Wednesday, August 5, 2009

Doa sahaja Allah akan beri walaupun lewat!

Assalamualaikum w.b.t


Saya selalu rasa yang saya menzalimi diri sendiri. Sedangkan Allah melimpah ruah kasih sayangnya pada HambaNya. Walaupun saya kerap main-main dalam solat, lain-lain amal pun entah kemana. Sungguh main2 saya nih!


Tetapi sesungguhnya Allah itu maha pengahsih dan penyayang. Diambilnya satu diberinya satu lagi. Akhir ini banyak hajat dan keinginan saya Allah tunaikan sebagaimana hajat saya. Kalau tak bersyukur lagi tak taulah, memang teruk saya ni?


Pertama.

Saya dari dulu memang minat photografi. Minat ajer tak kemanakan kalau tak disertai kamera yang tip top. Hajat dihati memanglah nak kamera DSLR tapi sedar kemampuan dan keinginan saya tu takkan mendorong saya membelinya sebab membazir jer benda tu. cukuplah saya dah berlapang dada dengan camera digital Casio 4.0 mp yang suami bagi sejak mengandungkan hani dulu. Suami beli pun ketika kamera digital masih baru peringkat awal popularitinya. Beli sencond hand melalui mudah.com jer pun. MAsa nikah dulu suami ada beli kamera Nikon jenis filem tapi mana nak guna dah kamera2 filem ni...jadik pekasam dalam almari jerlah!


Tapi dah camera Casio kena curi, melopong jerlah. Tapi tulah Allah tarik satu nikmat Allah beri nikmat yang paling besar. Kan saya cakap suami nak jual DSLR Sony EOS 400 dia dengan harga 1K kat saya. Rupanya dia cakap jer, dah seminggu dia beri saya, dengan accesorriesnya sekali dan dah belajar pun, tapi sebab ada beberapa jenis lens, utk jarak jauh dan dekat rumit sikitlah nak belajarnya...tunggulah nanti yer, saya tunjuk gambar2 yang diambil.


Kedua.

Rumah saya ni telah mula menerima jemaah masturat (wanita). So saya ada keinginan nak memasang aircond untuk ruang tamu sebab nak bagi mereka selesa. Tu jer niat saya pun. Tapi bila bincang dengan suami budjet yang ada tu mencukupi pasang utk rumah tumpangan jer. Tu pun 2 a.cond sahaja. Pada saya, ambil yang murah jer sebab bukan untuk kami tinggal, tapi suami tak setuju dia nak pasang jenis mitsubishi heavey duty yang save energy. So budget meningkat lagi. Maka saya korbanlah tak pasangpun kat rumah saya. Masuk dalam senarai benda nak beli jer a.cond tu. Tapi kesabaran dan sifat mengalah saya tu dibalas Allah juga. Hari tu pasang kipas kat dalam bilik yang saya cerita tu, orang tu iffer aircond second hand dengan harga RM400 sebab tuan punyanya hantar ke kedai tapi tak ambil, so saya bayar kos baiki RM 400 jerlah. Dengan 1.5 power hose kira sesuailah dengan ruang tamu. So jemaah masturat 3 hari yang baru balik semalam dapatlah duduk dalam keadaan selesa. apa lagi yang Allah tak bagi saya ni? Semua nak dah dapat pun!


Ketiga


Kak aza rajin buat kek. Sedap pulak kek dia buat tu. Hani dan saya pun suka. Nak2nya makan panas2. Maka saya pun ambillah resepi. Nak buatnya tak tau lagi. Bukan sebab apa, tapi sebab oven saya tak okay. Kalau bakar kek tepinya hangit tengahnya tak masak lagi. Alaaaa oven bulat butterfly yang tengah2 transarent boleh nampak kat dalam tu...Saya beli lama dulu dengan harga RM55. Kalau buat biskut raya lepaslah...Dulu ada juga survey oven elektrik lain tapi suami plak cakap daripada beli oven baik beli microwave oven terus. Saya ni pantang diberitahu, dahlah bengap sikit hal2 oven ni, kira bila tau wujud oven + microwave ni terus nak yang tu jugak! Tapi bila survey kat JJ, kedai letrik dan mana shopping compleks mak aii takde yang murah...semuanya dekat2 mencecah seribu. Memanglah saya takkan beli dengan harga tu melainkan saya ni ambil tempahan buat kek ker apa kan? Mahal sesangat rasanya. Pun masuk senarai jerlah microwave oven tu!


Tup-tup suami bagitau ada microwave oven dengan harga RM600 brand new kat mudah.com. Teruja ler saya. Sampai lupa nak survey yang lain2, terus call owner nak beli. Dah ambil pun, tapi rupanya banyak juga yang second hand yang jual lagi murah. Menyesal jugaklah. Tapi masa jumpa owner kat JJ Seremban 2 saya ada print brand sama yang dijual dengan RM550, so dia tanya saya nak kurang berapa saya kata kalau bagi harga sama dengan yang saya print tu pun okay, so dia bagi saya RM550, suami komplain kata kenapa saya tak minta RM 500 jer. Tapi saya bengang sebab dia janji nak jumpa orang tu, tapi masa dia janji tu dia balik PD, saya sorang jer gi jumpa owner tu, saya ni pemalu nak minta kurang! So sekarang semua barang dihajati dah dapat! Kalau tak bersyukur lagi campak ke laut jerlah!


Tulah Allah ni bagi kita apa kita nak, walaupun caranya berbeza. tapi at the end kita tetap dapat juga. Kalau nak difikirkan rahmat allah memang melimpah ruah pada kita. Cuma jangan lupa bersyukur. Baca Quran setiap hari, zikir pun kena istiqamah sebab sesiapa yang berzikir ni hidup disisi allah dan yang tak berzikir ni seumpama 'mati' disisi Allah...zikir yang paling afdhal adalah membaca Quran.


Hari ni suami keluar jalan Allah lagi untuk 40 hari...walaupun ramai pandang serong lagi usaha dakwah dengan cara keluar macam tabligh buat ni, tapi apa lagi usaha yang ada di muka bumi ni yang mirip usaha Rasulullah yang keluar menyebarkan agama dari rumah ke rumah? Yang duduk dimasjid2 membuat majlis ilmu, membacakan ayat2 Quran dan menyebarkan hadis2 nabi? Inilah usaha yang sangat perlu diakhir zaman ini, moga2 asbab usaha mereka ini Alllah suka dan ramai orang islam mendapat hidayat dan kembali pada sunnah dan Al Quran.

Wassalam

3 comments:

Luna said...

mungkin lah....ini ganjaran bg isteri2 yg meredhai suaminya keluar berdakwah..

Hanisumayyah said...

Luna...akak pun fikir begitu, terutama masa peristiwa dirompak tu, apalah agaknya dalam fikiran perompak tu sampai dia tak terfikir nak selongkar bilik master tempat kami dua beranak tido, sedangkan masa tu, dua bilik yg lain habis diselongkar dan dalam handbag akak dalam bilik master ada 2K akak coz baru keluarkan gaji dan pada badan hani pun ada gelang dan rantai emas....semuanya Allah dah tulis agaknya....sebab masa tu kan suami keluar 40 hari...apapun kami dua beranak selamat sejahtera tido senyenyak2nya malam tu...

Maryam said...

tersentuhnya baca komen kak luna..

terlintas pula hal kewangan saya.. kalau dilihat dari luaran (dalaman sebenarnya sebab orang tak tahu) sangat meruncing. tapi allah lebih tahu... boleh beli itu ini.. paling mengesankan, parents (dua-dua) sedang tanggung 4 anak IPT, 5 sekolah + 1 nursery dengan belanja sendiri. mana datangnya kemudahan pun tak boleh nak nampak..