Monday, November 16, 2009

Gambar sekitar konvo hani

Assalamualaikum wbt


tarikh : 14 Nov 2009
tempat : Klana Resort, Seremban
perkara: Proze giving and graduation day Murni Childcare and education centre
tema : Towards greater parent involvement in ensuring quality children


Last session~ menyanyi lagu ntah apa ntah, khas untuk guru...masa nyanyi lagu ni saya spot beberapa ibu bapa, guru dan budak2 ni nangis sedih...yerlah ada yg hantar anak kat Murni cdc dari anak tu baby lagi....



hani sedang baca doa naik kenderaan

Seuka tengok dia pakai tudung ni kemas jer, tu baju raya kakak saya jahitkan....


6 pelajar yg buat persemabahan bacaan doa, dari kiri Hani, hana, jaja, amirul, zaid dan iliya hananiah....


Ni buat persembahan membaca gaya wawasan...





gambar hani dipamer di luar, ada 59 pelajar 6 tahun, dan 14 orang dapat first class, 28 kelas kedua tinggi, 17 kelas kedua rendah dan 17 kelas ketiga. Kelas pertama bermaksud habis silibus mengaji dan membaca cahayaku...bila tamat cahayaku sambung baca Ladybird, Hani dapat kelas pertama dan sekarang dah baca ladybird buku 5b...




Buat persembahan tarian oh mickey....rancak betul lagu ni, pak hj kalau tau anak dia terkinja2 menari sure bengang dia...tu pasal dia tak datang tu...






Semasa buat persembahan nyanyian Do Re Mi...sound of music, panjang giler lagu ni tapi budak2 ni hafal....lancar jer...







Ni semasa buat mempersembahkan 'santapan jiwa pagi' silibus wajib Murni CDC setiap hari 15 minit, ada bacaan doa, surah, modul keselamatan dll....








Semasa tunggu nak buat persembahan....pack sungguh, ibu bapa kelam kabut jugak nak siap2kan anak, sebab kejap dah kena naik pentas...mujur juga berselang seli dengan cawangan lain....Murni CDC ada juga cawangan di KL di Vista Angkasa....


Ini gambar sekitar konvo hani hari sabtu lepas. Konvo tadika dia ni memang grand. Dari pagi jam 7.30 sampai jam 6.30 petang baru selesai. Tu pun saya tak gi tea break sebab dah terlalu lama rasanya kat hotel tu.






Saya balik jer walaupun dah bayar untuk makan RM 70 sehari tu. Sebab pak hj dok rumah malas nak pergi. Saya bawak Rika jer.



Penat ambik gambar. Letih sebab kamera tu godang sangat. Dah tu lens jarak jauh jer....pakai lak auto fokus....memang lambat lah..dengan gambar gelap lak tu...saya rasa kamera kompak lagi sesuailah.



Dengan pencahayaan yg teruk. Dahlah penat upload gambar ni.. cerita ceriti kemudianlah...
Wassalam

2 comments:

MOKCIK AZWA said...

comelnyer la hani nie kan...geram tengok lesung pipit dia tu. Teringat pulak kat Azza..tak dapek nak gi konvo dia tahun nie huhuhu

Hanisumayyah said...

hehehee...


Agaknya kalau ada anugerah paling comel harusss hani dapat...ni takde pulak anugerah tu...sedih gaklah dia tak dapat anugerah yg banyak tersenarai, yg dapat hanya anugerah habis puasa dan habis mengaji...

tang comel tu yang sampai saya mengambik gambar sakan sampai dekat 500 keping, sudahnya sejam terakhir tu bateri kamera kong...pastu badna pun lotih..