Tuesday, November 3, 2009

mana satu pilihan hati?

Assalamualaikum w.b.t


Saya ada beberapa pilihan ni. Serba salah juga dibuatnya. Tapi kena buat juga keputusannya, bukan sekarang tapi dari sekarang dah kena usaha gigih...


Macam ni, kami ni kan sepatutnya semester ni habis belajar. course kami 3 sem jer. Pendek :(...


Dan sepatutnya, semster yang akhir [3] ni hanya buat kerja kursus sahaja yang kredit hournya 9 kredit [tapi atas masalah teknikal ntah tak paham sgt], tesis ni jadik 6 kredit hour, bertukar dengan subjek elektif dua paper yang kena ambik sem ni jugak.


Dua2 paper elektif tu takde final exam tapi ada tugasan yang agak lari dari tajuk...dah citer dulu kan...yg forensic engineering, accounting dsbgnya tu...


Disebabkan ada dua paper elektif ni kami terbeban kena hadir kelas tiap minggu dengan lain2 pensyarah [dua2 subjek semua pensyarah jemputan, termasuklah SFC kami, pegawai kanan polis, pensyarah forensic komp UTM dll] dan bayangkan setiap pensyarah ni bagi tugasa sorang satu...walaupun katanya 5-10 pages sahaja namun tetaplah tugasan yg memerlukan rujukan ilmiah...


Baru dua minggu lepas jer kami bebas dari kelas namun assignment tetap on jugak until last week last dateline nya...baru lega sikit....


Start last week barulah kami memulun buat tesis yang melibatkan kajian dengan tajuk masing2 yang telah diluluskan [agak lewat jugak mendapat green light utk proceed tajuk memasing] dan diakui memang kami lambat start enjin sebab macam takdelah kami kena push sangat suh siapkan cepat. Dengar2 dalam disember baru hantar..ada masa lagi kan...


Setakat ni baru 3 kali saya jumpa penyelia, first draft pun tak lepas lagi, baru buat draft bab 1 hingga 3...tu pun tak touch up lagik...soalan untuk temubual bersemuka pun baru lepas.


Tup-tup tadi kami mesyuarat dengan penyelaras program, 13 november ni tarikh ajal kena submit....mampuslah memang tak siap! data pun tak habis collect lagi...gila lembap kami semua...


Hanya dua orang yang melepasi 80% siap tu pun sebab diaorang hanya buat kajian kualitatif berdasarkan kajian kepustakaan.


Takdelah nak pakai SPSS ker...nak buat soal selidik ker, nak buat temubual bersemuka ker...bolehlah kan...


kami yang 7 lagi ni dinasihatkan untuk menangguhkan satu semester lagi. WOooooo tak sangka sungguh lah yang kami kena tangguh....dah tu kena bayar yuran plak tu untuk semester depan...RM2300....banyak jugak tu...


Mungkin tesis boleh sempat siap, tapi lepas hantar pada penyelia nak kena ada pembaca kedua, buat pembetulan, pastu ada viva, pastu repair semula...memang kerja2 teknikal tu akan makan masa...


Tapi kami ada pilihan untuk hantar pada tarikh2 sebelum 4 januari tahun depan iaitu tarikh akhir gred kami kena sampai kat meeting board. Tarikh 4 januari tu kira dah final dah, viva dah dan gred pun dah dapat....



Tapi tadi kami bincang2 dengan penyelaras dan kami dinasihatkan untuk tangguh sampai bulan 6 sebab takde apa nak dikejarkan, sebab sebagai first batch kami diharapkan memberi hasil yang terbaik sebab sudah pasti hasil kajian kami akan menjadi rujukan batch seterusnya....suker gak disitu bila dengar kami perintis!



Prof taknak kami cepat siap tapi kualiti teruk...ada jugak rasionalnya disitu...sebab buat kajian ni bukan boleh main2 kan...nak2nya dalam isu dan tajuk berat macam rasuah ni...kena betul2 dapatkan pandangan mereka yang pakar...


Dan ada juga khabar baik di situ. Ada clause pulak yang mengatakan kalau pihak universiti telah membenarkan kita membuat tambahan satu semster, maka kita layak memaohon sambungan satu semester lagi cuti belajar untuk menyiapkan tesis berkenaan.


Wowwww...bestnya kalau dapat cuti dengan hanya membuat tesis sahaja...heaven!!! Gaji pun dapat penuh...dapat pulak layan anak suami....best best...


Tapi dari segi moral, saya tetap akan rasa bersalah jugak, takkan semata2 tesis yang simple [boleh ajer siapkan sebulan kalau nak] sampai nak tambah cuti 6 bulan lagik. Lagipun malu kat orang2 pejabat kalau dia tahu yg tesis dah siap tapi saya masih holala bercuti...nanti diorang ingat sajer ambik kesempatan pulak, tapi ASP Lai kawan polis saya tu nak sambung cuti, dia akan bersalin pertengahan dis, so lepas tu terus sambung cuti belajar 6 bulan lagi...


So saya ada beberapa pilihan, kalau nak siapkan maka saya ada masa 10 hari sahaja sebelum 13 Nov tarikh ajal tesis ni. Kalau taknak siapkan, maka sambung jerlah dan bayar kos yuran.


Tapi apapun ada satu lagi berita, 7 disember ni kami kena mula kerja. patutnya ikut kiraan cuti belajar 18 bulan tamat pada 6 jan 2010 tapi tak taulah camana pihak pengurusan kira masa hantar kat JPA tu tarikhnya ditulis 7 dis...kan dah menyusahkan....walhal dalam perjanjian hadiah latihan persekutuan dari jabatan tarikhnya 6 januari...so surat jabatan dengan JPA mestilah JPA lagi power kena ikut surat JPA lah nampak gayanya....


So, kawan2 kalau tak sambung cuti, 7 disember saya akan lapor diri di SPRM ibu pejabat Putrajaya yer...lomah lah hai nak berulang....teringat kenangan lalu. saya kan pernah bertugas setahun di ibu pejabat, masa tu tahun 2000 kami kumpulan pertama di parcel D yang pindah ke BLOG D7 tu...lepas kami barulah KDN pastu JAKIM...


Masa tu lengang sangat sangat putrajaya, kedai makan pun seciput jer yg ada, lepas tu boleh suka suka ati nak parking mana atas bawah boleh sebab kosong yang teramat2...parcel2 lain kiri kanan pun takde orang lagi....dan dalam pejabat masa tu banyaknya tikus...sebab kan situ kawasan kelapa sawit...


Dan sayalah antara kumpulan terawal menghuni bangunan kerajaan di Putrajaya...masa tu naik motor jer kawan2 ...motor lak sentimental Honda C70 jer..beli second hand RM700 dari student UPM ...paling laju 70km/h jer...syahdu berulang dari taman Seri serdang ke Parcel D...dahlah takde cukai jalan sebab budak tu dah hilangkan geran tapi dek kerana terpaksa dan takde duit tu jerlah yg mampu...sehinggalah my hero wujud dan belikan kancil....



Wah...dah merepek ke situ lak ni...



Wassalam

2 comments:

MOKCIK AZWA said...

Adus...deadline 13 nov...sempat ker nak siapkan thesis yang anggun bergaya canggih manggih secukup rasa maggi...hmnn..ntah apa2 mokcik merapu nie. tapi klu nak extend lagi dan kena bayar pulak pun haru jugak kan..

memang serba salah jugak tu..macam tak berapa adil juga pada uols kan..

anyway, semoga salwa dapat membuat keputusan yang tepat dalam keadaan ini..good luck

Cool said...

Kak, sambung laa bukan lama pon @!~