Friday, December 12, 2008

Jul 08

Khamis, Julai 31, 2008
Berdua lebih baik~~~!!!
Assalamualaikum w.b.t.

kalau sorang2 takkan makan durian anak gadis saya ni, kalau berdua sama Zubair..makanler jugak seulas...janji makan,kan?


Nonton pun berdua...jangan kacau kami sedang pacaran ya! kedai kopi nampaklarrr....


Mari Zubair 'la' [hani bahasakan diri dia] ajar zubair main ni...zubair blur tu...gigit baju!


yang best malam tido berdua, luas2 katil super king size ni pun dia nak melekat berdua jugak!

close up....

Memang berdua lebih baik...yer tak...kalau suami dikongsi berdua ..macamana, lebih baik,kan? Nilah manisnya poligami...Kak Aza diberi rehat...zubair dibawa ke rumah saya semalam...tau2 jerlah ragam budak nak beradik...so dapatler ummie layan badan....ammie dan ayah pun rest jugak sebab hani ada kawan takde kacau ayah+ammie...bagus,kan???
Oh ya...bulan 9 ini saya bakal mendapat anak tiri baru baby perempuan, kak aza dah scan kelmarin..."bagi kat saya jerlah kak!" <-- ohhh kalau bolehlah saya kata begitu...sebab kak aza bincang2 dengan suaminya 'ketidakjangkaan dia dan ketidakbegitusukaan' berita kandungannya baby girl! kata pak hj susah mendidik dan ketelitian dalam mendidik anak perempuan buat dia rasa berat nak besarkan anak perempuan...<-- betul jugak tu!
Maka...akan genaplah 4 lelaki dan 4 perempuan anak suamiku dari 3 isteri...waaahhh...hebat..hebat...kak aza lead sekarang...empayarnya bakal menambah lagi seorang... syabas suamiku...sedang aku masih setia dengan satu!!!
Posted by Hijrah1429 at 7/31/2008 05:40:00 PM 5 cetusan rasa
Labels: anak tiri, hani, madu
Kerahan tenaga
Assalamualaikum...


Balik dari minum pagi dan ke pasar tu, terus simpan dalam peti ais dan saya kemas2 depan lagi..mood semalam terbawa2 sampai ke hari ni, mula2 kemas pokok2 yang mati [sebab kan saya biarkan ajer sebelum ni..kononnya sibuk bebeno ler...teruk betul!] dah lah pokok sedia ada tu dah mati, tumbuh lak pokok betik tu pun terbiar macam dah nak mati jer...mak saya pesan berapa kali suh saya alihkan...ntah sempat ntah tidak...esok kot saya cabut tanam semula atas tanah...





Yang daun2 mati tu dikemaskan, disiram, sebelum ni lagi derita pokok2 ni mujur mak saya datang dia bela dan belai balik...kira yang nak mati2 tu bersinarlah harapan bernafas kembali...tu yang ala2 baru nak tumbuh tuu walhal baru mati hidup semula!






Lepas tu dengan penuh semangat belek balik mesin rumput ni, lama benar tersimpan dalam plastik hitam dok bawah buai hani kat belakang..takut rosak takleh guna dah...




Close up..ginilah rupanya. Ringan jer...kira budak kecil kalau cukup tinggi dan kuat boleh handle mesin ni. Tapi dia kena sambung kat soket elektrik, takde bateri, wayar kena panjanglah...hani dok kat dalam jadik mangsa on/off suis...sebab 'trigger' kat pemegang dia tak berfungsi pulak dah...jenuh menjerit kat hani [mesin ni agak bising juga]....




Hasilnya...sejuk mata memandang tanah sekangkang kera ni walaupun lenguh dan ketar tangan terasa sehingga jam2 pertama lepas selesai merumput ni...sengal pulak tu urat2 saya, memang manja sangat urat ni lama tak kerja berat!



Takdelah jauh beza sangat sebelum mesin sebab rumput belum tinggi sangat...yg berbeza tuuuu,....dengan laman sebelah tu penuh pokok2...bahagian saya langsung takde pokok!



Maknya macam buruh bangladesh potong rumput, anak gadis lak syok-syok mengadapa pc main games ya!!! Biasa dia ni....sempat snap masa ambik kemera kat dalam..[semua kat pc tu dia pandai buka sendiri sekarang]




Panggil ajak keluar tolong ammie ..lain lak kerja nya..main air...wahal pokok tu semua dah siram dah...marah pun dia buat tak tau jer....


Kiranya ni usaha berjimat, kalau tak buang RM 50.00 sekali mesin...minggu depan mesin lagi!
Posted by Hijrah1429 at 7/31/2008 02:30:00 PM 5 cetusan rasa
Labels: hani, rumah
Kenapa sekolah tutup???
Asslamualaikum w.b.t

Macam biasa jam 8 keluar rumah hantar hani...muka yang pagi2 asyik moody...


sampai jer sekolah..eh..napa lak ni? Kenapa macam dilanggar garuda lak ni? Sorangpun takde, pagar siap letak rabtai besi pulak. Punyalah heran dan terkejut sampai tak teringat nak ambil gambar!


Apalagi...
1. Call guru kelas dia~Cikgu Yani <-- tak jawab
2. Call satu lagi guru ~ cikgu Idda <-- pun tak jawab
3. Call pejabat sekolah <-- tek berangkat jugak!


PELIK!!!


Tanya Hani, "ntah kakak pun tak tau"
Buat andaian:
1. hari ni ada lawatan luar hani lupa nak cakap<-- tak mungkin pulak...sebab mesti cikgu tulis dlm buku pesanan ataupun mesti hani dah heboh cerita
2. Ada sesiapa meninggal yg berkaitan dengan sekolah mungkin diorang pergi ziarah...<-- pun tak mungkin susah nak kawal bebudak tu
3. Cikgu nak sabatoj saya dua beranak <-- ada program apa2 ker..pertandingan melukis ker menyanyi ker kami terlambat so kena tinggal!


Puas tanya Hani, last2 baru dia teringat...sambil menjerit kesukaan.."cikgu cakap hari ni cutilah..."


Ya Allah...saya pun baru teringat isnin hari tu coursemate ada cakap N9 dan Kedah cuti rabu ni israk mikraj...saya yg lupa <--- yerlah dah tak kerja lagipun KL kerja,kan?


Terus saya call ayah sebab jam 11 lebih gitu nak ke kuliah. hani nak campak mana,kan? Mujur juga kelas pagi ni semalam lecturer tu batalkan. Kalau tak mesti jam 7 saya sampai sekolah dengan hani yang dah bersiap, pastu tak tau nak letak hani kat mana!


Call ayah tp Hani syakira menjawab lak....kemudian cakap dengan ummie [kak aza] katanya abg disurau hp tertinggal. Panjang lak boraknya, rupanya uda dengan kakak pun dah bersiap nak ke sekolah sebelum tu ke kedai beli kuih...makcik tu bagitau cuti rupanya. Tulah kak aza dan anak2 tengah lepak2...sama jer bini2 suami saya dua2 ketinggalan...






Sudahnya...bawaklah anak gadis ni ke 7-11, ni tempat kesukaan dia tak taulah apa yg berkenan sgt dr dulu lagi...lagi2 lepas tahun lps dia tau kedai ni tak pernah tutup...lagi dia suka! Boleh nangis kalau tak dapat masuk..walhal bukan beli apa pun...[yg dia berkenan banyak kat bahagian mainan dan stationary tu tapi kalau ammie kata 'no' dia takkan beli!]


Lepas tu lepak kat kedai biasa [kalau ayah ada pagi mesti sarapan sini dulu sebelum ke sekolah]..hani makan apam + roti canai...e'e e'eh suker ehh tak sekolah?




Lepas tu gi pasar basah beli lauk utk projek esok, saya nak ajak kawan pejabat makan tengahari kat rumah. Beli ikan patin nak masak tempoyak, udang nak buat sambal dan kobis digoreng gitu jer...Hani taknak balik tau! Nak jalan lagi...kejap2 tanya dah pukul dua ker? [dia dengar saya cakap dengan akak aza kelas jam 2..tulah konon2 tanya nak ikutler tuuu]




p/s : tengok hani beli sendiri suara keadilan tuu..dia gi kat rak paper, terus ambil tunjuk kat ammie..ni org yg ammie suka tu...[anwar ibrahim] yang kat dalam tv malam tu...kisahnya malam tu saya melompat2 [sesikit jerlah] masa tengok debat tuuu bila kelakar dan bila dengar jawapan dan kupasan2 tu yerlah ter excited sgt...tu yg hani sibuk dok tanya apa tu..apa ni....malam tu mengulas dengan hani jer...penat nak terang kat dia saya melompat2 sebab jawapan isu minyak tuuu...lastly cakap jer ammie suka dia...prihatin tu siap suh saya beli paper tu..yerlah nak oiii...dia msuk2 keter terus baca tajuk tu...
Posted by Hijrah1429 at 7/31/2008 12:00:00 PM 0 cetusan rasa
Labels: hani
Kemaruk
Assalamualaikum w.b.t




Akhir2 ini saya dilanda kemaruk...tau tak apa tu kemaruk? Kemaruk ni macam kita suka sesuatu tu secara melampau dan berlaku tiba2...selalunya berlaku pada org baru baik dari sakit...kemaruk boleh meliputi perbuatan/perlakuan atau melibatkan obses pada sesuatu makanan...[terjemahan sendiri, ytk lebih tepat boleh cek kamus yer]






1. MILO


Selama ni bagi duit pun saya tak minum milo ni. kalau milo dalam kotak saya minum pun itu bukan pilihan utama. tapi lepas baik demam hari tu, dan masa mak ada di rumah awal bulan hari tu, mak ada beli milo. Lepas baik demam tulah saya tiba2 suka milo [mula2 mak paksa minum utk segar sikit] sejak tulah kalau boleh hari2 nak milo! Tu kat atas tu mug paling besar saya ada saya buat penuh2..kadang tengah memasak, bangun tido, tengah tido datang keinginan nak milo ni...habit ni sama masa saya dalam pantang hani. Dapat milo satu tumbler tu macam dapat emas segunung sukanya. Lepas pantang terus lupa kat milo! ni kali kedua lah saya suka milo kembali...pack yang mak beli dah habis baru jer beli milo pack paling besar ...melampau...!!!~~~~



2. DURIAN

Kan hari ahad hari tu saya dah melantak durian D24 sebiji sorang2 jer? Boleh pulak keinginan tu datang lagi...nak sesangat makan durian lagi...sampai masa drive kat l/raya nak ke kelas lalu sebelah lori ni...terbayang kot2lah jatuh sebiji dua....sedapnya...








Tup-tup hari ni allah tunaikan hajat saya melalui anak tiri ni. Kan allah dah kata rezeki tu akan datang dari jurusan yang tak disangka2...alhamdulillah zubair datang rumah ammie...sebab nak pujuk zubair yg nangis nak ikut ayah ke masjid ayah belilah...dapat durian 2 biji sorang satu dengan zubair...kakak yang sedang memaksa diri makan seulas durian sebab zubair ada..tu jerlah seulas pun makan gitu2 jer..tak bersih pun! Zubair? Mak oiii sama banyak dia makan dengan ammie...sungguh ku tak sangka kita sekepala, Zubair!





Lepas tu kakak pergi kat taman mainan simple depan rumah ni..bawa diri sebab ammie + zubair menikmati durian dan dia tak tau nak buat apa? kasi canlah baru kali ke 2 dibenarkan pergi sini lepas 2 tahun pindah sini! Haru!

Posted by Hijrah1429 at 7/31/2008 09:00:00 AM 0 cetusan rasa
Labels: anak tiri, makan, tentang saya
Rabu, Julai 30, 2008
like father like daughter?


Assalamualaikum w.b.t




malam 28 Julai




Pagi 30 julai


Nampak tak merah-merah atas mata hani tu, bukan jerawat tu tapi macam bisul kecil-kecil baru nak tumbuh. Sebenarnya sekarang dah ada 4 bisul2 kecil tu sekitar atas mata dan kening Hani. Asyik mengadu sakit bila saya belek2 ini jawapannya.


4 hari lepas ayah mengadu benda sama, ada bisul kecil di lutut..katanya suusah dan sakit nak bersujud. Yang pelik setiap kali ayah ada bisul kecil ni paling tidak Hani pun mesti kena tempiasnya. Tapi ayah bahagian anggota badan, hani pulak mesti di bahagian muka. Dulu ayah kena dibetis, Hani plak kena di dahi...sama jer besarnya.




Adakah bisul ni faktor genetik, apa hubungannya dengan persekitaran, adakah jangkitan ini berlaku. Kalau berlaku bagaimana. Kenapa boleh serentak kenanya? Dulu arwah abah kena ada gak cucunya seorang terkena tempiasnya... kalau abah ada bisul cucu yang satu tu pun tak terlepas terkena bisul.


P/s : hani sekarang dah menyampah nak layan ammie asyik sikit2 nak ambil gambar..."ammie ni kenapa ni..asyik nak ambil gambar jer...boring kakaklah..."
update 31/7/08 : ada dua lagi bisul kecil tepi hidung lak! cuti lagi sek hari ni....
Posted by Hijrah1429 at 7/30/2008 08:30:00 PM 0 cetusan rasa
Labels: ayah, hani, sakit
Dari joging jadi housekeeping
Assalamualaikum w.b.t...

Masa saya pergi bayar yuran hani kat pejabat tu pengurus [pemilik] sekolahnya tu ada. Borak2 lah jugak, dah orang bertanya takkan nak diam jer,kan. Tambah2 pulak saya ni memang jenis banyak cakap,kan? Lagipun saya tak pergi lawatan ke zoo Melaka pertengahan bulan ni jadik tak sempatlah berkenal2 dengan pengurus sekolah hani ni. Kat situ jer dah ambil masa lebih setengah jam!!!

Masa ni memang saya dah pakai t-shirt dan tarck, kasut joging memang dan ada dalam kereta, tengok2 stokin plak tinggal kat atas sofa. Terpaksalah balik kononnya nak ambil stokinlah...

Bila balik tu, ternampaklak banyak daun2 kering bawah pokok mangga ni, saya ni minat bakar sampah ni, terus mabil pengais tak amsuk rumah lagi, kais sampah dan kebetulan mancis dan lilin mmg ada say sorok celah2 pasu tu terus saya membakar jerlah...





Puas hati tengok bersih sikit bawah pokok ni, banyak sungguih siput babi kat sini tau! Lama saya tak belek luar rumah saya ni...dulu masa ada si Dewi dia rajinlah, saya malas duk luar rumah ni, terutama kalau Hani ada sekali.



Lama dah perasan mangga kecil2 ni berputik tapi pandang gitu2 jer, masa nak keluar dan masuk porch. saya bukan penggemar benda2 masam ni. Tapi sambil2 bakar sampah tu belek2 banyaklah pulak buahnya, kalau buat jeruk buah sedap juga ni,kan? Tengoklah hujung minggu ni...sebab banyak juga yg gugur, sayang kalau tak dipetik. Lagipun buahnya tidaklah selebat macam mula2 saya pindah sini dulu, yerlah saya tak pernah cantas dahan2nya..sapalah yg nak buat,kan?
Syok sungguh bakar sampah...joging ntah kemana? lepas tu menjangkit pulak hasrat nak mesin rumput. tapi pikir2 semula, jap lagi nak ke kelas di Jalan Duta, takut penat sangat nanti, so saya masuk dalam [cerita joging dah luput terus dah dari ingatan masa ni!] syok buat kerja takde anak gadis ganggu dan membontot...saya pungut dan kumpul botol2 palstik sabun dan tin2 susu hani sebab mak pesan suh bawak balik kampung dia nak jual kat pembeli besi buruk. Saya ni kan sentimentol sikit...semua benda sayang nak buang takut2 ada kegunaannya...[sebenarnya ni plastik hitam besar ni...dapat penuh plastik tu]



hari tu kan saya ada cakap pasal jiran belakang rumah ni, dekat sangat dengan dapur saya, nilah belakang rumah dia yg bertentang dengan belakang rumah saya...tu dua tingkap tu, jenis gelap, dia nampak kita ... kita tak nampak dia [malam2 saya nampaklah tapi siang dengar riuh suara jerlah, kalau buka tingkap nampaklah...] belakang tingkap rumah ni tu ada meja makan dan satu lagi sinki dan dapur...




Ni dari dapur saya...nak buka pintu senang2 hati sambil masak/basuh pinggan pun tak senang tau! ada jer mata memerhati...tu yg saya tanam pokok tu depan tingkap dia lambat plak besarnya...




P/s : lama sungguh ambil masa menaip ni sebab ada pak haji kat sebelah bagi bayan kat saya...katanya kalau bagi masa mengadap pc ni diconvert kepada buat amal....besar ganjarannya...bla bla...katanya lagi..."...yang laki dok membebel pun jadik macamni, yang laki tak membebel macamana? tapi dia bukan marah..dia nasihat jer...yer bang..yer...esok malam jumaat nanti kita buat amal yer...saya jawab tu...mata pandang pc...kejap2 pandang dia senyum lagik...
Posted by Hijrah1429 at 7/30/2008 12:00:00 PM 6 cetusan rasa
Labels: jiran, rumah
Hani pagi ini...
Assalamualaikum w.b.t


Semalam kelas sebelah petang 2-5 ptg. Ada masa sebelah pagilah kalau nak buat apa2. Sudah ada dalam kepala perancangan nak berjoging sebagai cara nak segarkan badan dan hilangkan mengantuk dalam kelas.


Saya ni asyiklah kena perli dengan coursemate, ASP Chow [nama samaran]...diraba2nya muscle saya katanya muscle saya macam ayam bandar...lembik, takde otot langsung..cuba u rasa muscle saya ni...


Memang muscle dia keras gila. Terkejut saya. Saya raba plak otot2 dibetis dia...waaah lagi keras, macam batu jer. Hah...tulah u, saya ni atlit polis tau! Rupa2nya baruler saya tau dia ni atlit MSSM, Sukma, adalah jugak beberapa kali keluar negeri wakil Malaysia.Acara yang dia masuk adalah acara balapan dan baling membaling ni....patutpun body fit.


Dia ni ada baby kecik menyusu badan, tapi hari2 jam 6.30 dah keluar rumah joging tau..HARI-HARI yer...dan dia pun suruh saya joging jugak! Mesti badan u segar nanti...



Saya pun apa lagi, semalam bangun terus mandi, kejut hani, siap2kan pakaian dia dengan hasrat hantar dia cepat2 ke sekolah terus gi tasik konon nak joging ler atas nasihat dia lah tu.


Tapi anak gadis semalam mood tak elok bangun pagi tu, mata mengantuk. Malamnya tak lancar tidur sebab dapat batuk2 kuat tengah malam sampai muntah2, macam ada kahak yg banyak plak. Walhal bukannya selsema pun. Dalam jam 3 pagi macam tu terpaksa bagi dia ubat batuk [yang lama2 dalam peti ais] dan tukar baju semua. Ada gak dekat 2 jam gosok2 minyak dan dada dia...baru ler dia dapat tido semula...



Dahlah kejut dia ambik masa cukup lama, berapa kali pusing tak tauler [tapi tak bangun2 jgk], sekali panggil pusing sini, dua kali goyang pusing sana balik.





Cadang nak hantar 7.30 tapi sampai jam 7.45 dia takmo bangun2. Dah bangun nak pujuk2 pakai baju, buat tocang tu pun dah ambil masa...lepas pakai baju sentap lagi...dia cakap dia mengantuk...takmo ikat tocang...tu yg dia duk bawah tu...kalau duk bawah celah tu macamana nak buat tocang dua...kan ker susah? Tu semua nak suh ammie hangin ler tuu...dia kalau sentap suka duk celah2 mana...


Lama dia lepak2 kat bawah ni, terpaksalah ammie bertinggung situ ikut gak kehendak dia sebab nak cepat bejoging...


Punya semangat nak pergi joging rupanya lupa lak ammie nak buatkan susu...dah pakai baju dia merengek2 nak susu...ambik masa dengan menyusu lagi...tu pun sentap lagi sebab takmo menyusu pakai baju sekolah.."kakak rimas', tu yg baju terangkat kat perut tu...terpaksalah pujuk ambil towel balut botol sebab dia takut susu terkena kat baju....sudahnya dekat2 8.30 baru dapat keluar rumah...asyik nak sentap + rajuk jer kerjanya...





Menyusu ni pun ambil masa...tengok stim jer tu, tangan kiri mesti gentel2 rambut... sib baik tocang dah siap masa ni!


Hantar Hani, pastu terpaksa lak ke pejabat [tak sama dengan sekolah] untuk bayar yuran hani bulan ni...ingatkan bulan ni bayar RM330 rupanya saya tersalah faham...kena gak RM380...kira bulan ni first bayar kurang sikit, 3 bulan pertama kena bayar RM 510...pokailah rasanya..dahlah berulang KL 3 hari seminggu ni buat poket jadik kering....pinggang jadik sakit..aduhaaaaiii...setahun setengah lak tu...


u/P ; semalam anak sedara kat Uitm S.Alam sms offer nak pasangkan Hidrofuel RM30 jer kat keter saya, ok ker nak pasang ni?
Posted by Hijrah1429 at 7/30/2008 06:30:00 AM 0 cetusan rasa
Labels: hani, kawan2
Selasa, Julai 29, 2008
Kembali ke kelas!!!~~~~aduuuuhhhh...
Assalamualaikum w.b.t...

Bila tak kerja ni, rasa sungguh bebas dan merdeka. Seminggu kelas 12 jam jer [12 kredit hours/ 4 paper]. Selebihnya surirumah ler....memangler ni yang saya nak dari dulu,kan? Kononnyalah nak jadik sirurumah sepenuh masa...tapi rupanya tak merdeka jugak!.....akhir2 ni asyiklah kena sound dengan ayah...pantang rumah sepah ker, lambat masak ker, baju berlonggok ker, tengok tv ker....cepat jer pulang paku buah keras...


katanya..."dulu yerlah sibuk kerja, skang dah dok umah pun takkan sibuk jugak lagi?"


Masa nilah nak menjawab terkulat2, nak kata sibuk...tak kerja, nak kata penat...dok sesaja jer kat rumah...sudahnya senyum kelat jerlah...dah tu ayah tak puas hati jawapan ammie ayah sola siasat hani pulak...


"kakak, cakap dengan ayah..ammie buat apa kat umah...."
~kakak belah ammie..dia pandang ammie, ammie kenyit mata sikit dia pun senyum jerlah kat ayah...


Bila ayah gertak sikit, "kalau kakak cakap tipu nanti Allah tak suka"
Mulalah kakak berubah hati...satu2 ayah tanya dia jawab...terbongkarlah rahsia ammie...


~ammie tidur jerlah...[bangun lambat pun report kat ayah]

~ammie mengadap pc lah...saya buka blog pun dia dah pandai report tau!

~ammie tak masak pun dia nak ngadu [kadang saya masak lambat ..alah tinggal berdua jer pun...makanler roti2 ker biskut ker duluuu...]


Tapikan..lepas dah start kelas secara serius ni sebab dah masuk minggu ke 3, matrik kad pun dah dapat [masuk library jer tak lagi] saya pun mulalah sibuk2 dengan buku, dengan laptop semua...sajer letak2 buat pameran kat depan tu biar ayah nampak cam sibuk sikit...takdelah dia dok perli2 duk umah takde buat apa...


Ayah tengok pun cam kesian jer...siap suh beli meja belajar sebab saya dok bersila jer dan letak laptop atas dulang/meja makan mini ayah [masa ayah mula sakit dulu nak makan pakai meja ni]...tak macam orang serius nak study pun, kan?


Baru beli satu dua buku, xerox satu dua buku, walhalnya satu paper 5/6 buku...aiyooo fulusnya nggak ada...lagipun beli awal2 banyak2 buku pun bacanya tak tentu lagi...bukak 4/5 mukasurat dah mengantuk + boring jer...kalau buka magazine tu fuuuh dari kulit ke kulit khusyuk jer...siap hafal lagi...







3 paper semester ni sebelah petang yer ...harap maklum...mencabar sungguhlah, rasa cam nak letak batang mancis kat mata ni..punyalah rasa macam nak tertutup jer...punyalah beli macam2 kat bawah ni buat umpan ..siap kena perli dengan coursemate katanya ni bekal sampai habis semester ker ni? Umpan ni tak jalan juga...






Tengok ni...gula macam2 jenis...lagi makan lagi mengantuklak... membazir tul!







Asam ni punyalah manis..makan satu jer dah rasa melekat manisnya kat tekak....tak sukerlah... mau tahan sampai abis semester kalau sekali kelas makan satu jer....heheheeee






Ingatkan kulit limau masam2 manis..rupanya lebih manis dari masamnya...pun tak jalan jugak...kenalah carik alternatif lain....almaklum ler dah tua-tua ni nak belajar balik....dah 10 tahun tinggalkan dewan kuliah, dah lupa dah 'mood' dan 'pendekatan' nak mengadap kuliah 3 jam ni...
Apapun..belajar lebih best dari bekerja....[almaklumler belajar ni dapat gaji jugak...kalau tak dapek gaji, seribu kali lebih baik bekerja lah pulak....tak hingin den belajar der...]
Posted by Hijrah1429 at 7/29/2008 04:00:00 PM 3 cetusan rasa
Labels: kuliah
Misi yang gagal~~~!!!
Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni jam 2 saya ada kelas jadik masa nak ke keluar tol dari seremban ke UKM Bangi kat depan saya tu ada kereta kancil biru NAJ.....[saya siap hafal nombor ia lagik...boleh tulis ker ni? tak pasal2 kena saman lak nanti] masa kat tol tu punyalah berani kereta ni dia boleh jalan jer tak berhenti untuk ambil tiket....sapa lagi yang berani buat camnikan kalau bukan pemandunya "LELAKI"?


Budak tol tu masa saya berhenti ambil tiket tu sempat sumpah seranah pemandu tu...lepas tu dia cepat2 tengok dan tulis nombor pletnya. Yang saya plak sibuk dok tanya [walhal sendiri pun pernah buat] ..."dik..nanti macamana dia nak keluar tu dik?" Adik tu muka masam jer...dia pun jawab [bila pandang saya di senyum lah sikit] ..."biar dia kena penalti masa nak keluar nanti kak..."




Saya pun terpikir lah nak kejar dan follow keter kancil ni..nak menyiasat masa dia keluar nanti..apa dia nak buat. Saya agaklah mesti dia nak pecut cepat2 dan dia mesti dah standby belakang mana-mana kereta yang nak bayar tuuuu...




Lama saya follow keter ni dan untuk tak nampak ketara sangat saya dok membontot dia jer..kejap2 saya potong dia...tu saya masih gigih ambik gambar keter tu kat belakang keter saya.... misi saya satu jer...nak ikut sampai tol sungai besi....saya pun terus kejar dan kejar...tapi dia pun maintain jer bawak 100km/hour...tiba2 alamak baru saya teringat hari ni saya tak keluar tol sungai besi...keluar bangi jerlaaaaahhh...





Maka ni jerlah saya mampu buat...zoom sikit nombor dia tapi takleh lah bagi nampak kan? Sepanjang jalan dia ni merokok jer tau...kejap2 keluarkan tangan buang abu rokok...jangan dia cam nombor kereta saya sudah sebab agak-agaknya dia mesti tau sebab saya dok ada jer belakang dia dari tol lagi...
Bila tengok kes ni saya teringat saya pun pernah buat gak...masa keluar tol kajang lebih kurang 2005 dulu, budak tol tu suh keter saya jalan depan utk bayar kat kaunter tol yg dibuka [sekiranya banyak pengguna l/raya kan dia buat double kaunter tol utk lancarkan traffic] tapi sebab nak kejar masa saya jalan terus...takde masa dah nak berhenti2 ni...masa tu saya kena gi HQ [putrajaya] brief kes kat boss kira urgent kes lah tu...daripada kena marah ngan boss biarlah saya buat jahat sikit...
Tu kali pertama, sekali lagi masa saya parking kat parking bertingkat kat Parkson grand seremban, dia jenis yang bayar masuk syiling kat mesin tu, kan ker kita kena bayar guna syiling? Masa ni entah macamana boleh lupa, langsung takde syiling masa tu dah dekat2 turn saya dah, kalau takde syiling kan ker palang dia takmo ternaik? Sudah...camana saya ni? nak patah balik tak boleh dah sebab banyak sungguh kereta que belakang saya.
masa ni saya takde fikir lain dah...daripada menyusahkan orang nak reverse keter sebab saya tak jadik keluar, baik saya ke depan jer...sebelum tu saya dah buat kiraan masa dah berapa lama palang dia ternaik, saya agak2 lepas tak dua buah kereta...keputusannya memang ngam-ngamlah dua keter boleh keluar...
Bila keter depan gerak jer...saya stand by kat pedal minyak dah, kira saya mengekor rapatlah keter depan...ternaik jer palang tu cepat jer saya memecut...legaaa lepas satu hazabbb...korang berani tak buat ni??? kalau takde keberanian dan skill pemanduan tahap F1 ni mau tengah2 tu tersekat palang buat malu jer..salah2 gaya pecah pulak cermin depan kereta...so baik jangan cuba...sangat merbahaya bagi pemandu2 amaturrr...
Posted by Hijrah1429 at 7/29/2008 12:00:00 PM 3 cetusan rasa
Labels: Semasa
Hari mendobi
Assalamualaikum w.b.t...

Hari rabu dan sabtu adalah hari mendobi saya. Selain hari tu, sorryler malas nak ke belakang rumah tu. Bukannya apa, pattern rumah saya ni berkongsi pagar dengan rumah belakang, takde jalan, hanya pintu pagar masuk depan jer utk keluar masuk, di belakang ni hari2 pemandangannya tak lain tak bukan mengadap dapur rumah belakang saya ni yang sentiasa meriah dari pagi hinggalah ke dinihari...jam satu atau dua pagi...suara borak kadang boleh dengar sampai ke ruang tamu rumah saya....sangat2 riuh dan seakan bermesyuarat pemilihan parti gayanya!!!!


Bila senyapnya? tak pernah senyapnya dari zaman saya bekerja dulu...sebab masa tu ke pejabat tak tauler saya,kan? Cuma lepas cuti belajar ni baruler saya aman sikit nak duduk belakang buat2 kerja sebelah pagi...sebab sunyi sepi jer ... semua dah pergi kerja kot?




Jadik, hari rabu sebelah malam saya mendobi, sebab baju sekolah hani ada dua pasang jer, kira hari rabu abis stok [isnin pakai pakaian sukan] dan kebetulah pak haji ke markaz mesyuarat malam rabu tu so sambil2 masak sambil mendobilah...masa ni saya buat kerja mendobi ni dalam suram2 cahaya lampu dapur jiran belakang tulah sebab masa ni memang tengah happening...sekeluarga dok makan kat dapur, ada yang mendobi, mengemas pinggan mangkuk, yang menjamu selera memang tak putus2....


Hari sabtu dan ahad sebelah pagi pun senyap kejap...pergi joging kot...masuk jam 10 start happening semula...[sila bayangkan sessi makan2 dalam drama cina yg dulu2 main sebelah petang tuuu]...masa senyap tulah saya akan mendobi...jadik seminggu dua kali mestilah banyakkan sebab yg sabtu tu double triple sebab masuk cuci comforter sekali....saya ni tak hantar ke dobi...yg mana leh buat sendiri saya buat jerlah...

Ni hasil mendobi sabtu lepas, semalam baru lipatnya, pun tak habis lagi tuuu...boringkan kerja lipat-melipat ni....sangatlah membosankan!


Yang bawah ni malam tadi baru angkat diampaian....dah start kelas kira ni tangguh jerlah lipat melipat ni dulu....asalkan sebelum ayah balik hari rabu tu katil dia ni clear sudahlah~~~ada budak nak interframe tuuu....





Budak tu suh masukkan gambar sekeping lagi...kalau tolong lipat takperlah...ni tolong menyepah lagi ada...ntah bilalah anak gadis ni boleh tolong ammie buat kerja???


Posted by Hijrah1429 at 7/29/2008 08:00:00 AM 3 cetusan rasa
Isnin, Julai 28, 2008
Usaha tangga kejayaan [+doa]~~~!!!
Assalamualaikum w.b.t


Lama dah beli benda2 ni tapi saya ni malas nak ambil ubat2 ni~~~saya kurang yakin dengan benda2 ni tapi terbeli jugak tuuuu~~~beli ni masa sebelum gaduh dengan pak haji dulu yang dia tak balik dekat2 sebulan tu... konon2nya tak naklah menunggu begitu jer, asyik dok iklan Set Kehamilan Biodex kat TV jer kan....??? Lama2 terpengaruh gak....manalah tauuu kotler ada rezeki, dan ubat2 ni jadik asbab...tak salah mencuba,kan?


Tapi lepas gaduh tu pak haji ada keluar 40 hari, makan pun tak guna...baru2 ni pun ada lagi keluar 40 hari...sudahnya saya rasa membazir gak makan benda2 ni kalau 'target' takde di sisikan?


Jadik, baruler sekarang datang kesedaran membazir jer benda ni kalau biar macam tu,kan? Tadi keluarkanlah semula benda ni nak mula balik makan [sebab pak haji dah ada, dan harapnya sehingga raya takdelah kemana-mana orang tua tuuuu]...dengan doa moga2 ada harapan untuk mendapat sesuatu yang bermakna....amiiin...


Ni madu katanya....banyak khasiatnya, rasa dia pun boleh tahan gak, banding dengan madu asli dari Yaman yg katanya terbaik di dunia tu...




Ni paling tak sedap, berserbuk kena letak bawah lidah sebelum tido...eeeiiii terasa2 macam makan jamu mentah masa pantang pun ada...


ni campur air...pun tak sedap, bagi orang macam saya yang tak minum 3 in 1 ni memangler mencabar makan benda2 bersusu dan tak tentu rasa macam ni...





Yang ni ubat 'khas', dah 3 bulan dapat lepas order...lepas tu tak dapat green light dari pak haji sebab was was halal atau tidak, so simpan jerlah, baru ni jer dapat 'search' dan confirm halal...baru jer nak start makan...besar2 sangat ubat dia...[luna...ni ubat yang akak citer masa YM dulu yang Luna tergelak2 dan tak sangka ada ubat ni...rahsia eh...maluler]





P/s : Ni saja berkongsi mana tau ada yg nak mencuba SKB ni kotler saya makan berhasillah pulak lepas ni bolehler nasihat kat kawan2...takde niat apa2, kalau ada pun ubat2 ni sebagai ni asbab jer...yang penting doa, yer dak? Rezeki semua Allah tentukan...
Posted by Hijrah1429 at 7/28/2008 11:40:00 PM 2 cetusan rasa
Labels: ubat
Mari membaca...
Assalamualaikum w.b.t



Balik dari pasar tani semalam, kan saya singgah beli majalah kat tepi jalan depan stadium tu jer. Majalah Impiana dan anjung seri bulan ni dah beli dah...sajer singgah nak beli paper sebab malas nak baca kat internet sebab mesti berebut dengan ayah dan Hani...tapi ambil juga majalah2 ni, Annur dan Anis tu kena ada sebab tu majalah yang dah dapat kelulusan ayah [ada unsur2 keislaman sket,kan], majalah2 lain kalau beli mau kena sound...


Balik tu, tak menyempat masing2 terus jer capai bahan bacaan masing2 dan terus mengadap dan membaca. Hani terus ambik buku Shin Chan...yerlah selama ni tak pernah berpeluang beli buku2 kartun tu, kalau beli pun harus saya belikan majalah kanak-kanak macam Kawan, sayang dll. Dapat Shin Chan ni terus dia meniarap dan membaca, khusyuk walaupun merangkak2 sebab ayat dalam komik ni tulisannya halus dan terjemahannya hampeh..kelakar kalau baca kejap2 hani datang tanya..tak faham!






Ayah plak terus ambik paper. Yang dimabilnya paper suara keadilan, pastu baru baca wasilah, akhir sekali baru baca berita harian. Wah...bagus kan anak dengan ayah ni minat membaca, tercapai hasrat kerajaan mahukan rakyatnya rajin membaca. Ammie pulak buat apa?



Ammie? Ammie pulak terus mengadap durian. Wahh best...nikmat.. sungguh sedap pagi2 dapat makan durian [Allah bagi durian ini sangat sedap dan nikmat,kan?]....beli sebiji jer... ammie sorang jer hadap...anak dengan bapak bau durian pun nak muntah!





Okay...suka saya nak masukkan clip video hani membaca, tengah2 kemas cadar bilik ayah ni dia mengacau naik atas katil...akhir2 ni memang ada jer sebuah dua buku dia bawa ke depan ke dapur kejap2 berhenti membaca..yerlah tengah mood suka membaca sebulan dua ni....kamera pulak ada kat sini, saya tekan jerlah..buat memory...sorrylah kedai kopi hani terbuka, tak rancang nak ambik videonya tu pasal rambut mengerbang dan aurat terbuka...

P/s: lagu kat singing box tu stopkan yer kalau nak dengar clip video ni, tu testing jer, nanti2 carik lagu sesuai, tapi dua lagu tu memang kegemaran dari dulu2..bestkan?


Posted by Hijrah1429 at 7/28/2008 08:50:00 AM 4 cetusan rasa
Labels: ayah, hani
Ahad, Julai 27, 2008
Cerita hari minggu
Assalamualaikum w.b.t




Semalam sehari suntuk kami dua beranak berkurung jer sepanjang hari siang dan malam dalam rumah. Pening kepala wooo sebab tinggal berdua jer. Tapi malas dan lagi takmo membazir duit kita berkurung jerlah hani yer...lagipun malam tadi dah keluarkan?



Tapi menjelang petang hani dah merayu2 dan akhirnya memekik2 menangis nak ajak keluar jalan2. Tapi saya seperti biasa tegas dengan pendirian saya, hani takkan menang punyerlah kali ni. Saya kali ni tetap maintain nak duk umah..malam nanti baruler cadang nak keluar makan...


Lama2 dia pun berhenti menangis sebab kat TV ada cerita bawang putih bawang merah...kira penyelamat jugaklah citer tu. Buatkan susu sebotol tambah2lah dia suker hati dan-dan tu baruler berakap dengan saya.


Macam biasa ayah balik malam lepas mesyuarat, kononnya nak ajak makan roti nan kat mamak. Rupanya tengah2 ajar Hani mengaji ayah dah ketuk2 pintu. Dah sampai lak. Tau jerlah kan kalau nak ajak ayah keluar makan, harus kami bersiap dulu, dia sampai jer kami masuki keter.


Tapi semalam dia dah termasuk dalam rumah, tak merasalah nak keluar. Ayah kan susah nak jalan-keluar masuk kereta-keluar masuk rumah..so kalau dah masuk rumah nak jalan balik ke kereta tu jangan haraplah..ayah dah penat!


Saya terus goreng ikan, makanler kami dua beranak sambal dengan ikan goreng sambil tengok citer mencari Qaseh ker apa tu...pasal salin tikar yer..tak abis tengok sebab ayah dah panggil2...


Pagi ni pagi2 dah cakap kat ayah nak ke pasar tani dan saya nak makan nasik lemak kat sadium tu, hani plak dah lama teringin nak makan soto nasi kat situ..petang2 balik sekolah selalu ajak makan situ walhal situ buka pagi jer...


Malangnya sampai jer keter penuh sangat, pada saya okey jer..pada ayah tu kira kronik tu...sebab dia drive memang payahlah nak masuk parking semua, kan ker balancing mata dan anggota ayah dah 'lari' payah kalau nak parking dan nak menyelit ni dia susah nak agak..yerlah stroke sebelah badan merangkumi deria pandang dan deria 'mengagaknya' ..


Tiap2 bulan ayah ada jer stok ubat baru sebagai supplement utk dia, kalau tak makan apa2 mesti lembik jer [badan dia lah macam letih jer...] tapi kalau makan macam2 pun, ada kesan sampingan jugak, yang anggota kena stroke tu memangler lembik yang lain pulak terkesan dok nak mengeras jer...bahaya jugak tu...dah terlampau banyak suplement! Ni ubat baru beli weekend ni...
Ni ubat dari K Link beli sabtu malam ~ Klorofil...pantang ada yg offer pak haji kena cara jer mesti dia beli...baiknya tak tentu lagi...beli dua lak tu yerlah dua bini~!!!


Yang ni coffe Goji, yang ni masa pagi sabtu tu balik daeri Kuala Pilah saya ajak singgah kilang perabot konon nak tempah rak buku, lain pulak jadiknya, tukang kayu tu rupanya ajen jual Goji ni...Taufiq Tay ni convert..baik orangnya..mana tau lepas2 ni kotlah dapat diskaun kalau tempah rak buku dan kitchen kabinet?



Yang ni teh goji pulak....kopi dengan teh ni saya bahagi sorang separuh, pak haji bawak balik PD satu kotak separuh teh separuh kopi...kan dua rumah?
Selesai makan, tak putus asa saya ajak sekali lagi ayah ke pasar tani stadium tu, mujur juga ayah nak tapi dia tunggu dalam keter jerlah. Saya cadang nak masak tenggiri masak kari, tapi takde ikan tu, beli bawal hitam jer dua ekor. Sempat gak beli sebijik durian...RM6.00 sedap giler saya jer akan sorang, anak dengan bapaknya memang tak makan durian ni...dari dulu lagi...lain2 takde beli apa, singgah beli majalah dgn paper jer.



Saya bawak kamera tapi sungguhlah tebal rasa malu saya nak ambil2 gambar ni...tak taulah camana blogger lain sungguhlah berani dan tebal muka ambik gambar yer...so gambar ada lah sikit2 tapi datang malas nak upload plak. satu kerja nak copy dari memeory card ke pc ...kalau hani takde ni bolehler kot..kalau dia ada panas punggung dia kalau saya mengadap pc..ayah pun asyik jeling jer kalau lama 2 dok depan pc ni...

Sekarang baru saya tau betapa gigihnya blogger yang rajin2 update blog + masukkan gambar...sungguh penatlah nak tunggu gambar2 ni...nak susun2 cerita plak...


Posted by Hijrah1429 at 7/27/2008 01:50:00 PM 2 cetusan rasa
Labels: ayah, jalan2
Sabtu, Julai 26, 2008
Macamana nak berjimat ni...
Malam tadi Hani memujuk2 saya ajak keluar, saya malas nak keluar [baca: takmo buang duit ke benda bukan2] tapi akhirnya tewas jugak, sakit telinga nak dengar dia merayu + merengek2 tu.

Buat masa ni keperluan yg nak dibeli hanyalah barang dapur dan susu Hani, benda2 tu saya cadang nak beli di Family store dekat rumah ni jer sebab memang jauh murah dari shopping complex. Tapi Hani takmau ke situ, nak ke shopping complex besar2. So paling dekat selain Giant adalah The Store.

Cadangnya pusing2 jer dan nak ke Guardian sebab nak beli lotion + bath shower. Itu ajer. Tapi dah pusing2 macam2lah yang terbeli. Geram jer. Macamana nak berjimat ni?

Pergi guardian dari nak beli dua benda tu, terbeli jugak benda2 lain tu. Pencuci muka organik aid dan pelembap dia tu memang dari belajar di u saya dah pakai [muka saya tak susah jaga, asalkan takde masalah saya ok jer] Yang lain2 tu untuk makluman semua hani yang ambil...

Yang kat bawah ni dalam pusing2 tu ternampak lah cushion cover patch work ni, saya ni kan memang minat patch work ni, mana boleh pandang jer. Belilah jugak 4, satu harganya RM 16.90 tapi tengok situ diskaun jadik Rm 12.90. Sebab dah minat terbang lebih RM50 tu rasa senang ati jer...tapi bila pasang kat sofa ni nampaknya macam tak sesuai lah pulak...nampaknya kena letak kat atas katil buat peluk2 lagi sesuailah...





Ni barang2 penjagaan diri yg beli kat farmasi tu..RM 96.00 rupanya...tiba2 masa bayar rasa macam nak letak balik pulak benda2 ni...yang barang2 utk rambut kat bahagian depan tu beli kat hot market. Biasalah anak gadis tu kena ada jer stok perkakas rambut dia. Getah kena beli setiap bulan. Banyak mana beli pun lesap jugak...cekak tu ntah yang ke berapa tak tau...pakai kejap jer tu pastu boringlah...nampak sikit jer kan barang2 rambut dia tu, RM 55 jugak tu sekali lagi macamana nak berjimat ni? Tu pun sebab ada kad ahli hot market ni dapat diskaun RM 5.00.





Kesimpulan keluar kejap jer dah langsai RM 200.00,kan? Macamana nak berjimat ni? pastu kami singgah makan kat Alees Tomyam, Hani makan beehoon sup dan minum milo ais dan saya makan kuew teow tom yam dengan sirap limau. Kena RM 12.00. Macamana nak berjimat ni...makan simple pun boleh tahan gakkan kosnya...






Lagi menambahkan pembaziran sebab apa2 khazanah dan rencah dalam beehoon sup tu dia tak makan, tu yang asingkan dalam pinggan lain tu...membazir lagik...saya plak dah penuh perutnya...so sekali lagi..macamana nak berjimat ni.




Kesimppulan : Kuatkan semangat dan tambahkan daya ketahanan diri anda dari terpengaruh dengan ajakan anak2 anda kerana akhirnya anda akan melabur sejumlah wang yang kalau disimpan alangkah bagusnya. Gitulah kan..kalau paksa hani bawak ke Family store ajer dah lepas beli susu, sabun, stok makanan ~ macam biskut, roti, teh, susu dll. Nyesal pun tak guna...ntah apa2lah kan...eh kalau isi minyak RM 200 tu dapat 3 hari ulang alik kelas tuuu...
Posted by Hijrah1429 at 7/26/2008 12:29:00 PM 0 cetusan rasa
Labels: shopping
Jumaat, Julai 25, 2008
Masa berkepit & lepas geram yg panjang
Assalamualaikum w.b.t

Semalam dan hari ni banyak benda berlaku dan banyak tempat kami pergi. Semuanya dekat2 jerlah. Semalam pagi lepas kami sarapan dan hantar Hani ke sekolah, pak haji tetiba ajak gi pejabat lama dia kat Kuala Pilah, nak ambil dokumen2 dia yg tinggal macamtu jer lepas dia dibersarakan kerana hilang upaya ni....saya kata jomlah kita pergi terus takyah balik umah dulu.

Kira ni 2nd time dia gi pejabat dia lepas 2 tahun kena stroke ni. Dulu pergi gitu jer, kali ni naik sampai 4th floor, kira masuk bilik dia dululah. Kawan2 semua dah tunggu dah kat lobby. Saya menganto jer, sebab pak haji tak yakin nak bawak keter sebelah tangan kat Bukit Putus tu...memang bahaya sebab banyak sangat lori besar2!

Lepas pak hj dah jumpa office mate dia dan dah gelak sakan yerlah lama diorang tak jumpa penyelia dia yg senang kowtim ni. Pak haji dok komen diorang 'pening' dengan penyelia baru yg ganti pak hj....rasakan!

balik tu, kami lepak2 jer kat rumah, saya masak2 [pun lambat sangat lepas dah kena sound banyak kali baru ler jengah dapur] bayangkanler masa masak ni sama dengan masa tayangan "anakku bukan anakku' siap cilok2 buat kerja depan tv [bilik belakang] sambil tengok citer tu ... sadis sungguh citer tu tau!

Petang, jam 5.30 kami berdua ambil hani dengan cadangan nak ke Giant beli barang dapur tapi saya rasa bawa pak hj tak sesuai dan lagi masa pun tak cukup sebab pak hj nak kejar ke surau utk maghrib lagi nanti.

Akhirnya, pergi gaklah ke Senawang sebab ada keperluan lain yg memang dah ada dalam senarai nak utk di beli. Walaupun asalnya hajat pak hj nak ke Oakland, tapi saya malas nak jalan jauh2 Senawang ada kita bantai yang dekat jerlah. Kat Oakland ni ada kedai komputer ada diskaun kat dalam City Explorer yg dia letak dalam post box rumah tetiap bulan tu...

Sampai dekat2 maghrib baru balik. Singgah drive thru McD sebab nak sangat minum chocolate shake + belikan Hani bubur [malas nak masak utk dia malamnya]. lagipun pak haji nak makan roti nan malam nanti.

Dari cadang nak beli ink utk printer dan nak survey digital dictionary, macam2 lak terbeli. Bukan saya tapi pak haji yg beli, dia kalau sampai kedai gadget2 komputer ni macam2 idealah datang.

Yang ni pak haji beli sebab nak upgrade memory dalam laptop dia [katanya] tapi tengok2 bawak balik pd rasanya nak upgrade pc lama kat pd kot...sebab asalnya saya nak laptop [senang nak buat tesis angkut sana sini] dia nak PC bawa balik p.d saya kata nanti Hani kacau, biar dia guna PC...sudahnya pak hj mengalah .... yey!!!!





Ni saya punya, memory card 2 gig..ntah apa2lah, nak besar memory kononnya nak banyak gambar sampai 500, video sampai 100 apa nak buat tak taulah....siap kena perli2 dengan pak haji...amboi gambar apa nak ambik banyak nak masuk dalam blog ker...??? memory card sedia ada 1 gig tu tak tau nak buat apa?




Paling murah....ink printer yang dah lama tak dibeli.... selama ni hari2 dok kat pejabat takde masalah nak print semua, ni takkan buat kerja sendiri nak print gi pejabat lak....




Balik rumah baru saya tau pak haji beli ipod ni...dalam hati kata, apa benda suami saya nak buat ni, takkan nak download lagu...atau nak dengar radio...rupa2nya nak download quran dalam ni....balik2 terus dia suh saya chargekan... malam tu saya dengan hani dah tido dia dok download quran dari internet...taktau siap pukul berapa...






Ni pun pak haji punya lepas dia terangkan gitu2 kat saya, saya pun setuju bayar...supaya tak berebut dengan Hani sebab masing2 nak online [sebenarnya pak haji ada kepentingan disitu...] jadik bolehler online guna internet serentak guna pc dan laptop...takdelah berebut 3 beranak masing2 nak online...yerlah zaman ict ni kan...





Saya ikutkan ajer, yang utk kegunaan saya, saya bayar utk dia dia yg bayar...tengok2 ratus pulak kena bayar...sampai2 kat umah rasa terlebih2 plak perbelanjaan kami suami isteri [pak hj bayar ipod ajer....] Haiiii membazir plak pikir ada yg tak urgent pun...pi beli gak...sedangkan baju raya patut dah boleh belikan untuk dihantar tempahan.

saya dok baca blog orang baruler terperasan dah masanya beli baju raya tapi cam biasa, saya baju2 raya ni beli siap ajer..senang, takat nak pakai raya pertama selai jer...tu pun banyak dok kat dapur menghidang apa hal nak pakai lawa2 dan mahal2...tapi bila tgk org beli baju2 raya ni teruja juga nak ke Gulati's [kat melaka dah buka gulatis,kan?] nak gak beli sutera bagai...tapi tuler tak minat lah pulak pakai mahal2 ni..sebab baju2 ni remeh nak jaga dia...oh bukan saya orangnya nak memebli baju tu semua....tak larat nak dry cleaning sumer tu.

lagipun setahun setengah ni akan kurang memakai baju kurung sebab banyak pakai seluar ke kuliah. Baik kita tunggu setahun setengah lagi baru beli kain ela atau baju kurung, bila masuk office semula kenalah baju kurungkan? Ehh itupun kalau uniform dah mula pakai bye byelah baju kurung....
Oh ya, hari ni pagi2 lagi kami 3 beranak ke Mahkamah Syariah sebab pak haji ada bicara harta sepencarian dengan bekas 1st wife dia. Macam2lah yg berlaku, teruk gak pak haji kena cross, in chief okaylah lagi tapi masa cross tu tak sanggup nak tengoklah [pak haji agak emosional sebab banyak kenangan sadis dlm perkahwinan dan poligami terdahulu].

Siap masa jawab2 tu kat dalam kandang tertuduh/saksi tu tongkat pak haji berkali2 terjatuh kesiannya saya tengok dia terbongkok2 dengan nak menjawab sibuk nak betul2kan tongkat lagik. Lama2 saya keluar jer lagipun hani yg dipaksa duduk kat luar dah nak mula mengamuk dan buat hal. Lama2 saya bawak ke kedai makan..pun dia masa ni dah kronik dah [nanti citer kat blog dia.]

Lama gak baru selesai kes pak haji ni, tu pun tangguh sebab pihak plaintif ada saksi baru nak dikemuka. saya tak sempat pulak nak bertentang mata dengan kak nani nak salam2 ker...sebab saya kononnya nak bawak hani hari ni [siap ponteng lagi sekolah] semata2 nak tunjuk kat kak Nani kebahagian pak haji. Biar dia rasa, dia dok bawak kes ni dari tahun 2000 sampai la ni...dari gempal dah jadik kurus walhal bekas lakinya dah ada kehidupan baru...dia masih dok tuntut benda2 bukan2 yg takde [sebahagiannyalah].

Saya geram kat kak nani ni pasal bicara yg lepas saya ada datang jugak, dia siap sound saya lagik kat luar court katanya, "salwa, ko jangan masuk campur hal keluarga kitaorang!". Walhal saya bukan ada buat apapun, takat bincang dengan lawyer suami saya [saya yang carikkan suami lawyer ni pun] dan bawak suami ke court saya masuk campur apekebendanya?]

Masa ni dia ada dengan anak tiri bongsu tu yg pompuan nama Iza, 22 tahun tu masa tu iza baru lepas bagi keterangan, memang giler babi punya keterangan dia belasah ayah dia habis- habisan [fakta dan keterangan semua bias pada mak dia sedangkan dia pun saya tau blur pasal benda dia ckp tu tp sebab dah ada skrip lajuler]

Saya lepas kena sedas dengan kak nani tu tak kalah saya jawab balik, "apa pulak masuk campur kak, saya ni bawak suami saya jer...akak tak nampak ke tu, kalau apa2 berlaku sapa yang susah,kan saya ni isteri dia?"

Lepas saya sound macam tu, kak nani nak jawab tapi iza kat sebalah dia dah tahan2 mak dia jangan jawab dia kata 'dahlah mak, sudah2lah tu....'. Saya tak puas hati lagik, saya bagi lak sedas kat iza [sampai hati ko buat ayah ko macam ni dulu masa mak ayah ko bercerai mati2 ko nak ikut ayah sampai mak ko buat laporan polis kat ayah ko kata ko dilarikan walhal ayah ko buat semua demi anak kesayangan dia ni] saya kata kat iza, "za, ayah tuu, pergilah salam..." dia boleh buat muka sengal jer tak berganjak sikit pun, Yerlah malulah anak kesayangan yg tiap kali jumpa, ayah cium dahi dia tiba2 bantai ayah sendiri dalam court macam dia plak kena cerai masa dia bagi keterangan tu...emosional sungguh!

Tulah pasal, kali ni ingat iza datang jugak, tu yg saya bawak hani sebab kalu saya masuk bolehler iza tolong jagakan adik dia ni [hani baik sangat dgn iza ni... lantaklah air dicincang takkan putus dgn mak tiri ni lainler].

Malam tadi iza sms ayah dia, sejak kes bagi keterangan tu mana dia ada datang rumah saya, call pun tak jawab, tiba2 lak sms ayah. Walhal saya dah banyak kali tanya ayah nak gak tau berapa dia dapat spm..jadik ker nak ke Jordon...tapi respond ayah sangatlah kejam! Dia angkat bahu dan kata, malas nak ambik tau lantak dialah...walhal dia call anak yang sulung along tapi iza dia takmo tau dah...

Along baru2 ni ada call ayah lepas ayah balik keluar 40 hari dia saja tanya khabar, dia juga bagitau dia dah habis belajar CGPA dia 3.65 [mak aii terperanjat saya] dia ambil diploma akaunting kat UIA. Kan dia berhenti sekolah darjah 5, pastu terus masuk madarasah. Jadik hafiz sambung 'alim pulak dah umur 23 tahun baru ler ambik SPM, terus dapat bagus. Sambil2 belajar tu dia bawak teksi sampailer sekarang sebagai sara hidup dia. Dapat score pulak tu..hebat along ni! Harap2 Hani pun cerdiklah macam along dia ni.

Angah tak tau cerita. Ayah malas gak nak call. Tu pun satu hal..bukan reti nak call ayah nak ziarah ker..sama jer ngan Iza....mana tak orang tua tu sedih dan merajuk....masa susah pandai carik ayah...

Yang iza ni sms sebab nak salinan KP dan tandatangan ayah sebab nak mohon PTPTN. Tau pun sms ayah, ada kepentingan baru ler carik ayah. walhal ayah dah uruskan beli motor [kak aza punya motor dulu] bukannya takde transport, rumah saya pun dekat jer rumah dia tapi degil dan ego langsung tak ziarah ayah yang tak sihat ni...dia nak dapat adik lagi pun dia tak tau kot...mesti dia bengang kalau dapat tau nak dapat adik lagi..kalau pompuan jugak lagilah dia bengang tuuu.... salam sms tu katanya nak datang rumah masa ayah ada...siaplah dia datang nanti mak tiri dia ni basuh dia...biar dia tau apa ayah dia rasa...
Posted by Hijrah1429 at 7/25/2008 02:46:00 PM 2 cetusan rasa
Labels: anak tiri, baju, komputer
Khamis, Julai 24, 2008
Jom tengok cubaan pertama
Assalamualaikum w.b.t



Ni gambar Hani bersama anak kambing boer pak haji yang baru lahir bulan 5 lepas. Masa ni Hani ikut ayah ke PD. Hani tu pakai baju kakak dia tu...dengarlah dia bercakap dengan kambing, "sapa nak dukung kat kak cik gi sana..." saya pun baru jer hari ni tengok video ni sebab bau jer pak haji bawak camera ni sini semalam. Cantik gak anak2 kambing tu...comel jer...



Ni pulak gambar kakak hani, Hani Syakira dan adik dia, Muhammad Zubair...peluk anak2 kambing tu, baru jer pak hj bagitau nama2 anak2 kambung tu ikut pahlawan Melaka 5 sekumpulan tu Tuah, Jebat....dll.

Lepas ni merasalah jadik blogger tegar siap upload gambar dengan video sekali...yerlah baru dapat camera antik dari pak haji ni. Sebelum ni hp cokia yang selalu guna ambik2 gambar sebelum ni rosak..tu yg lama takde gambar...ni dapat camera digital lama pak hj punya jenis Casio [4.0 megapixel jer pun beli tahun 2001 dulu...]dia dah bagi kat saya dah, kononnya dia nak beli Dslr Nikon...suh saya sponsor separuh...tunggu2lah...camera yg ada ni pun dia jarang guna, utk pengetahuan gambar2 ni kak aza yang ambik tu suara dia lah tu... pak hj dah bagi kebenaran masukkan dalam blog gituuu....
Posted by Hijrah1429 at 7/24/2008 03:53:00 PM 7 cetusan rasa
Labels: anak tiri, hani
Rabu, Julai 23, 2008
Sudah pandai yer?
Assalamualaikum w.b.t

Setiap malam sekarang, ada orang gesel2 tanya soalan macam2. Malasnya nak jawab aihhh. SEbab soalan tu bukan saya orangnya yang sesuai dan tau nak jawab, tapi ayah.

Soalnya bila ayah ada, dia syoook jer takde tanya lelebih pulak. Bila ayah takde masa tulah buat muka sedih tanya kat ammie soalan2 laser dia tu.

"ammie, kenapa ayah asyik dok umah ummie jer, tak balik umah kita pun kan?"

"napa ayah ni isteri dua kan, kalau isteri satu mesti ayah dok dengan kita jer,kan?"

"Bila ayah ni nak tido kat sini, kakak ni asyik peluk ammie jer tak dapat peluk ayah"

"Ammie, hari apa ayah balik sini?"

Jenuh gak ammienya ni nak jawab tu tapi jawab gak...ala kadar jer sebab sudah gaharu cendana pula...

"malam ni bukan giliran kitalah..." <-- pastu dia jawab [tanya plak] bila giliran kita ammie...banyak soallah budak ni... "kan kakak tau ayah isteri dua...kenalah bergilir..."<-- pastu dia taknak kalah jawab lagik..napa ayah tu isteri dua kan, ayah orang lain takde isteri dua pun kan...saya jawab.."sebab ayah gatalllll!!! . ambik kooo...dia gelak2 jer pastu tanya napa pulak gatal??? <-- ini malas mau layanlahhh...sib baik dua jer, kalau isteri pertamanya tak bercerai lagik, lagi meroyan hani nak tunggu giliran lagi lama..hahaaaaa, bukan bini meroyan anaklah pulak...parah niii!!! Tulah dia Hani, makin hari makin kuat bercakap, membebel, berleter, bertanya, dll. Selain kuat bertanya dia jugak boleh tahan kuat mengomen, tak benarkan saya beli buah duirna, nanti ammie demam, tak bagi saya makan banyak nanti gemuk, suh keluar toilet semula kalau tak baca doa, berhenti makan suh baca doa kuat2 dulu...suh solat cepat2 baru boleh tengok TV, suh baca taklim kalau tak baca nanti ayah marah... Disamping tu, dia jugak pelapor yang setia pada ayah...tu kalau ayah tanya hal saya.. "ammie ajak baca taklim tak?" <-- "ammie baca sikit nau ayah..." "ammie tu tak masak nasik kakak lapar tak dapat makan nasik pun" "ammie tukan ayah, asyik nak marah kakak jer" Hani jugak sekarang pandai luahkan hati dia kat saya..malasnya nak layan napa eh...dia selalu tanya, "kenapa ammie suka marah kakak," <-- soalan nak tida suker sgt flashback budak ni tau! "kenapa ammie tu semua kalau kakak buat tak boleh, ammie jer boleh" <-- apa2 ajerlah yg kita buat sebagai orang besar "semua beli barang ammie jer, barang kakak takde pun" <-- ni kalau gi shopping atau ke kedai...sabar jerlah walhal barang dia jer pun yg kita selalu beli...sesekali beli barang ita tu pun jadik isu... Tulah dia Hani, melayan dia seorang letih!!! kadang2 suka kadang2 muak, sebab dia tersangat suka bercakap, ayah kata ikut saya tapi saya kata, lebih teruk dari saya kuat bercakapnya. Sekarang kalau dia bercakap banyak cepat2 saya warning dia, "kakak kalau nak tanya ammie, tanya yang perlu jer, jangan bebel yang bukan2, jangan ulang soalan yang sama, tanya solan2 yang bermanfaat takmo merepek2..." Hari2 ada soalan baru tau...semalam dia tanya dalam kereta masa balik, ammie apa tu teka teki? saya kata soalan yang bagi bayangan dan minta kita jawapan..., terus ammie bagi contoh..apa binatang yang hidungnya panjang, badannya besar?..terus dia jawab, gajah <--pandai anak ammie. Pastu terus plak dia nak tanya saya, "ok ammie apa binatang yang kakinya panjang, lehernya panjang sekali, paling panjang dalam dunia [ni ayat dia ni]" sonang baitu....zirafahlah..ok dah pandai dah teka teki,kan? pastu dibantainya keluar soalan2 semua binatang, hariamau, lion... mujur dah sampai parking rumah selamatlah saya nak melayan soalan2 yang tak berpenghujung tu... Tulahkan...duk berdua ni mencabar tau, saya mengadu dengan ayah penat + boring sebab penat bercakap benda yang sama dan penat nak jawab macam2 pertanyaan Hani, tengok TV nak tanya soalan, tengok berita nak tanya lagik, baca buku nak kena hadap [ada perkataan dia tak tau makna, tak tau eja], buat kerja sekolah pun kena tengok [tiap2 malam sebab ada jer homework dan kena ajar dia dulu silibus esok Qiraati dan cahayaku], mandi kena teman, kehulu hilir berdua...kalau bertiga tu masa ayah ada, legalah rasa sebab dia menempel kat ayah pulak, bila dia tanya soalan jer cepat2 saya suh dia tanya ayah...tapi tulah saya plak kadang tak puas hati penerangan ayah tuuu... Malam tadi ada berita keputusan mahkamah pasal lelaki cucuk kemaluan budak pompuan sampai keluar usus tu, terus hani cakap, kemaluan tu faraj,kan ammie, kalau lelaki zakar kan..<-- mak aiii pandainya anak aku ni...terkejut gak saya keluar istilah ni...cikgu2 sekarang sampai benda tu pun dia ajar dan Hani boleh ingat dengan tepat gitu....pastu sessi syarahan ammie lah pulak camana nak jaga itu kemaluan...wah hani sungguh faham dan minat dengar...bagus kecik2 kena latih!





nampak kan mulut ternuka dia tu nak tanya soalanlah tu...seksi sikit lahhh


gaya anak gadisku pandai suh orang diam yer....awak tu????
Posted by Hijrah1429 at 7/23/2008 06:00:00 AM 6 cetusan rasa
Labels: hani
Isnin, Julai 21, 2008
Apa beza sekarang dan 10 tahun dulu?
Assalamualaikum w.b.t

Wah..mencabar sungguh kelas 3 jam straight. Dulu kelas masa undergraduate 2 jam jer. Exam baru 3 jam kan? Tapi post graduate ni kelas sampai 3 jam terus gitu. Matilah menahan menguap dan sakit pinggang.

Dulu2 tak merasa semua tu, kalau kuliah tu sentiasa jer duduk depan. Entah kenapa saya suka amat duduk barisan depan kalau boleh 3 terdepan tu. Kira2nya kalau ke dewan kuliah tu, adalah geng2 yang jenis suka duduk depan ni. kalau hadir ceramah atau ke kursus pun gitu, saya tak kesah duk tercongok kat depan sensorang.

Sebabnya saya ni kalau duk belakang ataupun ada barisan depan saya memang lekalah saya belek orang depan tu. Apa dia tulis pun kalau boleh saya nak tengok. Dari hujung kaki ke hujung rambut [tudung bagi pompuan] semua saya peratikan. Kalau duduk depan nak tak nak saya dapat membelek penceramah atau pensyarah jerlah...

Bila post graduate ni dahlah 9 orang jer [hari ni 8 jer, sorang absent sebab ada exam kat UM, ambil master serentak dengan jurispudent UM lagi tu.] So 8 orang hari ni mengadap sorang pensyarah perempuan. Tau2 jerlah kan, belajar sosiology dengan teori2 nya, mak aaaaiii perut lapar plak tu sebab pagi2 tadi jer sarapan dengan hani dan ayah sekeping roti canai [punyalah nipis roti canai sekarangkan? takat alas perut jerlah].

Hari ni pagi2 lepas hantar hani saya masuk pejabat, saya clearkan dokumen2 dalam bilik, shredded apa2 yang tak pakai lagi tu, 3 kotak dokumen tak guna yerlah 7 tahun punya khazanah. Saya memang seorang yang sangat cemerlang dari segi mengumpul dokumen, kononnya semua sayang nak buang mana tau pakai kemudian hari? Akhirnya clear jugak tadi berkat bantuan 2 orang akak cleaner yang baik hati..senang hati...

Lepas tu ada lah lagik kerja2 semasa [ada jek lagi kerja....ntah apa2 lah kan...] sampailah jam 12.40 baru dapat beredar dari pejabat. Singgah ke bank, gitu gini dah jam 1.12 minit. Masih kat s'ban lagi tu walhal kelas pulak jam 2.00 kat UKM. Rasa2nya satu jam cukup untuk saya memecut ke UKM....dahlah tak pernah drive sendiri ke UKM, bilik kuliah mana satu pun tak tau lagi...takat tau dewan kuliah kat FSSK jer.

Punyalah pecut, 120km/hour, dari tol s'ban pun jam dah 1.14 minit, peliknya jam 1.34 minit saya dah siap2 parking dah depan FSSK. laju gilerkan, tak perasan pun. W.pun kelas jam 2.00 tapi nak kena kejar solat zohor plak. Mujur gak pensyarah sampai jam 2.15 lega lah saya...dahlah biliknya di tingkat 5, tapi bagusnya UKM ni ada lif..takdelah letih menapak tangga...

Nak menempuh 3 jam kelas tu, mengantuk tak boleh tahan lagi, dah lah masalah kerusi kat dewan kuliah tu jenis yang ada arm rest sekali dengan meja tu, meja yg takat saiz kertas A4, benganglah saya ni dahlah stationary jer macam2 ado, pen jer 3/4 kaler, dengan highlighter 2/3 kaler lagi, menyusahkann betul !!

Yang tu takper lagi, isunya tempat menyandar kerusi dia, tak selesa betul, 1 jam setengah jer saya bertahan, lepas tu pinggang saya dah mula bagi respond dah!!! mula rasa lenguh2 pusing kiri tak kena pusing kanan tak kena, sila panggung rasa macam tak hormat pensyarah depan kita pulak. Tambah2 ada pulak yg jenis terlebih rajin tanya macam2 soalan, tau2jerlah hal2 teori ni, lagi dalam tanya lagi pening, tulah jadiknya nak tanya banyak sangat terus jadik terkeliru...sudahnya lebih jam 5 slide powerpoint tak abis lagik.

Kalau jam 5 tak abis lagi maksudnya saya kena ambil hani lebih jam 6, kena bayar OT cikgulah jawabnya. Lepas kuliah sibuklah pulak nak buat discussion, masing2 sibuk nak beli, nak xerox buku2 rujukan pulak...akhirnya 5.45 barulah terhegeh2 nak turun parking. Pulak tu dalam UKM jem gila time tu, semua berpusu2 nak balik. Tapi mujur jugak diorang berpusu2 saya mengekor jerk, sebab saya bukan tau jalan keluar pun...ikut jer hala mana keter bergerak.

Jam 6.04 saya dengan jayanya telah menyuap nasik di R&R nilai, yey..lapar gila time tu. Baru nak makan jer rakan sekuliah, ASP Lai sms tanya "u dah dapat keluar dari UKM ker, i stuck ni, dahlah tak tahan nak ter kenc*ng". Saya dah makan dah kat R&R!. Dia balas, "bukan ker u sepatutnya makan dengan suami dan anak kat rumah?" dia tanya saya macam tu pulak. "Toninght not my turn, his 1st wife turn, i can rest and study" gituler saya jawab...terkejut kot si Lai tu dengar gitu...esok mesti dia tanya hal tu...

Esok akan berulang lagi ke Jalan Duta, sebenarnya esok kelas tunda ke 29 Julai, dari 3 jam jadik 6 jam pagi & petang paper tu, mesti mencabar [baca: mengantuk/menguap/lapar/boring] habis nak mengadap benda sama..Criminology! Tapi demi cita2ku dan harapan jabatan harus dikuatkan semangat ini, kata malas kerja takkan belajar pun malas kot!

Esok ni berulang semata2 ada taklimat dgn pendaftar jam 10 pagi jer...agak2 saya kejap jer taklimat tu, tapi nak berulang tu, minyak jer dah berapa, tol lagi..penat lagi...apa nak buat ni? Nak naik bas rasa macam malas nak tunggu dan rasa macam patah kaki lak kalau takde keter. dah tu, rasa macam nak survey kedai buku kat KL plak esok, saya ni bukan tau jalan2 kat KL sangat, rasanya ajak kawan jerlah esok, tinjau2 kedai buku, kotlah ada buku2 rujukan.

Dulu undergraduate sonang yor...gi jerlah kat kedai mahasiswa ada jer jual semua buku, ni nak kena carik semua bagai, kata kami batch pioneer,kan?mana ada sapa2 buat course ni lagik, satu asia UKM jer ada buat..ntah apo2 lah...pepandailah kami sendiri2 nak pandai ker nak telungkup ker...janji CGPA kena 3 pointer ke atas...hish rasa cam memain pun ado... library UKM pun tak masuk lagi...katanya da taklimat cara2 nak buat carian...xtau bila [ni oren mesti pandai ni...]

Posted by Hijrah1429 at 7/21/2008 11:06:00 PM 5 cetusan rasa
Labels: kuliah
Sabtu, Julai 19, 2008
Rutin weekend ku
Assalamualaikum w.b.t


Bila tiba weekend jer, bagi sesetengah orang mulalah merancang ke sana ke sini, tapi bagi saya jadual weekend saya macam tulah sejak dua tahun kebelakangan ni.


Setiap weekend yang pak haji ada, jawabnya duk kat rumah jerlah. Boring tu memangler boring. Tapi apakan daya. Tu jer lah aktiviti yang sesuai bagi 'OKU' macam pak haji ni.


Bunyi macam mengata laki sendiri,kan? Tapi kalau ajak dia jalan pun penyudahnya dia akan duduk dalam kereta jer. Serba salah jugak kita nak berjalan2 sedangkan dia dalam kereta,kan? Pergi bertiga tapi kami berdua, saya dan hani jer yang jalan2.


Kalau kat rumah tu, apa sangatlah aktiviti yang boleh dibuat, kejap ke depan, kejap ke bilik, kejap ke dapur jerlah. Ayah pulak port dia kat kerusi urut, bilik air pastu masuk bilik ayah mengadap internet. Tv memang tak buka sebab ayah tak suka bukan TV, bising kata dia. kalau nak buka TV tu kami buka kat bilik belakang jerlah.


Kalau ayah mengadap internet saya menempel sekalilah. Saya ngan Hani baring2 jer, sambil2 tu borak2 ngan ayah. Selalu ayah buka laman web politik [add nya semua saya dah letak kat favorites, kalau takpun, dia buka bisnes kecil2an hal kambing, ikan, hal2 motor, hal ICT] dan yang wajibnya dia buka mudah.com, lelong.com.


Selalu dekat2 zohor barulah menjengah dapur. Lepas zohor baru kami 3 beranak mengadap makan tengahari. Simple jer masak hari ni, kobis goreng telur dengan ikan gelama goreng berlada cili hidup. Tu pun bertambah hani makan disuap ayah. Dah lama tak merasa suapan ayah agaknya.


Ayah boring ngadap, saya pulak punya giliran, lepas saya Hani pulak main games. Kadang tu rasa meluat pun ada bila duk kat rumah jer ni, tapi lama2 dah kebal tak kisah dah pun.


Tulah kalau rasa nak buat aktiviti haruslah saya buat dalam weekday ataupun malam2 yang bukan giliran saya. Aktiviti tu kalau tak ke kedai beli keperluan dapur jawabnya ke bank settelkan bil ataupun carik apa2 keperluan lain utk saya tau Hani.


Itulah kehidupan saya yang sangat simple. Bila nak bertukar tak taulah...sedih tu sedih jugak sebab dari muloa kahwin dulu, dah diajar bila weekend tu mesti ada jer projek mana ada lekat kat umah, tapi lepas kena stroke ni takdelah dah projek2 jalan2 ni...
Posted by Hijrah1429 at 7/19/2008 07:28:00 PM 1 cetusan rasa
Labels: weekend
Jumaat, Julai 18, 2008
Jcard Day dan Credit Card
Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya ke mahkamah, dah tentu mahkamah tu dekat dengan JJ. Kes tangguh, tapi misi balik tu tak lain tak bukan berkobar2lah saya nak ke JJ semata2 nak beli Donut Big Apple. Donut Big Apple ni saya kenal melalui blog lah, yerlah majoriti bloggers yang kaki makan ker tak kaki makan ker cerita hal donut ni, sampai saya terpaksa pergi JJ nak carik benda ni, betulker sedap macam yang dicakapkan?

kali ni kali ke 3 saya beli donut ni. Saya sampai parking JJ jam 10.12 minit. Saya tengok jam sebab sejarah bagi saya manalah saya pernah ke shopping complex pagi2 kira macam shopping baru bukak ler,kan?

tapi ada sikit pelik mula tu sebab kenapa lak parking JJ ni ada jaga RELA, keter ampun banyak nak mampus, kat jalan besar nak masuk lagi dah jem. Saya yang jarang ke JJ ni pikir ohhh, ramai tul peminat JJ ni, dalam apda tu terpikir ada apa event ker kat sini, manalah tau kot ada ADUN atau menteri rasmikan apa2ker.

tapi tak kesahlah,kan, saya nak beli donut jer. Lepas tu carik2 parking tak jumpa2, tapi nafsu dan keinginan nakkan donut tu tahap paling tinggi saya gagahkan pusing dan tunggu sampailah dekat sejam, dah lebih jam 11 masih gak tak dapat parking. Gilo tak gilo tu saya sanggu tunggu tu. [yerlah orang takde kerja]

yang si*lnya, ada 4 orang mata sepet dah siap2 bawak barang masuk bojnet keter, lepas tu boleh plak pergi masuk malik JJ. Apa jadanya diorang ni pagi2 gi shopping habis beli barang balikler...ni kira nak booking parking sampai petang ker? hati saya merungut!

Saya tengok2 lori2 kecik pun ada 4/5 buah, eh sejak bila JJ ni jadik macam TESCO/Macro?

Sudahnya adalah pakcik RELA/security baik hati ia alihkan kon oren tu betul2 kat tepi pintu masuk tepi kat parking suh saya parking. Kira tempat paling strategiklah kalau nak beli barang2 kuar pintu jer sampailah kat keter saya.

Masuk2 jer, macam semut orangnya, dah tu sorang2 beli barang sepenuh2 troli, dalam atu saya, eh korang ni napa, nak raya ker, macam tak terkesan langsung dengan harga minyak masing2 borong sakan tak ingat dunia.

Saya masuk jer tu nampak kaunter Jcard tu, ada budak promoter kad kredit jaya Jusco, saya pun tanya lah, napa ramai sangat orang ni dik? Lorrr rupa2nya hari Jcard, sehari jer dalam setahun. Katanya promosi gila2, tu yang ramai pagi2 buat dah datang tu.

saya pun macam orang ketinggalan keretapi baruler mohon kat JJ tu, siap buat supplement utk pak haji, bayarnya RM12 jer, dulu rasa rugi sebab saya bukan kaki jalan ke JJ ni, saya lebih suka gi Family store [mini market kecil kat umah] lagi jimat dan murah serta tak berhimpit2 kat situ. Jimat minyak dan Hani takdelah 'meroyan' nak beli itu ini. Juga takyah terkejar carik dia yang suka sembunyi. Kira shopping besar ni bukanler style saya...

tapi dalam takde fulus tu saya window shopping sampai jam 3 , dahsyat tak tu, lebih 5 jam jugak kira dari carik parking tu. Mula2 tu malas nak joint the crowd, sebab saya tak nampak lagi yang tulis 80%, 70% tu, saya terus jer naik atas, masuk kedai buku [tempat wajib kalau gi shopping], paling tidak beli magazine. tapi kali ni saya beli dua buku, satu menjahit pakaian kanak2 dan satu lagi teknik menjahit alas2 meja, alas2 kerusi, cadar, sarung bantal. Dua2 english book dan sanagt kreatif orang putih ni...bilalah nak start projek jahit ni?

Lepas MPH, saya masujk Popular Book store pulak. Gi bahagian buku2 motivasi dan manjahit/memasak jugak. Sudahnya mohon jadik ahli kat kedai buku pulak. Yerlah dapat diskaun 20% kan?

Lepas lebih sejam kedai buku, baruler saya joint the crowd, mak aiii punyalah gila murah, semua diskaun 70%. baik baju, kasut, pinggan mangkuk, cadar segala mala lah. baru sedar saya, ni memang gila punya murah ni. Saya pergi kat area cadar semua tu, Akemi, John Perry lawa semua murah ada yang sampai 80%.

Siap saya sms pak haji bagitau, sedih [sakit jiwa saya kata] sebab ada banyak diskaun tapi fulusnya nggak ada! Sudahnya saya ke bahagian pinggan mangkuk saja jamu mata, tengok2 correlle [saya memang sedang kumpul set correlle ni dari dinner set sampailah caserole] itu pun ada 50%, tapi sayang design yang saya dah ada tu set corak plum tu 30 % jer diskaun takdelah saya terkilan sangat. tapi terbelilah jugak Luminarc set minuman sejuk, ada diskaun 50% lagi.

lain2 tu benda2 kecik hal keperluan rumah, pastu gi naik atas tenpat baju dan kasut, pun murah gila, tapi amsalahnya orang terlalu ramai nak jalan pun susah, toksah cakaplah nak masuk fitting room, beratur kat kaunter pun gila ramai. kasut yang saya berkenan dan nak beli pun bila tengok ramai beratur saya letak jer balik.

Saya turun kat kedai kasut biasa jer saya pilih2 jugak yang ada diskaun 50% saya sambar jer. kasut nak gi kuliah, nak pakai yang simple2 taklehlah, sebab pompuan 3 jer, yang dua lagi tu siap pakai kasut tutup bertumit bagai, kenalah saya pun beli kasut tutup yang selesa, yang ada ni tinggi sangat, sakit pingganglah pulak,kan.

Sudahnya saya pusing sana pusing sini semua tempat ramai orang, rupanya baruler tau sehari jer sales ni, patutler sakan orang borong. Yang saya terkilan tu, saya nak beli baju2 blouse nak ke kuliah, banyak design cantik2, berkenan, tapi orang ramai sangat dan masing2 pulak bukan kira masa memilih tu tak pandang kiri kanan, kita nak menempel pun tak muat. masing2 pulak dengan barang2 belian, dengan trolly anak2 aduh pening saya...

tapi masa nak bayar saya punya barang tu, kat tempat pinggan mangkuk ni okay lagi, adalah menunggu dalam 10 orang, sempatler saya baca buku jahitan tu masa baris nak bayar pmasing2 penuh trolly, siap budak kaunter ambik masa kena tolong balutkan lagi kaca2 tu], saya kerling2 jugak kat yang membayar tu.

Agaknya sebab ni pun dah hujung bulan, baik orang kita atau yang mata sepet, ramainya yang membeli dan membayar dengan credit card. Masa ni syukur sangat saya sebab kad2 kredit saya [harap maklum ~ lebih dari satu yer] telah dipegang dan dikontrol oleh pak haji. kalau tidak mahu borong sakan saya. Awal tahun ni, dua yang ada ditangan, saya selesaikan bayaran tertunggaknya [hasil bantuan dana pak hj jugak] telah saya potong. Lega. Cuma ada tiga [dua bank] lagi, dua2 kat pak hj, yang tu ada tertunggak sikit lagi, yang satu tu sebulan dua ni habislah, yang satu lagi tu agak2nya hujung tahun saya dapat selesaikan sebab saya bayar bulanan sikit2. Mujur juga dua2 tu tak banyak. boleh jugak kalau nak bayar sekaligus tapi tak makan pulak saya bulan2 nanti.

pak haji dah lama nasihat saya [dari dulu lagi] jangan pakai kad kredit katanya, saya degil jugak, nak pakai sebab kononnya senang nak isi minyak dan bayar hotel kalau out station. Sudahnya sendiri tanggung, ada benda berkenan jer takde fulus saya sambar main kad jer, ada satu masa saya ada 5 kad sekaligus. Gila tamak! Sebab saya ni mudah cair kalau ada org promote kad ni, kesian sebab dia pujuk2 nak capai target dia, "kalau akak takmo akak dapat akak potong jer, saya nak sampai target jer kak, tolong ler" <-- gituler pujukannya. sudahnya sedap jer saya membeli, paling tidak kena belanja RM50 baru boleh guna, lama2 jerat diri. Sebab hujung bulan, tangguh nak bayar, dengan sibuk kerja lagi, pastu terguna lak duit tu, sudahnya banyak tertunggak. Ni kes tak pandai manage kewanganlah ni. Akhirnya saya insaflah, takde dah istilah bayar pakai kad kredit ni, bahkan kalau saya pandang orang bayar pakai kad kredit, alah..kesiannya saya, kira berhutanglah tu...takat pandang sebelah mata jer, tapi kalau nampak orang bayar cash ratus2 waaah gila kagum saya.... Pak haji pulak selain katanya kita tak sedar peratus perbelanjaan kita meningkat dengan kad kredit, kita juga berhadapan dengan riba', tang tu yang dia tekankan, takmo saya terlibat benda2 haram ni, lagipun tak berkat katanya. Biar simpan duit, pastu baru beli apa yang nak. Sekarang ni kalau ikutkan slip gaji lebih mampu dari dulu [tapi sebab dah mula tolak rumah, THaji, cukai pendapatan, keter, dll] wajiblah saya berkira2 nak berbelanja macam dulu [dulu mana ada komitmen bayar itu ini, dulu mewah gila! takat bayar keter RM313, bayar jaga hani RM200 dan simpan Thaji RM 400~ tu jer].
Dulu minyak keter jimat, hanya hantar hani 500 meter jer dr pej, rumah lak duk kuaters takyah bayar, sebelah pejabat jer lak tu. lagipun masa tu baru2 hidup macam2 benda teringin nak beli,kan [lagipun kan ker saya sorang jer tanggung semua] jadik belanja tak hingat dunia, sekarang dah pandai pikir masa depan, anak pun dah 5 tahun, dah ada rumah sendiri yang kena bayar, suami lak tak kerja [sakit lak tu] manalah mampu kalau nak ada hutang2 tambahan ni, saya takkan terpedaya lagi buat kad kredit ni, yang ada 2 tu saya maintain jugak mana tau ada kes2 kecemasan, tapi biarlah pak hj yang pegang...selamat!
Posted by Hijrah1429 at 7/18/2008 04:20:00 PM 0 cetusan rasa
Labels: kad kredit, shopping
Berulang
Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ni, 3 hari saya kena berulang, isnin ke UKM, selasa dan rabu ke Jalan Duta. Hari isnin dan selasa takper, takdelah terkejar2 sangat sebab kelas mula jam 2 petang. CUma hari rabu jer kelas pagi dan petang.

Rabu baru2 ni jam 7 saya dah keluar rumah, mula2 hantar hani lepas tu hantar pak hj ke markas seri petaling, pastu keluar balik baru ke jalan Duta. Entah kenapa jam teruk pulak, kereta bergerak perlahan dari sungai besi sampailah ke Kompleks Jaln duta tu. Lepas kompleks pejabat jalan Duta tu barulah lega.

Saya boleh bertahan dan bersabar memandu dalam jem ni, takde hal. Tapi sebab kekangan masa tu yang saya sangat2 tension. Dari sungai besi tu dah 8.30, dengan jem pulak, saya risau takut tak sampai sebelum jam 9, takkan pertama kali kelas dah lambat,kan? Dahla pelajar 9 orang kalau kita sorang lambat memangler ketara sangat2.

Tapi hari tu, hasil mencilok dan memecut dengan hebatnya sempatlah saya sampai lagi dua minit ke jam 9 pagi. Rupanya pensyarah pun terlewat 15 minit, dapatler saya bernafas sebelum kelas mula.

Tengahari pulak, rehat 2 jam, 12 sampai 2 petang, saya pulak kelaparan, malam sebelumnya tak makan, pagi pun tak ambik apa2. tak tau nak makan kat mana. Yerlah baru sangat lagi, kawan2 pun takde, yang ada sorang dari S.Alam dia pulak tak ajak keluar makan, saya pun malu2 jugak nak ajak dia keluar.

Pastu saya nampak Cici [cleaner kat situ, last week hari daftar tu dah borak2 ngan dia masa kat surau] dan dia bagitau kat bangunan sebelah ada kafe. So saya menapak dengan Nor makan tengahari situ. Nasi goreng jer saya bedal \, nasi goreng USA, tapi sebab lapar tak sedap pun habislah jugak.

Lepas ni kenalah saya mancari tenpat2 makan yang best area sini. Kenalah tanya orang kot. Lagi satu saya kena ada stand by makanan atau roti dalam beg atau kereta. Senangkan, takdelah kelaparan. Dahlah nak belajar nanti sebab lapar hilang tumpuan.

Kelas petang sungguh menacabr, sebab perut dah kenyang, mata mengantuk lagipun pagi pun ada kelaskan. Dah tu semua muka memangler pensyarah nampak sebab 9 orang jer, semua2 sebaris kat depan bentuk separuh bulatan, jenuhlah saya menahan menguap. Dapat pulak kelas petang tu pasal law. Untuk permulaaan dia citer pasal Malaysia law sistem...sejarah dia, lagilah ngantuk. Nak tanya soalan pun, tak tau nak tanya apa, lagipun semua tu dah belajar masa Form 6 dalam pengajian am dulu...eh ingat lagi tu tau, sebab saya sangat2 minat pengajian am sampai membawa kepada saya score prinsipal A dalam STPM <-- tu citer dolu2...rupanya kena belajar balik benda sama, sisteh mahkamahlah, common law, zaman British, negeri2 selat, melayu bersekutu dll...sejarah Form 6 pun belajar benda ni kan? Ok, tu citer belajar, habis kelas jam 5 lepas solat bertolak balik, menempuh jem lagi sebab orang balik kerja,kan? tapi takdelah teruk sangat sebab bertolak jam 5.40 macam tu, jam 6.50 petang saya dah sampai rumah. Mujur juga pak haji ada hari rabu sebab malam dia mesyuarat, so petang tu dia akan ambil Hani. Kalau tak terpaksalah saya amabil hani lambat, terpaksa pulak bayar RM10 kalau ambik lepas jam 6 petang. Jimat 10 ringgitkan. Cuma hari isnin dengan selasa kalau lambat ambik Hani saya terpaksalah keluarkan RM 20 bayar OT cikgu. Melainkanlah pensyarah tu habiskan kelas awal. dapatler kami balik cepat sikit. Setakat ni minyka seremban-KL rasanya kembara tu guna dalam RM 30 perjalanan dua hala. Tu kata pak haji, tapi saya rasa lebih lagi. Nanti saya kira betul2 sebab hari tu, dah pusing2 hantar Hani pastu hantar pak haji, tengok dekat meter tu bergerak separuh minyak tu. Kalaulah boleh isi dengan air jer, kan bagus. Terasa betapa lajunya duit keluar dari purse.
Posted by Hijrah1429 at 7/18/2008 12:00:00 PM 0 cetusan rasa
Sibuk dan menyibuk
Assalamualaikum w.b.t

Ingat dah tak kerja ni bolehler mengadap PC jer...rupanya sibuk jugak. Kalau tak menyibuk dengan pak haji menyibuk dengan anak gadis tu. pak haji balik ni, cara dia cakap macam tempias2 kat saya konon dia nak kata saya ni tak layan anaklah...

Kira2 macam Hani suhaila tu kurang kasih sayang, saya tak layan dia sangat. Yang Hani pulak wah bukan main menggesel2, bermanja dengan ayah. Sikit2 nak merajuk dengan mmie.

Sebelum ni, ayah balik rumah mak tiri ker, balik sini ker langsung dia tak ambik pot.Tapi kali ni, ayah nak balik PD siap tanya, "ayah balik rumah ummie berapa hari ayah?"

Bukan sya suh tanya tu...dia yang pandai2 tanya sendiri, cepat2 ayahnya jawab sambil tunjuk jari 2 batang, "dua hari jer ayah kat sana yer sayang.."

Haruslah lepas ni, lantik Hani jadik setiausaha saya, tugasnya menyiasat berapa hari giliran kat sana, berapa hari lak giliran sini.

Hah, cakap hal giliran saya pun tanyalah giliran lepas ni macamana, kan ker saya kelas 3 hari jer, takkan 4 hari dok sesaja jer. kalau ada laki bestlah sikit, walaupun dok umah jer, ada gak orang nak berborak, nak bergurau senda, nak menyakat,kan? Kalau tak doklah saya depan PC, kejap depan mesin jahit, pastu depan mesib basuh, bila boring dok depan TV..yerlah nak tunggu ambik Hani jam 6 petang...lama tuh..selama ni kat pejabat dok sibuk terkejar2 kerja, ni hah..dok melangut kebosanan.

Pak haji cakap, macam biasalah, kita tengok nanti...biasalah tu standard cakap dia. Mana nak bagi komitmenkan, nanti saya tuntut bagai nak rak pulak. So kita tengok jerlah sama2 nanti.

Paling best dia tau sepanjang tahun depan saya tak kerja lagi [2010 baru kerja balik] dia suh Hani sekolah kat PD semula, habis saya camana?

Saya dia suh duk sana jugaklah..ha pi mai pi mai tang tu jugak! Tu takleh nak jawab, sebab kena tunggu tahun depan jugaklah..

Pak haji balik ni, 3 malam kat sini, semalam baru dia balik sana, pagi2 dah balik sebab semalam saya ada perbicaraan. Terpaksalah keluar pagi2 sarapan kat kedai, lepas sarapan, saya ke court dia hantar Hani ke sekolah.

Tu jerlah citernya...
Posted by Hijrah1429 at 7/18/2008 08:52:00 AM 6 cetusan rasa
Labels: ayah, hani
Selasa, Julai 15, 2008
Malam yang hangat
Assalamualaikum w.b.t


Tajuk sangat mencabar gitu. Malam tadi dekat2 jam 11 malam, kira2 memang dah lelap ler mata saya cumanya takdelah tido mati lagi, terpaksa menyelesaikan satu misi.


Malam tadi hani dok merengek2 nak susu, saya matikan diri jer. Sebab Hani petang tu dah janji malamnya taknak menyusu sebab masa ke pasar malam lepas ambil dia balik dari sekolah macam2 kat pasar malam tu diminta belikan, jagunglah, satelah, kepok lekorlah, ais krimlah, longanlah, nugetlah. Macam2 tu, tu tak masuk yang saya punya teringin pulak! Tapi tang saya teringin makan durian pandai pulak dia kata, ammie takleh makan durian sebab ammie baru baik demam, ammie takleh beli ni nanti ammie gemuk...bla bala dia bebelkan saya.


Saya ni kan macam mak tiri, hah kalau nak beli macam2 tak abis, ko siap! Makanya sebab nak ambik ati mak tiri dia ni dia janjilah malamnya taknak menyusu. Jimat tenaga dan jimat susu gitu.


Sebab dia dah janji kenalah tepati,kan? Tapi dah kata budak2 janji tinggal janji sajer. Tetap jugak nak tido malamnya melalak mendayu2 seakan kena dera 3 hari 3 malam pulak dia! Penyudahnya dalam geram2 tu terpaksa gak bangun buatkan susu.


Sudah buat susu kengkononnya bolehler lelapkan mata saya ni. Tapi ini budak rajuknya berpanjangan, tetap jugak menangis mendayu2, botol pegang jer kat tangan takmo hisap, tu juk perasaanlah kononnya tuh.


Lama2 boring dan fedup dengan suara mendayu2 dia tuh, saya pun baruler mencarik2 handphone saya dimanakah gerangannya. Sejak tak kerja ni, hanphone saya suka2 jer saya letak kat mana, bila nak pakai atau teringat beruler sibuk mencarik2. Kadang kat bilik belakang hp tu duduk sensorang takder saya pedulik. Kadang duk kat bawah2 baju tak berlipat atas sofa. kadang kat dalam purse saya, kadang duk dlm hbag tak berusik sehari suntuk.


HP tu pulak rupanya beep once, dah berapa lama set bunyik gitu tak tauler, tak perasan pulak. Tu pasal banyak mesej dengan missed call tak perasan. Punyalah saya ni HP hanya untuk kerja semata2, takde urusan lain.. maka bila tak kerja teranak tirilah hp saya tu. Yang mana missed call tu saya lantakkan ajer, kalau penting ko call lah balik.


Ni nak cerita hal malam tadilah ni, bila dah jumpa hp tu, tengok2 bateri dah KO, bila charged rupanya sejak tengahari ayah ada sms, ayah tanya, "sampai KL 1130 malam, nak tunggu ker?".


Barulah saya terhegeh2 nak call ayah malam2 buta tu, tapi alamak...ayah dalam toiletlah pulak! Lepas 5 minit ayah pun call back, katanya dah sampai ke KL, datangler ambik. Wah wah..kita dah sedap2 baring menang dah nak lelap pun, suh ke KL ambik dia.


Memang saya taknak dan tak berhajata nak ambik pun, sebab hani pun dah membotol kejap lagi sah memang akan lelap pun. tapi pak hj macam malu2 alah dari kata2 dia cam suh datang ambik jer. Siap katanya, dekat jer, kalau bergerak sekarang, 40 minit lagi sampailah. Lagipun kakak dalam kereta nanti bolehler tido jer katanya bila saya bagi alasan kakak dah nak tido. wah wah...mata saya yang mengantuk ni camaner pulak citernya?


Tetapi disebabkan saya isteri mithali maka saya kuatkan jugak semangat bangun dan-dan tu jugak tukar baju, tak tukar apapun sarung jubah jer kat lur baju tido tu, kerah kakak masuk kereta. Tepat jam 1105 malam saya dah drive ke KL dah. Dalam keadaan bawak 100km/hour tu dekat jam 12 jugak baru sampai ke Sri Petaling. walaupun jalan lengang, tapi saya steady jer bukan ada apa nak kejar pun,kan? takkan lari gunung dikejar..... ewaah....


Hani pulak separuh jalan dah tido. Kelakar jer, siap buka lampu dalam kereta sebab malam tadi hani datang kemaruk baca buku cerita. Lepas selesai baca, dia siap2 carikan kaset nasyid kegemaran saya, elok lepas pasang tape tu terus membongkang dia tido.


Sambil bawak kereta tu sambillah saya menyanyi. Ngantuk sangat matanya dok terbayang tilam bantal jer. Janjinya orang tu, sampai sanan nak balik dia drive, tapi sudahnya saya gak yang drive. On the way balik konon nak singgah minum kopi tapi pak haji kata letih terus jerlah balik. Hai letih ker dah tak sabar2.....yerlah 40 hari beb....kekekeeeee....


Gituler gigihnya saya meredah malam yang pekat dua beranak semata2 nak ambik ayah cepat2 bawak balik, bukannya apa, kesian ayah tido kat masjid tu, dengan toilet yang tak mesra pengguna, lepas tu tido lepak atas karpet masjid jer... elokler bawak balik rumah saya...hari ni lepas zohor pak hj ke sana semula, baru nak tangguh, jadik kerja tu ulang alik.


Esok saya mula kelas, tak sabar rasanya. Barang2 sekolah semua dah siap dah, beli pen sedap [sedap tulis] sampai 7 batang gitu...yerlah nak bkin bagi minta menulis dan bagi nota lawa2, senang nak rujuk exam nanti...huii tak sabar weiii nak hadir kuliah.
Posted by Hijrah1429 at 7/15/2008 11:31:00 AM 5 cetusan rasa
Labels: suami
Pembukaan rasmi
Assalamualaikum w.b.t

Mulai hari ni saya buka semula blog ni untuk tatapan sesiapapun yang berminat. Itupun selepas semua entry yang berkaitan dengan urusan rasmi dan yang tidak berkaitan dengan pihak2 lain yang berkepentingan saya simpan dalam draft jer.

Sebab utama saya open adalah kerana saya kini 'bebas' dan bolehlah saya meluah apa-apa ajer yang saya suker. Baru rasa ada cabaran dan keseronokan buat blog dan semangat sikit nak update.

Dan juga kalau rajinler saya bolehler menjelajah dengan jayanya blog2 yang ada di alam maya ni. Bukan susahkan dengan sekali klik jer semua maklumat dalam jari kan? Dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni nak juga ada peningkatan,kan?

Sementelah pulak saya ni memangler rajin, hari2 saya dok mengadap PC ni, dok terpikir2 apa saya nak buat depan PC ni. Nak meniaga secara online? nak tulis novel? Nak carik kawan baru?

Macam2 terpikir tuh...makanya mulakanlah dengan open blog ni.
Posted by Hijrah1429 at 7/15/2008 11:21:00 AM 0 cetusan rasa
Labels: blog
Isnin, Julai 14, 2008
sepetang dikampung
Assalamualaikum w.b.t

Dulu kan masa sibuk sangat kerja, berkobar2 nak buat entry baru setiap hari. Tapi ni masa dah berlambak2 ni takde keghairahan langsung nak buat entry baru. Tulah namanya manusia...

Camnilah kot rasanya bila takde cerita menarik maka mood nak berblog pun yillek! Bukan statik hidup saya nih, bergerak, ke sana ke sini tapi tulah malas dan takde modal best nak diupdate.

Saya duduk sorang2 di rumah ni. Selepas 10 hari mak saya dduduk di sini dia pun mulalah buka mulut nak balik. Dah teringat ayam, pokok2 bunga kat kampung agaknya. Tambah2 ada anak ayam baru menetas, lagilah memanggil2 anak ayam tu pada tuan dia agaknya.

Kat rumah saya tu ada pokok rambutan, dua kuning satu merah, tiga2 batang lebat berbuah. Yang merah tu tengah masak ranum. Itulah mak kalau boleh nak balik nak kaitkan bagi kat jiran sebelah menyebelah. Pokok durian pun berbuah 4 biji tahun ni, tunggu gugur jer...

Badan saya pun dah sihat banyak, maka jumaat tu saya bawaklah mak balik lepas ambil hani dari sekolah. Hari jumaat tu dari pagi sampai petang saya ke pejabat. Saja hati saya terpanggil2 nak ke pejabat, tak keruan rasanya sejak berubah rutin tak dapat pandang pejabat lagi ni. Rindu dengan suasana pejabat dan kawan2.

Maka dah ke pejabat tu bertembung dengan bosslah, kan? Dia pulak yang tak keruan nampak saya, bukannya tak keruan apa, dia macam rasa tak tentu arah bila nampak saya lepak kat depan tu, kan ker dah biasa bagi saya tugas. Biasalah jenis kuat kerja. Saya ni kira orang kuat dia....mana dia pernah nampak saya leh lepak2 camtukan sebelum ni...

Tapi kali ni dia nampak saya lepak2 ...dia pun terus stop dan berbual2 dengan saya. Masih jugak cerita hal kesibukan di pejabat. Macam mana saya boleh bantu? Risau dia sebab saya takde buat apa? Sedangkan kat pejabat kerja melambak, dengan HQ panggil satu tema minta bantuan kami.

Sampai katanya, haaai takkan tak buat apa ni? Ni kena kasi kerja ni...susah awak takde ni...saya gelak jerlah...memang saya tengok sibuk semuanya sejak saya takde ni. Tugas2 saya dibahagi2kan antara yang ada tu, masing2 mengeluh sebab dapat tugas tambahan...nasib badanlah kan....

Ok hal kerja habis.. takde apa dah yang saya boleh ulas lagi...saya nak enjoy masa2 tak kerja ni.Mungkin peluang ni datang sekali seumur hidup. Kejap jer setahun setengah ni berlalu nanti...

Ok ni citer pak haji pulak. Dia akan balik malam esok. Yahoooooooooooooooooo. Lama sungguh rasanya dia takde kali nih. Rasa sesekali macam tak berlaki pulak. Dah lupa dah cara nak layan suami. Apasal ntah! Mungkin sebab perubahan jadual hidup saya yang baru ni, belum wujud watak dia, tambah2 saya memang malas call dia. Kira dia balik malam esok, kejepa jer jumpa kot sebab rabunya saya dah start kelaslah pulak. Khamis dengan jumaat kira saya free tapi mesti dia balik ke Pd pulak.

Hani pulak sekarang menjeles dengan saya. Yerlah pagi2 dia jer kena bersiap saya relax jer. Sampai hari2 dia tanya bila sekolah kakak nak cuti ni? Sebab ammie asyik cuti jer memanjang...sabtu lepas sekolah dia ada lawatan ke zoo melaka dan kawasan sekitar bandar hilir, hajat hati nak jugak bawak dia jalan2 happy dengan kawan2 tapi dah ayah tak izinkan saya pun takdelah pergi.

Yerlah agaknya ayah pun fikir yang pergi tu 3 bas, [sek hani ada 8 cawangan] termasuk ibu bapa dan adik beradik pelajar, kalau Hani pergi nanti mesti dia jer yang ada ibu seorang, yaha takde adik beradik takde tak bestlahkan...semua kawan2 dia ada ibu ayah ker adik beradik ker jadik dalam keadaan macam tu hani tak pergi lebih baik kot...

So saya bawaklah Hani balik kampung sebab tu jerlah jalan terbaik, bila balik tu Hani memang enjoy sakan, tak masuk rumah, main kat luar jer sampai gelap kulit dia panjat pokoklah, terutama jiran2 ramai sebaya dia, dia pun ikut sekali diorang main...petang2 pulak saya bawak mak jalan2 rumah adik beradik dia, pastu petang sikit bawak mak gi rumah kakak [kampung yang sama] saja jer pergi minum2 petang.

Aduh duduk dikampung ni rasa macam masa lambat bergerak, lama sangat satu hari tuuuu, petang2 sebelum senja boleh lagi saya melepak tuuu, portnya kat pangkin jiran rumah sebelah [sebaya saya] borak2, yerlah dia hidup cara kampung bagus jugak borak2, tukar2 cerita, susah payah hidup dia, pagi2 dia kerja sapu sekolah tabika, kemas2 perpustakaan kampung, petang2 pulak kopek kelapa buat kelapa goreng lepastu parut kelapa hantar ke kedai jual kelapa santan. Betapa berbezanya gaya hidup kami. Tapi setiap kali cuti saya tak tinggal lepak rumah dia borak2..

Baru2 ni dia baru jer dapat bantuan kerajaan besarkan rumah [takdelah besar mana ukur sebilik jer], suaminya kerja pemotong rumput, dah anak 3 dah...memang kami kawan dari kecik, cuma dia takde rezeki belajar tinggi. Tapi saya tengok dia bahagia jer...


Tulahkan, kalau saya ada kamera digital banyak pemandangan cantik sebelah menyebelah rumah saya ni boleh saya rakamkan. Konsep kejiranan kat kawasan rumah saya ni sangat rapat. Saya dua hari ni kerja saya kaitkan rambutan sambil2 tu sempatler borak2 dengan jiran kiri kanan sambil2 mengait tu.


Kehidupan kat kampung ni rapat2. Pagi2 jiran kiri duduk sekeluarga minum pagi ubi rebus berasap2, sambil gamit2 kita ajak minum sekali tapi maluler kan. jiran sebelah kanan pulak, lepas sarapan terus duduk atas pangkin cari kutu, jiran depan pulak masuk dusun depan rumah carik durian gugur. Subuh2 jiran iring rumah jerit2 hantar sarapan lontong [yang mak saya pesan sehari awal]. Suami jiran yang pungut durian tu pulak bertukang rumah [tung-tang-tung-tang-] ala2 rumah tradisi lama pakai papan yang direcycle.


Petang ahad saya ke rumah mak saudara dekat2 kawasan medan ikan bakar umbai, mak sedara tengah menyiang sayur beremi [yang ditanam sendiri], tu pun pada saya cukup indah, anak2 dia semua dah berdagang ke tempat lain. lepas tu saya dengan mak gi lepak2 tengok tanah mak dikanan jalan nak ke medan ikan bakar terapung. Ada yang pernah pergi ker situ? Tanah2 sepanjang jalan [dari belakang pasar umbai tu] membawa ke medan ikan bakar tu semua tanah nenek saya. Dah dibahagi2kan adik beradik, tak lama lagi sorang pak sedara yang duduk JB akan buat rumah situ sebab nak merasa duduk dikampung dihujung2 usianya...

Moment sebegini kalau saya abadikan dalam kamera tentu indah. Kalau ada rezeki akan saya dapatkan kamera digital yang bagus. Bagi saya nenek2 yang lalu depan rumah kemudian menyapa saya dan mak serta jiran2 [jiran2 keliling rumah saya memamg jenis duduk di luar rumah] adalah kenangan yang takkan berulang. Mungkin setahun dua mereka akan pergi, ramai jugak nenek yang sekitar rumah telah dipanggil ilahi. Dulu2 saya kalau ada kat depan tu termenung menikmati angin sepoi bahasa, saya rajin borak dengan nenek2 ini.

Rumah keliling rumah saya masih kekal dengan rumah kayu bertangga. Anda taukan pemandangan2 rumah di melaka, semua rumah kaya dengan tangga batu. Mememang ditangga inilah kami bertenggek pagi petang bersosial. Kalau rumah batu besar2 bagi saya tidak ada nilai keindahannya. Haihhh macam nji saya kena segera dapatkan kemera ni.... Anak2 berlari lumba basikal lepas tu sengaja menjatuhkan diri masing2 bergolek dia atas tanah dan rumput adalah pemandangan hari2 di sini, kalau dulu Hani hairan sungguh tengok anak2 kampung tak berselipar sekarang dia pun sama, sukanya kalau dapat berkaki ayam dikampung.

Banyak sangat kalau nak saya coretkan, tapi memang indah kalau duduk dikampung, rasa masa macam tak bergerak, suka sangat saya tengok mak saya, jiran saya petang2 bakar sampah, suka saya tengok pasir halaman rumah yang putih tanpa sampah, selepas di sapu...juga kanak2 yang berlari, lepas tu sampai jer kat pokok rambutan rumah saya berebut masing2 menajata pokok rambutan tu....lepas tu mulalah mak masing2 menjerit marahkan anak2...yerlah rumah kami ni memang berkongsi halaman tanpa sempadan, kami pun tak tahu dimana aras batu sempadan tanah masing2 hanya harapkan pagar pokok bungan sebagai tanda tupun dua tiga tahun sekali beralih...tapi tak pernah itu jadik punca gaduh...
Posted by Hijrah1429 at 7/14/2008 01:41:00 PM 1 cetusan rasa
Labels: kampung
Khamis, Julai 10, 2008
Dunia kerja Vs belajar
Assalamualaikum w.b.t


Bila kerja kita rasa nak rest sesangat. Penat sangat rasa masa kerja tu. Tapi rupanya bila kita dah duduk di rumah, lain pulak rasanya. Boring pulak! Badan pun rasa letih jer. Dulu berkobar2 nak buat macam2 bila duduk rumah. tapi sebab badan macam tak sihat lagi ni, letih memanjang, macam tak cukup tenaga jer rasanya. tak tau dah nak buat apa, rasa boring pulak nak kerja balik pulak rasanya.


Masa kerja rasa sihat jer, betullah orang cakap, kalau kerja dan otak kita jalan memang badan rasa sihat tapi kalau bebaring jer macam saya minggu ni, memanglah letih badan...pagi2 hantar hani petang2 ambik hani. Tu jer kerja saya.


Masak pun tidak, mak jer masak simple2, saya ni tak selera makan nasik lagi, Makan buah jer. Pagi2 balik hantar hani saya dengan mak singgah kedai minum2 makan roti canai. Saya nak habiskan sekeping pun seksa woii. Teruk gak penangannya kalau tak selera makan ni,kan?


Hari ni baru 10 hb kan, ada 8 hari lagi pak haji balik rasa lama jugak nak tunggu 18 hb. Bila pak haji balik baru rasa meriah sikit. Barulah saya masak memasak kot. Bolehler buat2 kuih ker kek ker, dia takde ni takde mood nak buat, alau buat pulak sapa nak makannya. Lepas ni bolehler buat pastu bagi kat orang pejabat merasa...waaah bestnya bagi diorang menjeles saya boleh dok umah masak2...


Ok balik cerita hal belajar ni...


Minggu ni saya takde langsung kelas. Entah kenapa semua pensyarah takmo buat kelas minggu ni. Yang dua tu Prof Rahimah dengan Prof Rokiah ada Viva pelajar sarjana minggu ni. Minggu depan dua2 nak ke trengganu katanya, so minggu depan pun takde kelas jugak.


Tapi yang dua lagi tu prof Iran pun takbuat kelas jugak minggu ni, dengan sorang lagi tu lupa lak nama dia tapi ajar pasal undang2, dua2 nak mula minggu depan.


Semester ni ambil 4 paper. 2 paper tu jadualnya Isnin dan selasa 2-5 petang. Dua lagi pulak sepatutnya Rabu jam 9-12 dan Khamis jam 2-5 petang. Tapi ada yang minta tukar yang khamis tu bawa ke rabu petang. Pensyarah pun setuju, jadi khamis takde kelaslah.


So kesimpulan minggu ni takde kelas langsung, minggu depan hanya ada kelas hari rabu jer. Mudah sungguh hidup saya sekarang kan? Bagus jugak, takde habis minyak keter ulang alik. Kelas akan campur, tukar2 antara UKM dengan akademi di jalan Duta.


Semester 3 takde kelas langsung sebab kena buat tesis. Sebenarnya tesis kena buat dari semester 1 lagi. Semester dua pulak ada lawatan ke negara2 yang CPI nya rendah.
Keseluruhan 3 semester ni ada 36 credit hours dengan 24 unit kursus wajib, 6 unit kursus elektif dan 6 unit tesis.


Semua benda baru sebab ni kursus baru, pensyarah semua sangat bersemangat dan teruja nak share dengan kami, mereka pun terlibat dalam kajian tentang perspektif rasuah dalam masyarakat dan kali ni kami akan jadik perintis buat kajian tentang macam2 perkara berkaitan rasuah dan kajian ni nanti [ahaaa kononjnyalah] akan jadik rujukan bagi sesiapa yang minta hal2 rasuah ni.


Katanya ramai juga yang mohon pada UKM nak ikuti program ni tapi bila mengetahui pakej kursus ni mahal [kerana ada pakej kajian luar negara] dan semua yang hadir [9 org] ditaja oleh organisasi masing2 maka mereka surrender. Itupun yang daftar hari tu masih ada tak dapat hitam putih akan ditaja aau tidak. Harap semuanya dapatlah tajaan seab 9 orang ni pun dah tak meriah kalau kurang lagi mungkin tak syok belajar nanti....


saya risau gak bila fikir ada kajian luar negara ni, bukan apa takut halangan bahasa, english dah lah masih tunggang langgang lagi nak kena buat kajian pulak tu...sabar jerlah...negara mana pergi akan ditentukan kemudian. Tetapi semua negara dalam senarai negara maju belaka, Finland, Switzerland, dll.
Posted by Hijrah1429 at 7/10/2008 01:01:00 PM 5 cetusan rasa
Labels: surirumah
Isnin, Julai 07, 2008
The day 1
Assalamualaikum w.b.t

Segalanya lancar untuk hari ni. Alhamdulillah Allah beri kelaratan dan kesihatan pada saya hari ini. 3 hari demam teruk dan tak makan maka sememangnya saya tidak ada tenaga yang cukup.

Tetapi malam tadi 2 biji telur separuh masak [mak yg masakkan] dan subuh2 tadi lagi mak masakkan lagi 2 biji telur separuh masak. Saya juga minum 100 plus nak bagi tenaga. Nak makan nasi masih takde selera, saya makan buah2 jer.

Biskut kuarker Jacobs saya makan 2 keping dan dengan doa maka jam 7.00 saya terus bergerak dari rumah ke tol senawang. Tepat jam 7.45 saya dan keluar di tol sungai besi. Jam 8.15 dah sampai di jalan Duta. Program star jam 8.45.

Jalan pun tak jem mungkin sebab ramai dah naik motor utk jimat kos, "ada bagus jugak naik minyak ni, kurang jem di KL" [iyer ker?]<-- ini kata pensyarah saya di UKM tadi! Cerita daftar master tu saya cadang nak buat blog khas sebagai catatan harian saya buat rujukan saya nanti. Sebab dah tanam dalam hati kalau berjaya master ni, saya nak buat PhD bidang yang sama. Azam kena ada,kan? Apapun, beza cuti belajar denagn bekerja ni adalah semacam langit dan bumi. mau juga saya kejutan budaya ni! Yerlah saya pagi2 dah biasa bekejar boss panggil, tengahari dan petang pun macam tu, kejap2 meeting tergempar, kejap2 ada kes baru, kejap kena buat briefing...macam2 benda mendatang tanpa diduga. Tiba2 buat master ni, kelas 3 hari jer isnin sampai rabu. 4 hari makan gaji buta ker? Isu saya demam baru2 ni, saya rasa sebab saya melawan cakap pak haji, tulah bukan reti nak apply "sami'na waatha'na" [dengar dan taat]. pak haji pesan berkali2 suh saya ambik cuti, saya yang degil teramat. Konon nak tunjuk integritilah, nak tunjuk baik. Nak bantu seboleh mungkin sebelum pergi, sudahnya badan saya yang merana. Okay, lepas ni kena belajar balik taat dan dengar cakap suami ni, sebab apa berlaku kemudian hari kita tak jangka, allah bagi suami kat kita kan sebagai pemimpin, dan kita sedia jadik isteri adalah sebagai taat setia kita untuk patuh dan dipimpin suami selagi berada dalam kebaikan.... tapi jangan pulak ada yang cuba nak mengajar atau memimpin suami kalau dia buat silap, kena banyak doa dan mohon pada allah, melainkan apa kesalahan dia tu melibatkan syarak, kanalah kita bertindak, bagi hal2 furu' bukanlah tugas utama isteri untuk betulkan suami, hanya kita perlu tunjuk contoh jer supaya dia terkesan..macam dakwah bil hal... Waah waaah pandailak saya nak bardakwah...sajer nak ingatkan diri sendiri, berdakwah pada orang moga2 allah bagi kesan hidayah pada diri kita. Kena belajar cakap2 iman ni. Pak hj bila tau kelas 3 hari jer via sms, terus dibalasnya "lepas ni bolehlah tumpukan pada amal" hah! ambik sebijik! Ingat kot2lah dia nak cakap "lepas ni bolehler kita tumpukan pada projek buat anak!" Yerlah saya ni berkira2 nak menstabilkan hormon, nak jaga pemakanan nak ambik acid folic, nak ambik ubat subur sebab nak dapat master dengan nak dapat anak sekali kalau allah izinkan dalam tempoh setahun setengah ni, rupanya pak hj punya mision jauuuuuhhhhh sangat. Misi alam kubur tu..misi ke syurga. Letih dah dia kot sebelum2 ni asyik dok lewat solat, alasan meetinglah, ada operasilah, aanak buat hallah. Suh mengaji mata mengantuklah, sibuk nak amsaklah...haha macam2 alasan tuuuu....sekali ni, mesti takde alasan lagilaaahhhhh...akhirnya saya akan menjadi taat patuh dengan suami saya...harap2 nya saya buat ikhlas kerana Allah..suami penggalak jer... Oh ya...saya dok terpikir2 ni hal giliran...sekarang saya ada 4 hari free, khamis dan jumaat sabtu dan ahad saya akan ada 24 jam di rumah. Macamana pak hj nak bagikan giliran? Sebelum2 ni aza dapat 4 malam, saya 3 malam, weekday semua dia dapat, weekend jer giliran saya, tapi kali ni saya nak tengok apa pak haji nak buat? tapi dalam hati saya instinct saya mengatakan dia akan kekal giliran macam sekarang....tak percaya? kita tengok nanti... Dia takut dengan aza...tu kenyataannya...mesti dia tak sampai hati nak duduk dua hari khamis dengan jumaat tu kat sini, kemungkinan dia takmo aza mengamuk dan dia pening ataupun dia takmo anak2 sana jadik mangsa amukan aza jadik biar dia yang korban...saya? Saya mana pandai mengamuk....biasalah saya tetap cool..bebel jer lah, lain2 dia boleh atur saya ni...kira boleh kow team... Yang nak kena jaga betul2 mak buyung tu...lepas ni kalau dah bersalin, lagilah pak hj kena banyak duduk kat sana,kan? Pak hj pulak lagi senang hati tinggalkan saya dengan hani sebab mak saya duduk sini sekali. Kira2 dia anggap saya happylah sebab mak sendiri ada samakan? Yerlah saya ni kan anak bongsu..walhal takde manja apapun! pak hj jer lebih2 ingat saya manja dengan mak saya macamana aza manja dengan mak dia kot!... Tapi misi saya nak dapat anak tu saya kena fight betul sebab peluang yang ada ni sekali jer datangnya. Lepas ni dengan umur bertambah dengan kerja bertimbun,,lagilah payah...ntah2 aza sekali lagi sempat beranak lagi pulak... takper..tu kerja Allah rezeki masing2..tapi saya yakin allah bagi tu berdasarkan apa yang kita nak...sebab aza walaupun dia ada kata dia taknak anak buat masa ni, tapi satu ketika dulu mungkin dia dah lupa kot, dia pernah cakap dengan saya dia nak dapat 4 anak lelaki, sebab nak cukupkan kuorom angkut keranda dia ke kubur. sekarang dia ada 3 naka lelaki, sorang lagi tak cukup, mungki allah bagi anak lelaki kat dia kali ni...sebagai memenuhi doa dan harapan dia...maka saya pun nak ada impian jugak...
Posted by Hijrah1429 at 7/07/2008 08:55:00 PM 3 cetusan rasa
Labels: anak, madu, master
Ahad, Julai 06, 2008
Demam
Assalamualaikum w.b.t


Saya demam sejak Jumaat lagi. lama tak demam sekali demam ni teruk benar rasanya.


Tak taulah esok macamana, kalau ikutkan rasa tak larat nak ke KL esok untuk daftar. Nak ke klinik memandu kereta pun tak larat.


jam 10 nanti insyaallah nak sedara dari UiTM s. alam datang hantar kereta saya nak suruh dia bawa saya ke klinik.


Dari Khamis malam saya tak makan apapun. baru semalam makan sesudu dua bubur dan sekeping dua biskut.


Macam tak caya jer bila timbang berat saya turun mendadak 5 kilo.


Memang saya bercadang nak turunkan berat badan sebelum mula belajar ni tapi tak sangkalah plk nak kena demam macam ni.


Semua sendi2 sakit sangat. Kepala pusing + berat tak tertanggung rasanya.


pak haji tau saya demam dia gelak2kan saya. Dia sms "cian..demam rindu ke?". Tapi kejap2 dia call tanya khabar saya.


Bila saya kata esok tak larat nak drive dia siap dah call anak tiri saya yang sulung tu, Thoha untuk ambik saya esok. Ehh tak maulah buat malu jer...apalah dikatanya nanti, mak tiri tak berdikari pulak.


Takpe biar saya bersusah, asalkan tak menyusahkan orang sudah! Nanti2 kalau dah tak larat dan perlukan bantuan dia bolehler, lagipun setahun setengah lagi saya di KL mesti ada benda yang saya akan perlukan dia nanti.


Hani masih terus sekolah. Saya pergi ke pejabat sekolahnya menyatakan yang hani nak diberhentikan kemudian mereka beri say satu senarai nama pengusa bas/van angkut budak sekolah. Akhirnya ada satu kakak nama MAMA yang duduk deoan taman saya ni setuju nam ambik hani, tapi pakej hani saya tukar pagi ke tengahari jer.


Tengahari dia akan balik sebab makwe ada rumah takdelah makwe boring duk sorang. sekarang ni makwe ada duduk sama kami. legalah saya mak saya setuju duduk sama. Harap2 setahun setengah ni cepat berlalu dan takde apa masalah yang mendatang.


Duduk menaip sekepaj depan pc ni pun dah rasa tak larat dah. tengkuk sakit, pingang lenguh, kepala pusing. Ayah kata baguslah demam tu, "kifarah dosa2" ha'ah memang banyak dosa pun tu pasallah teruk benar demam sekali ni. Lagipun minggu lepas saya turun naik hospital banyak kali atas urusan rasmi...
Posted by Hijrah1429 at 7/06/2008 09:28:00 AM 2 cetusan rasa
Labels: demam
Rabu, Julai 02, 2008
Yang negative saja!!!! + 18sx
***hanya bacaan untuk wanita sahaja***


Assalamualaikum w.b.t

***en wan dan en johari..sila jangan baca okay!!!***



Seminggu ni bila balik rumah, rasa nak marah jer. Nak marah takde sapa nak marah. Kan saya duk sorang kat rumah ni dari jumaat lepas lagi. Boring okay! Tapi apa daya??? Sengaja saya yang carik pasal, ada anak bagi balik kampung, patut saya balik kampung weekend lepas tengok dia tapi kepala pening + kerja pejabat masih ada.






Tapi otak ni jahat jugak, dah takde sapa nak marah, maka marah saya tu tersasar kepada Pak haji. Marah sebab kenapa dia keluar lama sangat. Sebenarnya saya biasa dah kena tinggal 40 hari nih tapi kali ni rasa panjang sangat tempoh masanya. Tiap2 bulan pun kena tinggal 3 hari, selalu sangat dah....






Kalau dekat saya dah gamit dia pulang. Skil nak pujuk dia pulang tu kacang jer. Gerenti dia balik kalau saya pujuk tuuu. Tapi kali ni kat Besut. Jauh sangatlah pulak.Tapi bulan 12 2007 dia 40 hari ke Miri saya okay jer, merengek2 manja tu dia biasa dah, lepas tu dia 40 hari ke Johor, dapat gak saya pujuk dia balik semalam sepanjang 40 hari tu. lepas tu 40 hari ke Grik, masa ni saya okay jer...lagipun masa tu sukar nak berhubung dengan pak hj sebab takde line hp.






Tapi kali ni hampir2 saya nak beli tiket nak ke Besut semata2 nak 'jumpa' dia Kes berat sungguh ni...tak tertahan sangat dah rasanya nak jumpa suami ni. Peliknya, kat pejabat okay sahaja, bila balik umah takde orang tu meluap2 rasa geram kat pak haji. rasa nak nangis pun ada. Sudahnya saya sms kaw2 kat dia....saya kata, tak patut tinggalkan isteri lama macamni, dera batin isterilah, saya ni kan ker hari2 kerja mengadap 'laki orang'..bahaya abang buat saya selalu macamni...






Pak haji kalau macam tu saya sms, dia balas sms juga, pendek jer dia balas tapi penuh makna..."kalau nak datangler..." tak ker mengarut tu..mana dengan kerja, mana dengan bajet, dah tu sampai ke sana, apa lak karkun2 lain kata nanti? Suker2 dia jer...suh datang booking hotel...hishhh saya pun ada malu gak...






Tapi dua tiga malam ni, saya dah malas nak layan pak haji, marah punya pasal...[walhal suami buat dakwah isteri dapat pahala yang sama gak] tapi syaitan dan nafsu ni yang mengada2 menggoda dan mengusik saya. Pak haji call saya pandang jer tak jawab...dah tengah2 malam [agak2 dia dah tido] baru saya sms, saya kata call pun apa dapat, dapat dengar suara jer..lagi buat saya geram.






Bila bangun pagi2 sebelum subuh dia balas jugak, selalu subuh2 dia balas yang baik2 sahaja agaknya nak dakwah isteri dia nilah, "belajar bersabar, kalau abang mati pun nak kena tunggu jugak 4 bulan 10 hari baru dapat..."




Itu kes kalau abang mati, ni sah2 abang hidup!!! saya tak balas pun. Agaknya dia pun pelik napalah saya tak call dia sekalipun 3/4 hari ni. Dia ada jugak call saya hari2 tapi entah kenapa setiap kali dia call saya mesti ada dengan pengarah, takkan nak jawab, saya kalau jawab pun, pendek jer saya kata, "nanti wa call abg balik, tengah meeting ni"...






Saya rasa dia pun faham kalau office hour kenapa saya tak dapat jawab, cuma malam2 tu dia mesti pelik, sebab saya sorang2 kat rumah takkan awal [10 malam] saya dah tido,kan? tapi geram punya pasal malas saya nak layan pak haji ni. Kalau cakap pun, benda sama jer, dia mesti marah saya, napa tak ambik cuti lagi, apa yang sayang sangat nak tinggalkan pejabat tu...cakap jer dengan OC saya nak cutiii...benda2 tu jer yang dia leterkan saya...






Saya pulak geram lagik kat dia, saya nak sambung belajar ni, nak gak share kegembiraan dan nak buat apa2 perancangan untuk tempoh setahun setengah ni kalau dia ada kan ker benda jadik lebih senang, ni dia kat sana, saya jer terkontang kanting kat sini...nak cakap panjang2 berdebat bertekak semua via hp memang saya tak suka, rasa tak puas, biar saya cakap depan2 nampak riak muka dia apa semua...






Kadang2 rasa macam ibu tunggal [tinggal?] pun ada. Bila dia baik dengan saya terasalah ada kewujudannya, bila jauh gini rasa malas nak berlaki jer... saya dah cukup faham dah diri saya ni, makin lama tak jumpa pak haji makinlah saya rasa jauh dan takde bergantung perasaan kat dia, dan dia pun tahu tu...






Kiranya kalau lebih lama lagi dia takde maka boleh jadik saya lupa terus kat dia jer nih! Tapi tulah masalahnya, kerja saya ni sepanjang2 masa kat pejabat tu dengan lelaki sahajaaaa....kalau 10 jam masa kat pejabat tu rasanya 8 jam saya bersama dengan lelaki2...berbincang, bertekak, bermesyuarat, keluar makan/minum, bergurau, bergaduh dll semua dengan lelaki. Ada 34 orang siasatan, 3 jer pompuan.... memang sah2 saya dengan diorang jer lah, terutama 4 Senior investigation officer [sio] tu... dan lelaki yang paling kerap saya jumpa sapa lagi..pengarahlah...sio 4 orang ni rajin menyakat saya diorang tolong kirakan hari sampai pak hj balik....kalau saya naik angin ker marah ker dlm meeting, mesti diorang kata, "alaah takper sian kat KUS..pak hj kuar 40 hari tu...kami faham..." gerammm jer saya kat diorang ni...






Hari ni ke hospital dengan pengarah pastu pergi lunch...sib baik ada sorang SIO joint takdelah janggal berdua jer, w.pun SIO tu jenis ada macam takde tapi kira okaylah...semalam lunch dengan 4 SIO tu kira saya belanja diorang makan tengahari untuk kali terakhir sebelum saya chow...sanggup tu diorang tunggu dari 9 pagi [patut b.fast] tapi sebab masa nak pergi saya kena panggil dengan pengarah, diorang tunggu saya sampailah 11.30 [terus lunch] baru ler saya dapat keluar pastu kami berlima ke hospital pulak, konon balik nak minum petang , tapi boss dah call carik saya lagik...






petang jam 6.15 dah nak start enjin motor ada lak peg lari2 panggil saya kata boss carik lagi, dengan handbag saya mengadap masuk bilik dia...pastu lepas bagi arahan gitu gini call sana sini[rentetan jumpa boss lah mesti ada tugas baru kan] barulah saya dapat nak balik....tengok2 masa basi basa dengan pengawal pasal motor anak buah saya tu, boos pun nak balik gak ada kereta dia belakang saya ...sebelum dia nampak saya, cepat2 saya pecut keluar...






hari ni jam 11 lebih tadi lepas mesyuarat dengan pengarah saya memecut motor ke pejabat pos, nak ambik rebat tunai tapi lepas ambil no giliran, PA boss dah call boss carik, tengok ada 300 lebih nombor sebelum saya, saya balik jer terus mengadap boss. Lepas bincang2 kes, dia ajak gi hospital lagi, dalam pasa nak pergi hospital ada plak panggilan urgent HQ, gitu gini 12.45 baru gerak ke hospital, rupanya dalam kereta dia tanya saya, "salwa, u naik motor ker"..alamak..dia nampak rupanya..malu weiii...saya kan sopan santun jer...






Masa kerja saya tersangatlah terkejar2nya, disaat2 akhir ni pun saya tetap rasa dihargai, bila boss panggil saya maksudnya dia perlukan saya, menyebabkan saya nak blah pun rasa cuak jer. Hari ni barulah bila berbincang dengan saya dan dia panggil sekali sorang sio yang akan take over kerja saya nanti supaya dia tau perkembangan satu2 kes. Cumanya, sebab saya ni pompuan, jadik takutnya tu lebih [sebab saya taknak timbul masalah kemudian] kalau boss panggil tu TANPA GAGAL saya akan hadir secepat mungkin...teramat jarang kalau PA call saya suh jumpa boss saya kata tak boleh atau saya keluar....tu yang mahal tu...anytime dia nak tanya apa2 kat saya, maka saya ada..cuma masalahnya kalau saya jawab "tak tau" atau "ohh saya pun terlepas pandang' masa ni dia akan berubah air muka...semua kena hujung jari...kalau sisatan 50 kes, semua kena ada dalam kepala...sebab HQ ni suka call ikut suka2 dia nak suh brief apa2 case...






Alamak terlebih sudah cerita hal kerja..maklumlah hari2 macam2 berlaku, takde satu pun kes yang dihandle tu sama, jadik hari2 ada pengalaman baru, hari2 ada pengadu baru, hari2 ada surat layang baru, hari ada jer perkembangan kes yang disiasat anak buat ada masalah, jadiknya sayalah perantaranya utk kemuka masalah tu kepada boss dan selesaikan diperingkat anak2 buah. Minggu lepas paling saya gelak besar, anak buah saya tunjuk satu saksi yang terus jadik gila lepas dia kena soal siasat dengan budak2 saya..rupa2nya memang dah ada surat doc pun, kami jer tak tau...kelakar sgt sebab masa saksi tu stress peg saya sorang tu dia panggil doc, sorang jadik cikgu utk tenangkan saksi ni kenalah budak2 saya menyamar...kelakar betul tengok video klip tu...






Haaaiii macam2 lah kerja ni..sedih woo dan tinggalkan kerja ni..hidup saya selama ni adalah kerja....walaupun saya kutuk2 jugak kerja ni tapi jauh di dasar hati saya, saya suka sebenranya kerja ni...banding dengan bahagian2 lain dalam jabatan saya ni, paling mencabar adalah siasatan dan perisikan. Dua ni adalah hard core business. Semalam dalam sibuk2 tu ada termasuk satu panggilan dari orang awam..paling menyentuh hati saya [selalu gak kena marah dengan public sbb harapn diorang tinggi pada kami, tapi kadang2 bukan bidang kuasa kita takleh ambil apa2 action] dia sungguh2 memuji saya atas penerangan saya terhadap dia, apa bidang kuasa, apa bentuk tindakan, apa cadangan saya pada kes dia tu, apa yang kita boleh offer kat dia dll. Dia kata dalam usia dia 50 an inilah kali pertama dia berpuas hati dengan layanan pegawai kerajaan...dan dia tak sangka yang saya boleh jelaskan dengan baik dan katanya beginilah pegawai awam yang diperlukan...cehhh bangga dan terharu sungguh saya...sehingga katanya kalau dia lalu off saya dia nak drop by kat pejabat nak jumpa saya...






hahahhhh.....dah lepas dah tension kat pak haji...cerita merapu bila dok sorang nilah kerja saya sebelum tido mengadap pc....dua hari jer lagi saya kena gi office, esok ada makan2 raikan saya nak blah....takde hadiah sebab takde keluar surat transfer.....maknanya abis belajar balik sini lagilah gamaknya....
Posted by Hijrah1429 at 7/02/2008 09:28:00 PM 3 cetusan rasa
Labels: Periuk Nasi, suami
Selasa, Julai 01, 2008
Kisah kasut dan beg dan saya....

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni saya balik rumah dari pejabat naik motor. Anak sedara saya, Along hantar motor tu tadi, lepas tu dia balik naik bas, ahad nanti datang naik kembara pastu bawak balik motor tu ke UiTM S. Alam. Merc 'buruk' pak haji tinggal kat parking pejabat. Jimat minyak....Best...best lama sungguh tak naik motor, dapat bawak motor rasa syok pulak! Syok dapat menyelit sana menyelit sini, potong sana, potong sini...kejap jer dah sampai umah, sebelum tu singgah pasar malam senang jer nak parking...cuma masalahnya segala mala barang ~handbag~ kenalah bawak, kalau keter boleh ajer ditinggalkan!

Kekadang saya ni malas pergi balik kerja nak bawak handbag. Saya kadang tu bawak purse jer pergi balik pejabat. Hangkut beg pun bukan ada aper khazanah dalam tu. Takat nak menayang tu tak koser saya. Lagipun saya tak bersolek, hp pun saya sumbat jer dalam purse tu. Sib baik hp murah2 jer, muatlah disumbatkan....





Segala mala hand bag saya yang merepek2 beli dulu2 tu semua saya letak kat off, kalau nak keluar menyiasat ker ada appoinment atau ke court baruler saya bawak hand bag ....sebab masalahnya saya ni pulak kalau bawak handbag tak reti bawak handbag yang kecik2 letak bawah ketiak tu, lemas, saya punya handbag punyalah gedabak besar, semua orang tegur..lantakler...asal saya suker sudah...macam2 boleh sumbat tau...cuna tengok bawah ni bandingkan saiz beg tu dengan purse dan selipar tu, dah tu banyak sungguh ruangan didalam beg tu....suker sungguh saya beg ni...







Kalau tak bawak handbag ni kemana-mana saya mesti bawak document bag ni...semasa urusan rasmi sahaja beg ini digunakan...selain dari itu mintak maafler...bawak2 beg ni menyusahkan ajerr...beg ni pun takdelah besar sangat macam beg2 doc yang lain, kira ni khas untu pompuan jer, lagipun beg ni boleh disangkut di bahu, dan juga sesuai disangkut ditangan jer...beg ni murah sikit dari handbag atas tu...saya beli serentak beg ni, walaupun mahal [mahal bagi sayalah ni, tapi berbaloi dan alah membeli menang memakai]










Segala mala hand bag saya sebelum2 ni semua saya letak kat off, tiga beg ni jer saya guna sejak dua tiga tahun ni, hand beg gedabak tu, doc beg tu dengan purse tu~~~ lama gak dua beg tu saya dah pakai, cuma purse tu jer awal tahun ni saya beli lepas saya jemu dengan purse bonia yang 8 tahun saya pakai tak rosak2...tiga2 beg ni jenama HILLY ...semuanya saya rasa berkualiti...sesuai dengan saya yang lasak dan cepat benda 'terjahanam' kalau saya yang gunakan!!! Harganya tiga2 dibeli semasa ada potongan, kalau tak doc beg dengan hand beg tu haruslah terpksa saya keluarkan kos lebih seribu...tapi berbaloilah sebab dah 3 tahun pakai maaaa....setia tuh!




Saya ni kalau ada appoinment atau ke court baruler saya bawak hand bag....sebab saya ni tak reti sanhat sebenarnya bawak handbag, terutama handbag kecik2 tu lemas, saya punya handbag yang kat atas dengan purse tu punyalah gedabak besar, baik beg duit baik beg tangan dua2nya besar, mula2 dulu semua orang tegurkan beg saya tu..lantakler...asal saya suker sudah...beg duit tu hp dan kunci keter pun boleh disumbatkan...jimat gituuuu....takdelah tercicir...






Tapi,...bila lama2 ramai sangat yang tegur beg gedabak saya tu saya pun naik bosanlah pulak melayan soalan2 tu, terpaksalah [murah2 jer] saya beli satu handbag baru, ni beg kat bawah ni, beg hitam putih guess ni khusus bawak ke court, hitam putih kan..harus saya sepasangkan dengan baju dan kasut kan...









Kalau begnya dah tunjuk, kat bawah ni kasut saya ke court pulak. Lepas ni tak pakai lagilah kasut ni jawabnya. Sebab dah tak ke court lagi...kalau pakai kasut ni [atau mana2 kasut tinggi lain wajib balik malam saya sakit pinggang!!!!~~~~bengang sungguh takleh bergaya langsung!!]





Hah...kasut tinggi ni setakat bergaya untuk pakainya kat bawah meja jer, bukan orang nampak pun....tapi kalau saksi tu sessi soal dan soal balas dia panjang terseksa saya kalau pakai kasut ni...dahlah kena berdiri pastu berjalan pulak bila nak tender apa2 doc ke mahkamah kenalah berjalan hantak ke kandang saksi, hantar ke hakim...tapi sebab nak bergaya punya pasal...hentam jerlah...lagipun bila pakai kasut tinggi ni terasa keyakinan diri tu bertambah...ntah iyer ntah idak kan...tapi gituler kata pakar2 ,kan?...
Kalau dah sakit pinggang, balikler ke kasut asal ni, nilah sandal basahan saya untuk harian, pergi balik kerja, gi shopping ker, gi pasar ker inilah yang saya pakai, dah 3 tahun pakai dah ni...tahan sungguh sandal scholl ni...ambik air wudhu' pun saya bantai jer pakai sandal ni...hahaaa...



La ni sandal ni sebelah kanan dah merekah dah kat tepi...macam suh beli baru jer nak start sekolah balik nih! Ke mana2 pun saya bawak sandal ni tau..penyelamat sungguh...sandal bisa yang takde bijik2 tu tak jalan utk saya, tetap sakit pinggang, hanya sandal scholl nilah yang saya suker sangat2...macam kena urit tapak kaki saya kalau disarungkan....sungguhpun rupanya sangatlah hdoh dan buruk..tapi khidmatnya sangat cemerlang... tetap jugak saya pakai dan lepas ni kena beli sepasang lagi..


Hah..ni pulak kalau jalan atau out station atau kursus saya guna dua beg ni, takde saya bawak2 handbeg, kalau nak bawak pun saya sumbat jer handbeg kecik kat dalam beg tu. Senang bawak beg sandang belakang pastu beg pakaian. Kadang2 beg trolly tu nampak besar sangat tulah pasal saya suka beg baju dengan beg sandang BONIA ni...simple and nampak ada style. Takdelah nampak sarat marat dengan begnya, dua ni pun dah cukup...





Kalau gi kursus atau ada apa2 acara yang melibatkan berjalan banyakpulak sah2 saya takleh pakai kasut tinggi [masih isu sakit pinggang + tumit] bukan sebab gemuk tapi sebab saya pernah jatuh tangga semasa umur 7 tahun kesannya sampailah hari ni. Kalau nak pakai sangat yang tinggi saya kena pakai yang jenis 'buut' yang sederhana tinggi dan tutup kaki penuh takdelah jenuh nak gayakan dan kontrol cara berjalan...macam sandal tumit tinggi lain tu...jadik bagi acara yang perlu kelasakan maka kasut kat bawah nilah yang saya guna.

Sandal scholl ni pun panjang sungguh usianya dah...rasanya dah 4 tahun saya guna, siap dah hantar repair ke kedai untuk jahitkan tapi memangler tahan dan selesa kasut ni. Setakat berlari2 dan turun naik tangga pejabat kasut ini sangatlah menyokong pergerakan saya yang pantas itu...saya memang suka dan terpaksa berlari2 kadang2 [selalu sebenarnya] untuk mengejar masa, so kalau pakai kasut ni maka bertambahlah cergas saya ke sana ke sini....kasut ni pun macam tau2 jer saya nak cuti belajar, dia pun macam dah nak mintak dipencenkan..buruk sangat dah...




Rasakan hari ni macam tak berilmiah langsung entry ni, suka2 jer saya buat sebab saya tengah bersih2kan PC ni belek2 gambar2 lama, kategorikan gambar2 sedia da, senang saya nak rujuk nanti..maka terjumpa lak gambar2 ni...hari ni patutnya nak cuti nak buat medical check up tapi tak sampailah ati pulak....ada kes2 urgent kena urus sebab boss besar saya tu makin saya nak start cuti ni makin galak memanggil saya mengadap dia...
Camana saya takde nanti, mahu tersasul dia cakap kat PA...."zura..panggil KUS" sebab hari2 tu jer ayat dia...kecik ker besar ker bendanya mesti panggil saya...ada akak kat office tu cakap...camana Puan salwa takde nanti...sapalah jadik 'mangsa' yang asyik kena panggil mengadap jer...kesian gak nak tinggalkan sebab post saya ni takkan diisi buat masa ni...makanya beban kerja saya tu terpaksalah ditanggung oleh peg sedia ada yang masing2 dah ada tugas hakiki masing dan dah ditetapkan SKT nya...sian jugak saya fikirkan...

Tu jer bebelan saya hari ni....esok boleh ambil rebat tunai, tadi sibuk bangat...
p/s: saya ni pun sibuk gak ikuti perkembangan politik negara yang makin menarik....anda macamana?
Posted by Hijrah1429 at 7/01/2008 09:20:00 PM 3 cetusan rasa
Labels: tentang saya
Ogos 2008 Jun 2008 Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

No comments: