Friday, December 12, 2008

Sept '07



Sunday, September 30, 2007

Semalam jadi sejarah
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya ada kes, masa tengah uruskan hal semasa pengarah call dan dia tanya pasal kes, saya katalah gitu gini, lepas tu yang memerankatkan pulak dia tanya saya, samaada saya ada blog tak? saya kata ada, dan dia suruh saya stopkan serta merta blog saya.

Saya sedih


Saya malu


Saya bimbang


Saya takut


Saya tak suka


saya benci


Saya putus asa


Saya kecewa....


Itulah pasala saya takde entry cerita hari ni.

Cukuplah...


Saya dah tukar tajuk dan saya dah restrict untuk hanya saya yang boleh masuk blog saya ni...

Terima kasih teman yang selama ini menziarah blog saya...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/30/2007 08:26:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Lepas geram



Saturday, September 29, 2007
tentang kerja lagi part 2
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Petang tadi rasa nak mengamuk, saya buat mesyuarat dari jam 3.30 sampialah 5.30 ptg...tak dan habis lagi dah ada kes baru pulak 'masuk'...memang dah agak dah senario bulan puasa memang macam ni tiap2 tahun, bersedia ajerlah.

Akhir2 ni saya memang tak suka tangguh2 kes sebab dah beberapa kali kita tangguh terus rosak kes, terbaru dua tiga kes pun rosak masa tu saya takde, sio bawah saya jadi penyelia operasi.

Buat dalam tergesa2 tetapi dengan perancanganlah,kan mesti jadik punya..tu sebab saya sanggup ambik risiko buat dalam masa cepat dengan pegawai yang sedia ada sahaja, walaupun peang tadi lepas survey ada 6 pegawai dah plan balik kampung.

Asalnya memang saya nak mengamuk dan sembur budak2 baru ni jugak, tapi sebab taknak rosakkan emosi saya sendiri, saya cool jer...ikutkan kerja kami ni 24 jam, mana boleh kata tak mau...apapun keadaan prinsip yang ditanam pada kami spenjang kursus asas 6 bulan ialah work comes first, personal kemudian.

tapi sebab saya masih timbangrasa, lagipun last week kami dah ada 2 kes yang masing2 dah main peranan, kali ni saya guna 8 pegawai jer...saya minta bantuan unit risik...mujur juga ada pegawai bukan islam...yang dah plan balik kg saya benarkan...kalau ikutkan saya boleh bagi kata dua untuk bagi 'memo' sebagai peringatan sebab akta kami yang arahkan kami kerja 24 jam...dan kami selalu diingatkan yang kami tidak dihantar tepak sirih dan dijemput semasa mula bertugas di sini tapi kami yang minta kerja ini, jadi kalau rasa dah taknak utamakan kerja silalah buat surat berhenti...

dah ramai pun yang berhenti kerana ada pilihan lebih baik agaknya. saya prinsip saya dah ada dalam ni kita mesti tunjuk dan buat yang terbaik...integrity come first!

Ada anak buah yang menegur saya tadi kenapa saya benarkan mereka balik kg dalam keadaan ada kes, bukan pegawai bawah jer tapi sorang SIO pun balik kg jugak!...dan saya sendiri terkedu jugak...memang saya sepatutnya kena tegas tapi saya malas nak carik pasal bulan puasa ni...buat anak2 buah benci pulak! perut dah lah lapar tekak pulak kering...bercakap dlm mesyuarat pun dah letih...

Sudahnya saya jugak pening atur ~ nak lantik sapa jadik IO (pegawai peyiasat), nak letak sapa jaga lokap, nak rekod sttment OKT lagi...macam2 hal ni...mujur juga ilham tu datang dalam keadaan2 terdesak macam ni, terfikir tentang orang2 tertentu...sib baik jugak ada cawangan PD dan pegawainya ada...terpaksalah adjust sana sini...main dengan undang2 ni susah juga....kita tak mau sisatan 'bias'...pada masa ni takde hal bila di mahkamah nanti teruk pulak kena .."trial within trial"...macam kes altantuya tu...

Saya masih di pejabat dan sekarang dah nak balik pun sebab esok pagi2 nak kena datang lagi...kes kali ni saya fikir rasa tak perlu lanjutkan reman 117...esok petang atau malam saya releaselah 2 OKt tu...asalkan tak lebih 24 jam...simpan lama2 pun takde guna gak...

Saya peliklah bila saya cakap dan maklum kat ketua OKT tadi hal 2 tangkapan anggota bawahannya ni...(dan dah ramai kami tangkap dan ramai kami charge dan dah banyak jugak talk kami beri) dan pihak pengurusan mereka beri dan dah siap mereka pakai batch "saya anti rasuah"...tapi gejala ni masih berleluasa... sampai boss diorang pun gelak dan kata "biarlah puan..habis anggota kami kena tangkap pun takpe...asalkan orang2 macam ni kita takde dalam jabatan kami...puas dah kami bagi ceramah..." sedih jer bunyi cakapnya...

Saya gelak2 jer...hahahahaaaa, tak tau nak respond apa dah...asal (dulu2) saya serius jer kalau maklum pada boss OKT pasal tangkapan tapi hari ni dah malam2 ni saya malas nak 'eksyen' atas kejayaan tangkapan ni...dah biasa lagipun...gelak2 jerlah dengan boss diorang ni...saja maklum tangkapan dan kami terpaksa buat serahan senjata anggota sekali pada jabatan..bahaya simpan pistol orang ni...

Dan buat kali kedua dalam bulan ni saya turun padang pergi ke lokasi kes...pasal tak cukup orang...merasalah aura 'seram sejuk' nak tangkap orang takut kes tak menjadi atau ada apa2 hal tak dijangka berlaku (biasa kalau OKT bersenjata memang saya berjaga2 dan pesan anak buah utk utama keselamaatan kes rosak takpe, duit hilang pun takper jgn ada yang tercedera), dalam kereta sebelum sampai lokasi siap kena perlilah dengan Cik Mud..."wah kali ni KUS sendiri turun padang...dahsyat tuuu"... tulah padahnya sebab saya benarkan diorang balik kg...


tu jerlah citer setakat ni...panjang dah pun...bebel dipagi2 ni...hishhh tak sabar nak buat kuih raya, patut esok dah plan dengan Dewi nak gi beli barang buat kuih, nampaknya tangguh lagi projek tu...baju raya saya pun tak gi beli satu pun lagi...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/29/2007 12:36:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi



Friday, September 28, 2007
tentang kerja lagi
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Ingatkan minggu ni adalah relax sikit sebab boss besar takde, kira kalau nak duk depan lobby baca paper tu takdelah bersalah sangat. Dan takdelah kejap2 PA dia call masuk bilik mengadap dia. rupanya meleset pulak tanggapan saya.

Selain sibuk mensyuarat itu ini~ ,menilai maklumat/aduan, kena puak mesyuarat progress perasmian (maklumler kita ni J/kuasa kerja, SU lagi tuuu), tu tak masuk arahan boss besar pada saya untuk buat mesyuarat hari2 jam 4 petang memaantau IP (tau dah kan apa IP ni), juga memantau SK (sampul kecil~ kira macam nak sahkan maklumat tu betul ke palsu, kalau betul baru buka IP).

Bayangkan IP ni kira setiap sorang boleh bilang dengan jari lagi tapi SK ni memang banyak, kira setiap 3 bulan beratuslerr aduan/maklumat yg nak kena sahkan..tau2 jerlah kan ada orang kadang nak dengki kat orang pun dia buat tohmahan hantar kat kami...pun kami kena sahkan jugak kalau ada asas, takkan nak tutup jer...

Semput nafas nak memantau, sesak kepala saya macam2 aduan disumbatkan..kira kalau 3 jam mesy nak pantau satu2 tu tak cukupler. Saya tak dengar arahan boss suh buat hari2, saya selang2kan ajer..mana taknya, saya tak jemu tengok muka diroang ni, tapi dioranglah jemu tengok muka saya..balik2 tanya benda sama, kalau ada tindakan takperler jugak,kan..but i'm reasonable, as long as u ada jawapan dan tindakan that's ok to me! tapi mana yang peram tu siapler...jadik singalah kejap!

Tapi budak2 ni makin lama makin pandai sediakan jawapan...ni orang lama lah ajar skill ni...tapi as long as depan boss besar u tak terperangkap takper...tyang penting apa dia tanya jawapan dah ada, bukan alasan!

Sebab saya dah kena sembur dengan boss ni awal2 dulu... dia kata, "saya taknak dengar alasan, kami orang dulu2 alasan tak boleh sampai langsung ke telinga pengarah, kalau pengarah dulu2 dah kena baling fail dah ni...", masa tu dia tanya pasal progress IP minggu tu, saya kata ramai pegawai takde terlibat court case dan kebetulan minggu tu ada operasi tapi tulah nak backing anak buah saya lah pulak merah telinga sejak tu apa dia cakap saya iyerkan ajerlah dan cakap "baik tuan!"

Depan pegawai2 saya, u siap...!!! Hari tu ada sorang pegawai saya kena marah, budak ni baru tukar dari Melaka naik pangkat ke sini, satu batch dengan saya masuk tp rank lain2, maklumler dulu satu kursus datang sini saya jadik ketua dia, dia ingat boleh main2 dengan saya.

Mula2 saya bagi arahan satu team out station petang tu, dan dia 2 oorang saya suh sewa hotel tapi bukan bermalam (senang buat kerja), saya suruh dia balik malam tu jugak, sebab kami ada dua kes malam tu, tapi dia minta kebenaran balik awal pagi, ok..saya benarkan, tapi as pegawai u mesti ada integriti faham2ler kan? esok masuk kerja cam biasaler...dah tu dia ajak satu lagi pegawai stay jugak malam tu, saya call jam 1200 mlm arahkan balik sekarang jugak! Kira yg tu okayler sejam lepas tu dia sampai...bolehler saya gunakan tenaga dia malam tu utk dua lagi kes kami...

Tup2 pagi esok tu, saya tunggu dua orang pagi tu tak sampai2, saya minta peg lain call dia kata masih kat hotel! Wahh saya sudah bengang! saya call dia saya kata, apa lagi u buat kat sana? balik lah! Dia jawab "Eh...saya ingat nak further lagi...kami habis kerja lambat jam 3.30 pagi" saya tanya, "saya ada bagi arahan ker u stay satu hari lagi????"...dia sudah nak kelentong saya sebab dia tak tau saya ada source saya tau dia abis jam 1.30 pagi...saya diam jer...(takper kau nak kelentong aku, kau siaplerr)

Saya terus bagi kata dua kat dia..."kalau u nak stay u tak payahler balik pejabat... u stay jer terus kat sana..." saya perli sambil cakap nada suara tinggi ni, kalau tak faham tak tauler..." sebab saya dah clear bagi arahan dan belas ihsan bagi dia bermalam satu malam...boleh dia nak rest lagi kat hotel...saya tak marah kalau takde kerja kat sini tapi kerja banyak...bayangkan satu malam 3 kes saya nak handle...dengan 5 OKT... kira memang 'gila babi' sikit perangai saya malam tu...dah tgu dia boleh lenggang kangkung lagi taik bergerak balik!!!!

rata2 malam tu diorang bailk rumah 2,3 4 dan 5 pagi yang jaga lockup tak balik ler...tapi dia boleh senang hati tidur kat hotel...tak adillah bagi yg terlibat kes kat pejabat ni...sebab malam tu dua kes dia dah tak terlibat...tu kira dimaafkanler..

Dalam jam 10 pg saya arahkan pegawai lain call (masa ni saya ada kerja urgent) tanya lokasi dia kat mana, dia boleh kata dia kat hotel lagi atas arahan saya, selagi saya tak keluarkan arahan baru dia tak balik...saya malsa nak cakap kat dia, yang saya ni dah lebih 24 jam tak tidur langsung...u kerja lebih masa u dapat elaun tambahan kerja lebih masa, saya ni buta2 jer...mana integrity u???

Huiii masa ni saya bengang habis dah dengan dia...ni kali kedua dia buat hal, hari tu dia berdua ke Kuantan, 4 hari 3 malam dia tak lapor apapun kat saya, saya suruh SIO team dia call tak jawab. masa ni saya try call pun sama. Dah hari ke 4 saya call baru dia ada call back, alasan saksi tak jumpa, kena kesan saksi! saya arahkan balik jugak!

Balik tengok2 hasil 2 statement jer dalam masa 4 hari. datangler rumors dari anak2 buah lain kata diorang pergi memancing, pastu pergi pulak dapatkan khidmat special branch sana, semua di luar pengetahun saya. Diorang pulak bawak pistol..mana tak risau saya, kot mati tertembak ker, kot kena tembak ker..kan ker susah tuuu...last2 dia datang mengadap saya dua2 orang buat sessi tunjuk sebab...okayler saya terima...kali ni sekali lagi...mana tak 'pecah kepala saya' nak fikir benda remeh ni...

Lepas selesai kerja saya, saya call balik (patut benda ni tak timbul sebab banyak kerja lain saya nak buat dan rancang) tapi sebab saya nak 'sekolahkan' dia saya call jugak, mujur jugak dia dah dalam perjalanan balik, tau pun 'hormat' arahan saya...

tapi isnin hari tu pagi2 dia mengadap saya bagi penjelasan...rasa bersalah lah tu...saya senang jer, saya kata saya memang kalau orang buat salah saya marah tapi lepas tu saya buang jauh2 takde simpan2...kalau simpan tak boleh buat kerja, sebab macam2 feel dekat 20 orang bawah saya ni...yang bagus bagus sangat, macam2 hal lah..

malam ni dijangka ada kes lagi, tapi masa mesyuarat tadi, ramai dah mintak excuse balik kampung, masing2 jauh pulak tu...nak cakap apa? Mujur ada dalam 10 orang masih ada...diorang jer saya gunakan malam ni...nanti halang diorang pun tak syok buat kerja nak jumpa mak ayah...dah call pengarah, maklumkan dia setuju 10 orang cukuplerrr...

nanti sambungler...dah ada kerja dah nii...ntah sempat pergi berbuka enak2 entahkan tidak!
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/28/2007 06:00:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi





Thursday, September 27, 2007
sudah terhantuk baru terngadah
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

2/3 minggu lepas pengarah ada arahkan saya urus penempahan no 1 dress (pakaian istiadat) untuk kumpulan A dan ke atas bagi sambutan ulangtahun ke 40 jabatan kami 1 oktober ni. Tapi tak lama lepas tu Mr R yang transfer ke JB tu ada call bagitau saya kami semua Kumpulan A ke atas tak payah pulak buat no. 1 dress, saya cek dengan PA suratnya dan saya dapati hanya yang akan duduk atas pentas perlu pakai no 1 dress. So kami pakai blazer jerlah which means pengarah and ketua cawangan jerlah.

Lepas tu hari isnin hari tu saya re confirmed dengan urusetia HQ pasal pakaian ni, rupanya semua kumpulan A kena pakai no 1 dress ni. Kami semua campur pengarah dan timbalan 9 orang, ada ker kedai sanggup ambil tempahan untuk pakai isnin, 1 oktober?

saya buka yellow pages dan saya call sana dan call sini, ada yang sanggup ambil satu dan ada yang sanggup ambil dua sahaja. Dalam tengahari tu, saya cuba call satu tailor ni, saya memang malas nak tempah kat dia sebab kami pernah siasat dia (at the end kami tak dapat pun buktikan kesalahan bawah akta kami)tengok2 dia setuju ambil tempahan dan siap pada Ahad petang. yerlah satu baju jer harganya 1 thousand, rugi jugak agaknya nak lepaskan 8 thousand.

Petang tu jugak 8 orang dari kami (pengarah dah ada no 1 dress tu) pergi buat ukuran dan semalam petang kami pergi fitting. Ahad ni kami ambil dan isnin petang kami pergi majlis perbarisan tu dan diikuti makan malam (berbuka) bersama menteri. Saya malas bab-bab dinner ni, tapi sebab dah wajib terpaksa jugak pergi...yang luar biasa sikit, seratus pegawai muda2 dari satu semenanjung akan berkawad (perbarisan) dengan memakai 'uniform' jabatan kami buat pertama kali...tapi uniform ni bukan pakai sepanjang masa, hanya pakai pada acara rasmi dan situasi formal jer macam pergi mahkamah, pergi mana majlis wakil jabatan...

bulan november (18/11/2007) ni pulak ada mess night (makan beradat/makan malam) yang rasionalnya utk tambah kesetiaan pada jabatan, tu pun satu masalah pada saya, sebab kena pakai black tie, dah 4 kali pergi makan beradat ni saya pakai blazer hitam jer 1 suit, malas nak tempah black tie ni...semata-mata pakai 3-4 jam (yang tak boleh berbunyi sudu dan garfu dan tak kenyang langsung), macam bazirkan duit kerajaan jer tempah tu semua dengan harga RM 750, membazir,kan? tapi apa nak buat, saya yang menurut perintah. tapi tahun ni nampak gayanya kenalah tempah jugak, blazer yang ada tu dah sempit sikit pulak...

tak de citer pagi2 ni...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/27/2007 11:18:00 AM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi





Wednesday, September 26, 2007
Tentang dia yang sangat teruja bertanya
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Anak ini makin kuat bercakap. Bawalah dia pergi kemana pun pasti ramah dia menjawab dan bertanya itu ini walau dengan siapa pun! kalau ada rahsia pastikan berpesan lebih awal supaya 'mulut tempayan' dia tak bocorkan rahsia.


Pergilah ke manapun dari kecil sampailah sekarang, pasti ada orang bertanya tentang dia, kalu dulu satunya soalan popular adalah tentang wajah saya yang berbeza sama sekali dengan dia, ramai sangka 'anak angkat'. Tapi sekarang orang pandang sebab keramahan mulutnya bertanya itu dan ini dengan saya (dengan suara yang kuat pulak tu, kalau orang tak perasan pasti akan jadi perasan kehadiran dia dan menoleh).

Selain tu, daya tarikan dia adalah kerana dia bertudung, dan saya pulak takkan pakaikan tudung kalau saya rasa wajah dia selebet atau tak sempurna, hanya tudung yang kelihatan kemas dan tidak menganggu pergerakan dia sebagai seorang kanak2 melepasi saringan saya sebelum dia dibenarkan pakai! Itulah yang buat orang suka tengok tudungnya kemas, selalu orang tegur masa kecik dulu, 'dia tak tanggalkan tudung ker?' walhalnya dah biasa...

Kalau tak bertudung pulak (ammie tak beri pakai, sesekali jer kalau ayah takde...), pasti saya ikatkan dua rambutnya atau ikat separuh dan rambutnya yang ikal saya lepaskan sahaja, mana-mana pun dia masih tetap menarik perhatian orang. Masa kecil dulu saya sedar orang pandang dia sebab wajah dia manis (sapa lagi nak puji anak sendiri,kan?) dan maknya pula berbeza wajahnya tapi bila mula pandai bercakap orang pandang dia sebab pandai bercakap dan pastinya 'banyak cakap'.

Dulu orang pandang kami (ayah, amie adan hani) mungkin sebab pelik, ada yang ingat saya ni anak pak hj dan hani pulak cucu pak hj sebab pak hj selalu dukung Hani kemana-mana. Terutama kalau pak hj pakai jubah dan saya pulak pakai blouse dengan seluar/pakaian kerja...mesti orang pandang pelik? Jadi bila keluar dengan pak hj kenalah carik pakaian yang sesuai biar nampak saya ni sesuai (matang) sikit.

Tapi hari ni saya nak cakap perihal Hani yang kuat bercakap ni...kadang2 memang tak tahan melayan mulut dia yang langsung tak berhenti2 bercakap. Kalau tak bercakap dengan saya atau Dewi dia akan bercakap sorang...ataupun degan bear, anak patung atau dengan apa-apa ajerlah...dah tu dengan dialog yang lengkap, watak yang pelbagai, intonasi yang berbeza dan topik perbualan yang kadang2 sata pun tak sangka!

Tapi akhir2 ni makin meluas pulak topik dia cakap yang saya perlu fikir masa nak jawab tu. Kes Nurin baru ni masa kami tengok berita berdua, dia tanya saya, kenapa kanak-kanak tu mati, bila saya jawab jangkitan kuman dalam perut dia sebab usus dia pecah, dia tanya lagi sapa yang buat, bila kata penjenayah (orang jahat) dia tanya juga siapa penjenayah tu? ...bila dia dengar berita kata "....sehingga penjenanayah tertangkap" dia tanya saya tertangkap tu apa, sapa nak tangkap...pendekata dia dengar berita tu sebijik2 dan perkataan tu saya kena explain kat dia pulak!


Tu baru 4 tahun tu... masa ni saya terangkan jugak kat dia pasal "orang jahat tu masukkan benda dalam "anu" Nurin tu, dia tanya apa, sapa masukkan?...tambah lagi, yang macam abah buat tu eh?" last dia simpulkan..."kesian kan ammie"...

Bila saya jelaskan satu persatu, masa ni dia senyap dan macam faham jer bila saya nasihat dan jelaskan orang perempuan kena jaga 'anu', tak boleh jalan sorang2...bla bla...yerlah dia ada pengalaman sedikit sebanyak masa kes dia tu...teruk saya marah dan cakap macam2 kat dia pasal kes tu...serik agaknya...sekarang apapun, baik mandi atau lepas mandi mesti pakai panties ataupun towel...takut sungguh dia kalau2 ayah tau dia berbogel...sampaikan malam tadi ada promoter kat kedai tunjukkan baju (lengan pendek, nampak ketiak) dia jawab kat promoter tu, "tau tak, ayah kakak tak bagi pakai baju seksi, nanti ayah kakak marah!"

Soalan dia malam tadi...dia tanya pasal kenapa moon, star ikut kita jer kalau kami naik kereta malam2...saya jawablah moon dan star tak bergerak dan bukan ikut kita tapi bumi tempat kita duduk ni yang berpusing sehari semalam tinggalkan moon tu (tinggi sangat ker tahap saya terangkan ni?) pastu dia tanya lagi, abis tu kenapa ke mana kita pergi moon tu bergerak2 ada jer ikut kita, ammie? Saya kata lagi (dia tak puas hati), bukan moon bergerak, bumi bergerak...bumi ni bulat, dia bergerak dengan cara berpusing...bla bla...

Lepas tu serta merta dia tanya pulak, macamana bumi bergerak, ammie, macam kereta ker, kena isi minyak ker ammie...minyak dia tak abis ker, sapa yang isi minyak dia nak bergerak? see...macam-macam dia tanya,kan? sebab saya selalu minta dia remind saya untuk isi kereta, dan dia selalu jalankan tugas dia mengingatkan saya pasal isi minyak kereta sebab saya cakap kat dia, kena isi minyak kalau tak nanti kereta tak jalan, kan saya balik dah kena?


Sekarang ni dah boleh harap sangat anak gadis ni, kadang pesan kat dia ingatkan ammie isi minyak kereta, beli susu, tekan duit kat ATM...lepas tu jagalah kejap2 dia ingatkan, kalau kita terlupa jugak lepas tu, mestu dia pulangkan paku buah keras! Saya selalu merungut kat dia risau pasal 'gemuk', dah tu pantang tengok produk pelangsingan badan baik dalam tv atau majalah mesti bagitau saya, ammie belilah tu, belilah ni, nanti ammie kurus, cantik, barulah ammie sihat. balik kerja kadang tu ataupun berdua2 malam nak tido mulalah keluar topik macam2 pasal iklan kat TV (teruk pengaruh iklan kat tv ni!), kalau saya malas nak layan, saya kata takperlah...mesti dia jawab, "kan ammie nak kurus, ammie belilah nanti ammie jadi cantik, sihat baru kakak sama dengan ayah sanyang ammie".


Bila saya tanya, "ohhh kalau gemuk ammie tak cantik, kakak tak sayanglah?"
"taklah, kakak sayang jugak, ammie kalau gemuk cantik jugak, orang lain jer yang gemuk tak cantik!" pandai 'ampu' pulak tu.


Kalau pergi beli barang, sekarang susah saya sorang nak buat pilihan barang apa nak beli, dia mesti beri menyampuk bagi pendapat. malam tadi contohnya saya nak beli tikar buluh cina tu nak letak kat dapur, adalah beberapa design tokei tu terangkan, dia siap bagi komen lagi , "yang ni jerlah ammie, ni sejuk, cantik, sedap duduk". Siap tanya saya, "ammie, muat ker ni macam besar jer kakak tengok tikar ni?" "Ammie nak letak kat mana ni?" "kakak rasa kita beli jerlah ammie, cantiklah kakak tengok, ammie bayar jerlah"...yang lagi tokei tu seronok tengok apa kita belek tu yang tu jugak dia belek sama, macam pro jer...pastu mulalah mengomel bagi komen...

Macam2 lagilah, walhal saya berbual dengan tokei kedai, pandainya menyampuk anak zaman sekarang ni! Sampai tokei kedai tu kata, u punya anak ni brilliant lah..cakap macam orang besar...boleh bagi opinion...dia ada abang dengan kakak ker? takdelah...dia rajin cakap sorang2 dan banyak tengok Tv sama Cd lah...


Kadang2 sya rasa dia ni lebih dari pegawai penyiasat...kalau dah besar tak taulah macamana...hari ni dia report kat saya apa2 dia buat kat rumah masa saya call..."kak dewi tu tidur jer...malas kakak nak suruh buat susu...nanti dia cakap, asyik mintak susu jer, penatlah kak dewi...tulah kakak rasa biar jerlah ammie, kakak tunggu ammie balik..."(see...macam org besar tapi hisap botol lagi)

Pastu report lagi, "kak dewi tu tak puasa tau ammie, tadi kakak nampak dia pakai pampers orang dewasa tu macam ammie tu...tapi dia tak makan pun, kalau pakai pampers dewasa, kak dewi kata boleh makan tau ammie..."....anak gadis ni apa pun yang dia nampak dia lapor...sabar jerlah...

Macam2 lagilah...penat sungguh melayan dia cakap, kadang buat tak layan jer...pastu bebel kat saya..."ammie ni kalau kakak bercakap, boleh tak ammie tolong pandang dan dengar?" see macam big boss pulak? perkataan2 orang besar serta ayat penyambung macam "dewasa, bahawa, supaya, macamanapun, boleh tolong tak, "kalau macam tu...biar kan ajerlah'..."kakak tak kisahpun kalau ammie buat macam tu...", kita teruskan ajerlah ammie, biar kan ajerlah dia tu...", macam ni susahlah kakak..., "kakak fikirkan ammie kita buat.....kalau dengar ayat dia cakap, kira ayat lengkaplah...tu yang kalau orang lain dengar 'tak tahan tu', dia cakap mesti orang toleh sebab cara dia bina ayat tu yang sekali dengar macam kelakar pulak bila budak kecik yang cakap!

Selalu juga dia bagi cadangan.."ammie, kalau ammie nak pujuk kakak merajuk, cuba ammie tanya kakak, kakak nak beli apa2 ker, nak beli bear ker, nak makan KFC ker, kakak nak mainan ker, cubalah ammie tanya?". Bila termenung ingat ayah pulak dia bebel, "kakak rasa agaknya ayah ni dah tak sayang kita agaknya, lama sangat ayah pergi,kan ammie?" Entahlah macam2 hani ni cakap selalunya saya masuk telinga kiri keluar telinga kanan, sebab banyak sangat benda dia cakap..non-stop! selalu saya tanya balik dia, kakak tak penat ker bercakap tak henti2, cuba kakak diam sekejap, boleh tak?"..."selalu dia jawab, "alah biarlah kakak bercakap".


Tapi seminggu ni hari2 nangis2 sayu nak ikut pergi office atas alasan, "kakak rindu sangat dengan ammie dan ayah"...agaknya jiwa dia kosong kot sebab 24 jam duk rumah sama Dewi...pagi2 mesti saya call kan ayah, lepas cakap dengan ayah 4/5 minit barulah saya boleh pergi pejabat...entah apa ayah pujuk agaknya, cebik2 nangis dan sayu jer suara dia cakap dengan ayah...dah letak telefon tu mesti cakap sorang2..."bila agaknya ayah ni nak balik???"...
Itulah citer Hani...sesekali citer pasal dia rasa kesian pulak kat dia...nak hantar rumah kak a bagi dia berkawan jauh pulak nak berulang bulan2 puasa ni...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/26/2007 02:11:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Hani





Tuesday, September 25, 2007
Bingung!
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Sejak dua menjak ni bingungnya kepala. nak update entry pun macam malas, tapi paksa juga sebagai satu rutin.

Nak buat amal pun macam tu...apalah musibah agaknya, amal Ramadhan ni 'teruk' pulak rasanya, patut 13 ramadhan hari ni dah 13 juz atau lebih ni masih tak berganjak juznya...

Kerja pejabat banyak tak tau bila lah nak berkurang??? Bosan dan tambah bingung rasanya. Apa nak buat eh?

Rutin harian kat rumah macam statik jer...balik masak, buka puasa, solat tido dan bangun sahur....macam tulah hari2...bosan..bosan...bosan..

Menyampah agaknya orang baca dengar saya bosan tak abis abis...sekarang tambah bingung pulak!

Saya tau apa ubatnya sakit bosan dan bingung sekarang ni tapi ubatnya takde kat sini pulak! hai cepatlah masa berlalu!!!

Bukan tak sabar tunggu hari raya, tapi tak sabar tunggu 25 ramadhan...

Sabar jerlah saya ni, kan... patut tambah amal, tapi pak hj takde ni makin lama makin rasa otak cam 'mereng' 'pullok! (ikut gaya M Rajoli dlm iklam Lasindah cafe')

P/s : tak patut merapu meraban di bulan Ramadhan ni..Ya Allah...maafkanlah diriku yang lemah ini...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/25/2007 02:16:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam





Sunday, September 23, 2007
Juadah berbuka dan raya
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Makin lama berpuasa makin terhad citarasa dan selera saya. Hari Jumaat tu saya berbuka di pejabat jer. Seawal jam 5.30 saya dah serahkan duit belanja berbuka untuk pegawai gterlibat operasi termasuk 5 penghuni lock up. Bila saya tanya pegawai yang jadik ketua lock up tu katanya dah serah duit kat IO kes untuk beli juadah berbuka.

Lega jugak rasanya. Perut memang dah lapar sebab semalamnya tak makans empurna amsa bersahur. Lebih kurang jam 6.45 petang ada pegawai maklumkan saya juadah tak beli lagi. Haiii kacau ni...kurang setengah jam lagi berbuka. Macam biasa saya geramlah sebab duit (sbb saya yang control perbelanjaan operasi!) saya dah serahkan pada yg berkenaan.

Rupanya IO (pegawai baru lapor diri 3 minggu) sebab terlalu kalut dengan kes baru ni dia terlupa nak beli makanan. So terpaksa mintak Cik Mud yang baru sampai untuk giliran jaga lock up bergegas ke bazar ramadhan belilah apa-apa kuih yang patut.

Mujur jugak azan jer muka cik mud dah terjengul kat lobby, beli kuih 2/3 jenis dengan air 2/3 bungkus. Dengan OKT2 sekali kami berbuka kat lobby jer...lepas solat maghrib barulah saya arah pegawaia lain beli makanan.

Makan kuih masa berbuka ni memang bukan style saya, memang laparlah...tunggu punya tunggu dekat jam 9 malam baru dia balik itupun beli nasi goreng dengan sirap! Aduh...kerasnya pulak nasi goreng ni...sabar jerlah saya...mujur juga makan ramai2...telan jugaklah...

Air sirap yang sungguh sejuk...saya kan berbuka dengan teh o.....

nilah nasi goreng kampung yang kosong ituuu....


Tapi takperlah asalkan berbuka, cukuplah..nama pun tengah bekerja, takkan nak beriya2 makan pulak,kan?

Malamnya memikirkan badan yang letih dan keadaan puasa dan family OKT yang sedih gila2 sebab laki masing2 kena tangkap bulan puasa, saya kerahkan selesaikan malam tu jugak dan menjelang 10 malam, 3 orang saya lepaskan secara jamin... tinggal dua...

Esoknya sabtu pagi2 saya dah ke pejabat semula. Tak senang ati selagi ada lagi penghuni dalam lock up. Maksudnya kerja saya tak siap lagi...susah kalau weekend sebab prosedur nak lepas jamin 117 ni kena jumpa majistret. Sabtu mahkamah tutup,kan? Maka kena juga ke IPD. NAsib kami baik majistret ada dan menjelang tengahari dua lagi kami lepaskan dengan jamin jugak!

Malas nak tangguh sampai isnin sebab lawyer masing2 dah datang pejabat mula bersoal jawab dengan saya...nak jumpa anak guamlah, nak discuss caselah....taulah masing2 memang pakar carik salah kita....so petang semalam dapatlah saya memasak semula.

Simple jer menu semalam, ketam masak lemak cili api dengan udang goreng sambal. Air pulak, sirap bandung jer. Sahur pagi tadi saya makan ketam yang berbaki tu sebab saya beli dua ekor, saya kerat dua, jadilah 4.

Hari ni pulak, saya teringin nak makan ayam masak serai, saya tengok resepi ni dalam Hanieliza (maklang punya resepi awalnya), sebelum2 ni pun biasa saya buat ayam masak sambal tapi saya blendkan sekali serai tu, tapi ikut resepi ni tumbuk jer serainya. Sedap pulak walaupun tu jer satu2nya lauk berbuka saya. Airnya saya ambil buah mangga depan rumah yang dah banyak masak tu, saya blend kan ajer, masukkan gula dan ais. Sungguh menyelerakan, kami makan dua beranak jer, sebab mula Ramadhan ni Dewi sampai rumah lebih jam 9 malam.

Entah kenapa Ramadhan kali ni takde apa makanan yang saya teringin benar nak makan. Setakat yang biasa2 jer, nak ke bazar ramadhan pun tak bernafsu...mana tidaknya orang pusing2 gerai semuanya selera tak tau nak beli mana satu, saya pulak tengok semua makanan saya tak selera langsung, tapi takkan nak balik tangan kosong jer,kan? tahun lepas pun camtu, pening nak beli apa, tapi sebab malas nak masak (sorang jer puasa) saya beli jugak, tapi tahun ni Dewi dah ada, nampaknya takdelah ke bazar ramadhan lagi sampailah raya agaknya...

Minggu depan, cam biasa saya akan mula buat biskut raya, bukan untuk saya, sebab rumah saya bukan ada orang datang sangat pun, tapi untuk mak kat kampung yang memang tiap2 tahun harapkan kuih saya bawak balik jer...dulu2 hani kecik saya beli jer, tapi sejak Hani dah okay sikit ni saya buatlah sendiri, dapatlah banyak sikit...dalam 5/6 jenis pun memadailah nanti tambahkan kuih2 goreng2 yang saya akan beli kat Melaka jer...entahlah kenapa kat Melaka meriahnya jauh benar arsanya dari suasana kat sini.

Urusan beli baju kurung saya pun langsung saya 'terlupa' dan terlepas dah nak menempah2 ni, macam tahun lepas, esok raya, hari ni baru saya beli sehelai baju, tahun ni rasanya weekend minggu depan balik kampung, saya akan beli baju kurung saya dan Hani...ala raya pun bukan jalan kemana sangat saya ni...duk kat dapur basuh pinggan dan layan tetamu jer...apalah sangat nak melaramnya, lagipun tahun ni abah dah takde, saya kenalah banyak lhidmat kat mak sebab pak hj pun bukannya nak duduk lama kat kampung..tak sesuai suasananya dengan keupayaan dia yang OKU tu...

Ehhh merepek pulak...puasa belum setengah bulan dah sebut hal raya pulak??? Ishh..saya ni...apapun saya tak sabar tunggu 25 Ramadhan, pak hj balik dan saya dah siap2 ambil cuti sambung dengan cuti raya sekali nak ambik dia, biar dia 'mendarat' kat rumah saya dulu..kakakaakahhhh...lepas raya pulak saya ambik cuti 2 hari jer...biasalaer..bini kedua..ambik cuti lama2 pun saya bukannya jalan kemana2...

Oh yaa, dalam sibuk2 saya kat office, kak A call saya, ingatkan nak apa atau ada hal penting ker. Larr rupanya nak resepi kuih, almond london dengan biskut kacang. patutnya hari ni saya bertolak ke JB, sambng kes bicara saya tu...sebab dari minggu lepas defence caounci dia ada call tanya saya nam minta tangguhker, saya kata takde hal saya bersedia untuk jalankan kes. hani pak hj dah arahkan hantar ke rumah kak a bersama2 Dewi, jadinya konon hari ni nak hantar dewi dan hani dan nak serahkan resepi tu. Tapi tak jadi...kenalah call kak a bagi tau resepi tu via telefon jer...

pasal kes tu, dalam hati masa tu doa biarlah lawyer yang mintak tangguh, bulan2 puasa ni letihlah nak travel, tapi nampaknya takde apa berita so saya ingat kes jalanlah macam biasa. Tapi Jumaat jam 5 tu pegawai pendakwa dari pejabat di JB called bagitau saya lawyer ada hantar surat mohon tangguh dan mitak free date saya sebab dia nak mention kes tu. happynya!!! nampaknya kalau macam tu tangguh sampai tahun depan kot? Kes ni saksi utamanya pun macam "si*l", 'turn hostile' dan bagi keterangan bertentangan....pening kepala saya nak handle...harap2 dengan masa yang panjang dia yang asyik gagal dikesan untuk diserah saman (sapina) dapat dikesan..... kali ni kalau boleh saya nak all out dengan saksi yang 'ketegaq' ni...

Kes terdekat ni masa raya ke berapa ntah...kat Melaka...takper balik kampung sendiri...lagipun kes tu dah peringket defence call...ok sikit...lepas tu kes baru kat JB lagi..kes ni tak pernah jalan lagi...dan saya pun tak abis go through lagi kes ni...

tahun ni kita dapat bonus ker tidak,eh? Biasa saya pakai duit bonus separuh pertama tu untuk renew road tax/insurans saya yang habis oktober, tapi kalau tahun ni tak dapat kenalah pakai duit gaji...dan nampaknya takdelah cuti2 Malaysia (destinasi jauhlah kononnya nih) sebab bonus kedua tu saya selalu spend untuk jalan2 cuti sekeluarga...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/23/2007 09:27:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam





Saturday, September 22, 2007
Nurin Jazlin Jazimin...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Ishhh...kejam sungguh perbuatan penjenayah terhadap adik Nurin. Tatkala menonton berita pengkebumian jenazah adik Nurin di pejabat bersama rakan-rakan sekerja...bercucuran air mata saya tak dapat dibendung... tak sanggup nak bayangkan apa yang adik Nurin terpaksa berhadapan sepanjang tempoh dia hilang tu...

Dan sekarang...sekelip mata pun saya takkan lepaskan pandangan mata saya dari anak gadis saya kalau di luar...

Automatik mood nak berblog terkubur sama... AL FATIHAH...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/22/2007 09:03:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam





Friday, September 21, 2007
Cepatnya masa berlalu!
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Dah hari Jumaat rupanya. Kan hari Selasa tu saya kata nak buat cream caramel,kan? Kita merancang Allah jua menentukan. Walaupun semua bahan telah siap sedia, namun sampai berbuka semalam tak tertunai lagi hajat nak membuat cream karamel tu.

Hari Selasa tu sampai rumah dah 6.30, dah pesan awal dengan Dewi ikan semua keluarkan awal, maka balik tu seperti lipas kudung saya mulakan dengan ikan mayung masak kari, sebelah lagi tungku dapur tu saya goreng kuew teow rencah kerang/udang/sotong (habiskan baki semalam)

Masak jer kueh teow tu saya goreng pulak sambal udang/sotong dan kerang yang juga baki semalam, udang dan sotong saya masukkan dulu, kerang sebab dah rebus masukkan lambat sikit, masukkan jer kerang tu saya ingat nak tunggu mendidih baru nak matikan apinya....tup2 tak mendidih2...tengok2 larrrrr gas habis rupanya!!!! Mujur jugak sempat masak sambal sotong dan udang tu...kira ngam2 boleh makanlah...

cadangnya nak buat caramel tu lepas berbuka, bolehlah makan untuk dua hari...itupun kalau dapat dihabiskan, cadangnya nak bagi kawan pejabat yang duduk taman sebelah. Tapi tulah kan, dah tak jadik plan tu...mood nak buat pun dah lari...

Makanya esok tu, dah order gas, mood nak buat pun dah takde...terbantut jerlah projek caramel tu...dan buat pertama kalinya semalam saya gagahkan kaki melangkah ke Bazar Ramadhan Ampangan...masalah negara betul..takde satu benda pun kat situ menarik perhatian dan selera saya? Sudahnya saya beli semangkuk bubur lambuk, dua batang jagung (untuk hani), kacang rebus (yang berkulit tu), onde2 dan sebungkus air tebu...masa berbuka saya makan bubur lambuk dengan onde2 jer, tak makan nasi pun...dan lepas berbuka tu saya masakkan lauk untuk sahur...Dewi makan nasi saya tak selera pulak...

yang lebih malangnya dua2 kami pagi tadi tak terbangun sahur...sudahnya melalulah saya...dengan perut yang hanya diisi onde2 dan bubur lambuk separuh mangkuk! Memang siang semalam terasa terlebih laparnya dari sebelum2 ni..naknya semalam sampailah pagi ni gunatenaga dan pemikiran saya di tahap maksima....menggigil perut dah tu berbunyi2 masa saya bagi taklimat...haru betul!

Hari Rabu dan khamis takde entry sebab saya very busy. FYI memang budaya bulan Ramadhan jabatan kami agak sibuk dengan kes2 terkejut2 nih. maklumler orang nak pakai duit menjelang raya...maka banyaklah permintaan2 dan usaha2 nak dapatkan 'duit kopi' secara haram....dua hari tu memang sibukler saya ni...

dalam apda tu semalam pagi saya sempat bergegas ke Putrajaya (SPA) uruskan satu hal personal berkaitan urusan kerja, alhamdulillah dah selesai..lega sangat! Balik tu terus uruskan kes baru ni. Dah bagi taklimat dan jam 5 semua bergerak ke lokasi, saya pulak terpaksa belajar gunakan sistem eperolehan (jab kami ketinggalan baru hari ni laksanakan, saya pelulus..kenalah jugak buat semua ni). saya tak ke loaksi monitor dari hp jer...

dalam jam 6.30 baru saya sampai ke rumah..hari ni teringin pulak nak makan bubur nasi, untuk Dewi sempat saya masakkan dia lauk, ala ikan goreng sambal jer...biar mujahadah sikit Ramadhan ni. Masa berbuka tu saya buat sirap bandung, minum dua gelas lagi...dengan sebiji kurma..tu jer saya berbuka...lauk untuk Dewi dan lauk untuk bubur saya dah saya siapkan. cadangnya nak makan lepas maghrib.

Lepas solat tu dalam 5 minit saya yang memang letih berbaringlah jap atas sejadah...sambil2 tu contact team yang di lokasi perangkap..tanya perkembangan... tup2 tepat jam 8.00 hp bunyi..tengok2 ofis...dengar pulak suara pengarah!

"wa...u kat mana ni?"

"kat rumah tuan!"

"U datang pejabat sekarang!"

"memang saya nak datang pejabat tuan, nak makan dulu nih!" masa ni dr baring terus berdiri!

"U datang pejabat cepat yer..ada kes baru nih bla...bla...bla" dia brief saya!

"Okay tuan!"

Saya memang dah gerakkan 10 orang ke lokasi sana, termasuk 2 senior investigation officer utk lead kat sana dan ada team standby kat umah (kuarters)... saya jangka team kat lokasi akan balik dalam jam 11.00 malam, so dalam jam 10 saya turunlah ke office...banyak masa lagi tu, sementara tu bolehler layan(ambik ati sebenarnya...) si anak gadis Suhaila ni sblm chow ke off...tup2 ada kes baru plak!!!!!

Saya yang menurut perintah ni apa lagi...terus takde selera, suh Dewi masukkan makanan semua dalam tupperware terus ke pejabat! 8.15 saya dah sampai off dan pengarah dah tercegat tunggu depan lobby....!

Gitu gini....jam 10.00 saya gerakkan satu lagi team...dah orang pun kurang, atur balik...dan macam2 lagi hal...dengan bubur saya pun saya terlupa...dengan saya2 pun ke lokasi jugak...jam 11.00 dapat tangkap! Dan saya dimaklumkan sio saya team kat sana dapat tangkap 3 orang...

Hasil soal siasat kes baru ni, saya set satu lagi team, jam 1.20 pagi dapat tangkap lagi sorang...saya consult ngan pengarah...berkali2 dia ucap syabas dan tahniah kat kami...sebab malam ni jer dengan keadaan kelam kelibut sebab dua kes ni kami berjaya tangkap 5 orang!!!

Sudahnya jam 5.00 pagi ni baru saya sampai rumah..terus sahur sama Dewi...dan pagi2 ni...kena urus reman 117.....kesan saksi..kesan dokumen...sian lagi budak2 ni malam2 Ramadhan kena jaga lock up...

Eh...sajer jer citer...seronok...takde sapa nak luah keseronokan hasil team work..citer kat sini aci tak??? kalau citer pak hj dia 'tembak' saya balik, katanya..."hah... asyiklah tangkap orang salah jer kat dunia ni....esok kat akhirat dah sedia ker..kot2 wa pulak kena tangkap...banyak salah tu!"...

Tulah malas nak citer hal kerja kat dia...dia pun tak tau saya duk pejabat malam ni..malam tadi dia call...cakap2 hal lain jer...(cover line takut dia marah sebab asyik tinggalkan hani) suami sibuk buat amal masjid isteri pulak sibuk tangkap orang...macam2 hal dunia ni kan..semuanya pasal nak carik rezeki (yang halal pastinya!)

Dan hani anak gadis saya menangis dengan syahdu masa saya nak pergi jam 8.00 malam tadi..."kakak nak ikut ammie, kakak duduk kat bilik ammie jer..tak kacau ammie..."

hati ibu mana tak tersentuh melihat anaknya menangis melekatkan pipinya ke dinding tepi pintu sebelum saya melangkah keluar...air mata saya bergenang sebenarnya tapi saya nak melatih dia jadik kuat sekuat saya! walaupun dia masih kecil...

Saya peluk dia erat2 dan cium pipinya berkali2 sambil tangan saya menyapu air mata yang mengalir di pipinya..memang dia sayu sungguh masa ni maklumler baru sejam dengan saya tu pun saya sibuk masak dan dia pulak menonton TV!

Saya pegang muka dia dan saya renung mata dia dalam-dalam dan saya cakap perlahan-lahan pada dia...entah dia faham entah tidak tapi itu jer pilihan saya pada masa tu...

"ammie kena kerja sayang...kerja ammie memang macam ni dari kakak kecik lagi...kakak kena belajar kena tinggal...ammie kena kerja, hakikat kerja ammie memang macam ni, kak kakak dah selalu kena tinggal....nanti ammie cuti kita duduk sama-sama, kita peluk2, kita gelak2...kita jalan2...hari ahad ni ammie bawak kakak pergi rumah ummie kakak boleh main dengan zubair yer..., kakak faham kan?"

Masa ni dia mengangguk perlahan jer dalam sedu sedan dia..anak saya dalam usia 4 tahun ni memang faham setiap patah kata-kata saya sebab saya dari kecil saya telah gunakan perkataan seperti orang dewasa ketika bercakap dengan dia...dan nampak kesedihah dia berkurang...

Kemudian saya cakap lagi dengan dia...

"kakak nak tak ammie callkan ayah?"

"Nak" pantas jer dia jawab...

saya pun dail nombor ayah..tapi putus2 pulak dan agi rasanya ayah di Miri rasanya dah nak mulakan tarawikh...

Akhirnya saya tuliskan nombor hp ayah, no rumah ummie, nombor rumah makwe (mak saya dikampung) dan saya cakap dengan Hani...

"kakak cakap dengan kak Dewi kakak nak call sapa yer..nanti kak Dewi callkan.."

Nampak keceriaan diwajahnya pada masa ni...terus dia hulur tangan nak salam saya dan saya pun duduk dan peluk dia erat2 berkali2 dan cium lagi pipi dia berkali2 dan dia juga mencium pipi saya...dan akhirnya kami berpisah di muka pintu, saya kuncikan mangga grill dan dia bergayut di grill sambil melambai2 pada saya yang mula mengundurkan kereta dan dia 'kesayangan saya' pun lenyap dari pandangan mata...seperti biasa dia kesayanagan saya itu 'luput' dan seolah2 saya terlupa kehadirannya dan penantiannya di rumah bilamana saya menjejakkan kaki ke pejabat!

Pagi ini jam 5 saya sampai ke rumah saya terus mendapatkan dia yang sedang nyenyak tidur, saya cium pipinyaberkali2 dan dalam hati saya sedar saya bersalah pada dia...kerana saya tau dia memang perukan saya sangat2 disaaat dia mahu melenakan matanya..."ammie nak peluk ammie..." itulah perkataan wajib dia setiap malam....tapi malam tadi???
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/21/2007 06:03:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Hani, Periuk nasi





Tuesday, September 18, 2007
Krim Karamel lagii...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t



Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Entah apa yang saya ingat semalam, saya buat cream caramel saya boleh terlupa masukkan susu cair. maklumler setahun sekali, masa bulan ramadhan jer buat,kan?

Bulan Ramadhan nilah kali pertama nak buat, tu yang saya tak terperasan pulak. Lepas kukus tu saya nampak kenapa rupa karamel ni lain macam, tak macam biasa, macam terperosot jer texture dia dah tu ketinggian kuih ni pulak tidak seperti biasa, nipis jer.

Lepas tu bolehlah pulak saya bebel kat Dewi pasal kepelikkan rupa kuih tu, bila rasa manis bukan main walhal jumlah bahan2nya sama jer tiap2 tahun saya buat, napa pulak kali ni terlebih manis?

Saya makan dua potong, lepas tu solat maghrib. Lepas solat mengaji, kemudian baca taklim bersama Hani dan Dewi. Dalam pada buat taklim tu, saya boleh terdatang ilham teringatkan kuih tu lupa nak letak susu. Walhal masa tu bukan menerawang pun otak, tiba2 jer terfikir dan terus saya bagitau Dewi lupa nak letak susu.

Tergelak Dewi dengar saya cakap..maklumler tengah buat taklim. Dewi bilang, "eh ibu ni tengah baca pun boleh teringat kuih tuh...". Entahlah saya pun terfikir2 jugak camana ilham tu boleh datang...nak kata tak khusyuk, dan menerawang otak takde pulak.

Tulah hari ni nak buat puding caramel sekali lagi, tak puas hati semalam tu, tapi hari ni nak buat ikut resepi baru, puding roti caramel, dari mana lagi, dari hanielizalah...

bawah ni cara membuat dan bahannya, gambar macam kat atas tu

Bahan-bahan

Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur1/2 cawan gula1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara Memasak
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert

Maklumlah kan, bulan puasa ni bila nampak makanan semua nak dicuba, saya kata sayalah ni, terutama pulak sahur tadi makan teh susu dengan 3 keping cream craker tiger jer. Biasa Dewi bangun dulu kejut saya, hari ni dia terbangun jam 5.30 am.

Sejak dewi ada ni mengada2 sungguh mata ni...tak boleh harap! Asyik harapkan Dewi jer bangun dulu...mujur juga Dewi ni bertanggungjawab budaknya. Bukan saja bangun awal, dia siap panaskan makanan dan hidangkan plus buat air panas lagi.

Lagilah 'mem' ni mengada-ngada...masa makan dua-dua terkebil-kebil mata, mulut masing-masing senyap jer pasal jenuh nak habiskan nasik dalam pinggan. kalau dulu Dewi takde, jarang sangat makan nasi, kebetulan Dewi ada gastrik, memang dia sentiasa pastikan nasi dan lauk ada untuk sahur...siap peringatkan saya malamnya lagi, sebab saya tukang masaknya...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/18/2007 02:38:00 PM 7 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam





Monday, September 17, 2007
Mungkin ini Kifarah...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Selepas 3/4 hari diulit sakit gigi dalam keadaan berpuasa, hari ni pagi-pagi lagi saya angkut hani dan Dewi ke klinik gigi, saya nak lepaskan semua kesakitan ini.

Tak ramai orang di klinik gigi berkenaan, mungkin sebab Ramadhan hanya bangsa Cina dan India serta 2/3 kerat melayu yang ada.

Sakit gigi ni takdelah sakit sangat sebelah siangnya, nyut-nyut-nyut tu sebelah malam sampai saya tak boleh nak tidur! 8.30 am saya sampai, jam 9.00 dah selesai semuanya.

Keluar-keluar tu mak oii... berapa kali saya termuntah...dalam perjalanan nak ke kereta berapa kali saya terhenti muntah! saya memang pantang benda-benda pelik masuk mulut (kapas penahan darah tu) maka bercangkunglah saya tepi longkang menahan muntah tapi muntah jugak akhirnya!

Bukan menahan sakit cabut gigi yang teruk tapi menahan muntah pulak yang hebatnya. Masa ni Hani bukan main takut lagi...berdiri jer tepi saya temankan saya...

Terus saya pergi pejabat hantar MC dan balik rumah. Tapi singgah kedai dulu beli beberapa barang dapur, susu Hani dan top up untuk pak hj. Selesai tu kami balik. Masa ni cuma rasa muka bengkak, sakit tu tidaklah...

Sampai rumah okay lagi sebab ubat pelali tu kuat lagi kot cuma saya rasa sebelah muka tebal dan kebas. Boleh lagi masa ni saya rebus kerang buang ekor taugeh.
Kebetulan letrik takde pulak kat rumah, lepas cek main suis tengok semua on, saya pun call lah 15454, mula2 giliran menunggu no 19, call lagi no 12 pulak, call lagi baru dapat no 2, tapi tunggu2 tak jugak pulih gangguan bekalan tu.

Masa ni Pak haji call pun boleh lagi gurau2 pasal Hani yang terjumpa gambar passport ayahnya malam tadi. Sejak jumpa tu sentiasa dibawanya gambar ayah tu tidur malam siap letak gambar tu bawah bantal dan lepas tu masukkan dalam kocek, kejap2 pandang dan cakap, "kakak rindu sangat ayah..., bila ayah nak balik ni"

kelakar saya tengokkan dia, kalah ammie pulak rindunya...tapi tak taulah, ntah betul rindu ker entah main2...bila saya callkan ayah tulah jugak balik2 dia cakap, rindu..rindu...bila ayah nak balik... ayah balik sekarang jugak, eh???

Berbalik citer sakit gigi tadi, bila menjelang jam 10.30 am ubat pelali tu dah habis agaknya. Waaaaaaaaah punyalah berdenyut kat pipi, kat gusi kat rahang dan kat tempat cabut gigi tu allah jer tau...

Masa ni lebih sakit dari sakit gigi..sama darjah kesakitannya dengan sakit nak bersalin kot? sebab semua anggota muka sebelah kiri tu sakit. Makin lama makin sakit. Rasa nak meleleh air mata saya....isshhh sampai sengal mata2 saya dan sakit kepala saya.

Dewi punyalah risau tengok saya berguling2 atas katil kejap mengiring, kejap berteleku, kejap bersujud, kejap menangkup, kejap telentang...dah tu, dari bilik ayah, tukar bilik saya tak tentu arah saya....

dari jam 10.30 tu sampailah jam 3.00 bukannya makin kurang, makin sakit...dalam hati saya apalah dosa saya yang Allah nak kifarah ni... masa ni nak zikir pun tak tertahan dah... kalau betullah kifarah dosa saya rasan2nya memang besar dosa ni kalau nak ditengokkanlah dengan sakitnya...

jam 3.00 tu saya terpaksa jugak bingkas bangun ambil air garam...dah tak tau dah nak buat apa, kumur2 pun tak kurang juga (ni dalm internet bagi petua ni selain dari tumbuk bunga cengkih dan letak kat tempat sakit tu)


Sebab nak bangun solat zuhur pun tak terdaya, disebabkan rasa teramatlah sakitnya kat rahang dan gusi saya berdenyut2, tambah dengan sakit kepalanya....saya cuba bawak tidur pun tak boleh dah....lepas kumur garam tu, saya mandi dengan air panas pulak...habis daya dah niii....


Ingatkan sakit gigi yang paling sakit, tapi sakit lepas cabut gigi pulak yang terlebih2 sakit....pengalaman sebelum2 ni (zaman kecik) cabut gigi takdelah dahsyat macam ni...kali ni fuuuuh...memang sakit!


Dari jam 2.00 Dewi dah offer saya makan panadol dah siap dibawakkan panadol dan air kat bilik, saya jawab, takpelah saya nak puasa...."


Tapi lepas mandi tak kurang2 jugak, maka saya yang lemah iman dan tak tahan mujahadah dan ujian kesakitan, terpaksalah menelan dua biji panadol....(Ya allah ampunkan dosa hambaMu yang lemah ini...)


Dalam setengah jam lepas tu asbab ubat panadol tu (harus diingat ya tuan-tuan dan puan-puan Allah yang bagi sembuh dan sihat...ubat perantara jer) barulah saya mampu bernafas sedikit lega...bila dah lega tu termenyesal pulak berbuka walaupun hanya telan 2 biji panadol....



Semalam ada tetamu bertandang ke rumah, untuk berbuka, kak Hajar, sama kapal ni (isteri bernombor jugak), saya jamu dia dengan ikan mayung asam pedas, dan sotong masak kicap dan pencuci mulut bubur som som (lagi), hari ni pulak kami masak kueh teow kerang dan udang dan pencuci mulutnya caramel.

Tahun ni saya pecah rekod tak pergi lagi bazar Ramadhan...belajar untuk berlapang dada apa yang ada dan tidak berlebih2 masa berbuka. ALhamdulillah takdelah sampai termengah-mengah perut lepas berbuka. Air pun tea o saje.

Makan caramel teringat pulak pak hj, tiap2 bulan Ramadhan memang saya buatkan dia, semalam sms saya tanya resepi, tadi masa call saya tanya rupanya tak buat lagi, takde kukus rupanya...sabar jerlah bang...balik nanti wa buatkan...ishk sedih plak!
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/17/2007 06:30:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah, Rencam






Sunday, September 16, 2007
Ada orang tanya saya...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Jangan terkejut, ni template ni sementara, ke arah penukaran template lain...

Ramai juga orang tanya saya dalam keadaan pelik, kenapa suami saya keluar jauh2 tinggalkan anak isteri. Keluar 3 hari lah, 10 harilah, 40 harilah, 4 bulanlah.

Kata mereka...bukankah selayaknya mereka berjihad dengan anggota keluarga dulu? Rentetan soalan tu, mesti timbul komen lain pulak..kesian kan..anak isteri kena tinggal, dahlah bulan ramadhan tak fikir ker anak isteri? Tak rindu ker...tak menyusahkan anak isteri ker...cukupker keperluan anak bini???

Kadang-kadang berdiam terhadap soalan dan respon orang itu saya rasa lebih baik, kalau saya berusaha menjawab pun selalunya mereka tidak faham dan kalau saya cuba memahamkannya saya pula di 'cross' balik. Dengan memberi contoh si polan... sipolan...sia anak isteri dia yang kena tinggal...sebab suami buat dakwah.

Sesungguhnya, memanglah perit menghadapi keadaan ketiadaan suami, siapapun kalau boleh mahu berkepit bawah ketiak suami 24 jam, diulit kasih sayang dan kehangatan cinta cik abang.

Namun begitu ibu-ibu dan bapa-bapa....demi mengembangkan usaha dakwah ini para isteri kenalah redha untuk berpisah dengan suami untuk kembangkan agama yang kita cinta ini. Agar setiap rumah dapat dihidupkan suasana agama dan nur islam.

Buat pengetuahuan ibu-ibu Fadhilat bagi isteri yang redha suaminya keluar ke jalan Allah sangatlah besar ~ Allah akan masukkan isteri tadi ke dalam syurga 500 tahun lebih dahulu dari suami-suami meraka untuk dihiasi secantik0cantiknya untuk menunggu suami di pintu syurga. Kalau 5 jam bersolek pun dah cantik, bayangkan persiapan selama 500 tahun???

Di akhirat pula suami2 ini akan disatukan dengan isteri-isteri mereka kerana di dunia mereka selalu berpisah-pisahan.

Sepanjang suami keluar ke jalan Allah ini malaikat juga mendoakan 3 perkara ini buat pasangan ini :

1. Allah ampunkan dosa orang yang keluar di jalan Allah
2. Allah ampunkan dosa orang yang ditinggalkan oleh orang yang keluar di jalan Allah
3. Semoga Allah satukan mereka disyurga kerana didunia mereka dipisahkan kerana Allah.

Sedang kita umat islam duduk berselesa dan berbahagia di rumah kita masing-masing, di luar sana pula masih ramai umat islam yang leka, masih membuat maksiat, masih leka dengan fantasi dan dunia khayalan. Anak muda ramai yang membuat maksiat, pakaian jauh dari menutup aurat.

Masjid-masjid masih kosong dan sunyi sepi walaupun azan berkumandang, pusat membeli belah pula penuh manusia yang bernama islam, anak-anak muda islam tak mengenal batas pergaulan, hidup mengikut arus kemodenan tanpa batas syariat.

Paling menakutkan dan patut setiap dari kita ada rasa tanggungjawan adalah meningkatnya saban hari orang-orang yang bernama minat, limah dan tijah bertukar haluan ke agama lain. Kerana apa?

Kerana gigihnya usaha yang dibuat mubaligh agama lain ke arah menarik anak-anak islam kita terpengaruh dengan ajaran mereka. Dan di kala yang sama kita pula terus leka dengan segala unsur-unsur yang dibawa anasir ini dalam bentuk~ fesyan, food and fun....

Sanggupkan kita nak jawab di depan Allah nanti yang kita sedang leka melayan anak isteri, kita sibuk dengan urusan dunia maka kita minta kita dikecualikan??? Sedang Allah sudah beli diri, harta dan nyawa kita dengan ganjaran syurga. Sesuatu yang sudah pasti!!! Korban kita ini SYURGAlah ganjarannya...tapi kita tetap pilih dunia walaupun nikmat dunia itu sesuatu yang tidak pasti lagi...

Islam sahaja tidak cukup, kita kena KORBAN...macamana ARsulullah dan sahabat korban masa mereka untuk sebarkan islam dan buat dakwah dan sanggup tinggalkan anak isteri sehingga isteri-isteri menjadi janda dan anak-anak menjadi yatim...

Tugas korban di jalan Allah ini adalah tugas yang maha penting, dan sangat tinggi nilainya di sisi Allah melebihi nilai kerja di dunia. Para sahabat tetap keluar sebarkan dakwah tidak kira masa dan keadaan baik siang ataupun malam, sejuk ataupun panas, ketika lapar ataupun kenyang, semasa sihat ataupun sakit, samaada kuat ataupun lemah , juga tak kira tua ataupun muda. pendek kata setiap masa dan keadaan sentiasa bersedia dan mengutamakan korban di jalan Allah...

Menulis untuk diri sendiri. Andai ada salah maafilah saya...moga-moga Ramadhan ini menambahkan iman kita dan sesungguhnya bercakap(menulis) dan mendengar (membaca) sahaja tidak berguna tetapi yang mengamalkannya adalah mulia di sisi Allah s.w.t
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" (Al Asr)...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/16/2007 09:48:00 AM
Cerita tentang; Da'wah





Saturday, September 15, 2007
Ujian Ramadhan ini
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Puasa ertinya menahan diri dari lapar dan dahaga dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar siddiq hinggalah terbenam matahari.

Sakit gigi pula sakit yang bukan sahaja sakit dibahagian gigi dan gusi sebaliknya ia akan menarik anggota-anggota lain juga turut merasa sakitnya sepanjang tempoh 24 jam termasuk juga semasa anda tidur termasuk sakit di bahagian pipi dan juga sakit kepala sekali!!!!!

Berpuasa dalam keadaan yang sihat pun cukup mencabar, cuba anda bayangkan berpuasa dalam keadaan sakit gigi. Mujur juga siang tidak memerlukan gigi untuk makan tetapi malam hari...nyut...nyut...nyut...setiap detik nafas ini.

kalau esok tidak baik...harus saya ke klinik mencabut gigi ini! Cabut gigi tak batal puasa,kan?

Sebab sakit gigi di bulan Ramadhan ini saya kurang cakap dan kurang makan... sayangnya bila nak mula mengaji baru satu 'ain'....nyut...nyut...nyut...bila mula nak terawikh..nyut...nyut...nyut...sudahnya dengan telekung2 saya menekup pipi & muka dengan bantal dan berbaring saja....

Hari ni hantar Dewi awal, jam 10 kami keluar, mula2 pergi taman bawak Hani main2, lepas tu ke pasar besar beli lauk untuk seminggu dan hantar Dewi, lepas tu ke pejabat ambil beg kerja tertinggal (ada aje kerja tak habis2 kena plak buat kat rumah), lepas tu ke Bazar Ramadhan Stadium Paroi, kan hari ni perasmian bazar ramadhan peringkat kebangsaan kat sini..punyalah ramai manusia pusing2 tak jumpa jugak parking, tengok2 orang sebelah dah tertido...balik jerlah rumah...

Hari ni tekak sangat2 teringin nak makan bubur som som, carik dlm internet terus masak dan sebab nak kontrol sakit gigi ni maka saya masak bubur nasi jer makan dengan udang goreng bawang....tu lah berlalu satu hari...



malam tadi kot budak berdua ni ambik gambar...kebetulan saya tido awal...tengok2 masa upload tadi ada gambar diorang. Saya tak pernah tunjuk gamabar Dewi kan, inilah dia, di luar budak ni tak pakai tudung kecuali dengan saya (saya pernah nampak dia tepi jalan di bandar masa dia cuti hari ahad, Allah nak tunjuk kat saya suh dakwah dia kot)



Mujur ada Dewi pagi tadi sebagai pelayan si Hani...harapkan ammie...malehnya layan si kecik ni!




Suka sangat2 ke pejabat ammie, hari ni Kak Isma geng baik dia duty officer sampai taknak balik rumahlah....Kak Isma plak bawak hamster ke pejabat...lagilah dia suker...siap suh ammie ambik gambar dia dgn Kak Isma...



Tak sampai rumah dah tido..cancel nak gi bazar Ramadhan...penat agaknya tunggu lama sangat sebab sangkut dalam jem dan takde parking kat stadium paroi tuh!



Punyalah penat...macam ni posisi dia tido tak bergerak2...kalah orang puasa!

Hani ni sekarang gemar betul suh ammie ambik gambar, macam ada cita2 nak jadik model jer..nampaknya kenalah beli camera digital, malam nak tido inilah kerja dia..."ammie ambik gambar kakak, ammie"...ammie plak maleh.."meh dekat ammmie ni", snap jer ikut suker...eeeh photogenic jugak dia ni.., kalau ikutkan kat dlm hp ni gambar dia jer..banyak yg dia mabik sendiri...perasan betullah dia nih!



Dah nak tido pun suh ammie ambik gambar...layan jerlah...



Lawa tak saya??? Eiii terlebih perasan anak gadis ni tau!




Lepas solat malam tadi pun stanby jer jadik model...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/15/2007 05:58:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Dewi, Hani






Friday, September 14, 2007
Ruang kosong yang ditinggalkan
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


"Berdiam-diam itu besar hikmahnya". Maka Ramadhan ini saya memilih untuk berdiam dari cerita-cerita marapu meraban saya sementara tu sambil-sambil tu belajar mendidik nafsu...

....dan ruang kosong ini buat saya mula merindu seseorang. 40 hari tiada maka 40 harilah kedua-dua ruang ini kosong tak berpenghuni....hari-hari biasa dua ruang ini dia sahajalah yang menakluki...

....saya belajar mendidik diri untuk berjauh dengan suami...moga2 Allah memberkaati dan bila berjumpa nanti...lebih berkat dan sayang makin menyala...


Tempat ayah lepak!


Tempat ayah beradu!
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/14/2007 06:24:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati, Rumah




Thursday, September 13, 2007
Pertama kali Ramadhan ini
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

pagi tadi sangat simple kami bersahur. pertama kali Ramadhan ini saya bersahur berteman, Dewi dan hani.

hanya ikan selar goreng berlada. Itu pun dah cukup menyelerakan. Tahun ni saya azam nak bersederhana, takmo membazir beli makanan banyak2.

Cukuplah makan nasi dengan minum air. Oh ya kurma pun belum beli lagi...kalau pak hj ada dah siap dia beli kurma. sebab dia sahur kurma dan air suam jer.

Hari ni hani sahur sama, katanya nak puasa jugak. saya siap2 buatkan dia susu. tak taulah sampai jam berapa dia tahan tak makan/minum.

Berbuka ni pun rasanya hari ni tak ke bazar ramadan. Cukuplah berbuka nasi lauk tempe dan ikan selar goreng tauchu ataupun berlada...

Berserdahana lebih baik rasanya. Nak makan sedap tunggulah lepas Ramadhan nanti. Dalam tempoh ni saya cuba belajar mendidik nafsu.

Lagipun dapat berjimat cermat dan dapat jugak kuruskan badan. Senang nak buat amal dan takdelah badan rasa berat dan mata rasa mengantuk masa kerja. betul tak?

dalam pada tu teringatkan pak haji dah 3 hari tak berhubung, takde coverage tempat dia agaknya. Sms pun tak berbalas. Bersabar jerlah tunggu dia balik. teringat pulak betapa mujahadah dia yang tak sihat berpuasa jauh dari isteri2 dan anak2.

Moga2 Allah pelihara dia dan datangkan kami fikir yang sama dengan dia dan semoga asbab mujahadah dia Allah datangkan hidayat pada seluruh umat.
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/13/2007 05:46:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah




Wednesday, September 12, 2007
Ramadhan datang lagi...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Abu Ubaidah r.a mendengar rasulullah s.a.w berkata ; "Puasa adalah perisai, selama dia tidak memecahkannya"

Selama seeorang menjaga dirinya dengan perisai, demikian jugalah puasa dapat menjaga seseorang dari musuhnya iaitu...SYAITAN!

Antara adab-adab berpuasa yang dinyatakan para ulama' adalah :

1. Menjaga penglihatan dari memandang "sesuatu yang tidak patut" sehingga dikatakan bahawa sesorang jangan memandang isterinya dengan syahwat, apatah lagi dengan perempuan yang bukan muhrim. Dikatakan ahli sufi menafsirkan bahawa "sesuatu yang tidak patut dipandang" sebagai apa sahaja yang bokleh mengalihkan tumpuan hati dari Allah subhnallah taala lalu menumpukannya ke arah lain.


2. Menjaga lidah dari berbohong, mengumpat, bercakap kotor, bergaduh dll


3. Menjaga telinganya, hindarkan daripada mendengar perkara yang haram.


4. Menjaga anggota badan daripada memegang benda yang haram, menjaga kaki pergi ke arah perbuatan yang haram, menjaga perut dimasuki benda2 yang syubhat.


5. Waktu berbuka janganlah makan terlalu banyak sehingga tidak mencapai tujuan berpuasa iaitu menguangkan syahwat dan menambahkan kekuatan rohani dan sifat kemalaikatan.


6. Perlu merasa takut selepas menunaikan puasa kerana tidak tahu samaada puasa kita layak diterima atau tidak dan sentiasa berharap agar kerahiman Allah menyebabkan amal kita diterima...


**********************

Selamat berpuasa dan menjaga adab2 berpuasa...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/12/2007 08:06:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah





Busy lagilaaah..
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Ingatkan minggu ni bolehlah relax sikit. Otak pun dah okay lepas balik command course ni, KS ditangan pun tinggal satu cuma nak monitor ks2 yang baru buka jer. Tengok2 balik macam2 laporan diterima masa saya takde seminggu.

Nampaknya nakhoda baru belum tarik handbreak lagi. masih laju dan ramai yang sakit kepala! Seminggu lepas masa saya takde berkursus rupanya timbalan pun takde, dia pergi interview pengambilan pegawai baru di Ipoh. Makanya pengarah terpaksalah carik ketua2 unit lain. Mesyurat tak habis2 jugak sampai mencecah 8 malam.

Kali ni mesyuarat pasal KS takde, sebab saya takde, tapi mesyuarat pasal nak rasmikan kompleks pejabaat kami 15 nov ni dan mesyuarat kewangan. Minggu ni bila saya balik jer, saya ingat semua tu dah settel masa saya kursus sebab patutnya isnin lepas dan buat mesyuarat dengan Dato' (org no 2 jabatan kami)dan j/k peringkat HQ. Rupanya Dato' minta tunda hari ni.

Makanya dua hari tu saya sebagai s/u lah kna buat macam2 benda, benda yang pengarah tak terfikir sebelum ni, sebabkan ada masa lagi barulah arahkan buat itu ini. Kena bincang balik dengan consultants yg nak rasmikan tu, buat summarize 4 bajet sedia ada, bandingkan harga JKR dan dua lagi consultant, kena pulak buat powerpoint untuk pengarah present apa kerja2 yg kami dah buat. Sudahnya malam tadi jam 11.30 malam baru dapat balik.

Paling menyampah, saya pulak jadik cam consultant kena present dlm mesyuarat hari ni, gimik2 perasmian yang dicadangkan. Saya lagi? Yang jadik tambah menyampah, timbalan dapat lari lagi, dia takde lagi hari ni, terlibat dengan interview di Putrajaya pulak...tersenyum2 dia semalam nampak saya dengan PA pengarah bertungkus lumus...."takpe tuan...nasib tuan baik kali ni..." sempat saya perli dia sambil cakap senyum2...dia jawab.."takpe wa, u buat jer...". Timbalan okay bergurau2 dengan saya..lagipun rank sama, cuma dia senior patut beban kerja sama, tapi dia selalu bernasib baik???

Itu jer luahan pagi ni...

Semalam terfikir pulak, bilalah nak manja2 dengan anak. Kesian kat dia. Nak pilih kerjaya ker rumahtangga, tak bolehker kalau nak berjaya dalam kedua2nya??? Mujur juga dalam keadaan macam ni, suami saya takde, tu pun satu hal dah dua hari tak dapat hubungi dia, masuk hutan banat mana agaknya???? Mesti takde coverage tu...kalau suami ada bolehlah Hani Suhailah manja2 dengan dia...sebab dah dua hari ni malam2 mesti merajuk dengan saya, sikit punya hal pun nak merajuk, saya pun nak merajuk jugak, tapi pada siapa??? Dan lagi... perasaan dah mula meronta2 nakkan suami, haruskan saya menempah tiket ke Miri? Ohhh..tak mungkin...mujur juga esok 'puasa'~ menahan diri dari 'lapar dan dahaga'...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/12/2007 07:06:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Hani, Periuk nasi





Monday, September 10, 2007
Rumahku Syurgaku
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Bulan lepas genaplah setahun saya berpindah ke rumah sendiri. Walaupun tak dapat buat apa-apa renovation pada rumah ni dan takde beli apa-apa barang baru sejak pindah ni tapi hati tetap gembira. Perasaan bercampur baur bila berpindah dalam keadaan tergesa-gesa dan masuk ke rumah yang dah diduduki 10 tahun ...semua perasaan ini saya abaikan macam tu ajer....malah saya bersyukur keputusan beli rumah ada hikmahnya.

Cuma sesekali tengok dan baca persiapan orang berpindah ke rumah baru dengan persiapan itu ini terasa jugak jealous. Tapi syukurlah ada jugak rumah, walaupun second hand. Entah kenapa dalam hidup saya selalu dapat benda yang second hand (termasuklah suami) dan saya sendiri pun perasan yang saya sejak dulu dan juga akhir2 ni suka sangat pergi kedai second hand, kedai bundle, pendekata apa yang second hand tu rasa macam berbaloi dapat dengan harga yang murah dan branded pulak. Seolah2 rasa macam kualitinya dah teruji...

Balik pada citer rumah....dengan keupayaan hp yang cikai (yang terendam dalam air semalaman dan saya dah hantar repair kena RM180.00) saya ambik gambar sebahagian pokok2. Perasan macam anjung serilah ni...tapi kualiti gambar sangatlah rendah mutunya sesuailah dengan alatan pengambaran yang sangatlah minima...sesuailah dengan harga hp yang 'murah'...





Ini pokok mangga cukanan depan rumah~ manis buahnya




Ini buahnya yang masih ada di pokok, ada yang dah dipetik Dewi( Dewi panjat sebenarnya)




Pegaga air, baru sebulan saya tanam sudah subur begini...



Harum sundal malam~ tak sabar nak menghidu wangi bunganya entah bila akan muncul



Ada 4 pasu lidah buaya buat masker muka, mak kg yang beri




Deretan bunga tepi tembuk pagar ni pun mak kg beri masa balik kg dua minggu lepas



4 batang anak pokok salak, kena tanam jantan dan betina dalam satu lubang, mana satu jantan dan mana satu betina,eh?




Anak2 pokok terung dan cili belum sempat dipindahkan




Diluar tembok pagar ada sebatang pokok mangga tuan rumah dulu yang tanam, pun sedang lebat buahnya...



Ini buahnya...



Sebatang pinang merah usia sebulan...abaikan gambar anak dara tu...



Serai wangi belakang rumah ~ pun tuan rumah dulu yang tanam




Anak delima



Anak kedondong




Pokok2 dari rumah lama



Ini Dewi tanam, tak lama lagi saya akan trim bagi nampak macam 'bonsai'




Juga Dewi tanam, pisang kipas...



Kalau dapat bina pergola atau wakaf di sini alangah eloknya...


Itu ajer...setahun lagi kita tengok pembesaran pokok2 ni..
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/10/2007 09:04:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah





Sunday, September 09, 2007
Kembara ke Pangkor
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Catatan rentetan perjalanan saya ke Pulau Pangkor.

Isnin, 3 September 2007

Macam saya kata saya dapat tahu yang saya dibenarkan ke Command course tu lambat, kata orang dah paras leher dah. Peserta semua tak digalakkan bawa kereta sendiri. Semuanya harus berkumpul di Akademi jabatan di jalan Duta jam 12.30 hari sebab bas bertolak waktu tu. Yang saya pulak isnin tu sampai pejabat dah jam 11.30 pagi terus dipanggil pengarah dan dapat green light untuk pergi ke command course tu. Waktu saya call urusetia dah jam 12.30 dah. so dia mita saya bergerak sendiri.

Saya bertolak dari rumah ke Terminal 1 jam 7.30 malam sebab tiket 8.30 malam. Tapi bas lambat 9.00 malam baru jalan. Masa ni Hani dan Dewi ada di rumah lagi, Kak a kata nak ambik budak2 ni jam 9.00 malam. So saya tinggalkan jer budak berdua ni kat rumah tunggu kak A. Hani langsung tak nangis, malah tak sabar nak gi PD, siap call umi suh ummie cepat2 datang ambik!

Saya sampai Pudu kena turun dan tukar bas pulak. Waktu tu hujan selebat-lebatnya. Nasib baik bawak dua beg ajer, satu beg sandang dan satu beg baju sederhana jer saiznya. Ada makcik tu sarat marat barang kena angkut jugak...kesian tengoknya, zalim betul pengusaha2 bus ni asyik tukar2 bas ajer.

Sebab hujan lebat, bas dijangka sampai jam 2.30 pagi terlajak sampai ke jeti Lumut jam 3.30 pagi. Awal pagi benar,kan? Masa ni saya dok termenung jer kat stesyen bas ni, dalam hati tertanya2, manalah aku nak pergi pagi2 buta ni? Dalam bas tadi ada nampak jugak hotel tepi2 jalan, tapi takkan nak berhenti dan check in, sebab esok susah pulak nak ke jeti.

Nampak kat seberang jalan ada kedai mamak 24 jam dan driver tadia da bagitau ada motel atas tu. So saya pun seberang jalan, naik tangga dan picit loceng, keluar sorang lelaki dan katanya bilik dah full! Aiiikkk....susah gak ni, mana pulak nak lepak pagi2 buta ni?

Saya turun balik dan perlahan2 jalan masuk kedai mamak tu. Ramai gak pelanggan, sumer lelaki...dan semua perati kat saya, agaknya apahal budak pompuan ni sorang2 pagi2 buta ni! Saya buat selamba jer, terus order roti canai telur dan teh tarik. Memang perut pun lapar dari semalam tak makan. Kan makan A&w jer, masa nak naik bas tu beli roti yang 50 sen tu dgn mineral.

Dah kenyang perut, mulalah mata mengantuk. Takkan nak tercongok kat kedai tu sampai hari cerah. Masa nak bayar terus saya tanya kat mamat kaunter tu bilik solat kedai tu. Bila dia tunjuk saya terus cakap saya nak tumpang sampai hari siang. Dia okay jer. Tapi bila masuk alahaii, pintu biliknya ternganga jer...memang sengaja tak letak pintu agaknya nak elak pekerja mengulau tido kot?

Setengah jam pertama tu saya tercongok jer duduk situ sebab tak berani nak baring, mana tau tiba2 ada lelaki masukker...dah saya pulak tengah baring,kan? Tapi bila tengok line clear jer, saya pun baringler...dapat gak rehatkan badan. Lagipun dah 4 malam saya tidur tak betul...malam isnin tu tak tidur langsung,kan? Dekat2 jam 6 pagi lepas dengar azan tu baruler ada pekerja lelaki dan perempuan amsuk solat. saya ambik eksempatan borak2 dan tanya pasal feri masuk pangkor jam berapa...katanya jam 7.15 pagi.

Urusetia janji akan datang mabil saya pagi ni, lepas tu dia call pulak malam tadi, kata tengahari sikit, malas saya nak tunggu. So dlaam jam 6.30 tu saya call sms urusetia, kata saya nak naik feri sendiri. Dah dia pulak suh saya tunggu satu lelaki nama Edy akan datang bawak kasut peserta dan saya diminta joint si Edy ni sekali.

Haiii susah pulak saya nak carik Edy yang digambarkan ada di jeti dan bawak 4 kotak besar. At last saya minta no Edy sendiri dan bila call rupanya si Edy ni masih ada di Pulau Pangkor lagi, dan masalahnya pulak tiket feri saya ada pada si Edy.

Saya gamble jer pergi ke Feri dan bila sampai ka pemeriksa tiket saya citerlah kata tiket saya ada di jeti pangkor sama si Edy, tapi tukang cek tiket tu 'ketegak' takmo jugak bagi saya masuk feri! Hisyhhh geram sungguhlah hati saya pagi2 tu....saya call Edy sendiri dan mintak dia cakap dengan kakak tukang cek tiket tu barulah saya lepas masuk feri tanpa tiket...hahahahhaa berjaya jugak!

Sampai jer kat jeti pangkor tu, call urusetia dan dia pick up saya terus bawa ke Purnama Beach Resort. Sampai jer, peserta2 lain sumer tengah sarapan. Saya apalagi, terus salam2 dan joint makan. Urusetia bagi kunci bilik sata masukkan beg dan terus joint aktiviti pagi tu, iaitu 'flying fox' dan 'abseallling' (ker repealling?).

Setakat flying fox pada saya kacang jer...dah banyak kali jugak, rasanya adalah 4/5 kali saya buat...sekali tu siap merentas masuk tasik pulak...kali ni sederhana jer tingginya dan takde pun masuk ke air. Buat kat tepi bukit di tepi pantai. Mula2 kena panjat bukit pastu baru turun ikut tali tu....Syok jugak bila tengok peserta lain menjerit2 dan putih pucat mukanya, baik lelaki maupun perempuan, Oh ya perempuan ada 7 jer termasuk saya, lelaki pulak ada 26 peserta.

Lepas tu, kami kena panjat bukit sekali lagi tapi acara kali ni mencabar sikit, kena turun bukit pakai tali tu. walaupun pernah buat masa kursus asas dan BTN dulu, tapi kali ni mencabar sikit sebab buat pada lereng bukit berbatu dan fasa pertamanya dinding batunya tak rata dalam 45 darjah dan fasa kedua batunya rata tapi kecuraman dinding tu 90 darjah.

Kali ni, saya jadik peserta pertama. Biasa saya low profile, tapi kali ni consultant tu dia hulur tali (yg ikat badan kita tu)pada saya terpaksalah saya pakai. Bila kami satu group 5 orang panjat bukit tu, saya sorang jer pompuan, sampai jer kat atas, senior2 saya tu buli saya semua kata, ha...wa kau turun dulu, ladies first! Masa ni takut tu tak berapa sangat tapi malu tu lebih...dah semua kat bawah tu perati kita...bila ikat kat badan tali tu tau jerlah keadaan badan camana,kan? Tu yang buat saya rasa tak selesa sangat.

Bila nak turun tu, cepat2 saya lepaskan tali tu, konon nak biar cepat sampai ke bawah...lagipun saya dah tau dah skill nak buat benda ni, nak cepat kita kena buat style lompatan, baru smooth kita turun...akhirnya dengan cepat saya berjaya sampai ke tanah...cepat sangat sampai tak sempat menghayati perasaan masa bergayut kat tebing tu...lepas tu pakat2 gelakkan oranglah..macam2 gaya ada...kelakr sungguh...puas gelaklah kursus ni...

Tengahari lepas makan dan rehat, kami masuk hutan pulak, jungle tracking...fuuuhhhh memang kegemaran saya ni. Langsung tak terasa penat badan yang tak rehat dan tidur sejak 4 hari...bersemangat. MAsa dalam hutan ni pun puas saya gelak dan pada masa sama geram jugak...bukannya apa, kejap2 ada suara menjerit..walaupun 8 jer perempuan (consultant/urusetia sorang)tapi tak putus2 dengar suara menjerit. takutkan pacat!

Ada yang menangis..kelakar sungguh. Yang pelik sayatak pulak kena gigit pacat. Pacat ni macam tau pulak ...dia masuk dalam stokin peserta yang takut jer. Banyak kali jugak pacat naik kat kasut saya, dah berjaya masuk ket tepi stokin pun ada...tapi saya ambik jer dengan tangan...balingkan ajer..

Sampai saya terpaksa bantu kakak2 yang menjerit tu, cekkan kat kaki dan badan dia takut2 ada pacat masuk...huhuuu...ntah apa yg ditakutkan binatang kecil tu kan? Masa ni ada gak 4/5 orang hampir pitam...maklumler mendaki dalam kecerunan 45 darjah..kalau takde stamina memang pancit! Mujur jugak saya kat office bilik saya di tingkat atas, hari2 berpuluh2 kali turun naik tangga, kira panjat memanjat ni tak jadi hal!

Hari kedua kami membuat aktoviti yang lebih menarik. Saya memang minat sangat outdoor aktiviti ni. Pagi kami buat sessi "water confidence', mengapungkan diri ditengah laut (takdelah tengah sangat), masa ni kami dibekalkan jaket keselamatan dan dipecahkan 3 kumpulan. Hanya bertenang dan buat bulatan & pegang tangan dan apungkan diri dalam air tu...syooookkkk sangat...sebab saya tak pandai berenang (jenuh dah belajar ngan pak hj..tak berjaya gak) tapi kalu ni saya berjaya atasi rasa phobia duk dalam air.

Dah habis sessi tu kami berkayak pulak...lagi best! Kali ni kira kali ke 5 saya berkayak...pun saya memang dah pandai dah...(ceh eksyen!) Dengan pak hj dah dua kali berkayak. adik kali ni dapat pulak berpasangan dengan pegawai dari sabah (tapi asalnya bangsa Siam dari kg di kedah) kira memang org kg dan pakar berkayak...so smooth jer kami berkayak ke pulau Giam, jauh gak dari pantai...lepas tu aktiviti berkayak disambung dengan pusing pulau tu dan balik semula ke pantai...

Petang pulak kami buat aktiviti snorkling. Aktiviti snorkling ni baru bagi saya. Dulu pak hj ajak gak masa bercuti ke Pulau kapas tapi masa tu mengandung early stage tak berani nak ambil risiko. Kali ni saya kuatkan semangat saya nak buat jugak walaupun tak pandai berenang. Kami dibawa naik bot ke pulau apa ntah namanya tapi bila dah sampai kat pulau tu, mas anak pakai google tu, saya tak boleh nak masukkan alat bernafas (pakai mulut) tu kan dalam mulut, nak termuntah...puas saya cuba..masih jugak nak termuntah...rasanya ada dekat setengah jam masih gak macam tu...

Tapi saya lawankan loya tu (mind set jer ni, sebab saya dok terbayang dah berapa ratus orang dok pakai benda alah tu...) akhirnya lepas penat berlatih digigi air, saya berjaya jugak pakai gooogle tu... dapatlah berenang sampai ke tengah sikit (masih pakai jaket keselamatan). Masyaallah cantiknya, batu karang dan yang paling menarik sekali banyaknya ikan, macam2 warna tapi nak tangkap tak dapat. Dekat 2 jam saya dok berendam dalam air...rasa macam taknak naik...

Habis sessi snorkling tu, kami berempat memilih naik pulak speed boat dibawa round island, boat besar pun ada jugak, tapi nak rasa naik speed boat pulak,kan? Mencabar sungguh naik speed boat kecik ni, adik yang bawak ni sebab dia nak bagi isi perut kami macam nak terkeluar dan bagi kami berlatih vokal untuk sessi karaoke malam tu dia 'lipat'nya boat dia banyak kali...sampai rasa macam nak tercampak kami kat dalam tu... tepi boat tu sampai mencecah ke gigi airlah...mencabar sungguh...saya berdua pompuan, saya agak cool, tapi kakak sorang lagi tu macam nak terkeluar anak tekak dia menjerit! Berair2 mata dia....saya cool pun pasal yakin sebab jaket keselamatan ada...

Oh ya, masa berkayak tu, ada satu kayak tenggelam pasal banyak sangat masuk air...mujur juga bot penyelamat memang ikut belakang...diorang silap teknik, yang gemuk patut duduk belakang , ni yang kurus pulak duduk belakang gemuk duduk depan...tulah pasal terbalik....tapi dua2 selamat sebab dah practise "water confidence'!

Esoknya kami buat aktiviti dipantai, macam2 lah aktiviti fizikal...menguji sejauh mana kemapuan fizikal kita...sessi ni kelakar sungguh...tapi kalau nak cerita tak tercerita pulak...saya puas gelaklah...macam2 gaya ada...rasanya dah bertahun2 tak gelak camtu...memang release tension betullah kursus ni. Biasa kami kursus pasal undang2 jer...kali ni betul2 kursus main2 dan enjoy sangat! Tak rugi saya susah payah datang...

Dua hari lagi tu kami banyak buat aktiviti dalam kelas dan adalah modul2 dia yang group kena present, dia nak tengok komunikasi kita. Macamana kita buat keputusan, prof yang kendalikan kursus ni buat pulak 'stress test' dan rata2 kami memang stress dan terlalu obses dengan kerja. Banyak jugak tips prof tu bagi dan insyaallh saya cuba amalkan lepas ni...

Masa balik pulak, perjalanan sungguh mencabar dan banyak kali diuji, dalam feri, hujan dan angin sangat kuat sampai feri tersalah haluan dan terbenam dalam pasir, bila naik bas jabatan pulak, di Bidor banjir dan pokok besar tumbang, kami tersadai di situ dekat 2 jam. Dari Lumut w.pun jam 12.00 tapi hanya dapat sampai ke Jalan Duta jam 8.00 malam. Sebab saya takde kereta maka patutnya saya minta tolong kawan hantar ke Komuter serdang, tapi sebab dah lambat saya call ajer anak tiri, Along dan minta dia bantu hantar saya. Kebetulan pulak dia memang nak balik s'ban, jadi sedang elok ajer dia datang ke hentian Duta ambil saya.

Untungnya ada anak tiri besar ni,kan? Itulah salah satu hikmahnya berpoligami dalam konteks saya...tapi minta izin dulu dengan bapaknya...maklumler anak tiri dah besar, Along dan 26 tahun dan selayaknya dah kawin pun...tapi sebab masih belajar di UIA maka tangguhlah dulu...malu gak nak tumpang dia ni, sebab malam tu saya pelik sikit, dia tak pernah tengok mak tiri dia pakai tshirt ngan seluar selalu pakai jubah jer, tapi malam tu hujan sungguh lebat, nak taknak call jugak dia minta tolong...maka sampailah rumah saya dalam jam 11.00 malam...rumah kosong jer, kak A dah call siap2 minta jangan ambik hani malam tu sebab hani selsema....masa ni barulah teringat kan pak hj...alahai lamanya dah tak jumpa! Terasa lamanya lagi nak tunggu habis 40 hari!
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/09/2007 08:30:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Kembara





Hani anak ammie
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Geram kat ammie, tengah main games...."ammie nie, kacaulaah...~wajah hani baru kejap ni", dah besar dah kan?



Tempat penginpan di Pangkor- Purnama Beach Resort



Dalam bilik- saya duduk sorang jer, tapi ada dua katil...kalau ada pak hj dan Hani elok sangat,kan?



Anak dara ni pagi ni dapat balik rumah lepas duduk seminggu rumah kak A mengadap PC khusyuknya...



Semalam kat rumah Kak A Hani dan Zubair...belakang tu Syikin, anak kawan Kak A. Semalam kami semua nusrah dari Asar sampai ke Isyak ke rumah Kak Amy (note :Kak Baya, saya ke rumah kak Amy, carik2 no. Kak Baya xtau mana, xde dlm hp ni) ada jemaah masturat dari Pakistan...



Dapat jumpa ammie petang semalam terus nak hisap botol atas pangku ammie...rindulah tu..
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/09/2007 02:22:00 PM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Hani
Saturday, September 08, 2007
Puas
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Saya dah balik malam tadi jam 10.30 malam. Selamat semuanya dan saya rasa lega yang amat sebab dah melalui tempoh seminggu lebih yang sangat penuh terisi dan berbaloi untuk diri saya sendiri. Syabas saya ucapkan pada diri saya. A big clap to me!!!

Kalau anda ada baca paper, 3 orang dah pun kami tuduh berhubung 'lesen L gerenti lulus' di mahkamah dua hari lepas. Walaupun saya tengok TV hanya ada story dari state lain, state saya tak masuk TV masa dia charge tu dan saya baca paper di Pulau Pangkor jer...tapi saya puas hati! I know that 'we' can do, apatah lagi kita berjaya charge 3 orang dan buka 3 KS...bravo! Compared to other state yang buka 1 KS jer...kami kerja keras lebih dengan bergantung hanya pada keupayaan pegawai2 baru yang muda!

Saya sebenarnya dah taip panjang dah journey saya ke pulau pangkor tu, sambil2 menaip kaki bergoyang2...tup2 kaki saya bermain2 kat bawah meja ni, dekat plug extension tup2 terlanggar plug tu teroff lah pulak....dipendekkan cerita saya malas nak taip balik. Saya nak ke PD tak sabar jumpa Hani nak peluk cium dia...Dewi dah sms dari semalam mengadu 'pening' dan Hani pulak mengadu 'hidung kakak dah berair', selesema lah tu....
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/08/2007 09:38:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam





Monday, September 03, 2007
Baru dapat bernafas...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Macam saya cakap Kertas siasatan hantar hari ni...3 io bersama pegawai penyelaras (yang curik tulang tuuu)pergi mengadap orang atas di HQ....ni jer pun diorang baru balik...dan hasilnya.......yeyyyyyy...dua daripda 3 ks kita dapat consent to prosecute! satu kena kemas untuk simpan (takde keslah tu)!!!!

Puas hati!!! Lega dan sangat2 berbaloi tak tidur dengan betul 3 malam dan malam tadi saya tak tidur langsung! Dengan dibantu oleh 2 orang pegawai lelaki kami compile Ks tu, buat penandaan dokumen (pada keterangan saksi dan dokumen kes) dan saya buat fakta kesnya dan sediakan deraf pertuduhannya....perut hanya diisi dengan hidangan A&W dari malam sampailah ke pagi...satu KS dah siap dari malam tadi, hanay satu jer yang tak dapat siap habis. jam 7.00 pagi saya serahkan kertas siasatan tu pada tangan IO yang suurender terlalu letih dan mengantuk, so saya kata baliklah..saya take over bersama dua pegawai yang jaga lokap malam tadi...

Mujur juga petang semalam Dewi dah balik...dapatlah Dewi jaga hani, walaupun hani nangis2 nak ikut gi pejabat (la ni dia lebih suka duduk pejabat dari saya...macam pejabat dia pulak...semua peg2 baru yg muda2 ni jadik kawan dia, happy sesangat langsung tak carik ammie, kejap dengan kak nani kejap dengan kak isma...)...

Tutup cerita hal Hani okay??? Dia bahagia dan sentosa dibawah kasih sayang ammie dan ayah (hari2 ayah call dia dan dia sentiasa punya ruang berbicara panjang dengan ayah walaupun jauh ....)

Terima kasih atas sokongan/kritikan/pembelaan/nasihat/kata2 yang buat saya terasa hati/panduan/bimbingan dan segala-galanya. Saya tak ambik hati sangat pun...biasalah adat dunia, sentiasa tidak terlepas dari kesalahan dan kadang2 kita terlupa, insyaallah saya takkan ulanginya...

Apapun saya hargai pandangan berkenaan dan saya simpan dalam hati dan memori. Cuma kalau rasa nak bercakap dengan saya direct saya alu-alukan....alamat YM saya, hanisumayyah...dan saya pun dah pandai pakai YM yang calling2 tu senang jer ..boleh bercakap terus.....ada yang sudi nak bagi nasihat secara langsungker??? Setakat ni Kak Luna sajerlah satu-satunya bloggers yang kerap YM dengan saya selain Pnut. yang lain tak pernah!

Ok...ok...

Pagi ni jam 7.30 saya pun baliklah rumah, terus tidur sebelah hani (dalam bilik Dewi), tersedar pulak dia dan minta susu, maka saya bautkanlah...sempat cakap dekat saya..."ammie sayang kakak tak?" Sayaaaang...."kakak pun sayang ammie..." Kami masih ibu dan anak walaupun Hani saya campakkan ke sana kemari...dalam hati masih dia satu2nya anak saya...takkan ada pengganti..dan nampaknya tidak ada juga yang baru dalam masa terdekat ini...

Dalam jam 10 macam tu, Dewui kejutkan saya katanya ada orang datang...rupanya singh yang nak potong elektrik. Saya keluar cakap saya bayar hari ni dia pun blah...memang duit tu saya dah simpan lama nak bayar, tapi dah berapa kali saya pergi, orang ramai sangat...saya balik jer..pastu lupa dan terus lupa... dan saya memang takde ruang pun dapat keluar settlekan hal peribadi..everyday hectic dengan kerja! Balik kerja TNB dah tutup. Bila pak hj ada lupa nak suh dia bayar online...mungkin sebab bil2 ni tak jadik keutamaan sejak akhir2 ni...maklumlah sumer benda sumbat dalam kepala saya sorang...bayangkan...

Tapi hari ni Cik Mud dah tolong settlekan...terima kasih tidak terhingga...lepas settel dengan singh tu saya terus mandi dan pergi pejabat. Baru start kereta dan ada yang call, urusan laporan forensic komputer ada masalah. sampai lobby pejabat pengarah dah panggil masuk bilik dia...apa lagi...dia tanya hal fail kuninglah...pelik saua!!! lupa agaknya orang tua ni unit kami berkampung kat pejabat 4 hari...mana ada masa nak gerakkan KS lain ditangan???? Yerlah sumer dah serah kat saya, dia pun tak perasan kami bertungkus lumus....

Pastu saya dapat surat dari PA pasal command course start hari ni...dah pengarah kata kalau nak pergi ok...sebab hari ni ada dua pegawai baru daftar diri. Lepas aturkan bilik mereka, saya serahkan satu KS ditangan apda dua budak baru ni, satu serah kat cik mud minta tolong gi putrajaya further sttment...tq again to Cik Mud. So hanya satu KS kat tangan jerlah...yahooooooo!!! saya boleh gi kursus...

Tengok senarai nama nampaknya majority senior 44...ada yang ketua cawangan dan ada yang timbalan pengarah...rugi gak kalau tak joint group senior ni sebab kalau next batch mesti yg pergi ni muda2...bawah saya...takde banyak pengalaman nak kongsi. Lagipun batch ni ada 8 pompuan takdelah takut sangat kalau kena aktiviti apa..dalam hutan ker, dalam laut ker...maklumlah ni more on fizikal course...

Tapi bila call penyelaras, bas dari jalan duta bertolak 12.30...tak sempat dah. Si saya diminta naik bas sendiri ke Lumut, pehtu diarang aturkan ferri terus bawa ke Pulau Pangkor..ada sorang lagi tertinggal gak cam saya..so ada kawan lah esok...

So seminggu takde tulis blog yer...Hani dah saya aturkan dan minta bantuan kak a datang ambil di rumah sebab tadi ingat tak sempat hantar rupanya bas lambat 8.30 malam baru jalan, 2.30 pagi sampai Lumut, mana nak tidur ya? Nak check in membazir jerkan..pandailah saya nanti...alahh biasa dah benda2 mencabar gini...syoknyaaaa!!!!

....so malam ni dapatlah saya rest...dalam bas nak cover tak tidur berapa malam ni... harap2 basnya selamatlah...doa dari akwan2 utk saya...biar lepas balik ni bertambah garang dan menyengat dan pandai bagi arahan kat orang bawah!!!!
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/03/2007 05:51:00 PM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi





Saturday, September 01, 2007
Excuses!
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Kelam kabut sangat hidup saya. Jadi mangsa keadaan sebenarnya. Dek kerana 'terlalu baik' atau kerana terlalu komited. Patut bawah saya ada pegawai penyelaras operasi yg telah dilantik, saya hanya turut serta sebagai ketua unit siasatan jer....tapi macam saya cakap pengarah lepaskan dia balik kedah, maka saya sbg senior kena take over...sehingga menyebabkan Hani jadik mangsa!!!

saya dah post entry sebelum ni, berkenaan betapa 'teruknya' saya menghandle hidup saya dan hani sehari dua ni tapi rasanya sebab saya dah buat kesilapan dan saya tak berani nak terima kritikan pembaca blog saya saya post entry ni sebagai jawapan balas. Saya bimbang bila baca komen2 akan timbul nanti saya emosional dan tak boleh buat kerja. Tu pun saya memang menangis dah dan pagi ni menangis lagi bila pak hj marah2 pulak sebab saya 'terpaksa' tinggalkan Hani dengan mak ros semalam...(ni saya malas nak citer...kalau anda baca anda marah dan komen saya lagi)

Bukan saya pilih cara macam ni...saya buat sebab terpaksa...kalau ada pilihan saya dah lari dari situasi saya sekarang dan pergi tempat paling jauh bersama2 hani. saya amat letih...letih yang teramat...saya ada dua kaki dan dua tangan jer...saya manusia biasa jer...bukan superwoman....

Kerja saya yang sekarang ini perlu kejar masa banyak benda tiba2 muncul, dr rabu lagi dah start...macam2 perlu buat...dari brief sampai lah perkara titik bengik.....perlu assign orang utk pergi pohon reman, perlu deal dengan lawyer yang nak saman kami sebab buat penahanan dan pohon reman secara salah, perlu kesan saksi yang lari, luar dari sini, set team pergi sana pergi sini kesan dokumen, set etam interrogate saksi sampai dapat break!pastu syncrionisekan dgn keterangan saksi lain pulak...tambah sakitb kepala dapat OKt sakit..berapa kali reabh masa interrogate, dua orang OKT pulak mengandung early stage (nangis2), seorang mengamuk2...sorang pulak dapat urin infection...bertubi2 keluarga masing call marah2..nangis2 napa tahan laki masing...ada yg datang serbu kat off...kena puklak deal dgn Hq apa risiko tahan org2 yg sakit ni...kalau mati dlm lock up sapa nak jawab???


tu tak masuk atur org utk hantar barang kes (server/komp) ke badan yg buat forensic di KL (semua on the sport kena putus dan buat), dapatkan laporannya.... discuss dengan peg2 kanan MO jenayah yg OKt buat sejak sekian lama...apa keterangan yag masih tak dapat lagi (kena tengok pulak seksyen nak tuduh...kena buktikan sampai kes ada prima facie) tak masuk lagi dapatkan maklumat org2 melalui no Hp, akaun bank, no Ic..bla bla...banyak lagi benda kena fikir serentak!

Kejap2 dapat call dr HQ...arahan baru..pastu kena marah napa tak buat tu buat ni...deal pulak dgn KUS state lain apa lagi perlu buat...apa lagi lompong utk kes ni...sebab kita kena compile kes dalam masa 4 hari...(esok last!) sebab arahan orang atas!

Ni sikit jer saya bagi tau ni...dalam buat benda2 ni saya memang kena akui takde ruang utk fikir hal hani...itu realitinya...siasatan memang macam ni...tanyalah mana2 pegawai siasatan memang takde masa kalau buat operasi...keluarga dah jatuh nombor 100...(agaknya)...kes2 besar patah lagi....

Cuma bezanya kali ni ayah takde kalau tak memang ayah ambik alih jaga hani, Hani akan duduk rumah kak a. saya janji bagi cuti kat Dewi sebab mak kg kata nak datang tapi tak jadik dtg...kalau saya bawak hani ke pejabat bolehker saya buat keputusan dan bagi arahan sedang anak duk tarik2 baju saya merengek2....boleh ker saya berfikir dan rasional dlm keadaan begitu? Ini hal tangkap dan charge orang...carik bukti dan saksi...

saya akui saya salah...ya betul... saya memang salah dan saya janji saya takkan buat lagi macam tu pada hani...saya buat pun sebab saya dah kenal Dewi dan Ulum kalau tak kenal saya takkan buat. lagipun saya janji hanya benarkan Dewi bawa Hani tengok bunga api sahaja bukan ada agenda lain. patut lepas tengok bunga api saya akan ambil hani....macamanapun saya takkan benarkan Hani bermalam sama Dewi dan Ulum...

pohon pengertian semua dan put yourself in my shoes! kalau saya tak bagi arahan ...bergerak ker fail kuning tu? masing2 penat tak tidur malam jaga lock up, pusing sana sini carik saksi/ buat bongkaran/ tangkap dan searh banyak tempat...kalau boleh bagi alasan utk tak buat kerja masing2 semua nak balik umah tido! kalau saya sama set mind macam anak2 buah saya ada motivasi ker mereka nak buat kerja? memang ada yang semangat buat tapi sebagai pegawai kanan/penyeliaan sangat sangat sangat penting semasa perjalanan siasatan...saya perlu keluarkan setiap arahan, tak boleh orang lain...ini semua nak masuk dalam investigation diary dan penting masa nak bagi keterangan di mahkamah...perjalanan kes dan Chain of evidence...arahan dari siapa...semua berpusat pada saya (dengan bantuan 3 ketua unit bawah saya jugaklah ni) ...bla bla...bukan kerja main2...

kalau saya nak bagi tumpuan kat hani dalam keadaan macam ni jawapannya memang saya kena berhenti kerja sekarang jugak! nampak tak macamana kelemahan siasatan 'janji siap'??? Inilah keadaannya...tolonglah...saya buat sebab ni amanah dalam kerja saya ni..bukan main2 kita pertaruhkan masa depan seseorang (isteri/suami dan anak2nya juga) yang kita nak sumbatkan dia dalam penjara bagi tempoh sekurang2nya 14 hari dan max 20 tahun...saya taknak ada keterangan atau bukti tertinggal sehingga ada yang salah terlepas atau ada yang tak salah terperangkap!

banyak alasan kalau nak beri,kan? Alangkan pak hj sendiri 7 tahun kawin tak faham kerja saya bukan salah anda kalau anda masih anggap saya tak patut beri tumpuan pada kerja sampai tertinggal kan hani..."some people have thousand of reason...why they cannot do what they want to... when all they need is one reason why they can..."


p/s : Mungkin lain kali saya kena juga hantar dia ke rumah kak a?
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/01/2007 02:45:00 PM 16 cetusan hati
Cerita tentang; Hani, Periuk nasi







Kasihan hani
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Saya masih di pejabat! 3 malam dah berkampung...mungkin sampai isnin begini. Sebab ayah takde, susah juga nak fikir mana nak letak Hani...


Semalam, malam merdeka, saya putuskan beri Dewi cuti dan sebab kerja saya tak selesai lagi, saya minta tolong Dewi bawa hani tengok bunga apai malam merdeka sebab kebetulan Dewi dan Ulum nak ke sana juga.

Maghrib saya cilok balik rumah, lepas maghrib saya keluar semula dan kami singgah di pejabat untuk saya buat briefing, dalam 15 minit saya hantar Dewi sama Hani ke bilik sewa Dewi.

Saya ingat tu cara termudah saya boleh bagi Hani happy sebab dia suka sangat bila dengar dapat ikut kak Dewi tengok bunga api. Sebab saya tak dapat bawa dia, maka biarlah Dewi jer ambil tanggungjawab tu, lagipun Ulum ada tolong perhati Hani...Dewi pun suka sangat konon2 dapat bawak 'anak segera' tu ke padang majlis perbandaran...

Tambah2 semalam sebelum saya offer Dewi bawa Hani, Ulum ada sms dewi katanya "kalau malam ni ibu tak balik juga, biar kita bawa saja anak ibu". Tulah yang Dewi suka sangat sebab dia dapat bawa Hani jalan2 tengok bunga api bersama2 suaminya.

Dalam hati lega dapat lepas satu beban, kalau tak...selang 2-3 jam Hani call saya tanya, "ammie tak sayang kakak ker?, ammie tak balikpun???" tak tau dah nak jawab apa, kalau jawab ammie ada kerja lagi...dia tetap cakap "ammie balik jugak sekarang...."

Keputusan biar Dewi bawa Hani malam tadi tu saya tak musyuwwarah langsung dengan pak hj sebab saya tau mesti dia tak setuju. saya cuma harap dalam hati biar takde apa2 berlaku. macam mak nenek saya pesan Dewi supaya jaga Hani betul2...sampai Dewi cakap "saya taulah buk, ini satu2nya anak ibu...saya taulah jaga nanti...."

Berat sebenarnya saya nak buat keputusan macam tu, tapi entah apalah agaknya yang buat saya 'seberani' tu semalam, saya tak taulah. Dalam jam 9.00 malam tu saya sampia depan 'rumah kongsi' Dewi tu, saya pandang jer sampia Dewi dukung Hani masuk bilik dia. Masa dia masuk tu dlm bilik tu ada tetamu lelaki lain.

Masa nak masuk ni, Hani tak mau masuk sebab dia takut, rumah tu rumah Cina daripada papan bentuk kotak pastu dia buat 7 bilik rapat2, berlorong jer nak sampai ke bilik Dewi tu. majoriti Indon yang sewa ada juga Cina. Bilik2 tu pulak takde tingkap!

Masa kali pertama hantar Dewi dulu saya terkejut jugak tengok dia sanggup duduk situ...siang gelap dalam rumah tu, lantainya tanah jer...Hani pun tak berani nak jenguk masuk, kat muka pintu jer kami hantar Dewi.

Malam tadi, ramai pulak mat indon bersidai kat pangkin luar rumah tu, kat dalam pun ada, risau semacam saya tengok keadaan tu...risaukan Hani tapi sebab Dewi ada saya legalah jugak....

Malam tadi jugak, sebab nak lalu lorong tu, maka Hani disuruh Dewi tutup mata, sampai ke bilik Dewi baru hani buka mata. Saya pun bila dah amsuk bilik tu, saya jelan ke kereta semula dan saya call Dewi saya suruh Dewi siap cepat2 dan keluar ke padang majlis perbandaran. Dewi kata ok! Saya kira takderlah lama Hani duduk dalam bilik Dewi tu.

Dengan sedikit terkilan dan 'agak risau' saya tinggalkan hani sama Dewi. balik pejabat saya terus bagi buat briefing dalam bilik gerakan, dalam 45 minit lepas tu baru teringat nak call Dewi tanya dah keluar ker belum?

Bila saya call, Dewi kata dia tak keluar lagi...eehh apa jadahnya yang dia tak keluar lagi nih? Buat apa yang duduk dalam bilik tu...risaunya saya fikirkan Hani yang duduk dalam situasi "asing" tu Allah jer tau...menyesal sangat2 saya...terutama sebab peristiwa Hani sebelum ni tapi terdesak dan benda dah lepas apa nak buat...

Dewi kata hani okay...tapi saya minta cakap sendiri dengan hani, memang suara Hani happy, terus dia cakap "kakak tengah main dengan abang kak dewi (ulum lah tuuu)...pastu dia tambah lagi dan dia kata sesuatu yang mengejutkan saya...."tadi kan ammie abang kak dewi kan... peluk kak dewi tauuu...."

ADDDUUUUHHHHHHH!!!!!!! Berdesing telinga saya dengar! Dan saya tak nak dengar lagi apa Hani nak cakap terus saya letak telefon....BUNTU! MENYESAL! TAK PATUT! BODOHNYA SAYA!APA JADAHNYA AKU LETAK ANAK KAT SITU!

Semua soalan tu menerjah otak saya. Terus saya call pak hj, dengan penuh emosi saya citer kat dia situasi saya, sebab saya memang tak cakap dengan dia saya ada operasi...kan kalau sibuk saya memang tak sempat call dia? jadik saya citerlah yang saya dah biar Hani duduk bilik sewa kak dewi.

Punyalah terkejut + marah dia dengan keputusan saya ni...dan-dan tu jugak dia suh saya ambik hani balik. Biar dia duduk di pejabat dengan saya. ...itu arahan pak hj.

Masa cakap2 ni saya dah keluar kat luar pejabat depan pondok pengawal, sambil nangis2 (menyesal) saya bercakap dengan pak hj. Abis cakap, Sahrul adik pengawal yang saya memang baik dengan dia tanya saya kenapa...saya terus kata saya nak pinjam motor (kriss) dia, terus dia bagi kunci dengan helmet. dan-dan tu jugak saya start motor dan menuju ke rumah dewi.

kalau naik keter sah jamm kawasan bandar! Dengan motor mudah. Sampai jer saya nampak Dewi dah nak keluar rumah sama Hani dan Ulum. Walaupun hani happy sangat2 masa ni saya tetap cakap nak bawak dia, Dewi kata takperlah biar Dewi bawa tengok bunga api..saya kata saya dah abis kerja....biar saya jer bawak dia tengok bunga api...Dewi macam terpinga2 jer nampak saya naik motor tuuu....

hani menolak naik motor tapi saya paksa jugak! saya pecut motor bawak dia balik pejabat. Maka malam tadi Hani duduklah di pejabat saya, mujur juga dia memang kenal pegawai pejabat saya, takdelah janggal dia bergaul dengan budak2 ni. kasi dia satu komputer main games senyaplah dia...

Tapi banyak kali dia merengek ajak pergi tengok bunga api dan carik kak dewi dengan abang dia...dalam jam 12 saya keluar jugak ke bandar semata-mata nak tunaikan hasrat dia tengok bunga api. Nilah kali pertama saya keluar malam merdeka untuk tengok bunga api. memang cantik, kami hanya dapat tengok dari dalam kereta jer sebab jalan jam sangat!

Malangnya sampai jam 1.30 pagi sebab kami terperangkap dalam jamm tu! dekat2 jam 2 pagi baru sampai ke rumah...dalam perjalanan lebih 5 kali tersengguk, Hani dah lama tertidur, nasib masa saya tersenggut dan kereta masuk jalan orang takde pulak kereta arah bertentangan, Allah masih pelihara nyawa saya...syukur. Maklumlah lebih 48 jam buat kerja non stop!

Pagi ni lepas chat dengah kak luna siap2 terus gi pejabat. pak hj pulak call tanya pasal Hani, dia suruh saya hantar ke Pd rumah kak a. Tapi saya malas dan takde masa. Saya bawak jer dia ke pejabat. hari ni baik sangat peel dia, tak terbudi-budi...siap terkencing lagi depan bilik sebab main games dia boleh lupa nak terkencing tak sempat bukak seluar, dari bilik saya sampia toilet berjejes air nya!

Geramnya!!! tapi sebab kat pejabat saya terpaksalah mop jugak! Saya basuh dan sidai seluarnya dan suruh dia tidur bangun nanti bolehler pakai semual...tapi takmo tidur2 nak bersosila pulak dengan budak2 kat pejabat ni...sausah hati saya sebab tak berseliar..berbaju jer...

saya call mak ros nak minta seluar panjang dia. mak ros ada at rumah dan kami dua beranak pergilah ke sana...

Ngantuklerr nanti sambung...
Suara hati dan pemikiran siti detik 9/01/2007 01:45:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Hani, Periuk nasi

No comments: