Saturday, October 10, 2009

Amboi...berjoginglah sangat

Assalamualaikum w.b.t



Pagi ni semangat tiba2 datang untuk berjoging. Sementelah pulak dah ada kawan joging,kan?


Hani kan dah besar...kira kalau nak joging dah tak takut tinggalkan dia sorang main kat playground tu. Dah pandai bawa diri dan jaga diri dah anak dara tu.


So, pagi ni tunggu2 ayah tak balik2 dari surau so kami pun dalam jam 7.30 tu terus keluar kat padang depan umah ni berjoging.


Baru jer beberapa minggu siap projek upgrade padang tu, siap dengan perlatan senaman yang sesuai di padang dan playground untuk kanak-kanak.


Asyik tengok anak2 orang jer bersukaria pagi petang, hari ni kami dua beranak cuba pulak. Saya berjoging dan Hani main2 gelongsor dan buaian.


Tengah2 joging nampak ayah dah balik, pastu nampak plak makcik jual nasi lemak. Dan-dan suh hani balik cakap kat ayah kami ada di padang dan ambik duit sebab perut dah lapar beb...


Dah lama rupanya dia jual nasi lemak, ikutkan rumahnya tu seratus meter jer depan rumah saya tapi sebab rumahnya tak mengahdap rumah saya, tetapi menghadap padang memang tak taulah ada jual nasi lemak kat situ sebab dia jual depan rumah jer takde gerai takde apa.....lepas ni bolehler suh Rika jalan kaki gi beli..hehehee....syoknya...


Sudahnya dua round jer joging pastu 'berjoging' lah saya ke gerai nasi lemak. Terus balik makan nasi lemak [panas lagi plak tu] dan Rika cam biasa bila ada bapak barulah reti buat air pagi2, saya pun relax ler...hari ni makan nasi lemak panas2 dengan teh o panas dan kuih koci pulut hitam& karipap sardin...wah baru jer bakar kalori dan-dan tambah kalori semula!


Yang sedihnya nasi lemak dia sangat sedap, cukup dari segi rasa tapi tinggal 4 jer :(, kami berempat dapat makan sorang satu jer...tak cukup plak...


Petang nanti ada kerajinan kami nak joging lagi, esok pun sama....waahhh...nampak gaya sebelum kerja boleh kuruslah kalau camni...


Update 3 petang:

Berurut

Tadi gi berurut kononnya, rupanya masa kita period takleh berurut yer? kakak tu kata kalau nak buat sengkak atau nak naikkan peranakan kena masa badan bersih lepas mandi wajib dan tak boleh bersama dulu baru sesuai dan kena masanya. nampak gaya minggu depan baruler boleh berurut...


Kena buat dalam 3 kali kata kakak tu...so nampak gayanya kenalah kuat semangat dan bersungguh sikit. Akak tu agak terkejut sebab saya tak pernah berurut secara serius naikkan peranakan. Masa lepas bersalin tu memanglah urut sampai 44 hari...biasa orang urut 3- 5 hari, saya sampai habis pantang...dahsyat tu, tapi kategori urut tu takdelah urut yang kuat, macam gosok2 minyak jer ... kata tukang urut tu saya C-sect so tak boleh urut kat bahagian perut.


Lepas tu masa bila ntah saya pernah jugak urut kat PD, tumpang kak aza masa tu..dia urut saya pun berurut jugak cuma takdelah naikkan peranakan. kat office pun pernah urut beberapa kali, nak naikkan peranakan juga, dia cuba naikkan tapi rasa cam biasa jer tak sakit apa pun...


So kali ni awal2 kakak tu cakap urut kali pertama akan rasa sakit tapi seterusnya biasa ajer...hal kesakitan bagi perempuan tak jadik isu sangat cuma saya taknak lepas berurut nanti saya letakkan harapan pulak, harap sangat nak dapat anak ker...


Cuma kalau tak dapat anak saya puas hati juga, dah usaha secara tradisional, boleh pula ke doktor Sukhilmi...doktor tu ada diceritakan dalam blog www.viruspadu.com... dia ke doktor nilah masa nak dapat anak dulu. saya dah pernah pergi dan dah jumpa doktornya cuma tak jadik buat rawatan sebab ada rasa malu sebab dia tu lelaki. Tu yang separuh jalan pun tak, awal2 dah terkubur!


Petang ni saya akan ke PD mungkin isnin pagi baru balik sebab hani sekolah. Duduk rumah sendiri ni rasa cam tension plak, nak rasa suasana lain...pagi2 nak ke pantai joging tepi pantai dan makan dan mandi-manda. Dan yang penting saya nak mula mengarang tesis ni.


Bila dok depan PC ni asyik tergoda nak masuk internet. Niat asal nak carik info berakhir dengan mengblog hoping ke macam2 blog...dan akhirnya leka. Best betul baca macam2 blog...pastu emnjangkit tengok blog jahitan, hiasan rumah, dll pendekata macam2 hal terjebak okay!


So, saya ke PD dengan membawa laptop dan bahan2 untuk tesis, adalah mudah mengarang tanpa gangguan internet, agak2 nak bertenet boleh turun minum2 kak gerai bawah tepi pantai tu ada WIFI....MPPD punya...tapi bz kot kan ker pilihanraya?


Hasrat nak broadband tangguhkan ajerlah sebab streamyx dah ada, pastu kalau ke MACA [malaysia anti corruption academy, jalan Duta] ada wireless begitu juga di UKM, so no point nak broadband bagai...sajer gatal nak buang duitlah kalau saya beli gak!


Semoga balik Seremban nanti, tesis saya dapat tambah lagi dua bab....

Wassalam

No comments: