Tuesday, November 10, 2009

Hijrah ke tempat lama juga akhirnya....

Assalamualaikum w.b.t


Jauh disudut hati saya mengharap juga yang saya akan dicampak ke tempat baru yang betul2 baru. Macam hantar ke Keningau ker, Tawau ker, takpun cawangan teluk Intan atau raub ker?


Tapi nampak gayanya takdelah terlaksana hajat saya tu. Esok mesyuarat pra pertukaran di hq...nama saya naik untuk ke bahagian komunikasi keparat korporat, ibu pejabat Putrajaya.


Saya 50-50 sebenarnya. satu sudut saya suka, sebelah lagi rasa macam tak suka. Nak rasa tempat baru, yang betil2 baru. kalau boleh nak yang ada suasana kampung2, yang kalau kita dok kat sana takde sapa kacau.


Owww...sungguh saya tak suka di hq... sebab saya tak suka glamour, saya tak suka bersosial, saya tak suka orang kenal saya, saya tak suka menjadi antara orang yang akan dicari!


Saya tau kemampuan saya, saya tau limit saya...saya ni kalau boleh orang tak perasan kewujudan saya pun takper [lagi suka]...dulu muda2 lainler, masa tu ada jugalah pegang prinsip dalam diri supaya jadik macam seolah2 "pemergian diratapi, kehadiran dirasai".


tapi sejak 30 an dan jadi mak-mak ni takde rasa nak gila glamour dan sanggup nak berkorban apa saja untuk kerjaya. tak nak dah rasanya!


Tapi nampak gayanya bahagian yang saya nak kerja ni bahagian komunikasi korporat...macam tak match jer dengan jiwa dan penampilan saya ni! Malas lah nak deal dengan reporter, dengan orang2 luar, dan malas juga nak deal dengan datuk2 dalam sana tu!


Sebab sudah tentu kalau dah kerja kat hq dan pejabatnya sama tingkat dengan datuk2 top manaegement tu...nak taknak tempiasnya kena juga kat kita...


Tadi saya gi jumpa bakal pengarah saya [rasanyalah]...kebetulan jer, saya pun xtau saya akan ditenmpatkan di sana...sebenarnya saya nak jumpa dia untuk dapat bahan buat tesis...saya pun tak mahir lagi carta organisasi di hq ni [memang selama ni tak ambik pot pun] ...sudahnya sebahagian masa dia bercerita macam2 kat saya..mungkin agaknya nak bagitau keadaan dan ruang/bentuk kerja saya nanti...


tadi tengok2 rupanya dibahagian ini sahaja, ada 3 pegawai yang pernah bekerja di negeri sembilan ...dan dah tentu saya dah biasa kerja dengan diorang. Dua darinya dibawah saya masa saya jadi ketua unit siasatan..dan satu lagi, bekas timbalan pengarah saya...kiranya dia akan jadi bos atas saya nantilah...tapi dengarnya dengan kedatangan 3 orang ni [saya dan dua lagi coursemate saya sekarang yang akan dimasukkan ke bahagian kajian dasar-juga di tingkat 7 ini] bekas timbalan pengarah saya ni akan ambik post lama dia di N9 sebab post tu tak diisi lagi sejak dia pergi...[pos saya pun masih kosong juga tau]


Bila kenangkan hani yang akan sekolah darjah 1, saya rasa nak merayu jer balik N9....tapi bila kenangkan balik n9 nanti dengan pengarah baru dan orang bawah pun ramai budak baru dan yang paling penting, saya taknak dah buat kerja siasatan, maka rasanya redha jerlah kerja di HQ...cuma kena berulang tu tak tahan...kalau area seremban 2 atau nilai oklah jugak, saya punya rumah ni jalan nak ke Kuala pilah..dah penghujung seremban....kalau nak mudah dan cepat masuk tol senawang jer... kalau tol seremban lebih 15 km jaraknya...


Orang lain lagi besar korban,kan Azwa? Saya takat ulang alik dari seremban-Putrajaya apalah sangat? Hal kerja tu bila fikir pun ada risaunya jugak...ikutkan saya nak ke bahagian pendidikan masayarakat atau bahagian perundingan dan pencegahan. jiwa rasa lebih sesuai..bagi ceramah, buat seminar dan bekerja dengan masayarakat...tapi dengarnya bila diorang [yg tepatnya orang no 2, Timb Ketua pesuruhjaya] tau saya satu2nya peg yang ada kelulusan kewartawanan tu yg ditarik ke korp kom ni....


Bila dah tau ada orang perlukan kita ni, rasa cam expectation diorang tinggi sangat pulak, sedangkan saya ni bukan berkemampuan sangat..nak ketengah ketepi pun tak pandai...nak bergaya lagilah....saya ni lebih pada pendekatan down to earth jer...takdenya nak memandang ke atas dan wawasan melangit ~tu bukan sayalah tu!


Nak-naknya lepas berumahtangga ni lagilah padangan saya pada kerjaya dan kehidupan sangat berlainan dari dulu....takdenya nak tunjuk pandai, kalau boleh sorok muka ni jangan bagi orang kenal lagi saya sorokkan!


Ikutkan hati, habis kontrak dengan JPA 3 tahun ni dah fikir2 nak berhenti...nak buat projek ternak itik dan ternak kambing! tapi bila dah kerja nanti sure jadik lain pulak? harap2 pengalaman buat kali kedua kerja di Putrajaya ni akan beri saya satu persepsi baru tentang kerja di jabatan ni lepas penstrukturan semula ni...saya nak tinggalkan zaman stress dan tension masa kerja kat N9....

Wassalam

5 comments:

Irfa said...

oh dah tahu kata mana nak keje yer?xdelah jauh sgt pun serenban putrajaya tu..hehe.lama2 nanti oklah.akak nak sgt kena tsfer jauh2tu snggup ke berjauhan dgn pak haji?

MOKCIK AZWA said...

welkam back to putrajaya... bahagian keparat..oopss..korporat ek...mesti tensen kannss

mokcik tengok kawan2 mokcik yg kijer kat 'sportrim' (dorang kata, bukan mokcik tau) memang busy giler...sokojap ke hulu, ke hilir, ke timur, ke barat...jarang la nak melekat kat rumah. Bak kata salah sorang mereka..no family life.

klu salwa amik post lama, kena buat siasatan mesti kerja giler2 juga kan...silap2 jadi macam ahsan, muda2 lagi dah kena sakit jantung huhuhu

yang mokcik nak gelak, salwa pun dah jadik macam mokcik jugak..org lain nak dikenali oleh bos, tapi mokcik kalau boleh nak low low low profile...

anyway good luck kat post baru nanti..

Hanisumayyah said...

Irfa...

Pak haji lah suruh gi jauh2 ni...kalau akak kena transfer 'semua' akan pindah, bukan akak sorang jer...pak haji nak sangat 'jauhkan' kak aza dari mak dan akak dia...dah letih kot dengan campurtangan mak mertua...dan agaknya pak hj kesian kat kak aza...serba salah nak dengar cakap mana satu..mak ker suami...gituler citernya!


Azwa...


Innalillah.....ahsan kena sakit jantung ker? uiii muda belia lagi dia tu! eeeiiii terkejutnya! Yerlah bawak kes hari2 memang jantung terkejut2 selalu kot?


Tulah kos yg terpaksa dibayar kerja kat jabatan ni...tiap2 tahun ada jer yg mati terkejut kena serangan jantung...post saya nak ambik ni pun tuannya mati pertengahan tahun ni masa kursus PTK...selama ni dialah yg jadi PR untuk BPR dan dia juga editor berita RTM [sebelah malam]...


Azwa....agaknya Allah sengaja uji kita dengan bagi kerja2 camni, nak tengok mampu tak kita kekalkan low profile tu kot? Bukan sebarang orang yg diberi kuasa pangkat dan 'nama' mampu terus bersifat macam resmi padi..ramai dalam jab ni yg berubah sama sekali sikap bila dapat naik pangkat cepat dan dapat lak 'datuk'...hmmmm...tak tau nak komen apa!

Pnut said...

welkam tu putrajaya...
leh kita lunch sama-sama...
eheheh

Hanisumayyah said...

Pnut...

Insyallah...

Hmm...ntah, rasanya berbolak balik hati ni, nak jer tangguh mohon cuit lagi satu sem...