Saturday, November 7, 2009

Rasa ini sungguh tidak selesa~

Assalamualaikum w.b.t


Walaupun telah berkecimpung memasuki alam gadis dan seterusnya wanita sejak usia 13 tahun, namun saya masih merasa sangat-sangat tidak selesa pada ketika wanita dikunjingi apa yang dipanggail 'datang bulan'.


Orang lain saya tak taulah kan tapi bagi saya, sejak usia 13 tahun iaitu bila memasuki era anak gadis setiap kali 'datang bulan' ia akan datang dengan pakej 'pening kepala', juga tekak loya sehingga rasa nak cucuk2 tekak kasi keluar muntah!



Adakala pakej yang hadir lebih lengkap lagi iaitu siap dengan rasa pening tu macam rasa mencucuk2 mata ni dan rasa nak terjojol keluar! Dan pening itu menyerang sebelah kepala sahaja. Bertukar2..pagi pening kiri petang sebelah kanan pula. Ada yang kata migrain. Tapi dulu2 dah jumpa doc katanya simtom biasa bila period.



Itulah ni dah mula pening sejak malam tadi, rasa meloya jer ni. Tapi malam tadi dalam pening2 ke econsave jugak...pastu siap gi makan lagi...terlupa sekejap kepala ni! Masa meloya dulu mengalahkan orang mengandung. Kalau kat pejabat dulu, selalu jugalah meluwek2 lari2 anak ke toilet sampai orang ingat mengandung...walhal sah2 period mengandung apa jadahnya pulak?



Tapi pening kepala ni kalau sibuk boleh jadik terlupa yang kita pening kepala. Kalau masa kerja tu, masa yang bizi ada kes berkejar ke sana berkejar ke sini tu okaylah tapi kalau kerja mesyuarat atau duduk dalam bilik baca itu ini memang pening ni menjadi2...


Kalau makan panadol pun pening ni tetap ada ia hanya akan melalikan dalam sejam dua jer pastu sambung lagi....tu yg saya tak amalkan makan panadol melainkan masa2 tertentu yg mana saya betul2 tak tahan dan perlu utk sihat....contoh masa belajar dulu, kalau nak ke kuliah atau ada exam nak study ker...baru telan panadol mi...sekarang no no no..memang saya haramkan terus panadol..bahaya!


Dahlah pagi ni ada sekumpulan tetamu nak datang...kepala pulak ting tong...nampak gayanya suh pak haji jer masak lah...bukan ada menu hebat pun menunya kuew teow kerang jer...buat kek dan nak rebus kacang kuda ni...



Apapun syukurlah...takdelah masa2 gini sakit perut ker, senggugut ker...sekadar sakit kepala yang masih boleh ditanggung...cuma kerja tak jalanlah~ siang malam berbaring jer sambil sapu minyak kat dahi!


Oh ya..pening ni datang bertamu sekurang2nya 3 hari 3 malam okay! Jenuh kira hari kalau dia datang...pastu lepas 3 hari terus blah jer...tetiba jer eh..syoknya dah rasa ringan dah kepala...so nak tunggu 3 hari tu sabar jerlah..mujur jugak masa2 pening ni, takyahlah nak bangun solat...so memang baring sampai langgar waktulah...


Wassalam

2 comments:

fazemy said...

Dia tgk org jugak la. Kle saya ni rasa badan berat je time period. rasa kembang. pastu mulalah nak mkn byk2. Klw diet 3 minggu berjaya la kurang mkn..masuk minggu period hbs smua diet tu. haha

Hanisumayyah said...

Fazemy...


haii macam2 kes lak yer...akak pening jer...makan2 takde cam biassa jer...kelakar lak dengarnya hehehehe