Sunday, December 21, 2008

Allah masih sayang Pt 2

Allah masih sayang saya Part 2


Assalamualaikum w.b.t

Sungguh sedih yang datang bukan dibuat-buat. Maka selepas solat isyak dan membuai Hani Soffiyyah sambil saya mengalirkan air mata, terus saya buat keputusan yang saya perlu juga balik malam itu.



Saya tak bagitau suami mahupun kak aza, saya buat keputusan sendiri-sendiri. kak Aza pun kenal sangat dengan saya, kalau saya nak balik malam macamana pun saya balik, subuh pun kalau nak saya tetap balik juga. Itulah saya!



Maka terus saya kemas pakaian saya dan hani dan dalam jam 9.15 kami dah berada dalam kereta. Meluncurnya kembara saya meninggalkan rumah kak aza, menambahkan lagi sebak dan saya menangis semahu-mahunya sepanjang perjalanan hingga Hani pun terkesan sama dan menangis sebab alasannya dia sedih tengok saya sedih...anak yang sangat memahami...



Mulanya kesedihan saya kerana rasa malu dan rindu tetapi kemudiannya saya rasa saya tambah sayu sebab mesej saya pada petang tadinya tak berbalas. Sedih sangat sebab rasanya seperti tak dipedulikan, itu andaian saya yang singkat.



Bila masuk lebuhraya jer terus saya call suami sebab saya taknak tangguhkan untuk minta izin dia untuk balik rumah saya. Bila dengar suara dia jer, esak tangis saya bertambah menjadi-jadi. Memandangkan keadaan yang tak sesuai maka suami kata minta call dia semula.



Sebelum balik kami singgah di 7-11 sebab nak beli roti, masuk kereta semula saya tengok ada missed call dari ayah. Agaknya dia pun tak sabar nak tau apa yang menyebabkan saya 'lari' balik ke rumah...


Sampai rumah saya called semula dan dengan esak tangis sungguh-sungguh saya mohon maaf dari suami, atas kesalahan dan sikap acuh tak acuh saya terhadao dia akhir2 ini dan semuanya atas rasa sedar bahawa syurga di bawah tapak kaki suami dan sebagai isteri redha suami yang paling penting.


"Dosa dengan abang takper abang boleh maafkan mohonlah ampun dan taubatlah dengan Allah kalau ada dosa-dosa yang lain" itu kata-kata suami yang saya masih ingat.


Rasa semalam jugak nak peluk2 suami dan nak urut2 kaki dia. betul2 rasa rindu mengalahkan pengantin baru layaknya. Rasa rindu yang bukan ke arah keghairahan tapi yang manisnya rasa rindu kerana ada rasa syukur yang saya masih ada suami yang masih tak putus2 mendidik saya dan sabar dengan bermacam kerenah saya.



Saya kan kalau pergi rumah kak aza dan dengar dia cerita2 tentang 'abang' [suami], memang saya rasa patut sangat suami saya ceraikan saya, jauh sangat beza layanan saya dengan layanan dia. Dan saya masih kelam dan kelabu atas faktor apakah agaknya suami masih ingin menyimpan saya sebagai isteri [selain faktor anak]!


Memang bahagia itu tak boleh dijual beli. Sungguh usaha macamana pun kalau bahagia tidak ada, memang tak boleh direka2.



Macam saya. saya tahu dan saya sedar bahagai suami saya bila saya jaga iman dan amal. Jaga solat di awal waktu, tutp aurat dengan sempurna, kalau mampu dia nak saya duduk antara 4 dinding....didik anak ikut sunah dan hidup sederhana....itu ajer yang dia nak, tak susah mana, bukan dia nak saya kurus, cantik, berpakaian lawa, kulit ceraj ker apa..takde, semua yang sedia ada pada saya tak pernah dia perlekehkan walaupun saya jauh buruk dan tak lawa dari segi rupa banding kak aza...


Tapi sungguhlah payah saya nak buat semua tu....walaupun itulah yang saya nampak keinginan suami saya sedari dulu. Bahagia sungguh wajahnya kalau melihat saya menutup aurat penuh kalau berjalan dengan dia, dan lagi2 kalau saya dengan hani solat sama2 dan kemudian baca hadis2 dan ayat quran tentang fadhilat amal....senang sangat kalau saya nak ambik hati dia...


Tapi itulah saya, sebab hasutan syaitan yang mencucuk saya mengikut nafsu, maka jiwa saya menolak dan memberontak, saya tak suka nak tunjuk depan dia apa yang dia suka saya buat tu, saya taknak buat semata2 sebab suami, biar saya buat betul2 kerana Allah... memang dangkal fikiran saya, agama ini buka boleh pilih suka suka, memang hukum kena paksa, paksa diri buat amal, lama2 baru datang ikhlas....itu ceritanya, yang saya tahu tapi sengaja saya buat2 alpa...


Selalu saya kata saya nak bercerai tapi sungguh hati saya takut nak lepaskan suami sebab apa yang saya nak dari dia selain keperluan batin adalah kerana imannya. duit bila2 boleh carik....Saya sayang nak lepaskan suami yang kalau telefon saya akan tanya saya dah solat ke belum, apa amal hari ni, persoalkan saya yang tidak menutup aurat yang penuh, sentiasa cakap2 pasal kebesaran Allah dengan anak dan saya.


Saya ini bolehlah dianggap sebagai orang yang cintakan agama tetapi asyik terpesona dengan nikmat dunia, dan tenggelam dalam dunia kerja dan alfa dengan kemewahan yang diberi Allah [kemewahan dan nikmat duania dalah ujian dari allah juga, kalau lalai maka gagallah kita], suami saya adalah pemangkin untuk saya meningkatkan iman dan amal....takde jalan singkat lain melainkan melalui suami...iman dan amal saya kadang2 drop dengan teruk, kadang2 meningkat..kalau tiada suami yang charge pada siapa agi nak diharap?


Sungguh kalau kita sendiri mampukah kita untuk collect sebanyak pahala berbanding dengan adanya suami? Memang kenyataan saya ni agak melampau tapi itulah hakikatnya, melainkanlah kita setaraf dengan Rabiatul Adawiyah, wali Allah yang seluruh hidupnya dengan berzikir dan berbuat amal...


Melihat kesabaran dan ketelitian kak aza dalam berkhidmat untuk suami, membekalkan ubat setiap malam, semasa jemaah lelaki datang makan dibalik tabir buat saya rasa jauh sangat khidmat saya dengan suami....melihat dia yang boleh memabaca fikiran suami dan bercerita tentang kegemaran suami yang sungguh saya pun tidak tahu selama ini buat saya rasa tambah sayu. melihat tanggungjawan dia yang banyak dengan anak kecik 4 orang, dan mak yang tak sihat untuk dijaga juga, saya melihat jauh sangat kesabaran da berbanding saya...


Sungguh saya tidak boleh menyatakan dan menyalahkan suami seratus peratus atas masalah rumahtanga kami, rumahtangga yang kurang amal dan iman memang akan kurang berkat dan Allah tak akan turunkan sakinah dalama rumah itu. Itulah yang berlaku dalam rumahtangga saya.


Pagi ini saya call suami, masih dengan perasaan rindu sebab seharusnya dia datang hari ini, tetapi rupanya dia terbaring di surau kerana pening dan muntah2. Terbayang saya simtom yang sama semasa serangan stroke kali pertama. Terus saya call akak aza meklumkan dia, dan dia kata dia akan pergi ke surau menjenguk abang... syukurlah... masih ada saya peluang untuk berkhidmat dengan suami


Saya syukur bahawa masih ada sayang antara saya dan suami. Melihat, mendengar dan bersama dengan suami dengan rasa kasih dan sayang kerana Allah jauh sangat manisnya jika kita melaksanakan semata-mata kerana memenuhi tanggungjawab semata-mata sebagai isteri.

Terasa kehambaran kalau dalam hubungan suami isteri yang iman dan amal tidak diletak sebagai keutamaan. Setakat meneruskan kehidupan, sampai masa kita bercuti, ada duit kita berbelanja besar dan makan besar, bila nafsu gelora kita buat hubungan seks. Jika menjadi dapatlah anak, dan sama2 besarkan anak...meneruskan hidup dengan kehidupan dikelilingi anak2, kerjaya dan persekitaran yang sama...semacam takde pilihanmaka kehidupan diteruskan...banyak rumahtangga yang begini....


Saya merasa kedua-duanya. Saya merasa bezanya. Saya rasa nikmatnya. Tambah2 bila berpoligami, Allah tambahkan nikmat kasih sayang dan tautan hati menjadi tambah erat bilamana kita rasa kita menekan nafsu untuk berjumpa dan berkasih sayang dengan suami demi korban kepada madu kita...juga berpisah kerana membuat usaha dakwah macam nabi buat...


Walaupun sakit kerana terpisah awalnya, tapi bila kita tekan nafsu, maka nikmat kemanisan itu Allah beri bila Allah tambah kasih sayang antara suami isteri. Nikmat itu yang saya rasa, asbab bermadu dan asbab berpisah kerana suami keluar di jalan Allah.


Selepas maghrib tadi, suami call saya dan berbeza sungguh nadanya bertanya kan saya, sungguh memberi kesan mendalam dalam roh dan jiwa saya, semuanya kerana kasih dia bertambah apda saya agaknya bila mendengar dan melihat perubahan saya.


Insyaallah 25 dis ini saya akan keluar di jalan Allah untuk 3 hari, demi membaiki diri dan hubungan dengan allah. Doa saya moga rasa ini kekal, dan semasa menulis ini masih bersisa lagi rasa rindu itu dan perlahan-lahan air mata saya mengalir.


Saya harap rasa ini bukan untuk sementara, biar ia kekal selama-lamanya, sampai hujung nyawa, bukan kerana nafsu semata-mata tetapi kerana redha Allah. Doakan saya. Bukankah syurga itu yang manjadi matlamat kita semua?

No comments: