Wednesday, August 26, 2009

Menu ramadhan hari pertama hingga hari kelima

Assalamualaikum w.b.t


Semua cerita menu ramadhan, saya pun nak war-warkan jugak.

Hari pertama hari tu, kak aza and the gang ada sini, so menunya ala2 ikut tekak kak aza dan anak2 lah. Simple jer, berbuka dengan kuew teow ladna dan sahur masak lemak kuning udang dengan peria serta ikan sepat kering. Air pulak, saya bklend epal hijau. Manisan pulak pengat pisang dengan sagu.


Hari kedua pun sama. Sebab tak puas makan kuew teow ladna disamping kak aza buat ngam-ngam, maka buat sekali lagi tambahan pulak bahan semua dah ada. Sahur pulak masak sotong kembang dengan peria dan telur asin. Air pulak sirap bandung plus ais krim soda. Manisan masih kekal dengan pengat pisang dengan labu jugak. Hari ni pergi jugak bazar ramadhan atas permintaan kak aza, dia pesan beli lai chi kang, popia goreng, ABC dan sup tulang lembu.


Hari ketiga pula berbuka ikan bawal masak kari, sayur kacang botor goreng berlada, dan sambal ketuk. Air pulak saya blend epal hijau tapi saya buat epal susu. Disamping tu buat cekodok udang geragau.


Semalam hari keempat saya masak ikan selar asam pedas, sayur bayam goreng, dan selar goreng. Manisan masih lagi buat pengat pisang dan jugak goreng cekodok udang geragau lebihan semalam cecah asam pedas.


Hari ni saya ada kelas, balik petang, masak pun simple jer tadi, kobis masak lemak putih rencah udang laut, goreng sepat masin kering dan buat sambal ketuk sekali lagi. Perjalanan ambil anak2 balik sekolah singgah beli murtabak daging, air tembikai [permintaan Zubair] , dan buah tembikai [permintaan hani]. Dan belikan juga Hani sup bebola ikan tenggiri...hani suka sup.


Begitulah menu berbuka saya. Simple dan makan pun ala kadar jer, kalau sedap sangat nanti makan sampai mengah pulak! Setakat ni sahur tak miss lagi dan takde pembaziran makanan jugak. Seperti biasa saya tak berapa gemar ke bazar ramadhan sebab bila sampai ke sana saya tak tahu nak beli apa, semuanya tak membangkitkan selera. Satu, sebab makanannya dah sejuk dan bila sejuk mulalah saya mebayangkan benda tu dah lama masak.


Bagi makanan yang panas2 pulak, terhad juga pilihannya, masih jugak tak selera. Air pulak bila nak beli tu terbayang yang dia mungkin guna air tak masak. Saya hanya akan beli jika bertulis menggunakan air masak. Bukan cerewet sangat saya ni tapi kualiti air kat neg sembilan ini memang sangat teruk. Bayangkan kalau air yang sama digunakan untuk kita minum.




Wassalam

4 comments:

Zareda Norman said...

kak zar pun lebih selera masak sendiri. Terbeli jugak sejeni dua lauk tapi mmg menyesal habis. Masak sendiri, goreng ayam pun rasa puas hati makan.

Luna said...

sy kalo blk SP je beli kat bazar ramadhan sbb mak Am meniaga kat bazar jd mmg sibuk x smpat nk masak. lauk kat luar yg sy 'berani' beli ialah pajeri nanas dan ayam goreng. yg lain tu takut menyesal..

Irfa said...

saya baru dua kali gi param.
petama:kakak nak murtabak.
kedua:kakak nak nasi ayam.
saya x tahu nak beli lauk apa kat param sbb bila tgk lalat terus ilang selera.dlm byk lalat2 tu w,pun dihalau tetap sekor dua terlepas kan?hehe

Hanisumayyah said...

kak zAr.. betul tu, masak sendiri lebih puas...


Luna...

Pajeri nenas tu dah lama akak teringin nak buat, nanti2lah kena belajar kat internet ni....pajeri terung pun okay jugak ,makan pulak dengan sepat kering...fuuuhhh...


Irfa...

Ha'ah, semua peniaga dok pegang kayu ikat plastik merah kat hujung untuk halau lalat tapi terlepas jugak sekor dua...sempat hinggap tu...bahaya tul!