Thursday, December 11, 2008

Mac '07

skip to main skip to sidebar
Saturday, March 31, 2007
Apa lagi harus kuberi buat memuaskan semua?
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.t


Rupanya kalau kita menjadi isteri dan kita sesuka hati membantu keluarga kita tanpa meminta izin suami, akhirnya memakan diri dan pada akhirnya boleh manjdi krisis dalam rumahtangga. Itulah hikmah agaknya dikatakan syurga isteri itu di tapak kaki suami.


Agaknya sifat kepimpinan pada seorang lelaki yang bergelar suami itu memang dianugerahkan Allah untuk memimpin seorang isteri hatta isteri itu berniat dan cuba membuat khidmat bakti pada ibubapa sendiri. Patutlah dikatakan kiranya ibubapa isteri meninggal dunia sekalipun sekiranya tidak dapat izin menziarahi dari sang suami maka patuhilah arahan sang suami.


Juga dikatakan kalau dijilat darah dan nanah yang mengalir dari hidung suami oleh sang isteri maka belumlah lagi tertunai tanggungjawabnya, juga kalau darah dan nanah mengalir di tapak kaki sang suami dan disapu dengan pipi sang isteri yang licin dan putih berseri juga belumlah lagi terpenuh tanggungjawab sang isteri.


Begitulah beratnya analogi perbandingan sang isteri.

Jadi apalah kiranya saya mahu berkecil hati?

Perlukah saya menangisi diri selepas dimarah suami?

Patutkah saya persoal kenapa saya juga yang disalahi?

Wajarkah saya menyembunyi bantuan yang diberi ...

Pada insan yang menzahirkan saya dimuka bumi ini?

Sehingga saya pula menjerut diri?

Dikiri ibubapa...dikanan suami....

Mana satu perlu saya dahului

Sudah tentu sang suami, kerana syurga saya ditapak kaki

Pada ibubapa takkan saya nak lupa?

Korban saya sedikit amat banding korban mereka

Hampir sebulan hujung minggu saya korban balik ke kampung

Dua bulan gaji ke sana banyak juga di labur...

Apalah kiranya mahu dikenang...

Semua itu sementara sahaja...

Tapi kesannya suami terasa...

Nak bantu dia pula tersekat2 sahaja....

Tak dapat wa tolong abang lebih2 sebulan ni....

abah wa sakit....wa tau, abang terasa...

Wa ni lagilah....telan mati mak, luah mati bapak...

Suami nak bantu, mak abah nak hulur...

Sara diri sendiri dan Hani dah tentu...

Sampai pulak masa bulan ni 2 tayar perlu berganti...

Perut nak diisi, hutang piutang pulak ada yang sangkut lagi....

Cukup2 jer bulan ni...

Sesungguhnya naik gaji dan naik pangkat tahun ni ada mesej tersembunyi....

Kiri dan kanan dua2 nak dibantu....

bantu sini lebih, yang sana terasa....

Tau ker apa yang wa beli untuk diri sendiri dan Hani...

Takder apa2!!!!! Sekadar makan sehari2....

Sabarlah sementara waktu....

Bagi wa settle beberapa perkara tertangguh...

Wa akan korban selagi mampu...

Bukan senang menjadi diri ini...

Cubalah mengerti...

Abang....kenal wa dari dulu....

Mulut sahaja laser....tapi wa tak niat nak sakitkan hati abang

Air mata wa sebagai saksi....wa takde jawapan ....

Untuk semua pertanyaan abang....tentang wang....

Sebab wa tak boros....wa tak membazir....

tapi nak bagitau abang satu2 perbelanjaan...wa takde kekuatan....

Untuk sediakan jawapan kiranya abang menentang...

Keputusan wa menghulur bantuan...

Pada mereka yang banyak berkorban dulu...

Kemudian baru abang datang....

Hidup wa memang begini...dari dulu...

Itulah wa sanggup jadi isteri kedua...

Sebab wa ada komitmen lain...yang wa harap abang mengerti...


Ps : Saya baru balik dari perarakan maulidur rasul. Aduuuh penatnya subuh2 lagi dah ke pejabat, berkumpul. Sekarang ni pun di pejabat. Hendak mengambil Hani yang saya hantar pagi2 tadi. Cadangnya hani nak dibawa ayah ke PD semalam, bermalam di sana dan malam ni balik semula ke sini ikut ayah yang datang bermesyuarat di sini tapi entah kenapa agaknya tak mau mengikut ayah.


Puas dipujuk, ammie jga yang nak diikut.
Hari Rabu, saya yang masih kursus rasa kesian pada Hani bila dengar suara dalam telefon yang akat kenapa ammie ambik kakak lambat niii....??? So saya bincang dengan ayah, ajak ayah datang sekali dengan hani malam ni, bermalam di hotel. Ayah setuju. Jadi saya petang tu turun ke S'ban dan ambil ayah dan Hani, jam 10.30 malam tu saya bertolak semula ke KL. Sampai dalam jam 12.00 malam.


hani tertidur dalam perjalanan dan bangun bila dikejutkan saya di parking hotel. Punyalaj dia mengamuk sakan takmo turun kereta dan naik hotel...sampai ayah pun naik suaralah....tanpa ada sebab dan tanpa ada punca...dia mengamuk juga. last2 saya cangking jer dia bawak naik dahlah bilik tgkt 15. Sepanjang jalan menjerit2 sampai petugas hotel pun tolong pujuk...tak jalan.


Sampai bilik ingat nak pujuk buat susu, carik punya carik bekas susu takde...pelik? Sebab tadi memang sah dah masukkan dan ayah pun ada pesan ingatkan, memang ada saya siapkan. Tanya punya tanya rupanya Hani mengaku yang dia dah kelurkan. manalah pulak nak carik susu tengah2 malam ni. saya dok fikir 7-11 jerlah...so suami cakap takpe biar dia call angah, anak tiri saya yang memang dduk di KL, bila call dengar suara pun tau dia dah tidur. malas nak kacau so saya cadang nak menyusur jalan carik 7-11 jer....


Tengah nak siap2 tu, En R, pegawai yang sama kursus ngan saya pulak call ajak minum...dia tak tau saya dah balik s'ban dan dah datang balik pun bawak anak dan suami....cepatlah saya mintak tolong kat dia, belikan susu anak. Hj tak makan lagi masa ni, patut saya nak carik kedai mamak jer, pastu dah En R kata dia nak gi makan saya kirim jerlah bihun goreng 2 bungkus kat En R. Syukur alhamdulillah ada yang nak bantu...


Dalam jam 1 pagi En R dah dah bunyikan bilik...dengan bihun dan susu hani tin kecik...yerlah En R pun last day dah tu, start 1 april dah kena pindah JB....lagipun saya tau dia boleh diminta tolong cuma hj tak selesa saya mintak tolong orang lelaki tengah2 malam...tak elokkan. Sib baik En R ni duda....


Malam tuh, banyak adegan haru kami tiga beranak, kira sessi muhasabahlah, ayah jadik hakim, kami dua bagi keterangan...saya dan hani dua2 emosional, kejap dia nangis, kejap saya nangis...bila saya cakap kat ayah, hani dera saya...dan-dan tu Hani cemik bibir dan nangis sayu nye muka dia...saya pulak bila citer kat suami apa2 yang hani mengamuk sbelum2 ni pun nangis jugak kat ayah...


Bila ayah tanya kat Hani, napa buat ammie..tu pun hani nangis jugak, dah insaflah tu agaknya...macam faham sangat apa yang kami dua dok bincangkan...alhamdulillah lah kalau faham. La ni nampak gak perubahan dia...bila nampak ada tokoh nak mengamuk jer cepat2 saya ingatkan dia....kata kat hotel hari tu taknak mengamuk lagi...sayang ammie, sayang ayah...


Masa sessi nih, hani dok melekat jer belakang saya....macam malu2 dengan ayah...yerlah semua salah dia saya bagitau ayah....pastu adalah sekali tu...ayah cakap ..." alaaahhhh saaayaaaang anak ayaaaahhhh...., meh kat ayah meh..." punyala sayu hati dia lagilah kuat tangisnya mendayu jer tengah2 malam tu...


Last2 ayah dan Hani makan sorang sebungkus bihun tu, saya perhati dan layan dua beranak ni, dan kami nonton TV sama2, pastu esoknya pagi2 saya dah cari gerai makan, belikan ayah dan hani sarapan.....dan lepas tu Hani tinggal dengan ayah dan saya sambung kursus....petang khamis tu kami pun balik sban. Saya syukur sebab nampak Hani gembira...cuma ayah tak taulah boring ke tidak terperuk kat bilik jer....


Semalam, Jumaat, saya janji nak belikan ayah sarapan, tapi taulah kalau dah masuk pejabat, bukan boleh nyorok atau mengulau...kena masuk mesyuarat, Selasa dan rabu depan menmbak, saya ketua JKuasa makan...sib baik dah pesan ajk2 lain aturkan just briefing jerlah...dan buat adjustment sikit2. Sampai rumah dekat2 jam 12 terus masak nasik, kuarkan ikan... masa ni hj dan lain macam dah..member dah lapar....ubat tak makan lagi...


Disitulah bermulanya perkara2 lain....ada perbincangan, ada air mata yang gugur...."kalau rasa tak mampu nak buat janganlah janji..." itu kata2 yang masih terngiang2 di telinga saya sampai waktu ini. Kata2 itu merangkumi banyak perkara2 sebelum ni, bukan sahaja isu tak belikan sarapan....


Saya masih sedih..entahlah dulu kalau kena marah boleh jawab balik..jelaskan...walaupun kena marah balik tapi puas hati, sekarang ni tak mampu nak buat camtu. Tak sampai hati. Saya takut hj lagi marah dahlah dia memang sakit...lagi sakit pulak nanti...so diam dan ngaku salah dan menangis jerlah...wlaupun dalam hati...macam2 nak berhambur keluar tapi tak keluar...air mata jer keluar....sampai saat ni dia tak call/sms saya dan saya pun matikan diri jer...nasik saya masak semalam pun tak dimakan, dia makan roti jer...minum air kosong...tanda protes agaknya!

itula semlam hilang semangat! Korban takde nilai...hanya allah membalasnya...
Suara hati dan pemikiran siti detik 3/31/2007 11:45:00 AM 11 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


**********************************

Friday, March 30, 2007

Satu tahap

BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.t


Sampai satu tahap kita rasa kita 'buntu'Sampai satu tahap kita rasa kita nak berhenti buat sesuatuSampai satu tahap kita rasa lemahSampai satu tahap kita rasa cukuplah...Sampai tahap ini kita mahu sesuatuSampai tahap ini kita fikir cukuplahSampai tahap ini segalanya tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata lagiSamapi tahap ini saya rasa speechlessCukuplah BerhentilahHingga...Sampai satu tahap lagiTahap dimana semangat ini pulih kembaliTahap dimana saya bersemangat semulaTahap di mana saya boleh selesaikan semuanyaSesungguhnya saya tidak ada kata-kataSesungguhnya lutut dan badan saya lemah semuanya


Sesungguhnya ramai yang tegur saya tidak bermayaSesungguhnya mental dan fizikal saya seperti rasa dideraCukuplah disiniLain kali ada masa saya cerita lagiBukan berehat, bukan berhentiCuma saya tidak ada kata-kata lagiBuat sementara iniHanya dalaman saya yang mengertiSerasa blog ini bukan lagi terapisaya kena mencari diri..Mencari erti... Erti korbanErti toleransiErti bersabarErti memilihErti introspeksiErti gembiraErti sedihErti kepuasanErti ...erti...erti dan erti......lagi dan lagi...


p/s : Banyak masalah saya sebenarnya, blog ini hanya 30 % ajer, banyak tak cerita, izinkan dulu saya menyendiri seketika, saya suka dan bangga anda semua yang baca blog saya dan juga komen di sini, terima kasih. Cuma hari ini saya baru rasa yang saya sebenarnya tidak bermaya, tidak ada kata-kata yang sesuai lagi nak ditulis, apa yang ada dalam kepala terlalu serabut, berlumba-lumba nak diluah cuma jari-jemari ini terhenti tatkala mahu mula menari.


Ada cerita lain sebenarnya yang menganggu.........saya tak mampu cerita satu topik lain dimasa fikiran memikirkan yang lain pula. Amalan saya apa yang saya tulis dalam setiap entry itu sejujurnya adalah apa yang ada dalam fikiran saya pada masa ia ditulis....tapi hari ini apa yang ada difikiran saya tak mampu nak tulis...maafkan saya....

Suara hati dan pemikiran siti detik 3/30/2007 12:19:00 PM 7 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi

*****************************


Wednesday, March 28, 2007

dari lubuk hati ammie...

BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.t


Ini kisah benar. Kalau anda ada rasa saya tak normal sila nasihatkan saya. Tapi suami dah lama kata saya tak normal. Saya terima dan akui, dulu cuba juga belajar menjadi normal sepertimana ibu2 lain..tapi gagal saya kira.


Saya terpanggil cerita ni sebab ada respond pasal kes saya dan Hani, lama dah saya selalu ber conflict dengan dia...ayah gelarkan keadaan kami ni sebagai "perang"..., kami bukan rupa sahaja yang bertentangan, langsung tak macam ibu dan anak malahan sikap dan pendekatan juga "panas", sama2 degil, sama2 takmo mengalah, sama2 kuat menjawab, sama2 pertahankan kehendak masing2...


Mak dan abah kat kampung jugak pelik tengok perangai Hani, kerap jugak ditegur sikap Hani dari kecik lain dari cucu2nya yang lain...(agaknya dia tak perasan ibu Hani pun lain dari anak2nya yang lain???) Itulah sebabnya mak abah tak berani nak jaga dia kalau saya pergi out station, hanya sekali baru nih mereka jaga, itupun terpaksa sebab rumah mak ros kenduri kawin.


Saya kata saya tak normal semuanya kerana Hani. Ada tak ibu2 lain yang rasa ada ketika dia tidak sayang pada anaknya? Jawablah apa sahaja dalam hati anda. Saya da jawapan saya. Saya ada masa2nya saya rasa sayang saya pada hani berganti menjadi geram/marah/benci pada tahap maksimum dan seolah2 terlupa sayalah ibunya. Tapi pada banyak masa saya waras, tetap sayangkannya macam ibu2 lain....



Dia sungguh2 menguji kesabaran saya, dari kecil hinggalah umurnya yang akan mencecah 4 tahun 5 Jun ni, seolah2 sudah ada skrip yang ada dalam kepalanya untuk membuat dan bertindak bertentangan dengan apa yang saya mahu/suruh/harap dll.Saya dah buat tak tahu...Saya dah menangis depan dia...Saya dah berlakon depan dia...Saya dah mengamuk sakan dengan dia...Saya dah gegarkan(goncang) badan dia...Saya dah baling segala bantal sumer benda dalam bilik depan dia (kes lepaskan geram lah nih)...cuma tak baling dia jer...Saya dah menyorok kunci pintu masuk bilik untuk elak dera dia...


Saya dah kunci dia dalam bilik sebab nangis tak berhenti2...Saya dah bog*lkan dia, mandikan dia masa dia mengamuk...Saya dah cuba beberapa kali lari dari rumah dpn dia (acah2 keluar rumah jer, kunci pintu!)Paling worst saya dah cubit, tampar, pukul, segala benda yg boleh sakitkan badan dia (takdelah kuat sangat)...Jerit macam orang gila toksah cakaplah...



Saya cuba juga ikut semua kehendak dia...
Saya dah sabar banyak dengan dia semasa dia mengamuk....
Saya dah buat tak tahu dengan dia masa dia meng"gila"...Mungkin anda kata saya giler atau tak normal, sebab ayah pun ada kata macam tuh...Saya tak marah sebab anda tak berada di tempat saya... membesarkan anak sebahagian besar masanya seorang diri, tanpa saudara, tanpa teman berkongsi cerita, tanpa orang tua tempat merujuk, hanya saya dan Hani....hanay kami berdua....Dan hari Ahad itu, saya cuba apply segala bentuk kesabaran dan cara untuk menangani dia yang mengamuk...merajuk...melalak...menjerit...mendesak...


Segala2nya yang buat hati saya macam nak pecah dan darah saya macam nak mendidih....Keluar tol Senawang, kami dua beranak naik serena, so dia duk belakang sorang2, saya duk depan sorang2, saya tengok dia dah bangun...tapi dia dok layan baring2 jer....dengan lembut gigi dari lidah saya tanya nak beli spec tak? seabab memang dah lama dia nak spec barbie...


Tiba2 dia marah2 saya terus...dengan suara tinggi, kata "Taknak...esok jer..." (saya tau dia sebelum tido tadi ada gaduh ngan sepupu dia, Adib najmi berebut seat tengah tu masa saya hantar kakak & 4 anak gi Melaka Central, patut dia duduk seat depan sebelah saya tapi dia nak jugak seat tengah yang adib duduk tuh, tapi at the end lepas berebut dan nangis2 adib mengalah...gi seat belakang sekali). So bangun tido tu agaknya terbawa2 dengan gaduh sebelum tido tu...Saya pujuk dia sebab saya dah tau, keputusan dia tu akan buat saya lebih masalah...saya suruh dia fikir...saya kata, "jomlah...nanti malam kakak ajak ammie keluar pulak, ammie dah penat niii...sekaranglah kita beli....

""Taknak, tak nak, kakak tak nak, nak balik rumah jerrr..." dia kata.

"Ok, balik rumah yer, nanti jangan ajak ammie keluar pulak..."...


nampak tak, saya dah usaha kan?Saya pun bawak kereta terus balik rumah sebab tadi saya cuba juga bawak dia lalu the store, mana tau dia ubah fikiran, dia selalu jugak camtu...manalah tau, kan? Saya pun suka juga sebab dah nak maghrib dah...badan memang penat toksah cakaplah...Tapi bila sampai rumah, saya berhenti kereta sebelum nak buka gate, dia terus respond kata

"kakak taknak balik rumah...."
"Kakak nak gi mana?, nak beli spec ker?
Tak nak, kakak taknak beli spec, kakak taknak balik rumah...


Pendekkata panjanglah kami dua beranak bertekak, saya dok tanya dia tak nak balik rumah, nak gi mana...dia pulak jerit2 bantai cakap taknak balik rumah tapi bila tanya nak gi mana tak taulah pulak...geram tak??? Adalah dekat 5 minit saya dok parking jer kereta tak masuk rumah, tak juga jalan...saya bagi dia 2-3 alternatif tempat dan 2-3 alternatif macam nak beli CDker, nak gi KFC ker, dan beberapa tempat yang dia tahu tapi dia taknak jugak...last2 saya pun geram jugak, kan?


Lama tuh baru dia kata...dalam nangis dan jerit2kan saya..."jalan jerrr..."Saya yang geram campur hilang sabar juga tapi saya cool jer, jalan jerlah kat depan konon nak bawak gi kedai CD, dalam 500 meter jer dari rumah kedai tu...kalau kata taknak CD saya nak ajak gi Family store beli mainan (saya dah usaha,kan?) tapi bila masuk jer kat deretan kedai tu dia dah jerit lagi kata "kakak tak nak gi sini...kakak tak nak beli CD"....abih tuuu?????Saya pun terus senyap, pasal kalau cakap kang, lain yang keluarnya...dah azan dah masa nih...


Dalam remang senja tuh, saya bergeraklah pulak ke The Store, jauh jugak dari rumah kami nih kat sini setahu saya ada jual barang2 mainan barbie ni, sure ada spec mata kanak2 tuh...Bila sampai the store dia boleh kata taknak gi sini pulak....abih nak gi mana?Saya buletkan tekad, carik parking, berhenti terus saya ajak dia keluar kereta...dia boleh taknak keluar, bantai menangis dan cakap kakak tak nak gi sini...abih kau nak gi mana???? dari gelarkan kakak dah tukar jadik "kau'' jer...


Dia duduk jer kat seat tengah2 tu, tak berganjak sambil nangis dan buat muka seposen (yang buat hati saya panasssssssssssss).Pastu dia kata dia nak suh saya buka pintu belakang, biasa naik serena saya suh dia gi pintu depan, kuar kat pintu depan jer, dia bleh buka sendirik, kalau pintu belakang yang jenis sorong tu dia tak kuat!So saya bukaklah pintu belakang sebelah kiri tu, masa nih dia dah pegang sandal dia macam nak keluar, tapi macam saya cakap dia ada skrip dalam kepala yang arah dia buat bertentangan dari apa yang saya suruh (kadang saya rasa dia memang nak ikut cakap saya tapi macam ego dia tinggi suh dia lawan saya jugak!).


Dai bantai matikan diri kat situ, tak berganjak, saya duduk tunggu dia lebih 3 minit...pujuk dan cakap macam2. Macam orang dewasa saya nasihatkan dia, saya kata kakak jangan menyesal, kalau kakak tak turun nih, ammie balik rumah jer...nak tak?Pandai pulak dia jawab, kakak taknak balik rumah...so saya kata, kalau taknak turunlah...tak bergerak jugak...dia duduk jer kat seat tuh...saya dah mendidih dah darah nih...sebab saya memang penat, risau masalah abah kat kampung lagi...(nih malas citer). Dok tercegat kat pintu kereta tu, ada plak orang pandang2...dia buat saya tambah geram bila dia gi pulak seat yang belakang sekali tuh...lagilah jauh ke belakang, lagi macam taknak turun...



Saya tengok kalau saya ada masalah, masa nilah hani jugak akan timbulkan masalah, macam ada chemistry bila saya senang hati, dia selalu jugak akan ok dengar cakap saya...tapi masa saya sibuk kerja, masa saya gaduh ngan hubby, masa saya fikir masalah hidup masa nilah dia tambah beban saya....tak taulah apa kaitannya????Last2, saya guna trick tutup pintu kereta, saya jalan jer ke depan sebelum tu saya warned dia kata kalau tak nak turun ammie gi sorang2...Saya jalan tak menoleh, dalam 10 meter saya toleh saya tengok dia tenagh nangis2 saya patah balik dengan harapan dia nak ikut saya dan turun.



Saya bukak balik pintu, dia bantai nangis lagi...takmo turun jugak...last2 saya tekad saya masuk kereta, start dan jalan, masa nih dia tambah kuat jerit, baru kata kakak nak gi the store, kakak nak gi the store....masa ni ammie dah naik tanduk dah...ammie dah letak otak kat tapak kaki, ammie dah nak nangis...ammie dah ingat ayah...(ambiklah anak abang niii, saya tak tahan...)sambung nanti ye, ada kelas lagi nih...saya kat comp lab jalan duta nih....esok abis kursus, class start jam 2.30 ptg nih....

****************************************
sambungan...

Dalam keadaan marah, saya terus tekan minyak kereta, ntah ke mana nak pergi saya pun tak pasti. Niat dihati nak terus balik ke rumah tapi pasti itu akan membuatkan hani mengamuk lebih teruk lagi. Lantas saya katakan pada dia saya nak hantar dia rumah Mak Ros. Dia jawab..."kakak taknak gi rumah mak ros...kakak tak nak gi rumah mak ros..: diulang-ulangnya dengan sayu...kesian jugak saya dengarnya...
Lantas saya membelok ke arah pejabat, sambil nak ugut dia konon nak ke rumah mak ros, jalan ke pejabat sehaluan dengan jalan ke rumah Mak Ros. Itu sahaja yang saya mampu terfikir pada masa itu.


Ada sesuatu yang saya mahu ambil di pejabat, langkah itu rupanya buat Hani lagi menangis sakan. Dah tak tau nak cakap apa dah. Masa ni tangisan dia tidak lagi terjerit tapi nadanya sangat sangat sayu di pendengaran saya.
Saya biarkan saja. Sampai di lobby pejabat saya tak buang masa terus tinggalkan dia dan dia apalagi menangis tambah kuat lah, menjerit2 "nak ikut ammie...nak ikut ammie...nak gi pejabat ammie..." diulang2nya, dan saya macam biasa, dah immune dah dengar dia nagis..menonong jer masuk pejabat. Siap ambil barang2 saya balik ke kereta dan dia masih nagis lagi...

dia betul2 nak pergi mana? Terus dia cakap ...walaupun perlahan saya cukup dengar sebab masa ni dia sambil pegang sandal dia dia berdiri tengah2 betul2 dekat dengan tempat antara seat driver dengan seat sebelah driver tuh. saya dengar dia cakap dia nak pergi rumah mak ros. "Hantar kakak gi rumah mak ros...kakak nak gi rumah mak ros..."


Aduuuhhhh...saya masa nih dah start sedih giler dah. sebab akhirnya dia buat keputusan yang dia nak tinggalkan saya, dia pilih nak ke rumah mak ros. Memang dia betul2 tertekan masa tu agaknya...saya belok ke jalan besar semula sebelah kanan, tapi dia kata kat saya semula, "kakak nak gi rumah mak ros lah...", sebab dia tahu kalau nak ke rumah mak ros mestilah belok kiri kalau belok kanan tu jalan nak balik ke rumah. So dia terus-terusan menangis sambil cakap ..."kakak nak gi rumah mak ros lah...hantar kakak rumah mak roslah..." sayu jer suara dia..mungkin sebab sedih sangat dan juga sebab dah takde tenaga dan tekak pun dah sakit dekat dua jam dah nangis...


Saya masa ni cadang nak balik ke rumah tapi fikir dalam amsa sekejap tu datang idea nak ke Parkson Grand pulak...agaknya dia dah cool sikit kot lepas melalui macam2 proses tadi. Sampai sahaja di Parkson saya parked kereta dan dia pun senyap terus, tinggal sedu sedan jer.



Terus dia cakap kat saya..."ammie...kakak nak air, kakak hauslah" So saya kata ok jerlah...Saya parked betul2 kat depan kedai mamak tu ntah apa ke namanya..A&K bistrolah rasanya. Hani tunjui nak ke Kenny Rogers saya ikut jerlah tapi rupanya dia memelok pulak ke kedai mamak tu.


Sampai terus jer saya order nan garlic dan Hani gi peti ais di aambik 100 plus. Lepas dia minum saya pandang jer dia. Masa tu barulah nampak anak saya yang comel itu Hani Suhailah. Saya tanyalah kat dia...napa mengamuk tadi, napa buat ammie camtuh?


Senang jer dia jawab..." memanglah....kakak minta maap... ok?" sambil hulur tangan dia nak salam saya. Saya terus panggil dia peluk dia...sedihnya, mengalir air mata saya. Masa ni dia dah ok dah...saya pun dah ok dah...lepas tu kami gi shopping atas tu dan macam biasa gi seksyen kanak2, saya biar dia ambik apa yang dia nak, last2 dalam sejam lebih dia pilih punya pilih, dia nak beli set sudu garfu, cawan dan botol air Barbie...semua tu dekat RM50. Walaupun duit tak boleh beli kasih sayang tapi nampaknya dia cukup suka dengan 3 benda tu. Saya pun tak kisah, benda tu semua guna hari2, lebih baiklah daripada beli anak patungnya yang lagi mahal...sib baik Hani bukan jenis suka nak-anak patung ni...


Dalam jam 10 malam lebih sikit kami pun baliklah...aduh panjangnya perjalanan dari Melaka jam 4 petang jam 10.30 camtu barulah sampai rumah...dapat rest....
Suara hati dan pemikiran siti detik
href="http://punahsudah.blogspot.com/2007/03/daru-lubuk-hati.html">3/28/2007 01:35:00 PM
17 cetusan hati
Cerita tentang; Hani

***********************

Monday, March 26, 2007
Tak tau

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Sabtu lepas balik ke MelakaBertubi2 panggilan dari kampung minta saya uruskan keluarkan abah jugaAbah beriya2 mahu keluar juga dari hospital sabtu ituApapun saya terpaksa uruskan servis dua2 kereta pagi sabtu itu ~Serena dan kembaraJam 2.00 petang hampir sampai di Hospital melakaAbang ipar call, kata abah dah settled urusan hospital, minta saya balik rumah terusSampai rumah, abah baru sampai dan keluar kereta abang...Macam2 peristiwa lepas abah keluar hospital ~


kerenahnya...masyaallah...Mak tambah pening melayan abah, kesian mak dan simpati pada abah juga.....Sabtu keluar ke bintang, tesco ribu2 manusia, malas berebut2 , bawa anak2 saudara di johorKesian mereka, belikan pakaian sehelai duaBelikan barang2 dapur makHari ahad bawa mak dan abah ke klinik dan pasar tani, urusan cuci bisul abahPetang hantar kakak & 4 anak ke melaka Central mahu pulang ke Johormalam saya sampai di rumah jam 7 malam, hani mengamuk bawa ronda2, hampir jam 10 malam baru pulang ke rumah semulaHari ni pagi2 lepas mesyuarat bawa pak hj gi klinik panel TMLepas ni kena gi medical board lagi...berapa kali daaaa, teruk tul TM ni????


Cerita Hani mengamuk...Hani....adakah dia anakku?Perangainya betul2 menguji kesabaranku...Mengamuk, merajuk, meminta, mendesak, meraung, melalakSeperti kukata selalu kepada ayah...Kehadirannya umpama melayan kerenah 10 anak..Hanya Allah tahu betapa sabar telah ku tunjukkan...Betapa masa memujuknya telah ku peruntukkan...Terasa saat itu...


Masa kesabaran ditapak kaki...Masa air mata mengalir dipipi...Masa timbang rasa takde lagi...Masa kewarasan melayang pergi...Masa kepenatan tak terkira lagi...Aku tak tau...mau bikin apa?mau buat apa?mau panggil siapa?mau jerit sajer...Anak ini seumpama refleksi pada diri... untuk introspeksip/s: Ingatan : 04 April : Bawa abah ke GH Melaka, 17 April : bawa abah ke GH Terendak kem.Petang ni gi kursus, seminggu...kat mana Cititel ni?...gamble jerlah redah KL petang nih...dengar2 kt chow kit ya?


Suara hati dan pemikiran siti detik 3/26/2007 01:45:00 PM 15 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga


*****************************

Saturday, March 24, 2007

Wajah anak-anak

Anak-anak Sidek
Sebapa, lain-lain ibu


Hani Shakira & Hani Suhaila



22.3.07- malam tadi dikedai makan, macam anak indon,
kes ammie malas betulkan tudunglah nih..
Alia Najiha, 9 tahun...anak saudara,
Menunggang kuda di Tesco
Anis Najiha, 7 tahun
Menunggang gajah pulak

Kali pertama menaiki bas, minggu lepas
dahlah demam, di awal pagi pulak tu

Di hospital, kecoh sungguh 7 cucu abah, saya bawak lari sumer gi tesco
Adib Najmi, 2 tahun...

Diperkenalkan....suamiku tercinta di sisi tongkatnya berlatarbelakangkan kembaraku, turun keter terus duduk kat kerusi,
tempat paling sesuai bawak gi makan, takyah jalan jauh2
Pak hj. malam tadi, ni gambar Hani ambik,
ayah pulak tengah ambik gambar Hani...apadaaa...
ada saja kerja dua beranak ni...

Suara hati dan pemikiran siti detik 3/24/2007 08:31:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga

************************



Thursday, March 22, 2007

Hampa lagi...

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Masa sibuk sudah sampai! Kerja 24 jam! Nampaknya tak sampailah lagi hajat malam ni, serba salahnya nak cakap ngan tuan hj. Baru jer pagi ni janji dengan dia nak bawak dia gi MAKRO, membeli apa yang patut. Sejak Julai tahun lalu dia tak pernah ke kompleks membeli belah, tak sesuai, saya offer juga suh dia naik wheel chair dan saya tolak, tapi taknak menyusahkan saya katanya.


Baru nih balik Melaka, ajak juga ke TESCO, sebab ramai yang berkerusi roda datang shopping ke situ tapi dia menolak juga, duduk dalam kereta jer dia...TAPI nampaknya kerja tak abis2 lagi..operasi berterusan hingga esok pagi agaknya...kena kejar masa sebab seminit terlewat pun boleh jejaskan kes! hani yang demam semula malam tadi pun saya terlupa bawanya ke klinik tadi, walau dah janji dengan Mak Ros nak ambil dia. Petang ni baru teringat kat dia, sian anak saya tu...

***********************************
Sambung Jumaat, 1.15 ptg


Entry atas tu taip petang semalam tak sempat post sebab baru nak taip jer, selit2 curik masa, ada urgent plak stop camtu jer. Nilah hari ni sambung balik....semlam tajuknya hampa lagi sebab ingat tak dapat jumpa tn hj malamnya. Rupa2nya dia balik juga sini petang semalam walaupun saya kata saya masih ada kerja lagi. So dalam jam 6.30 tu saya minta dia datang terus ambil saya di pejabat.


Dah lama saya cadang nak belikan dia Healin Gamogen yang ada kuar citer kat TV3 tu tapi tak sempat. So semalam ada masa sikit tu curik2lah kejap gi carik stokis dia, dalam internet kata ada kat kedai belakang Makro, so saya gi ambik Hani dan bawa hj dan hani ke sana. Saya beli satu botol dulu yang kaler hijau tu, hari pun dah hujan time tu, pak hj duk dalam kereta jer.Pas tu, cadang nak gi makan, kalau sempat ke Makro nak beli alas kerusi malas untuk mak tido kat hospital tapi tak sempat sebab dah nak maghrib, terus saya bawa kereta ke masjid jamek.


Nak gi solat sama2 pak hj Hani pulak taknak kuar kereta. Dia dok layan tengok CD, kebetulan beg CD memang dia bawa ulang alik dari rumah mak ros hari ni, so main pilih jer, tengok kat dalam kereta ayah. Dia memang minat giler tengok cd. So ammie tunggu ayah solat dulu baru ammie pulak. jadi satu kerja pulak teman dia tengok cd...Dalam pada tu anak2 buah bertubi2 dah call bagi perkembangan kes dan minta saya brief OC...panas punggung dan pecah kepala dok bagi arahan dari dalam kereta kat masjid jer, tak tau nak cakap lagu mana kat pak hj, sebab janji tadi nak pi makan dulu...selesai solat cepat2 masuk kereta konon nak balik ke pejabat semula...pening sebenarnya tak tau mana nak letak pak hj dan Hani dalam hujan2 camni, kerja sah2 tak boleh tinggal...bukan giler kerja tapi cam saya cakap seminit terlewat boleh ubah fakta kes...bila2 masa dokumen boleh tukar tangan, arahan boleh berubah...macam2.



Saya diam dalam kereta tapi pelan2 cakap kat pak hj, "bang, boleh tak wa gi pejabat dulu sekejap, ada benda nak settel jaaap jer..."Dia jawab camni..."Kalau camtu wa hantar abang balik ke masjid sampai lepas isyak ambik abang balik"Satu kerja pusing keter balik hantar dia ke masjid. Sian sungguh dalam hujan dia yang bertongkat jalan masuk masjid balik, kesian pasal dia pun baru baik dari demam jer. terasa zalimnya saya...tapi mujur dia cool jer...alhamdulillah.Yang hani pulak taknak duk ngan ayah dalam masjid, nak ikut ammie gi office jugak.


Nak tak nak bawak jugak dia. sampai office bawak beg CD dia bukakkan pada PC dalam bilik saya, dah tu panggil sorang anak buah pompuan suh teman dia kejap mentara saya discuss ngan IO dan lain2 anak buah. kelam kelibutlah semalam, tu pasallah saya kadang tu senang hati sangat kalau pak hj takyah datang hari saya ada operasi dan hani tinggal bermalam jer rumah mak ros. Tapi semalam ayah nak datang jugak dan dia suh ambik hani sebab kesian lama tak jumpa ayah... sebab serba salah tahap maksimum saya nak pilih dan buat banyak benda dan for sure saya selalu pilih kerja untuk diutamakan...enthalah...Tak habih kat situ jer...Hani pulak buat hal nak membontot saya, OC plak dah sampai...kira kena mesyuarat serius lah ni...cepat carik si N (pegawai pompuan bangsa dusun yang Hani paling suka), kasik kat dia RM50 dan kunci kembara suh dia bawak Hani gi beli CD (ni pun puas pujuk hani ikut N).


Selesai satu problem. Tup2 tengah rancak mesyuarat baru teringat kat pak hj yang duk tunggu kat masjid, pasal saya bawak serena balik pejabat tadi...aduuuh...cepat saya keluar mesyuarat gi pulak ambik dia kat masjid (taknak dia pulak merajuk...kan tengah hujan waktu nih, sian terbayang dia duk tuggu kat tangga masjid). sampai masjid tengok ada dua jemaah temankan dia kat situ, bincang2 apa agaknya entahlah...apapun alhamdulillah.


Pasal nak jaga hati dia takut2 dia merajuk ke apa2 ker, saya siap2 ambik bungkusan makanan kat office tadi - nasi goreng kampung dan air teh o bungkus untuk saya (awal saya dah bagi duit dan arah anak buah gi beli makanan utk peg. terlibat operasi)sebab saya tau dia memang lapar...so dia masuk dalam kereta jer saya terus bukakan bungkus nasi goreng panas2 tadi suh dia makan dulu...sambil saya bawa kereta. sampai depan lobby pejabat tengok si N dan hani dah sampai balik dari beli CD, kat tangan Hani ada bungkus kentang goreng A&W. pandai si N nih melayan Hani...


Terus ambik Hani bawak masuk dalam Serena duduk kat belakang, pujuk2 dia suh bukak CD baru beli tadi pulak...Pingu..tapi malangnya dia pulak tak nak, dan nangis2 sayunya muka dia dengan dahi dah panas semula (demam malam budak nih, tambah ikut si N tadi tudungnya dah terbuka dah...dahlah hujan masih renyai2) bergenang air mata saya tengok dia nangis cakap nak ikut ammie...nak ikut ammie...nak tido dengan ammie...ayah pandang jer sambil makan nasik goreng...dia pun tak tau nak cakap apa agaknya...Saya bulatkan hati tinggalkan jer ayah dan hani dalam kereta, gi masuk bilik ambil duit RM100 kuar balik bagi kat Hj sebab minyak kereta dah merah tadi ada sikit minyak sebab lama buka enjin kat masjid pasal hani tengok Cd terus minyak jadik merah.


saya cakap kat Hj abang gilah isi minyak dulu, pusing2 pastu datang sini balik. saya usahakan jam 10 malam nanti saya balik jugaklah...malam ni ramai ada orang2 kuat dah...monitor dari rumah jerlah..anak dah demam nih, sian dia...Saya sambung masuk balik bilik mesyuarat...konon cam pi toilet jer...teruk tul, lain kali takleh buat camnih teruk saya....tak taulah dua beranak tu apa kabarnya...dalam 11, camtu saya selesai mesyuarat saya bergegas cakap2 sikit ngan budak ketua unit2 sisatan bawah saya...anak demam...bla bla....punch card, terus kuar, tengok Hani ada dengan ayah dalam serena, sian dia tengah tengok Cd pingu yang baru beli tadik, camana ayah pujuk tak taulah... tadi sempat tengok ada lebih nasik, ambik sebungkus terus makan dalam kereta, laparnya, sebungkus nasik lemak seringgit awal pagi tadi jer isi perut ni serta goreng pisang dua keping tengahari tadi.Kira kalut tul hari saya semalam.


Nyesal pun tak guna, plan saya taknak kasi hj datang terus tapi desakan 'dalaman' suka kalau dia datang...seminggu dah weiii! Sebab penat saya minta bawak serena jer, kembara tinggal kat office...dekat2 sampai rumah baru pulak teringat kunci rumah ada kat dalam kembara...aduuuh...sudah jatuh ditimpa tangga. Sampai rumah tukar memandu suh hj duk belakang jer, so saya memandu pulak, kesian kat dia (kan dia memandu sebelah tangan, susah jugak nak pusing2 stereng, kan ker van tu tinggi dan panjang) so saya memandu balik ke pejabat, sampai tu sayab tukar fikiran dah kebetulan sampai saya minta pak hj bawak balik jer kembara tuh..hani dah tertido dah masa nih.



Pesan kat hj, kita singgah 7-11 dulu, nak carik puting botol Hani, pagi selalu bawa bekal susu sebotol masa nak ke rumah mak ros, selalu dia tak nak minum dalam kereta, so botol kat rumah banyak terkumpul kat rumah mak ros, stok puting plak dah habis (botol lama2 banyaklah. Simggah tengok2 puting kat 7-11 pun habis stok, kenalahlah beli botol baru pasal nakkan putingnya, dah tu hanya botol japlo jer yang harga satu RM 13.90 tu ada, mahallah pulak...belilah jugak...So pendek cerita 11.30 jugaklah baru sampai ke rumah...angkut segala benda, bagi Hj makan ubat, siap2 kan bilik hani, angkut dia, mandi2 pastu lepas solat konon nak urut pak hj, dia kata takpayahlah, tido jerlah pasal masa tu pun dah dekat kul 1 pagi.


Yessss!Itulah berlalunya satu hari saya semalam...penat tapi saya suka terkejar2 camtu, kalau rutin jer saya boring...sesuai sangatlah dengan peribadi saya yang aktif ni...dan mungkin itulah hikmahnya ada satu anak jer setakat ni kot? tapi ni cam berdebar tunggu nih...awat lambat, lebih seminggu dah, sebab penat ker, sebab hormon ker, sebab dah ada ker????Abah pulak makin ok dengarnya, esok saya akan balik Melaka...pak hj keluar 3 hari lagi, isnin baru dia balik, mungkin saya akan bawa dia ke kursus di KL sepanjang minggu depan...bolehker agaknya sepanjang siang dia jaga Hani...???


Suara hati dan pemikiran siti detik 3/22/2007 04:32:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

***************************

Wednesday, March 21, 2007
Ramalan tepat...

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


Seperti jangkaan, hari ini DEMAM melanda~ sengal seluruh sendi~ seram sejuk~ hidung terasa tersumbat~ tekak perit~ Mata panasBoss besar takde2nd boss emergency leaveHari nih orang demam jadik boss!Lantak koranglerr...buat kerja memasing, jangan pejabat terbalik sudah!

*************************************

KERANA AKU DIA MENANGIS

Dulu dari dulu lagi, sejak 2001 apa-apa masalah keperempuanan di pejabat ini, sayalah yang kena dan diminta bersuara dan menegur mana-mana pegawai atau kakitangan yang tak kena! malas memang malas nak campur hal orang, tapi sebab tugas ini kadang2 saya lepaskan cakap juga! Takde sapa pompuan lain leh harap, maka saya yang kononnya top management ni kenalah ambik berat. Pakai seksi sangat saya juga kena tegur, bercintan-cintun terlebih tu kadang kena gak kenyit mata sikit kat depa ni, minum berlama-lama pun takleh biar jugak, tandas pompuan tak flush pun saya kena siasat, baru nih, ada plak kes buang pad sepah2...kat surau plak tu...dah lama dah CC, cleaner dan beberapa staff pompuan suh saya tegur orang yang telah dikenalpasti.



tapi saya biarkan ajer, taknak dia termalu...tapi hari nih entah apa jadahnya mulut nih bersuara pulak kat kakak yang boleh saya anggap cam makcik pasal umur dia pun dah 52 tahun. Tup-tup dia plak nangis bila saya tegur hal itu...aduh nyesal jugak weiii...patut diam jer, dan jangan letak tong sampah kat dalam surau supaya dia takleh buang benda tu lagi...dah menitis air matanya, saya pulak kesal tak sudah...

******************************

sambung jam 10.30 malam

dari siang tadi hati berbunga sebab malam ni cadangnya pak hj nak balik ke sini, last bermalam ngan dia rabu minggu lepas so petang ni cadang nak masakkan dia lama tak masak dah untuk dia. "Sangkaku panas hingga ke petang rupanya mendung ditengahari". Petang dapat arahan stand by di pej, ada kerja urgent malam ni. dengan perasaan sedih call hj citer kat dia, dan dia yg memang faham kerja saya, ok kan ajerlah... tapi hati masih ada sisa harapan untuk bermalam dengan dia, dan juga fikirkan hani yang rindukan ayah. Gitu gini lepas atur team2 tertentu dan perbincangan pun habis jam 10 malam, kami makan ramai2, saya yang lapar sebab hanya ambil breakfast pun jointlah makn ramai2 (saya jer sorang wanita...biasalah malam kerja mmg cenggini...mencabar2 perasaan sekuntum bunga di kalangan kumbang2 jantan..)!Tiba2 tengah makan tu teringat kat pak hj, tengok jam 10.10 malam.



aduuuuhhh... harap2 adalah dia di markas lagi... segera saya tinggalkan nasi goreng kampung, dengan tangan tidak berbasuh berkejar saya call hpnya terus! Aaaahhhh hampaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sungguh-sungguh-sungguh, dia sudah masuk ke lebuhraya menaiki kereta kawannya, takde harapan berpatah balik, segalanya sudah terlewat buat seorang isteri! hanya terdengar gelak ketawa kawanya dalam kereta, entah ketawa sinis entah ketawa nakal! nilah perbualan saya..
saya : bang, wa dah habis dah...abang dah sampai mana...(tergesa2 tanya nih)
abang : larrr, abang dah masuk lebuhraya dah, napa tak call awal sikit...

saya : baru jer abisss (nyesal sungguh pi makan dulu tadiii, kalau tak musti sempat)abang : aik..takkan awal dah abis operasi? (biasa jam 2-3 pagi)

saya : dari petang dah gerakkan team.....bla bla bla
abang : takperlah...malam esok abang balik sana..

saya : alaaah...ruginya....hampa jer...
abang : kekekeee...heheheheee (apa yang kelakar agaknya....)


Inilah nasib saya, selalu berjanji gitu gini dengan suami alih-alih rosak program sebab kerja...dah masuk 6 tahun tapi tetap geram jugak bila tempuh suasana nih...selalu bila kita harapkan sangat sesuatu, pada masa camnilah kita akan hampa...hani pun sekarang sudah pandai menuntut janji, dengan ayah bolehlah minta dia balik ke rumah bini tua, dengan Hani, Mak Ros lah jadi ibu ganti...Chow dulu, kat off ni, nak gi ambik Hani dan balik rumah tido...oh yaaa, demam dah kebah dah...telan panadol 2 bijik! Dan abah agak ok, dah buat operation pada bisulnya!

Suara hati dan pemikiran siti detik 3/21/2007 11:57:00 AM 7 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

*********************************


Tuesday, March 20, 2007

Masih bernafas
Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit melewati jam 2.00 pagi tadi, abang ipar di kampung call saya. Kata-kata pertama yang terhambur dari mulutnya, "balik, mak suruh... abah dah teruk". Untuk menambah kekalutan lagi, Hani sememangnya tengah demam panas, melecut dahinya bila disentuh dengan belakang tangan.Terus bangun wudhu' dan solat. Itu jer yang termampu. Hajat dihati memang nka balik dan-dan itu juga, tapi memikirkan Hani yang demam dan izin ayah yang tak diperolehi lagi, saya hanya mampu duduk termenung di atas sejadah. Hampir jam 5 pagi baru saya daat melelapkan mata.


Yang terbayang hanyalah wajah abah dan mak, wajah uzur abah dan wajah risau mak! Sekali lagi, abang ipar call tanya jadi balik tak? Saya hanya mampu katakan saya akan hantar Hani ke rumah Mak Ros dulu sebab dia demam, susah nak handle mood dia time2 macamni dan saya juga perlu ke pejabat sekejap mohon cuti kecemasan.Dalam hati kalaulah sudah sampai ajal abah (saya berpijak di bumi nyata -mati itu pasti!), kiranya saya ada di sisinya pun apalah yang boleh saya lakukan. Tapi saya tak terluah hal ini kepada kakak dan abang ipar.


Namun demi menjaga hati orang sekeliling, saya perlu gagahkan diri ke hospital pagi ini juga, pastinya berkongsi kesedihan dan kerisauan mak dan kakak di kampung.Sampai pejabat saya call suami, nak minta izin balik Melaka, kak A kata hj tak balik dari surau lagi. Hantar Hani dan sampai di rumah mak ros hj call back. Agak berat dia nak beri izin sebenarnya, katanya laratker saya, dengan badan yang hampir2 serasa mahu demam, Hani yang juga demam, dia sendiri juga demam dan poket yang kontang (hampir2), kerja pejabat yang bertimbun, rasionalkah saya balik pagi itu juga? Apa yang saya boleh buat...berdesing juga dengar kata-kata dia, tapi saya akur apa yang dia cakap tu ada kebenarannya, dia yang banyak tau pasal saya...dan pada dia juga akhirnya saya kan menadu kalau saya dah stress sangat...


Sejak Rabu minggu lalu sememangnya saya gunakan tenaga tahap maksimum without rest! Sampai hj dan Hani dua2 demam dan tayar kereta juga bocor cuma saya yang masih bertahan! saya tegaskan padanya saya tak mampu katakan tidak! saya kena juga balik, mungkin adanya saya akan beri kekuatan pada yang lain. Saya pun selama ni tak pernah gagal hadir bilamana kehadiran saya diperlukan, tak sampai hati saya nak hampakan permintaan mak dan kakak...Tepat jam 8.15 saya dah masuk ke tol senawang menuju ke hospital Melaka dan jam 9.30 saya dah ada di hospital Melaka. Sesampainya saya, abah sudah agak okay, dari sebelum subuh mak kata abah sesak nafas, tak tentu arah, kata-katanya merapu...badan menggigil dll.



Itulah yang mak cukup bimbang mahu anak2 ada bersama. Banyk lagi mak citer, saya simpan dalam hati jerlah benda2 ni...Saya tunggu abah seluruh hari ini bersama mak dari pagi hingga jam 8.15 malam baru saya bertolak balik ke Seremban. 9.30 dah ada di depan rumah Mak Ros mengambil Hani. Soalan pertamanya, "Ammie, napa ayah lama tak balik rumah kita?". Ammie jawab ringkas, "nanti ammie telefon ayah yer..."Jawab Hani lagi, "kakak rindu ayahlah...". yerlah last ayah ada di sini pada Rabu lepas, khamis pagi ayah dah balik sana sebelum saya menyusul petangnya ke PD. mana Hani ada masa bermanja dengan ayah, itulah demam rindu agaknya dia...sebab beberapa hari sebelum tu (masa di Jb) dia tinggal dengan ayah di hotel, itulah yang dia manja dengan ayah tu...kesian juga tapi ammie banyak sangat benda nak fikir takde masa nak fikir hal2 rindu2 si hani ni...Mak pulak dengar Hani demam malam, dia suruh saya ambik baju pak hj yang tak basuh lagi buat alas tidur hani, mana pulak sempatnya nak ke Pd ambik baju kotor hj... cadang petang tadi nak juga singgah di PD ambil baju hj tapi tak sempatlah rasanya, lalu lebuhraya senang cepat dan jimat masa.


Baru sebentar ni cuba juga sms hj minta call hani, tapi tak berbalas, dah tidur agaknya, malas saya mahu ganggu.Dengan berat hati tadi saya dah maklumkan pada kakak dan abang ipar yang saya tak mampu nak balik ulang hari2 S'ban-Melaka, petang tadi pun rasa tak larat berdiri dah sengal sendi2 nak demam lah tu, cepat2 saya telah 2 biji panadol, baru kebah rasanya. Kalau ada apa2 hal urgent bagitaulah saya juga, kalau mampu saya balik, kalau tak buatlah apa yang patut ikut nasihat doktor saya mengikut jer...Abah nangis lagi lepas dia dengar yang dia nak kena dialysis...dia taknak menyusahkan anak2. Saya minta dia dan mak duduk dengan saya jer, senang saya urus hantar dan ambil untuk buat dialysis di sini, abang dan kakak saya dah setuju, pak hj juga setuju, tunggu abah dan mak punya keputusan jer.



Adik-beradik lain masing2 ada halangan dan tak mampu pikul tanggungjawab ni, saya sedia dan rasa inilah sumbangan yang saya boleh berikan selagi saya mampu.Nak balik tadi, abah sedih lagi, pesan saya bawa kereta elok2, mak biasa2 jer, dia memang tau anak bongsu dia ni kuat semangat dan degil. Dari dulu dia sentiasa tunjukkan yang dia yakin dengan saya, kerisauan dia entah disembunyikan atau tidak memang saya tidak tau. Tapi kekuatan semangat mak inilah juga yang beri tempias pada keyakinan kepada saya sejak dulu lagi, buat sesuatu dengan penuh yakin!Esok saya takde masa nak berfoya2, kerja seminggu tertangguh punyalah banyak fail nak baca, minit! Mujur juga kes esok di Melaka ditangguhkan kerana hakim mahkamah sesyen masih bermesyuarat di KK, kalau tidak mahu juga terber*k saya buat preparation malam nih!



Minggu depan kursus seminggu pulak di KL, menginap di Putra Hotel, entah kat mana hotelnya pun saya tak tau lagi... tu pun baru tadi teringat yang minggu depan ada kursus.Seminggu dah tak bermalam dengan pak hj, sekali fikir, tension jugak macam makin jauh jer dengan suami nih...sesekali terasa juga nak mengadu, melepas dan meluah apa yang patut secara berdepan tapi keadaan tak seperti dulu, dia cukup lain sejak sakit nih, haruslah saya kena fikir dan buat keputusan sendiri dalam banyak perkara. Namun kehadirannya dalam hidup saya tetap saya hargai dan dia ada peranan penting dalam memberi kekuatan dari setiap sudut hidup saya sebenarnya!Bulan ni, saya kena serius fikir nak betulkan mana2 yang patut dalam rumah ni, semua saya abaikan sejak masuk pindah sini sejak bulan 8 hari tuh.


Insyaalah bulan 4 ni selesailah urusan pindah nama rumah ni dan bulan 4 ni start tolak RM 890 sebulan, lega hati saya, dalam pada sibuk2 macam2 masalah satu masalah besar nih hampir selesai. Selain menuntut banyak kerenah kerana beli secara G to G, dan rumah banyak kecacatan kerana telah mula diduduki sejak 1999, banyak juga pelaburan duit pada rumah ni, dengan deposit yang tuan rumah minta, duti stem, cukai tanah dan pintu tertunggak, bila air dan api tertunggak, masalah tikus, dll.
Ada 2 lampu tak nyala, satu sinki bilik air tersumbat, jubij bilik air dah agak kusam, paip air mesin basuh airnya meleleh, longkang depan nak runtuh, pokok serai wangi kat belakang rumah dah macam hutan, bungkus2 plastik hitam baju2 tak pakai masih berlonggok dalam stor, susun atur barang2 masih ada yang perlu diubahsuai, langsir sliding door tak siap2 lagi, langsir tingkap bilik hani tak alter lagi, haaai banyaknya lah kerja tertangguh kat rumah nih.



Tu tak termasuk nak tukar cover mangkuk tandas, nak pasang border wall paper kat ruang tamu dan master bedroom, bukak salur paip sinki yang tersumbat, nak tampal corak2 gambar pada jubin bilik air...macam2 orang pompuan ni, cita2 besar sumer nak buat sendiri, tapi pelan-pelanlah...rumah sendiri bukan ada apa nak kejar pun...kalau dapat siapkan dalam masa 1 tahun ni pun dah okay sangat dah!Maklumlah semua urus sorang diri, malas nak citer dengan hj kalau bagitau pun menyusahkan kepala otak dia jer, bukan dia boleh tolong pun, tapi ada banyak perkembangan juga ilmu pengetahuan saya hal2 DO IT YOURSELF (DIY) sejak masuk rumah ni. Hal gantung2 gambar, paku2 dinding, betul2kan tempat flush air toilet, pasang2 meja, rak2 buku, rak2 pinggan sumer saya dah buat sendiri, kalau dulu manja semua tunggu laki balik, pastu suh dia pasang kita mengadap jer...



Saya ucapkan terima kasih pada komen2 yang ada, terima kasih banyak2 saya sangat2 hargainya, tapi pada masa ni, saya tak sempat nak jawab, ni tulis entry baru ni sebab saya rasa pada blog jerlah pada masa ni yang saya selesa dan boleh luah sedikit dari apa yang saya rasa. Ikutkan banyak peristiwa2 yang saya lalui dalam tempoh nih, banyak pengalaman baru dan sejarah lama saya nak kupas tapi tak sempatlah. Ni pun Hani dah memanggil2 nak ajak tido. Cukuplah bebel.....chow dulu.
Wassalam.

Suara hati dan pemikiran siti detik 3/20/2007 10:12:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Abah, Rumah

***************************


Monday, March 19, 2007

Takde berita gembira
Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Saya teringin benar nak mencatat sesuatu yang gembira di sini, rindu benar nak bercerita sesuatu yang meriangkan dan mendamaikan pada saya yang menulis atau mereka yang membaca. Tapi hakikatnya masih tiada berita gembira, kalaulah anda rasa anda letih membacanya saya yang menulis ini lagi letih melaluinya. Entah bila agaknya ada sinar bahagia sekurang2 nya sekelumit pun cukuplah bagi saya.


Serasa minggu ini badan saya hampir hilang tenaga, seolah dipaksa2 membuat kerja sedang otak entah ke mana-mana. Tak larat nak menulis panjang lagi...pening kepala dan loya rasanya...perut masih kosong, nak keluar makan kereta takde...nilah cerita pendek saya, tak larat nak tulis panjang2 lagi...
Jumaat malam 'nusrah' dan tido rumah kak ASabtu pagi balik MelakaAbah masih di hospitalJumaat Pak hj pulak demam panasAhad hani demam panas jugaMesin basuh getah paip tercabut sebab paip longgar/bocor!Baju semua basuh tangan dari minggu lepasMalam tadi sampai rumah basuh baju dua baldi


Pagi ni ammie pulak pening kepala, layan hani malam tido tak lelap sebab demamJam 7.00 pagi ni keluar siram bunga, tengok2 tayar belakang kembara takde anginJam 7.30 bergegas dengan hani keluar ke jalan besar tunggu basTurun bas Terminal 1, naik teksi hantar Hani rumah Mak Ros8.02 pagi~ punch card merah8.15 pagi ~ mesyuarat ketua unit10.00 pagi ~ abis mesyuarat10.30 pagi ~ kena panggil dengan Oc, mesyuarat lagiiiii...12.00 t.hari ~ abang ipar call kata doktor nak jumpa anak2 bincang, mak suruh balik...


Tak boleh....tak boleh...kerja seminggu bertimbun, kereta tak boleh guna, duit pulak dah susut...Tenaga dah takde...suami dah lembik, anak tak sihat.....ammie pun dah takde tenaga....Apa lagi ujian yang akan datang????Letih yang amat letih....Fizikal dan mental....Tolonglaaahhhh....

Suara hati dan pemikiran siti detik 3/19/2007 10:28:00 AM 7 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi



*********************

Friday, March 16, 2007
Bermalam di rumah madu Ku...
Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t



Malam tadi dengan hati yang tak berapa gumbira dan badan yang letih dan penat, saya telah memaksa diri bermalam di rumah Kak A atas sebab ingin menyukakan hati suami. besar ganjarannya kalau buat suami gembira, itu jer yang saya fikir. Takpelah asalkan dia bahagia biarah saya memendam rasa sedikit.


Hari Jumaat lepas sebelum saya balik kampung untuk bawa ayah masuk hospital saya kan pergi rumah kak A dulu. Tukar kembara kepada Serena untuk mudahkan bawa abah (yang dah collapse), mak dan abang sekali ke hospital. kembara saya parking saja depan rumah kak A dibawah panas mentari. Tapi sebelum blah tu saya serah kunci kat Kak A.Hari isnin lalu saya hantar Pak hj ke PD semula, dalam perjalanan saya kata kat hj,"Bang, saya nak tengok kalau kak A biarkan kereta saya berhujan dan berpanas maksudnya dia memang nak berpatah arang dengan saya, tapi kalau dia tolong alihkan kereta saya masuk parking maksudnya dia memang niat nak berbaik dan jaga hati saya, saya akan berbaik dengan dia...."Dahsyat tu saya nih... ego semacam, pak hj senyum jer dengar saya bebel, bila sampai jer dari jauh saya dah nampak kereta saya Kak A dah tolong park dalam pagar.... senyum lebar pak hj... maksudnya saya kena berbaik2 semulalah dengan kak A, tulahnya hari rabu pagi tu, sebelum saya nak ke Mahkamah Kuala Pilah dia minta saya datang 'nusrah' ke rumah kak A sebab ada jemaah dari Melaka di rumah kak A.



Mulanya saya kata kat dia, saya bukan taknak pergi tapi saya malas nak mengadap isteri2 orang lain kat situ, mesti pelik semacam bila saya ada kat rumah Kak A, siap boleh tido lagi...biasalah mereka akan buat perbandingan dan jugak pelik apa sebabnya suami saya kahwin lagi, pada dasarnya mereka tengok rumahtangga Kak A dah complete dah, anak kecik2 lagi, kak A pulak cantik (cam kajol sket2) serta lemah lembutnya, umur lak 30 an jugak, apasal yang pi carik bini kerja cam saya plak tuh? Mulalah saya rasa bersalah dan duduk diam2 jer, malas nak campur sangat, tambah2 ada jugak yang pelik tengok kami ...bini yang ni ranggi semacam, yang had ni plak berpurdah..sungguh contradict!


Tambah dah ramai orang cakap anak kak A yang no 4, sebijik muka saya yang Hani pulak ada rupa kak A...camno tuh? Pas tu tanya saya... senang jer saya jawab...agaknya masa kami mengandung, kami dok ingat madu2 tulah yang anak saya rupa kak A dan anak kak A rupa saya...terbalik plak...So malam tadi, saya takdelah pi borak2 sangat dengan kak A just bagitau dia, abang demam panas, dia tak tau pasal kala ada jemaah masturat memanglah tak jumpa suami, pak hj plak baru jer demam petang tu. Sebenarnya pak hj demam asabab kena hujan masa kami keluar makan dalam perjalanan balik dari JB petang selasa tu. Pagi esoknya saya ada kes kat Kuala Pilah, dan memandangkan mesyuarat putuskan jemaah hadir ke rumah kak A, maka esoknya cadangan saya nak bawa suami dan Hani ikut saya ke mahkamah (suami nak gi office lama dia di KP) tak jadi.



Suami terpaksa balik ke Pd dan masa tu dia takde kereta, so saya bagilah dia bawak kembara ke sana, saya ke KP naik kereta jabatan jer. hani pun dia minta bawak balik ke PD, petang nanti dia hantar.Suami tak kisah sangat saya taknak gi nusrah ke rumah kak a, dia kata petang dia datang hantar kereta, nanti kawan dia ambik bawa dia balik PD. Kesian pulak kat dia, petang tu dia ambik saya kat pejabat, balik rumah tukar baju yang sesuai ikut tertib, kami bergerak ke PD. sampai sana maghrib dan bia saya bagi salam, Hani bukan main suka sambut ammie datang.Kali pertama saya masuk rumah Kak A lepas peristiwa sedih masa suami sakit ari tuh. Menyiasat jugak apa yang baru sana sini....waaah...macam2 ada, sekali fikir sakit ati jugak... macam2 suami beli kat sini (dia dapat keluarkan duit hari tuh...adalah duitnya banyak ribu2), kat saya takde satu benda pun, sumer beli sendirik....tapi dua kali dan seterusnya fikir...apalah ada pada benda dan harta....bukan boleh bawa ke mana pun.


tapi paling saya jeles adalah basikal letrik yang canggih tu... sebenarnya untuk suami excercise, tapi kalau ada kat rumah saya bolehlah numpang sekaki excercise, kan? takper nanti saya beli gak satu....untuk suami dan saya. membazirker?Petang ni sat lagi nak pegi lagi rumah kak A, suami dah call tadi. esok mungkin balik Melaka jap gi hospital ziarah abah. Semalam call abang kat kampung katanya abah dah sebut nak makan nasi beriyani pulak...ohh itu sudah bagus!Saya azam nak jadi macam isteri2 Rasulullah, terutama saidatina Khadijah r.anha. daripada business woman berjaya, dia infakkan hartanya untuk dakwah dan korban pada agama sehingga meninggal hanya tinggal tulang belulang sahaja dan itu pun beliau masih kata kalaulah tulang2 nya itu boleh diguakan untuk buat jambatan bagi fisabilillah maka dia redha.... sungguh tinggi korbannya. saya juga nak belajar samikna wa'athakna (dengar dan taat)...nak ikut cakap suami...wassalam...

Suara hati dan pemikiran siti detik 3/16/2007 03:44:00 PM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Poligami

****************************


Thursday, March 15, 2007

Petang ini...

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

selasa tengahari dari Melaka ke Seremban, maghribnya pula bertolak ke Johor Bahru, singgah solat/makan, dekat2 jam 12 tengah malam baru cek in hotel, pagi2 buta lepas breakfast IO kes datang ambil saya di hotel terus ke mahkamah Sesyen JB. Sampai mahkamah baru tau defence council OKT ada di China, yang hadir adalah peguam pengganti, budak lagi orangnya!Ingatkan kes jalan sebab dia datang dan dah pihak dia dah confirmed dengan mahkamah takde masalah jalankan kes, rupanya dia datang jumpa saya minta kerjasama dengan saya untuk tangguh, sebelum tu OKT juga ada bagitau saya untuk tangguh.


Bengang jugak datang dari jauh kena tangguh, saksi dah siap sedia nak bagi keterangan dah! dari satu aspek suka juga, sebab kesian kat hani dengan Pak Hj kat bilik tu, budget hotel jer, Puteri Pacific yang biasa saya duduk dah fully booked, PA pengarah tolong booked hotel yang paling dekat dengan mahkamah, tapi tak sesuai untuk OKU macam Pak Hj. Sian dia... klau saya sure tak ambik hotel tu, pasal saya kat hospital terus bagi arahan kat PA jer uruskan penginapan saya...itulah jadinya...Dalam jam 11 pagi selepas mentioned case dan ambil tarikh baru (16 April) saya chow balik hotel terus check out, kami menyusur Danga Bay...bawa Hani tengok2 pemandangan pantai berlumpur tu sambil2 ayah citer2 pengalaman dia keluar ke Johor dan singapura muda2 dulu.


Kami duduk dalam kerete jer, lepas tu terus masuk lebuhraya utara Selatan meneruskan perjalanan ke Melaka. Kerana nak cepat sangat sampai botol susu Hani siap tinggal kat hotel lagi, masa perjalanan pergi sandal hani pun tertinggal jugak, sebab masa maghrib nak pergi tu dia dah tertido pulak so saya angkat trus masuk keter dan sandal dia lupa nak ambil. Kami singgah di r&r Pagoh, adalah kedai apa ntah, belilah sandal dia, botol susu plak takde, sudahnya pujuk punya pujuk dia pun lupa yang sehari suntuk tak menyusu lagi. tepat jam 3.00 petang kami dah sampai ke Hospital Melaka. saya tinggalkan Ayah dalam kereta, kami dua beranak naik ke wad tgkt 3, ziarah abah. Alhamdulillah abah dah boleh makan buah, kunyah perlahan-lahan, bercakap pun dah okay dah.


Boleh borak2 dengan Hani. lepas setengah jam saya dah bergerak semula balik ke seremban, kami ikut jalan dalam jer. Lebih kurang setengah jam, hujan pulak selebat-lebatnya, masyaalllah seksanya nak drive kalau hujan terlalu lebat, jarak pandangan dalam 5 meter jer, tambah viper pulak tak berapa okay! semua dalam keter senyap jer, menumpukan pada pemanduan saya, dahlah keter pejabat ni manual...keter banyak plak tu...mata mengantuk yang amat amat amat sangat...letih dah berap hari ulang alik hospital dan seremban-melaka...mana ada rest, kan?Masa drive JB-Melaka pun 3-4 kali berhenti tak tahan ngantuk, nak bertukar drive... kereta manual so Hj tak boleh bawak! Tapi bila singgah saya tak tido pulak, hilang mengantuk. Lagipun hj dah siap2 cakap pukul 6 mesti ada di Seremban semula sebab dia nak gi mesyuarat. Saya just beli buah dan makanan sambung drive balik.nanti sambung!

Suara hati dan pemikiran siti detik 3/15/2007 05:49:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Kembara


***************************

Tuesday, March 13, 2007
Alhamdulillah...

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Keadaan abah yang dikatakan tenat oleh doktor, yang hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kami semua rupanya meleset. Abah walaupun tak boleh makan sejak masuk tapi sekarang sudah boleh bercakap dan ingatannya agak normal, semua cucu2nya sudah dikenali! Mak tak berani beri abah makan lagi sejak cubaan pertama mak memberi makan bubur sebelum ni berakhir dengan abah sesak nafas peringkat kronik hingga mak sangka abah akan putus nyawa!Namun saya masih risau nak balik petang ni, masih berkira-kira untuk menyambung cuti kerana saya rasa adik-beradik lain masing2 ada kekangan berbanding saya.


Pada masa ini kakak beranak 4 di Johor itu ada, tapi dia pula takde kereta, terpaksa menumpang abang ipar kalau mahu ke hospital, motor ada tapi kakak pula takde lesen motor. ikutkan hati saya mahu naik motor sahaja dan berikan kereta pada dia, sebab abah nampak gembira bila cucu yang 4 ini datang ziarah. Memang dia begitu dari sihat lagi, cucu2lah yang pertama di hati dia. Emak berbeza dia cukup kuat, tak pernah menitikkan air mata jika cucu tidak pulang ke kampung. Cuma sekarang saya usahakan abang sulung yang tak balik sejak 1989 yang berada di Kulim untuk balik. Mana tahu abah memejam mata dalam amsa terdekat ni, takut kami pula disalahkan. walaupun abang yang lari pada 1986 tetapi dia ada balik semula 1989 dan abah pula menghalaunya, tapi sekarang saya fikir abah tidaklah pula akan garang sepertimana masa mudanya.



Saya kini hanya dapat berhubung dengan mak mertuanya, dan baru tadi saya difahamkan dia telahpun beritahu abang saya yang bapa tenat. Rupanya isteri dia juga masuk ke hospital bersalin lagi, operation pulak tu. so terpulanglah pada dia nak balik atau tidak. Sedara2 lain yang jauh dan rapat juga telah kami beritahu. Ada yang datang ziarah...hanya kami 4 beradik jerlah yang ulang-alik hospital. Abang yang seorang lagi pulak berkira juga, malam mak suruh teman tak mahu, katanya banyak kerja tertangguh. Saat2 macam ni malas nak bergaduh...lantaj dialah...


Tadi, masa perjalanan nak ke hospital untuk lawatan waktu tengahari, pejabat di Johor pula call saya, bicara yang sepatutnya pada 19-20 Mac diawalkan atas arahan hakim mahkamah sesyen. Mereka (semua hakim2 mah. sesyen seluruh Malaysia) ada mesyuarat dari 19-23 di KK. So kes saya diawalkan. Ikutkan memang giler, esok bicara di JB, tengahari baru saya diberitahu! nak tak nak terpaksa dari hospital bergegas ke pejabat ambil fail kes dll, call suami rupanya ada di hospital lagi (ambil dan cek darah), tanya nak ikut tak? dia kata ok, so kejap lagi saya bertiga akan bertolak ke JB! cadang hani nak tinggal tapi kesian pulak kat dia, dah berapa hari ni membuntut ammie jer... biarlah ayah jaga, lagipun kes jalan satu hari jer.



saksi pun satu ke kot, dua lagi, tak sempat nak serve sapina, call satu di taiping, satu pulak di kuching. Tengoklah esok camana, harap semuanya ok. pinggang sakit pulak tu, nak drive jauh...aduuhhh. ujian lagi...khamis pulak bicara di kuala Pilah...23 bicara di melaka pula, harap tangguhlah tapi takat ni surat dr mahkamah tak keluar lagi. Ya Allah...berilah hamba Mu ini ruang bernafas!Adik-beradik punya masalah lagi...semua ada dalam kepala nih. Abang sulung terutamanya... lebih 20 tahun berpisah agaknya buat hati dia keras untuk balik jumpa mak ayah. Panjang ceritanya (sebab dia dihalau dari rumah), nantilaaaahhh....


Terima kasih banyak2 pada yang tinggalkan komen, tak sempat nak balas, ni saya ada kat pejabat sementara tunggu kak A hantar Pak Hj dari hospital, nak suruh dia ambik kereta kembara simpan kat rumah, saya nak bawa kereta pejabat jer, kereta saya nak kena servis dulu tak sempat dah, susah kalau apa2 hal nanti tengah jalan, poket pulak bukannya penuh sangat! cukup2 makan jer ni...biasalah kerja kerajaan mana nak senang sangat!Balik esok dari JB singgahlah hospital kejap, tengok tadi abah sedih jer masa bagitau saya nak balik Seremban dan nak pergi JB! Nak buat camanakan, dua2 kena jaga...

Suara hati dan pemikiran siti detik 3/13/2007 05:09:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga


****************************

Sunday, March 11, 2007
Pasrah
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Jumaat pagi hampir sampai ke pejabat, say amenerima panggilan telefon dari kakak di kampung menatakan abah dah tak sedar. Saya bergegas ke pejabat dan mengambil Gurantee Letter dan memohon cuti kecemasan. Call suami, minta kebenaran balik kampung, dia pula nak ikut sekali. Macam lipas kudung saya memandu ke PD dan mengambil dia disana, dia pula minta tukar kereta, pakai van. Semua tu ambil masa juga, dan dia pula tak beri saya bawa kereta, dia yang nak memandu, sebab dia tahu saya akan bawa kereta macam orang gila kalau ada sesuatu yang saya kejarkan.


Jadi hanya dalam jam 11.00 pagi baru kami sampai di kampung. Sah, memang abah lemah-selemah2nya. Saya putuskan abah dibawa ke hospital dan abah pun nampak pasrah..sebelum ini sungguh berkeras dia kalau kita mahu bawa ke hospital. Saya tak mahu biarkan di rumah kerana apa yang boleh dan pandai kami buat, sebab pada ketika ini, abah tak mahu makan langsung. Walapun dua hari sebelumnya semasa saya bawa abah ke klinik dia masih boleh berjalan, tapi hari ini mengangkat mata pun nampak tak berdaya.Sampai di hospital, kecemasan, dll abah masuk wad!



Menurut doktor abah tenat, bila2 masa boleh collapse kerana jantung, buah pinggang tak berfungsi dengan baik. Darah terlalu berasid, kandungan gula dalam badan terlalu rendah. Doktor minta kebenaran sekiranya apa-apa berlaku mereka akan memasang alat bantuan pernafasan, yang bermakna abah akan bergantung pada alat bantuan pernafasan semata-mata. Mak tak benarkan. Mak mau segalanya berlaku secara natural dan mak kata apa-apa berlaku mak mahu bawa abah balik ke rumah. Itu perkembangan abah, pada masa ini, abah masih boleh bercakap walaupun perlahan, tetapi adakalanya kelihatan abah bercakap berulang-uang benda sama dan kelihatan agak keliru kerana mungkin otaknya terjejas sedikit. Bagaimanapun, kami adik-beradik tidak putus2 berkunjung ke hospital. Saya juga cuba kaedah rawatan lain semalam.



Selepas ambil ubat alternatif ini saya akan melihat perkembangannya pula selepas ini. Doktor bukan tuhan, walaupun doktor kata abah tenat dan tidak ada harapan, kami masih berharap Allah memanjangkan lagi usianya...kami masih belum puas berbakti padanya. Hari Jumaat 2 pagi, semua adik beradik dipanggil ke hospital untuk doktor berbincang. Kami putuskan kami tak benarkan doktor membuat kaedah2 perubatan sebagai percubaan yang mana akhirnya buat abah lagi menderita.



Saya bercuti sehingga selasa dan selepas itu saya sangat bimbang untuk naik kerja, mujur juga kakak saya yang guru itu cuti sekolah seminggu. Itulah saya balik sebentar ke rumah saya malam tadi dan pagi ini bergegas semula ke Melaka. Saya balik juga sebab mahu hantar Pak Hj ke PD semula kerana saya banyak tugas perlu dilaksanakan dan makan pakai pak Hj terabai sedikit semasa di Melaka. Malam2 mengantuk pun saya terpaksa mengurut anggota stroke dia dan saya rasa dia korban banyak dalam keadaan susah senang saya sekarang walaupu dia sendiri tidak cukup sihat lagi.


Dia bagi saya semangat dan kekuatan denmgan adanya dia di sisi saya.Siang pun saya bawa dia makan di kedai dekat2 hospital sahaja... tambah pula, dia hanya menunggu di kereta siang dan malam semasa saya ziarah abah... malam2 terpaksa dia yang sakit pula menjaga Hani, dua2 beranak tidur dalam van. Kasihan saya ....hari ini saya terpaksa hantar dia semula ke rumah kak a walaupun hati saya berat, saya juga nak ambil kembara saya di rumah kak a, saya perlu sedar saya tetap tak boleh buat dua benda satu masa, cuma Pak Hj kata apa-apa kecemasan dia akan datang segera.


Doakan semua okay...berat juga ujian saya selepas suami sakit abah pula sakit, kasihan sungguh saya lihat mak saya, 45 tahun bersama dengan abah bukan jangka masa pendek. Harap mak masih berpeluang bersama abah lebih lama. terima kaish pada Luna yang ambil berat tanya khabar. Sorry akak sangat2 sibuk dan susah hati. Di samping pergi balik hispital, akak jugalah jadi runner, jadi supir, jadi segala2nya...maklumlah adik-beradik tak ramai, tiga beradik kami perempuan tiga2 pulak ada anak kecik...
Suara hati dan pemikiran siti detik 3/11/2007 06:26:00 AM 14 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga


****************************

Thursday, March 08, 2007
SEMPURNAKANLAH HAJAT MEREKA


BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.t

Baru tiba jam 11 malam tadi dari Melaka, bersama Hani lajunya kereta saya bawa, lebih sedikit sahaja dari sejam saya dah samapai ke rumah sendiri. Terlalu banyak...sarat...berat...hebat...dahsyat...dari 1986 kusimpan cerita belum berpenghujung ini, lebih 20 tahun. Tak terungkap melalui kata-kata diblog, tak terluah dengan bercerita dari mulut ke mulut...setiap inci dan sudut cerita masak dan ranum dibenak ini...tidak berhenti-henti berputar-putar, sehingga bila agaknya????


Ada masa, insyaallah akan kuluah dalam bentuk cerpen...sebagai anak bongsu, cerita 4 abang dan kakak di atas semua dikepalaku dan aku membesar dengan melihat dan menelan semua masalah mereka...terpaksa berdiri gagah di depan mereka walau sendiri ada masalah! Agaknya aku dilahirkan untuk berdepan dengan semua ini...tanpa gagal aku perlu terima tanggungjawab ini... dalam rumahtangga sendiri, di kalangan adik beradik, di pejabat semuanya aku kena kuat!


Abah menangis...aku menahan air mata di depan doktor...kuat lagi dan lagi selagi mampu! Sabtu abah akan di diagnosis samaada ada kanser usus atau tidak... satu kamera akan dimasukkan ke dalam usus, semua akan dilakukan di Mahkota Medical Centre, abah berkeras nak buat di sini kerana malas nak berdepan kerenah hospital kerajaan disaat2 dia tidak ada tenaga untuk berjalan dan letih dari sudut emosi!. Berdasarkan simptom sejak 2-3 bulan ini, doktor mendapati potensi ke arah itu ada kebarangkalian~ takde selera makan, berat turun mendadak, muntah berterusan, cirit birit, hilang tenaga dll.


Perjumpaan doktor dan saya lebih setengah jam menceritakan apa abah rasa, bukan fizikal sahaja yang lemah emosi juga sangat2 lemah! Itu doktor kata, doktor beri saya tugas... buat itu dan ini...nasihat sana dan sini, hubungi dia dan mereka, fikir cara begitu begini...ya, doktor, apa lagi yang saya perlu buat, doktor? Saya akan cuba sedaya upaya...walaupun mampuker saya?


Nampaknya kewangan yang paling mendesak sekarang! Perancangan2 lain untuk tunggakan gaji kenaikan pangkat yg bakal diperolehi Mac ini perlulah dialihkan ke sini. Lupakan yang lain. Wheel chair ayah, bekas kencing, kerusi sokongan ke bilik air, tongkat dan macam2 lagi yang Pak Hj guna dulu mujur juga telah ada hanya perlu dihantar ke kampung sahaja. saya dah minta emak bersedia walau apa jua keputusannya nanti. Sabar jer dengan abah, jangan tunjuk kita marah walaupun selama ini dia yang degil!


Saya perlu jadi superwoman...malas nak menunding jari pada abang dan kakak yang di atas-atas saya, sudah lama di mata mereka diri saya dilihat cukup mampu ketengah ke tepi, rela ke sana ke sini, keluarkan itu dan ini..apa lagi???? Dalam kekalutan saya, mujur juga Pak Hj banyak kali hubungi saya di kampung bertanya itu dan ini, mencadangkan begitu begini...terima kasih bang! kalau abang baca...maafkan saya terpaksa ketepikan abang seketika, duduklah dulu di sana! Kadang-kadang (selalu sebenarnya) saya rasa saya yang menjadi anak sulung dan bukan anak bongsu! Sekali lagi, status isteri kedua beri bonus kepada saya!


Dalam kekalutan ini, insyaallah kalau diizinkan dan dipilih Allah saya akan berpergian selama 3 hari, saya akan lari dari semua masalah ini, buat seketika, di dalam satu tempat yang dipilih Allah, tanpa Hani dan tanpa suami di sisi, tanpa kerja, tanpa KS, tanpa meeting, tanpa dunia saya yang 'lagha' selama ini saya hanya akan bersama sahabat2 muslimah yang sama2 mengembara mencari ilahi mengabdikan diri...semoga saya diberi hidayat dan saya akan mendoakan dan mengaminkan sahabat2 semua...

Gambar candid Mak dan abah di hari raya...sedihnya tengok gambar ni...


Suara hati dan pemikiran siti detik 3/08/2007 12:08:00 AM 8 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga

***************************


Tuesday, March 06, 2007
Diuji lagi....
Bismillahhirrahmanirrahim


Assalamualaikum w.b.t

Kawan baik saya, Kak J kawin bulan Ogos 2005, patut nak pergi masa dia kahwin dah belikan hadiah satu set periuk kat Alamanda share ngan kawan baik lagi satu, Zah... tapi ada kerja pulak masa tuh tak pergi, hadiah duduk kat bonet keter mak nampak pastu mak nak! bagi kat mak. Dia tinggal di Serdang, lepas tu mengandung, lepas tu 4-5 bulan kandungan gugur, mengandung semula, sabtu lepas bersalin jam 10.15 pg, boy, 3.8 kg. semalam janji nak pergi ziarah, tapi bila petang ada kerja urgent pulak arahan big boss, stay back tak jadik pergi...

Hari ni janji nak pergi sana bawak Hani, rehat tengahari big boss bagi kerja lagi urgent jugak, nak ngadap boss besar negeri ni esok, tak boleh tangguh, tak dapat pegi lagi jumpa baby Kak J, petang jam 6 ada kat bilik big boss lagi, janji esok plak nak pergi...tapi tadi kerja tu kena edit plak...turun bawah dapat call ayah sakiiiitttt....STOP everything....i'm sooooooooooo bored....and sooooooooooo sad.......
*******************************
Sambung jam 7.18 petang...
Tadi susah hati sangat pasal mak cakap abah nak masuk hospital swasta, nak pakai duit lebih sikit. termenuuuung jer kat bilik niii, mata dah bergenang air mata dah. Duit memang tak cukup, pasal baru lepas bayar duit duti stem rumah ribu2 campur cukai tanah+pintu. Dan tambah gaji dah lama plak tu...duit simpan ASB, TH...tak bleh kuar dah jam 6 ptg. Call pak Hj. siap kene leter pasal tak simpan duit untuk urgent punya hal, kan dah susah.... boros sangat Pak hj cakap! Sediiih giler..tak bagi salam saya letak phone! Marah + sedih, ingat nak ngadu bukan nak minta duit...tapi kena leter plak...dia suh solat + doa jer...mmg betul tp hati risau. Ngadu kat PA yang dulu pinjam duit tu...tak bayar2 lagi, dia kata dia ada 50 bucks jer....sedihnya...


Pergi surau, solat + doa, teringat nak sms ex boss kecik sini dulu, memang baik ngan dia w.pun dia dah ke HQ, sms dia nak pinjam duit. Alhamdulillah usai solat terus dia sms tanya no. akaun, terus dia transfer. Lepas solat maghrib ni terus balik kampung Melaka nak hantar duit...dan subuh esok baik sini!


Allah bantu tapi cam tak syok plak pinjam kat orang...laki orang plak tu...dah urgent nak buat camne...ada duit belanja utk unit saya, in case urgent case/operasi ada kat tangan jugak ni, tapi tak berani nak pakai dulu...kot2 ada operasi mengejut nak pakai duit, tak sempat ganti...naya terperangkap plak, kena siasat!
Abah pun satu hal, masuk hospital kerajaan dapat kelas satu pun taknak...patut lama dah masuk sepital...DEGILLLL....kadang2 hilang sabar dengan masalah satu demi satu....tapi tulah buat sibuk dengan kerja...DUNIAKU hanya KERJA dan HANI sahaja dan sesekali AYAH....ada tak tempat nak lari dari dunia camni??? Nak REST, RELAX and HAPPY jer...


Dunia ini memang pentas sandiwara, bukan tempat berehat...kalau difikir nikmat syurga rasanya tak kerja agaknya...buat AMAL sahaja...macam Rabiatul Adawiyah...rasa cam orang tak betul lak petang nih...


Suara hati dan pemikiran siti detik 3/06/2007 06:14:00 PM 8 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga







************************************

Monday, March 05, 2007
Lagi-lagiii Haniiiii...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.

Hari ni wajah Hani lagi...tapi ini yang terkini,
seminggu dua nih masa demam hari tuh...dari petang sampai ke pagi sahaja
kami ditas peraduan... nak tunggu dapat baby tak taulah bila agaknya,
so si kecik nilah jadi mangsa ammie bergurau senda dan bersenda loka....
dia pun sukerlerr ada yang nak manjakan dia...


Di satu sudut lain wajah Hani~ masam mencuka...
Hah...kak kakak dah cakaaaap???? Napa ammie tak dengar???
Ammie...ngantuklah...nak tido jap boleh tak?
Ammie...jomlah panjat pokok sama-sama...best tauuu
Adegan dalam kereta, hari2 inilah dialog yang terpaksa kulalui;

Hani : ammie, kakak tak nak balik rumah ...
Ammie : Abih tu nak gi mana?
Hani : Beg CD kakak banyak kosong lagi tau, ammie belikan kakak cd boleh tak? satuuuuu jer....Ammie : Tak boleh...ammie tak gaji lagi tau...Kakak : Ammie takde duit eh...kalau ammie gaji ammie ada duit eh?Ammie: Yelah nanti ammie ada duit ammie belilah...Dalam kereta juga...dilain perjalanan balik kerja (lalu kedai CD)Kakak : Ammie...ammie dah gaji tak?Ammie : Dah..kenapa?Kakak : dulu ammie janjikan ammie nak belikan kakak CD, ammie ingat tak?Ammie : Ha'ahlaah... (terperangkap sudah...kena juga beli!)

Bersosial di malam hari...bersama geng2nya...Ruang tamu;kakak : Ammie, tolong kakak satu benda boleh tak?Ammie : senyapppp(ammie malas nak layan dah tau trick dia daaah)Kakak : Ammie...tanyalah kakak,"nak tolong apa???"Ammie : Tolong apa???(jawab dalam keadaan terpaksa)

kakak : Ammie tolong buat susu kakak boleh tak?
Ammie : Boleh..kakak gi ambik botol yer...
(trick saya pulaaak)

Kakak : Ammielah tolonglah kakak ambikkan...
Ammie : Sapa yang nak hisap susu, dialah kena pegi ambik
(puas berdolak dalih dua2 beranak...malas punya haaal)

Kakak : Ammie tolonglah..kan ammie sayang kakak, kan kakak anak ammie?
Ammie : Kakak kata kakak sayang ammie..kakaklah ambik...ammie penatlaaah...
(last2 ammie jugak yang caiiiiirrrrr...cian anak ammie...)

Atas katil, nak tido;

Ammie : Kakak kenapa kakak kuat sangat merajuk?
Kakak : Memanglah...kakak memang kuat merajuuuk

Ammie : Yerlah..ammie tanya kenapa kakak kuat merajuk?
Kakak : Sebab...sebab...(fikir lama jugak tuuu) ammie tulah!

Ammie : kenapa pulak ammie, apa salah ammie?
Kakak : Malam tuu..ammie tak ingat? (sambil tunjuk jari telunjuk pada muka ammie dan mata menjeling) Ammie pukul kakak, kan?

Aduuuhhh...apa yang disuka sangat tu sayang?
Ammie ni napa asyik ambik gambar jer???? sibuklaaaarrr
Masa tengok album kakak masa baby...

Kakak : Ammie, kenapa ammie senyum gelak2 jer masa ammie dukung kakak masa baby nih???
Ammie : Yerlah..ammie suka sangat sebab ammie dapat anak comel macam kakak....
(biasalah takkan ambik gambar masam muka plakkan, so meleret2lah senyumnya saya nih?)

Kakak: Ammie suka kakak masa kakak baby, eh?...ammie gelakk jerr!
Ammie : Ha'ah..dah besar pun ammie suka juga...
(tapi lagi suka maas babylaaah...gerrrammm sangat kat dia msa tuh!)

Kakak : Ammie, kakak pun nak dapat babylah..kakak suka...
Ammie : Kalau kakak nak baby kakak kena kawin dulu...
(ke situ pulak budak nih tanya...jauh tul pk dia)

Kakak : Ammie..kakak nak kawinlah...kakak nak baby macam ammie...
Ammie : yerlah...nanti cakap ngan ayah kakak nak kawin...eh?
(sungguh berpndangan jauh dan bervisi anakku inih...hehehee)

Wajahnya polos..dan wajah yang kurindu bila petang menjelang...
Dalam kereta masa ayah ada sama
Kakak : Ayah...kakak nak kawinlaaah...kakak nak baby...
Ayah: Eeeh...Kakak nak kawin dengan sapa?
(kalau dah besar dia cakap camnih mau terkezuttt ayah dia)

Kakak : Kakak nak kawin dengan ayahlaaah...
Ayah : Tak bolehlaaah... sebab ammie dah kawin dengan ayah...
(adakah ayahnya idolanya???...harap tidak, aku tidak mahu anakku bermadu..oohhh TIDAAAKK!)

kakak : Abih tu kakak nak kawin dengan sapa?
Ayah : Takper nanti ayah carikan...eh?
(sempat ker ayah nak carikan nih??? sempat kot, insyaallah)

Kakak : yeeeiiihhhh... yeeeiiihhh..ammieeee... kakak nak kawin...
Ammie : Baaaangg...alahai, camni cepatlah bermenantu kita(bapak borek anak rintik....)


Sekali lagi...wajah polos tanpa dosa, mampukah kubentuk dia?
~WASSALAM~
Suara hati dan pemikiran siti detik 3/05/2007 08:42:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Hani

********************************


Sunday, March 04, 2007

Saat yang kurindu

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Membesarkan dan melihat Hani membesar di depan mata yang sebahagiannya kudepani seorang diri membuatkan sesekali hati ini begitu rindu untuk mempunyai anak kecil kembali...serasa mahu kembali melihat proses pembesarannya, rasa macam terlalu cepat dia membesar, tak perasan kerana asyik dengan pelbagai masalah melingkari kehidupan rupa-rupanya Hani kini telah menjadi 'cukup dewasa' sehingga sudah boleh membaca apa ada dalam hatiku~sedih, gembira, risau, gundah gulana dll. Dan dia juga secara jelas sudah boleh meluah apa yang dia rasa~ rindu, suka duduk di rumah, tak mahu ke rumah Mak Ros, mahu itu dan ini, bahkan sudah pandai memilih fesyen tudung dan baju kegemaran malahan pakaian ammie turut dikritik...


Malahan katakanlah apa sahaja, ajarkanlah apa sahaja di kala ini... kemudiannya jangan terkejut kalau ammie diingatkan tentang ini berulang-ulang kali (macam klon ayah pulak!). Contoh yang ammie rasa cukup termalu dengan hani ialah bilamana ammie katakan padanya kalau azan kita kena terus solat, kena solat awal waktu..maka bersedialah setiap kali azan berkumandang di TV mahupun surau berdekatan, dia akan menjadi 'alarm' yang setia, ammie katakan minum susu juga ada doanya [Allahumma barik'lana fihee wazidnaa minhuuu] maka setiap kali minum susu maka ammielah yang jenuh mengajarnya kerana dia terconfuse sedikit dengan doa makan. Begitu juga doa naik kenderaan, dialah yang setia mengingatkan ammie yang kerap juga lupa... dan dialah pengadu setia [spy ayah] untuk pecah rahsia kalau ammie tak baca taklim ataupun Quran...mana bisa dia dirasuah?



Anak ini pengubat hati ammie, kalau kami bertiga [ammie, ayah dan hani] tak pernah ammie lupa ucap terima kasih kepada ayah kerana menjadi 'asbab' kehadiran Hani yang sentiasa sentia di sisi ammie di kala ayah tiada. Ayah akan tersenyum bangga kerana Hani buat kami bahagia...dan kerana Hani hubungan kami bermakna dan kerana Hani masjid ini bertahan lebih lama...insayaallah. Moga Allah mengurniakan kawan kepada Hani kerana kami merasa inilah waktunya kami bersedia menambah ahli keluarga...amiin..

Hani....6 bulan, betapa waktu ini manisnya hidup saya....Beginilah dia, car seat tak suka, puting pula gergasi saiznya...rama-ramaBerjalan ke shopping centre, ayah yang ambil gambar refleksi HaniMalam-malam mengikut Ammie berprogram Rakan Muda... dalam dewan
baru pandai berjalan 1 tahun 2 bulan, manis senyummu gigi takde...
Di rumah kami, apa lagi kalau ayah takde berposing ajerlah...
kali pertama ke pantai PD, memang penggeli orangnya tak mahu jejak kaki ke pasir
Di rumah, segala benda kalau boleh dipunggah, ammie penat balik kerja, biarkan saja...
Dirumah juga... semua gambar dia suka tersenyum...dari baby ammie gila ambil gambar dia....
gambar ini untuk tatapan anak ammie, Hani Suhailah, yer...kalau kakak baca nilah tanda ammie saaaayaaaaang kakak, ammie nak kakak membesar menjadi anak yang solehah, hafizah, alimah, ayah kata cukup umur kakak 16 tahun (?) ada orang nak anak ammie ni, dapat menantu yang jaga solat, jaga amal, maka ammie relakan ayah kahwinkan kakak agar ammie cepat dapat cucu dan kakak pun tidaklah terjerumus dalam arus sosial hari ini yang buat ammie risau nak lepaskan anak ammie ni...takpayahlah kakak belajar tinggi2, cukuplah kakak menghafal al quran 30 juz dan tahu ilmu2 agama....tempat kakak di rumah, menjaga cucu ammie dan suami...semoga kakak menjadi anak solehah yang dapat mendoakan ammie dan ayah selepas kami pergi...ikhlas,
Ammie
********************************
Pesanan Rasulullah s.a.w;
"Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara iaitu cinta kepada Nabi mereka, cinta kepada ahli keluarga dan bacalah Al Quran"
Suara hati dan pemikiran siti detik 3/04/2007 05:48:00 PM 12 cetusan hati
Cerita tentang; Hani



********************************

Saturday, March 03, 2007
Layakkah saya dicemburui?
Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t
Suatu entry yang panjang, luahan perasaan di pagi sabtu ini...
· Cemburu! Itu isunya...saya tidak tahu apa punca sebenarnya...sungguh saya rasa tiada apa yang saya lebih dan tidak ada apa yang saya ada dan dapat dalam rumahtangga ini yang melebihi dari apa yang dia dapat. Saya kaget, tertanya-tanya apa lagi yang tak kena di matanya? Saya cuba berlapang dada dan bersyukur dengan apa yang saya dapat akhir2 ini, walaupun sedikit tapi masih juga dicemburui, layakkah saya dicemburui???

· Macam saya biasa katakan dalam entry sebelum2 ini, saya sudah boleh terima situasi seperti sekarang ~ cukup sesuai dan saya berlapang dada dengan hikmah-hikmah di sebalik ujian ini. Masa giliran yang singkat iaitu dari Sabtu pagi ke Isnin pagi iaitu hanya dua hari dua malam di hujung minggu sudah membuatkan saya cukup bersenang hati.

· Memang kalau dibanding dahulu (semasa suami sihat) giliran saya 4 malam, iaitu malam selasa dan Rabu, malam Sabtu dan Ahad serta siangnya sehinggalah berpisah di pagi isnin. Dengan kak A giliran 3 malam selebihnya tetapi memandangkan pejabat suami dekat (500 meter)dengan rumah kak A maka suami memang banyak di rumahnya sepanjang hari bekerja.

· walau bukan gilirannya, suami masih boleh bersarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang bersama-sama di rumah kak A. Juga hantar dan ambil anak sekolah hari-hari dan ke pasar hari2 dll. Biasa juga malam giliran saya suami balik ke rumah kak A minum petang dahulu dan baru balik ke rumah saya, dan esoknya pagi2 dari rumah saya juga suami sempat ke rumah Kak A bersarapan sebelum ke tempat kerja. Saya tak pernah marah kerana saya tau tak boleh buat apa melainkan saya berhenti kerja.

· Justeru, persetujuan bersama secara tidak disedari tercapai bilamana suami buat keputusan selepas Hani lahir melebihkan giliran bermalam pada saya dan Kak A juga tidak pernah membantah hal ini (inipun selepas ada peristiwa besar Kak A buat pada suami!)

. Walaupun giliran bermalam saya nampaknya lebih satu malam namun saya hanya dapat bersama suami malam sahaja dan untuk siang hanya ahad sahaja. Harus juga diingat dua malam giliran saya itu iaitu pada malam rabu dan sabtu, suami akan hanya balik ke rumah saya lebih jam 10 malam (kedua-duanya malam mesyuarat dan malam markaz), dan esok pagi2 kami berdua sudah bergegas ke pejabat.

· Masanya cukup pendek, apatah lagi kalau saya ada kerja ~operasi, tangkapan, bla bla...., maka giliran saya selalu juga burned macam tu jer. Sekiranya kami mahu bercuti atau balik ke kampung membawa suami maka secara automatik giliran saya pada selasa dan rabu itu selalu dikorbankan dimana saya hanya akan mendapat giliran bermula jumaat malamnya hinggalah pagi sabtu, ahad sehinggalah isnin paginya (seluruh hujung minggu).

· Bila suami sakit pada 6 bulan pertama, giliran saya hampir keseluruhannya diambil oleh Kak A, kecuali weekend. Dari Julai - November saya berlapang dada cuba sesungguhnya mendidik hati menerima situasi ini walaupun memang payah (ada dalam entry2 sebelum ini, memang derita untuk menerima hakikat suami takde di sisi langsung dari Isnin sehinggalah sabtu (tengahari baru sampai!)

· Mula Disember sehinggalah sekarang perlahan2 saya sudah boleh terima masa giliran yang terhad itu. Saya tak pernah marah suami lagi sebab saya tau suami tak mampu dan kesanggupan dia datang ke rumah saya dalam keadaan sakit sudah merupakan seribu rahmat dan saya bersyukur tidak terhingga yang suami rela korban keselesaan dia disana dan sanggup datang dalam susah payah untuk memenuhi tanggungjawab dia di sini terhadap saya dan Hani.

· Rupanya pada hari suami balik sabtu minggu lepas, kan suami balik terus ke PD, lebih kurang pada waktu zohor dan sebelum maghrib suami ke masjid (markaz) dan malamnya bermalam di sini. Esok paginya saya berceramah di PD, selepas tu ke pasar PP dan balik dari pasar kan saya terus hantar suami ke rumah Kak A (lebih kurang jam 12.00 t.hari)

· Balik sahaja suami kata semuanya dah berubah! tak tahu apa yang tak kena? Suami pun dalam keadaan letih agaknya.... saya pun tak mahu tanya lebih lanjut. Tapi saya tahu kalau dia bergaduh samaada dengan saya atau Kak A dia tak dapat menyembunyikan susah hatinya, jelas terpancar kesusahan dan perubahan air mukanya. Sentiasa kelihatan dia seperti berfikir2 dan bermuhasabah agaknya di mana silapnya. Itulah yang saya dapat kesan sejak dia ada di sini Rabu malam!

· Mungkinkah tindakan suami balik ke rumah saya sabtu itu satu kesilapan? Tapikan giliran saya hanya hujung minggu, itupun saya berlapang dada pagi2 buta ahad saya dah ke PD dan balik ceramah saya dah hantar suami semula ke rumah kak A. Tak cukupkah lagi? Sedangkan sepatutnya dari Isnin hingga Jumaat ini giliran dia...kalau semuanya berjalan seperti biasa! Tapi dia pula protes terang-terangan!

· Taulah orang lelaki...agaknya egonya tinggi, saya pula menjadi mangsa, tapi saya tak bolehlah pula nak tarik diri, suami ada di sini saya lah kena ambil alih tanggungjawab walaupun tidak sesempurna kak A menjaganya. Tapi kalau setiap minggu macam ni, rasanya tak tahan saya... kerja office bertambah2lah yang tertangguhnya, hari2 balik awal dan rasa bersalah pulak fikir Hani dan ayah kat rumah.

· Alhamdulillah semalam Hani okay, ayah pun okay tinggal dua beranak kat rumah, khamis dan Jumaat kenalah jadik superwoman sekejap, pagi2 siap-siap masakkan dua beranak ini dan sepertimana cadangan href="http://maryamabuahmad.blogspot.com/">Maryam dan Kak Long, ruang tamu saya jadilah seperti dapur mini.
· Petang khamis tu menyelinap macam pencuri masa nak balik jam 5.30 tu, awal sangat bimbang pengarah nampak...mujur juga semalam ada ceramah di Wisma Negeri di Jabatan Tanah & Galian dari jam 4-5 tapi terjangkau pulak ke 5.30! So suami ambik saya di sana (masa nih hujan menggila lebatnya, bimbang pulak pada hani dan suami yg memandu sebelah tangan dengan jemnya) dan kami terus balik ke rumah!
· Pagi ini jam 9.00 seperti permintaan suami saya akan hantanya ke rumah Kak A dan cadang juga nak ke pasar PP beli ikan baru naik lagi...Suami kata, agaknya dah lama terbiasa suami banyak masa di sana, bila sesekali suami buat pilihan nak datang ke sini, mulalah protes bila kehendaknya tak dipenuhi.
· Bagi saya pulak, saya dah okay sangat dah giliran baru sebelum ni walaupun dapat dua hari jer, sebab macam saya kata, kerja saya tengah banyak sekarang, mungkin ambil masa sedikit nak adjust tugas baru dengan pengarah baru so saya perlu lebih masa di pejabat, bukan taknak layan suami, hujung minggu jer cukuplah...saya khidmat sungguh2! Harapnya cepatlah Kak A sedar dan minta maaf pada suami...dan giliran back to normal...
· Dah jadi camni, suami kata rupanya isteri nih tak boleh beri muka, dah asyik dapat giliran dalam tempoh lama sebelum ni, sesekali bila kehendak tak dipenuhi jadi lain pulak... suami cakap kalau beralah dan berlembut sangat camnilah jadinya... terlebih manjaaaa...
· Dahlah pulak suami kata nak buat giliran macam biasa, macam dulu2, time giliran sini balik ke sini, ikut selang sehari, tak mo duduk sana jer berlama-lama, banyk kesannya... ADUUUUHHHHH... gimana sih??? Gue capek sekali... kok jadik gini???
~Wassalam~
Suara hati dan pemikiran siti detik 3/03/2007 06:15:00 AM 12 cetusan hati
Cerita tentang; Poligami

***********************


Thursday, March 01, 2007
Ini baru realitinya!
· BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tMasa penuh, ayah ada, dah jangka dah!buat point sistem jer nampaknya!Sebab ayah nak duduk rumah bini muda?~ andaian ayah nak close ngan Hani - SALAH~ andaian yang ayah ada masalah kewangan - SALAH~ andaian yang ayah nak jimat masa - SALAH
· RUPA-RUPANYA:~AYAH ada krisis di sana!~ini baru BETUL!
· Jam 10 dari pejabat ke Masjid (markas ambil ayah), semua kena settlekan dulu yg di off, org yg berkenaan dah di lock-upkan, penjaga dah ada, baru boleh tinggalkan!
· Jam 11 baru ayah cakap dia nak makan nasi, mula tu malu agaknya nak suruh sebab nampak saya penat, katanya nak makan roti jer.
· Selesai mandi/ solat 11.45 baru start masak, blender cili, keluarkan ikan segala2... lenguhnya pinggang, ngantuknya mata!!!!
· Jam 12.30 baru kami tiga beranak dapat menghadap sedulang nasi bertiga, menu ikan 'mayong' asam pedas dan selangat dan sekor cencaru (utk Hani) digoreng garing.
· 1.30 pagi barulah dapat tidor selepas selesai urut ayah dan ikram hani (nak peluk sebelum tido, satu hal jugak budak nih!)
· Semasa makan sebelum tu ada tanya ayah napa nampak lain macam? ~sedih dan air muka tak ceria?
· Katanya bla bla bla....mungkin dia salah, terlalu sensitif agaknya, dah lama tak jumpa, badannya letih, bla bla...kesimpulan: berkrisis di sana, dengan Kak A.
· Macam biasa, sebagai pegawai penyiasat berkaliber (dlm masalah r.tangga - tak bertauliahlah!)~ saya pun memulakan tugas dengan jayanya, namun ayah tak mau break jugak!
· Tunggu ayah tidor jam 1.30 pagi usaha cara lain terus dapat jawapannya~ punca krisis sudah ada dalam kepala.
· Tak boleh menangguk di air keroh, hari nih saya cuba dalami masalah lagi, jadik kaunselor pulak, ayah masih dilemma...
· Siang tadi pulak very hectic!
· Rupanya ayah ada appoinment ngan hospital.
· Bukan tau nak bagitau, pagi nih terpaksa muka tebal jumpa OC minta keluar. Tu pun dia nak pergi sendiri masih malu nak minta tolong bini!
· Sangkut kat bilik oc pulak, ada sub meeting ngan oc dan aoc, Pak haji dan Hani duk dlm kereta menunggu nih...bengang!
· Di hospital, PA oc call kata semua tggu saya balik nak buat meeting.- buat jerlah...tak keruan pulakler saya nak beli sarapan pak haji, ada pulak sikenit (Hani) nih mengekor belakang, parking plak tak jumpa2, susu hani plak lupa!
· Balik office jugak, tinggalkan pak haji di hospital utk jam 11 sebab ada lagi ambil darah... sabar jerlah bang... bini macam orang penting...walhalnya takde mendapun!
· Hantar Hani rumah mak ros, plan nak suh ayah jaga batal, saya buat keputusan! Hani mengamuk nak susu, alternatif hantar rumah Mak Ros jelah.
· Jam 11.15 pak haji call dah siap, bergegas ke hospital lagi, parking macam S*al, pengawal macam ce*aka, kan pelik saya dah timbul?
· Balik ke pejabat, aduh entertained tiga hamba Allah datang serah diri pulak, tak kena betul masa diorang datang nih!
· Semalam ada tangkapan mujur anak buah bagusssss...pandai baut kerja...tima kasih...pagi2 mereka dah lapor apa dah dibuat dan apa nak dibuat!
· Tekejutlah...bagus betul line up baru nih!$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
· Baru lepas makan nasi, menu ikan gapang masaka lemak cili api dengan belimbing besi dan bawal goreng berlada, fuuuhhh menu ayah bagi saya masak, tak sangka pulak sedapnya...
· sekarang jam 11.15 malam, ayah dah tunggu, tugas mengurut kena dijalankan juga...ada masa nanti update lagi!
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Saya teringin benar nak luah apa ada dalam kepala, iaitu tentang ingatan untuk bini2 sedia ada maksudnya pasangan satu suami yg hanya ada 1 isteri(mungkin juga bakal isteri tua) tentang kenapa suami pilih berkahwin lagi. Mungkin ada yang anda perlu tahu sebagai tips supaya anda dapat berjaga-jaga sebelum suami tambah bini. Ataupun anda dapat kaji di mana kelemahan anda sehingga suami nak carik yang lain.
Marahtak kalau suami kata anda ada kelemahan dan itu sebab nya dia nak kahwin lagi? Tentu marahkan? Jadik, eloklah ubah atau belajar memperbaiki diri sebelum dia menyuarakan hasrat mahu berbini atau sekarang senyap2 ada makwe....
Wassalam....
Suara hati dan pemikiran siti detik 3/01/2007 10:55:00 PM 10 cetusan hati
Cerita tentang; Poligami
April 2007 February 2007 Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Mula 24-02-07@12.00 noon
Free Hit Counter

No comments: