Tuesday, October 6, 2009

Bahagia dihujung derita

Assalamualaikum w.b.t


Kejadian dalam tulisan entry ni berlaku pada minggu lepas..iaitu hari saya terus terjah ke PD tu...masa tu bukan niat asal nak berbaik dengan pak haji pun tapi niat asalnya nak bawak budak penapis air...dah terlanjur pak haji ada kat rumah tumpangan tu saya salam jer lah dia...tapi jangan caya sangat apa saya tulis ni...semuanya andaian saya jer....saya tulis ni hari khamis...sehari lepas kejadian....masih fresh dan emosi marah masih menguasai diri....tapi keadaan sebenar mungkin lain ....entahlah saya cuba juga bersangka baik...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

P/s: Ni entry berniat jahat dan ada perbuatan2 di luar kewarasan manusia normal, sila jangan baca kalau bimbang diri anda terpengaruh dengan unsur2 keganasan dan kebrutalan saya....hahahahaaa


...sambungan....


Sepanjang saya uruskan budak penapis air tu, kak aza kat atas tak turun2 pun. pak haji pulak terus duduk kat sette depan. Saya pun tak tau dia bercakap dengan sapa, dengan saya ker dengan budak penapis air ker saya tak tau yang saya dengar dia bagitau tangki air kat atas pecah, air dah melimpah, letrik dah shot...main suis dah off takut apa2 berlaku sebab kat main meter dindingnya basah dah meresap air.





Masa ni saya hanya buat tak tau jer malas nak campur. Dalam hati macam terdetik, hah rasakan pembalasan tuhan agaknya. Saya nampak keadaan agak sukar dan tidak terkawal. daripada cerita pak haji air dah melimpah dan katil semua absah. Patutlah saya nampak tikar semua terjemur kat balkoni atas, bantal2 pulak berderet kat atas pagar. Rupanya kat atas dah banjir.





Tapi saya tak naik pun menjenguk, saya bertenggek pada tangga jer yang saya dengar surau kak aza batuk2 kecil tapi dia tak turun pun. kalau suasana biasa dulu kalau saya tak naik pasti dia yang akan panggil saya. Tapi kali ni dua2 sombog agaknya. hahahaaa. Yang saya sibuk duk arah dan borak2 dengan budak penapis air yang 3 orang tu. Mula2 pak haji tunjuk sombong tak kasi pasang dulu dengan alasan kepala paip longgar nanti kalau orang yang duduk sini tak tau nak putar adjust mana air tapisan dan mana air paip takut kepala paipnya tercabut pulak.





Lama juga budak penapis air tu termenung sebab pak haji tak kasi pasang kat kepala paip sinki, dia suh pasang kat satu saluran PVC yang ditebuk pada meja kitchen kabinet oleh penyewa lama, dia nak penapis air tu berfungsi semata2 untuk ambil air untuk minum. Masalahnya item dan perkakasan nak sambung kepala paip baru memang takde. Kan penapis air tu second hand saya punya jadik atas ihsan budak tu dia sanggup datang pasang kat PD, spare part dia takdelah beri lagi....lama jamil [nama budak penapis air] bincang sudahnya pak haji mengalah jugak...ego dia tak kemana sebab budak penapis air lagi mahir cakap kan...akhir sekali alasan pak haji takut orang tak reti nak adjust kepala paip nak tukar2 air tu....walhal sekarang majoriti orang dah pakai penapis air takkan buduh sgt tak tau adjust sampai nak tercabut kepala paip pulak,kan?







Mujur jugak proses pasang penapis air tu lama...kira adalah alasan saya duduk lama sikit kan...kak aza pun takdelah turun2....cuma azizah sorang lagi budak penapis air tu naik sebab nak tengok rumah mana tau satu hari nanti dia nak sewa pulak...saya yang suh dia naik pun. Lepas siap tu budak penapis air tu pun nak balik, masa yang sama saya tengok pak haji pun keluar ke porch jugak. nak pakai kasut. Pastu masa ni jugak saya dengar dari tangga kak aza panggil suami..agak kuat jugaklah.."yang...yang...yang...." banyak kali jugaklah tapi memandangkan suami tengah cakap2 dengan budak penapis air kat luar depan pintu sliding memang dia tak dengarlah.





Masa ni saya betul2 tengah berdiri kat sliding, lagilah menghalang pak haji dengar suara kak aza kan..pelik pulak saya kenapa kak aza tak panggil jer saya suh saya panggilkan abang ni tengah ramai2 orang sibuk terjerit2 panggil "yang..yang..yang" banyak kali pulak tu.... mengada sungguhlah...malah dia boleh jugak suh Rika panggilkan suami sebab Rika memang ada dalam rumah pun.





tiba2 si rika pulak terlebih rajin datang kat belakang saya panggil "bapak..bapak..ummi panggil" pastu rika yang betul2 berdiri belakang saya ....saya cuit2 dia dr belakang saya suh dia jangan tolong panggilkan bapak ...biar padan muka kak aza. hah memang jahat sungguh saya masa ni, mujur jugak rika bagi kerjasama serta merta dia diam. maka takdelah pak haji dengar kak aza panggil dia....tersu dia jalan ke kereta, kak aza pulak tak ke depan terus jer duduk kat tangga ..buat apa pun saya tak tau....





Yang saya dapat agak dia panggil suami tu mungkin sebab nak suruh budak penapis air tu gi rumah dia service penapis iar dialah kot. kalau ada hal penting baik dia call jer suami, buat apa susah payah nak jerit panggil yang..yang kan?



Lepas tu suami terus ke kereta dan ajak hani ikut sama, Hani mula2 taknak tapi bila saya suruh jugak dia ikut jer..saya suh ikut tu dengan alasan supaya saya dapatlah duduk lama lagi yerlah sebab Hani dah ikut ayahkan?


Pastu saya terus ajak Rika ke kereta, sajer jer sebab malas nak jumpa kak aza kat atas. Dah dia pun buat tak tau jer saya ada kat bawah ni kan, patut dia lah sambut saya sebab dia dah ada dulu kat rumah tu,kan? saya ni kira tetamulah sebab ikut ceritanya saya datang tu hal penapis air jer, kan dia katanya dah buat semua dah....


Masa kat kereta, saya punyalah panas hati ngomel2 kat rika sebab kat cermin sliding ada tulis sebesar2nya atas manila kad RUMAH TUMPANGAN, NO HP 013 220XXXX HJ SIDEK....dengan jelasnya saya tau tu adalah tulisan kak aza. Yerlah takkan suami yang tangan sebelah pulak tuliskan.


Haaaiii ada pulak no hp, kenapa kak aza sms saya cakap , hp abang rosak, dia takde hp ni, apa2 hal sms kd no akak jer" heyyyy abih ni no hp sapa ni? no telefon hantu ker? hantu mana pulak Hj sidek ni....hah boleh ko tak panas hati, tak meroyan, boleh pulak dia sembunyikan no hp baru suami dari saya siap cakap suami takde hp la ni...tambah panas hati, dua kertas dalam plastik saya gantung nama dan no hp asya sudah dibuangnya. ohhh kertas saya kau boleh buang tapi jangan harap nak buang saya dari hj sidek! Muktamad!



masa ni lah saya rasa sangat yang dia sangat sangat sangat tidak jujur dengan saya. Saya tak rasa yang suami cakap kat dia jangan bagi no baru kat saya. Sebab pak haji kalau dia gaduh dengan saya for sure dia takkan citer apa2 kat kak aza dan kak aza pulak bukan kaki korek rahsia macam saya. Ni mesti sengaja kak aza taknak saya tau no baru suami. taktik kotor lah tu...mesti dia terkejut beruk saya datang jugak hari rabu tu...tu yang terkujat takleh cakap apa2 tu...yerlah senang hati conquer suami untuk 2 minggu....tambah2 dia tau saya tak langsung call suami...sms pun hal formal tu pun menerusi hp dia...lagilah besar harapan dia singkirkan saya agaknya...jahat betul pemikitan saya ni, entah tak taulah kenapa ..hasutan syaitan agaknya....





Saya dapat tau dah 3 hari nombor suami tu....sedih tak sedih? kalau saya tak datang rabu tu sampai kesudah saya giniler....memang tak dapat berhubung tersu dengan suamilah....saya pening macam nak pecah kepala dia bahagia macam duk dalam syurga. Yerlah dapat duk bawah ketiak suami lah umpamanya.....






walaupun saya pun salah jugak dalam hal ni, tapi saya sedih sangat kak aza buat saya macam ni sebab kalau dialah yang bergaduh dengan suami saya takkan dan tak pernah akan ada niat nak pisah2kan mereka..3 kali dulu dia lari dari rumah saya menangis2 pujuk suami suh pujuk kak aza bawak balik...tak pernah ada niat nak memiliki suami untuk saya seorang ajer...acap kali dia cerita masalah dia dengan suami saya sentiasa cuba cara mana nak baiki hubungan mereka..malah suami pernah cakap kat saya dia tak suka tido tingkat bawah, dia selesa tido atas katil dalam bilik atas [takyah campur anak2 tido kat bawah] tapi kak aza nak jugak tido bawah..sampai saya sanggup cakap kat kak aza demi kebahagian rumahtangga suami dan dia saya suh kak aza belajar2 tido atas semula untuk ambik hati abang....sampai tahap tulah....langsung takde jeles...ada entry2 lama kalau tak caya [malas nak korek]..macamana saya cuba fikir apa saya nak buat nak baikkan diorang tu...






tapi inikah balasannya untuk saya? terbuktilah semula kisah2 lama, no wonder kak nani undur diri. dan benarlah kisah2 ipar duai belah suami cerita pada saya dulunya. Semua terhimbau kembali. memang dia ada niat sebaliknya. kalau boleh agaknya dia nak saya berpisah.






hal rumah yang dia kata dia dah buat semua tu, satu benda pun takde perubahan. sama macam saya tinggalkan. Malahan lagi selerak sebab dah ada banjir di tingkat atas. Panas pulak tu sebab semua suis tak boleh nak on.

Satu lagi saya tengok kak aza dah letak peti ais dua pintu kat rumah tu...eh dulu siap cakap kat saya perli2 suami bila suami cakap2 hal nak letak peti ais tu, katanya..."hah tu kalau takde peti ais mesti nak ambik peti ais rumah akak yang satu lagi ler tu" tapi masa tu suami tak cakap pun nak ambik peti ais tu, so saya beli peti ais mini 2nd hand letak sementara. Tapi sekarang dah saya takde bagi lah pulak letak peti ais dia tu..nampak sangat,kan? nak ambik ati suami lah tu....






pastu sana sini kat dalam rumah tu tampal kertas A4 bertulisan pakai marker biru jangan tu jangan ni..hishhh macam hapa2 ntah. Tulisan tu kak aza lah buat, dalam bilik air siap tampal besar, JANGAN BUANG APA2 OBJEK DALAM LUBANG TANDAS SEPERTI TISU, KERTAS, PAD, SAMPAH. BUANG DALAM PLASTIK YANG DISEDIAKAN. Amaran macam tu macam budak sekolah jer..siap tulis tangan lagi...gelak jer saya...jahatnya saya ni...hehehehee. kat dapur pulak dia tulis, "GUNAKAN DENGAN BAIK PERALATAN YANG DISEDIAKAN DIDALAM INI dari Pihak pengurusan [perasan pengurus ker dia tu?]"...bak kata Hani eh ummie ni tulis macamlah orang nak duduk tu tak tau guna dengan baik kan ammie?






kalau saya lah , saya akan tulis begini "kami berterima kasih sekiranya anda membuang sampah dalam tempat yang disediakan. kalau perkakas dapur tu, list kan ajer ada berapa barang2 yang ada, pastu bawahnya tulis anggaran kos ganti rugi kalau hilang atau pecah. Mudah kan? hehehe saya pandai cakap, buatnya belum. Lepas ni baru saya buat kot...






Okay, lepas seketika kat kereta ada plak budak 3 orang nak datang beraya, saya pun suh jerlah masuk. Saya potongkan buah mangga bawa dari rumah dan hidangkan air masak jer...pastu bagi duit sorang seringgit. Masa budak2 datang raya ni barulah kak aza turun tapi tak tegur saya pun duduk jer kat tangga. saya tegur dia offer dia makan buah mangga, tapi terus kata dia puasa...[wah baiknya madu saya, dah hari keberapa baru puasa 6 ni?] tu jerlah perbualan saya dengan dia. Dia tak tanya saya apa2 saya pun tak tanya dia apa2. Kenapa agaknya dia tak tanya saya apa2kan? Lain dari dia yang ramah tamah sebelum ni. Lepas tu saya nampak dia siap2 solat asar, saya pun kemaskan sikit kat dapur dan nampak lepas tu dia naik atas semula. rika kata masa ni muka ummi masam jer...






satu ketika saya nampak sebahagian pinggan mangkuk asya dia dah letak tepi pintu, tak tau nak bawak keman, segala perkakas saya masak2 saya yang lain pun di letak kat luar pintu [perkakas saya guna kalau saya duduk sini] semua dia dah ketepikan. Bila dia nampak saya pandang pinggan tu terus kak aza cakap pinggan ni nak bagi kat ko semula, saya jawab, eh pinggan tu memang nak letak kat sini kenapa nak bagi saya semula pulak. Dia kata abang yang suruh...takut nanti pecah pinggan Luminarc tu, letak melamine jer...saya kata pinggan ni bukannya mahal abang yang suh beli dulu, biar jer kat sini...saya masukkan balik dalam kitchen kabinet dan pinggan2 tupperware dan lain2 semua saya suh Rika masuk kereta...saja biar kak aza nampak seolah2 saya dah nak balik...






Masa kak aza solat kat bilik bawah saya naik atas nak solat jugak, saya solat bilik yang satu lagi [yg tak banjir]. Masa saya solat ni saya dengar kak aza cakap wa, akak nak balik, saya pun ha kan ajerlah....pastu saya nampak dari balkoni Rika tolong2 dia masukkan stroller sofiyyah dalam bonet Satria, saya ingat lepas tu dia balik terus lah tapi rupanya dia panaskan enjin jer dulu.






Saya pulak masa ni terus turun duk kat sette bawah, saya cakap kat Rika, nampak sangat ummie tak jujur, rupanya bapak dah ada no hp baru....dah 2/3 hari pun...pastu ummie kata dia dah buat semua, tapi sama jer takde apa perubahan. Saja taknak bagitau saya no baru bapak.






Teruk jugaklah saya kan? Entah sangkaan saya atau sebaliknya malas saya nak fikir. Masa saya cakap tu rupanya Rika kata dia ternampak ummie lepas tu jalan dari pagar ke kereta, ummie ada kat luar kat tepi pagar jer...agaknya dia boleh dengarlah kot apa saya cakap tu...lantaklah....Kalau tak takkan dia berahsia nombor suami dari saya. mesti ada motif kan?






Habis kisah lepas dia balik tu. Petang tu suami balik dengan hani dan bawa tukang baiki tangki air. Sambil oarng tu naik atas syiling betulkan tangki air, pak haji duduk kat bilik atas, saya pun naik atas sajer nak usha dia. Mula2 tanya nak air tak? Dia suh saya ambil air twister kat dalam fridge. Pastu bila dah naik saya duk sebelah dia atas katil, saya kata kat dia dialog hani pasal isu kami nak berpisah...gini hani kata. "ammie dengn ayah ni betulker nak berpisah, dulu pun cakap nak berpisah tapi tak berpisah pun" pastu pak haji gelakkan saya...dia tak pandang saya tapi saya nampak muka dia gelak dari cermin.






hampir maghrib baru siap dan pak haji kena hantar tukang paip tu semula. Sambil dia pakai kasut saya pun usha dia lagi saya kata, malam ni abang balik sini tak? dia jawab tengoklah...saya jawab balik kalau banag tak balik kami bertiga duk bertafakur depan gate rumah aza sampai abang keluar. Gelak dia. saya tambah lagi, sekarang takde main2 dah..kena rebut betul2 laki sendiri...dari cara dia saya tau dia akan balik...






rupanya member dah interview anak dalam kereta, dia tanya ammie tido sini tak..bawak baju tak...hahahaa...sajer lah tu...dia nak tau saya tido situ ker tak supaya senang buat plan kot? lepas isyak pak haji pun datang....so everything going smooth....kesannya hilang pening kepala dan semua masalah.






esoknya pak haji bawa kami sarapan dan hani nak ke pantai, Saya dan Rika tumpang sekaki. pak haji pulak layan baik jer permintaan kami. Dia hantar kami kat pantai hotel legend [yg terapung tulah] pastu kami bertiga joging selang seli jalan kat pantai sampailah ke hujung batu 4 tu...bestnya dahlah orang menang takde kan pagi sangat lagi...hari bekerja pulak tu...sakan kami bertiga berlarian dan bermain ombak.






lebih tiga jam kami bertiga pungut siput, main ombak, gelak2 kira berendam habislah dalam air..kebetulan air agak surut so adalah selamat untuk hani sampai ke tengah pantai. saya jalan2 di gigi air berdua dengan suami, sambil borak2, pastu dia yang memang parking keter kat tepi pantai rehat dalam kereta kami bertiga berendam lagi. Ohh bahagianya rasa macam tak terbayang yang semalamnya penuh derita tapi pagi itu pula bahagia tak terkata....Hani lah yang paling suka bila ammie dan ayah dua2 ada bersama dia.





Sebelum zohor pak haji balik rumah kak aza dan lepas asar dia datang semula, sampailah lepas isyak semalam dia dengan kami. tapi dalam pada tu beberapa kali kak aza call entah apa halnya tak tau sebab bila kak aza call jer susah payah pak haji keluar rumah semata2 nak jawab call tu. geram pulak saya. Pastu sibuk anak kaka aza yang 16 tahun tu sms masa pak haji dalam toilet dah nak maghrib. Saya plak tetiba nak baca sms tu...kot2 kak aza ker..[hishh jahatnya haku] rupanya no kak chik..."ayah belikan aiskrim'...wah wah cam budak 6 tahun punya permintaan jer..




Sy taknak bukak sms tu mulanya pastu rika kata buka jer..lepas bukak saya dah takut..Rika kata hapuskan jer mesejnya buk...jadik macam penjenayah kejap ...kak chik ni pun satu, dia takleh bayangkan ker camana susah payah sebelah tgn ayah dia nak beli aiskerim...nak ambik sendir, nak pegang tongkat, nak carik parking nak jalan masuk kedai...hani pun tau fikir taknak menyusahkan ayah...hai kena buli dgn anak tiri jer pak haji ni....pastu sebelum isyak kak aza plak call [kebetulan Rika ada dekat luar kemas keter so dia dengar] tanya bila ayang balik pastu pass hp kat kak chik dan kak chik cakap lagi suh beli aiskerim..ngada2nya....pastu masa nak balik saya bagitau pak haji dan minta maaf sebab padam sms, pastu kami saam2 turun ke petronas, lain2 keter isi minyak. saya tolong gi bayarkan kat kaunter...pastu saya tanya pak haji nak saya tolong belikan aiskerim kak chik tak...pak haji kata takyah..takper tak perlu beli..iyer ker? tapi hari tu mmg pak haji penat urus tangki pecah, bawak tukang paip, ada plak org datang..tapi anak tiri dia cam tak paham...





tu jerlah ceritanya...panjang berjela2 dah...banyak gak dosa mengutuk orang entry ni....kalau salah tafsiran saya ni lambat laun akan tau juga...bukannya susah nak tau....





Berita sedih untuk saya, rupanya sabtu ni pak haji sekeluarga dengan kak aza akan ke penang agak lama juga sebab nak hantar uda interview masuk madrasah kat balik Pulau, penang. katanya seminggu lps tu baru tau keputusan. tapi pak haji kata dia akan minta 3 hari dapat keputusan. maksudnya paling kurang 3 hari diorang akan kat sana...





Hal ni saya malas bincang. hampir2 malam tu berlalu tanpa apa2 rosak mood saya sebab pak haji bagitau hal dia nak ke penang ni....saya membayangkan yang lepas2 ni akan keraplah dia ke penang ziarah Uda...dan masalahnya bolehker Uda 10 tahun urus diri dan sesuaikan diri kat sana...macam budak2 sangat dia tu...tak dapat main PS2 pun boleh melalak sakan...ni nak hantar jauh2..boleh ker? tak pasal2 susah2 hantar kena ambik balik nanti. tapi lantaklah....anak diorang...







Wassalam

6 comments:

Cool said...

bapak panjang entry. :P Alar kak wa, (ada unsur batu api ni) kadang tu ok jugak main kotor sikit , baru nampak berusaha nak rebut suami, br dia perasan. Tah tah kak wa baik hati dgn madu tu yg pak haji ingat akak OK je manjang. Laki ni kan suka rasa diperlukan. Next time try buat pak hj stay lama ngn akak.. buat ala ala ada emergency so pak hj kena aa ngn akak. :P HAhahahaha@!~

Irfa said...

salam kak wa..
haaaaaaaaaaaaaa kan saya dah cakap.
mesti ada peranan kak aza dlm 'kes gaduh' akak kali ni..dr pembacaan saya,mmg ada unsur2 kak aza nak singkirkan akak dr hidup suami.
terpulang pd kak wa nak mengalah atau tidak.tiba2 jd kesian pulak kat akak sbb dah byk bersabar.tp kalau saya ni kawan kak aza,saya pun sokong apa yg kak aza buat.tp sbb saya kenal akak,sy sokong akaklah.hehe

Hanisumayyah said...

Jiji...

Malas nak paksa2 dah...macam yg ke penang tu 4 malam dengan kak aza, dan sebelumnya masa raya tu 13 malam dengan kak aza, akak nak tengok balik kali ni (sabtu malam dia balik sini) hari apa plak dia nak balik PD semula? Letih buat jahat ni sebab otak kena banyak fikir yg bukan2...nak buat tak tau jerlah...tengok apalak hasilnya?



Irfa...

Jomlah akak kenalkan Irfa dengan kak aza biar jadik kawan kak aza plak..at least takdelah semua yg baca sokong akak jer..kak aza pun ada penyokong gak...amacam? nilai -PD bukan jauh pun...

heheheee..dalam hati akak memang nak supaya sesiapa yg baca ni kenal dgn kak aza supaya akak boleh tanya pandangan pasal dia ni...bukan akak jer yg buat andaian..setakat ni Rika jerlah yg akak boleh tanya pandangan sebab dia yg kenal kak aza....

Hanisumayyah said...

eh malam tadi iaitu rabu malam dia balik sini...tak tau hari apa balik sana semula?

Luna said...

hal kak aza ni mungkin betul cuma kita x nak buruk sangka, sbb bila kita lagi buruk sangka, lg dia akan mendpt faedahnya. kita, Allah perhati Allah balas krn perbuatan buruk sangka itu. akhirnya apa yg kita nak, disebabkan x de bersandarkan pd Allah, makin menjauhi dr kita.

sy x kata kak aza betul, akak salah cuma yg hal kak aza tu akak x leh kawal. betul atau tak hanya Allah yg mengetahui. apa yg akak boleh kawal ialah diri akak, pertingkatkan doa dan pengharapan pd Allah. kak aza mungkin ingat dia boleh dptkan pak hj utk dia sorg tp dia lupa kah soal jodoh ni di tangan Allah. betul x kak....kalo pun kak aza x buat camni, tp kalo Allah dh kata ya kamu hidup laki bini takat ni takat ni saja...maka bercerai juga.

tak bermakna juga akak kene berserah cuma, kalo betul dan berasas, akak pertahankan juga rtangga akak dan buktikan pd kak aza, Allah tu maha hebat lagi lah...sabar dan berdoa, itu saja jalan memohon pertolongan Allah 'dan mintalah pertolongan dengan bersabar dan mendirikan solat'..dan Allah bsama org2 yg bersabar....kalo org x sabar, apa yg bsama nya? haaaaaa.....akak ingat saja yg tu..

tarbiyah Allah mmg berbentuk ujian, ganjarannya adalah kehidupan yg sentiasa di bwh peliharaanNya.

Hanisumayyah said...

Luna...

tq again, betullah silap akak kalau akak rasa dan cuba nak bersaing dengan kak aza...biralah masing2 berserah pada allah...moga2 kehidupan diberkati akhirnya...