Thursday, October 1, 2009

Kisah benar saya sehari sebelum raya sampai kami 'bergaduh'

Assalamualaikum w.b.t


Entry panjang dan berbelit dan banyak cerita ulangan dan klise..alah gaduh macam dulu2 tu lah! kalau bosan baik jangan baca!




Khamis pagi lepas pak haji bawa Hani ke PD saya terus buat aktiviti beli langsir dan pagi jumaat lepas sahur saya terus ukur, potong dan jahit. Sampai lepas zohor. berhenti sekejap jam 8 sebab gi rumah jiji yang dua tiga pelaung jer dari rumah saya hantar cage kucing. Tengok2 sampai rumah Jiji mak dia pun tengah potong kain jugak...siap juga akhirnya langsir saya tu walaupun tang sheer tu terlabuh sikit..nanti2 lah alter...



Siap pasang langsir, saya suruh Rika isi kuih dalam balang siap2 letak atas meja supaya balik dari kampung nanti rumah dah ada suasana hari raya. punyalah happy masa ni, sebab ada langsir baru, ada almari hiasan pinggan mangkuk tradisional, kira hebat sangat dah tu sebab 9 tahun kawin hapapun perhiasan rumah yg ikut sesuka hati saya tak pernah beli.... pastu kuih raya pun buat banyak tahun ni, niat hati biar pak haji masuk rumah nanti dia tengok.."eh lainnnya suasana rumah ni....cantiklah" hah gituler tahap saya punya imaginasi...




Siap kemas barang2 saya dengan rika dan dua kucing pun bertolak ke PD, dah janji dengan pak haji nak berbuka sama2 kat rumah tumpangan. Yerlah sepanjang puasa ni tak pernah buka sama kan? Rabu semalamnya tu yang hari dia balik tu dia buka di masjid [markas] lagipun hari jumaat tu jer satu2nya hari yang saya ada peluang berbuka dengan dia, sebab sabtu esoknya pas sahur tu saya dah bertolak balik kampung. Lagipun tu hari last puasa dan dah nak raya dah...





Sampai PD saya singgah bazar ramadhan batu 4 tu beli makanan untuk berbuka, siaplah saya belikan popia basah kesukaan dia, popia goreng...dan makanan2 lain...bila sampai rumah, siap jer berhidang, saya dah Rika duduk pandang sama sendiri, pak hajinya tak sampai2 jugak...saya tak hubungi hp dia sebab saya malas nak kacau dia sebab pastinya dia kat rumah kak aza, lagipun dah janji nak buka sama, takkan nak call macam tak faham bahasa pulak? tambah2 charger PDA dia tertinggal kat rumah saya...mesti dia tak charge hp dia tu, saya fikir camtuler...





Sampailah saya sudah solat maghrib, sempat pulak saya menonton buletin utama, sampai 8.15 kelibat pun takder. memang kecewa sangat2lah...saya cakap kat Rika, macam ni kita kena bertindak, jom kita gi rumah ummie ambil suhailah sebab ayah dia tak belikan kasut raya semalam, jom kita gi The Store PD belikan Hani kasut raya. Esok dah tak sempat dah. Siangnya memang saya ada call hani, tanya ada beli kasut raya tak, jawab dia takde, pastu merengek2 nak jubah pulak sebab katanya ayah dah belikan kak chik dan syakirah jubah...kakak nak jugak jubah...sedihnya hati saya kenangkan nasib anak dara saya sorang tu..tulah cadangnya malam tu nak ke store carikanlah jugak jubah sebab hari tu saya ada nampak jubah jenama o'dear tapi masa nak cuba tu hani pulak merajuk maklumlah shopping member puasa tak bersahur hari tu, saya pulak kan cepat panas hati sudahnya tak jadiklah beli....




Sampai rumah kak aza, saya tak masuk pun, saya call jer ....kak chik jawab [anak kak aza yg umur 16 tahun] dan dia bagitau hani dan ayah dah keluar lamaaaaa dah...saya pun terus menuju ke masjid yang terdekat tapi takde, fikir punya fikir saya syak mungkin dekat surau taman rumah tumpangan kami tu..... tengok2 serena ada, nampak uda dan Zubair main2 situ, terus saya panggil hani dan suh dia tanya ayah kat dalam surau boleh tak ke store beli kasut raya, ayah kata boleh...so selesai di situ...uda tanya saya makcik gi mana tadi diorang datang rumah kami takde, agaknya kereta saya berselisih dengan kereta pak haji..yang saya ke rumah kak aza dan dia pulak ke rumah tumpangan kami...takde rezeki nak jumpa...





terus kami ke store, saya nampak dari cermin kereta uda dan zubair terkulat2 kena tinggal...dalam hati saya terdetik padan muka! saya tak ajak diorang sebab masa tu hati saya masih panas, sebab hani ada bagitau saya dlm telefon yang semalamnya ayah ada belikan zubair dan uda kasut raya, yang saya pelik kenapa tak dibelikan kasut hani sama? Adakah anak saya punya darjat yang berbeza..macam hani anak tiri pulak? Walhal jubah anak tiri bolh pulak beli??? Terbalik sungguh daaaaa





Selesai beli kasut hani, dalam jam 10 lebih kami bertolak balik, takde singgah mana2 pun, terus ke rumah. saya pulak tak tengok jam masa ni, tapi anggaran saya dalam 10 lebih kot ataupun hampir2 jam 11, tengok2 beg baju hani ada kat tepi pintu...saya agak dah mesti pak haji datang tengok saya takde dan dia dah balik rumah kak aza ni, agaknya dia patah balik nanti kot...dia gi hantar zubair dan uda dulu, pastu baru datang balik agaknya.... saya pun pelik, kenapalah nak bawak budak berdua tu...mesti mengacaunya malam2 nak tido takde privacy langsung! Geram saya!





Malam tu saya tunggu, sampai jam 12.30 malam saya duduk kat hall tingkat bawah dengan harapan pak haji datang balik. Bukan harapan kosong, harapayang sangat menggunung tinggi, maklumlah baru satu malam kami tidur sama lepas dia balik keluar 40 hari. tau2 jerlah suami ni lepas 40 hari tak jumpa isteri, haruslah saya kena berkorban untuk dia dulu...kononnya malam tu biarlah giliran sayalah pulak....lagipun raya nanti pak haji dah cakap dia taknak balik kampung [saya agak ni semua hasutan kak aza, w.pun dalihan pakhaji kata masalah toilet kat kg tak selesa....yerlah selama ni memamg dari petang raya sampai solat raya giliran saya tapi dari lepas solat raya tu sampailah saya balik seremban semula semuanya giliran kak aza, berapa jam jer saya dapat beraya dengan suami????]





Dalam menunggu tu saya ada juga call no hp pak haji tapi tak jawab, dalam hati saya eh ada pulak line, maksudnya kenapa dari tadi tak call saya tanya saya kat mana....akhirnya saya tidur dalam kekecewaan yang amat sangat. dalam hati dah terdetik dah ni isu kecik jer ni...agaknya dia dah tido kot...tapis esekali terfikir jugak kalau biar isu ni boleh jadik melarat ni....tapi tulah saya biarkan isu tu melarat, saya tak cepat2 betulkan keadaan.





Bangun pagi tu sedih sangat sebab saya takkan jumpa pak haji sekurang2nya seminggu lagi...sebab saya pasti akan dikampung bagi tempoh panjang...dia pulak taknak balik kampung saya. Katanya suh saya raya dirumah kak aza..NO WAY! Nak raya rumah tumpangan tu pun saya tak rela....macam orang takde saudara mara jer! dahlah saya terkenang yang saya tak pernah ada gambar pagi raya sekeluarga, kami 3 beranak, kak aza setiap tahun ada gambar raya sekeluarga....eiiii geramnya, tambah2 kamera DSLR pak haji ambik semula nak ambik gambar anak2 kak aza katanya...masa nilah terfikir siapalah saya sebagai isteri kedua, nampak sangat saya ni darjat berbeza...sedih tau! sampai azam dalam hati nak beli kamera sendiri lagi power dari DSLR 400D tu...dahlah tahun ni baju sedondon kaler biru siap pulak belikan pak haji jubah biru nak ambik gambar sama kononnya..semua tu akhirnya punah....



Pada saya biarlah saya korban perasaan saya tak dapat semua tu asalkan hani bahagia beraya kat kampung....dah lama sangat dah dia idam nak beraya kat kampung pusing satu kampung dengan sepupu2nya. takkan saya nak punahkan impian anak gadis saya tu semata2 saya nak beraya dengan berada disisi suami dan MADU!





Lepas sahur dan solat kami bertiga dan kucing terus balik kampung, jam 8 pagi lebih sikit dah sampai rumah dah. Bila sampai jer rumah apa lagi, masalah dengan suami tadi lupa terus sebab dah bizi dah. isi ketupat, rebus ketupat, eh macam2 kerja lah...pasang langsir semua.... Petangnya baru saya teringat kat kes pak haji saya pun sms minta maaf kat suami, tapi tak balas. dalam hati saya lantaklah! sampailah hari raya ke berapa entah, saya pun lupa, tapi masa tu kami semua sekeluarga berkumpul rumah kakak saya nak buat makan2, kakak nak masak nasik ayam, so saya cakap kak aza dengan pak haji masak nasi ayam sedap, so dia suh saya minta resepinya. saya pun barulah sms pak haji, tak balas juga. marah dia tak reda lagi tambah2 pagi raya saya tak mohon maaf dan tak call dia pun, sms jauh sekali, dah raya ke 4/5 baru tau nak sms! Tu pun sms tanya resepi nasi ayam....Padan juga muka saya!




Akhirnya saya sms kak aza, terus dia balas..yerlah happy suami ada dari sebelum raya dan sepanjang hari raya,kan? Tambah2 saya ni sebagai madunya pulak takde kacau, call tidak sms pun tidak...heavenlah! Siap tulis panjang berjela sampai 3 pages bagi tau resepi nasi ayam tu...pastu hujung2 tulis selamat hari raya maaf zahir batin. Saya pun balas jugak kata benda sama pastu tambah sedap saya citer cik abang merajuk, akak kirim salam jerlah kat abang....pastu dia balas, alah biasalah abang kita tu....! so maksudnya very the clear yang dia tau saya dan suami bergaduh....tambah2 malam yang suami patut bermalam dengan saya tu suami balik semula rumah dia...lagilah jelas yang kami bergaduh yer tak? [maklumat ni penting utk citer akan datang]




Sebelum tu dia dalam sms tu dia selitkan kata dia tak mampu bayar jubah saya beri tu, ingat tak jubah [abaya] yang saya bagi masa dia duduk kat rumah saya dulu tapi dia tinggalkan dulu tu. saya bagi semula kat suami hari khamis yang suami nak balik rumah dia tu, suami pun sukalah katanya biarlah abang bagi kononnnya hadiah dari abang....saya kata, kak aza dah tau dah saya yang beli jubah ni....hahahahaa...siap gelak2 lagi kami berdua masa tu...Saya kata takperlah, saya niat bagi jer kat akak....memang saya niat begitu, sebab dah tau dia tak mampu bayar RM 180 harga Abaya tu.





Ok, tamat cerita beraya kat kampung tanpa suami. Jumaat malam tu saya balik rumah seremban. sajer saya balik awal, sebab ada hati nak beraya dengan suami jugak ni walaupun nampak gaya macam gaduhnya berpanjangan. Nama jer gaduh walhal dari hari jumaat janji nak buka sama via hp pagi tu, kami takde berkomunikasi langsung! rasa macam lebih pada merajuk tu...kalau ikutkan apa isu yang dia nak marah sangat, saya hanya pergi beli kasut raya anak yang patutnya tanggungjawab dia yang lebih wajib beli! bayangkan takde satu keperluan raya hani pun yang dia belikan, sama jer macam tahun2 lepas... ingatkan tahun ni pecah rekod kot2 dia belikan hani kasut masa shopping baju raya anak2 kak aza tu...





Dalam hati saya masih anggap isu gaduh kami ni kecik jer, anytime boleh settel. kebetulann pulak, hari sabtu tu, ada penyewa rumah tumpangan yang confirm nak duduk 2 -10 oktober hubungi saya, so saya sms pak haji pasal harga. dia balas pulak, begitu juga bila ada yang tanya nak sewa bulanan, pak haji sms jugak saya bagi harga yang dia offer. Pada saya nampak macam dah okay jer kan? saya sms dia pun balas, cuma isu yang kami ber sms tu formal, pasal rumah tumpangan.




Sabtu malam pak haji ikut jadual biasanya giliran saya sebab dia ada mesyuarat dimarkas seremban malam tu. saya rasa lah disebabkan sms dah berbalas2 dia akan baliklah malam tu, macam dah okay jer kan, sebab dia tau saya dah balik seremban, sebab saya dah cakap dengan kak aza saya dah balik.....mesti kak aza bagitau yer dak?




Tapi hampa sekali lagi, saya berputih mata lagi malam tu, dalam pening2 kepala saya gagahkan juga kejap2 bangun pergi tingkap bila agak2 dengar macam bunyi enjin kereta berhenti depan rumah. Sampai Hani pun perasanlah dan tanya kenapa ammie kejap2 bangun gi tingkap? Saya malas nak cakap kat dia kemungkinan ayah dia balik, nanti dia macam menaruh harapan pulak...sedih sangat suasana kami dua beranak dalam suram2 cahaya lampu pagar malam tu, bila saya bangun dia pun bangun sama menuju tingkap sambil menyelak langsir...huissshhh sedih bangat malam tu! malas nak stori mori benarnya ....



Hari ahad, saya masih pening sangat, saya ambil mode bertahan jer. Takde buat apa2, layan kepala jer...pening yang kronik!. Masa ni tak terfikir langsung nak minta maaf, atau nak call bercakap terus tanya apa isu gaduh sebenarnya malam tu [saya sendiri tak tau kenapa yg suami marah sangat] sebab dalam kepala saya dah terbayang dah kalau saya call mesti dia akan jadik mecam yang lepas2 bergaduh/berbalah dalam hp dan akhirnya isu cerai akan keluar sekali lagi. tambah pening! Tu yg saya bertahan jer tu....walaupun saya tau ada jalan pintas kalau nak berbaik iaitu saya perlu mengadap dia secara berdepan, terjah jer...macam dulu2...bila saya dah ada depan mata pandailah saya handle situasi tu...minta maat nangis2 ker...mesti dia cair punyalah!





Tapi sebenanrnya kali ni saya nak biar dia datang mengalah kat saya macam kes gaduh yang terakhir tu yang kes saya jadik patung cendana tu...biar dia tewas dalam tangan saya...saya pulak nak tunjuk kuasa 'tamparan wanita'. Tapi nampak gayanya harapan saya tak berkesudahan. kali ni mungkin terlalu awal dia nak mengalah. Dulu dia mengalah pun selepas saya bersabar sebulan lebih dia tak balik2. saya boleh sabar masa tu sebab sibuk periksa semester dan PTK...kali ni duk saja kat rumah tambah2 hari raya tentu moodnya berbeza...mana boleh sabar beb! Lagipun lama tak dapat..baru satu malam jumpakan? Saya mengaku tu kelemahan saya...menyampah sebenarnya kelemahan tang tu tapi tulah yg selalu jadi penyelamat [senjata] nak berbaik masa bergaduh!!!




Hari isnin tu sebelah pagi, tiba2 hati saya bagai dirobek2 bila memikirkan apalah nasib saya dibuat macam ni oleh suami yang saya dah korbankan melebihi segala2nya semata2 untuk bahgiakan dia....masa ni saya bz keluar masuk bilik air sebab nak muntahlah nak buang airlah tak tentu arah kepala dan perut saya...masa dalam bilik air tu dapat ilham [dan saya sangat sedar yang ilham dalam bilik air adalah ilham syaitan] saya nak test dia melalui sms, saja nak tengok respond dia macamana...tu yang keluar2 bilik air capai hp taip sms, "jangan ditinggalkan anak bini sesuka hati, kalau taknak lepaskan ajer".



Nekad sungguh saya send, takde edit takde fikir dua kali....saya fikir kalau cerai pun cerailah...nilah pengakhirannya agaknya....terkejut saya lepas tu sebab serta merta dibalasnya "OK" capital letter lagi ! Saya pun apa lagi $%^%&^%)*&+{()_+_+)_+*(*#%^$&^#$^!#$^#%#***%....Tak tau nak fikir dan nak buat apa, nasik dah jadik bubur....tapi ego saya masih tinggi, saya balas balik, "bagilah talak berapa senang jadikan bukti kat mahkamah nanti"...tu yang dia balas, "Jumpa di pejabat agama seremban esok 9 pagi"...terkejut beruk saya! terus cari idea macamana nak tangguh perkara ni semua....akhirnya saya balas seperti yang saya dah ceritakan entry terdahulu...dia pulak diam jer, tak balas2 pulak....





nanti sambung lagi... komen nanti pengakhiran cerita saya balas...insyaallah


Wassalam

No comments: