Thursday, October 29, 2009

Kisah Hani dan ayah

Assalamualaikum w.b.t


Hani.

Malam tadi kami dua beranak tido awal. Saya tido dengan telekung, lepas perhati hani mengaji dan saya baca yasin [tak habis pun] ntah macamana saya tertido dah...


Memang mujahadah nak buat amal ni. Zaman sahabat dalam susah payah mereka buat amal, dengan panas terik, dengan cabaran dan ugutan dari kaum musyrikin mekah....tapi zaman ni kita mujahadah dalam keadaan senang.


Punyalah mencabar nak mengaji dahlah dengan bukak aircond....pastu duduk atas tilam yang empuk...bantal plak dah siap standby tunggu nak berkhidmat jer...


Masa saya tido tu hani masih dok mengaji lagi, saya sedar2 dia kejut saya sebab dia nak bukakkan telekung dan kain telekung yang saya masih pakai sebab nak tolong sidaikan...alahai siap lipatkan pastu sidaikan dengan elok....pastu tolong tutupkan lampu dan rapatkan pintu...dah ada rasa tanggungjawab dah anak dara tu...pastu pandai pulak dia tido sendiri belakang saya takde pulak nak minta peluk ker hapa ker...dah berdikari dah dia...



Anak dara tu cam biasa lepas solat magrib dia akan ambil quran dan mengaji. Saya perhati jer, sekarang dah lancar dan, cuma kurang berlagu dan sesekali harkat nya terlari sikit.


Rasanya malam tadi dah masuk juz 2 dah....kat sekolah satu hari baca 3 ayat jer..tu sebab saya suruh dia baca kat rumah jugak...


Kadang2 rasa kagum gak dengan hani ni, quran yang dia baca tu quran terjemahan, tulisan kecil jer...ada baris atau tanda2 yang silap, tak macam Quran betul, saya memang tak banyak quran, ada satu yang saya beli amsa belajar di USM dulu, dua quran terjemahan, satu beli masa belajar dan satu masa kerja dan satu lagi quran saya beli untuk hani dan yang ini letak di sekolah.


walaupun tulisan kecil ada jer yang dia nampak kalau ada tersalah baris...tertambah tanda bacaan ataupun ada titik yang agak pelik atau terletak senget skit....tu yang saya perlu juga perhatikan dia mengaji tu....


Dia kalau mengaji bukan main kuat suaranya...baca taklim pun sama..sampai nak terbatuk2lah..semangat tahap tinggi punya...kalau dah sampai terbatuk2 tu mulalah dia berhenti pastu cakap, eh napa kakak ngaji kuat sangat ni..letihlah..pastu perlahan balik, masa dia mengaji ni rasa sangat yang dia dah cukup besar dah...


Sekarang kalau solat, masa sujud terakhir tu memang panjanglah dia sujud. Duluuu dia ada tanya saya kenapa kalau sujud akhir tu saya lambat bangun semula. Saya jawab masa tu kalau kita doa adalah baik, allah dekat dengan kita...adalah afdhal kalau kita doa masa sujud. So, sekarang bila sujud memang tak lepaslah dia berdoa...panjang sujudnya kadang kalah saya pulak!


Bila tanya doa apa, dia kata doa untuk dapat adik, lately ni saya suh dia tambah doa supaya ayah sihat jugak....lepas solat dia doa lain pulak, khusyuk jer dia doa.... yang ni doa yang dia belajar di sekolah...siap dengan intro pujia2an dan kemudian adalah word macam, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, rahmatilah mereka...sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku sewaktu kecil....pastu penutup doa...dulu masa 5 tahun baru2 dengar dia doa macam ni alahaaii dah besarnya dia dahn pandai doa untuk mak ayah dia dah...



Syahdu jugaklah tengok anak gadis ni, dah lepaslah jugak kiranya tanggungjawab saya sedikit, kiranya solat dah pandai, walaupun takdelah setiap hari cukup 5 waktu, kadang lompong jugak, solat subuh takde masalah, selalu zohor atau asar yang terlepas kadang dia tido kadang tengok tv sampai lupa....isyak maghrib dengan saya, takde hal....tambah2 juz amma dah hafal, doa2 pun dah banyak yang tau, puasa pun dah cukup 30 hari, rukun iman dan rukun islam dah tau sangat dah, asmaul husna pun dah tau...nama malaikat nama nabi pun dah hafal..cuma yang lebih detailnya apa yg dia belajar saya tak berapa ikuti pelajaran dia dah..minggu lepas dan minggu ni dia periksa. Nanti hujung tahun dapat prestasi barulah tau...


Baru2 baru ni dah dapat surat dari Sekolah Rendah islam ABIM, hani dah lulus peperiksaan kelayakan untuk darjah 1, diminta daftar sebelum 30 november dengan membayar deposit RM300. Konvo hani pun 14 Nov ni, tapi rasa macam malas nak pergi, Sebab bayar mahal sangat. Minum pagi satu kepala RM25, hi tes tengahri RM45...kalau 3 orang RM210 ..kos untuk makan sehari, berbaloi ker tak????



Dahlah masa tu tak gaji lagi, bulan okt ni dahlah gaji awal. Ikutkan malas nak pergi. Dah bagi hint kat ayah kotlah dia nak sponsor tapi katanya tak payah pergilah. Kesian pulak, semalam dah dapat surat dari sekolah, hani akan dapat 3 hadiah, dan akan terlibat dalam 5 persembahan. Baju gown dah tempah [tapi tak ambik kot sebab RM64 sepasang kos tempahannya] so saya dah beli gown kat bundle RM18 jer...dah cuba pun cantik sangat bila hani pakai, macam princess...saya cakap kat ayahnya macamana kalau tak payah bayar makan, bawak bekal jer...aci dak?


Macamana tak mahal buat kat hotel..kat Kelana Resort Seremban..buat jerlah kat dewan2 mana ker, takdelah kosnya tinggi....tapi katanya nanti ramai plak ibubapa merungut tak selesa...yerlah ramai gak yg ado-ado hantar anak kat sekolah tu..tapi kami yg tak ado-ado ni camno tu?


Semalam dapat surat gak kena bayar RM9 kos sewaan baju dari guru muzik untuk persemabahan percussion...untuk persembahan percussion sewa baju guru muzik, persembahan nyanyian Sound of music pakai gown, persembahan bacaan doa baju kurung [baju sendiri jer]...tak taulah apa lagi yang nak kena sediakan, oh ya..kena beli tudung putih jugak untuk pakai bersama gown dan tudung cikg dah pesan awal kena masukkan dalam baju....macam2kan...


Klau tak pergi agak kesian jugaklah..dah berlatih hari2 tiba2 hani tak pergi pulak,kan? naya betullah tu....cuma isunya perlukah saya bayar untuk rika sampai RM70 makan untuk sehari tu? Mahal sangat tu...rasa macam nak bawa dia tapi makan bawa bekal dari rumah jer...tak taulah ok tak idea ni? Wah..tiba2 berkira sangatlah pulak saya ni....


Pak haji sah2 takkan nak pergi, dia mana nak pergi majlis bersosial macam tu. dahlah ada persembahan bagai, memang kena kutuk abislah saya kalau saya bawak dia....dah tu majlisnya pagi sampai ke petang. pagi persebahan dari semua cawangan Murni, termasuk baby, 4 tahun dan budak2 transit petang...dan petang barulah penyampaian scroll untuk kanak2 6 tahun...


Pak haji.

Malam tadi tengah sedap2 tido, tiba2 dengar orang ketuk pintu dengan kuatnya. Rupanya pak haji balik sini lak. Tak bagitau awal pulak. Sebab semalam mesyuarat dan hari ni dia nak ke Perkeso so dia balik sini.


Balik2 tanya nasiklah pulak, saya memang pemalas nak ke dapur malam2 ni...terus ajak kuar makan. Tapi pak haji rajin jengah sampai ke dapur, saya baru teringat ada lauk ayam salai masak lemak cili api, tanya pak haji tak nak plak lauk tu. dia santan2 ni tak suka, so dia tengok telur banyak suh buat dadar. Tengah2 buat dadar teringat stok ikan punyalah banyak dalam peti ais, so ambik talapia sekor saya goreng. Saja beli talapia sebab nak masak sweet sour, hari tu masa keluar 3 hari saya masak utk jemaah [20 org punya makan, 10 ekor ikannya] sweet sour sedaplah pulak, macam nak makan lagi jer...


So pagi tadi kami 3 beranak sarapan sama di kedai, pastu hantar hani terus ke Perkeso, hantar surat perkeso untuk pencen ilat pak haji dan juga surat pencen perkeso kak aza, dan dua anak2nya. memang tiap2 tahun saya yang pergi hantarkan. Dan saya jugak yang sahkan surat2 tu...tapi tahun ni kak aza tak suruh saya cop pengesahan pun, tengok2 dia dah cop siap2, nama pensyarah politek PD..kawan kakak dia.


Lagipun kalau dia suh saya pun cop saya tak relevan lagi dah sebab BPR dan tukar nama jadik SPRM cop saya dah ketinggalan pakai nama jabatan yg lama. Tapi pagi ni macam tahun lepas saya jugaklah yang pergi hantarkan, dan benda ni kak aza tak pernah tau, borang berkaitan perkeso ker Amanah raya ker selalunya saya jugalah yg toling suami uruskan...kan ker suaminya tu sebelah tangan, takkan sampai ati bininya nak biarkan. Sudahnya saya jugaklah yg berurusan....


Kalau di Perkeso tu memang agak pliklah..tahun ni yg jaga kaunter tak tanya...sebab saya kan hantar dua borang berasingan secara serentak. satu naman Noraza,berkembar pulak dengan borang nama dua anak dia, pastu satu lagi borang pak haji plak. Mesti dia tanya ni sapa, yg ni pulak sapa...saya kenalah ajwab yg kak aza tu akwan, yang sidek tu suami....


Tulah tadi saya gelak sinis kat pak haji saya kata untunglah dua2 laki bini makan tanggung berak cangkung..cukup bulan dapat duit..tak payah kerja apa pun. Yerlah pak haji dapat dekat dua ribu kak aza pulak dekat seribu...tetiap bulan dapat gaji tapi tak kerja ...syok kan?


Pastu pak haji gelak besar, dia kata, apa nak buat, rezeki allah dah bagi..terima jerlah. Pastu saya kata, lepas anak kak aza dah 21 tahun [skrg sorang 16 tahun, yang sorang lagi 17 tahun] kak aza tak dapat duit pencen perkeso lagi, apa plan abang?


Katanya, makan duit pencen dia jerlah...saya kata, eh mana cukup anak 4 orang sofiyyah baru masuk darjah 1...cukup ker? hahahaaa dia gelak jer katanya rezeki Allah bagi...


saya kata, abih tu nak melopong jer, plan lah dari sekarang....pastu ntah apa2 lah kami borakkan...sib baik cakap2 ni dalam bergurau..kalau bincang serius ni mau dia sensitif tu, pasal dia ingat nanti saya ni ingat dia nak 'makan' duit saya plak...


Pastu kami ke pejabat pos mini dekat2 rumah ni jer tak buka lagi, Tujuannya nak pioskan surat penukaran skim pembayaran pencen JPA dari skim bayaran secara bank in ke bank kepada skim pembayaran terus ke bank dan boleh keluarkan pencen melalui ATM.


Pak haji nak pilih tukar skim bayar terus ke bank dan daam surat dia kena lantik wakil. Dan saya dinamakan sebagai wakil. Saya ingat kalau jadik wakil ni kotler dapat duit pencen dia ni lepas dia meninggal ker hapa.


Sekali saya baca, wakil ni tugasnya kena bagitau bahgaian pencen kalau pesara dah meninggal. kalau lambat bagitau dan pencen dah terlebih bayar, wakil gaklah yang kena bayar balik. Wah berat tanggunjwab wakil ni, bukannya dapat benefit apa2 pun...ingatkan kotler dapat wakil ambik pencen ker...silap daaaa! eh kalau dapat pun pencen yang ni adalah RM 200 lebih....sikit sangat lah....kalau dapat pencen perkeso tu takperlah jugak...banyaklah sikit...tapi apapun baik pencen perkeso mahupun pencen JPA dua2 saya melopong gak...bukan bagi pencen tu ke saya pun...sikit2 bila sesak tu adalah kot...


Nak kill the time katanya, sebab pos tak buka lagi kami ronda ke jalan bukit putus yang baru buat ni, dah lurus dah, pastu lepas2 kami terus ke Ulu bendul laki bini bercerita ceriti...jalan ke ulu bendul kami ambil masa 9 minit jer..punyalah dekatnya sebab jalan dah lurus kaedahnya, balik tu lagilah 7 minit jer dah sapai rumah....kat Ulu bendul ni tempat perkelahan mandi manda hutan lipur air terjun semua...sipa ada wifi lagi [tak bawak lappy lak] so kami duduk2 jerlah makn buah potong yg dibeli...tapi syoklah gak dapat habiskan masa berdua tanpa gangguan,...bila lagikan? Nak balik rumah wat projek apanya siang2 buat ni...tak cukup2 lagi malam tadi...???? untung gak pak haji balik lewat ni.... hani pun dah melayang kemana dah...


Tu jerlah citer dua orang dalam hidup saya ni...macam 2 citerlah pulak...


Wassalam

No comments: