Friday, December 12, 2008

Julai '07



Tuesday, July 31, 2007

Terkini dari saya Part 3
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Saya dah okay dengan suami. Alhamdulillah.

Esok jam 10.30 pg naik bas express ke JB untuk bicara hari Khamis. Petangnya atau esoknya naik bas semula balik ke sini.

Hasrat nak naik bas dari Melaka dengan tinggalkan hani dan dewi di kampung tak direstui suami.

Hani dan Dewi akan ikut ayah ke PD.

Ada komen tak setuju saya guna istilah '*eling'. Saya guna istilah tu kat blog jer. Takkan lah saya kurang ajar sangat. Tak...takdelah saya ni racist.

hal berdakwah langsung tak relevan kalau nak kaitkan semata-mata dengan istilah tu...saya rasa dangkal sangat pandangan anon tu...
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/31/2007 11:19:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam



Sunday, July 29, 2007
Terkini dari saya Part 2
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Semalam, pagi2 saya pergi beri ceramah. Cadang nak angkut sekali Dewi dan Hani, sementara saya berceramah 2 jam di Wisma Persekutuan saya nak tinggalkan budak dua orang tu main kat taman belakang rumah MB, dekat2 jer dua lokasi ni, kalau takpun saya nak tinggalkan jer dekat pejabat saya, boleh tengok TV. Sebab rumah Dewi dengan pejabat saya tak jauh saya malas nak patah balik rumah ambik dia semula.

Tapi dah hani tidur jam 1 pagi, maka pagi dia liatlah nak bangun. Saya pulak subuh2 lagi kat rumah dah test laptop dengan LCD (mobile projector). memandangkan penganjur maklumkan Jumaat petangnya LCD mereka rosak, terpksalah Jumaat malam saya ke pejabat ambil LCD kami. Dah tu wayar penyambung ke suisnya takde pulak, puas saya dengan pengawal cari tak tau mana office boy kami simpan.

Mujur juga wayar rice cooker saya ngam dengan LCD tu dan boleh pulak pakai. Terkocoh2 jugak saya pagi tu, sebab saya manalah ada handle benda2 teknikal ni, sebab ramai lelaki kat pejabat tu, takde ruang dan takpernah timbul masalah benda2 ni sampai saya/peg wanita lain kena belajar guna,kan?

Mujur juga on jer, terus terpancar slide powerpoint presentation saya tu. Bergegas saya dengan tangan kiri kanan ada beban dengan kasut tinggi pulak bawak beg laptop dengan LCD tu...FYI saya ni teramatlah jarangnya berkasut tinggi melainkan untuk berceramah dan hadir ke mahkamah jer. Tu pun terpaksa, kata orang untuk "keyakinan diri".

Sampai jer saya tengok dah ada meja siap dengan skrin jer, saya pulak sebab dah tau handle benda tu, terus pasang. Eh..dah nak hujung tu masa tengah adjustkan baru ada bantuan datang. Mujur juga ada bantuan sampai sebab serentak pulak ada call masuk. Terjejas betul tumpuan saya, sebab Khamis tu saya dah atur 6 orang pergi main bowling jemputan HQ di Sri Petaling, pagi ni 2 orang tarik diri last minit, akhirnya semua tak pergi, baru maklumkan saya masa saya nak start ceramah. Kena pulak siasat dan call sana sini...

Takde integriti betul, dahlah saya nak ceramah pasal integriti...hilang mood saya nak ceramah, saya geram betul budak2 muda baru2 kerja ni, susah betul nak patuh arahan. Malu saya dengan urusetia HQ...dah janji hantar dua team, jejaka idaman dengan Gadis impian...duit register pun saya dah bagi....pagi tu baru dua orang cakap tak jadik....bagitau awal saya boleh arah yang lain pergi...

Balik ceramah tu gi pejabat dulu, nak balik ada pulak bekas timbalan pengarah sebelum yang *eling sekarang ni datang lawat. Kena entertain pulak. Sudahnya jam 12.30 baru sampai rumah semula. Macam biasa, sabtu hantar Dewi balik jumpa suami dia, cuma semalam hantar cepat sikit sebab hari ni nak ambik dia cepat nak bawa ke PD petang ni. Lepas tu kami dua beranak singgah pejabat lagi. Saya solat Zohor dan Asar dan tidur kat pejabat (ni salah satu kegunaan sofa L shape yang sangat2 sesuai dibuat tempat tidur! syok2) .

Saya bagi Hani buku suh dia main2 sendiri sebab dia sepagi2 masa saya ceramah tu Dewi kata dia bangun sekejap pastu tidur sampailah jam 12.30 saya balik saya kejut dia. Petangnya giliran saya pulak tido..tapi kacau betullah Hani ni, diusik2nya muka saya kata bangunlah2...ammie janganlah tido, jomlah kita gi kedai..."

Lama2 jam 5.30 saya bangun jugak, balik....singgah store Pacific....ada pulak renovation besar-besaran, banyak seksyen jualan ditutup. dekat maghrib kami balik jer lepas isi perut di Pizza Hut. Sempat gak beli top up untuk line celcom untuk pak hj sebab saya tau dia takde credit lagi tu sebab sms saya dia guna nombor orang lain.

Malamnya saya smskan nombor topup tu dan saya tulis jugak,

"Malam ni baliklah sini tumpang hj Latif"

Lama saya tunggu, takde jawapan, saya sedih jugak, dah bagi kredit pun tak balas sms. Saya tengok jam dah lebih 11.30 sah dia takkan balik sebab malam markaz dan malam mesyuarat (Rabu dan Sabtu) dia biasa balik jam 10.30. Dua malam tu saya tau dia akan turun ke Sban, samaada dia tumpangkan orang2 PD atau orang tumpang dia. Selalunya dia tumpang kawan dia yang dia guna nombor utk sms saya tu, pensyarah poli tapi la ni sambung Phd takdelah mengajar...Hj Latif tu dekat dengan rumah saya ni, rumah isteri pertama dia, dia pun kawin dua jugak.

Dalam jam 12.00 tu saya ajak Hani masuk tido, saya ambik hp ada pulak sms rupanya saya silent kan mode dia masa ceramah pagi tadi. SMS tu pun jawab pendek jer,

"Ada di Sri Petaling untuk 3 hari"

Ohhh...ada di markas Si Petaling rupanya. Sibuk rupanya pak hj ni. Memang lepas pencen ni masanya sangat sibuk dengan aktiviti surau, amal dan dakwahnya. Yang saya ni pulak tak habis2 sibuk dengan kerja...tak selari langsung dengan dia.

Jadik, petang ni tak taulah dia ada di PD ke tidak? Mungkin dia balik PD petang ni agaknya, tu sebab dia kata nak jumpa petang ahad. Tunggu jerlah petang ni saya sampai PD apa ceritanya...
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/29/2007 08:05:00 AM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati



Saturday, July 28, 2007
Terkini dari saya
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya melancarkan perang sms. Pagi2 lagi selepas mesyuarat dengan pengarah bersama 4 pegawai yang baru balik kursus tu saya masuk bilik dan terus hantar sms. Pendek jer...

"Dah 12 hari saya tunggu abang, tak balik2 juga.., bila abang nak balik?"

Saya terus masuk english class dan tunggu dan tunggu dan tunggu tetapi sms saya tidak berbalas. hany panggilan dan sms lain2 urusan rasmi sahaja.

Tak habis class dah kena panggil dengan pengarah lagi, habis bincang dengan pengarah, saya masuk bilik dan saya send sms lagi, juga pendek jer...

"Ahad petang saya ada program di pusat sumber JPN depan Poli PD, abang taknak jumpa Hani dan saya?"

Saya tunggu balasan sampailah ke jam 2 pun takde respond. maka selepas itu, saya hampa dan kecewa dan saya terus tinggalkan hp di bilik dan saya ke bank dari jam 3 sampai jam 5 dengan harapan balik2 jer nanti kot2lah ada sms.

Sampai pejabat, masih takde mesej. Mungkin agaknya nak berpatah arang dengan saya? Atau malas nak layan saya. itu yang saya terfikir. nak call memang saya tak 'bernafsu', sebab bimbang2 kak A ada sama, malas nak bagi dia dengar perbualan kami. Malulah,kan?

Hari tu masa mula2 gaduh tu saya kena marah dengan pak hj kebetulan dia ada sama, malu jugak rasanya walaupun kena marah ni dah biasa masa mula2 pak haji kena stroke dulu. Dah tu lepas kena marah pak haji kena marah ngan Angah pulak!

Masa kena stroke dulu, bukan saya jer kena marah, kak a pun selalu kena marah, nangis2 kami berdua kecik ati....itu dulu!!!

Maka jam 11.30 malam, singgah dikedai makan bersama Hani balik dari jaya Jusco, saya teruskan melancarkan serangan sms, pendek juga...

"Abang tengah mesyuarat,kan? Bolehker saya call abang malam ni? Kenapa abang diam seribu bahasa?"

Juga tak berbalas mulanya, tapi dalam lebih kurang 10 minit ada mesej masuk, tapi dari nombor lain, kawan pak hj (yg saya ada save nombornya). Saya tau Jumaat malam marhalah pak hj akan ada mesyuarat di masjid/surau. memang jam 12 baru balik ke rumah.

Jawapannya pendek juga,

"Ok-ahad petang jumpa", bagi pihak Hj S***k."

Dengan menerima sms tu saya anggap pergaduhan kali ni selesai. Senang juga,kan? tak payah nak susah payah pujuk. hanya tunggu ahad petang ni, mungkin saya akan kena 'syarah; sikitlah.

Buka telinga dan sediakan tumpuan untuk dengar hujahan pak hj dan saya akan mengakui semua berlaku ni silap saya. senang,kan? Buat apa nak tegak2kan benda2 lama ni malas nak peningkan kepala.

Biar saya bertekak dalam mahkamah depan hakim dan lawyer jerlah. kalau rasa nak marah, marah kat saksi dalam court jer. Dengan pak hj malas saya nak 'berhujah dan berdebat!"
Lepas2 ni saya cadang nak iyakan semua apa dia suruh dan buat apa dia mau, macam anggota UTK yang macam 'robot' tu...
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/28/2007 02:29:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati





Friday, July 27, 2007
HIKMAH BERGADUH KALI INI
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Kebetulan yang tepat serentak dengan bergaduh kali ini saya menerima pengarah yang baru. Seorang yang kuat kerja dan nak segalanya pantas! Hal2 pentadbiran semua dia akan cari timbalan tetapi hal2 operasi [siasatan-kertas siasatan (KS), Kertas risikan (KR), sampul kecil (SK)] dia kejar dan carik saya sampai saya panas punggung dan pecah kepala sebab tak terkejar dengan kelajuan dia. memang minggu ni nak bernafas pun tertahan-tahan...sesak!

Hari pertama datang, semua KS, SK, KR dia minta minit kepada dia. Lepas tu setiap hari jam 8.00 am mesyuarat perkembangan setiap siasatan...matilah sapa simpan fail dalam kabinet lama2. Jumpa IO seorang demi seorang dengan saya sentiasa ada bersama.

Lepas tu dia baca semua fail2 tu dan panggil saya bila2 masa brief kes tu dan kemudian arahkan saya kaji dan minit keluar semula pada IO...matilah saya!!!!

hari2 dia panggil saya tak kurang 3 kali... dia baca jer KS atau Sk atau KR pastu terus dia panggil saya. peliklah KS tebal pun sekejap jer dia baca, apa skill dia tak taulah??? terus buat minit arahan lanjut dan buat further investigation...dan ada juga fail dia terus suruh saya draf cadangan pertuduhan... memang powerrr sebab dia buat pendakwaan sejak zaman 'tuk adam' lagi...menurut sumber dia lagi banyak buat pendakwaan banding siasatan. Sekilas dia baca jer dia dah tau apa kelemahan siasatan atau boleh charge atau takde kes...

Kira Mr R kawan saya yang pindah Johor tu kata bertuahlah saya bawah dia sebab dapat banyak ilmu nanti. Sapa2 yang buat pendakwaan lama maka siasatan dia takkan jadi masalah...dia kata kat saya, 'takpe u akan rasa susah sikit buat pendakwaan sekarang tapi hasilnya u akan dapat kemudian nanti...lega juga dengarnya...saya cakap kat dia beban kerja saya banyak sebab kena buat pendakwaan kat JB dan melaka, yang ambik banyak masa saya untuk outstation....dan anak buah kat sini saya tak dapat monitor.

esok kena beri ceramah di JPN, isnin dan selasa jadi hakim pertandingan pidato pencegahan rasuah Pra U di PD, rabu/khamis ke JB bicara, Jumaat pengarah dah booking discuss pasal bebarap kertas siasatan. Lepas tu, Isninnya ada ceramah di Akademi audit, selasa dan rabu ada bicara lagi di Kuala Pilah, lepas tu sibuk untuk perasmian pejabat 22 nov nanti. Tu tak masuk lagi kerja2 siasatan lanjut beberapa KS yang IOnya bertukar dan beri pada IO baru yang tak involve kes tu sebelumnya, semua saya jugak yg kena memantau dan pandu Io2 ni...

jadinya apa saya nak cakap, saya memang sibuk gila, sampai nak ke toilet pun tak sempat. nak fikir masalah pak haji ni pun tertunda-tunda...tulah dah 12 hari tapi rasa macam nak tangguh sebulan lagi baru nak ambik apa2 action...nak pujuk ker, nak gi merayu ker atau apa2lah...rasa lepas sebulan ni saya dah boleh sesuaikan diri dengan cara pengarah baru ni dan saya dah boleh selesaikan semua kertas siasatan yang tertunggak Io2...

tapi tu nampaknya macam saya ego pulak...entahlah ahad ni pergi PD mungkin kot saya mabik masa sekejap jumpa dia takpun bookinglah mana2 hotel untuk bincang...

Apapun, kesedihan saya turun naik, kalau kat rumah malam2/pagi2 tu memang sedihlah tengok bilik/katil pak hj tu kosong jer...nak2nya bila tengok massage chair, baju2 dia tersusun...semua tu rasa macam nak simpan/buang jer...tapi kalau kat pejabat takde ruang langsung nak fikir benda tu semua...

Ntahlah...elok saya gi pujuk cam dulu2 atau buat diam jer sebulan ni? Azizah my best friend kat Labuan marah saya bila saya kata dah 12 hari saya tak gi pujuk2. Dia kata saya ego! Dia suruh saya sms apa2 cerita...sebab nanti pak hj fikir saya ni memang nak berpisah! confuselah...Hani pulak cam ok jer ayah takde kali ni, mungkin sebab Dewi ada kot?
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/27/2007 12:22:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati, Periuk nasi




Thursday, July 26, 2007
episod duka bermula
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Nota : Monolog untuk diri

Melangkau 10 hari tak ada jawapan pasti sudah buatkan hati saya resah. Jangkaan saya bahawa masalah ini akan berlarutan lebih lama nampaknya berasas. Selagi saya tidak mengambil langkah pro aktif selagi itulah keadaan ini akan membelenggu diri.

Apa lagi yang mampu dan daya saya buat? Semua saya telah serah dan korban hingga tiada apa lagi dalam hati ini....

Ada isteri yang sanggup buat seperti apa saya buat? Katakan pada saya apa yang saya tidak buat lagi, katakanlah abang...biar saya lunaskan apa kemahuan abang!

Ada saya meminta dan merayu bantuan abang menjaga saya ketika saya mengandung sepanjang 9 bulan? Ada saya ditemani tatkala saya merintih keseorangan di malam hari menjaga anak demam dan menangis tak henti? Pernah abang menemani saya ke klinik di kala masing2 ibu lain yang membawa baby ditemani suami? Tidak sekalipun bang. Hanya saya susah payah kemana-mana berdua dari kecil hinggalah sekarang...

Abang tau berapa banyak saya menitiskan air mata ini hanya kerana sengketa kita?

Adakah saya bebani abang kemahuan bukan-bukan, rantai dan gelang atau emas keliling badan? Malah yang asas walaupun setin susu anak tidak pernah saya minta abang penuhi kiranya kehabisan. Apatah lagi sehelai baju Hani! Untuk saya jauh sekali...

Tidak, saya tidak pernah minta abang apa-apa sebagaimana sepatutnya isteri2 yang lain minta selayaknya pada suami...malah keperluan makan dan pakai abang tidak juga gagal saya sempurnakan...

Saya tidak pernah membebani abang keperluan asas saya, tempat berteduh dari dulu hingga kini tak pernah saya gagal sediakan untuk kita bertiga. Beras dan lauk juga sehingga ini tidaklah pernah terputus walaupun tidaklah sehebat mana...

Hanya diri abang, diri dan perasaan dan kasih sayang dan perhatian abang sekelumit sahaja yang saya pinta... bukan yang lain-lain...tidak pernah saya harapkan lebih dari apa yang abang mampu berikan...

Tidak berhakkah saya bersuara walaupun mungkin itu sedikit menyakitkan perasaan abang. Tidak bolehkah abang bersabar sedikit dengan isteri yang telah buat segala-galanya untuk keluarga ini?

Bukan niat saya mengecilkan hati atau menafikan hak abang sebagai suami, jauh sekali tidak hormat... cuma barangkali sesekali saya perlu luahkan isi hati...berkongsi perasaan saya, penat dan benci, marah dan sakit hati, risau dan jauh hati....kadang2 saya ingin berkongsi rasa, bukan bermakna saya menyalahkan abang untuk segalanya, adakah itu pun diharamkan di sisi abang?

Bukankah suami isteri itu memberi dan menerima? Saling lengkap melengkapi? Saling sabar dan bertolak ansur. Saling dengar dan menasihati. Bukan semberono marah dan merajuk hati...

Betul pesan emak saya semasa zaman saya anak dara, memang mak halang pada awalnya berkawin dengan abang, walaupun alasannya tidaklah sekuat mana, tapi alasannya itulah yang membuat saya makan hati dari dulu sampailah sekarang.

Emak pesan, kalau khwin suami orang ni, kalau kita bergaduh, dia ada pilihan, pasti dia akan pergi ke rumah isteri yang satu lagi...berbeza orang yang hanya beristeri satu, bergaduh macamana pun dia takkan ada pilihan....ke rumah isteri itulah yang dia akan balik"

Kenapa itu pemikiran yang mak saya ada? Abang, adakah kata2 mak itu berupa doa? Nyata telahan mak saya berasas bang...itulah natijahnya yang saya rasa sekarang...dan mak tak pernah tahu bahawa anak bongsunya ini melalui tempoh masa 6 tahun ini dengan keadaan ini....
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/26/2007 01:44:00 AM 12 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati





Tuesday, July 24, 2007
Ada apa dalam hati ayah?
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Sejak Isnin minggu lalu hinggalah hari ini, pak hj tak balik2 lagi, last hari Khamis petang minggu lepas, dia hantar Dewi dan hani (tu pun saya dalam rumah, tak keluar) sampailah hari ni masih diam membisu seribu bahasa.

Saya mulanya biasa. tapi hati seorang isteri, lama2 terasa juga mulanya tu marah, sekarang sedih dan jauh hati sangat-sangat-sangat hanya sebab salah yang kecil, lagi2 dia merajuk. kalau merajuk sahaja, takpe, ni diam tak balik2.

Patutnya dia tau, minggu ni saya kursus di KL (tapi dah tak jadi pulak)tentu dia terfikir mana saya letak anak,kan? Pun semalam dan hari ni dah berlalu, takde juga dia bertanya khabar.

Walaupun suasana ini sudah biasa ditempuh, namun saya tetap sedih. Tapi bezanya air mata saya degil takmau keluar dah...hanya sedih dalam hati jer. Mungkin sebab balik rumah, semua dah okay, rumah kemas, anak sihat dan cergas, kerja pejabat banyak bawak balik ke rumah, takde masa nak sedih2 sangat...

Cuma bila duduk2 dan fikir balik, rasa cam tak berbaloi saya nak sedih...cuma bila pandang Hani rasa jugak sedih...agaknya salah saya, dia pulak tak dapat jumpa ayah...

Sesekali hasutan iblis (agaknya?) buat saya rasa macam hampas, dan dan-dan tu jugak rasa nak berstatus ibu tunggal...

Kat blog ni jer boleh luah, takde sapa tau saya bergaduh (ntahlah, tak sangka jadi gaduh sebab dari asalnya... bila saya keluarkan satu word tu dia terus marah dan letak telefon). Setakat ni Dewi jer tau sebab dia ada tanya, bapak tak balik ker?...saya jawab "bapaknya merajuk..."...

Bila saya termenung, Hani cepat2 cakap, "janganlah sedih amie, kakak kan ada, kakak kan anak amie..." sweetnya tengok dia bila dia pegang dagu saya dan bawa muka saya pandang wajah dia...hanya pipinyalah jadi ubat rindu dan kesedihan saya, dan dia juga setiap kali itulah akan mencium pipi saya...bertalu2 tanpa jemu...

Pagi hari nak pergi kerja juga tak puas2 dia mencium pipi saya, dan juga minta dipeluk erat2...seolah macam rindu sangat...juga memberi pesanan, "amie janganlah balik malam sangat..., kakak tunggu amie tau.."

Ammie pun tak taulah apa ada dalam kepala ayah...nak bercerai ke, atau nak bagi amie pengajaran ker atau dah tak berduit nak berulang ker...dan amie pun letih dan putus harap dengan dia, hanya doa pada Allah beri yang terbaik buat amie dan Hani.
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/24/2007 01:17:00 PM 10 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati, Hani




Monday, July 23, 2007
Kapal Baru
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

hari ni patut pergi kursus tapi nakhoda yang baru ni tak bagi pergi, ia kata, u kena berada di pejabat. Ceramah pagi ni patut kena beri pada TNB, pun saya cancel dan minta orang lain pergi.

Nakhoda baru ni tak tanya anak kapal keupayaan dan tak tanya juga macamana kapal ni selama ni, jenis laju ke, enjin baru yang kena panaskan dulu ker atau ada enjin ama yang perlu dibelek-belek dulu. Dia terus naikkan sauh, psang layar dan belayar ke tengah lautan.

Takut2 di tengah lautan nanti dia penat dan tak upayalah kami nak menolongnya. kami mampu pandang jerlah. Biasalah nakhoda baru dapat mengepali sebuah kapal, semangat kena ada, taring kena tunjuk.

Macam tulah nakhoda baru kami, saya takde nak rehat2 lagi, terus buat kerja dari pagi...tak taulah nasib lepas ni camana??? kalau dah sebelum ni sibuk, dengan nakhoda baru ni lagilah tak tau nasib....

"Saya yang menurut perintah"
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/23/2007 03:00:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi




Sunday, July 22, 2007
Ulasan Cerekarama
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Cerita [1]
Malam ini saya sendirian bersama Hani. Dewi sudah saya beri cuti sampai sore besok berjumpa suami. Dan pak haji pulak masih marah +merajuk (agaknya...) tak balik2 lagi. Tadi ada Hani minta telefonkan ayahnya pun tak dijawab. Hani pulak masa-masa macamni lah keluar dialog.."ammie tau tak, kakak ni rinduuuu sangat dengan ayah tauuu..."


Nak sms pada ayah, Hani tak benarkan pulak. So senyap macam tu jerlah. Untuk rekod (mcm berita pulak) setakat ini rajukan pak hj pernah menjangkau 14 hari...kali ini kita tengok dan sama-sama tungguuuuuuuuuuuu...apa kesudahannya.


Kak baya....no hp dah tukar, tulah akak call2 saya tak dapat! nanti saya sms nombor baru saya tu...ohhh hubby akak kata muka pak hj serabut kebelakangan ni....itu agaknya pasal urusan pampasan berhenti dan pencennya tak dapat2 lagi...selain hal2 kecik macam hal Angah tulah...
Certa [2]


Saya baru abis menonton talkin terakhir. Ada tengok ker? Sebelum ulasan lebih lanjut saya harus memberikan pujian kerana cerita ini memberi keinsafan kepada saya tentang kematian. Seram pulak, sebab banyak adegan di kubur dengan latarbelakang teks talkin. Sesungguhnya kematian itu pasti, syurga itu pasti dan neraka itu pasti. Insaflaaaah rasanya.


Secara keseluruhan cerita ini berkembang dengan plot yang agak laju dan kesinambungan pun dibuat dengan cermat. membuatkan penonton tidak tertunggu-tunggu. Bagaimanapun terdapat adegan2 yang agak lemah dan boleh dipertikaikan sekaliagus kalau diperbaiki maka cerita ini nampak lebih realistik.


Isu pokoknya lebih kepada pertahankan cinta hingga ke hujung nyawa. yang nampak dan ditonjolkan penderitaan adalah pada watak Zalia walaupun Amir sebenarnya yang dipenjara tetapi Zalia pula seolah-olah terpenjara perasaan.


Tapi tajuknya fokus pada watak Amir bilamana dia minta ayahnya ajarkan dia melalui talkin buat kali terakhir dalam mimpi. Penonjolan kesan penderitaan amir tidak diserlahkan, kesedihan kerana Zalia dikahwini taufik juga hanya dipaparkan dengan Amir menjatuhkan kad undangan kawin ke lantai. ZSeolah-olah peristiwa itu umpama duri yang tajam sahaja bukan seperti ditusuk pedang.


Beberapa adegan yang buat saya meyampah sedikit ialah ketika Zalia balik dari rumah mak esah (mengaji atau apa?). melalui jalan yang gelap seorang diri diwaktu malam, takde basikal, motor atau ayahnya tak boleh hantar atau kenapa abangnya yang beza setahun umur dengan dia tak menemankan dia?


Dalam usia 20 tahun (sebab kejadian 1995, Zalia lahir 1970) Apa yang mak ayah si Zalia tu benarkan anaknya mengaji sorang diri lalu jalan gelap. Bukan Zalia tu orang susah...saya pun duduk di kampung, tapi peristiwa dia jalan sorang diri diwaktu malam tu harus dibuat dalam cara yang lebih mesra penonton.


Juga adegan bersalin di rumah, agak pelik dalam tahun 1995 masih ada wanita sanggup terima risiko bersalin dirumah, itu sesuatu yang janggal. Apatah lagi Zalia bukan dalam keluarga miskin yang tak punya kenderaan atau perlu melalui jalan air.


Berbalik pula pada watak Zainal yang gagap, masa di kedai kopi gagapnya sedikit sahaja, bila bercakap denga maknya masa maknya menuam kesan tumbukan, tak pulak terserlah kegagapannya...lancar jer dia menjawab bila kata pasal isu anak mak ngahnya "... yang pendek dan gemuk, itu mak kata cantik..?"


Tapi masa watak dia menahan Zalia ditengah jalan, kenapa kegagapannya pada tahap maksimum sehingga nampak macam terencat akal pun ada? Masa dia marah Amir bila Amir datang serang dia di rumah pun kegagapannya seolah-olah dia terlupa. Bagi saya watak Zainal tidak perlu digagapkan, untuk apa?


saya kira bila Zalia mengandung, anak Zainal yang ada dalam perut itu bila lahir untuk buktikan ianya anak zainal maka anak itu mewarisi kegagapan bapanya. Tapi rupanya anaknya tidak pula gagap? Jadi, untuk apa watak itu gagap, macam nak tiru cerita cinta si penggali kubur pulak, yang watak Nasir bilal Khan tu cam gagap sikit,kan? Juga watak Arash Muhamad yang juga gagap dalam cerita apa ntah?


Satu lagi komen saya, hal Zalia tidka siuman (meroyan), kanapa tak digambarkan otaknya yang sewel...sebaliknya hanya wataknya yang ganas ditonjolkan, tolak pinggan, pecahlan pintu, lari dari rumah. ternyata otaknya tak sewel, hanya watak lain jer yang beri keterangan kata Zalia sewel dan gila. Sebenarnya tidak.


Ayah Amir kata Zalia sudah menyebut2 nama Amir dari lepas bersalin, tapi watak2 lain kata hanya sejak Amir balik sahaja yang Zalia menyebut2 nama Amir...
Dan lagi, masa Zalia dan Amir lari dari Taufik malam yang hujan lebat tu, kenapa airnya nampak cetek sungguh, tapi boleh pulak lemas dalam air...pelikkan? Ternyata ia benar-benar cetek bila orang yang selamatkan dua2 mayat tu berdiri air tu paras lutut jer...


Peristiwa ini bergerak dari tauun 1995 hinggalah 2007, namun suasana di rumah Zalia mahupun Amir tetap sama. Terutama susunatur di runag tamu rumah Zalia. Yang palin g ketara dalah langsirnya tetap sama dari 1995 hinggalah 2007.


Kalau dirasakan untuk menukar semua prop tu tidak berbaloi kenapa tidak diambil shot atau angle dari sudut yang berbeza dan tempat yang lain? Manakala perkahwianan taufik dan Zalia hanya digambarkan dengan jabat tangan semasa nikah. Kenapa tidak dilanjutkan babak mereka berdua seterusnya.

Ini satu adegan atau babak mereka berdua tidak ada, yanga ada adalah selepas Amir bebas bila pinggan Nasi Ayam dibawa Taufik tu ditolak Zalia. Gambaran taufik sukankan/cinta Zalia tidak langsung ditunjukkan hanya tahu masa adegan Taufik melihat gambar Zalia masa dia atas katil. Larrr rupanya dia cinta Zalia...


Ni sekilas review jer, kalau ikutkan banyak lagi, tu yang malas nak tonton drama2 macam ni, malam ni jer tertengok lepas tengok maj 3 tadi. tapi ini hanya untuk suka-suka, tiada kena mengena dengan pencalonan ker, anugerah ker....ntahlah apa-apa lah....
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/22/2007 12:23:00 AM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam






Saturday, July 21, 2007
Syukur dia terselamat...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Pagi ni, awal2 pagi saya minta si Dewi tanakkan nasi. Sebab semalam saya baru membeli barang2 mantah. Macam biasa, barang2 dibeli ikan terubuk, selar, ayam, udang, sotong, ketam, sayur dan perkakasannya. Bekalan untuk seminggu. Malam tadi kami bertiga makan bihun sup pasar malam jer. Hari ni baru plan nak memasak.

Sambil masak tu, saya kukuskan juga pulut sebab serawa durian tak habis agi dan wapkan semula apam balik. menu hari ni simple jer, ketam masak lemak cili api dan sambal udang. Manu sampingan pulut dan apam balik. hani saya panaskan sup semalam dan dimakan dengan bihun.

Sambil makan saya bercerita2 dengan Dewi. Dari subuh dia dah bangun mop dapur dan basuh/sidai baju. Lepas tu, saya dengar dia di depan, bawa vakum sekali, rupanya lepas siram pokok, basuh kereta. Aduuuh, rajinnya sampai kasihan saya dengan dia, tak tahu berehat. Sekarang sudah jam 1 pun masih lagi bekerja, dia mop di depan pulak lepas mengemas di belakang. Sebab saya baru habis operasi mengubah susunatur di ruang tamu termasuk pindah memindah hiasan yang digantung didinding. Semangat pulak mengubah suasana rumah sejak si Dewi ada ni.

Mula2 saya pelik juga dengan dewi ni dan teringat nasihat kawan2 jagan beri muka sangat dengan dia, saya terfikir dia buat kerja ni sebab nak tunjuk baik atau ambil hati saya sebab baru bulan pertama. tapi tadi bila dengar cerita dia, baru saya tau latar belakangnya.

Sebelum ni, agensi dia hantar dia bekerja di rumah C*na dan I*dia, satu kerja di kedai runcit/kemas rumah dan satu lagi bekerja di kedai ubat.

Tapi pengalaman di kedai ubat tu yang saya rasa paling terkesan saya mendengarnya. Bekerja bagi tempoh dua tahun, dan tiada satu hari cutipun. Paginya diberi makan maggie hari-hari, tengahari kadang makan kadang tidak. Jam 12 malam hari2 baru habis bekerja. Pagi jam 7 dari rumah dibawa ke kedai, tokei dan keluarga bersarapan diluar, dia dikunci didapur kedai 3 tingakt tu sambil diberi sebungkus maggie.

Balik dari kedai baru dia dilepaskan untuk mengemas kedai 3 tingkat tu ataupun memotong atau menjemur ubat. Petang atau malam dirumah, tokei hanya membeli makanan bungkus dari kedai, dia cakap dengan saya hari2 dia diberikan lauk sayur berencahkan daging B*bi, kalau tak makan, katanya memang dia rak ada makanan lain langsung. terpaksa makan juga dengan dia ketepikan semua daging2 tu. Masa sakit pun dimarah2 disuruh bekerja juga.

Dua tahun dia disumbat dengan maggie hari-hari dan sayur berencah *abi, patutlah dia tak tahu makan lain, sayur, sayur dan sayur...Bila tokeinya ke shopping atau keluar dia tak pernah dibawa, balik dari kedai, dia akan dikunci di dapur rumah banglo takeinya pula, dapur basah bersaiz kecil. Sampai jam 12 malam pun kalau tidak balik, dia tetap terkurung di situ. Dia juga diberi bantal untuk tidur di dapur sahaja, walaupun katanya, ada bilik yang kosong. Semasa tokei ada di rumah baru dia dibenarkan mengemas rumah.

Dia tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapapun, dan dia yang memang tidak bertugas menjadi pelayan kedai tidak ada peluang berjumpa sesiapa, hanya sesekali katanya kalau dia dibawah (dikedai) tokei kedai buah sebelah berinya buah. Gaji juga hanya diberi pakai cek sahaja, dan dia pula tidak ada akaun bank, akhirnya cek itu "juta2 rupiah" hangus macam itu sahaja. dahsyatkan majikan dia?

Dia yang berusia antara 15-17 tahun masa tu, memang takut dan tidak ada sesiapa nak mengadu, dan ada orang yang datang kedai kata sudah 3 pekerja Indonesia lari dari majikan itu sebelum ini. Hanya dia yang sabar. memang garang tokeinya itu. Dia bilang aklau agensinya telefon tanya "macamana,tokei ada baikkah?" Terpaksa dijawabnya baik, sebab tokeinya sentiasa ada didepan dia semasa dia bercakap...

katanya dendam dalam hati dia terhadap tokei itu sakit sungguh sebab hanya disimpan dalam hati. Sampai sekarang sakitnya masih ada. Katanya lagi, dia sering sakit masa itu kerana makanan tidak berkhasiat dan sentiasa dikurung macam haiwan. Sebab dia takut Dewi lari seperti yang sebelum2 ini. Biasa juga dipukul ditangan sekiranya ada apa2 khilangan atau kerisakan ubat2 dikedai....walaupun dibilangnya, saya nggak ada sentuh barang itu!

Dalam tempoh dua tahun itu, dia tidak berhubung dengan keluarga, sebab dia sangat derita, dan dia juga tidak diberi peluang menelefon, menulis surat atau sebagainya dan dia juga tidak dimaklumkan bahawa ibunya meninggal dunia semasa dia dalam penerbangan ke sini, selepas dua tahun baru dia tahu ibunya meninggal.

Saya kagum jugak dengan semangat dia ni...berjaya menempuh hidup yang sungguh derita. Akhirnya lepas dua tahun dia habis kontrak dia balik ke Jawa Tengah. Katanya kalau tak kerana dia kemalangan naik motor dikampungnya dan dia hilang ingatan seketika, ntah2 dia kata dia akan balik kerja dengan kedai ubat itu semula, sebab ceknya juta2 rupiah belum dicashkan...jadi titik peluhnya bekerja dengan kedai itu sia-sia kerana akhirnya dia tidak mendapat gaji, kerana cek itu telahpun tamat tempoh apabila dia sihat dan pulih ingatan.

Akhirnya dia kahwin dengan satu lelaki yang selalu datang ke kedai itu sebab kasihan melihat dia, itupun dia nyorok2 berbual dengan lelaki itu. dan lelaki itu, Mohamad Misbahul Ulumuddin dari Jawa Timur telahpun bernikah dengan dia, Dewi Puspita....April tahun lalu...dan Ulum yang saya kenal itu pun nampak baik orangnya, dan mains wajahnya.

Banyak lagi cerita Dewi tadi...macam boleh buat novel pulak...dan dia memang tak banyak cakap orangnya, saya sebagai bekas wartawanlah yang tanya macam2...apapun saya dah suruh 'bertaubat' sebab kot2lah dia dah banyak termakan daging ba*i dan binatang tanpa sembelih, selain tidak bersolat dan tidak berpuasa sepanjang tempoh itu...sedih saya sebab nasib orang islam hanya jadi bahan mainan bila kita susah dan tidak berkuasa...

Apapun , katanya dia memang dah biasa susah dan kerja 24 jam...tidur larut malam, pagi2 bangun, kerja non-stop, jadi saya tak peliklah tengok dia rajin sangat...dan saya pun tak tau nak beri dia arahan untuk buat kerja sebab dia lebih advance dalam melaksanakan 'skop' kerja dia.

Cuma pagi tadi masa makan, baru saya perasan Dewi tak pandai makan pakai tangan, sedari kecil katanya sudah makan pakai sudu. maka hari ini dalam kekok untuk menyuap saya paksa jugak dia belajar makan pakai tangan. Kan makan pakai tangan sunah rasulullah. Jadik kalau niat mengikut sunnah maka dapatlah ganjaran pahala.
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/21/2007 01:11:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Dewi






Friday, July 20, 2007
Kisah sedih kawan saya
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Dalam satu entry dulu saya pernah citer pasal kawan saya, tak berani nak sebut nama dia, takut2 ada pulak orang yang kenal, saya sebut M jer. Saya baik dan agak rapat dgn dia, banyak benda dia pernah tolong saya. Masa pak hj kena stroke dulu dia juga yang tolong angkat dan bawakan ke hospital. Pendek kata saya selalu minta tolong dan minta nasihat pada dia. Sebelum tu saya citerkan peribadi dia sikit, dia ni jenis yang agak baik, w.pun muda 3 tahun dari saya, tapi fikirannya nampak lebih matang dari saya.

Solat tak pernah tinggal, dah tu sentiasa awal waktu dan jemaah di masjid. Kalau pergi menyiasat dengan dia pasti setiap kali azan dia singgah di masjid. Kerana yakin akan keperibadian dia saya pernah bawa dia makan tengahari ke rumah kawan saya kerana orang tu minta carikan kalau ada sapa2 yang boleh dijodohkan dengan anak dia. Anak dia memang saya kenal, seorang guru berijazah dan mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di KL. Kak Ani kawan saya tu berkenan sungguh dengan M ni. Ramah dan berbudi bahasa dengan orang tua.

Tapi agaknya jodoh tak panjang, maka tak diakhiri dengan perkahwinan, habis setakat bertukar sms jer dengan Khuraizah (anak kawan saya tu). Sampailah sekarang masih lagi budak tu sms dan tapi sms dia rajin jugak M saya ni send pada saya. Puncanya tak berjodoh tu adalah kerana dua2 takde masa nak berjumpa sebab budak tu di Kl, M di sini ada jer halanganlah, tak pernah berjumpa pun dua2nya tu.

M kemudian diperkenalkan oleh kerani kat tempat saya kerja ni dengan kawan dia. Saya memang best friend dengan kerani ni, saya merisiklah daripada dia tentang kawan yang dia perkenalkan tu, katalah Mas nama budak tu.

Kerani tu kata Mas ni kawan dia masa dia kerja di KL dulu, tapi budak tu dah pindah ke satu daerah kat sini. kakak si Mas ni minta kerani tu carikan pakwe untuk adik dia sebab adik dia sudah serius jatuh cinta dengan suami orang sepejabat dengan dia. Sampai adik dia kurus kering...dia nak bagi adik dia lupakan lelaki tu. kerani tu pulak perkenalkanlah M dengan Mas.

Agaknya memang dah jodohnya kuat, tak lama lepas tu bertunang dan bernikah.

Flashback sikit, lepas saya tau cerita tentang Mas ni saya ada bagi hint pada M masa saya ke KL menyiasat, kenetulan Mas call M, so saya sebagai kawan baik yang nak lihat kebahagian kawan saya minta M siasat lebih lanjut tentang 'cinta' Mas dhn suami orang sebelum ni.

Saya mintak M siasat latar belakang dan tanya Mas betul2 tentang kalau2 masih ada hubungan dia dengan suami oang tu. Saya nak cakap terus terang dengan M takut jugak sebab manalah tau orang dilamun cinta, apa kita cakap ditolak mentah2. Last2 saya cabar M suruh dia cepat2 masuk meminang dan nikah. memang cepat dia bertunang dan nikah lepas tu.

Awal bulan April baru nih M dan Mas nikah. Saya tak dapat pergi sebab jauh sangat dan pak hj ada kat rumah amsa tu. Saya sempat sms M jer ucap tahniah. Dalam seminggu lepas dia kawin tu saya ada keluar menyiasat dengan M di Jempol (jauh tu), so daripada borak2 dengan dia tu saya taulah dia memang sedang melalui saat2 bahagia dengan Mas...alhamdulillah. saya sempatlah bagi tips2 nak jaga hati isteri.

Dalam sebulan lepas tu, saya pun asyiklah jugak tanya kat dia mana gambar kahwin sebab ada orang kaat Mas ni lawa dan bodynya mengancam, tapi M buat tak tau jer... dia kata nantilah..saya fikir takde apa2.

Selepas2 dari sebulan tu pun muka M tak pernah yang berseri, habis waktu kerja dia tak balik, dia stay back di pejabat, bila saya tanya dia kata nak study, sebab dia ambil PJJ UiTM. tapi dari desas-desus orang pej semua tertanya2 dan pelik kenapa lepas kawin M jadik macam tu, tapi lepas sebulan dua orang pun malas nak ambil kisah. M pun nampak macam dah okay. Semuya orang pun terlupa yang M ni nampak macam ada masalah.

Semua program hujung minmggu dia ikut, operasi malam dia ikut jugak, macam orang tak sayang bini pulak...itu yang saya fikir. Lama2 saya pun terlupa, dan M ni pulak memang jenis buat kerja sendiri2, kadang2 jer bawa orang. Lagipun dia jenis kalau buat kerja dia akan siapkan dulu, pastu baru buat benda lain, ada yang jenis suka 'menyesat' sambil menyiasat tu memang tak sebulu keluar menyiasat dengan dia.

Satu hari dalam 2/3 minggu lepas, kebnetulan saya lalu depan bilik pengarah saya dipanggil masuk bilik dia dan dia suruh saya kunci pintu. dalam tu ada ketua unit satu lagi yang bawah saya, S. Dia pun tanya saya, "awak tau pasal M?"

"Tak, kenapa tuan?" maklumlah M bawah saya, patut saya kenalah tau, kan...dah tu kami satu batch masuk sini, rank jer lain, dari satu kursus asas, bila di sini saya jadik boss dia pulak. Tapi kami masih rapat jugak.

"Dia sempat dengan isteri dia sebulan jer....lepas tu isteri dia benci dia sampai sepak terajang dia, tumbuk dan pukul sampai lebam-lebam. Bini dia dah lari dari rumah, nak mintak cerai dan dah gugurkan anak daam kandungan 3 minggu"

"Ya Allah....." tu jer yang saya mampu cakap....macam2 boss tu cerita, saya terkedu jer dan teringat sikap M yang macam takde mood jer. Tapi saya simpan dalam hati, ada satu hari tu, saya jengah ke bilik dia saya kata, M cuba u pergi jumpa ustaz Harun Din, manalah tau dia boleh ubatkan..." Dia tanya saya balik, "sapa sakit?" Saya pun taulah M tak sedia nak cerita dan saya pun faham, saya diam jer...

Dan M sendiri telah masuk ke bilik saya baru2 ni cerita A-Z masalah dia, agaknya dia pun perlu luahkan pada seseorang, selain pengarah (yang telahpun bertukar ke KL). Sebagai kawan, saya mampu doakan dia dan saya kata, mungkin itu bukan jodoh dia, sayangnya yang menggunung pada isterinya sekarang selepas 3 bulan bertukar menjadi tidak ada apa-apa perasaan. Yang paling menyedihkan dia adalah anak yang dikandung itu mati tanpa sempat melihat dunia. M yang membuat laporan polis pun terkedu sebab tiasa tindakan undang2 boleh diambil kerana menurut undang2 selagi anak itu belum bernyawa, menurut Kanun keseksaan maka ibu itu boleh membuat apa sahaja ke atas tubuhnya termasuklah anak dalam kandungan itu...

Semua ini ujian dari Allah, jin/makhluk halus/bomoh ker sebagaimana yang disahkan oleh banyak ustaz yang dijumpai M yang mengatakan isterinya telah diguna-gunakan secara halus oleh 'suami orang' tu sehingga membuatkan Mas benci dengan M dan balik pada pakwe lama dia (suami orang tu) semuanya adalah semata-mata ujian untuk M.

Saya hampir nak menangis bila M kata dia dah takde air mata nak menangisi kesedihan dia selepas habis belasan ribu dan kesusahan dia membuat semua persiapan (M orang Sarawak, semua urusan kawin dibuat sendiri) tetapi selepas sebulan masjidnya runtuh gara-gara "penangan suami orang".

Harapnya M dapat yang terbaik sebagai jodoh dia, ini kali kedua M menerima nasib sama, sebelum ini makwe sama2 kursus asas kami (juga teman serumah saya masa kursus asas) terpaut hati pada suami orang (boss dia) selepas dia posting ke HQ dan kami berdua di sini. Pun putus ditengah jalan, lama dia frust! Sekarang isteri dia pulak kena buatan suami orang sampai benci suami sendiri dan lari dari rumah, juga angkara "kuasa" suami orang.

Lagi malang nasib M masa interview naik pangkat, dia kena intv pulak dgn boss kepada bekas makwe dia...kira kekasih makwe dialah...sah2 tak dapat (juga bukan rezeki). Sekarang, ada dua peg yang sma batch dengan kami dipindahkan ke sini selepas naik pangkat, dan saya juga dah naik pangkat M masih lagi takuk lama, rezeki di tempat kerja dan hal peribadi dua2 dia tidak bertuah.

Tulah, dia tanya saya, kenapa i dapat ansib begini, i rasa i dah cukup baik dah, i takde sapa kawan perempuan pun sejak kenal Mas...kenapa i terima nasib macam ni..."

Saya mampu cakap, "Ni ujian untuk you sebab lepas ni insyaallah u akan dapat isteri yang baik....untuk tingkatkan iman u dan Allah nak uji u sebelum bagi u yang terbaik"

Sabarlah M.....sekali fikir saya ni walaupun isteri kedua, dan suami saya pun suami orang juga, tapi takdelah ujian saya sehebat ujian M. Moga2 M cepat berjodoh semula dan lupakan kisah perkahwinan dia yang umpama persinggahan seketika.

P/s : saya cuti rehat hari ni, sebabnya patut saya keluar 3 hari (dakwah) dengan suami tapi dah bertengkar tak jadilah keluar...Allah tak pilih lagilah tu, iman dan amal tak cukup...rehat2, makan2 dan bersantaian depan PC...time solat Jumaat nak ke rumah mak ros ambil baju dan semua perkakas Hani...berdebar pulak rasanya...tapi time tu abah takde, harap Hani dapat berterus terang dengan mak ros apa abah dah buat kat dia.
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/20/2007 11:11:00 AM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Sahabat






Thursday, July 19, 2007
Lagi-lagi merajuk...dan Angah yang 'sewel'
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Takde mood hari ni walaupun hari ni cuti umum tak kerja. malam tadi bertengkar sikit dengan pak hj. dalam telefon jer. patut malam tadi balik sini. Tapi sampai jam 12 tak balik2. Hampa, frust dan terkilan sangat2, macam pungguk rindukan bulan gayanya.

Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................sampai hati buat bini macam separuh gila menanti. Hp call tak jawab, mesej tak balas. Sampai pagi Dewi call katanya bapak jap lagi nak hantar dia dan hani balik sini. Terus call hp pak hj, tak nak jawab jugak!

Call rumah kak a, hani jawab, suh panggil ayah, tu pun lambat baru jawab! Panjang lagi cerita tapi takde mood + sedih + rasa cam terbuang duk rumah sorang2 ni...tunggu Hani dan Dewi pun tak dihantarnya balik. Nak pergi sana? Takpayahlah..tengah masing2 hangat + panas...biar jerlah.

hanya call Kak a jer tadi sebab masa tengah cakap dengan ayah, ayah tinggi suara marah2 sikitlah...alaaaah biasalah laki bini tak gaduh tak syok jugakkan? Tengah ayah marah2 tu, tiba2 ada suara kata, "kalau nak bagi ayah susah, tak payah call2 ayah, jangan kacau ayah lagi....(macam2 lagui bebel suara tuuuu, dan tiba2 telefon macam dirampas dari ayah dan diletakkan...mak ooiiiii terkejut beruk saya, sapa pulak berani rampas telefon dari ayah ni???? dan berani pulak campur urusan r.tangga saya???????

Walhal kat rumah kak A mana ada lelaki dewasa? Dan-dan tu jugak saya call hp Dewi dan mintak cakap ngan Kak a (yg ada kat dapur), tanya sapa tu kak? Kak A bisik2 cakap "angah", dia datang subuh2 tadi....

"Hah!!!!! terkejut saya, kak. Larr tak sihat lagi ruapnya dia...,"

Tulah, memang tak sihat lagi dia tu,agak-agak dalam 70 % kot, tapi badan dia nampak sihat, kepala jer macam tak betul..."

Angah yang saya kenal kan serius mana pernah cakap bukan2, dan dia pun takler seganas tu masa ayah tengah cakap ambik phone terus letak siap sempat marah2 saya lagi tuu...

Kak A cakap, dengan ayah lepas tu (letak phone) dia kata, kalau dah takde orang nak jaga ayah, biarlah angah jer jaga ayah, kita balik rumah kita Lorong Diana, angah akan jaga ayah...".

Selain tu, Angah main beriya-iya dengan adik-adik kecik semua, selama ni kak A kata, nama anak2 kak a pun entah dia tau entak tidak, kalau hani tu dia taulah jgak, yang Zubir, elyas dan shakira tu mana dia pernah main. Tulah kak a kata, "anak-anak akak tak pernah dia main ker, pangil ker, datang kali ni mesralah pulak. Suka pulak akak tengoknya..."

mengesahkan lagi hal angah, ( sebab hal anagh ni sampai saya lupa plak saya ni tengah gaduh ngan pak hj), terus saya call Iza, kata iza memang camtu, malam tadi macam2 dia buat lawak kat rumah mak dia, tido sampai jam 3 pagi...bila maknya kata suh mengaji banyak2, siap dia cakap, "angah ni mak, lagi pandai mengaji dari along, Angah selalu baca Quran mak..." macam2lah Iza kata, bukan main mesra. Subuh2 tadi mak dia bangun tengok angah dah takde...tulah mak dia pun susah hati....


Yang Iza tu pulak tengah kat jalan depan JJ Sban2, nak pergi ajar ngaji kat rumah orang sana, tayar plak pecah, tengah tunggu angah datang nak tolong (mak dia call kan angah)....tak sampai2 lagi...dah saya bagitau dia camana dia nak datang, dia kat rumah ummie...terkejut + frust jugak Iza....

Balik hal Angah, kesimpulan kak a buat tadi, Angah sekarang apa ada dalam hati dan kepala dia, terus dia cakap takde tapis2. Kasih sayang dia kat ayah dia tunjuk depan2...tolong dan bantu ayah excercise, main sakat adik2...borak sungguh2 dengan ayah...macam2lah kak a citer tadi.

balik kisah gaduh...kak a tanya, "bila yang engakau gaduh ni wa, semalam okay jer?

"Dah..kau sabar jerlah banyak2, bukan kau tak kenal abang kau tu, lagi dah sakit macam ni, masa sihat dulu pun dah macam tu...sabar jerlah..."

Ha'ah...sabarlah ni...kalau tak dah serbu dah ke PD...hari ni ubah suai susunatur barang secara besar2an kat rumah. penatlah pulak, tunggu si dewi nak tolong tak balik2...


Tapi saya geram pulak kat Angah ni w.pun macam sewel, berani pulak dia campur urusan r.tangga ayah dia...tapi tak boleh nak ambik pot sgt org tengah ada 'masalah' ni....pelik bebenor ler pulak saya si Angah ni....tak sempat nak habiskan gaduh ngan ayah tadi dia dah menyampuk dan terus letak phone..melampau!!!!!


Aduhh.....penat mengemas + boring kat rumah sorang2 dari isnin lagi, dah tu suami pulak dah merajuk...pualk tu kena marah ngan anak tiri....malangnya nasib hari nih!
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/19/2007 02:33:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Anak tiri, Baiti jannati






Wednesday, July 18, 2007
Tentang nilai yang berbeza
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Saya kan suka menulis....., dan ada masa saya akan tulis apa sahaja dalam kepala ni, dan ini salah satu tulisan saya dulu2...masa baru2 buat blog, ada yang masih relevan dan ada yang dah berlalu... sebab saya takdelah sederita dulu menangani masalah sekeliling.....dulu saya tak publishkan, sebab rasa macam tak sesuai, tapi tulisan ni sebagai kenangan dan rujukan untuk saya jer....tentang nilai yang berbeza....tapi tulisan ni sedikit boringlah...saya malas nak edit kasi sedap dan mesra pembaca, ...


Apa yang membuat seseorang berbeza pandangan dan pendapat berhubung sesuatu hal? Kenapa perlu berbalah dalam perkara-perkara tertentu? Kenapa juga berasa ada kontradict antara satu pandangan dengan pandangan yang lain? Bagaimana tanggapan seseorang dengan seseorang yang lain boleh bertentangan?

JAWABNYA: NILAI

Semuanya berbeza kerana ada nilai yang berbeza dari sudut pandangan masing-masing. Masih tertanya-tanya apa yang saya mahu katakan? Isunya adalah apa yang saya tulis ada sesetengah yang membacanya merasa kehidupan saya begitu sukar dan sangat menyedihkan? Bukan begitu? Mungkin bagi sesetengah anda biasa-biasa saja. Rencah kehidupan. Lain padang lain belalalang.

Tapi ada beberapa respond yang dikomen menyuarakan betapa kehidupan yang saya pilih ini sesuatu yang salah. Ada yang tidak kena. Tak perlu rasanya mengulas panjang tentang komen-komen tersebut. Cukup, saya faham.

Ini jawapan saya.

Saya meletakkan institusi perkahwinan pada satu sudut hati saya yang paling dalam. Saya mencuba untuk sentiasa mengutamakan suami lebih dari segala-galanya dalam kehidupan rumahtangga. Walaupun dengan anak sekalipun. Tiada saya lebih utamakan selain dari suami. Syurga di isteri dibawah tapak kaki suami! Tiada kompromi bagi saya.

Soal tanggungjawab dia tertunai atau tidak itu urusan dia dengan Allah. Bukan tugas saya untuk menegur atau menasihati atau membantah atau memberontak terhadap dia. Tugas saya berdoa dan terus berdoa agar kesejahteraan terus berada dalam lingkungan rumahtangga kami.

Saya tak mahu rumahtangga berantakan kerana memperjuangkan hak isteri sebagaimana banyak pertubuhan2 memperjuangkan wanita laung-laungkan hari ini. Pada masa sama saya sentiasa muhasabah diri adakah tanggungjawab saya sebagai isteri sudah saya lunaskan sebagaimana kehendak Allah dan suami?

Kalau saya sudah mampu tunaikan semua, maka tidaklah saya ragu-ragu untuk perjuangkan hak saya sebagaimana Saidatina Fatimah merungut kepada Saidina Ali untuk meminta seorang pembantu rumah kerana penat dan letihnya dia menguruskan rumahtangga.

Namun apa usaha Saidina Ali? Terus ke masjid solat hajat dua rakaat. Saya pula mahu menuntut nafkah yang tak seberapa sedang tanggungjawab saya sebenarnya di rumah membesarkan anak, melayan suami, duduk antara empat dinding yang sebaiknya bagi saya. Katalah saya ortodoks atau apa sahaja. Saya tak marah atau berkecil hati.

Saya terus terang di sini bahawa sudah lama permintaan suami untuk saya duduk di rumah sahaja, dari awal perkahwinan lagi dia kata dia akan usaha menyara saya seadanya (disamping usaha lain yang dirancang bersama) Cuma saya tak mahu kerana masih ada rasa bahawa kerja dan gajilah segala-galanya untuk saya teruskan kehidupan saya dan anak.

Walhal Allah sudah menjanjikan bahawa rezeki, maut , jodoh semuanya di tangan Allah. Saya pula meletakkan kerja sebagai rezeki saya, seolahnya kalau tidak bekerja tidaklah saya akan hidup sempurna dan bahagia. Sedang Allah firmankan bahawa jiwa, harta dan masa kita Allah telah beli dengan janji ganjaran syurga.

Pasti ada yang membaca ini merasa kunonya pemikiran saya? Ketinggalan dan kebelakang dalam era globalisasi hari ini. Atau anda juga bersetuju? Dalam diri saya wujud seakan-akan dua pemikiran dan dua personaliti yang contradict!

Di pejabat sayalah ketua kepada pegawai bawahan saya, majoritinya lelaki dan mengetuai unit siasatan untuk mengawal, mengesan, menangkap dan mendakwa pelaku janayah merangkumi satu negeri, dan juga bertanggungjawab kepada pengarah dan timbalannya. Kononnya menjadi orang yang paling tegas dan lantang dalam memberi arahan. Menjadi pegawai pendakwa yang bijak berhujah di depan hakim dan peguam penjenayah, menjadi penceramah yang petah berkata-kata dan menjawab soalan di depan beratus2 orang.

Tapi di rumah, saya perlu bertukar dan berusaha menjadi isteri kepada seorang suami yang kurang upaya, ibu kepada seorang anak yang sangat2 memerlukan perhatian dan sering memberontak di depan ibunya, menjadi isteri kedua yang cuba untuk tidak bersaing dengan madunya, menjadi ibu tiri kepada 3 anak remaja dan 3 anak kecil, menjadi anak bongsu yang paling diharap dalam keluarga.

Saya sering ingatkan diri tentang pesan suami~ Yang paling penting, suami minta dari saya buatlah apa yang Allah suka kerana segala perbuatan saya yang mendatangkan dosa adalah tanggungjawab suami. Itu peringatan dan nasihatnya kepada saya. Setiap perbuatan saya memberi refleks pada dia samaada perbuatan mendatangkan dosa atau pahala.

Dalam keadaan kerja, tidak saya nafikan, sebagai badan penguatkuasa undang-undang, kerja tidak ada batas masa, siang dan malam sama sahaja. Pergaulan sesama kami seumpama adik beradik, sementelah sayalah yang jadi tempat merujuk apa-apa sahaja. Dalam keadaan tidak sengaja kadang-kadang tersentuh, bergurau, ketawa, terluka, terkecik ati, kena ambik ati, memuji, mengeji, merajuk, memujuk ~ macam-macam ada.

Kalau anda kerja waktu pejabat sahaja mungkin sukar anda bayangkan situasi ini. Tapi kalau anda kerja macam saya, bukan sesuatu luar biasa antara pegawai ada skandal, terjatuh cinta, menyiasat bersama, bergurau senda, saling meluah rasa ~ juga macam-macam ada.

Berapakah masa yang dapat saya peruntukkan untuk membuat amal dan dakwah? Berzikir? Bersolat sunat? Mengaji Quran? Bermuhasabah? Dapatkan saya mencontohi isteri-isteri Nabi dan sahabat yang mengorbankan seluruh jiwa dan masa mereka untuk membantu suami berdakwah.

Sedang saya syarat longgar suami tetapkan untuk saya pun masih saya langgar. Sungguhpun simple syaratnya iaitu menutup penuh aurat, jaga solat dan Istiqamah membaca Quran dan menjaga syariat, namun saya masih gagal istiqamah membuat semuanya.

Cabarannya untuk saya berhenti kerja juga tidak dapat saya lunaskan pada masa ini. Entah keperluan dunia apa yang saya mahu penuhi atau cari, saya pun kurang pasti. Adakah bila lanjut usia baru saya mahu tambah amal?

Saya mahu kekalkan rumahtangga saya kerana saya sudah lama inginkan rumahtangga begini. Saya tidak ada mencari yang lain yang indah-indah, yang seronok, yang mewah atau yang bahagia mengikut kayu ukur dunia dan masyarakat hari ini.

Nilai rumahtangga yang saya letakkan adalah sebuah rumahtangga yang ada suasana islam, yang ada suasana kasih sayang, saling ingat memperingati, yang ada suasana madrasah, yang suaminya menegur isteri ke arah kebaikan, yang suaminya marah isteri membuat kemungkaran, menasihat isteri untuk ghairah membuat amal.

Saya tidak tahu apa ukuran kebahagian yang anda letak dalam sesebuah rumahtangga. Saya tak mahu rumahtangga saya jadi seperti restoran, masak dan makan 24 jam, atau seperti panggung wayang, suasana hiburan sepanjang masa, atau seperti hotel, jadi tempat persinggahan tidur dan rehat, atau seronok kumpul2 makan dan borak2 anak beranak. Saya tak mahu keluarga seperti itu.

Saya bukan kaki wayang, pengalaman 2 kali ke panggung wayang cukuplah. Semasa di darjah 3 (bersama keluarga) dan pada tahun 2000 (paksaan kawan). Saya bukan kaki makan dan juga bukan kaki jalan2 buang masa lepak2. Main bowling atau window shopping. Melainkan terpaksa atau ada keperluan. Saya juga bukan jenis bersosial dengan kawan2 jalan sana jalan sini, hanya ada 3-4 kawan baik yang jauh2 tapi masih berhubung sehingga kini walau semuanya sudah berumahtangga. Itupun atas urusan nasihat dan bertukar pandangan.

Dan saya juga dulunya anti lelaki, saya tidak bercakap dengan lelaki selain perlu sehinggalah saya tamat universiti. Justeru saya tak pernah bercinta sehinggalah usia saya 25 tahun, bercinta (entahlah kalau itu namanya bercinta?) dengan boss saya yang kemudiannya mendorong saya bernikah dengan Pak Haji untuk memutuskan hubungan cinta itu!

Saya tak boleh bayangkan kalau saya dapat suami yang ke arah itu? Saya bersyukur tidak dipertemukan oleh Allah dengan suami yang begini. Dulu, di U, saya menyertai piket membantah kedatangan pasukan kriket Israel, begitu juga semasa Michael Jackson datang membuat konsert di Malaysia saya turut memegang sepanduk membantah kehadirannya. Saya sangat teruja membuat itu semua.

Saya juga turut sama ke rumah bekas TPM kita semasa beliau ditangkap dahulu, turut sama solat hajat dan membaca yasin bersama sahabat2 lain. Turut sama merasa perihnya menjadi orang yang dihukum sebelum diadili dan dihadap ke mahkamah. Saya puas buat itu semua.

Tempoh pembesaran saya bukan satu tempoh yang enjoy dan masa remaja saya juga bukan masa saya berseronok berjalan ke sana kemari, masa cuti semester yang ada semua saya manfaatkan untuk aktiviti membuat kerja amal bersama CAP Pulau Pinang, bersama Pusat Pembangunan Komuniti Masyarakat Sungai Petani, menjadi fasilitator Biro Tatanegara dan sentiasa turun naik Penang-KL untuk bermesyuarat persatuan pelajar. Dulu saya menajadi aktivis masyarakat, mengumpulkan petisyen dalam bentuk tandatangan semasa kerajaan mahu membuat empangan di Sik, Kedah.

Kami masuk kampung keluar kampung semata-mata melihat dengan mata kepala sendiri kesan pembangunan yang mereka rasai. Kami membuat soal selidik pada semua penduduk kampong yang layak mengundi, mengetuk pintu dari rumah ke rumah, bertanya korespondent calon yang mana mereka suka, pilih berdasarkan apa? Peribadi calon atau parti yang diwakili. Ternyata kami mendapat jawapan. Anda sendiri tahu, letaklah siapa sahaja, maka saya tidak pelik apa yang berlaku. Peribadi calon jauh ditolak ke tepi. Mungkin nada saya buat anda fikir saya aliran kiri. Tapi itu hakikatnya hasil soal selidik kami mengetuk dri pintu ke pintu di negeri jelapang padi Malaysia.

Tidak ada istilah membuang masa jalan-jalan, kami keluar masuk kampung, dan saya juga ingat yang kami sama-sama mengumpulkan tanda tangan orang-orang kampong untuk membantah pembinaan empangan, malah kami masuk ke kampung2 orang2 siam di Kedah. Saya berceramah di depan ibu2 bangsa Siam di sambut semasa turun kereta oleh anjing2 dan bab*2 dan berceramah di mana belakng saya adalah wat siam yang sungguh besar kerana itu sahaja dewan yang ada!

Saya juga menjadi fasilitator untuk anak-anak kampung yang miskin seawal umur 6 tahun untuk beri kesedaran pendidikan. Kami membuat LDK bertanya apa cita-cita mereka, bagaimana kehidupan mereka, bagaimana cara belajar mereka? Kami tidur di mana-mana yang boleh. Seingat saya 4 tahun di u 4 tempat berbeza saya menyambut tahun baru, yang pasti setiap tahun baru saya mesti bersama kawan2 dalam program2 kemasyarakatan.

Kami mengaturkan majlis-majlis ilmu dengan orang kampung, membuat gotong royong, membuat keratan akhbar dan membuat berita untuk respond kepada sesuatu isu masyarakat atas nama boss saya. Saya sudah melalui macam-macam ranjau kesusahan, pada masa sama pelajaran masih juga saya ikuti. Walau keputusan tidaklah cemerlang tetapi pengalaman lain yang saya timba amat bermakna untuk menjadikan saya seperti sekarang.

Saya bukan keluarga orang senang dan juga bukanlah terlalu susah macam dalam rancangan bersamamu. Tapi kami bolehlah dikatakan makan pagi kais pagi, makan petang kais petang. Abah kerja buruh kasar dan mak pula bekerja kilang membuat dodol. Sampai usia matang adik-beradik perempuan dikahwinkan oleh abah. Kedua-dua kakak saya menerima lamaran seawal usia 18 tahun.

Kedua-duanya pinangan orang dan tidak ada istilah bercinta antara kedua2nya. Malam pertamalah segala-galanya, malah kakak di atas saya hanya mengetahui umur suaminya semasa hari pernikahan mereka. Kerana semuanya di atur oleh orang tua dan dia juga kurang suka pada mulanya, hanya mengikut dan patuh arahan orang tua.

Setahu abah ada orang nakkan anaknya terus dikahwinkan. Tidak pula diselidiki latar belakang agamanya secara mendalam. Hanya mempunyai kerja tetap dan dari keluarga baik-baik maka abah pun terima. Maka kahwinlah keduanya 19 tahun dan 20 tahun. Awalkan? Dan keduanya bercintalah selepas kahwin, sudah anak 4 orang masing-masing. Sepanjang tempoh itu macam2 masalah melanda, saya sebagai yang bongsu masih di rumah menelan dan menerima semua masalah ini kerana sayalah tempat berbincang ibu saya. Saya tidak kata rumahtangga mereka tidak sempurna.

Tapi saya mahu mencari yang betul2 mirip kepada apa yang saya mahu, seboleh-bolehnya saya usaha juga. Dan Allah dengan sifat adil dan penyayang melunaskan kehendak saya. Jodoh yang datang ini adalah yang paling hampir dengan kehendak saya. Tidak mungkin saya mahu atau mohon jodoh yang lain kalau saya diberi pilihan.
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/18/2007 02:53:00 AM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi






Tuesday, July 17, 2007
AST*O
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Semangat menulis dah datang semula nih...ada jer benda nak tulis kat sini, cerita semasa, suasana hari2, mana tau satu hari nanti nak tulis novel, benda2 saya tulis ni bolehlah jadik bahan....kat sini saya saja2 citer hal saya, takde kaitan dengan orang lain...saja bincang laki bini...Hal ast*o
Bagi sesetangah orang memasang A*TRO (Cik As) adalah perkara lazim dan menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Tapi bagi saya memasang ASTR* sama darjatnya dengan tindakan saya seolah-olah membawa masuk panggung wayang ke dalam rumah. Bunyinya macam mustahilkan?

Usaha saya nak pasang Ast*o ni. dah bermula sejak tahun 2001 lagi. Puas saya usha cik abang saya tu mintak izin nak pasang Cik As dari belum beranak, dari duduk di rumah banglo kerajaan negeri sampailah dah berpindah ke kuarters jabatan kami sampailah saya dah pindah ke rumah sendiri.

Tak jugak bersetuju cik abang tu. Tak tau dah nak kata apa kat dia. Dulu katanya saya takde masa menonton TV di rumah, membazir kalau pasang Cik As. Masa tahun pertama kahwin, beli wira baru kan dapat percuma pemasangan cik As, saya pun pujuk2 suruh dia pasang kat rumah saya, tak payahlah pasang kat rumah Kak A, sebab kak a dah dapat macam benefit as a 1st wife.

Dia tak dengar pun pujukan dan rengekan saya, dia biar jer Cik As yang dapat percuma tu tak diambilnya. Dua2 tak dapat. Dulu2 Kak A ada jugak cadang nak pasang Cik As sebab minat kat Channel National Geographic Special tu, untuk budak2 tengok. Tapi lepas tyu senyap jugak, agaknya cik abang tak bagilah kot.

Bila Hani besar sikit, saya Tanya lagi, saya kata Hani bolehlah tengok channel Disney Cartoon tu, cik abang kata Hani pulak terlalu kecil nak didedahkan aktiviti menonton. Lagipun Hani banyak masa kat rumah orang. Last2 saya beralahlah, saya senyap jer.

Tapi baru-baru ni, kat depan rumah punya pasar malam tu, adalah adik tu datang kat saya promote Cik As. Hati tu macam berbunga jer, lagipun kan bulan ni gaji baru, bolehler campak sikit buat bayar Cik As, berapa sen sangat, kan? (eksyennya???).

Dan lagi, Cik Abang tu dah dapat kad hijau (kad OKU dari Jab. Kebajikan Masyarakat), maka saya dah ke Kedai TM, mohon tukar ke pakej penyayang, percuma talian bulanan (tak perlu bayar RM 27.00), tu pun sebab kawan pejabat bagitau, pemegang kad OKU banyak keistimewaan (termasuklah buat passport percuma), jadik duit tu transfer jer bayar cik As dan tambah sikit.

Maka, ahad lepas saya cuba2lah tanya kat cik abang, masa tu dia cam biasa atas massage chair sambil lelap2kan mata…

Saya : “Abang, wa nak pasang ast*o boleh tak?, ada promosilah, alaaah lagipun bukan wa tengok sangat pun, kan Dewi dah ada, bolehler dia tengok ngan Hani, bukan mahal sangat, bang”

Abang : Dah…jangan nak kayakan ‘kel*ng’, semua tu benda lagha jer….

Saya : “Alaaaah abang ni, wa bukan nak tengok yang lagha tu, nak tengok National Geographic Special dengan Disney Chanel, untuk hani”

Abang : Dah, kalau nak masuk As*ro, abang nak wa potong streamyx ni’

Saya : Laaah…takperlah, internet lain, As*ro lain….lagipun Tv ada dua, tapi channel dapat satu jer, TV3 jer…

Abang : lah…nanti kita beli ‘arial’ suh kedai tolong pasangkan, dapatlah channel lain….(mata pejam ni…)

Saya : Alahh bang, bolehler, saya nak channel utama tu, tv 1,2,7, 9,8 …bukan nak sangat tengok hiburan jer…

Abang : sama jer…dua-dua lagha, internet jer cukuplah, abang taknak banyak sangat benda2 lagha dalam rumah ni, malaikat pun taknak masuk….

……………senyap

Saya : baaaang…wa dah pasang dah As*ro tu…bolehker bang, abang marah ker?

Abang : (terus angkat kepala, serius mukanya…., takut pulak saya!)….dah…kalau camtu abang nak potong streamyx….

Saya : (senyap….)….taklah bang, acah jer, sajer nak tengok reaksi abang jer…memang betullah abang tak bagi ni????

sambung lagi tu…

Abang : Amboi….pasang as*ro lah, internetlah….taklim tak istiqamah lagi…tu buat dulu….

Aduuuuh…kena sebijik, punyalah susah nak pasang Cik As ni, ikutkan geram jugak nak pasang jer senyap2, tapi tak nak lawan cakap suamilah….tak cium bau syurga pulak nanti……..

Sebenarnya, sekarang ni internet dah kena berebut ngan Hani, pantang nampak saya mengadap PC, sure dia suh saya bukak games untuk dia, samaada dia main jigsaw puzzle, match gambar, kaler2lah, ABClah, Barbielah…dress up cartoon…macam2lah… saya dah tak boleh conquer PC lagi…dah kena berebut2 dengan dia…. Tulah yang nak masukkan As*ro biar dia leka sikit…tu baru anak satu tu….


Camana eh? Camana nak buat biar pak hj tu setuju untuk pasang? Memang benda tu tak penting dan tak berfaedah sangat, tapi kalau dah pasang dan memang betul tak okay, nanti saya hentikanlah…sajer nak cuba sebulan dua jer dulu…lagipun pak hj dah jarang2 ada rumah sekarang.

Malam2 dan cuti2 at least dapatlah relaxkan otak sikit… ni tak asyik tengok TV3 jer…dah setahun dah sejak pindah…malas nak gi kedai beli arial, saya beli yang macam telinga arnab tu pasang atas TV, macam mangkuk ayun pulak arial tu…dapat TV3 jer, kadang2 dapat jugak TV8 tu pun tak terang sangat pun…setahun dah kami mujahadah (cam tak sesuai jer term ni kan?) tengok TV3 jer…

Sebab saya tengok si Dewi rajin atur kerja dan pandai pulak cari kerja sendiri, setakat ni tak nampak dan tak dapat cari lagi kekurangan dia….naklah jugak bagi dia happy sama hani, naklah saya pasang ast*o kat bilik dia tu.

Sekarang ni saya bagi TV satu kat bilik dia, tapi TV3 jerlah dapat. Lagipun lepas2 ni ada projek besar ngan Dewi sebab dia minat tanam2 pokok bunga dan bersih2kan laman, nakler bagi macam ganjaran kat dia pasangkan cik as tu…sebab nak mintak dia buat laman saya tu cantik2…dah bincang dengan dia dah…tinggal nak pergi nursery jer…tunggu gaji…

Nampaknya kenalah simpan lagi hasrat hati nak pasang cik as tu untuk tahun ke 8 tahun depan….sabar jerlah kan….kadang saya ni pun degil, apa yang cik abang tu tak bagi..yang tu jugaklah yang saya nak buat….lagi dia tak bagi lagilah saya tanya, sebab saya ingat kotlah dia berubah hati, tapi tetap jugak sama cam tahun 2001 dulu alasan dia….

Dulu saya nak sangat berkaraoke (ntah apa2lah,kan?), nak buat depan khalayak memang cik abg tu tak bagi, maka merengek jugak lepas kawin tu nak beli set karaoke tu, dia belikan jugak, tapi yang lekeh jerlah (MAK*O), tapi yang satu ni, tak diberinya sampai sekarang, adakah sebab tak nak kayakan Tan Sri Ana*da???? Mungkin juga….DAN persolannya......"adakah anda turut menyumbang kepada kekayaan Tan Sri berkenaan?????


Diari harian: Mahkamah Sesyen (waran tangkap)
Esok : 8.30 a.m ceramah JAN, 10.30 maj. serah tugas
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/17/2007 04:56:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga





Monday, July 16, 2007
Cerita Along dan Angah
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Angah, anak tiri lelaki saya yang nombor 2, berumur 25 tahun (tak 25, tentu 26 umur dia rasanya) anak yang tengah daripada 3 adik beradik seibu sebapa, atasnya Along dan dibawahnya Iza. Orangnya sekali pandang serius. Dua kali pandang dan jugak bila tengok dan dengar gayanya bercakap terserlah kemanjaan. Agak2 terlentok kepalanya kalau bercakap samaada dengan ayahnya atau dengan saya, sebab mungkin malu bertentang mata secara terus dengan saya mak tirinya. Kalau dengan ayahnya kita yang tak biasa tengok dia ni akan sangka dia ni macam orang mengantuk atau tak cukup tidur.


Dan dia juga mudah mesra, kalau jumpa dengan Hani memang terserlah sifat abangnya, sungguhpun jauh beza umurnya dengan Hani, tetapi dia pandai melayan Hani dan pernah juga menunaikan kehendak Hani yang merengek nak ikut dia ke kedai, dan terperanjat jugak saya dia sanggup bawa dan layan kerenah Hani di kedai.


Banyak kali jugak Angah tidur di rumah saya, cuma akhir2 ini agak kurang. Selepas ayah diserang stroke semacam dia agak marah atau kecil hati dengan saya. Itu yang Iza beritahu. Puncanya semasa saya call dia beritahu ayah kena stroke, suara dia dalam telefon macam orang malas dan tak serius atau terkejut langsung. Saya sergah dia dengan bertanya, "Angah, kau ni lalok ker?" Memang keterlaluan saya tanya tu, tapi dalam keadaan saya tertekan dan risau bila mendengar suara dia seperti 'orang yang lalok' sudah tentu saya agak berang.


Rupanya selepas itu, dia telefon Iza dan bertanya hal ayah pada Iza sambil dia menangis2. Satu sebab bimbangkan ayah dan satu lagi 'bengang' dengan saya. Saya pun takler berdiam diri lepas tu, saya ada minta maaf dari dia dengan sms dia. Masa di hospital pun dia banyak membantu, dialah yang ambilkan ayah tayammum dan dialah jugak yang bantu ayah ke toilet dan tolong mandikan ayah.


Angah memang sensitif orangnya, bila tau ayahnya kahwin satu lagi (dengan kak A) dialah yang paling terkesan antara 3 beradik tu sampai dia pernah ugut nak curah asid ke Kak A. Dan ayah jugak pernah tumbuk muka dia sebab dia persoal ayah kenapa kahwin lagi....(sampai gaduh2lah, semua saya dengar cerita dari Iza dan adik beradik suami serta Kak N, mak kpd Angah dan Iza). Tetapi Angah adalah anak yang patuh pada ayah, dalam 3 beradik angahlah yang paling prihatin pasal ayah, selalu call ayah dan bawa macam2 tukang ubat dan usaha bawa ayah sampai ke Gombak untuk urut. Itulah angah, berbeza dengan Along yang hanya akan datang bila ayah call minta bantuan. maklumlah Along bawa teksi carik rezeki buat menampung pembelajarannya di UIA.


Angah dan Along dua2 Hafiz Quran, bezanya Along sampai tahap 'Syahadah', Angah kononnya nak sambung syahadah dan 'Alim' di Yala, tapi setahun jer bertahan. Tapi sampai sekarang kalau dengar 'telor' cakap Along dan Angah dua-dua berat gaya cakap orang Kelantan, orang tak percaya kalau dikata mereka orang nogoghi. Dari umur 11 tahun mereka dah dihantar belajar mengaji di Golok kemudian sambung peringkat 'Alim di Kubang Bujuk, Trganu.


Selepas habis dua2 menjadi ustaz, tapi Angah garang, pernah tumbuk pelajar yang degil, banyak madrasah sempat dia mengajar. Last di Keramat Ulu, KL. Sehingga adalah yang sudi menghantar pelajar2 ni dan uztaz2nya mengerjakan Umrah. Selepas tu Angah kerana berprinsip, dia kata Madrasah tu mendapat banyak sumbangan Jutawan dan Hartawan tetapi wang2 berkenaan semacam disalahgunakan dan dia enggan bersubahat lalu dia resign lepas balik umrah.


Along jugak mengajar di Madrasah Kg. Baru, tanpa gaji, hanya wang sumbangan sesiapa sudi akan dimasukkan ke akaunnya. Along yang tua dua tahun dari Angah penyabar, sambil mengajar dia ambil SPM walhal umurnya dah menjangkau 23 tahun. Berkat kerajianannya dia berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan mengambil jurusan Accounting. Walaupun ayah agak kecewa kerana ayah mengharap Along akan ke Mesir, Syria atau Jordan. Tetapi Along tak taulah apa ada dalam kepala dia yang menyebabkan dia lari dari bidang agama...ayah bimbang hafalan dia hilang. Namun dalam teksi Along, nampaknya Al Quran sentiasa ada disamping buku2 pelajaran.


Angah pulak, masuk bidang perniagaan, bawak masuk hati ayam dari Malaysia ke Thailand, nampak macam berjaya tetapi akhir2 ni dengar Kak A dan Iza cerita, katanya Angah kena tipu dengan kawan dia dari Bangkok. Dia tension. Ada jgk mintak bantuan modal dari ayah, tapi ayahpun tak kerja dan tak dapat duit apa2 lagi (pampasan dsbg). Ada jugak Angah datang tengok ayah di rumah kak A, dan Kak A pun katanya adalah jugak nampak Angah macam pelik, ada pakai cincin dan pernah jugak datang dengan kawan dia yang nampak pelik2. Memandangkan ayah kerap di rumah kak A maka Angah tak pulak terkena ziarah ayah masa giliran di rumah saya. Saya pun lama tak tengok Angah.


Akhir Mei lalu Along pulak dengan maknya mengerjakan Umrah, masa Along di Mekah tu, Iza ada di Kl, ke rumah Mak saudaranya sebab dia nak tuisyen di sana. Masa awal tu Angah masih okay, takde apa2, kata Iza.


Tapi pada 31 Mei tu, Angah terkena 'saka 13 Mei 1969'. Menurut ceritanya (versi Kak A yang citer kat saya campur versi ayah dan versi Iza) ANgah solat di masjid Kampung Baru, sambil tu dia ada menegur dan menolong sorang pakcik (atuk tua), tak taulah tolong apa, biasalah Angah ni budak2 line agama ni, rajin ikram orang.....last2nya pakcik tu bagi kat dia sebentuk cincin, ada batu kaler hijau.

Dia pun memang minat kat cincin berbatu, dia pun ambiklah pakai. Menurut ayah, lepas pakai tu, dia rasa semacam. Macam 'jazbah' dia naik...macam semangat perjuangan tu meluap2. Dia kata dia tak boleh nampak Cina dan India, dia kira nak serang jer. Dia rasa macam nak mempertahankan Kg Baru daripada dua kaum ni, dua2 kaum ni kira tak boleh masuik Kg. Barulah...dia pantang tengok, dia kira dia nak pertahankan kampung Baru.


Jadi...satu petang tu, dia mengamuk kat Kg. Baru, dia serang semua Cina dengan India yang dia nampak. Mujur jugak dia tak bersenjata, kira pakai tangan jerlah...tapi kecohlah jugak. Sampai Angah kata 7 kereta peronda polis datang kepung dia petang tu. Kepung dengan tujuan nak tangkap dia. Tapi dalam salah satu kereta peronda polis tu ada pulak satu India. Lagilah dia mengamuk. Sampai India tu diarahkan duduk dalam kereta jerlah.


Angah pun ditangkaplah masuk ke Lokap. Tapi sebab bila disiasat dia takde niat secara jenayah (agaknya), maka dia dirujuk ke HKL, Unit Rawatan mental. Takdelah dicharge atas apa2 kesalahan jenayah. Masa dia dirawat tulah Along pu balik dari Umrah. Maka Alonglah yang menjaga Angah di hospital. Masa ni ayah tak diberitahu apa2, sebab Angah masa mengamuk tu dah dicampaknya handphone dia entah kemana, tak dapat nak hubungi ayah, bila Along balik Mekah baru Along call ayah.


Pada 2 Jun tu, masa Angah di hospital, kami sekeluarga ke Kelantan, ikut saya hadir konvensyen baru-baru. Malam 2 Jun tu iaitu hari pertama sampai kami tengah makan dua dulang. Anak2 sedulang, saya, pak haji dan kak a sedulang, tiba2 hp ayah berbunyi. Bila ayah jawab dan dengar suara dalam hp air muka ayah berubah. Kecoh betul bunyi suara dalam hp tu. Sebut2 pasal saka. Ayah jawab, ayah mana ada saka. Maka saya dengan Kak A automatik berhenti menyuap, kami dua2 pandang pak hj.


Buat kami terkejut, tengah bercakap kat Hp tu ayah menangis, sambil kata, sabar yer, nanti ayah datang, banyak2 doa....macam2lah ayah cakap, tapi nampak macam cakap dengan budak kecik...walhal anak kecik ayah semua ada depan mata. Habis jer ayah cakap, kak A interview ayah, ayah kata Angah kat HKL, kena saka, Along jaga. Angah nangis2 kata "nak jumpa ayah...nak jumpa ayah, Angah minta maaf..., ayah datanglah..."


Kak A pulak emosional, Kak A nangis2 tanya, "mana maknya?, napa abang pulak yang dia nak jumpa?", saya kenallah ngan Kak N, biasanya dia agak lebihkan Along, Angah ni dia tak berapa ambil berat sangat. Jadik Kak A nangis2 cakap patut maknyalah yang ambil berat, yang pak hj pulak dah tak lalu makan, sebab teringat dengan ANgah, sibuk dia call Iza yang ada kat KL tanya apa cerita, pastu call Along balik....panjanglah cerita malam tu....saya pulak termenung jer menengokkan benda yang tiba2 berlaku tu...tanya ayah, kalau serius ayah baliklah dengan kak a dan anak2 ke KL, biar saya di Kelantan, ayah kata takpelah Along dah ada jaga Angah.


Ayah kemudian cakap dengan Along, suruh jugak Along carik orang tua tu mana tempat tinggalnya, ayah suruh pulangkan cincin tu. Dari kawan2 Angah akhirnya dapatlah jugak carik, masa jumpa tu tak sampai berapa hari dari tarikh dia beri cincin pada Angan, tapi masa tu Along kata dia dah nazak, seminggu lepas tu Along pergi lagi, kata orang tua tu dah meninggal. Agaknya hanya tunggu masa nak carik pengganti saka tu....

Balik dari kelantan, Angah ada jugak datang rumah Kak A, masa tu badan dia sihat, boleh bawa motor dari KL ke PD, tapi Kak A kata, gaya cakapnya macam masih tak berapa betul, ada macam kebudak2budakan sikit. Angah masa datang tu, selamba jer dia boleh mintak ayah dia punya hp. dia kata hp dia rosak, ayah pun bagi jerlah...pastu sekarang ayah pulak pakai hp kak A. Dah tu, Angah masa pergi umrah tahun lepas, dia ada belikan ayah tasbih kayu kokka, pun dia mintak balik, buruk siku betul kata ayah. tapi dah angah macam tak berapa waras, ayah bagi jerlah. Ayah nak bawa berubat ket Melaka, Angah kata Kak N punya adik (mak sedara dia) tengah ubatkan dia di Sungai Besar, S'ngor, dia nak abiskan dulu di situ.


Iza pulak kata sejak Angah kena saka tu, dia dah rajin balik rumah mak dia, selama ni, kadang dia bermalam rumah kak A, kadang di rumah saya, sekarang dia macam dah baik. Rajin borak2 dengan Iza, bermanja2 dengan mak dia, kira macam lainlah dari sifat biasa dia, kira macam jadik baiklah dari dulu. Iza kata, bagus jugak dah kena saka ni....


Along ada datang rumah hari tu, kebetulan saya ada bicara di Melaka dan ayah ada di PD, tak sempat jumpa Along face to Face tanya hal Angah, ALong datang dan dia tengok takde sapa kat rumah, dia tinggalkan atas kerusi depan porch Air zamzam dan Kurma Nabi serta buah2 dari Mekah.

Terkini, ayah ada call Angah beberapa kali, tak berjawab, ayah pun tengah risau fikirkan Angah ni. Takut dia ni pressure sangat hal bisnes sebab kena tipu sampai otak dia jadik cam mereng sikit. Dan lagi, ayah pesan berkali2 kat dia, hafalan jangan tinggalkan nanti lupa...berat nak bawak kalau kita ni dah menghafal 30 juz, amalan nak kena jaga....tak boleh nak lupa dan buat benda2 lagha....


Panjang ceita ni....sajajer...buat ingatan akan datang nanti....


P/s : Tadi pagi Hani nangis2 nak ikut ayah balik PD, rindukan mak tirinya, ummie dan dia nak serah kereta F1 (alah keter F1 yang isi minyak Shell dapat beli murah tuu)pada adik dia, Zubir, dari balik Johor hari tu ayah belikan dua, dia azam nak beri Zubir satu..tulah yang nak buat serahan tangan pada Zubir sendiri...hani...hani, terpaksalah kirimkan si Dewi sekali ke PD untuk jaga dia, malam ni sorang2 kat rumah ni...boring pulak...payah jugak kalau dah dia rapat dengan mak tirinya ni sampai mak sendiri pun dia lupa...dengar ayah kata nak bawa si Dewi ke pantai esok, yerlah si Dewi tak pernah jejak ke Pantai, bolehler sambil2 tu layan bebudak 4 orang tu...

Diari harian: Majlis perpisahan OC
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/16/2007 08:11:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Anak tiri, Keluarga






Sunday, July 15, 2007
Pulut dengan serawa durian
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Entah kenapa dua tiga hari ni terasa benar nak makan pulut dicicah dengan kauh durian. Terasa terdesak sangat nak makan, walaupun pasti ianya bukan mengidam. Justeru, semalam selepas habis jamuan 'high tea' meraikan pengarah yang akan bertukar isnin ini, walaupun jam hampir mencecah ke angka 7.30 saya teruskan ke kedai yang dalam 200 meter dari rumah sehingga Hani mencelah berkata, " eh, ammie rumah kita dah lepaslah".

Disamping membeli beras yang baru si Dewi maklumkan tengaharinya dah habis, niat saya nak membeli santan dan pulut. Kononnya malam ni pak haji balik nak minta tolong dia belikan sebiji durian D24 di tepi2 jalan. Kalau dia menolak hajat saya tu pun tak menjadi keberatan untuk saya mencari sebiji dua durian di tepi2 jalan dekat rumah ni. Pokoknya esok pulut cecah durian dapat dirasa.

Selesai solat maghrib, anak tiri Iza telefon saya minta izin nak bermalam di rumah saya. Biasalah memang Hani suka kalau kakaknya datang dan saya pun sangat tak kisah, sekurang2nya ayahnya dapatlah bercerita dengan dia, selain berita dirinya yang akan ambil SPM, juga ayah dapat tau perkembangan along di UIA dan angah juga, yang baru2 ni angah dikatakan terkena saka '31 mei 1969' sehingga menyebabkan dia ditahan (sebenarnya dikepung 7 kereta peronda polis) sebab dia mengamuk di Kampung Baru selepas diberi sebentuk cincin berbatu hijau oleh seorang tua yang dijumpai di masjid.


Macam tak percaya,kan? Natijahnya Angah tak boleh nampak Cina dan India masuk ke KG Baru, meluap2 perasaan marahnya. Seminggu lepas angah dapat 'saka' tu, terus orang tua tu meninggal, hal ini along yang beritahu sebab along pergi mencari orang tua tu nak dipulangkan cincin tu (dan saka tu jugak!).

Eh, terpesong citer hal lain pulak, okay balik peda cerita durian. Dalam jam 8 iza dah sampai dengan motornya dan saya dan Hani menunggu di muka pintu. Tengok2 ditangan Iza ada 7/8 biji buah durian. "Zah, ko nak bagi makcik ker durian nih?" tanya saya kegembiraan. Dia jawab, "Dah...abih tu, takkan oghang nak makcik pandang jer..."tersenyum2 dia perli saya.

"Eh, ko ni macam tau2 jer yang makcik memang nak durian...eh..memang aura kita samalah... makcik baru jer beli pulut dengan santan, cuma duriannya jer takde. elokler ko bawak, ingat nak sms ayah kirim beli sebijik durian, alhamdulillah"

Borak punya borak dengan dia, rupanya tahun ni pokok durian kat rumah dia menjadik buahnya. Satu hari mau 20-30 bijik yang gugur, dah tiga minggu. Tak terlarat nak makan, katanya. Puas bagi merata kat orang. Ayah memang dah lama tau, sebab rumah ni ayah dan mak Iza beli tahun 80-an dulu masa baru anak satu, masa tu pokok ni tak berbuah lagi. Sebab diorang tak pernah duduk, hanya tahun 2000 baru mak Iza renovate balik duduk situ terus merasa buah durian tu, tapi sebelum2 ni tak menjadik.

Saya kata kat dia, kenapa baru hari ni yang bagitau makcik, tau awal dah makcik datang rumah tolong perabih durian tu. Sibuk katanya...yerlah nak SPM tahun ni. Lagipun maknya walaupun baik dengan saya, tapi takdelah sampai nak menjemput datang ke rumah makan2,kan? Yerlah dah saya kahwin dengan bekas suami dia takkan nak baik2 sangat pulak. Yang Iza pulak, selain belajar di sekolah swasta tu, dia ke tuisyen, dan pergi ke rumah orang mengajar mengaji (permintaan banyak, tak terlarat katanya), baik kanak2 mahupun orang dewasa (org2 tua pun ada). tak terkejar dia, dahlah last sekolah darjah 5, pastu terus masuk madrasah, nilah baru sekolah balik...terus ambik SPM.

Lepas ngap sebijik, saya ikut Iza ke sekolah dia, ada konsert Nazrey ex-Raihan tu. Bayar 5 ringgit jer, hani punya seronok takmo balik. Walhal dia sepanjang siang tak tido sebab dari jam 3 saya dah bawak dia dan dewi gi off tolong2 prepare majlis high tea pengarah tu.

dalam jam 10.30 dah risau dah, takut Pak hj balik terasa hati pulak tengok saya takde. Semalam dahlah saya suh dia balik lambat, terus jer ke markaz takperlu balik rumah, saya kata sebab saya ada majlis kat pejabat tulah, malas nak ajak dia w.pun pengarah suruh semua bawak family. Jadik tak abih konsert saya dah balik. Hani bukan main suker lagi, yerlah mana dia pernah tengok hal2 camtu, mak dia ni pun tulah pun merasa tengok konsertnya, selain dulu masa kat u pernah jugak tengok konsert raihan.

Ni tengah rendam pulut, jap lagi bolehlah dikukus. Allah mudahkan segalanya,kan? Pagi ni pak hj biasalah program dia penuh, lepas zohor nanti baru balik dari masjid. Iza pulak nak ke Seremban 2 mengajar ngaji kat rumah orang. Saya nak suh anak tiri mengajar malu plak rasanya, nak suh si Hani belajar ngan kakak dia, langsung dia tak malu pulak, diajaknya Iza main2, bukan dia serius belajar ngan kakak dia ni....tergelak2 jer dia, Iza pun sama tengokkan gelagat adik dia.


Citer balik hal durian tu, ayah berapa kali tanya saya berapa bijik Iza bawak durian tu. Saya kata adalah 4-5 bijik (tipu2 sikit), rasa cam ayah nak 2-3 bijik kot bawak balik PD (saya rasalah...) pastu cakap kat Iza, ayah dok tanya beberapa kali, berapa banyak Iza bawak...yerlah rumah mak iza duduk ni atas nama berdua (harta sepencarian, tak selesai lagi nih), nama ayah dan mak Iza, jadik ayah minat lah nak tau rumah dia dulukan, pasal durian tu dulu2 tak berbuah lagi. jadik ayah agaknya adalah terasa bangga hasil tangan dia dah mengeluarkan hasil. Macam2 ditanamnya...itulah untung beli rumah dulu2 luas kawasan rumahnya w.pun semi D tapi bukak tanahnya 60 X 90, dengan harga RM 82,000 jer, boleh tanam rambutan, durian segalalah...sekarang mana ada? Buah durian tu jenis kecik2 dalam 8-10 ulas jer sebijik, tapi takde yang busuk, elok dan manis isinya, ayah kata dulu beli anak pokok durian tu RM 120.00 sebatang. Cakap kat Iza, nak bagi ayah bawak balik 2-3 bijik ke PD ker?


"Eh takpayah makcik, oghang bagi makcik...mak tau nanti bagi kat umi, mak marah..." hahaaaa...untungnyer berbaik2 ngan anak tiri ni...Iza ni patutnya ada dua mak tiri kena layan samalah, kan? Tapi ntah kenapa dengan saya jer dia ngam, dengan mak tiri satu lagi cam 'kureng' sikit....citer kat dia yang saya bawak kak a sekeluarga gi kelantan sebab dia tak jadik ikut, bukan main dia terkejut lagi....macam2 diinterviewnya saya...hahahaaaa....macam2 anak tiri nikan?


Diari harian : duduk rumah sepanjang hari
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/15/2007 07:12:00 AM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga, Poligami
Friday, July 13, 2007
Penyakit ke carik penyakit???
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Cerita ni kategori mengumpat ker apa ker? tapi saja nak tau ni habit ker atau sengaja? Ingat tak dulu saya ada cerita orang kat pej saya pinjam duit saya RM 500 tapi buat tak tau dan last2 saya yang malu nak mintak. Sekarang dan lebih setahun pun dia baru jer bayar saya RM 200 lebih sebulan lepas. Yang dia bayar tu pun beberapa hari sebelum gaji. Musykil gak saya, tapi dia kata duit husband dia.
Saya ingat isu dia pasal duit ni habis camtu jer. Rupanya jauh lebih hebat dan besar daripada yang saya fikirkan. Saya tulis ni sebab nak tau ni sejenis penyakit ker atau sajer2 dia ni carik penyakit. Kot2lah yang membaca ni ada pengalaman serupa jumpa dengan orang panjang tangan dan selalu songlap duit ni?.


Macamni....dia ni pindah ke pejabat kami dah lebih dua tahun dan sempat kerja dibawah dua pengarah. Kami tak tau sebab musabab dia dipindahkan ke pejabat kami awalnya. Tapi ada jugak rumors macam2 kata tentang benda2 negatif ni. Tapi saya ni takler dapat maklumat ni awal, dalam setahun ni jer desas-desus tu saya dengar. Katanya dia ni panjang tanagan dan kami diingatkan jangan sepah2kan duit. Tapi sebab saya agak rapat denga dia maka benda tu cam angin lalu jer, saya tak percaya.


Memandangkan staff pejabat kami ni macam terbahagi dua, 2/3 pegawai badan, 1/3 kakitangan gunasama, jadik isu2 kakitangan gunasama termasuk hal2 pentadbiran dan sebagainya saya tak berapa nak ambik tau melainkan hal2 yang betul2 saya perlu tahu. Tulah pasal saya tak tau rupa2nya banyak duit terperap kat dia selama ni, bila CC nak pindah hari tu baru terbongkar sikit.


Dipendekkan cerita, adalah 2, 3 sumber datang mengadu kat saya lama jugak dulu perihal hamba Allah ni (yang hutang saya nilah) da jugak 'terambil' duit2 lain jadik saya adalah jugak risik2 ceritanya. tapi habis camtu jerlah malas saya nak majukan ke atas lagik, kot2lah peringkat kami boleh settel. Saya ni kira peringkat orang tengah. kalau majukan ke atas tu maknanya saya kena bagitau pengarah ataupun timbalanlah. Tulah baru sehari dua ni masa pengarah takde saya berbincang dengan timbalan apa kami nak buat.

Nak jadik cerita camana benda ni tiba2 meledak, baru2 ni adalah satu collection tu yang kita pungut sebab nak bagi pada mana2 rumah kebajikan, maka orang yang ditugaskan tu sebab ada hal urgent serah pada hamba ALlah ni, maka saya diarahkan oleh timbalan untuk follow up kan mana duit tu. Saya pun dapat tau duit tu kat Hamba Allah ni. Lebih dua minggu dia simpan. Mungkin dah hanguslah tu agaknya.


Barulah terbongkar duit2 lain, rupanya duit kutipan untuk arwah ayah operator yang meninggal mac lalu hilang dalam simpanan kerani ( yang tukang kutip tu) masa dia dah balik, sedangkan kunci kabinet tempat dia simpan duit tu ada disimpan oleh hamba Allah tu jer dan pada hari duit berkenaan duit tu hilang sebab hamba Allah tu kata dia nak tolong buat kerja kerani tu sebab ada kerja urgent pengarah suruh. Lepas tulah duit tu didapati hilang.


Rupanya baru terbongkar duit lain pulak, duit satu pegawai yang ayahnya meninggal pun sebelum ni tak diserahkan pada empunya hak sampailah sekarang dah setahun lebih. CC dah cuba minta, tapi katanya nantilah...DAN Duit puspanita yang kita gunakan nama company adik hamba allah sebab kita sediakan service catering pun dia ambil dekat RM 1,650.
Duit2 kutipan lain pun sebelum ni yang mana ada 3 pegawai kena transfer kita gunakan duit kelab kebajikan dulu sementara nak buat collection di kalangan pegawai sampai nak tunggu cukup, Hamba Allah tu jugak yang buat kutipan tapi sampai sekarang dia tak serah2 duit kutipan tu. All in dah dekat2 seribu.


Tak cukup dengan tu, rupanya hamba alllah tu pandai pulak gunakan nama pengarah untuk minta duit pungutan kebajikan (tabung ni gunanya kalau ada ahli keluarga meninggal atau sakit sumbangan diambil dari tabung ni) yang kita kutip bulan2 daripada tukang kutip dengan alasan pengarah suruh. tak ker melampau?


Baru jugak terbongkar rupanya last majlis perpisahan perpindahan pegawai pada april lepas, kita jugak ada buat pungutan tapi sebab tak gaji lagi maka pengarah dulukan duit pengarah rupanya hamba Allah tu pi pulak minta duit jumlah yang sama (RM670) daripada satu lagi tabung kecemasan (yang kita sediakan incase sapa2 ada emergency tapi takde duit bolehlah pinjam duit tu dulu).


Yang hamba Allah ni punya bijak dia dapat dari pengarah RM 670 dan dia mintak lagi dari tabung kecemsan tu jumlah yang sama. Baru2 ni jer pengarah mintak balik kat dia duit kutipan tu tak cukup dia boleh pulak mintak duit dari collection untuk pengarah yang akan pindah minggu depan ni. Pegawai tu tak tau cerita pi pulak bagi dia RM 80.
Bahkan duit diberi RM 200 untuk beli perkakas gotong royong tak dibelinya barang2 berkenaan tetapi barang2 dia pergi ambil kontaktor pembersih pejabat kami punya barang2. Dan duit tu pulak disyaki dibayar kepada saya hutang dia yang dia bayar RM 200 tu. Berani sungguh dia,kan?

Banyak lagi kes2 duit kecik2 yang dia mintak dari kami, duit2 kutipan terdahulu yang kami percaya dan serahkan dia untuk kutip sebab kami ni selalunya sibuk dan keluar menyiasat dia admin duduk di pejabat jer. Dan dia pulak mempunyai sifat suka membantu terutama hal2 duit ni. Rupanya niat untuk membantu dia tu ada udang di sebalik batu.


Saya terfikir adakah dia ni betul2 susah? Kalau dia berterus terang kata susah kita boleh bantu. Tetapi gayanya tak macam susah. Adakah ini bermula dengan kesusahan tetapi akhirnya menjadi habit? dan kemudian sifat ni tak boleh diubah lagi? Banyak fakta kes yang saya tak dedahkan lagi ni. Terlampau banyak lubang yang dia gali sendiri. Semua duit2 ni dah lebih RM 3 ribu. Jenuh jugak kalau nak ganti.


Dari segi integriti memang dah out dah. Ikutkan dia dah tak boleh dan layak kerja di jabatan kami lagi. Tapi petang tadi kami marathon mesyuarat pasal hal ni. Tapi kami masih beri dia peluang beri penjelasan. dan dia pulak lepas bergenang air matanya (tapi tak mengaku jugak) minta tempoh esok untuk kemukakan semua dokumen dan bukti2 yang mengatakan semua duit2 tu dia tak ambil. Dan pengarah setuju tunggu sampai esok....


Bak kata kawan kerani saya tadi ( yang tak berapa setuju tunggu esok) yang terpaksa mengganti duit collection yang hilang dalam kabinetnya dan duit untuk serah pada operator yang ayahnya meninggal, orang macam ni semua dia boleh create dalam satu malam. Katanya lagi, percayalah esok segalanya dia akan sediakan. Dia sedikit frust!


Saya sebenarnya telah dijelaskan modus operandinya oleh pegawai kanan di jabatan yang sebelum ini dia bekerja. Dan saya dicabar oleh pegawai kanan tu untuk 'trap' dia atau sekurang2nya ambil tindakan tatatertib terhadap dia. Segala rahsia dan perbuatan dia di dua jabatan sebelum jabatan kami juga telah diceritakan pada saya. Antara percaya dengan tidak saya untuk mempercayainya. Itulah dia dipindahkan ke jabatan kami dengan harapan kami akan membentuk dia. Tapi dia licik, kami agak terlewat....


Saya memang rapat dengan dia. maklumlah saya akan jumpa dia dulu sebelum jumpa pengarah dan dengan dialah segala pertolongan berkaitan kerja saya akan minta. Surat menyurat dan segala apa hal kerja berpusat pada dia. Tadi selepas dia dipanggil dihadapan kami dia dengan tenang menjelaskan, walaupun keterangannya meragukan tetapi satupun dia tidak mengfaku yang dia ada mengambil nya. Dia janji akan menyediakan segala butirannya dengan meminta tempoh masa.Kami bukan nak apapun, kami nak senarai nama orang yang sumbangkan duit, berapa duit yang dah ada, mana buku kuitpan kelab dan mana bukti duit2 lain tu dia tak ambil...


Tadi kami mula mesyuarat jam 3 iaitu mesyuarat terakhir dengan pengarah yang last hari ni. Seminggu dia takde sebab pergi command course, petang ni baru balik. Lepas habis mesyurat semua, yang berkepentingan jer tinggal dan mesyuarakan hal ni. Sebab pengarah kami sebelum ni urusetia tatatertib. Jadik, kami minta pandangan dia sebelum dia bertukar.


Kami panggil hamba Allah ni atas arahan pengarah dan selepas dia kata dia akan prepare semua, kami benarkan dia keluar sekejap untuk ambil apa2 bukti yang kata dia tak ambil duit tu. Tapi tunggu punya tunggu dia tak masuk2, so saya ambil kesempatan keluar untuk solat asar dan balik solat saya masuk bilik dia dan saya kata, "cakap jerlah, baik akak cakap yang benar daripada create benda lain, kan senang".

Kami bukan nak marah kalau cakap benar, yang penting dia jujur dan ada integriti. Dia tetap dengan tenang kata apa yang dia cakap tulah yang sebenarnya, tanpa rasa bersalah. Saya kata, "kak X, kami ni semua pegawai siasatan, kami dah ada asas sebelum kami siasat, tak perlu saya nak jelaskan background akak sebelum ni, dan kami bukanlah sezalim mana, kami nakkan penjelasan yang sebenar jer..."


Saya harap dia akan cakap yang benar, sebab saya simpati pada dia, seorang ibu kepada 5 anak, punya dua orang anak istimewa (slow learner), baru membeli rumah dan kalau kami ambil tindakan tatatertib pada dia, entah2 kena statik atau dihantar ke jabatan yang jauh2 lagi susah hidup dia. Umur masih muda, baru nak mencecah 40, kerjaya masih jauh, mana tau boleh naik pangkat jadi PA pada JUSA...


Tapi tulah, rasanya dia ni dah jadik pentyakit, kena ubatkan jugak...kalau dua jabatan yang dulu tukarkan dia, dan kami pun ambik langkah sama, lepas ni dia akan buat jugak benda sama kat jabatan2 lain. Selama ni apa2 majlis dialah orang penting, duit diuruskan samada untuk belikan hadiah atau uruskan makan. Sebab kami percaya 100% dan dia sangat ringan tulang membantu. Tapi sebaliknya, apa2 collection kami dia masuk poket dan mintak pulak duit dari kelab kebajikan untuk dulukan, yang duit collection pegawai dia senyapkan macam tu jer...


Esok petang kami akan bersidang lagi isu ni. Dia akan datang dan produce apa2 dokumen dan keterangan yang saya rasa malam ni dia dah fikir dan siapkan. Kami jugak kena ada pertahanan dan saksi dan bukti. Esok pengarah akan buat high tea sempena perpindahan dia dan saya bimbang dia tak datang terus esok sebab bila kami fikir2 setiap kali lepas dia terima apa2 duit, dia akan cuti dan bila dia naik kerja semua orang dah lupa pasal duit tu...


p/s : saya tak sanggup pandang wajah dia tadi, sebab saya sungguh kesian kat dia, dah buat salah tapi masih nak tipu dan tregakkan benang basah. Kalau OKT kami tangkap mau jugak sepak2kan...macam2 feel manusia ni kan? Pening jugak saya memikirkannya...kes ni saya citer nampak macam bukak pekung didada, tapi saja nak share macam2 sifat rakan2 sekerja sekeliling kita.



Terkini Ahad, 15 Julai : Sah, dia tak datang masa majlis high tea yang sepatutnya lepas majlis tu kami mesy hal dia. Dia kata hari ni dia akan jumpa pengarah sendiri dan akan jelaskan dengan pengarah sendiri. Nampaknya kalau camtu, memang pengarah 'cairlah', lepas ni pengarah dah pergi, kami nampaknya yang kena selesaikan....


Diari harian : Petang, Majlis High Tea OC
Malam : sekolah Iza- Konsert Nazrey
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/13/2007 08:13:00 PM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi
Wednesday, July 11, 2007
Anginnya datang tiba-tiba
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Hani sejak ada Dewi manja sungguh dia dekat si Dewi ni. Selalu minta si Dewi dukung...saja2 jer nak bermanja. malam pun bukan dia kesahkan ammie, asyik sungguh dia duduk di bilik si Dewi. Mula2 rasa geram jugak, awatnya tak sampai seminggu dia ngan si Dewi tapi mesranya mengalahkan kenal lama. Bergurau senda tak hengat dunia diorang berdua tu...

Tapi lama-lama rasa lega jugak...tulah yang saya ada masa mengadap PC nih. Kalau tak asyiklah si Hani ajak bergolek dalam bilik malam2...kalau tengok saya depan PC ada jer dia nak mengacau. Dengan adanya si Dewi ni malam2 aktivitinya penuh dengan si Dewi. Bukan main mainan ker apa ker...tapi dia duk bergurau dengan si Dewi, main borak2 dalam telefon2 (acah2 jer), main ambik order kat kedai makan, macam2 lagilah...
Kalau datang angin dia nak duduk bawah bukan kira, jenuhlah kita angkat dia, dia beratkan badan...tengoklah tu...


Yang si Dewi pulak sporting bukan main...si hani ni main 'cengkodak' pun diajaknya main. kalau lapar susu atau nak makan, si dewi jugak dicarinya. Peranan saya hanyalah bila nak tido jer, barulah dicariknya saya...barulah nak dipeluknya saya. Tapi masa saya balik kerja tu, saya duduklah jugak di bilik si Dewi ni temankan Hani nonton Manjalara. Lepas solat maghrib, kami bertiga sama2 baca hadis (taklim), pastu bagilah tazkirah sikit kat si dewi ni...bagus jugak dia apa saya cakap semua diangguknya....

Dulu rajim main sorang dan bercakap dengan bear, now kita pulak kena jadik partner main dia...




Time solat pun dia solat awal waktu. Cumanya pakaiannya dalam rumah tu agak moden sikit. Masa saya ada takdelah apa2 hal kalau pakai baby T dan seluar pendek paras lutut tapi kalau pak hj ada terasa jugak kalau nak suruh dia tutup aurat. Alhamdulillah jgk rumah ni hall dan dapur terpisah agak jauh jugak (melalui lorong) yang berselang dua bilik. Pak hj cam biasa aktiviti dia depan PC, atas sofa, atas massage chair, dan ke toilet master bedroom kat depan, memang pak hj tak ke dapur langsung. Sementelah kat depan dah saya letak meja kecik untuk air masak minuman.

Minggu lepas ada jugak sehari pak hj di rumah masa saya bekerja. si Hani lah jadik orang tengahnya masa ayahnya mahu air teh o. Hani pulak bila ayahnya ada, duduk dengan ayah jer di depan. bagus jugak budak nih pandai ikram ayah dia.

Sejak Dewi ada jugak lepas isyak saya masak siap2, pagi2 sebelum pergi kerja saya makan nasi, jimat duit tak perlu minum di pejabat, makan tengahari pun tidak (selalu terlupa) balik ke rumah petang baru saya makan semula. Dah kenyang perut saya masak pulak untuk esoknya. Bukan masak susah2 pun, masak sup, rendang, sambal, goreng2 ikan...tu jerlah.

Untuk si Dewi pulak, saya perhatikan yang dia sungguhlah tak kuat makan, saya belikan dia sayur2, kaki ayam dan tempe...tu jerlah yang dia pandai makan setakat ni, ikan2 ni dia tak pandai lagi...Hani pulak dah masuk kategori "hantu' ikan. 2-3 ekor ikan goreng untuk dia sajer...kalau ayahnya rajin sungguh tegur dia sambil gelak2...."kakak ni nak jadik cam kucing ehhh...kuatnya lah makan ikan"...yang penatnya orang yang melayan dia makanlah sebab kena perhatikan tulang ikan tuh...dah berapa kali dah Hani ni 'ketulang'...mujur tak serius, tapi melalak2 lah jugak, tapi tak serik2 jugak makan ikan tuh...

Pagi nih Hani buat hal, melalak bagai nak rak nak ikut saya pergi kerja, tak pernah dibuatnya nak ikut gi kerja...hari ni ntah apa mimpinya malam tadi, dia boleh mengamuk berguling2 depan grill pintu. Heramnyerlah pulak...time tulah nak saya mandikanlah, nak saya pakaikan bajulah, jam dah 8.10 am. Saya pun cepat2 kunci grill pintu...saya di luar, dia di dalam macam dah dalam penjara pulak si Hani... siap dia panjat grill tu sampai ke atas alang pintu tu...terperanjat si Dewi menengoknya. dengan suara sekuat2nya...'nak ikut ammie2'...saya tak pandang terus start keter jalan jer...

Contoh bila angin dia datang, menangis tak kira masa dan tempat!


Dah nak sampai office call si dewi, masih jerit2 dan melaung2 nangis lagi...bagi hp kat dia, dalam nangis tu sempatlah pulak bebel2 dia kata,..."kakak rindu ammie...ammie balik jugak...ammie balik jugak, ammie mandikan kakak". Sedih pulak dengar sore dia menangis merayu kat saya suh balik. Saya pun nak suh dia diam janjilah kata nak balik. Dah janji kenalah tunaikan, so setengah jam kat off saya kononnya pergilah kuar minum (jarang sangat2 saya keluar minum sesekali keluar tu pelik dan rasa bersalah pulak), mujur jugak pengarah pergi command course, timbalan pun dah sama rank sekarang (takyah nak report2 sangat kat dia pergerakan saya)...so saya senyap2 jer keluar.

Kehendak dia, terpaksa ikutkan, nak suap sendiri...nak letak pinggan atas kerusi...


sampai rumah tengok senyap jer...rupanya si Dewi dah bukakkan CD kat dapur, CD belajar doa kumpulan ILHAM tuh (dr 6 bulan umurnya CD nih, banyak gak doa dia belajar dr CD nih). Terus siap2 kan dia, kami bertiga keluar minum pastu gi kedai kat rumah sebab Hani janji tak nak nangis dan taknak ikut saya ke pejabat kalau saya belikan dia belon buih tiup2 tu (bubbles) so kenalah ke kedai pulak!


Ni pun merajuk, hisap botol atas pangku ammie...msa masuk sekolah kejap hari tu...



Pastu balik umah semula, call ayah kat rumah kak A, kasi dia cakap ngan ayah dan ayah kata nak datang petang ni baru dia okay...so saya pun pelik ngan angin dia hari nih. Makin besar ni makin manja. Petang nih bila ayah datang ayah tanya kenapa pagi tadi mengamuk. Jawabnya ringkas, "kakak rindu ammie", ayah kata, kan ammie depan mata, kenapa rindu pulak?, dia senyum jer...


Kalau happy dan kita ikut kehendak dia sukerlah dia....


Saya agaklah, sebabnya dia dah kurang masa dengan saya. Asyik dengan si dewi jer, saya ada kat rumah pun dia buat tak tau jer...tulah pasal dia rindu kat saya agaknya...salah dia sendirilah...tapi apapun, saya kena jugak ambik berat benda nih..camana tuh dah depan mata boleh rindu?

Ni pulak merajuk...tengoklah tu taknak pandang ammie...buat tak tau jer...


Hani nih saya perhatikan, dia sangat2 suka bergurau, gelak ketawa, berlakon, bermanja2, menyanyi, geletek2...yerlah apa sahaja bentuk perbuatan bermain, dan semua tuh ada ditawarkan oleh si Dewi nih...saya pulak 'malas' nak buat semua tu, dah 4 tahun dah buat benda2 tu semua rasa cam nak masuk fasa lebih serius...tapi hani nampaknya masih selesa dirinya dimanjakan....digeletek...malah main nyorok2, main cak2 semua tuh macam dia tak pernah puas. Dia nak kita jadik kawan dia, saya pulak kena jadik cam budak umur 4 tahun dan Saya pulak memangnya jemu buat semua tuh...masa nak tidur jer pun saya rajin bergurau dengan dia, lain masa kita pun nak buat kerja rumah, nak solat, nak ngaji, kalau dah bergurau jer tak jadik kerja lainlah pulak,kan?


Gurau2 camnilah yang dia suka, ni kat rumah kak a dengan kakak dia Hani Shakira, suka betul berpeluk budak duorang ni kalau berjumpa!

dulu2 dia rajin cakap sorang2 ngan bear dia, dengan apa2 lah, sekarang dia jemu dah dia nak kita pulak jadik partner dia berlakon dan bermain...kadang tuh, tengah tengok berita ker cerita kat TV ker, dia mrajuk kalau saya tak layan dia, dah tu kalau nak main,kena tumpukan 100% kat dia, mata tak boleh toleh langsung ke TV..."pandanglah kakak ammie2..." sekarang si dewi pulak jadik mangsa dia. takat ni si Dewi ni sabar sungguh layan dia, dan dia pun takdelah paksa sangat si dewi macamana dia paksa saya main dengan dia, kalau si dewi kata tak mau, dia tak marah pulak! Dengar cakap jugak dia dengan dewi nih, dengan ammie sikit2 nak merajuk...camtukah anak sorang nih?



Ni mengamuk gak kat kampung, ntah apa sebabnya lupa dah!


Depan rumah Mak Ros, dua kawan sepermainan, cucu Mak Ros yang sekarang doa tak dapat main lagik, sayalah pulak kena jadik kawan dia cam Aina dan hazirah tu...belakang tu Mak Ros, kesian dia terpisah ngan Hani tiba2....
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/11/2007 08:39:00 PM 10 cetusan hati
Cerita tentang; Dewi, Hani
Monday, July 09, 2007
gambar ajer


Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Tak tau dah apa nak di tulis. Gambar2 jerlah. Ni tepi rumah, tak tau nak buat apa, takde duit nak buat lanskap. Tunggu dapat duit segumpal cam kat atas tu baru leh cerita....








Suara hati dan pemikiran siti detik 7/09/2007 11:28:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah
Tikus
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Lepas subuh pak hj balik, dari surau terus singgah ke rumah ambil beg ubatnya terus balik. Sebab dari semalam Hani merengek cakap nak ikut ayahnya ke PD, rindu Kak A katanya. Kebetulan semalam bernusrah ke Nilai, jumpa kak a and anak2nya, Hani apa lagi, suka bukan main. Menangis2 nak ikut umi, sebab dah jumpa adiknya zubir, kak Shakira dan Uda, lagilah dia nak ikut balik ke PD. Tulah ayahnya nak elak dia merengek ayahnya balik sebelum dia bangun tidur pagi ni.

Ni ha, kat rumah ni...pagi-pagi lagi ni saya depan PC ni dengar bunyi tapak kaki berjalan di atas bumbung rumah ni. geram lah, bunyi kaki tikus lah tu. Di rumah inilah pengalaman pertama ada tikus. Masuk ni rumah ke 4 saya duduk sejak di Seremban ni. Dan hanya rumah inilah yang ada tikus. Saya rasa tikusnya besar sebab bunyi tapak kakinya agak kuat.

Mula dulu saya macam tak ambil pot sangat sebab biarlah dia kat atas, kami dua beranak kat bawah. Tapi lepas beberapa bulan pindah masuk hari tu, saya ada terbaca pasal penyakit kesan daripada kencing tikus, sejak tu rasa macam nak bunuh jer tikus ni. Saya tak taulah samaada dia dah membiak atauun belum. Tapi tak tau apa cara nak 'bunuh' paling berkesan. Tak tinggalkan bau dan saya tak perlu membuang bangkainya. Saya geli...

Setakat ni tikus2 ni takde pulak turun ke bawah. Masa saya adalah,tak taulah kalau2 tengah malam masa saya tidur dia menguasai rumah ni pulak. Nak bagi makan dan letak racun, takut dia mati kat atas syiling ni sapa pulak nak kerjakan, takde orang lelakilah katakan!

kalau letak perangkap, saya pulak geli nak membuangnya...eiii tak tahulah pening jugak masalah tikus ni. Ada sesapa tau kaedahnya?

Saya terpaksa pahamlah rumah ni dah siap dan diduduki sejak 1999, dah nak dekat 10 tahun, mana tak tikus pun dah duduk menumpang sama. Lainlah rumah baru2 siap ni. Beli rumah pada tangan orang, biasalah masalah2 camni. Kalau suami sihat mungkin ada usaha dia, saya pun malas nak cerita masalah kecik kat pak hj buat tambah pening kepala dia jer.

Sekarang ni, sayalah tambah pening, dari a-z semua urus sendiri. Kadang2 jeles jugak kat kawan2 baik dan kawan2 pejabat, ada masalah kewangan ker, masalah urusan harian ker atau apa2 masalah boleh rujuk dan minta bantuan suami.

Aduuuhh...saya semuanya urus sendiri, satu aspek rasa saya ni macam berdikari terlebih sangat dari dulu, bagus jugak bila suami dah kena stroke takdelah terkesan langsung. Tapi dari satu aspek, naluri jahat tu selalu bisik2 dan timbulkan rasa nak marah dan ungkit hal2 macam ni depan suami, kalau tak kena cara memanglah payah nak handle.

kalau ikutkan hati dan bisikan syaitan tu memang dah lama tak kekal apa yang saya ada ni, tapi kematangan, berlapang dada dan sifat syukur membatasi perlakuan saya agar tidak terlanjur 'melawan dan mempersoalkan hak2 isteri dan suami'. Rasanya itu lebih baik. Meminta apa yang diluar kemampuan dan mempersoalkan apa yang kurang mungkin bukan cara yang terbaik.
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/09/2007 07:02:00 AM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah
Friday, July 06, 2007
Jumaat yang penat dan lelah...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

dari 2004 sebenarnya saya diminta pindah bilik ke bilik yang lebih luas selepas pengubahsuaian pejabat baru kami. Tapi saya malas! Pejabat kami dua tingkat jer (3 sebenarnya, tapi bawah sekali parking lot, sebab bilik baru tu di tingkat atas, saya malas nak pindah, sebab saya tetap nak kekal di bawah jugak.

Tambah pulak bilik asal sebelum ubahsuai tu diduduki oleh my best friend yang cerita dulu tu, kak Nor, so saya cakap kat dia..."takperlah kak nor, u duduk jerlah bilik tu, i malas nak pindah2 ni...". Dia pun okay jer...maklumlah duduk bilik luas, lebih kurang seluas bilik pengarah dan timbalan, cuma perabotnya bawah sikit grednya. So kak nor kekallah dibilik tu sampai dia dipndahkan pada Jun tahun lalu.

Lepas dia pindah tu, saya masih gak buat tak tau, taknak pindah naik atas pasal kes malas nak turun naik tangga hari2...maka bilik tu diambil alih oleh satu satu ketua unit bawah saya. Budak S ni patut kena pindah 1 april lepas, tapi dia merayu2 dapatlah dikekalkan sementara sampailah 1 Julai arahan pertukaran dia ditetapkan.

Baru ni pulak lepas kami dapat ketua pengarah baru, dia pergi jumpa lagi, dapat tangguh lagi untuk tukar ke HQ, nampaknya macam dia dapat kekal kat sini jer. saya punya cc pulak lepas saya dapat naik gred 44 1 Jan hari tu, dia dah belikan pulak satu set sette sebab dah kelayakan,kan? Saya tak kesah benda2 tu semua, janji jangan kacau saya sudah!

Tapi bila dah beli tu, nampaknya bilik saya kat bawah tu tak muatlah pulak. CC punya hal dia pi tampal jawatan dengan nama2 saya kat bilik atas si S tu, maksudnya suh s tu keluarlah dan nak saya pindah naik ataslah patut pada 1 april hari tu, lepas si S pindah. tapi si S tak pindah2 asyik tangguh2 jer, maka saya pun duk diam jerlah tak pindah naik atas. Tambah pulak saya dah dapat baca si s ni, sensitif sikit. Tapi sejak dua bulan lalu, CC dah suh pembekal hantar sette L shape (atas permintaan saya) dan diletakkan depan bilik saya kat bawah ni, masa tu saya kursus tak taulah pulak bila dihantarnya.

Saya biar jer sette tu dalam bungkus plastik. Si s pun buat diam jer...saya pun fikir penat jugak pindah randah ni, maklumlah dah 6 tahun sini banyak fail2 dan macam2lah khazanah lama2. Jadik cerita hari ni ada pulak file urgent sebab nak bicara hujung bulan ni, so sehari dua ni saya sibuk buat further investigation ke sana ke sini. Sampailah ke petang ni, tolong minitkan file tu bagi pihak pengarah ke HQ.

Tiba2 si S tu ajak saya tukar bilik petang ni jugak. Tak ke naya. Jam 5 petang saya pulak masih di bilik pengarah lagi. nak taknak pindah jugaklah hari ni. dekat 10 kotak angkut segala mak nenek tadi. Biasalah kami ni menyiasat dan banyak dokumen2nya... gitulah ceritanya. Sampailah jam 7 mlam tadi, dah siap tapi rasa cam pinggang ni dah senget rehat2 kat meja receptionist. Yang tolongnya hanya pengawal jer, maklumlah semua dah balik. Lepas tu ada plak kerani nak tumpang keter saya balik, tunggu lagi sampai jam 8 malam, on the way dia ajak plak singgah ke Pasar malam, saya pun belikan si dewi dan Hani makanan. Lebih jam 8 baru sampai ke rumah. hari ni tak call langsung budak berdua ni. Line telefon dicucuk ke modem lupa nak tukar.

Sampai2 rumah si dewi baru abis melayan hani makan. Dia masak sup ayam hari ni. memang pun kesukaan hani. Banyak Hani makan. Sejak dewi datang hari tu saya minta dia bagi sesudu scott emulsion pagi dan petang, kalau hari kerja saya selalu lupa dan hani pun ke hulu ke hilir, sekarang terjagalah si Hani. Rambut sentiasa berminyak (minyak kelapa buatan sendiri) dan bertocang, muka pulak sentiasa berbedak, alamak senangnya hati saya.

Esok nak bawak si dewi gi jogging dan dewi bolehlah layan hani main di taman. Dan saya pun boleh release tension, dulu2 tak boleh jogging sebab hani sapa nak jaga? Sekarang bolehlah mula jaga badan dan yang penting kesihatan. Lepas tu nak gi office ajak si dewi tolong kemas bilik baru saya. Kalau ada masa bolehlah gi gym yang berselang dengan bilik kawad cam jer dengan bilik saya. Rasa cam hidup saya dah ke arah yang lebih baik dan berkualiti. harapnya okaylah...walaupun baru seminggu dan terlalu awal membuat kesimpulan tapi selalunya instinc saya ni boleh dipakai.

Start 16 Julai ni kami dapat pengarah baru, walaupun pengarah sedia ada baru 5 bulan tapi kan kami yang menurut perintah, maka boss tu kenalah tukar jugak. Biasalah negeri kami ni jadik tempat transit pengarah2 sebalum naik pangkat ataupun sebelum penilaian dibuat apda mereka. So, kali ni pengarah baru ni pengarah ke 4 saya bertugas di sini. Cepat sungguh masa berlalu.

Dengan bilik yang baru...(dan sette L shape yang baru..jangan marah ye perasan skit nih!), pengarah yang baru, suasana rumah baru ( sejak dewi ada ni, malam2 saya sempat siapkan langsir hall baru keler purple dan master bedroom pun langsir baru kaler biru laut dan rumah pun bersih dari dapur ke depan) dan pastinya tangga gaji yang baru bermula bulan ni....DOA dan HARAPAN saya kualiti kerja & hidup, iman dan amal saya akan meningkat....AMIN.
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/06/2007 10:12:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Dewi, Periuk nasi
Wednesday, July 04, 2007
Dewi Puspita
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Kalau nak cerita pasal kerja takde perkataan yang dapat gambarkan perasaan. entah kenapa saya rasa cukup down nak buat kerja sekarang. malas, bosan, suka bertangguh dan ntah apa-apa lagi. Namun terpaksa jugaklah pergi kerja setiap pagi.

Kat rumah sekarang dah teruurs sejak Dewi Puspita ada ni. Naif sangat budaknya. Orang jawa, rajin sungguhlah dia. Saya pulak memang cepat simpati, tak sampai hati nak suruh dia buat apa-apa. Saya cuma minta dia jaga Hani. Tapi tulah dah rajin orangnya, dlam jaga Hani dan buat Hani sangat2 gembira, urusan rmahtangga beres.

Untuk minggu ni tengahari saya balik ke rumah. Memang teratur kerjanya.Masak saya tak minta cuma saya suruh dia masak untuk isi perut dia dan hani jer. Dua hari ni saya bawak balik lauk bungkus. Tapi dia dah masakkan hani bubur dan goreng sayur.

Kesimpulannya, memandangkan jangkaan saya terhadap orang gaji ni tak lebih dari jaga Hani maka bila dia buat lebih dari tu, saya rasa terharu sangat2. Tapi takdelah saya puji2 dia. Kerjanya tak perlu dipantau dan di suruh. malah saya siap kata saya hanya nak dia jaga Hani jer tak payah buat kerja lain. Tapi Dewi ni buat semua kerja2 tu.

Suami kata syukur jerlah. Ha'ah kan, tapi mulut saya ni asyik menyebut nama Cinta (orang gaji yang dulu) dan terbawa2 dengan kereneh si Cinta ni takut2 berulang pada si Dewi. Banyak berbeza orang berumur 20 tahun dan 36 tahun (cinta dulu).

Tadi saya keluar makan di kedai sama Hani dan ayahnya, kecoh2 kat kedai tu kata ada orang tertinggal anak lelaki setahun lebih kat kedai makan tu. Menurutnya...rupanya, maknya ada datang beli bungkus lauk, anaknya jerit2 nak makan di situ, maknya melarang. Lalu maknya ke kedai runcit dalam 100 meter dari kedai makan tu, anaknya rupanya patah balik ke kdai makan tu sorang diri, merayau2, maknya tak perasan. Pekerja kedai ambillah budak tu, maklumlah di atas jalan kereta lalulalalng.

Lepas tu jenuh dia mencari anaknya, tak disangka anaknya berpatah balik ke kedai tu.
Macam nak gugur jantungnya teringatkan si anak yang hilang dari pandangan. Beberapa lelaki bermotor tolong mencarikan anaknya. Sampailah ke kedai makan saya duduk tu, lelaki bermotor tu patah ke maknya dan bawa maknya ke kedai tu.

Sampai jer, jenuhlah mak budak tu kena sound dengan tokey kedai (yang tolong jaga budak tu)dan beberapa pekerja kedai macam mana boleh cuai sangat anak tertinggal tak perasan. Macam2 kan...maknya tak sangka kerana sepinggan nasi anaknya berpatah balik dan tokey kedai dah pun siap bagi anaknya akan nasi...(ni saya pulak berborak panjang dengan maknya yang kemudian bila sampai ambilkan lagi nasi sepinggan untuk anaknya dan duduk di depan saya melayan sikecil comel itu makan)...saya tengok peluh menitis2 di muka maknya, anaknya boleh senyum dan langsung tak menangis sepanjang duduk di kedai tu...
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/04/2007 12:42:00 PM 8 cetusan hati
Cerita tentang; Dewi, Rencam
Monday, July 02, 2007
Setengah tahun ke ll @ suku tahun ke III
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Hal kerja.

Sekejap jer dah berlalu setangah tahun. Dah nak kena buat report suku tahun ketiga. Paling merimaskan banyak IP di tangan IO lagi. Dah dapat surat warning dari HQ last semalam sepatutnya kena submit semua IP tahun lepas. Tapi IO majoriti baru2 belaka, nak push beria-iya pun serba salah. banyak benda kena ajar. Ambik statemet langsung tak ok, tak menjurus pada kesalahan dan aduan. Lepas semak balik kena further, bila submit ke HQ patah balik, sambung siasat, bukti tak cukup! Pembuktiannya pa6yah yang amat...benda2 tu tak boleh ajar dengan cepat, mereka akan jadik pandai dengan masa dan pengalaman serta banyak kali ambik statement. Lainlah saya, sebab saya dulu wartawan dah biasa dan tahu apa cerita dan berita nak highlightkan.

minggu lepas 2 hari bicara di Johor dan sehari di melaka. Kes di Johor paling sakit hati sampai rasa macam nak mengalir air mata dalam court. saksi penting turn hostile. Gila punya saksi. Sakit jiwa saya. sapina tak pernah nak terima, lari2 setiap kali bicara patut panggil dia tapi dia tak datang. alst2 minta bantuan unit khas dari HQ turun semingu kesan dia, dah dapat dapat datang mahkamah cakap lain pulak tu....puas saya corner dan trick dia tapi mangkuk ayun tu macam tu jugak. Last2 saya apa lagi, mintak tangguh ke tarikh lain, nak minta nasihat DPP. Takkan nak impeachment? kalau saya cabar kebolehpercayaan saksi pendakwaan rosak pulak kes...

Kat melaka, pulak pening jugak, dua OKT dua lawyer mantap2....dia nampak saya, "u bawak jugak kes ni ya?"...saya jawab..."yalah...kenapa?". tengoklah nanti sapa menang, kes yang ni cukup kuat saya rasa untuk menang! balik pejabat hari Jumaat baru nak berbnafas lepas out sation 4 hari, tengok2 dapat file untuk pendakwaan lagi di JB lagi, 2/08...malas nak komen! rasa cam nak berhenti kerja jer...tapi itu sesuatu yang tak mungkin!

Hal rumahtangga.

saya gaduh lagi dengan pak hj. Kali ni isu baru iaitu isu benda yang kita anggap simple tetapi menyeronokkan dan ianya paling penting dalam rumahtangga. rupanya saya sudah tua agaknya? Bila saya dah sibuk, saya lupa tanggungjawab. kat hotel JB tu malam tu saya boleh study kes bangun malam, suami tidur saya biarkan sampai ke pagi (maksud saya saya tak tunaikan tanggungjawab...), dah balik ke rumah saya sibuk mengemas baju2 pulak dan tertidur pulak kat bilik master biasalah badan dah penat bukak aircond terus terlelap, Hani tinggal kat kampung. Pak hj tidur bilik tetamu, dia mana tahan sejuk?

Rupanya ada orang merajuk malam tu...krisis kecil2 antara kami dah ternampak dari awal dah, masa kat JB tu, banda2 tu semua yang menyebabkan saya hilang mood dan terbawa2 sampai ke rumah. Rupanya detik 12 malam lps balik dari Jb tu pak hj "lari" dari rumah biasalah balik ke PD sebab saya katanya tak hormat dia. padan muka saya. merayu pun tak guna...yerlah penat sang suami menunggu lama...kadang2 saya terlupa bahawa benda yang kita anggap remeh tetapi bermakna pada pasangan kita...antara punca merajuk pak hj ialah pagi tu masa kat hotel saya entah kenapa terlebih risau bicara kali ni, saya macam layan tak layan dia masa breakfast. Dia suruh ambil, itu ini saya tangguh2kan...biasanya saya layan dia macam boss siap ambikkkan dia semua benda dia nak baru saya ambil untuk saya dan anak pulak. kali ni saya ambik satu dia punya pastu saya punya saya makan pastu baru tanya dia nak apa lagi?

saya punya hal merajuk pulak, dahlah penat angkut segala beg baju, beg pndakwaan, bawak laptop sebab dia suruh pastu bila saya suh dia bukak dapatkan line internet (carik yang free punya~WIFI, bukan yang hotel punya access tu) saya manalah reti benda2 tu, dia boleh gelak2kan saya katanya saya ni nak buka laman web apa? saya kata saya nak bukak blog...tapi dia kata apa yang menarik sangat tu...entah2 ada apa2, dia macam syak saya pulak? eeeiiiii geramnya...terus saya merajuk cakap ngan hani tak payah kawan ayah...terus tidur kami dua beranak. Rupanya dilaknat malaikat saya sampai ke pagi sebab masa gaduh tu dia bangkitkan hal malam tu dia rasa hati dengan saya sebab tidur belakangkan dia...saya pulak konon2 buat camtu ingat dia bukakkanlah internet tu...sebab dah sakit bahu angkat barang segala....rupanya ajuk saya tak berbaloi.

tengahari tu lepas mintak tangguh saya, io dan peg2 johor makan tengahrai sama sebab hari tu kes kami ada 3 yang jalan, ramailah saksi pegawai kami yang ada, so saya ni menumpang kereta IO, dia ambik pagi2 dari hotel, takkan nak paksa dia hantar saya dan-dan tu jugak balik hotel, dan dia pun lapar jugak. Biasalah...saya pun belanja diorang makan...biasa diorang belanja pun...pastu saya call hj, kata saya makan dulu, nanti on the way balik saya temankan abang dan hani makan...Rupanya dia terasa hati jugak sebab saya makan dulu, sedangkan dia dan anak kat hotel tak makan apa lagi...dahtu katanya dia penat layan hani bawak ke swimming pool masa saya kat court tu. saya sampai kat hotel jam 2 dia dah monyok...saya pun macam lipas kudung kemas semua baju yang berselerak tu....yerlah hani dan ayahnya dua2 main campak jer...ammielah yang terpaksa kemas2 semua dan angkut2 semua...sarat marat...dahlah check out lambat...sib baik semua kat kaunter dan bell boy semua dah kenal kami sekeluarga...takde hal punya, cuma dari bilik nak ke lobby tu saya susahlah sikit...tapi semua under my control! cuma penatlah...semua dia cakap masa kami gaduh malam tu...tapi saya malas nak cakap penat saya...cuma air mata jer meleleh...tapi sempat gak kata, dia penat bawak badan jer...saya penat otak, bawak barang, bawak kereta...layan semua2....tapi takpelah, malam tadi dah okay dah..petang semalam baru dia balik dari hari rabu malamnya yang dia merajuk tu....

Abis cerita gaduh...banyak lagi hal yang dibangkitkan...salah satu word yang dia suka sangat lepas dia dah tak kerja ni dan word yang saya paling menyampah dan rasa nak loya ialah..."Abang tak heran dengan pangkat dan gaji engkau...buatlah apa sesuka hati...cariklah laki yang lebih muda yang boleh ikut kehendak engkau...." tulah yang saya sakit ati sebab saya tak pernah bangkitkan hal2 pangkat/gaji/nak suami muda depan dia...sebab dah tau dah betapa sensitifnya dia sejak sakit ni...tapi itulah jugak yang dia ulang2...tercabar sungguh rasanya...tapi selalunya time dengar tu marah2 jugak, marah2 sayang...tapi bila ingatkan hani buat saya waras semula...dan bayangkan dari Rabu tu sampai Ahad saya tak call2 pak hj dan dia yang call saya dulu hari Jumaat malam tapi saya ego saya pandang jer nama dia naik kat hp tu sambil tersengih2....padan muka dia...sapa suh merajuk lari dari rumah? Last2 hari ahad saya terpaksa call dia sebab nak keluar rumah, kena mintak izin jugak,kan?

Apapun, ni cerita-ceriti lepas geram jer, tulah kan bila gaduh jer, ada jer tak kena di mata, tapi dalam hati sayang tetap bersemi, semalam lepas maghrib dia call katanya jap lagi sampai rumah bawak orang gaji...dan kejap jer lepas dia call tu tanpa disangka-sangka orang gaji dah depan mata....sayang abang...sungguh2 dia carik jugak...buat sementara selesailah masalah,kalau tak pak hj dah diugutnya saya masa gaduh hari tu suh saya pindah ke rumah dia di PD yang buat masa ni disewakan. Saya pun dah terbayang dah selang sehari berulang ke sana...dah terbayang dah penatnya berulang selang sehari ke PD...alhamdulillah... katanya selama ni sakit2 pun dia berulang ke s'ban biar saya plak rasa berulang ke PD...hahahaaa mujur dapat si Dewi nih....tak jadiklah pindah...

Satu benda kadang buat saya fikir...macam2 dah terjadi dlm r.tangga ni, pasang surut turun naik macam2...tapi at the end tak saya mengalah, pak hj balik sendiri...pastu okay jer...pastu gaduh lagi...tapi malam tadi sempat gak gurau2 ngan dia kata..."bang, cariklah teknik gaduh lain selain lari balik PD...tak berkesanlah bang...heheeeeee" Senyum panjang jer pak hj...dah tu pak hj 5 hari tak jumpa hani bukan main rindu dia kat hani...yerlah anak pompuan bongsu pandai cakap layan ayahnya sejak 3 minggu lepas mengekor ikut ayah ke mana-mana....malam siap tidur bawah ketiak ayah...sekarang ni Hani jer tolong ambil dan siap2kan ubat ayah...dah pandai dah anak dara nih..

Orang gaji

Macam cakap tadi, semalam dah dapat orang gaji. Budak sangat, 20 tahun. nama dia Dewi, dah kahwin 6 bulan lepas. Suami dia ada kat sini jugak. Sabtu sore balik jumpa suami dan ahad sore balik rumah saya semula. Gaji 400, kalau rajin saya bagi lebih sikit nanti...kesian pulak kat dia anak yatim piatu. hani suka sangat2 kat dia, sekejap2 kak dewi, dia duduk jer kat bilik belakang tu. pagi ni takde masalah langsung tinggal berdua dengan kak dewi, lagipun dewi ni muda, memang boleh jadik kawan main hani dan dia pun nampak pandai layan hani. saya bagi TV satu kat bilik dia, saya kata hari ni jaga hani jer, kerja2 lain takpayah buat. tapi pagi2 dia bangun dia dah kemas belakang dan basuh bilik air. Ok lah...telekung pun ada nampaknya. mengaji tak pandai, nanti ada masa saya ajarlah dia pelan2...lepas ni gi out station takyah bawak pak hj lagi, bawak si Dewi jer...

baru jap saya call rumah, ok dan hani pun suka. saya terpaksa bersangka baik walaupun tak kenal dia sampai 24 jam dan anggap semuanya ok sebab takde pilihan dah. Ayah pulak hari ni terpaksa balik PD sebab anak kak A yang bsar nak daftar IKM hari ni. Ayah pun kata takpe tinggal mereka berdua tapi saya call lah lagi nanti tanya kabar. harap sampai ke sudah takde masalah.

Mak Ros

Semalam dah call mak ros bagitau hal sebenar, tapi jauh dari sangkaan saya rupanya dia tak percaya langsung dan menangis2 menafikannya. lepas tu dia serah telefon pada pemangsa (yang buat hani tu) dan sekali lagi pemangsa turut menafikannya. "tapi apapun... saya mintak maaf banyak2"...kalau itulah ayat yang beberapa kali terkeluar dari mulutnya saya simpulkan ada kebarangkalian memang dia ada buat terhadap anak saya. Dan tepat seperti tindakan saya hentikan menghantar Hani. mak ros menangis2 mengatakan rindu pada hani dan abah terdengar2 suara hani...biarlah....dan mak ros kata lagi, hani 24 jam depan mata dia, pemangsa tak pernah pakaikan hani baju, mandikan hani, pegang2 hani masa bogel. Tapi tak mustahil pemangsa yang tidak bekerja dan ada di rumah sepannga masa selalunya ada memandang hani dan melihat tumbesaran hani di depan mata selam 4 tahun ini...tak mustahilkan?

Adakah budak 4 tahun boleh mereka cerita dan perkatan-perkataan seperti di bawah...

"xxxxxx (pemangsa) masukkan tangan dalam seluar kakak"
"Mak kat dapur masa xxxxxxx buat kakak"
"xxxxxx gelak2 masa buat tu"
"kakak pun gelak2 jer"
"xxxxx gosok kuat2 "anu" (vagina) kakak"
"selalu dia buat ammie"

Bila saya pandang hani dan semalam saya tanya dia sungguh2 samaada dia cakap benar atau tipu. Dan memang dia dah tau konsep cakap benar dapat pahala dan cakap tipu dapat dosa. kalau cakap tipu masuk api neraka, dan kalau cakap benar masuk syurga. Dia jelas apa kesannya cakap tipu...saya cakapkan dengan dia xxxx kata xxxxx takde buat camtu pun kat kakak, kakak tipu yer? berapa kali saya umpan dia...

Bila saya tanya, : betulker xxxxx ada buat cam tu kat kakak?
Dia jawab : "betul, kakak cakap betul, xxxxx tu yang tipu...xxxx tu yang tipu ....xxxxx tipu...xxxxx tipu....biar dia masuk api neraka...dia memang ada buat kat kakak...iyer ammie....dia yanh tipu....

DAN saya percaya anak saya, dia belum pandai mereka cerita pelik. Lainlah cerita2 tentang cinderella....tentang dia berangan2 nak jadi princess fiona, dia nak terbang...itu memang fantasi biasa dia hingga sekarang dia minta saya panggil diam princess...tapi untuk mereka-reka cerita pelik tentang benda2 yang pelik saya yakin dia tidak akan dan tidak mungkin tahu melainkan benda itu benar2 berlaku. Pada dia atau depan mata dia...kalau dia nampak depan mata dia, isunya di mana dia tengok?

dan sekarang saya serba salah nak ambik sebakul baju Hani di sana...apa anggapan mak ros sekeluarga terhadap saya???? Dan sanggupkah saya melihat wajah pemangsa??? Saya geram dan benci yang amat sangat lepas saya call semalam bila dia seolah2 merasakan saya menuduh dia buta itu ini pada anak saya dan dia juga bandingkan yang dia telah 15 tahun jaga anak orang tak pernah berlaku macam ni...tapi itu dulu...mungkin hani lain. Sebab Hani selalu bermalam di sana....anak orang lain mana ada bermalam sama!

Itu jer cerita saya...lama tak berblog....panjang ceritanya pulak....
Suara hati dan pemikiran siti detik 7/02/2007 09:33:00 AM 8 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

No comments: