Friday, December 12, 2008

Jun harus diingati!~

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Entry ni saya tulis pada 03 Jun 2007, sengaja saya copy & paste disini, mungkin ada yang tak pernah baca....bagi saya bila baca semula, kelakar pun ada...baca dengan lapang dada, inilah saya 4 tahun dulu!


Sunday, June 03, 2007
JUN
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Entry panjang, sudi baca, tak sudi takpe….

Jun membawa banyak kenangan. Tarikh 2 Jun adalah ulangtahun kahwin saya. Pada tarikh sama tahun 2001 saya mula bergelar seorang isteri. Isteri kedua, pada masa itu dan 6 bulan berikutnya status saya secara rahsia daripada pengetahuan keluarga (sebelah saya)dan dari pengetahuan isteri sedia ada, Kak A. Kenapa rahsia, biasalah, sebab tak dedahkan....cukup sulit dan mendebarkan. Semuanya dirahsiakan daripada pengetahuan Kak A. Selain itu semua punca utamanya kerana nak elakkan masalah perundangan di sini. Untuk mempercepatkan benda yang halal dan keinginan untuk mencuba sesuatu yang diluar batas manusia normal(?) maka itulah dibuat secara rahsia.

Tiada masalah besar dalam hal nikah itu. Segalanya berjalan lancar. Dua tahun selepas itu, pada 3 Jun pula, tahun 2003 saya mula masuk hospital untuk melahirkan satu-satunya anakanda tercinta, Hani dan pada 5 Jun, 4.11 pagi selamatlah hani dilahirkan. Pada 4 Jun pula adalah hari lahir mak saya, Puan Fatimah Abu. Seorang bonda yang sangat-sangat patuh dan setia kepada suaminya sehinggalah abah menghembuskan nafasnya pada 24 mei 2007.

Tak lupa juga, antara peristiwa paling tak boleh saya lupakan adalah pada tarikh keramat 25 Jun tahun lalu, suami saya diserang stroke. Didepan mata saya dan hani. Betapa kaget dan paniknya saya pada hari itu hanya tuhan yang tahu. Sampai hari ini kalau boleh diputar masa ke pagi 25 Jun itu pasti saya akan putarkan ia...tapi takdir Allah saya redha dan syukur. Peristiwa itu yang paling memberi kesan kepada saya sehinggalah ke hari ini. Hampir setahun rupanya ia berlalu.

Diam tak diam, sudah setahun kami melalui kehidupan yang berbeza daripada sebelum tarikh 25 Jun itu. Walaupun dah setahun namun banyak kesannya sehingga hari ini. Pak haji masih dalam MC dan tidak bergaji, pencen perkeso masih belum diperolehi, pencen kerajaan genap umur 50 pun tak dapat lagi. Kos hidup bertambah, saya telah membeli rumah dan telahpun membuat bayaran bulanan. sejak pak hj sakit kami berpindah, pastinya kos bertambah, anak2 semakin membesar dan 3 telah bersekolah (anak2 kak A), 3 bijik kereta nak diselenggara, rumah pun ada 3 bijik nak dikelola.

Keseluruhan anak pak hj 9 orang (2 anak kak a dengan suami terdahulu), mujur juga 2 yang besar tak perlu disara, tinggal 7, tolak Hani, adalah 6, dan 2 anak besar kak a ada mendapat bayaran socso kerana ayahnya meninggal dalam kerja. Tinggallah 3 anak kak a dengan pak hj yang nak disara. mujur juga pak hj ada rumah sewa. Alhamdulillah entahlah walaupun sepatutnya kami agak susah sejak setahun ni, tapi ada2 ajer rezeki dari sumber tak dijangka Allah beri.

Saya selain naik gaji awal tahun ni, pertengahan tahun pulak kerajaan naikkkan gaji. 15% tu kira agak banyaklah jugak,kan? Semua tu rezeki, tak kisahlah apa yang tersirat disebalik pengumuman tu...yang penting, dapatlah bernafas lega sikit...dan harapnya semua bayaran yang pak hj sepatutnya dapat, dapatlah dalam bulan ni, dapat jugak saya menumpang...kalau dia nak berkira jugak dengan saya tak taulah...tunggu dan lihat jerlah...

Ni saya nak citer pengalamn dulu2 pasala ulangtahun kawin kami. Ulangtahun pertama perkahwinan kami mengambil keputusan berjalan2 ke pantai timur. Sebab masih berdua, langkah agak jauh dan bebas. Kami bergerak gunakan jalan dalam, dari sini kami ke Trengganu dan kemudian ke Kelantan dan seterusnya kami ke Thailand. Ke Yala sebenarnya, perjalanan pergi ni anak tiri saya, Angah ada bersama. Kami menghantar dia ke madarasah di Yala, Thailand untuk menyambung pelajaran Hafiznya. Lepas hantar dia tu, kami bermalamlah di Golok sambil jalan-jalan. Seronok sangat masa ni.

Tahun kedua pula destinasi Pulau Kapas jadi pilihan. Saya mengandungkan Hani sebulan ketika itu. Sungguh sunyi dan privacy suasana pulau itu. Tak ramai pelancong tempatan, yang ada ramai mat saleh. Kami berdua ambil kesempatan round island dan berkayak. Juga berjalan di pantai di malam hari. Masih indah kenangan memberi makan ikan laut yang berwarna warni di tapak tangan. Usaha suami mengajar saya berenang tidak berhasil, memang penakut air saya ni! Menyelam apatah lagi, melihat pak haji menyelam ajerlah.

Tahun ketiga, kami ke Cameron Highland, Hani masih baby lagi masa tu. Dua malam sahaja kami pergi. Bagi saya, tempat sejuk bukanlah pilihan utama, tapi memandangkan bajet takdelah besar mana, situlah sahaja tempat yang sesuai. Kali kedua sebenarnya ke sana, semasa beberapa bulan selepas kahwin pun kami pernah ke sana. Tapi sekejap sangat tak puas.

Tahun keempat, kami ke Kuching, Hani dah dua tahun lebih masa tu. Empat malam di sana. Jenuh jugalah berjalan. Penat sikit sebab hani tak sporting. Tak suka masuk kedai, nak jalan-jalan jer, tak boleh berhenti. Kami puas juga merayau sampai ke pantai Damai, Sarikin sebab masa tu adalah kawan di jabatan sama di sana sudi memberikan keretanya untuk kami gunakan. Maka pak haji yang minat merayau pelusuk2 kampung gunakan kesempatan tu merayau masuk ke kampung dan pantai2 yang jauh ke pendalaman. Seronok juga berjalan style mengembara.

Ulangtahun ke lima iaitu tahun lalu, kami raikan dengan berjalan ke Langkawi dan kemudian ke Padang Besar. Kali ni bawa anak tiri, Iza, 20 tahun. Sebabnya saya baru balik dari konvensyen Pendakwaan tahun lalu yang dibuat di Penang, penat sangat. Jadi bawa Iza untuk tolong jaga adik dia. Dia pun ok saja. Untung ada anak instant besar ni, kan? Mujur juga kami duduk di aparment dua bilik di Sri Intan, Langkawi tak jadi hal nak sewa bilik lebih. Puas juga jalan2 macam biasa, suami suka round island, selagi tak habis minyak kereta kancil yang disewa, di bawanya kami menjelajah ke sekitar pulau tu.

Setiap tahun tak pernah gagal mesti kami akan ke mana-mana. Cadangan destinasi seterusnya tahun ni adalah ke Kota Kinabalu, kalau semua ikut plan asal. Tapi itulah perancangan manusia jer. Rupanya Allah ada perancangan lagi hebat, kami diuji. Patutnya pak haji dan Kak a and anak2 ke KK dulu bulan Julai tahun lepas, pastu baru saya pulak pak hj bawa pergi. Pak hj dah booking tiket pun tapi hj dah stroke so saya pandai2 jer kansel 5 tiket tu bila Air Asia call hp pak hj untuk confirmkan.

Tahun ni ingat dah tak kemana-mana sebab hj dah macam tu,kan? Cadangnya hari tu nak bawa Hani ke Kelantan sebab ingat dah dapat orang gaji, rupanya tokey agensi tu tak balik2 sini pulak, tak sampailah orang gaji tu. Tapi nak tinggal Hani kesian plak kat dia, seminggu, nak taknak saya pelawalah pak Hj ke Kelantan, setuju pulak dia. Lepas tu sayalah pulak serba salah, takkan nak tinggalkan pak hj dan hani sesiang2an masa saya berkonvensyen. Apalah dua beranak tu nak buat? Pak hj nak bergerak susahlah pulak kalau hani membontot jer, kan? Hani tu buka pintu van pun tak sampai lagi, nak pusing paip pun terkial-kial, jenuh pak hj nak layan dia pulak. Dengan nak ke Masjid, nak ke dewan makan, etc...


Cadangan awal nak bawak anak tiri besar jer, Iza, dia pun setuju sangat sebab mak dia kan pergi Umrah. Tapi baru-baru ni pulak dia sms kata tak jadi, pasal dia nak ikuti tuisyen di KL untuk SPM tahun ni. Tulah yang tukar plan. So saya pun cadangkan (dalam terpaksa jugak ni!) bawak kak A dan anak2. Bukan apa, untuk temankan Hani dan pak hj. Tapi risikonya bukan teman jer, sure diorang semua akan berjalan2 masa saya sibuk berbengkel dari pagi ke petang. Takpelah, kan? Tapi dalam kepala ni dok terfikir2, lama sangat dah saya tak berjalan sama2 ni (saya dan kak A). Mesti serba salah, punya! Dalam hal2 tertentulah…

Pertama, isu giliran bermalam. Memanglah kami akan selang semalam. Tapi masing2 mesti serba salah kalau giliran bermalam sebab tentu salah seorang yang bukan gilirannya ‘makan ati’. Kak A saya tak taulah (tapi dia tak pernah tunjuk marah/sakit ati dia), tapi saya kalau tengok pak hj atau kak A bangun pagi tu ‘mandi’, mesti sakit ati jer pandang muka pak hj pagi tu…. Malamnya pun pak hj pulak serba salah, nak masuk awal bilik mesti dia takut bini yang bukan giliran kecik ati,kan?


Satu hal lagi, malam2 pak hj ni nak diurut, sure dia serba salah nak suruh bini mana yang urut, dah kenal sangat dah dengan suamiku ini……tapi at the end musti dia utamakan yang no 1 lah….apakan daya, beralah jerlah kan…. dulu masa beraya Haji kat rumah mak mertua, punyalah dia 'takut' atau serba salah agaknya, giliran bermalam saya, dia boleh bermalam dengan kak A....eeeiiii sampai sekarang saya terbayang betapa sakitnya ati saya malam tu tambah pulak sumer adik2 perempuan pak hj api-apikan saya....suh tuntut hak! Tapi tak sampai hati sebab malam tu, Hani Shakira (masa baby) menangis sakan, tu yang pak hj tolong pujuk tu...tambah sakit hati, dia kata pagi raya hj tu nak pakai jubah, tapi saya stand bylah jugak bawak baju Melayu. Tapi pagi tu tengok2 dia pakai baju Melayu yang kak A bawak. Jubah tak dipakaipun...sakitnya atiii....Dah tu baju melayu tu kaler sepasang pulak dengan baju Kak A. Masa ni, Iza (kami memang kamceng) punyalah marah kat ayah dia....siap dia api-apikan saya....macam2 komplotlah masa tu, antara saya, Iza, dua adik perempuan Pak hj cuba nak jatuhkan Kak A....tu semua kenangan jer tu....merepeklah pulak!


Sambung yang tadi....lagi satu, hal anak-anak. Saya ni bukan suka sangat bising2 dan kecoh2. Anak2 pak hj dengan kak A memang manja dengan pak hj, dengan saya pun manja jugak, terutama Hani Shakira (7 tahun) jenis suka ‘meleseh’, duduk dekat2 pak hj, lepas tu datang kat saya tanya/borak macam2 (maklumlah mak tiri zaman moden ni semua baik2 belaka), salah2 gaya malam tido pun nak datang dekat ayah. Tu yang menyampah sikit dengan budak2 tu. Sebab si hani jenis tak kacau sangat kalau tengok saya dengan ayah….urutker, borak2ker…tapi kenalah korban perasaan dah berkongsi. Bukan kongsi dengan kak A jer, tapi dengan anak2 nya pun kena sabar, tulah,kan? Semua kena positif….kalau tak, makan ati, jugak! Dengan anak2 tiri besar takde masalah...ni yang berderet kecik2 ni....poning kepala menengok eh...

Dan lagi, serba salah jugak bila bawak keluarga besar ni, memandangkan semua Pegawai2 pendakwa dan timbalan pendakwa raya dari satu Malaysia ada, terasa sedikit seganlah nak menonjolkan keluarga saya. Sebelum2 ni saya tak pernah bawa suami ke program jabatan yang melibatkan negeri lain. Kalau setakat kat N9 ni dah biasalah, semua staff dah kenal Pak hj. Tapi kalau program anjuran HQ saya malas nak bawa pak hj. Dah 4 kali mess night (makan malam beradat) yang mewajibkan pegawai kanan bawa pasangan, saya tak pernah bawa pak hj...sebabnya...kan ke semua kena pakai black tie dan suami pulak kena pakai dengan 'bow'. pastu tak boleh pakai kopiah...habih tu mana nak buang kopiah pak hj...tambah pulak majlis start jam 8, solat isyak jemaah confirm kena tangguh...sah2 pak hj takmo....kalau hari keluarga dan sukan jabatan kami, lagilah saya tak bawak...elok2 boleh berlepak2 ngan kawan2, masuk macam2 acara, kalau bawak pak hj....sah2 kena berkepit dengan dia. Nak berlari2 dalam acara bola jaring ke, bola tampar ke, badminton ke...semua tu benda2 yang dia tak gemar!

saya segan tu bukan segan apa, sebabnya tema kami ni berbeza, mesti semua akan pandang punya. Maklumlah, kak A dan salah seorang anak perempuannya, kak Chik, 14 tahun, dua2 berpurdah, anak2 perempuan, Hani Shakira dan Hani Suhailah dua2 comel bertudung, Uda dan si kecil Zubair pulak berkopiah, macam satu tarikan untuk semua pandang kalau kami ke mana-mana. Zaman sekarang, kalau pakai seksi, seluar jeans ketat nampak punggung, atau pakai baby T yang nampak lurah, atau haya yang macam minah saleh perasan dengan rambut perang tak jadik perhatian sebab dah baisa dah...tapi penampilan yang betutup semua jadik pelik, mesti semua nak pandang. Nilah situasi sebenar kalau kami jalan2...mesti ramai yang pandang2 dan tertoleh2. Tambah pulak pak hj bertongkat, kira macam OKU, dan saya pulak lari dari tema…dengan baju kaler2, tudung pulak…alahai malu nak cakap….mesti pelik kawan2 saya tengok, awatnya saya tercampak kawin dengan pak hj…..ataupun apa yang pak hj pilih kawin pompuan cam saya, ni? Jauh benar bezanya dari pak hj dan kak A….

Esok, jam 9 pagi kami akan bertolak. Saya yang akan drive. Suami jadi co-pilot. Kak A duk belakang jaga anak-anak….sian pulak kat dia…. Mesti penat dia sebab dia baru balik petang tadi dari selama, Perak. Pak hj dan dia keluar masturat 10 hari. Esok dah nak bermusafir lagi….harap dia ok dan sabar layan budak2 tu termasuklah si hani. Perjalanan mau jugak dekat2 8 jam, kan? larat ker saya nak drive nih? tak drive lagi dah rasa cam boring...penat weiii...tapi kenalah sabar...dan korban...

Bebelan saya ni saja-saja jer, sebab nak mengadu ngan Pak hj benda2 remeh ni rasanya tak sesuai dah. 6 tahun kawin dah, tak patut timbul isu2 kecik camni lagi. Lagipun rasanya kak A dah banyak korban masa pak hj sakit ni, dia yang banyak jaga Pak hj, saya apalah sangat, dan dia pun dah lama tak dapat jalan2, biarlah dia habiskan masa siang tu dengan pak hj dan anak2, sementara saya perah otak berbengkel. Malam kalau masih bertenaga, bolehlah saya pulak keluar jalan dengan pak hj, eh eh…line clear ke ni? Takut2 pak hj plak yang tak sudi…nak jaga hati bini lah, katakan? Tunggu dan lihat jerlah….

Semalam ulangtahun kahwin kami, entah pak hj ingat entahkan tidak. saya malas nak ingatkan dia. Lagipun kalau tak ingat tarikh yang ni, kami ada satu lagi tarikh ulangtahun kawin yang rasmi, 30 Disember ni. Yang disember tu, tu betul2 buat majlis kahwin dan kami bernikah sekali lagi....jadi dalam apa-apa borang, tarikh nikah yang kami gunakan adalah tarikh 30 disember. yang Jun ni hanya kami jer yang tau...tapi ada dua dokumen jugak, satu surat nikah dari Jab. Agama Islam Yala. dan satu lagi dokumen Nikah yang kami daftar semula di Pasir Mas, kelantan dua minggu lepas tu. Sebab ingat masa tu takdelah nak kena nikah lagi, jadi saya paksa jugak suami daftar kat malaysia sebagai langkah selamat, tapi sebab family tak sempat diberitahu yang kami dah nikah, mak abah nak jugak kami nikah segera.


Maka pak hj putuskan supaya nikah jerlah sekali lagi, hal nikah kat Siam tu senyapkan ajerlah. hanya 2 kawan baik saya jer yang tahu, tapi bagi saya nostalgia nikah pertama tulah yang ada dalam hati. Yang nikah ke dua tu, tak taulah...hanya Allah jer mengetahui betapa rasa macam bersalah pun ada...berlakon nikah...untuk kebaikan semua pihak.

Jangan main-main tu, ada 3 dokumen nikah kami. Tapi yang dua dokumen nikah awal tu saya simpan, buat kenangan yang nikah di melaka tu jer bagi kat suami simpan untuk apa-apa urusan rasmi.


Entry ni panjang sebab lepas ni seminggu lah nampaknya takde entry yer, saya ke kelantan, Pantai Cinta Berahi eh eh..sekarang tukar dah Pantai Cahaya Bulan…assalamualaikum…

No comments: