Friday, November 20, 2009

Ini mungkin yang terakhir....

Assalamualaikum w.b.t

Esok jam 9 pagi saya akan berada di Seri Petaling. kami akan dikumpulkan untuk mendengar Bayan Hidayah, iaitu bayan yang lebih kurang akan menjelaskan dan memberi kami makna kenapa keluar jalan Allah ini, apa yang boleh dan perlu dibuat, apa niat yang perlu kita ada dll yang bersangkutan.


Bayan ini akan di adakah di rumah Hj Othman Simpul [ntah katanya orang besar Jakim satu masa dulu dah bersara dah pun, antara syura malaysia katanya], rumahnya di jalan raden 4, seri Petaling. Ada beberapa rumah yang biasa dijadikan tempat untuk bayan masturat. Kaya2 mereka ni dan memang mereka infakkan rumah2 mereka dijadikan tempat berkumpul jemaah masturat [baru dengar bayan ahad lepas dari Ustaz Indonesi katanya masturat maksudnya...'masthur' tu kerja yg tertutup..masturat kerja2 wanita yg tertutup']



Jemaah kami 3 dari Negeri Sembilan, dan 1 dari Penanti, Penang, satu dari KL dan satu dari trengganu. Kalau Allah izinkan maka 40 harilah kami semua akan bersama2. Saya agak gusar juga, tak pernah lagi saya dalam 40 hari duduk dalam rumah tak keluar2...tapi ini 40 hari ini saya akan duduk tertutup dalam rumah hanya keluar 3 hari sekali untuk berpindah rumah, dan keluar pulak dalam keadaan bertutup dan berpurdah seluruh badan.



Saya cakap juga dengan suami..camanalah agaknya duduk dalam rumah jer....memang dia gelakkan saya jerlah..katanya takper belajar tekan nafsu dan belajar buat amal, tempat wanita memang di rumah....lagipun selang 3 hari kan nanti keluar sebab akan bertukar rumah. dan kami akan ke kawasan Sungai Petani, Kota Kuala Muda dan kawasan2 area situlah....


Saya dah biasa sebenarnya kawasan sungai petani. dulu masa belajar asal cuti semester memang kami akan ke sungai petani jer kerjanya. Naik basa, naik motor..dua2 kami pernah buat. Kat taman perpaduan, Bakar Arang rumah nombor 17b, tulah tempat kami kerja, lepak, tido makan hari2....


Saya sangat sukakan sungai petani. Pastu kadang2 kami akan ke Batu hampar, kampung Pondok, untuk ke rumah Cikgu Azmi Abdul Hamid...kat sana kami lepak2 lagi, duduk2 tepi sungai dan sawah....jalan2 kat kampung bagi ceramah kat budak2...kadang kami terlibat dengan macam2 acara kat kampung tu...pernah juga sekali saya tak balik beraya haji sebab nak merasa sangat beraya kat Batu hampar.


Ini kalau jadi, maka raya haji kedua lah yang saya tak balik kampung. Pak haji sungguhpun dah berpuluh tahun keluar dakwah dari muda belia, dan dah banyak tempat baik dalam negeri mahupun luar negeri dia pergi tapi rupanya dia tak pernah keluar kawasan sungai Petani.


Keluar2 dakwah ni semua markas Seri Petaling yang tentukan. Pada hari yang sama esok, akan ada jemaah masturat yang akan keluar 2 bulan negera jauh juga. Mereka akan ke Australia. Adalah beberapa couple dari negeri 9 yang akan ke Australia. Hari ahad masa majlis taklim mingguan [baca kat sini ada penerangan pasal Taklim Mingguan] hari tu ada jumpa, Kak Ummi salah sorangnya...dia datang salam2 dengan saya peluk2 minta maaf sebab nak pergi 2 bulan ke Australia. Dia tak tau saya juga nak keluar 40 hari...hehehehe. Dia suka sangat menyakat saya, suka cubit2 pipi kiri kanan saya, suka juga cakap macam2pasal iman....sebab dia tau saya ni kerja..tak pakai purdah selalu rasa rendah diri dengan isteri karkun lain...sampai saya rasa sedih dan buat saya sebak...kak ummi ni memang baik dan suka sangat bersedekah....



Dalam pada tu jugak, masa pergi taklim ahad hari tu, ada beberapa couple dari negeri 9 yang muda2 juga akan berangkat ke Mekah. Muda2 semuanya awal 30 an...pelik sangat saya ni, diorang tu anak berderet, isteri tak kerja tapi Allah bagi keberkatan agaknya banyak duit boleh pulak kumpul untuk ke Mekah. Moga allah makbulkan niat aya nak ke mekah 2011 nanti...taknak dah boros2 dan beli bukan2 dan nak jaga amal biar rezeki dapat tu berkat...ada beberapa benda saya tak settelekan lagi ni tu pasal tak berkat agaknya rezeki...contoh saya ada ASB, ada personal loan, loan keter...tiga2 ni ada riba' tu pasal rezeki tak berkat jer...ASB tu saya balik ni lepas dapat dividen saya nak stopkan loan Maybank yg saya buat utk beli saham ASB tu[pak hj dah lama suruh dan dia ingat memang saya dah potong kot, tapi tak lagi sebenarnya]...nak jugak dividen tu ahahaaaksss..takde saya nak beli barang kemas jer duit tu....



Saya ada baca artikel pasal rezeki tak berkat ni [nanti saya postkan entrynya kat blog http://www.hijrah1429.blogspot.com/]. Rasanya saya pun dah terkena dah..dengan macam2 riba' yang ada. Beli rumah dengan SPP tu tak taulah ada riba' ker tidak. Tang yang ni saya salute betul dengan pak hj, dia memang tak suka riba' dan dia usaha nak lari dari riba' tu pasal dia cepat2 settelekan beli rumah dia, umur 40 an, zaman dengan kak nani lagi dia dah habis bayar rumah...keter pulak dia beli cash....dulu2 pun katanya pakai keter buruk jer...sebab taknak terlibat riba'....


Balik citer 40 hari ni, program cam biasa, dari sebelum subuh start Qiyamulail sampailah malam, taklim, buat adab tidur dan tido semula. Program akan padat dengan buat amal secara infradi [sendiri2 macam mengaji, solat sunat, zikir, muzakarah tentang iman]....pendeknya masa keluar nilah kita betul2 peruntukkan masa kita untuk hal2 agama. Belajar solat dengan khusyuk, belajar habiskan zikir pagi dan petang..pendekata totally berubahlah dengan apa yang saya buat kat rumah selama ni...


Keluar ni kata pak haji untuk saya belajar dan buat benda yang sama bila balik nanti. Kenapa keluar boleh pulak bangun qiyamullail, mengaji, siap sambung solat israq, solat dhuha, pastu zikir, pagi2 juga ada buat halaqah Quran [ini cek hafalan juz amma kita dan tajwid]...pastu ambung dengah muzakarah pentingnya keluar jalan Allah [ada nisab/kiraan dia utk wanita], muzakarah cakap2 kebesaran Allah, muzakarah hidup sederhana, muzakarah 6 pesanan untuk wanita, 6 perkara.....ada muzakarah adab usul....lepas tu zohor dan lepas zohor rehat dan makan....



Masa keluar ni hari2 suami2 akan mesyuarat menentukan apa yang masturat buat hari tu...siapa yg khidmat[masak/kemas], siapa yang buat karguzari [sampaikan laporan berapa orang awam yg datang, apa masalah yg ada], siapa yang buat istiqbal [sambut tetamu datang], dan sapa yang buat program tertentu dalam hari tu.


Memang pagi2 berdebar jer...nak tunggu kertas program dari suami [ada juga tugas baca program, sapa yg tugas baca tu suaminya akan hantarlah kertas tu selalu lepas breakfast dapatlah program] sebab nak tau hari ni apa yg kita kena buat....saya punyalah teruk selalu saya siap2 pesan dari rumah jangan bagi saya program yg susah2....


Bukan susah sebenarnya. tapi sebab kita tak buat dan amalkan tu yang susah. Eh tapi dulu lagi susah tau..terketar2 nak cakap. Walhal saya ni pandai cakap, takat bagi ceramah dua jam tu kacang jer, tapi cakap hal rasuah bolehler....bila cakap hal iman..hah memang jadik cam tersekat2 jer..walhal cakp semua tu depan suri rumah jer ...diorang ni bukan bekerja dan bergaul dengan masyarakat sangat..cewwaaah...


Tapi rupanya lagi susah, macam muzakarah 6 sifat sahabat. 6 sifat ni bukan keseluruhan agama tapi kalau kita amalkan akan mudahlah untuk kita amalkan agama. Nanti saya buat entry pasal 6 perkara ni.

Okaylah..nak packing barang2 ni, untuk pak haji dan untuk saya. Semalam dah pos kan hani ke PD. pak hj datang hari rabu, semalam balik PD bawak hani ke sana...macam2 pesan dah kat anak dara tu....tak taulah camana..okaylah tu kot...dia tu enang jer sesuaikan diri...saya plak rasa malu nak call kak aza...hmm biar jerlah kan...tak taulah keras jugak hati saya ni..esok lah kot saya call dia...

2 comments:

MOKCIK AZWA said...

Tabik dengan salwa. Masa student kat kampus dulu pernah juga ada kakak tu ajak join ke arah sebegini. Tapi gi join sekalik sahaja, pehtu dok sibuk ngan studi, tak terjoin2 dah.

selamat bermasturat...

Hanisumayyah said...

Azwa..

hehehe..seram gak nak gi ni...alahai iman kita lemah sangat banding orang2 yg nak keluar nih...hmmm..nak belajar punya pasal ikut jugaklah kan? Hidup pun sementara jer...