak larat nak marah dah....jenuh si Rika basih cadar dek kerana si Zubair ni...

Wassalam

4 comments:

Irfa said...

eeeeeeeeeeeeeee x pasal2 saya geram.dahlah dtg umah org,buleh berkemas macam umah sendiri.
terlebih rajin diorang ni.suka atilah kita nak simpan berapa byk barang dlam umah kita.akak tahu psl 5S ?yg simpan barang/doc secara sistematik ala Jepun tu?hanya tuan punya jer buleh wat 5S utk barang dia.org lain takleh buat.sbb org lain xtahu mana yg peting dgn yg kurang penting.angin sungguh saya yg membacanya,next time jgn bg diorang dtg umah akak.lgpun akak sbnrnya x de kaitan sedara pun dengan mereka.
hehe

Hanisumayyah said...

Irfa...

setuju bangat! Akak memang dah lepas geram kat pak haji dah. Lain kali jangan harap boleh datang rumah akak....memang saha semua dah dibuang....barang2 tu nampak lama tapi semua ada maknanya....sukati jer diorang buang...tak hormat langsung hak orang..macamanan dia buat kat rumah kak aza camtulah dia buat kat rumah akak...no wonder kak aza pening dengan mak dia!

Luna said...

sy pun geram! apatah lg mmg dh banyak sy tgk org treat maid dorg mcm hamba..pdhl maid tu bkn hamba tp pembantu.. pembantu tempatnya di sisi bukan dibawah kaki..

Hanisumayyah said...

Luna...

Tulah pasal, akak dah tanya dah si Pah tu nak sambung ker.. dia jawab confirm taknak sambung...biar padan muka tok dengan cik ayang tu...nak kena carik maid baru...