Saturday, October 30, 2010

Persiapkan diri~ mental dan fizikal!

Assalamualaikum w.b.t


*Ini cerita 10 tahun dulu....perjalanan hidup saya penuh liku dan kenangan indah tapi memeritkan juga...., harap beri tunjuk ajar dan nasihat*


Persediaan menjadi ibu tunggal


Kalau ikutkan status janda atau ibu tunggal ni, memang berat nak di pikul


Lagi-lagi kalau ada anak yang ditanggung


Pastinya kita tak boleh berterusan melayan perasaan dan emosi yang tak tentu hala


sebab hidup perlu diteruskan


Kalau boleh hidup yang lebih baik dari sebelumnya


Begitulah saya


Pada masa ini sebolehnya saya cuba meneruskan hidup dengan cara lebih membahagiakan


Setakat ini berjaya dan menuju ke arah yang memberikan sinar baru


Saya cuba untuk mengikut rentak hidup yang berbeza dari dahulu


Dan semua kenangan dan keluh kesah yang ada dalam diri dulu tak pula ada lagi kini


Dan saya juga sedang membersihkan semua memory yang ada dalam diri


Memory yang boleh menganggu hidup saya andainya saya menjanda


antaranya memory dengan MM yang saya cerita entry sebelum ni


10 tahun dulu saya tinggalkan dia bontang macam tu jer


Memang saya ada bertemu dengan dia buat kali terakhir sebelum saya berkahwin dengan pak hj


Kami bertemu di sebuah restoran di Seremban


Masa tu saya dah kerja di Putrajaya dah


Saya turun dari Putrajaya, naik komuter jer


Dan dia dari melaka ke Seremban


Saya ingat lagi, lepas ambik saya dia bawa ke restoran RIMBA berdekatan dengan tol labu/seremban


Restoran tu milik abang MB sekarang (Mohamad Hasan), skrg dah tutup, bankrup


Masa jumpa nilah yang dia merayu2 menangis2 suh saya sabar tunggu dia


Kenapa saya hendak memilih jadi isteri kedua


Pada lelaki tua pulak tu, kerja pun tak seberapa banding janji dia pada saya....


Sedangkan masa tu dia baru 33, dan katanya isteri dia kak enon dah izinkan


Bila saya bangkitkan hal dia yang tak jaga solat, agama letak tepi dalam banyak perkara


Katanya dia boleh berubah...cuma minta saya sabar jer


Malah lebih dari itu, katanya dia akan bagi saya share dalam syarikat sdn bhd dia


Masa tu pemegang saham syarikat dia dengan kak enon jer


So, saya juga akan dapat peratus saham berkenaan. Tapi saya tolak cara elok


Sebab saya tak dapat bayangkan dalam kepala penerimaan mak ayah saya. Sure tak setuju


tapi dalam hati masih berbelah bahagi


Tak tau nak buat keputusan


Saya suka MM sebab sikap dan attitude dia yang membuat sesuatu bersungguh2


Bersungguh2 dalam bekerja


Walaupun hakikatnya tahap pendidikan SPM sahaja


Tapi dia mampu keluar dari lingkungan hidup orang kampung


Walaupun banyak orang mengata dia termasuk ahli keluarga


Dia gigih bangunkan kerjaya, tak pernah putus asa


Dia mampu ada simpanan ratus ribu dalam akaun...saya tau sebab saya juga uruskan akaun syarikat


Dan dia juga panjang akal dan melabur dalam perniagaan lain...seingat saya dia turut memberi modal kepada peniaga lain bangunkan perniagaan, dan ada satu kedai Murtabak Singapura di Taman Cempaka yang dia melabur....


Dia walaupun hanya orang kampung, tapi masih boleh bergaul dengan orang2 NTV7 di HQ..walaupun sesekali janggal juga....tapi usaha dia tu mengkagumkan saya


Dia gigih juga mencari berita pada hari2 yang macam takde berita, saya memang kagum dengan usaha dan semangat dia untuk majukan diri


Andainya saya menjadi isteri dia saya rasa memang nasib saya terbela, sebab apa yang saya tengok Kak Enon ada takde apa kurangnya


Rumahtangga sempurna, anak ada dua, bahagia


Kak enon duk rumah sahaja, tapi penampilan dengan pakaian berjenama, cantik juga orangnya


Saya tau sebab saya yang selalu temankan dia shopping malah saya yang pilihkan barang utk kak Enon


tapi ada sesuatu berlaku yang buat saya pilih tuan haji berbanding MM pada ketika itu


Apapun sebabnya biarlah saya sahaja yang simpan,


Walau macamana sekalipun saya bercerita dalam blog ini tetapi tetap ada rahsia yang saya perlu simpan seorang sahaja


Eh jap eh...tiba2 saya teringat nak google nama dia...manalah tau ada maklumat baru....


***sambung lepas google nama MM* Mengejutkan***


Dan sangat mengejutkan saya ialah kerana nama dia yang saya jumpa alahai..... rupanya dia kini mengetuai persatuan ********* Melaka, sebuah persatuan yang besar juga sesuai dengan bidang dia


Dan selain itu juga tersenarai sebagai penerima pingat pada tahun sama dengan Shah Rukh Khan terima pingat dari TYT melaka....


Saya rasa berbaloi dengan apa yang dia ada hari ni sesuai dengan usaha gigih dia sebagaimana yang saya kenal dia


Tetapi sesuatu yang memeranjatkan saya fizikalnya sungguh kurus tersangat kurus dan nampak jauh lebih tua dari usia sebenar dia dalam blog persatuan dia tu....hmmmm patutlah anak buah saya bagitau dia kurus, memang betul sangatlah kurus rupanya....



Saya berjumpa MM semula selepas 10 tahun


Ada satu malam tu tengah makan kat kedai along tercerita katanya dia ada jumpa MM do Merlimau


Sangat kurus katanya badan sekeping macam orang sakita, jauh beza dengan dia yang dahulu (10 tahun dululah kot)


Saya punmacam tertanya2 kenapalah macam tu sekali, sakitkah?


Pada masa sama juga saya terfikir nak sms dia tanya khabar....


Sebab duluuu saya tinggalkan dia macam tu jer...


Lepas dapat suami saya begitu zalim dia call pun saya tak jawab


Tiba2 saya rasa macam teringat pulak, terus saya sms yang memang no dia tak pernah padam dalam kepala saya ni


01* 6*888*7 (7 tu sebab kami kerja di NTV7) dan nombor kereta rasmi NTV7 melaka pun ada dalam kepala ni MAP 4777, nombor kereta perdana dia pun ada juga dalam kepala saya BFK **7


Macam tu sekali kenangan 10 tahun sukarnya nak diluputkan


Lepas saya sms tu tak berbalas agaknya dalam dua hari kot...


Lepas tu ntah macamana saya terima panggilan dia masa saya di pejabat


MM dapatkan nombor saya melalui orang SPRM melaka


Patutlah hari sama saya terima panggilan (tapi saya tiada di bilik) katanya ada pegawai SPRM Melaka mencari saya urusan segera katanya


Tapi rupanya MM yang cari saya, pegawai Melaka tolong cari nombor hp saya


MM kerana excited sangat nak reply sms saya terus tersalah tekan sampai terpadam mesej tu...dan no hp saya hilang jer


Tujuan dia call saya asalnya nak bertanya khabar


Khususnya tentang suami saya


Yerlah tentu dia nak tau cerita saya lepas 10 tahun kan


Bila tau suami sakit (stroke, dia terkejut)


pastu tau pulak, anak satu jer terkejut lagik, dah tu tau yang suami saya duk Penang terkejut lagi...


Punyalah dia mengucap panjang dengan istighfar sekali bila tau satu demi satu cerita saya


Sampai dia kata, apalah malang nasib kau wa...tulah dulu saya ajak kawin dengan saya taknak


Kenapalah kau dapat suami yang layan teruk macamni?


kau kan pandai berpendidikan, kenapa biar sampai 10 tahun jadik camni?


Dan macam2lah dia cakap, siap ungkit kisah kami 10 tahun dulu, pastu kutuk2 pak hj...malas saya nak ingatkan..sebab bila fikir terasa macam dia pulangkan paku buah keras dan terasa juga ada benda2 yang menjadi salah saya....


Pastu lepas beberapa kali bertukar sms, dia ajak saya jumpa bila tau saya balik setiap minggu


Tujuan saya sms asalnya tidaklah sampai hendak berjumpa semula.


Cuma hendak bertanya khabar...sebab dengar khabar dia yang sangat kurus tu


Saya pula sebagai orang yang pernah rapat dengan dia malah hampir2 terkahwin, memang rasa takde keperluan untuk berjumpa, takde apa tujuan lagi untuk berjumpa


Sesekali kami ada juga bertukar2 sms, dia sms saya sebab sebagai wartawan ada lah isu yang dia nak tanya saya....kebetulan ada kaitan dengan saya


Rabu- jumaat minggu ni kan saya ada kursus di melaka


On the way ke melaka tu saya sms MM


Saya bagitau dia kalau ada kesempatan, bolehlah berjumpa sebagai kawan lama


Kemudian kami setuju jumpa pada hari khamis malam tu


Malam tu saya tak update entry sebab saya keluar ke bandar


Kami jumpa di Banda Hilir, bukan tempat sulit pun


Jumpa sekejap jer depan Dataran Pahlawan


Saya bawak hani sekali


MM datang dengan BMW 525 sport dia


Tu sebagai lambang kejayaan dari segi fizikal dia


Kereta baru lagi....tak salah nombor dia W*M 5250..memang menggiurkan, bukan dia, keter tu!


BMW sport, dalam dia fuhhhh....saya tak masuklah cuma saya tengok dari tingkap jer...


Kami update khabar masing2 dan dia banyak certa hal kak enon yang sakit sekarang ni


Baru menjalani 4 pembedahan, yang latest kanser rahim


Dan yang paling mengejutkan dia tentang saya iaialh betapa gemuknya saya


heheheheee, pastu dia terkejut tengok anak saya dah besar, dan comel pulak


yang katanya langsung tak de rupa saya


Saya opulak terkejut tengok dia yang kurus, itupun katanya dah gemuk sikit


Lepas jumpa dalam 20 minit kot, kami masing2 bawa haluan sendiri


Saya rasa sangat lega


Sebab saya dapat pastikan yang saya takde apa2 perasaan pada dia


Malah saya pelik kenapa 10 tahun dulu saya boleh jatuh hati pada dia


Malah dia pun mungkin lepas tengok saya sebagai seorang ibu dengan anak dah besar langsung hilang daya tarikan..hahahaaa


Malah malam jumpa dia tu saya pakai jubah hitam saya yang saiznya besar....dengan selipar jepun jer....


Sebab saya memang takde niat apa...


Saya ke banda hilir sebab saya nak cari charger lappy sambil bawak Hani makan...kan dia duduk kat bilik seorang diri siangnya....saya lak ke kelas (worksyop)


Charger lappy saya kan baru beli hari tu sebelum ke Colmar tapi tertinggal kat Colmar, so kena beli baru sekali lagi


Lega sangat sebab kalau saya menjanda sekalipun, lepas ni cinta lama saya yang saya tinggalkan bontang macam tu jer untuk kahwin dengan pak hj tak mungkin akan mekar kembali


Apapun, saya pasrah dengan jodoh saya bersama pak hj...kalaupun jodoh saya dengan MM tak tentu juga saya akan bahagia


Tak tau lagi apa kerenah bermadu dengan Kak Enon pulak?


Dan bila saya tanya MM kenapa kurus sangat, rupanya tahun2 kebelakangan ni dia dikesan mempunyai Kencing manis...


Mudanya dia dah kena kencing manis....teringat saya habit dia minum teh tarik setiap kali kami makan di luar


Kekurusan dia tu membuatkan saya melihat dia jauh sangat ebzanya dengan 10 tahun dulu (macamtu juga dia tengok saya agaknya)


Dulu dia di mata saya gagah, perkasa (wah) segak, badan tinggi, dada bidang...


Sekarang, alahai.,.keciknya dia dimata saya, terus rasa pelik kenapa 10 tahun dulu saya boleh jatuh hati pada dia (mungkin dia pun fikir benda sama)


Lepas jumpa tu, saya memandu balik ke pantai Puteri dengan hati yang lega...sangat lega....sebab saya dapat clearkan seluruhnya perasaan saya yang tergantung selama ni....10 tahun dulu...


walaupun sepanjang perkahwinan saya memang boleh terus lupakan dia cuma bila dia sms dan kami bercakap telefon akhir2 ni kenangan dulu segar semula.....sebab saya dan dia sangat-sangat-sangat suka bertekak dan perli-memperli, dan benda2 ni tak berlaku dalam hubungan dengan pak hj....sebab pak hj sensitif...mana boleh bertekak (bertekak sikit pun dah lari) dengan pak hj setakat bergurau ringan2 tu bolehlah....


Oklah...nanti saya ceritakan pulak seorang lagi lelaki yang hadir dalam hidup saya....juga suami orang (yang saya juga pernah sebut dalam entry sebelum2 ni) dan lelaki inilah yang pak hj maksudkan 'jantan' dalam sms dia kepada saya....


Wassalam

No comments: