Monday, October 12, 2009

Dua hari yang penuh dengan kebaikan

Assalamualaikum w.b.t


Kakak ipar dan keluarga

Sabtu kan saya ke PD. Selain berkemas selepas group UMNO check out dari homestay kami di PD, juga bertujuan menyambut kakak pak haji sekeluaga yang datang dari kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Diorang datang satu MPV...penuh...3 lelaki dewasa, 3 wanita dewasa dan 4 kanak2, berapa tu yer...10 orang tuuu...


Ini kali ke 3 saya bertemu mereka sejak saya kahwin dengan pak haji. Kakak Zabedah [mesra dipanggil Kak Jabid] adalah anak pertama dari isteri kedua Hj Majid [bapa mertua saya]. Pak haji pulak adalah anak kedua dari isteri ke 3 ayahnya. hah..panjang lebar terangkan gitu...tapi hubungan dua beradik ni memang rapat dan mesra, dan kak Jabid ni kalau jumpa pak haji dipeluk dan diciumnya...macam terharu sangatlah...


Saya pun tak tau umur kak jabid ni tapi saya rasa lebih tua atau baya2 mak saya. Sebab anak pertama dia dah umur 46/47 tahun...datang kali ni dibawa oleh anak dia Azhar, anak keduanya yg umur 45 tahun.


Kak Jabid suaminya nama Hj Harun, Imam juga kadhi dan juga suami isteri ni orang kuat PAS kat Kuala Selangor lah kot...sebab diorang datang PD ni asbab pilihanraya. Saja nak tengok ker nak jadi peraih undi tidaklah saya siasat. Diorang ada 12 anak, dan saya hanya kenal 2 sahaja, Azhar yg saya nak cerita ni dan yg datang sekali ni anak lelaki umur 22 tahun [tapi dah kawin, bini dlm pantang lagi]


Walaupun jarang jumpa tapi diorang memang mesra sangat...suka bergurau dan menyakat...yg kelakar kak jabid dan suaminya [yg sangat peramah dan suka sangat menyoal saya macam2 biar saya terlopong nak jawab] buat saya rasa happeningnya keluarga diorang ni....


Tapi point yang saya nak cerita ni anak buah saya tulah, Azhar, 45 tahun yg panggil saya Maklang [merasalah jadik mak saudara dan nenek saudara] kawin dengan isteri dia nama Fauziah masa umur dia 25 tahun dan Fauziah tu umur 15 tahun [skrg 35 tahun sebaya saya] dan tak lama lagi Fauziah ni nak dapat cucu...anak sulungnya dah kawin sedang mengandung.


Gila tuuu....35 tahun dah nak bercucu....sebaya saya tu...Zi [nama panggilannya] punya 8 anak bermula yg sulung 19 tahun, 17 thn, 15 thn, 14 thn, , 9 thn, 6 thn, 5 thn, 1y 5 month ... tu pun kira berselang tahun jugak kalau tipa2 tahun bersalin tak taulah berapa ramai dah....



Pulak tu, dalam usia 35 tahun ni dia masih bersedia katanya untuk mengandung beberapa kali lagi [cuma orang jer bising]....sebab suaminya tak kisah dan suka anak....eiiii jeles sesangat saya tengok dia...Zi ni kecik jer orangnya dan berpurdah...katanya banyak kali dia bawa anak2, orang ingat dia bawak adik2...dan menantu dia Ustaz, umur 27 tahun, orang ingat abang dia...tak gila ker tu?


Macam magik jer bila borak2 dengan dia saya tanya umur 15 nikah, 16 dapat anak apa yang dia tau buat masa tu? Dia kata masa tu dia tak tau apa2 pun...ayah dia suh berhenti sekolah [pondok] pastu suh kawin dia ikut jer..masa tu tak tau masak, tak kenal suami, pendek kata dapat anak umur 16 dia kata dia pun tak tau nak layan anak macamana...kelakar jugak saya dengar dalam zaman moden ni ada gak yg kena kawin awal...saya masa tu dok ulang alik sekolah lagi...tapi dia dah dok belek anak....


Justeru, semalam tiba2 semangat untuk usaha nak dapat anak membuak2...dan-dan petang tu ajak pak haji ke kedai ubat cina sensei kat pekan PD. Dah lama pak haji cakap yang kat PD ada sebuah kedai sensei Cina depan The Store ada jual ubat untuk dapat anak...tapi saya asyik lupa jer...


Semalam petang lepas diorang balik kami pun ronda2 carik kedai tu. Rika dan Hani kami drop kat tepi pantai Batu 4 sebab hani gedik sangat nak mandi laut...semalam suasana dahlah sangat sesak dengan keter polis merata2, kejap2 bunyi siren kena ke tepi sebab peti undi nak lalu....pastu kejap2 keter VIP pulak lalu.



Jenuh lah dari batu 4 nak sampai ke pekan macam2 halangan, selang 20 meter polis berkawal...berderet2 polis tepi jalan, kat pekan siap khemah gergasi dan khemah2 kecil tempat polis, sampai 2,000 polis ditempatkan kat PD siap tapak perkehamahan besar lagi...[eh merepek citer pilihanraya plak...tapi PD memang happening betul pilihanraya ni...]tapi banyak kali insiden gaduh berlaku...masa sampai siap saya terperangkap dekat satu jam dalam jem kat tempat insiden yang ketua polis N9 kena tolak tu...macam2 keslah...



Mujur juga saya gigih ajak pak haji pergi jugak walaupun pak haji kata hari ahad tutup...rupanya kedai dia tutup khamis. Lama jugak kat kedai ubat tu, rupanya dia siap periksa badan kita lah...doktor perubatan cina tu check nadi, pastu pegang dan tekan pergelangan tangan, check tekanan darah dan interview macam2 soalan.


Antaranya pasal period [biasalah tu], pasal semasa bersama [tanya air mani banyak keluar ker tidak lepas bersama], pastu dia tanya pulak sejarah penyakit2 seblum ni...dan akhirnya lama lepas tu dia buat kesimpulan.


Katanya badan saya lemah dan rahim saya juga lemah. Saya diminta berpantang dari minum ais. Dan saya dicadangkan mengambil campuran ubat dia dengan dos untuk 3 bulan. Sekali makan untuk tempoh 6 hari pastu berhenti sehari, sambung lagi 6 hari berhenti lagi sehari dan begitulah seterusnya...dan kos untuk 6 hari punya ubat adalah seratus ringgit.


Lepas tu saya bincang dengan pak haji dan dia kata ambil untuk dua minggu dulu...kalau nak ambil 3 bulan, kosnya RM 1,200 dah tu...buat masa ni makan dua minggu dulu kata pak haji. So semalam ambil untuk 200 sajalah. tapi semalam punyalah lama check dan bincang sampai dah nak maghrib...sebab ambik masam dia campur2 ubat, kami balik rumah dulu sebab pak haji nak ke masjid. Dan hani masih di pantai dengan Rika.. kesian plak maghrib2 kat pantai.


balik tu masih menempuh jem sebab penyokong plak dah berbaris tepi2 jalan, nak ambik anak dara tepi pantai lagi...dengan keter plet luar plak banyak, sampai kat rumah dan azan...lepa stu tunggu2 punya tunggu pak haji tak balik2 sampai dah 8.45..walhal kedaia ubat tu tutup jam 9 malam...rasa dah nak mengamuk call tak jawab plak...kang kalau saya pergi takut2 dia merajuk cam hari tu...sabar jerlah...


W.pun dah lewat kami pergi jer sesampai tu doktor perubatan cina dah mangga pintu tapi dia ada lagi kat situ...saya pi jumpa dia dan dia bagi saya masuk lalu pintu kecik dan dapatlah saya ambil ubat tu malam tadi. Pagi tadi dah start makan dah...pak haji siap tunggu saya habiskan baru balik rumah kak aza...punyalah pahit...dahlah tu suh bancuh pekat2 plak...disebabkan hani dah tau kes saya ambik ubat nak dapat anak..dia siap ugut2 ammie..cepat habiskan ubat tu...cepat habiskan...wah dua orang jadik guard paksa saya suh cepat habiskan minum ubat tu....


pagi ni pecut balik seremban sebab nak hantar hani sekolah...kesian plak asyik ponteng...sebab sekarang diorang dah mula buat persiapan untuk konvokesyen bulan 11 ni...esok ambil gambar konvo..yg pegang scroll tu...pastu dah mula hafal lagu2 yg nak dipersembahkan...nanti hani ketinggalan plak...


Kisah kak aza dan saya.


Kakak pak haji tu datang hari sabtu, terus ke rumah kak aza, tido rumah kak aza malam tu, untuk berlaku adil, selepas sarapan esoknya datang plak homestay tu jumpa saya plak. Tapi makan tengahari kak aza masak, saya hanya ditugaskan amsak nasi jer. tapi saya masak gak tambahan ikan selar masak kicap dan tauge goreng. Tup2 masa kak aza masak gas dia habis, dia called pak haji, so saya suh pak haji ambik jer gas yg kat homestay tu, saya masak pakai dapur mobile yg guna gas dalam botol kecik tu....


Dalam jam 2.30 baru pak haji sampai. Diorang memang daripada awal dah lapar, so saya turun tapak pasar malam bawah tu, beli keropok lekor, kuih2 jamu, keluarkan keew teow goreng lebihan pagi tu dan hidang biskut cecah air teh o...dapatlah diorang isi alas perut dulu....


Saya ingat masa hantar lauk tu kak aza ikutlah..rupanya takde...lauknya saja yg datang, semua serba sedikit plak tu...daging goreng berlada, sepiring bendi goreng dengan telur dan sepiring brocoli goreng simple jer dengan sambal belacan dan timun...sekali saya tengok..eh apasal lauk ni macam tak match jer...semua kering2...


Mujur juga saya masak 5 ekor selar masak kicap [berkuah] dan juga tauge goreng..dapatlah menampung 5 kanak2 yang ada tu [termasuk hani], sambal daging sangat lah pedas dan sambal belacan pulak pedas tahap telinga berasap...memang pedas gila...dalam hati saya..kenapalah agaknya lain benar masakan kak aza kali ni, biasanya sedap dia masak dan pandai dia regukan campuran menu dia..kali ni selain hambar menu pilihan juga macam tak match. Macam tak ikhlas jer masaknya...daging berlada tu ada serai tapi serai tu tak berasa pun sebab dia tumbuk serai tu ala kadar jer...tak hancur langsung camana nak keluar rasanya...???



Dan saya pelik juga kenapa dia tak datang..adakah sebab saya pun tak datang rumah dia sejak puasa hari tu? dan kes kami berjumpa tak bercakap2 masa saya nak berbaik dengan suami tu...dan saya juga terjumpa satu sms dia pada suami panjang ceritanya....tapi hujung2 dia tulis "kita sama2 sabar yer yang"...dalam maknanya tu...


mengejutkan malam tadi, ingatkan suami nak bermalam rumah kak aza, rupanya balik kedai sensei dia suh saya masak simple dia nak makan, dan saya ingat lepas makan dia nak balik rupanya terus naik bilik atas... katanya khamis baru balik rumah saya semula...so giliran saya dengan kak aza adalah caca merba...ikut suka hati jer...



Wassalam

6 comments:

Cool said...

"kita sama2 sabar yer yang".

Ehem.. lepas ni kak wa sms la pak haji msg yang romatik sure belas sana berapi. (tp kena ikhlas la ye tak).

Kak wa kena celen kak aza kasi layanan 1st class, kasi pak haji angau angau teringat kak wa je.

Bak kata orang biar pak aji "beg for more!" Hahaha@!~

Amik ati banyak banyak.. biar pak hj nampak kakwa lebih 10x lagi cekap bagus hebat dari kak aza.

(Wah hebat aku menghasut)

Tengok gaya belah sana asik main corner sana sini.

lagi pon kan kak wa, kalo dengan kakwa sure pak hj relax sket tenang sket sb takde gangguan anak-anak. Kelebihan dah tu utk berbakti lebeh lebeh!

Zareda Norman said...

salwa

tergelak kak zar baca komen Jiji tu. Yerlah kalau dah redha dalam hati, kenalah main peranan pikat hati suami, tambat kuat kuat. Tambah nak tambah anak ni kan.. kasik je sms leleh leleh.. hehheheh

Irfa said...

hebat sesi rebut merebut ni.yg untung pak aji jugak.hehe

Jiji said...

Kak Zareda: Ye la kan kak kena pakai taktik, Love is a battle field@!~ FIGHT for it@!~

Kak Irfa: Takpe untuk pak haji yang menang kak wa@!~

Cool said...

untuk -->UNTUNG***

Hanisumayyah said...

Jiji...


Masalahnya belah akak ni takde masalah nak dihighlightkan...macam kak aza banyak isu, tentangan mak dia utk hantar anak madrasah...campurtangan adik beradik dalam urusan rumahtangga, isu kakak dan mak dia berebut nak suh baby Sofiyyah datang rumah diorang nak main2, isu Zubir yang selalu buat hal dan gaduh dgn ummi dia...banyak sgt isu, macam akak balik2 isu nak tuntut giliran, Hani plak langsung takde buat hal atau nak telefon ayah..kadang buntu nak sms tapi tak tau isu apa nak cakap???


Camno nak create isu, takkan sengaja nak bagi atau buat masalah untuk tarik perhatian?


Adalah diakui dia selesa bila kat rumah akak, tapi kang kalau dia tengah enjoy selesa baring2/ golek2/gurau2 ada jer sms lah, call lah dari akak aza...macam2 hal...macam semalam, nak gi mengundi pun call suami...kita baru jer nak baring2 dengan suami, tup2 dia call..ingat apa hal rupanya nak bagitau nak gi mengundi...geram jer...tapi pak haji kita duk depan mata boleh plak bergurau dgn bini "ingat undi bulan sebab bulan terang, jangan undi dacing nanti dacing berkarat...hehehehe" sabar jer akak ni...

Tapi akak memang ada niat nak buat apa Jiji cakap tu..tapi akak tau nak tambat hati pak haji cara dia senang jer..kita buat banyak2 amal, taat dia, jaga aurat dan ikut syariat..tu yg paling dia suka dan cepat jer dia tunduk kemahuan kita...nampak gaya bila agak2 dia nak balik jer kenalah akak mengadapa Quran mengaji..heheheh


Kak Zar...

Saya ni sebab takde isu/masalah tu yg pak haji tak susah fikir hal saya..dia tau semua benda saya leh handle...tu sebab beriya nak dapat anak at least bila anak bertambah adalah isu yg saya boleh utarakan...

Luas lah sikit empayar saya...


Irfa...

Untung tang mana tu??? Lagi dia pening adalah...sekarang ni, kalau jawab call dia dah agak malu2 alah sikit...pastu mula dia pening nak atur giliran sebab akak dan kak aza tak berhubung lagi...masing2 dah mula berkira taknak bertolak ansur dah...


pi mai pi mai tang tu jugak....