Tuesday, October 13, 2009

Sekadar menulis tentang giliran & Hani


Assalamualaikum w.b.t

Saya serba salah nak menuntut giliran. tak habis2. Nampak dipihak saya saja yang asyik menuntut giliran.


Macamana nak puas hati? Sebab selama ni giliran memang tak berpihak pasa saya.


Yang terbaru ni pak haji cakap dengan saya dia nak buat giliran dalam seminggu tu bahagi dua. Dia akan balik rumah saya pada rabu sebelah malam [jam 11 iaitu lepas mesyuarat], khamis, jumaat dan sabtu malamnya [lepas malam markas] dia akan terus balik ke PD...selebihnya rumah kak aza.


Masalahnya sayalah pulak hari khamis takde rumah sebab ke kelas...kalau dia balik sapa plak nak layan???


Kalau dikira giliran begitu...dari segi giliran malam, maksudnya saya akan dapat 3 malam sahaja iaitu rabu, khamis dan jumaat. Kalau dikira siang pulak, saya juga dapat dengan dia 3 siang [khamis, jumaat, sabtu]


Kak aza?

hah kak aza pulak akan dapat 4 malam [sabtu, ahad, isnin, selasa] dan siangnya juga 4 siang [ahad, isnin, selasa dan rabu]....


Adil tak ni?


Tentu tak, kan?


Yerlah camana nak adil, seminggu ada 7 hari jer kan?


okey..okey...


Camana kalau kita terbalikkan giliran tu? Okey tak?


Okey tu okey...


Tapi saya pulak tak okey...sebab rabu dan khamis saya ada kelas lah pulak...


Macamana dia nak ada kat rumah pada siang rabu dan siang khamis kalau saya takde, hani plak sekolah, takkan nak duduk dengan Rika berdua jer???


So, bincang balik dengan suami, dia akan balik khamis sebelah lepas saya balik kelas....


Pastu..tak taulah hari apa plak dia balik ke PD...


Susah betul nak agihkan masa bila deal dengan saya...kalau dengan kak aza takde hal memang dia semedang ada kat rumah...anytime pak haji balik dia dah sedia menunggu...


So, kesimpulannya memanh selama2nya lah saya takkan dapat keadilan giliran ni...mimpi jerlah...sebab saya yang ada urusan lain....lainler saya ni surirumah..


nak buat giliran selang sehari memang sahlah tak boleh sebab pak haji takkan mampu berulang seremban-PD...kos minyak dan tol dia takkan mampu. Lainler saya tanggung...


Yang saya boleh buat sayalah ke PD dan serah diri kat dia...dan dia bila saya persoal hal giliran, selalu pulang paku buah keras...dia suruh saya duduk dimana suami duduk...


Buat masa ni macamana saya nak duduk di PD sedangkan hani sekolah. Pak haji kata berhentikan jer sekolah, darjah satu baru sekolah semula...tapi saya pulak kesian kat Hani, sekolah dua tahun pastu konvo tak dapat joint.


Hani dan konvo

Biarlah berhenti lepas konvo dia. Dah cakap dengan cikgu borak2 masa diorang datang raya hari tu, cikgu kata sayang kalau berhenti..tak dapat sijil..


Tambah2 hani dapat first class, tak ramai yang dapat sebab yang dapat hanyalah mereka yang tamat membaca cahayaku [5 tahun dia dah tamat dah] dan tamat Qiraati [dan naik quran]..setakat ni cawangan yang Hani sekolah ni hanya ada 2 lelaki dan 3 perempuan yang dah naik Quran....so dapatlah dia first class dan nama dan gambarnya akan dilekat diboard nanti...sebagai mak saya banggalah kan...anak seorang lah katakan..


Persembahan dia akan terlibat menyanyi lagu Sound of music [do re mi], menyanyi lagu membaca gaya wawasan, menari dan persembahan individu membaca doa naik kenderaan. Setakat ni tu yang saya tau...


Hani di sekolah memang pemalu, walaupun agak keciwa sebab banyak persembahan lain dia tak terpilih sebagai solo...tapi dia tetap masuk tapi sikit2 jerlah persembahan yang dia masuk, sikit tu saya banggalah jugak...ada beberapa budak perempuan yang masuk persembahan utama, saya kenal mereka ...nama pun best Aliya Hananiyah, Alyssa Hannah, Siti sarah, Nurul Iman...sebab tau diorang tu gedik, ramah, suara kuat dan berani. Tu sebab masuk persembahan.

dan saya sedikit ralat lah jugak...namun bila fikir hani ni perempuan, yang saya azam nak jadikan dia hafizah, maka sesuai sangatlah dia ni pemalu, tak gedik dan sopan...tak payahlah orang pandang dia sangat..nanti kalau dah gedik, peramah, berani..tak taulah dah besar nanti jadik apa..makan hati plak saya nak menegurnya bila dah remaja...


Tambah2 kalau ditengok pada paras wajahnya, masuk kategori comel jugaklah kan..kalau dah jadik anak gadis, tambah dengan lesung pipit kiri kanan...kalau dia peramah, gedik mau jugak ramai nak mengurat...paling kurang tegur2..sakat ker...kalau dia pemalu..kuranglah sikit kena kacau...hahahaa saja cover...nak lapangkan hati jer saya ni...




Wassalam

5 comments:

MOKCIK AZWA said...

A'a kan...satu minggu ada 7 hari..camno nak bagi giliran ek? Agaknya masing2 dapat 3 hari, 3 malam, satu malam lagi di gilir2kan...agaknya la.

Tentang salwa makan ubat cina tu, azwa pernah terbaca somewhere ubat pahit2 tak elok pulak untuk pompuan yang bercadang nak dapat anak...tak tahu la betul ker tak. Barangkali kena ambik ubat kesuburan dengan doktor pakar...mana tahu dapat anak kembar pulak.

apa pun semoga berjaya.

Hanisumayyah said...

Azwa...

kalau ikutkan kata cina tu ramai dah pesakit berjaya mengandung, saya cuba makan dulu dan berurut lepas tu tengok camana, kalau gagal saya cuba ke doktor pulak...

Zareda Norman said...

somehow kak zar rasa adil bukan bahagi sama banyak tapi adil dari segi keadaan .. may be kak aza dpt lebih sebab dia ramai anak dan tumpuan banyak diberi pada anak anak..

Betullah, Allah menduga pada hambanya dengan ujian yang hambaNya sanggup hadapi. Kak zar memang tak boleh nak bayangkan remuk rendam kalau pikir pasal giliran ni.. terbayang apa je dia buat kat sana ek..

Luna said...

iyelah betul jugak mcm kak zar kata, dan sy pun dh ckp mmg masa skrg adalah masa utk kak aza dr segi keadaan dia dan anak2 dia..lgpun 3 atau 4 hari, still jugak ada giliran bkn x dpt langsung. *wpun sy tau ada masa nya mmg x dpt langsung utk akak*..sy harap akak bsabar lagi dan buat yg terbaik. lagipun akak perlu pk kan persekolahan hani juga. jd kalo akak mengalah pun akak menang, yakni menang di bahagian melihat kejayaan hani di raikan di sekolahnya.

Hanisumayyah said...

Kak Zar...

Tulah kadang saya sedar diri sangat..saya dapat bayangkan yg w.pun kak za masa banyak tapi dia busy...terutama dengan baby sofiyyah yang asyik nak ummi sebab nak nenen dgn ummi, pastu sibuk masak, sibuk dengan zubir dan siapkan masak makan anak sekolah...malam ajar ngaji pulak tu...

Sedangkan saya semua kerja Rika buat, bila suami ada di rumah saya hampir 100% masa dia adalah berduaan dengan saya dan Hani...borak2, gelak2 baring2...


Sesungguhnya...saya dpt bayangkan kak aza bukannya kaki meleseh cam saya...tapi macamana pun saya tetap rasa cam 'jauh' dari suami...nak kena belajar redha lagi ni...


Dan dia juga bukan kaki mengacau suami, kalau suami tidu dia akan biarkan tapi kalau sayalah...masa dia tido pun kalau saya nak borak saya tak kisah saya sanggup kejutkan semata2 nak suh layan saya...borak2 ker...


Luna...

Iyerlah..banyak ruang yg kena baiki...akak memang tau tu...masalahnya akak ni kalau 'perang' dengan kak aza memang automatik datang rasa cemburu...masa berbaik dengan dia akak selalu bersangka baik jer...

Nampaknya kena berbaik2lah semula...