Monday, December 22, 2008

Anak-anak




Anak-anak suami saya yang perempuan pada masa ini ada 4 orang, seorang umurnya dan 23 tahun dah, menuntut di Kolej Universiti Islam Selangor, dah lama sangat tak berjumpa. Tak taulah apa khabarnya, entah2 dia pun tak tahu yang dia dag dapat adik baru sorang lagi.



Suami saya kalau orang dengar dia bercakap dengan anak-anak pun orang boleh tau yang dia sangat penyayang dan fatherly sangat. Itu kata wanita2 yang mendengar suara suami saya dari belakang tabir. Ada juga yang mengatakan suaranya romantik.



Memang suami saya sangat sayang dengan anak-anak perempuannya. Suami saya semacam pecah hati dengan tindakan anak perempuan besar yang memilih ibunya semasa perbicaraan kes hadhanah lepas penceraian dulu, sebenarnya Norhafizah anak tiri saya tu dipaksa ibunya pilih dia, dan kalau pilih ayah maka jangan harap untuk bertemu dia selama-lamanya.




Selepas perpisahan itu, ada 2/3 kes laporan polis dibuat terhadap suami kerana bawa iza balik rumah suami, semua kerana buruk sangak bekas isterinya, dan mungkin juga ada rasa cemburu terhadapa madu dia masa tu [kak aza]. Namun usaha suami untuk menjaga hati iza yang terkesan dengan penceraian itu memang sangat banyak, isteri2nya nilah [saya dan kak aza] yang merasa setiap bulan menziarah iza walau di madrasah mana sekalipun dia belajar.




Dan iza sebagai remaja yang membesar dalam konflik ibu bapa dulu sangat2 manja dengan ayahnya, biar usia dia sebesar mana pun, tak pernah ayahnya lupa mencium pipi dan dahinya setiap kali berjumpa.




Saya rasa sekarang tentu iza terasa kerugian kerana melupakan ayahnya....betapa ruginya dia...dia putuskan hubungan dengan ayah iaitu tidak pernah call dan tak pernah ziarah sejak dia dijadikan saksi oleh maknya bagi kes harta sepencarian, kes ini akan dapat keputusan pada 16 januari ni, saya sendiri pun pelik semasa iza bagi keterangan yang sebeanr2nya sangat2 bias pada pihak ibunya. walhal banyak benda dia cakap itu dia tidak tahu fakta yang sebenar.




Tambah2 di disoal oleh peguam berpengalaman, peguam suami saya adalah peguam bernama Ahmad Nazib, iaitu peguam yang sama yang digunakan oleh Abby Abadi bagi kes penceraiannya. Mungkin sekarang dia masih salahkan ayahnya, apapun satu hari nanti jika nak nikah ayahnya juga yang akan dicari! lainlah kalau ayahnya dah mati.




Apapun 'kehilangan' iza seorang telah digantikan dengan 3 anak perempuan yang comel-comel, sebagai pengubat hati ayah. walaupun tiga2nya masih kecil dan entah sempat entahkan tidak untuk ayah mewalikan pernikahan mereka namun, melihat tumbesaran mereka di depan mata ayah sepenuhnya pun sudah memadai.







Hani Soffiyyah, wajahnya saling tak tumpah wajah Hani Suhailah semasa baby...cuma hidung sofiyyah agak penyek banding hani, lain2 memang irasnya sama...





Tiga anak perempuan;
kiri- Hani Syakirah
tengah- Hani sofiyyah
kanan- Hani Suhailah









Wajah Hani yang dirakam di rumah kak aza, lepas kami solat isyak, saya suka sangat lihat wajah hani dalam keadaan telekung, rasa rindu, syahdu, sedih, terharu dan bangga bercampur baur. Hendak2nya ramai yang puji sebab hani baru 5 tahun kan tapi bacaan dalam solat semua dia dah tau...dan lancar...sekarang saya nak latih dia baca Juz Amma pulak...










Bukan budak dua orang ni jer yang leka main dengan Sofiyyah yang lebih banyak tidur dari jaga, saya ibu tirinya pun asyik mengadap sofiyyah yang comel ni, terhimbau kenangan terhadap Suhailah masa baby...rindunya nak ada baby...Ya Allah kurniakanlah baby Ya Allah...

1 comment:

payarumput21 said...

Salam..

Hmmmm.. alhamdulillah.. sehingga sekarang.. tak pernah lagi akak buruk2kan ayah bebudak ni.. masalah kami.. biarlah kami saja.. tak baik libatkan anak2.. mereka pun dah cukup tertekan dengan keadaan.. :-(

Sedihnya.. bila diberi kata dua untuk memilih.. bukan pilihan yang senang..

Akak sendiri.. selepas mahkamah putuskan penceraian.. sikit pun tak berniat nak tuntut harta sepencarian atau sebagainya.. yang sudah tu sudahlah.. tak perlu nak diungkit.. tak sanggup nak calarkan hati anak2 hanya kerana kemewahan yang tak seberapa..