Monday, October 25, 2010

sms balasan aza dan sms 1st dari pak hj (nilaikanlah)

Assalamualaikum w.b.t


Sms balasan Aza yang pura2

Aza balas sms saya dalam nada bercampur baur. Sekali saya baca nampak gaya macam dia terkejut reaksi saya, dari sudut lain pula, nampak macam defensif, dan menegakkan fakta bahawa dialah yang terbaik.


"Kasau bunyinye wa.akak pun xmau kait nama wa tp bkn atas kehndk akak.nama tulis ats ketas je kata diorg. xkan kontek pun.bhgia derita smue dtg dr Allah wa.kau bnyk sbar sblm ni dgn akak smpikan family akak meluat hubgan ni.xslh if akak mta maaf if ada apa2 silap akak tp akak xpnah gngu wapun.apa2 kena slsi ddunia ni.insaAllah."

Dia minta maaf dari saya kalau ada silap dia katanya...


tapi hujung2 ada TAPI.....maksudnya minta maaf tapi sebenanrnya dia nak kata dia tak salah apa2 pun!


Katanya...
"...tapi akak tak pernah ganggu wa pun...."


Tak ganggu ya?



dengan perangai macam2 dia tu tak ganggu yer?



Dengan mengamuk dengan macam2 perkara sepanjang 10 tahun ni tak ganggu yer?


Dengan lari dari rumah 3x cemburukan saya tak ganggu yer?


Dengan call sekejap2 atas alasan hal anak2 tak ganggu yer?



Dengan beri tekanan pada suami sampai suami panas punggung kat rumah saya tak ganggu yer?



Dengan bekalkan makanan dia masak pada awal2 tahun pertama perkahwinan saya supaya suami makan air tangan dia jer tak ganggu yer?



Dengan sms pujuk rayu masa giliran aku tak ganggu yer?



Dengan pengaruh suami dan meracuni suami supaya berfikiran bahawa aku ni perosak harta suami tak ganggu yer....



Kaku marah kala aku pakai wira suami, kau membentak kala aku pakai merc suami, kau bengang kala aku pakai serena suami...kau ingat aku buta, tuli dan pekak???



Kaku ingat aku tak tau????



Dengan create seribu satu masalah supaya suami tumpukan pada kau dan anak2 kau semata2 kau kata tak ganggu yer?



Apa lagi?



Dengan merajuk marah2 dan tak datang ziarah/jaga berhari2 dan tinggalkan aku terkontang kanting sorang diri jaga suami stroke siang malam kat hospital tak ganggu yer?


Ada aku berpeluang gelak ketawa kalau aku call laki aku masa dia kat PD banding kau yg gelak ketawa kalau call laki kau masa dia kat rumah aku?


Sebab apa?


Sebab kau control laki kau! Sebab laki kau kecut telur kalau depan kau!


Sebab apa? Sebab tak nak kau mengamuk, merajuk dan buat bukan2


dengan sikap luar biasa kau yang sanggup letak pisau kat leher anak ancam nak bunuh anak kau selagi suami tak ceraikan aku kata tak ganggu aku yer?


Yang sanggup baling remote aircond pada kepala laki kau


Yang sanggup koyakkan surat nikah bila kehendak kau nak cerai tak dipenuhi


Kau yang sanggyup mengunci pintu tak keluar2 sampai laki penasaran takut anak kau tak menyusu kau kata tak ganggu aku?


JANGAN ingat aku dia aku tak tau sejarah hidup kau!


Kau sanggup lari dari laki duduk bawah jambatan kat temerloh tu jangan kau ingat aku tak tau...


Semua kau buat sebab kau nak laki tunduk pada kau,kan?


Cuma aku malas...aku letih dan aku tak larat nak layan orang gila macam kau!


Kalau tak kerana aku pujuk laki kau, takde pun dalam 3 kali kau lari tu dia akan mengalah pujuk kau.....TIDAK SAMA SEKALI!


dah kalau nak cerita berkajang2 pun tak habis!



Sms pertama saya dan jawapan dia


Taukan permulaan persengketaan saya bermula dari raya pertama tu.


Selepas jumaat hari raya pertama tu pak hj menonong balik...masa tu saya sedang baring dalam bilik...


Saya tak keluar bye bye pun...hati panas dan sakit sebab pujukan saya suruh balik raya kedua tak dilayan langsung


Malah malam sebelumnya saya merajuk pun langsung tak dapat perhatian, apatah lagi pujukan


Malahan dia berpaling ke dinding...macam saya tak bernilai atau tepatnya macam sampah dimata dia!


maka petang raya pertama sakit hati dan sedih hati saya tak berkurang sedikitpun


Saya berkurung dalam bilik dan saya lempiaskan sedih + rajuk saya menerusi sms


Main2 taip jer mulanya sekadar melepas perasaan sedih tapi bila dihasut syaitan, maka terus tekan 'send'


Ni ayat saya dalam sms tu, ayat pertama yang saya taip dan tak edit langsung terus jer saya send...jauh disudut hati sebenarnya mengharap dipujuk setidak2nya diberi kata2 yang boleh sejukkan dan redakan kesedihan saya....


Ayat saya ni sila baca dengan intonasi sedih dan lembut....sebab masa saya taip ni hati saya sayu dibuai rasa sedih...bukan nada ni saya taip dengan rasa marah...ni rasa orang yang jauh hati....


"Salam, macam minta sedekah nak hak, 2x jer projek sjk blk 40 hr. Entah bila nak seimbang. makin lama makin xbalance, makin senget. Buat keputusan besar pun xmesy dengan sya, dlm jemaah pandai mesy ikut sunnah. Klau rsa tinggalkan saya kat sini selesai prob, tinggalkan terus saya dgn anak saya, takdelah sya makan hati kemudian hari dan create prob lagi bsar"


Dia balas dengan segera sms saya, terkejut badak saya bila baca....pada saya nada saya walaupun keras tapi masih berhemah....memang straight to the point tapi dalam nada perli dan sindiran halus...beserta terselit unsur2 merajuk.....tapi balasan dia masyaallah


Macam gunung berapi, macam tsunami, macam puting beliung bila saya baca....langsung apa yg dia tulis tu takde dalam minda saya...tak terjangkau akal fikiran saya yang sebenarnya itu yang bermain dalam otak, jiwa dan hati dia!


Kalau anda baca ada rasa terkejut, biarkan sebab saya tuan punya yg ditujukan sms ni pun terkejut sama....


Ni sms balasan dia, nilaikanlah macamana tak remuk redam dan hancur luluh hati saya bila baca sms ni dipetang raya...


"Siapa yg buat masalah? Setiap kali nak bersama engkau selalu timbulkan masalah! Dah ada jantan lain dlm fikiran!Dah berapa kali kau mainkan aku? Masa sihat engkau main kayu 3 sekarang entah apa yg kau buat dah pandai jumpa jantan tipu laki dah jadi mainan! Mana maruah kau? Utk lepaskan kau bukan masalah besar! Pandai hina laki pd kawan dan anak2 aku siapa yg selesaikan hutang kau? Muhasabah diri apa yg aku ambil dari kau! Aku cuma kesian dng kau faham!"


Saya tak sangka dia balas dengan kasar sekali....sekasar2nya....memang dah tau trade mark dia kalau gaduh memang ayat power sungguh....tapi sebab tu petang raya kesannya sangat terasa


Apatah lagi, pada saya memang ternyata salah dia yg buat keputusan tak bincang langsung dan mesyuaratkan secara mendalam perkara berkenaan dengan saya...semuanya tiba2....


Saya tak diam diri sms tu, tindakan dia sms tu seolah2 membakar bara yang memang dah ada dalam jiwa saya....umpama bara disimbah dengan minyak tanah lagaknya....sepantas halilintar saya balas semula....kali ni takde tapis2 dan takde fikir2 nak jaga hati laki atau nak membantu pulihkan keadaan...yang saya tau saya teraniaya.....dengan prasangka bukan2 dari dia!


Wassalam

10 comments:

lynna said...

Kalau tak silap kronologi, masa ni dia dah drop the bomb nak pindah ke penang, kan? Keji betullah dia balas kat you macam tu. Tak rasa bersalah lansung terus go on the offensive.

Cool said...

tarik napas kak wa... jiji rasa terlalu bnyk sangat negative energy la dlm idop akak ni..... kena let go laa semua..yang menyesak jiwa.. start balik kak hidup akak ni...


(mcm shrink pulak den!)

Pnut said...

setuju ngan jiji...
wa ko start hidup balik la.

cari bahagia with your own way..

you go girllllll

saya jadi pom-pom girl niiii

Ummi said...

wa, you deserve to be happy :)

buatlah keputusan yang terbaik dalam hidup wa :)

start a new life dan buka buku baru :)

buku yang penuh dengan kehidupan yang bermakna dan jauh dari masalah

maaf, sebab itu akak benci poligami walaupun ianya halal, sebab yang mengamalkan poligami tidak berlaku adil, penuh dengan sengsara :(

Cool said...

kalo jiji laa kak jiji reply:

"Kalo tak ganggu takpe la.. wa anggap segala drama merajuk, kes lari sana sini yang akak selalu buat tu sampai laki terpaksa turut segala.. hanya mainan dlm hidup akak.

maybe akak lupa time tu, laki akak tu ada 2 isteri!"

WAHH BATU API!!

oren said...

tu lah lelaki..ego..takmo ngaku salah..paling2 cari alasan bini ada jantan lain lah, main kayu 3 lah..

*bengang ngan lelaki mental gini*

Maryam said...

kak wa,
saya terfikir satu perkara je... antara kak wa dan pak haji, ada batu api tak?
saya rasa dahsyat sangat reply macam tu. sangat emo.

Hanisumayyah said...

Lynna,jiji, pnut, ummi, oren, Maryam...

Thanks atas kata2 motivasi dan semangat yg diberikan. Baru rasa cam 'betul dan wajar' tindakan saya nak cerai ni satu tindakan yg tepat.

Tapi nak mengukir bahagia dan membuka lembaran buku baru tidak semudah berkata2.

Harap saya kuat dan buat masa ni sedang bina sistem sokongan.

Cuma prob family saya takde sapa pun yg tau gelodak rumahtangga saya.

Zareda Norman said...

kak zar macam setuju dengan oren. Lumrah lelaki kalau tak mahu mengaku salah sendiri senang aje tuding jari tuduh isteri curang. semua tu denial denial denial dengan kekurangan diri dia sendirilah tu

Hanisumayyah said...

Kak Zar...

Tulah, saya rasa gitu juga...