Monday, November 9, 2009

cara berbelanja berhemah!

Assalamualaikum w.b.t


Ya...tajuk taknak kalah tu...bagi yang kerja kerajaan merasalah kan, terasa gaji lamaaaa lagi nak masuk.


Mana taknya, gaji sebelum raya hari tu masuknya awal...sah2 duir tu digunakan untuk berhari raya yang memang pakai duit sangat2kan...


Pastu lepas raya pulak gaji awal kan ebab deepavali...8 hb kalau tak salah saya...


Bayangkanlah 8 oktober nak menuju ke 25 November...6 minggu tuuuu...hishhh memang kena ikat perut jerut leher berjimat cermat dan berbelanja berhemah lah jawabnya.


Tapi mana boleh nak berjimat kalau melibatkan perbelanjaan wajibkan? Takkan taknak beli beras, mintak kereta, susu anak, lauk pauk hari2...tu dah semestinya...


Bagi yang ada kad kredit dah sah2 berbelanja pakai kad kredit lah kot...bagi saya...kad kredit ni saya haramkan penggunaannya selagi tak kecemasan..hari tu beli langsir pakai kad kredit..kecemasanlah tu, nak raya kan?...dah terkena dulu dah badi kad kredit ni...sekarang dah insaf tak suka kad kredit, suka guna wang tunai jer...


Dan kalau ada kad kredit pun, dan kita pulak hanya nak beli ikan, garam, belacan pad wanita dll takkan nak beli guna kad kredit sedangkan belanjanya berapa sangat....kalau guna kad kredit dah sah2 kena belanja lebih RM50..kan?


Bulan ni sebab nak berjimat sementara nak mendapat gaji, saya pun mulalah buat muka simpati minta nafkah cik abang bantu beli lauk pauk, belanja makan luar...hehehee nasib baikk dia sedar tanggungjawab suami beri nafkah pada isteri nak bagi duit tunai, tolong bayar beli lauk, belanja makan kat luar...


Tulah padahnya, berbelanja besar sebelum hari raya ....sayalah ni pergi beli benda bukan2 macam pinggan mangkuk lama yang harganya mencecah RM300 pastu beli baju raya ala kadar jubah online sampai 3 helai yang setiap satunya kos RM180 tapi tak pakai untuk raya pastu beli bahan buat kuih raya banyak gila tapi bahannya sampai hari ni masih ada maka lepas raya ni buat kuih raya jerlah yer...


Okay....ini ada artikel dari Utusan Malaysia....sila baca sebagai panduan


Rakyat Malaysia tidak komited rancang kewangan


Oleh ROSMAWATI MION dari Utusan Malaysia

PERNAHKAH anda bertanya kepada diri sendiri bagaimana kehidupan yang bakal dilalui di hari tua? Sebaik bersara, adakah diri mampu untuk menyara hidup.
Mungkin juga ramai yang menyimpan wang sebagai bekalan hari tua, namun adakah ia mencukupi bagi menampung hidup seterusnya apatah lagi untuk mengekalkan kehidupan serupa?

Persoalan itu jarang bermain di fikiran masyarakat terutama wanita. Sebabnya, ada yang menjangkakan anak-anak akan menjaga mereka apabila tua kelak. Namun, ramai pula beranggapan mereka boleh menjalani kehidupan selesa dengan bergantung harap semata-mata kepada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing.

Masalahnya, menurut Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Global Citibank Berhad, Timothy Johnson, wang KWSP sebenarnya hanya dapat bertahan selama enam hingga lapan bulan bagi kebanyakan orang, tetapi hakikat itu tidak disedari masyarakat.

Sedangkan selepas bersara pada usia 55 tahun, individu mungkin mempunyai masa kira-kira 20 tahun lagi untuk hidup. Jadi, sekiranya tiada perancangan kewangan kala muda maka akan timbul masalah di kemudian hari.

Persoalan ini berjaya dicungkil hasil soal selidik yang dilakukan Citibank Berhad ke atas 400 responden yang separuh daripadanya wanita.
Jelas Johnson, wanita berusia antara 18 hingga 29 tahun mempunyai kefahaman lebih baik tentang perancangan kewangan berbanding golongan berusia 40 tahun ke atas.
Sebabnya, mereka lebih terdedah dengan isu tersebut daripada Internet, ibu bapa, rakan-rakan dan juga di sekolah.

Masalahnya, mereka ini kurang memberi komitmen terhadap melaksanakan perancangan kewangan tersebut, namun kumpulan ini lebih bahagia dengan kehidupan mereka.

Sedangkan wanita berusia 40 tahun ke atas lebih menunjukkan komitmen dalam merancang kewangan, contohnya 52 peratus daripada mereka sudah membeli rumah dan 62 peratus lagi mempunyai insurans nyawa. Tetapi, hanya 21 peratus sahaja merancang untuk persaraan mereka.

Apa yang tambah menakutkan, sebanyak 41 peratus daripada wanita dalam kelompok 40 tahun ke atas itu turut mengakui bahawa jika mereka dibuang kerja, wang simpanan yang ada cuma mampu menampung kehidupan mereka setakat tiga bulan sahaja.

Itu yang membimbangkan. Apatah lagi pada zaman sekarang ini. Jika dibuang kerja, sukar untuk mendapat kerja lain dalam waktu yang singkat, sedangkan wang simpanan hanya dapat bertahan tiga bulan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Justeru kata Johnson, wanita sepatutnya membuat senarai perbelanjaan untuk memastikan kewangan mereka terancang.

Kesalahan yang selalu dilakukan wanita adalah meletakkan perancangan kewangan kepada suami atau pasangan. Atau pun mereka menyimpan untuk semua orang (suami, anak-anak dan keluarga) kecuali diri mereka sendiri.

Sikap itu mungkin disebabkan anggapan bahawa anak-anak akan membantu atau menjaga ibu bapa masing-masing. Bagaimanapun apa yang menghairankan, majoriti wanita yang ditemui tidak mengharapkan anak-anak untuk menjaga mereka apabila tua kelak.

Soal selidik mendapati 70 peratus wanita dalam kumpulan 40 tahun ke atas tidak mengharapkan anak-anak menjaga mereka, namun kelompok usia 18 hingga 29 tahun masih menyatakan ia penting. Bagi golongan muda, mereka perlu menghulurkan bantuan walaupun ibu bapa tidak memerlukannya.
‘‘Sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia, membantu ibu bapa adalah satu keperluan. Masalahnya, kita khuatir sikap itu mungkin tidak wujud lagi pada 20 tahun akan datang, ujar Johnson.

Sebaiknya, mulakan menabung bermula sekarang. Latih diri untuk menyimpan sekurang-kurang 10 peratus daripada wang gaji. Pentingnya, wanita perlu menanam sifat bayar diri sendiri dahulu sebelum memandang ke arah lain.
Jelas Johnson lagi, membayar diri sendiri bukan bermaksud memanjakan diri dengan membeli-belah atau barangan berjenama, tetapi menyimpan untuk hari tua.

Dalam merancang, mereka perlu mempunyai bajet. Jangan menunggu sehingga hujung bulan untuk membuat bajet diri, sebaliknya ia boleh dilakukan ketika ini. Apa yang perlu ditekankan adalah perbelanjaan mesti kurang daripada gaji yang diperoleh setiap bulan, katanya.

Langkah pertama adalah senaraikan perbelanjaan anda setiap hari. Ia bagi memudahkan untuk diri membuat bajet bulanan kerana anda akan mengetahui ke mana wang disalurkan.

Bercakap pula mengenai simpanan hari tua katanya, wanita perlu memikirkan tentang gaya hidup mereka selepas bersara. Sama ada mereka ingin mengekalkan gaya hidup yang sama atau tidak. Bagaimanapun, menyimpan hanya 10 peratus daripada gaji bulanan anda sebenarnya tidak mencukupi untuk mengekalkan kehidupan serupa.

Apa yang masyarakat tidak sedar adalah nilai wang berubah mengikut tahun. Sebab itu, wanita perlu merancang untuk hari tua mereka. jelas Johnson.
Andai berasa sukar merancang kewangan yang dilihat rumit, wanita boleh mendapatkan khidmat perancang kewangan untuk membantu.


Pesanan khidmata masayarakat dari saya~Jom merancang demi masa depan!
Wassalam

4 comments:

MOKCIK AZWA said...

duit kalau tak hati2 banyak mana pun lama2 habis tanpa terasa... kalau mokcik memang terpaksa simpan kat akaun yang paling malas nak gi keluarkan huhuhu

comel sangat gambar hani dgn abahnya...semoga misi mendapat anak akan berjaya...aminnn

Hanisumayyah said...

Azwa...

Tulah....kalau guna bank yang pakai ATM ni alamatnya sekeja jer dah habis...

Hmmm..hani ker abahnya yang comel tu??? hehehee

fazemy said...

TQ for the info kak. Saya dulu biasa hidup sederhana. Masa sekolah2 dulu klw nak apa2 pun pendam je. Skrg bila sndiri dah mampu tabiat tu msh ada. Walaupun benda tu harga dia rm20 sekalipun tetap akn masuk dlm wish list saya. Sdgkn klw beli takdela efek pun. Tp dh terbiasa camtu. Kdg klw tershopping beratus2 rasa bersalah plak. klw guna duit sndiri la. klw shopping guna duit husband (biasanya lah) tak pernah rasa bersalah pun. haha

Hanisumayyah said...

Fazemy...

Samalah kita...akak dah beli selalu rasa menyesal...tapi kalau betul2 nak benda tu, memang sanggup ikat perut tak beli apa2 sampai hujung bulan...

Suami selalu cakap, akak ni kalau berbelanja tak ingat masa depan..macam orang 'hilang akal' kalau dapat gaji tu..yerlah kita dh biasa hidup susah, bila ada duit nak belilah apa yg kita suka...