Tuesday, October 19, 2010

Hani, cerai dan nissan....

Assalamualaikum w.b.t


HANI

Baru jer lepas bergenang air mata ni.


Hani call saya dengan suara tersekat2...


Menangis sayu dan sedih sangat bunyinya


"Ami kakak tak boleh tido ami takde nak peluk"


Alahai siannya dia


Sebelumnya tu saya sms dia


Saya ucap salam dan bagitau saya sayang dia


Tak sangka sms saya menyentuh hati dia sungguh


Sampai tak boleh nak cakap


Suara tangisan jer mendominasi


sebenarnya dari ptg dah mula call dan sms


Nak mengadu katanya


"Along abiskan air lassi kakak"


Pastu macam2lah cerita dia


Tak boleh tido, ingat ami


Pastu bagitau baju busuk ami dah takde bau


Saya memang tinggalkan 2 helai baju xbasuh


Untuk dia peluk sebelum tido


Tapi dah takde bau pulak katanya


Sedih saya..tapi tak boleh cakap apa


bila saya suruh peluk makwe


Terus Hani jawab, taknak!


Kakak nak peluk ami...kakak nak peluk ami...


So sad and don't know what to do...


CERAI, INIKAH JALANNYA?


dua hari di Colmar Tropicale ni buat saya fikir


Adakah cerai jalan keluar terbaik


Kalau cerai yang terbaik, apa asas saya kata begitu?


Saya nak carik 10 alasan sebab nak cerai


Dan saya nak cari juga apa kekuatan saya


Apa kelemahan saya, apa kekuatan saya


Kalau cerai yang saya pilih


Apakah perancangan saya selepas ini?


Untuk pastikan saya dapat melalui proses ini


tanpa ada keluh kesah


Tanpa ada penyesalan


Dan yang paling buat saya rasa belah bagi


Ialah takut saya tak dapat handle keinginan saya


Keinginan apa lagi, keinginan yg satu tulah...


Adakah nanti saya terdesak...dan rasa menyesal pula?



NISSAN SENTRA


Happy...happy, dan tak sabar rasanya nak drive keter baru


Khamis atau jumaat ni dapatlah keter baru saya


No walaupun tak masuk tender, ikut turutan


Tapi okaylah jugak, WUM 673...


Okay jugak kan


Cuma pada tahap ni rasa terkilan pulak


Sebab tak ambik auto, rasa was was nak bawak manual


Tapi mgkin tu permulaan jer kot


Pasni nak beli accesories keter pulak


nak pasang tinted, nak beli GPRS...


tengoklah nanti


Harap2 kereta ni dapat mengubat hati


Dari mengingati seorang lelaki


Untuk apa lelaki kan, kalau hanya 'itu' yang dia tahu!




Wassalam

4 comments:

Cool said...

komen ini dari segi pemerhatian dan bacaan:

Bercerai -- supaya suami isteri tak tanggung dosa yang berat.. ye laa kalo masih bersama.. dengan pak hj yang berat sebelah... tanggungjawab lepas semua.. kat kak wa.. yang kak wa pulak.. makan hati je...

Point utk kekal bersama -- kalo kedua dua pihak boleh berubah kearah yanglebih baik.. tak berubah pon atleast berusaha utk berubah..

oren said...

part hani: sedihnya baca..mira yg ada adik berderet tuh pun, kalo saya ckp jek kena g kursus, mulalah susah hati..

part cerai: mmg itu yg kita fikirkan..tp dlm kes akak, kalo saya ditempat akak, dan saya jadi akak, saya pilih cerai..tu kalo saya lah yer..

part kereta: manual pun ok gak..pick-up yg kuat time nak memotong..lagipun tak yah susah hati gearbox auto nak kong..janji pakai cermat dan berhemah time nak tukar gear...

Amir Syafiqah said...

Salwa,

Part bercerai tu, setuju dgn Jiji..
Pasal kereta pulak, ok je manual cuma kalau hari-hari berdepan dgn jam lenguh gak lutut tukar gear..Kalau tak selalu tak apa..

Zareda Norman said...

kesian hani.. kena pujuk pujuk je salwa. cik ika pun sejak dah besarmeragam jugak kalau kak zar ot. hari tu dia bantai nangis masa klia. kak zar wat keras hati terus pergi tak toleh toleh dah.. :(

kerata manual ni sesak sikitlah kalau jalan jammed. selain itu semuanya ok jer..