Sunday, November 8, 2009

Bibit2 perjalanan mendapatkan anak!

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah semunya okay semasa jemaah yang bertamu untuk bayan semalam datang bertandang. Ada 6 pasangan dan seorang makcik yang dibawa anaknya.


Semalam pak haji yang masak kuew teow goreng berencah udang dan kerang [letak daun kucai juga]. Memang sedap air tangan pak haji.


Tapi malu jugak ah sebab masa pak haji tengah masak tu, kak Ani taman sebelah, kakak yang keluar sama gi jelebu tu datang. Dia datang nak tolong saya kononnya, masuk2 rumah pak haji lak ada kat dapur.


Terpaksa bagi kak ani dan 2 anak gadisnya masuk dalam bilik dulu. Duduk2. Kak ani bawa mee goreng panas2 lagi 2 mangkuk aiskerim. Baik kak ani pagi2 dah datang nak tolong saya. Terharu.


lepas pak haji selesai baru kak ani masuk dapur. Tolong buat air. Anak2 dia masuk nilik hani baca buku hani yang banyak tu...


Kebetulan kak Liya salah seorang yang datang tu, tukang urut tradisional wanita lepas bersalin. Sempatlah saya tarik tangan dia masuk bilik sekejap lepas orang bayan [syarah] untuk check peranakan saya.


Sah, katanya atas ari2 saya keras dan bila ditekan saya rasa sakit sampai rasa nak terkencing, peranaka jatuh katanya.


Mana taknya, masa pindah masuk kuarters dulu, hani umur berapa bulan ntah, saya dengan suami angkat masin basuh dari tingkat bawah sampai tingkat dua...tak lama lepas tu angkat akuarium 5 kaki juga dari bawah.


Mana tak jatuh peranakan. Dan juga mana tak sakit pinggang?


SO lepas ni kena berurut juga...makan macam2 pun tak datang kesan kita cuba urut pulak.


Saya baru 4 hari ni mula makan makjun Anggun bistari. Dan lama jugak beli tapi tak makan2. Sebab MAB tu guna untuk merancang keluarga secara tradisional. Tapi ia juga sebagai ikhtiar nak dapat anak. Lepas makan 3/4 bulan baru berhenti, masa tu bolehlah try dapatkan anak.


MAB ni betulkan rahim dan keluarkan segala darah kotor dan lancarkan perjalanan haid. Juga menyeimbangkan hormon. Baru2 ni tiba2 tersampai kat blog2 yang promot MAB ni dan baca testimoni yang ada. Tiba2 teringat balik MAB dalam kotak ubat2 dan supplement saya tu...so dah mula makan dah.


So, bincang dengan pak haji, sebab saya pun dah 2 minggu memulakan makan acid folic, so berhenti dulu acid folic makan MAB jer dulu...


Kita usaha sahaja, kalau dapat alhamdullillah...kalau tak dapat juga anak, adalah hikmahnya tu...


Disamping ubat2 tu, saya makan juga bidadari, Nu'age, Qshee...ginko biloba, dan produk Biodex....tak taulah apa jadik kat badan ni makan campur2 semua ni...semua2 ni saya nak habiskan stok lama sebab tarikh tamat tempoh bulan 12 ni...lepas tu tengok camana nanti..sebab lepas tu dah kerja tak taulah apa yang akan berlaku...


Wassalam

2 comments:

fazemy said...

Wahhh usaha keras betul akak nak dpt anak yer. Saya ni kan org suruh itu ini..beli itu ini..pastu buats ekerat jln je. klw jus bidadari tu stgh botol je berjaya mkn. pastu dibiarkannya. haha. Next year insyaAllah la nak usaha keras cam akak ni. nak kena pegi berurut yer..berurut tu ok..cuma klw suruh telan itu ini yg payah ni. haha. Slalu klw org tua membebel saya ckp "alah biarlah rezeki tu dtg semulajadi"..tp klw takde usaha camne kan. haha

Hanisumayyah said...

Fazemy...

Akak ni dah 35 tahun, kalau tak usaha gigih nampaknya dimakan usia jerlah. Fazemy muda lagi....


Akak bidadari dah masuk botol ke 3...yg Makjun Anggun Bistari ni dah beli 4 botol...lepas tu barulah akak cuba untuk mengandung. Esok lusa nak berurut pulak...