Thursday, October 21, 2010

Peratusan Meningkat

Assalamualaikum w.b.t



Kalau sebelum ni peratusan ni macam turun naik


Tapi majoritinya dalam satu-satu masa ianya lebih kepada statik


Tapi lepas balik bengkel peratusan ini agak meningkat


Peratusan antara nak kekalkan rumahtangga ni dengan nak berpisah


Dalam kebanyakan masa kedudukannya 50-50


Bila bertukar2 sms dengan pak hj akhir2 ni dia jadi 60-40, lebih ke arah nak berbaik


Tapi bila duduk sorang2 dan bila baca komen2 dalam blog ni, peratusan berubah


Tapi tak banyak, dia jadi 40-60, lebih pada nak bercerai


Tapi masa kat bengkel ni peratusan jadi 30-70, rasa berkobar2 nak berpisah berlebihan


Dan-dan tu jugak rasa nak sms tanya berapa talak nak bagi!


Semuanya gara-gara bertukar-tukar pandangan dengan sorang kakak


Dia sebilik dengan saya di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi


Kakak ni sungguhpun sama kerja tapi sungguh saya tak kenal langsung


Pertama kali jumpa masa early september 1st bengkel ni


Tapi masa tu takat kenal sebab berbincang dalam satu group


Nama dia saya macam pernah dengar tapi org memang tak tau langsung


So masa 1st bengkel tu sekali pandang saya memang macam takde chemistry jer sebab dia nampak macam terasing jer


Kat tangan dia sibuk dengan novel inggeris...pantang ada masa memang baca novel jerlah...


Pastu badan balut dengan shawl jer...saya pulak sibuk dengan lappy siapkan teks ucapan KP masa tu


Habis 1st worksyop tu habislah hubungan kami


Macam korporat comm ni kedudukan pejabat unit saya ni di pejabat KP


Maka memang tak bercampur orang, hanya orang tertentu ajer yg datang sini, pengarah2 dan boss jer yg kerap lalu lalang sini


Yang lain2 tak boleh access kawasan ni..strictly utk mereka yang ada access card lah


So, kak Liza ni memang tak tau kewujudan saya di tingkat 7 ni...cuma rasanya dia kata pernahlah dengar nama saya tu.....


Alih2 sebelum nak gi course ni dia call saya dan katanya, dia dah booking dengan urusetia untuk sebilik dengan saya...


Saya on ajer...dengan sapa2 saya boleh...being me, yg dah biasa berdikari dan tak banyak songel memang saya tak pernah ambik port kalau ada course saya akan duduk dgn sapa....


Sapa pun dia saya terima...


So datang tu kak Liza dah check in...dalam pada tu ramai gak pelik dan kagum saya drive sensorang sedangkan yang lelaki pun datang berteman2....share keter


Bila dah duduk sama baru tau sapa kak liza,


Kami sama rank, tapi saya senior dua tahun rank ni...


Dia umur 39, masuk BPR masa umur 21 tahun....maksudnya dah 18 tahun kerja tu...gila lama tu!


Rupanya masih bujanglah kak Liza ni


Tapi ada pakwe suami orang...eceeehhh


Sama pengambilan tahun 1991....bercinta sejak sekian lama, tapi tak sanggup nak kawin


Selagi pakwe dia tu tak ceraikan bini, sebab dia taknak jadi no 2...hahaha gila kental kakak ni!


Lama bercinta tu...dari cerita dia macam kebergantungan antara dia dengan partner tu macam suami isteri cuma tak duduk serumah dan takde hubungan tubuh


So kami banyak frame of reference yang sama


Boleh bercerita


Hari pertama dia bercerita tentang dia jer serta orang2 sekeliling dia


Saya mendengar jer...cuma banyak nasihat dia suh dia kawin jer...


Sekali dia tunjuk pakwe dia (di HQ ni juga) aduuuh saya tak kenal juga.....


Tapi bila malam2 dia lak interrogate saya..tau2 jerlah SPRM ni semua UO..nak menyiasat jer kerjanya


Sekali member terkejut tau saya 2nd wife...and tak nak panjang cerita saya tanya pandangan dia kalau menjanda dalam SPRM ni setelah saya cerita duduk perkara status saya


Luckily dia sangat sokong bahkan siap bagi motivasi lagi


Dia bahagia walaupun tak kawin...


Dah beli rumah di Puchong, pakai Honda CRV lagi....


kenapa katanya saya tak beri peluang diri untuk bahagia?



Wassalam

4 comments:

oren said...

dulu, kawan blog pernah nasihatkan saya..sebarang keputusan yg kita amik, takkan melibatkan sesapa..maksud saya, kitalah yg akan menanggung sebab dan akibat..

dan tak salah kalo akak nak carik kawan untuk menyokong dan memberi semangat andai perceraian jadi pilihan..support group mmg penting..

kami (readers) takleh buat keputusan utk akak, sbb yg nak menanggung adalah diri akak..timbangkan pro and cons dengan baik, tanpa emosi yg berlebih, dengan akal yg waras..lepas tu solat dan doa mohon ditetapkan hati dengan keputusan yg akak buat..

take care..

Ummi said...

ummi setuju dengan apa yang oren cakap, especially the last part :)

Maryam said...

saya pun setuju apa kak oren cakap. semuanya ada pro and cons. dan tak boleh nak tolak, semua manusia ada limit.

orang yang tak ada limit tu, memang dia peringkat jiwa yang tenang; yang negatif berlaku pada dia macam angin lalu je.

bila kak wa dah berazam (nekad dan putuskan), bertawakkal (serahkan bulat-bulat) lah dengan Pencipta. :)

He knows the best for you.

Pnut said...

buat istikarah wa, pastu tetapkan keputusan...

kalau berbaik semula, harap bahagia selamanya..
tapi kalau makn hati juga, simpati dari saya...

betul kata akak tu, kenapa kita nak pilih derita sedangkan kita boleh pilih bahagia...

adik no.2 saya dulu bertahun hidup sengsara dengan laki dia macam kak salmah kakak wa la.. anak sampai 3, merana...

akhir atas nasihat ahli keluarga berpisahlah meraka...

selepas berpisah barulah dia rasa bahagia hidup tanpa lelaki durjana, dapat berbakti kepada emak, dapat kerja cari duit sendiri (sbl ni tak kerja) kalau sebelum ni asyik makan hati dengan perangai laki sendiri je..

dia kata kalau dia tau rasa bahagia hidup tanpa jantan tu, lama dah dia bercerai