Friday, August 7, 2009

Hilang hormat

Assalamualaikum w.b.t


Bukan senang nak sampai tahap kita rasa hilang hormat pada seorang kawan. Melainkan dia buat sesuatu perkara yang betul-betul buat kita rasa hilang sudah kepercayaan dan penghormatan yang kita berikan sebagai seorang kawan.


Tapi sekarang itulah yang saya rasa. benar2 hilang rasa hormat pada dia. Susah betul saya nak berlagak biasa depan dia. Memandang dan berborak dengan dia pun terasa semacam saya hipokrit!


Puncanya mudah sahaja. Iaitu dia menceritakan kepada saya yang dia ada affair dengan lelaki lain. walaupun cara ceritanya semacam menafikan yang dia jatuh cinta, tapi dia silap sebab dia bercakap dengan saya yang pernah ada pengalaman "TER affair" dengan rakan sepejabat. Sekilas ikan di air sudah kutahu jantan betinanya.


Dan disebabkan saya pernah bertandang ke rumahnya dan pernah juga berbual mesra dengan suaminya, maka saya menjadi lebih kasihan kepada suaminya. Dan sehingga kini walaupun suaminya telah berjaya "menangkap' hubungan affair tu melalui sms dan mereka suami isteri telah bermuzakarah secara matang namun saya tahu hubungan perasaan secara terlarang itu masih wujud....dan itu yang buat saya rasa hilang hormat.


Dan yang buat saya rasa lebih hilang hormat bila mereka meletakkan solat sebagai perbuatan main-main, buat bila suka, tinggal bila leka....6 malam bermalam bersama kawan ini buat saya kenal siapa dia sebenarnya....sungguh sukar saya ingin mengembalikan rasa hormat ini.


alaupun saya tahu saya tidak wajar membiarkannya, namun belum ada kekuatan menghalang melainkan saya memberi nasihat supaya mencari jalan keluar...samaada 'lari' dari kekasih gelap itu atau berpisah terus dengan suami dan bersedialan menjadi isteri kedua kepada lelaki itu.


Dan itu yang dia tidak bersedia walaupun sebelum2 ini acapkali dia bertanyakan saya tips menjadi isteri kedua. Pada masa itu yang terlintas pada saya ialah suaminya bercadang mencari isteri baru, rupanya sebaliknya dia yang mahu menjadi isteri kedua! Sudah hampir akhir zaman betul!


Berapa banyak pula kes lain?????


Wassalam

No comments: