Saturday, October 16, 2010

Tolong beritahu apa saya perlu buat seterusnya!

Assalamualaikum w.b.t


Saya tau


Yang baca blog saya ni dah menyampah kot


Menyampah dengan pengakuan dan pendirian saya


Yang macam ntah hapa-hapa...tak sedar2 diri, tak serik-serik?


Tapi tetap nak tau jugakkan? Apa penghujung cerita dunia bermadu ni


Saya ni pun tak tau, apa penghujungnya,


yang saya tau, dua jer


Terus, berhenti atau buat tak tau!


Tapi nak memilih mana satu...saya buntu!


Saya bukan apa


Saya ni dah terlalu lama berada dalam lingkaran hidup begini


Sebagai analoginya


Kalau ikut teori kemiskinan


Ia dipanggil "lingkaran api kemiskinan"


Maksudnya kalau sesebuah keluarga itu dah berada dalam kemiskinan


Maka mereka akan sukar keluar dari lingkaran api tu


Kalau dah miskin macamana nak hantar anak sekolah


Kalau dapat hantar anak ke sekolah pun anak makan tak berzat tak mampu saingi kawan2 lain


Selalu miskin tu datang dengan otak yang bodoh/lembap sekali.....siap dengan rasa rendah diri lagi


Maka anak2 akan mewarisi kemiskinan mak bapak mereka...dengan mudah sekali


Dan mereka pun akan berterusan dengan kemiskinan itu dan sukar nak keluar dari lingkaran api itu


Dan mereka pula selesa begitu....tak minta dibantu...cukup kais pagi makan pagi


Haha'.....


Macam tulah saya


Saya ni dah macam duduk dalam lingkaran belenggu rumahtangga


Macam dah susah nak keluar


Macam cabaran yang ada tu pula bagi saya tak jadi hal


Macam ujian semua tu tak jadi kudis lagi


Mungkin sedih seketika lepas tu takde datang kesan mendalam dalam jiwa


Macam orang miskin tulah...lepas berdekad2 duduk dalam lingkaran api kemiskinan tu


Kita yang pandang ni kesian sangat dengan diorang


Tapi diorang boleh ajer teruskan hidup macam tu dengan kemiskinan sekeliling mereka


Macam takde usaha nak mengubah hidup..seolah2 selesa biarpun beribu orang pandang mereka menderita


Saya ni pulak orang katalah macam2 ....


Cukuplah berkorban....awak berhak bahagia


Cukuplah menderita, teruskan hidup sendiri


bagi saya pula, sudah itu takdirnya


Menderita atau bahagia sudah tertulis


Kalau itu bahagian saya, saya akui saya memang mampu hadapinya


Mereka yang kenal saya sebelum kahwin pun tak sangka yang saya melalui tempoh perkahwinan 10 tahun ini dengan seribu satu cerita sedih


Walhal mereka tahu saya berhak bahagia


Sebab kata mereka...(kawan2 masa anak dara)


Saya baik, kata mereka


kenapa saya mendapat pasangan lain pula layanannya pada saya walaupun dapat isteri yang baik


Bagi saya, semuanya dah begitu hendakNya


Saya tak mau susuah2 fikir sebab musabab


Yang saya nak tau


Apa jalan keluar yang ada


Mau saya ke pejabat agama failkan ker


Atau remain macam sekarang ni


Atau provok pak hj jatuhkan talak


Mana satu?



Wassalam

3 comments:

MA said...

Salwa - you have articulate it so well, dengan analogi yang sangat tepat. Saya rasa sebagai pembaca kami semua tidak berhak "menghukum" (judge) apalagi nak menentukan arahtuju hidup Salwa.

Kami semua kasihan sebenarnya, tapi nothing much we can do sebab keputusannya semua di tangan Salwa.


Tapi, untuk menyalahkan takdir, tidak tepat. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”

(Maksud Surah Ar-Ra’d ayat 11)

Macam Salwa cakap - orang miskin dia tak dapat keluar dari lingkungan kemiskinan dia sebab dia berkata " alaa..aku buat apa pun macam ni juga..." ; sebab dia tidak dapat melihat sesuatu perkara dari sudut yang lebih besar. Tetapi jika dia benci akan kemiskinan itu dan gigih berusaha mengubah nasibnya by not going through the same circle and cycle, dia akan menemui kejayaan.


My favourite quote is "When one door closes another door opens; but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us."


Saya faham semua gelodak emosi Salwa kerana saya pernah melalui semua itu. Perasaan was-was, takut, insecurity, low esteem, benci tapi rindu -- saya juga berharap someone yang dapat membantu membuat keputusan yang sukar itu on my behalf kerana saya tidak berkeyakinan dapat melakukan dan melaluinya. Dan keputusan itu bukan dapat dibuat dalam sekelip mata - trust me. Tapi saya tahu cuma saya saja yang dapat mengubah halatuju kehidupan saya. And I needed to be reminded why I had to leave in the first place.


Perkara yang paling utama sekali sekarang ini ialah untuk menstabilkan emosi Salwa. You don't have to make any decision right now. You need time to heal and to think things over. Toksah layan sangat sms Pak Haji itu. Slowly, remove your dependence on him untuk hal-hal lain. Kedatangan Along dalam kehidupan Salwa is a blessing in disguise, bukan? Tuhan mendengar doa Salwa dan didatangkan Along to make the shift much easier.


Apa yang Salwa lalui sekarang ini ialah "denial" stage. Itu semua perkara normal - tapi jangan ikutkan sangat. Gunakan hati dan akal yang logic. Let your head rule your heart and not your heart rule your head. Doa banyak-banyak and minta Tuhan lorongkan perkara yang terbaik untuk Salwa. Jika Pak Haji baik utk kehidupan Salwa, maka dekatkan lah dia. Tapi kalau dia tidak baik untuk kehidupan Salwa, minta dijauhkan dia.


Bukan senang nak merungkaikan perasaan yang telah bersulam sekian lama. Tapi end of the day - it is the quality of life yang kita cari bukan?


MA

Zareda Norman said...

salwa
kak zar disini hanya mampu baca dan nasihat sekadar yang kak zar mampu. kak zar tidak duduk dalam keadaan salwa, maka kak zar tak mampu merasai apa yang salwa alami.

Apa yg MA tulis tu jadikan panduan salwa kerana ma pernah alami perasaan spt yg salwa rasakan seklarang.

kak zar juga fikir eloklah salwa dapatkan nasihat kaunselor rumahtangga di pejabat kadi dan prosedur untuk langkah seterusnya.

semoga semuanya dipermudahkan buat salwa. InsyaAllah

Pnut said...

wa.. kalau saya jawab ni tak adil untuk awak kot, sebab saya dok baca dari suduh awak dan penceritaan awak sahaja... dan kemudian saya pun kenal pak haji tu tru blog ni je...

tetapi kalau sayala.. dengan sikap dan perangai dia begitu, saya sanggup hidup sendirian dari bersama dia, tu je.. saya kata kalau saya laaa.. sebab saya jenis maleh nak sakitkan hati sendiri, dan malas berpura-pura..

bak kata MA-kita sendiri kena berusaha keluar dari apa kita tak suka..

konsep kemiskinan tu, tak leh diterima pakai dalam kisah wa, sebab kekadang, orang miskin ni, lagi bahagia hidupnya dari kita. Kita je nampak mereka susah, dari dari segi kasih sayang mungkin mereka lebih kaya dari kita.

kita nampak mereka miskin tegar, tetapi nilai kasih sayang yang ada dalam diri mereka menjadikan mengejar duit ringgit itu jatuh perkara yang entah nombor berapa,

wa.. fikirlah masak-masak.. bak kata MA juga.. eheheh MA lagi.. kalau rasa dia terbaik untuk awak, dekatkan diri balik ngan dia, tetapi kalau malas dah nak bersama, mohon ALlah permudahkan semua.

kalau dia fikir soal diri awak, masa dia nak pindah penang dia bincang dulu dengan awak, dan mengambil kira perasaan awak sebagai isteri.. tapi???