Thursday, December 11, 2008

Mei '07

Thursday, May 31, 2007


MALAIKAT MAUT: TETAMU YANG KERAP BERKUNJUNG


Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Kebetulan kenangan pemergian abah masih menyelubungi diri, saya catatkan di sini artikel yang bersesuaian dengan mood semasa. Banyak iktibar dan mungkin benda baru bagi kita yang tercatat di sini. Yang hidup pasti mati.BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggapkematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.

Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, “ sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?”.Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.


Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya.


Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu.


Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.


Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan.


Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya. Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu.Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar. Firman Allah Taala yang bermaksud : “ Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya. “ ( Surah Al-A’raf ayat 34 )PESAN ROH KEPADA MANUSIA


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.


Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.


Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah S.A.W berkata:"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.


Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.


Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."


Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.Kemudian Allah S .W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

"Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya":-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.saya petik dari mana tak ingat. tapi banyak mesej boleh diambil disini.


Suara hati dan pemikiran siti detik 5/31/2007 06:04:00 PM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah
Kawan baik saya

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni rasa nak cerita pasal kawan baik. Saya tak ramai kawan baik dan saya juga tak suka kawan terlalu baik dengan seseorang. Saya suka buat sesuatu sendiri. Lebih bebas dan tidak terikat. Berikut adalah senarai kawan2 baik saya dari sekolah rendah;1. Sekolah rendahNama kawan baik saya dari darjah satu sampai 6 ialah Azizah, sekarang dah anak 4 dan dah jadi pensyarah. Tak contact langsung, hanya selalu bertemu mak dia jer kalau lalu2 depan rumah saya. Masa abah meninggal baru2 ni mak dia cerita hal Azizah dekat saya sebab dia tahu dulu saya baik dengan Azizah.2. Sekolah menengahNama kawan baik saya di sekolah menengah pun nama Azizah juga, tapi Nor Azizah. Lepas tingkatan 5 dia dapat keputusan baik, sambung Diploma Sains makmal di USM. Sedihnya. Saya tinggal menyambung ting. 6 dan tukar aliran sains ke sastera. Dah kahwin awal dengan student USM juga dan saya jadik pengapit dia dan ada anak 3 sekarang, selang sebuah rumah jer dari rumah saya tapi jarang2 jumpa. Pun dapat berita dia dari mak dia sebab mak dia kawan baik mak saya. Sekarang jadi guru lepas menyambung KPLD.3. Tingkatan 6Kawan baik masa tingkatan 6 ni ada dua orang, Roshila dan Rosliza, sebelah kampung. Tak tau macamana boleh jadi baik, dua2 kampung sebelah. Masa ting 1-5 diorang aliran sastera, mana kawan dengan budak2 aliran sains.

Bila ting 6 baru jumpa sebab sama kelas 6 Ibnu Sina. Selalu belajar secara study group siap bermalam kat rumah diorang. So antara kami ni semua mak masing2 kenal. Malah adik beradik mereka pun kenal kami. Tapi dua2 dah masuk maktab dan dah mengajar sekarang. Sorang di Segamat dan seorang di Sungai Rambai, Melaka. Yang peliknya dua2 kawin sama hari, punyalah haru sebab dua2 plan sendiri2 tak berbincang. Dahlah bertembung sayalah yang teruk nak kena pergi.

Masing2 anak satu dan anak dua.4. UniversitiKebetulan pula, kawan baik saya di U ini pun nama Azizah juga. Agaknya sesuai benar saya berkawan dengan orang nama Azizah. Tapi Azizah ni paling special di hati saya. Perkenalan kami pun paling lama dan paling rapat antara kawan2 yang lain. Sama2 pergi usrah dan sama2 pergi program ABIM, progran2 PKPIM. Sama2 masuk kampung keluar kampung ikut NGO. Kira paling ngam dengan saya.Kami pun duduk kampus yang sama. Desa Bakti. Bilik saling bertentang. Baiknya kami sampia tahap, baju dia baju saya, motor/komputer/makanan dia semua tu macam saya punya. Saya punya barang pun camtu, macam dia punya jugaklah.


Kalau cuti2 kdang dia datang rumah saya, dan saya un pergi rumah dia di Penanti, Bukit Mertajam.Masa di U dia dah mempunyai teman lelaki tapi tak pernah jumpa, budak Mior tu belajar di ITM S. Alam. Tengok2 gambar Azizah (gambar kelas) ada dalam album roommate dia, terus dia berkenan dan nak berkenalan. Dan kerana baiknya saya dan Azizah, bila sampai satu tahap budak Mior ni main2kan perasaan Azizah, saya call diect si Mior ni, macam2 saya cakap. Last2 sah si Mior ni tak jujur. Sempat Azizah bertunang lepas dia habis master tapi putus.Akhirnya Azizah kawin Jun tahun lepas dengan guru yang mengajar di Labuan. Sehari lepas abah meninggal Azizah call cerita betapa tensionnya dia sebab tak pregnant lagi. Apa2 masalah saya sumer citer kat Azizah ni, dia pun camtu. Kalau ada nak tau saya camana, orang paling tahu tentang sikap dan perangai saya selain suami adalah Azizah.

5. Zaman kerja
Macam tak percaya jer, bila kerja ada juga kawan sepejabat nama Azizah tapi tak boleh ngam pulak. Azizah tu pun dah 2 tahun lepas opsyen berhenti awal kerja. Tension sangat dengan tekanan kerja. Jadi, di pejabat ni saya tak ada kawan baik perempuan. Semua saya baik tapi tak sampai tahap kawan baik. Dari cleaner sampailah ke pegawai dan staf pentadbiran semua saya boleh masuk. Tapi takde yang sesuai nak dibuat kawan baik.Dipendekkan cerita, ntah macamana saya boleh ngam atau baik dengan pegawai lelaki. Tapi dua2 dah kena tukar. Macamana pun masih juga baik. Kawan baik masa kerja ni tak sama dengan masa belajar dan sekolah. Dulu kita perlu kawan untuk sama2 belajar, sama2 nak keluar ke Bandar, nak rehat sama2. Tapi bla kerja kita nak kawan yang boleh bincang masalah kerja, yang boleh beri tunjuk ajar, yang boleh support kita kalau kita kena bantai dengan boss.

So, pegawai kanan perempuan dari 2002 sampai skang kat sini saya sorang jer. Lain2 sumer pegawai lelaki. So, banyak urusan kerja dan perbincangan serta mesyuarat dengan lelaki jer. Yang perempuan semua bawah saya. Muda2 semuanya. Jadik takde sorang pun yang sesuai dengan kepala saya. Masalah rumahtangga nak citer ker, masalah kerja ker, semua mentah2 belaka. Dan kalau berbaik sangat dengan diorang susah jugak nak bagi arahan nanti, lebih baik buat biasa2 aje.Diorang pun tak pernah pelawa saya ajak minum ker, jalan2 shopping ker, sebab tau saya ni semua sendiri/berdikari. Kerja saya banyak, dan tak sesuai digangu…. Hahahahaaaaaaa, iyerlah kot… So saya minum dijamak dengan makan tengahari. Jimat masa dan duit. Dua kedai je saya pergi, dua2 tokey dah kenal saya, kalau gi makan mesti borak2 ngan diorang.KesimpulanItulah kawan baik saya. Sekarang ni, suami jerlah kawan baik saya dan ada juga kawan2 isteri karkun yang saya baik. Tapi kalau saya join program2 jemaah (masturat) barulah dapat jumpa mereka. Kat luar takdelah keluar dengan mereka. Maklumlah mereka semua ni duduk rumah jer, antara 4 dinding dan keluar pun berpurdah, peliklah pulak kalau berganding dengan saya ni.

Tapi dari pemerhatian saya, mereka ni ramai juga yang berpendidikan tinggi asalnya. Oh ya bulan lepas masa di rumah kak A jemaah Acheh datang tu suami beritahu ada satu isteri karkun tu rupanya bekas pramugari. Allah beri hidayah sekarang dan duduk rumah didik anak2 jer. Saya dan kak a punyalah terpegun dengan perubahan wanita tu. Selain tu ada bekas pegawai PTD, pensyarah, ketua Jabatan (masih bertugas), ada 2-3 orang jururawat. Eh merepeklah pulak….

Kerja banyak, sebab beberapa minggu kebelakang ni asyik cuti kecemasan dan banyak program dan saya pun malas nak citer hal kerja kat sini. Muak, bila tengok fail2 kertas siasatan yang nak kena baca dan minit ke HQ rasa mual sangat tekak nak termuntah! Betul! Pagi2 jer rasa loya bila mengadap kerja atas meja ni. tulah mengulau kejap tengok blog. Alah, ambik waktu kerja sekejap jer...saya pun selalu sangat dah balik malam, bukan boleh claim OT pun. Tu tak masuk sabtu/ahad yang selalu datang kerja jugak!

Suami dan kak A pulak keluar masturat 10 hari di Selama/Kulim, Ahad depan baru balik, Isnin dah nak bertolak ke kelantan, tulah kerja kena siapkan jugak. Mujur hani takde, bolehlah balik malam sikit. Tapi boring jugak duk rumah sorang2, mati kutu dibuatnya. Saya tak buat apa pun, duk dalam bilik master tu jer. Ke dapur tidak, ke depan pun tidak, katil-bilik air-sejadah-katil-bilik air, tu jer. Kelakar pulak saya....malam tadi, gi window shopping sorang2, tak beli apapun, sedar2 pintu depan shopping dah kena tutup. Ralit sungguh, maklumlah jarang dapat peluang jalan sorang2 ni, belek sana, belek sini, macam2. Mengalahkan orang bujang rasanya....
Dua malam lepas sebab sakit badan banyak sangat drive ulang alik melaka-seremban baru terasa badan sakit2/lenguh, so saya pergilah berurut. Naikkan peranakan sekali (apa tu, sengkak ya?) rupanya kata tukang urut rahim tinggi sangat, so kena carik tukang urut lagi power nak kena betulkan semua2 tu. Lepas tu agaknya baru boleh tambah anak, kalau Allah izinkan. Tu ajerlah...panjang lebar dah pun!

Suara hati dan pemikiran siti detik 5/31/2007 11:37:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Sahabat

**********************


Wednesday, May 30, 2007



Abah part 2

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Minggu depan saya tiada seminggu. Ke Konvensyen Pendakwaan di kelantan. Minggu ni jelah dapat berblogging. Minggu ni terasa kosong sangat. Kerja banyak dan masa penuh tapi hati rasa kosong. terutama bila balik rumah.Semua sebab hani. hani tinggal di kampung. Tak nak balik ikut ammie. Nak teman makwe katanya. kebetulan cuti sekolah 4 orang sepupunya berusia antara 3-9 tahun ada di kampung jugak. takpelah berkorban untuk mak. Biarlah saya sunyi sedikit asal mak yang baru kehilangan teman hidup yang dikongsi selama 44 tahun dikelilingi keriuhan cuvu-cucunya. Bilik abah juga mak dah arahkan abang merobohkannya. tak terpandang bilik tu, kata mak. Bila masuk bilik abah, terasa-rasa abah ada terbaring dikatil. Bila bilik tu takde barulah mak nampak agak cool. kalau tak mak tak masukpun bilik abah.

Sekejap-sekejap bila cerita abah timbul mak bergenang air mata. Tapi mak kata mak puasa dapat jaga abah hingga saat-saat akhirnya.

Baju-baju abah yang tergantung disana-sini dalam bilik tu kakak saya dah kemaskan masuk ke dalam beg. mana yanga da juga diedarkan pada cucu yang besar dan anak menantu. Kain pelekat abah juga mak beri pada sapa yang nak. Talipinggang, dan perkakas bertukang abah jugak cucu yang minta ambil sebagai kenangan.tapi banyak sungguh benda dalam rumah tu hasil kerja tangan abah. Tak taulah macamana mak nak tengok benda tu hari-hari. Abah memang rajin bertukang.

Almari baju, meja belajar, kabinet dapur, rak pinggan, meja TV, meja radio, tempay menyidai baju dan macam-macam lagi semua abah buat sendiri.Agaknya kalau abah sihat, pergola dan pondok yang ada di jual merata-rata hari ni pun abah boleh buat. Saya teringat masa saya sekolah menengah dulu, merajuk2 nakkan meja belajar. Masa form 4 abah ada buatkan meja belajar tapi tak berapa kemas, saya pun tak suka, dahlah berat semacam meja tu, abah cat kaler hijau lumut. Bila saya naik form 6, abah buatkan meja belajar yang baru, dari kayu yang agak ringan dan ada laci sorong tarik dan abah jugak alas atas meja tu dengan kepingan kaca.

Abah memang kreatif. Semua tu abah buat seorang diri. Bah jugak buat pondok tempat kami berehat, makan minum petang-petang di hadapan halaman rumah dan abah jugak buat pondok bersaiz besar beratap rumbia dibelakang rumah buat tempat kaum wanita duduk-duduk, masak-masak kalau ada kenduri-kendara.Abah jugak buatkan satu bilik air di luar rumah siap dengan kolah dan paip hujan untuk orang lelaki dan untuk anak cucu mandi-manda. Semua tu abah buat sendiri jugak. Di depan rumah ada pokok rambai yang besar. Demi cucunya yang balik ke kampung abah bina buaian dari kayu resak yang mana talinya abah pasang dari besi yang besar. Lima orang naik pun buaian tu masih kukuh. Saya pun rajin berbuai di atas buaian tu.Macamana nak lupakan abah sedang keliling kami semua benda mengingatkan pada abah.


Didapur sahaja, ada satu kabinet panjang bagi meletak pinggan mangkuk dan periuk2 besar milik mak yang semua orang pelik kalau masuk dapur dan bertanya siapa yang buat? Bila kami kata abah yang buat, lagilah mereka pelik, sebab semua tu abah buat seorang. Juga ada satu almari tertutup buat meletak jug-jug dan gelas-gelas dan satu rak pinggan terbuka buat meletak pinggan mangkuk mak yang boleh menampung kenduri 20 dulang.Kabinet bawah mar-mar dan tempat sinki dapur juga abah buat seorang. Saya sungguh kagum bila melihat betapa kuat dan gigihnya abah menyiapkan semua tu seorang diri. Walaupun buatan tangan abah tidaklah sehalus mana tapi semua tu hasil kerja tangan abah seorang.Semasa saya habis tingkatan enam, menunggu tawaran masuk ke U, abah dalam keadaan kewangan yang sempit tapi berusaha juga menyiapkan wang RM 2 ribu buat saya untuk pendaftaran U. Begitu juga semasa belajar di u setiap kali cuti dan saya pulang abah tak pernah gagal membawa saya makan di luar dan adakalanya ke kedai ikan bakar di alai/duyung. Itu saya tak boleh lupa.

Bila raya, abah yang tak suka kesibukan trafik bandar Melaka, kerap juga membawa kami membeli belah pakaian di bandar Muar.Itulah abah, dalam kegarangan dan cara didikannya yang berupa autokrasi dan menggunakan kuasa veto, dia tak pernah mengabaikan keperluan kami sekeluarga dan membuat apa terdaya mengikut kemampuan dan kedudukan kewangannya yang terhad. hasil penat lelah dan titik peluhnyalah yang membuatkan saya terkenang-kenang abah walaupun esok genap seminggu abah pergi.banyak lagi cerita abah. Abah seorang bapa yang garang pada anak-anak lelaki sehingga abang yang sulung diikat di pohon rambai (yang dibuat buaian tadi) kerana melakukan kesalahan (malas saya nak cerita)dan abang di pukul dengan tali pinggang kulit dan mak yang cuba membantu dengan melindungi abang dengan tubuh mak sendiri juga turut dipalu dengan tali pinggang. Semasa saya darjah satu, abah yang mandapati kasut boot kulit kepunyaannya yang diletak di bawah rumah dilapah mengamuk dan keesokannya kami 3 beradik, saya, kakak darjah 3 dan abang darjah 6 tidak ke sekolah.

Abah mengamuk sakan. Abah ingat kami yang melapah kasut itu untuk dibuat lastik. Walhal anak jiran mana ntah yang melapahnya. Kami semua kecut erut dan tidak berani keluar bilik.Sedihlah...banyak kenangan dengan abah.
Suara hati dan pemikiran siti detik 5/30/2007 10:40:00 AM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Abah

********************

Tuesday, May 29, 2007


Abah ~ pergi tak kembali


Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat ( 18 Mei 2007)Jumaat jam 4.30 petang, saya terima panggilan dari abang ipar yang memaklumkan bahawa doctor kata yang abah nazak, bergegas call suami, minta persetujuan balik kampung dan dia pun nak ikut sekali. Terus memecut dari PD. Walaupun minyak dah ke “e” tapi tekad terus ke PD, sesampainya saya ke rumah kak a, rupanya da jemaah dari Acheh, Indonesia seramai 6 couple. Ambil Hani dan terus ke surau ambil ayah. Tukar kereta dan saya memecut balik ke hospital. Sesampainya saya terus masuk ke wad ICU sementara ayah ke masjid.

Memang abah nazak pada masa itu. Pembantu perubatan sedang membuat dialysis. Nafas abah turun dan naik dengan cepat. Kakak di Johor pun ada balik pagi itu. Cuma abang di Kulim yang tidak balik2. Mak dan kami adik-beradik tak putus-putus mengajarkan abah kalimat syahadah di telinga kanannya di saat-saat itu. Air mata saya juga tak berhenti-henti mengalir melihat keadaan abah. Tapi apakan daya, saya tak dapat membantu apapun, hanya berdoa. Sungguh besar keinsafan bila saya melihat keadaan ini. Itu tidak termasuk pesakit2 di sekeliling abah yang koma dan begitu uzur sekali. Terasa pada masa ini hanya Allah tempat berharap dan meminta. Tiada yang lain.Selepas maghrib membawa ke isyak abah semakin tenang dan pernafasannya juga agak lancar. Malam itu, selepas melihat keadaan abah agak ok, saya mencadangkan kepada mak agar dia balik tidur di rumah berehat. Mak setuju rupanya.

Malam itu, sesampainya kami di rumah, saya terus menjalankan operasi membersihkan rumah dan mengemop lantai dari dapur ke depan. Maklumlah dari mac hingga sekarang mak hanya menumpukan pada penjagaan abah. Rumah agak tunggang langgang dan lantai lama tidak bermop. Paginya kami bergerak semula ke hospital. Sabtu petang saya balik semula ke rumah kak a setelah melihat abah agak tenang dan apabila memanggil abah ada respon dari dia. Malamnya saya bermalam di rumah kak a dan keesokan harinya seelpas jemaah Aceh bergerak ke marhalah lain, kami semua bertolak ke Hospital Melaka termasuk kak A dan anak-anak.Hari Ahad itu abah agak sedar walaupun matanya tertutup sentiasa. Jadi malamnya kami semua pulang semula ke PD dan jam 1200 baru sampai ke PD. Saya tinggalkan Hani di PDdan saya balik terus ke rumah saya.

Sebab esoknya isnin saya akan bekerja. Selasa tu sebelah malamnya jam 10.30 abang ipar call saya lagi katanya abah betul2 nazak. saya hubungi suami di PD dan katanya untuk elak saya menyesal elok saya balik malam itu jugak. So malam itu saya bawa hani dan Hani ditinggalkan di rumah kak a. Sampai di hospital jam 1 pagi.Sesampainya saya dan suami terus ke wad biasa, rupanya tengahari itu abah dah dipindah ke wad biasa. Samaada keadaannya makin ok atau tidak ada harapan. Saya tidak tahu apa sebab sebenarnya. Tapi di wad biasa itu, abah sudah tidak sedar.


Sudah memakai alat bantuan pernafasan menggunakan tiub. Sungguh sedih saya melihat keadaannya. malam itu saya tidak putus2 bacakan Yasin dan mengajar kalimah sayahadah di telinganya. mak pun begitu juga. malam itu hanya saya dan mak sahaja menemankan abah. Pak hj kerana tak berdaya dengan sejuk dan berat kakinya terpaksa menunggu di kereta.Paginya saya balik ke rumah. memandangkan keadaan abah yang agak tenat mak memesan mengemas dan membeli apa yang patut di rumah. Saya kembali ke hospital dan membelikan mak makan tengahari dan melawat abah. menjelang maghrib saya balik ke pejabat kerana mengenangkan esoknya akan ada mesyuarat dengan Timbalan ketua pengarah 1 dan hari jumaatnya saya perlu menghadiri perbicaraan di melaka. Saya balik untuk mengambil fail kes.Hari rabu malam itu saya balik ke seremban semula dan pagi khamis tu saya membasuh baju yang banyak berlonggok tak berbasuh.


Dalam jam 9.30 pagi saya ke pejabat mengambil fail kes dan pada ketika itulah along call saya mengatakan abah telah pergi dipanggil ilahi. terus saya bergerak ke melaka. Ke bilik mayat dan seterusnya pulamng ke rumah. saat itu sedih memanglah sedih tetapi setitik air mata tidak tumpah kerana menguruskan itu dan ini.Semasa melihat sekujur tubuh abah bertutup kain batik lepas kesedihan saya tidak dapat dibendung. melihat anak-anak dan cucu-cucu membacakan yaasin di tepi sekujur tubuh kaku itu buat air mata saya membasahi pipi. sehinggalah jenazah dikafan dan di mandikan dan saat diusung ke tanah perkuburan saya merasa sungguh sungguh sungguh sedih.Berakhirlah semua kisah dan kenangan bersama abah. Seorang bapa yang garang, tegas dan berterus terang. Namun cukup baik hati dan lemah lembut dengan cucunya. Cucu sekecil darjah satu menangis teresak-esak tatkala melihat abah dibawa pergi.


Itulah abah, ada yang kata dia sombong dan ada yang kata dia tegas tapi bagi kami abah tiada galang gantinya. Pastinya menjelang hari raya ini tidak bermakna kerana orang yang paling kecoh tentang persiapan dan menunggu kepulangan cucu-cucunya adalah abah. dan abah jugalah yang memasang perangkap menangkap ayam dan menyembelih ayam.Abah jugalah yang akan menegur mak dengan tegas dabn nada suaranya yang kuat cukup buat kami adik beradik kecut perut. Kegarangan abah pastinya dirindui. Abang yang sulung dihalau abah 20 tahun lalu entah apa dendamnya pada abah masih juga tidak pulang walaupun saya puas mengkhabarkan keadaan abah dari sakit sehinggalah ajalnya. Sebagaimana abah yang keras hati begitulah anaknya, apapun saya akan usahakan dia pulang kerana mak masih ada. Itu janji saya pada mak.


Suara hati dan pemikiran siti detik 5/29/2007 01:53:00 PM 10 cetusan hati
Cerita tentang; Abah

*********************

Tuesday, May 22, 2007



Poligami dari perspektif saya

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Bermadu? Anda tau rasanya yang sebenar? jangan tanya pada orang yang baru bermadu. Jangan juga percaya pada orang yang bermadu tapi tak rasa di dunia nyata, mungkin secara rahsia? Juga anda tak boleh terima bulat2 pandangan mereka yang bermadu tapi asyik berpertang! Apatah lagi kalau yang bemadu, sebelah pihak jer yang tau. Ini saya nak cerita dan beritahu. Apa?Saya nak bagitau yang bermadu ini manis pengalamannya. kalau anda baru bermadu tidak akan rasa. bagi anda yang lain yang dengar cerita bermadu dari empunya badan hal2 negatif pasal bermadu mungkin kerana pengalamannya yang cetek dan perkahwinannya tidak diuji. Cuma bagi yang melihat sudut yang positif maka nampaklah faedahnya.

Itulah sebabnya ia dihalalkan. Sekarang saya lebih tau kenapa islam halalkan poligami.Saya juga asalnya tak suka bermadu sangat, tapi kalau madu saya redha kenapa saya pulak nak bantah,kan? Ada saja benda saya nak terasa dan nak cemburu, bukan saya tak berhati perut, cuma cemburu saya tandanya sayang. tetapi sekarang cemburu saya hampir2 ke tahap 'zero'. Dulu2 kalau dengar kak A panggil suami "yang" pun sudah cukup mendidih darah saya.Tapi sekarang, berkat doa saya alhamdulillah saya tak kisah tu semua. Hari sabtu minggu lalu saya bermalam di rumah kak a, tanpa apa2 persiapan sebab cadangan hanya nak hantar pak hj dan suami jer, lepas tu saya patah balik ke Hospital Melaka tapi suami tak berapa izin saya nak balik, dia kata elok bermalam jer sebab jemaah acheh pun ada di rumah kak a. maka esoknya saya cadang nak baliklah lepas jemaah bergerak ke marhalah lain. Tapi suami cadangkan kak a dan anak2 ikut sekali. Maka kami sekeluarga bergerak ke Melaka. Itulah kali pertama Serena digunakan untuk perjalanan keluarga.

Sebelum ni ada juga saya dan kak a naik semasa bawa suami berubat merata-rata. Tapi dengan anak2 inilah pertama kali.Saya yang drive. Tak tau kenapa, sebab suami suruh agaknya. Lagipun saya lebih mahir jalan ke Melaka. kak A duduk sebelah saya. Suami dan anak-anak duduk di belakang. Saya buka CD. Sampaidi hospital, terus ke wad icu, sampailah lepas isyak, kami berkampung di situ. Ramai saudara-mara saya jauh dan dekat datang, dan kak a ada di situ.kak a yang memang ramah sudah agak biasa dengan mak dan adik beradik saya. saya pun camtu jugak, dah biasa dengan adik beradik kak a seorang dua jerlah. Saya dapat baca dari pandangan mata dan riak wajah semua mereka. Mereka kagum dan agak hairan dan pelik bagaimana kami sekeluarga. Suami berbaring di kerusi malas. Kemudian kami keluar makan, kak a offer diri tinggal untuk jaga Hani yang tidur, dia bersama2 kakak2 saya. Suami, anak2 kak a dan mak saya, saya bawa makan di luar. kak a saya bawa jumpa abah di wad. Kak a sebagai sifatnya seorang kakak menangis melihat abah dan menasihat saya untuk belajar bercakap2 dengan abah walaupun masa sihatnya saya memang kurang rapat dengan abah. Dia juga meminta saya tegur itu dan ini kepada jururawat berhubung penjagaan abah.


Sebab dia sudah bisa menjaga maknya semasa sakit tahun lalu di Tawakal Hospital. Terharu juga saya perhatian kak tunjuk pada keluarga saya.malahan semasa bapa saudara saya dari JB datang dan semasa hendak balik berkali2 dipelawanya kak a datang ke rumah. bahkan anak2 kak a kelihatan sungguh rapat dengan Pak Ngah. lama pak ngah interview Uda, 8 tahun anak kak a dan macam2 Uda cakap dengan dia. Mungkin pak Ngah nak tau macamana kehidupan saya, bermadu dan berbaik2 pula. Apatah lagi dia melihat hani dan Uda sangat2 rapat, bermain dan bergurau senda.Itu senario yang mungkin asing bagi mereka yang menganggap poligami selalunya dikaitkan dengan madu2 yang berperang dan tidak boleh berbaik. malahan mak saya juga kdang2 mengingatkan saya berhati2 kalau makan di rumah kak a, takut diguna-guna.

bagi saya, takde apa yang saya dan kak a nak saling dengki mendengki. Malahan setiap kami saling lengkap melengkapi. Ramai bertanya saya, dalam nada yang pelik, bagaimana saya boleh berbaik2 dengan madu, tidur di rumahnya, anak saya dijaganya, tidak pernah berperang. tapi saya tiada jawapan yang khusus. Hanyalah saya boleh katakan ikhlas dalam perhubungan, itupun saya jawab dalam hati saja. saya pun tidak tahu apa rormulanya.Keserasian saya dan kak a terjadi kerana antara kami mungkin tidak ada sangka buruk. Semua diserah kepada Allah. Setelah kak a kahwini sumai sejak 1998 dan saya pula pada 2001 suami puas mentarbiyah kedua kami bahawa hati2 kita dipegang Allah, dan semuanya atas gerak Allah, maka kini kami tidak ada ambil usaha pada tahap maksima untuk menambat hati suami.

Terserah pada Allah, kami berharap dan meminta pada Allah. Malah kak A juga sekarang hidup ala kadar dan masanya 99% dihabiskan di dalam rumah. Dan saya walaupun sibuk dengan kerja, tidak pula ada rasa cemburu bila suami banyak habiskan masa di rumah kak a. Entah kenapa, saya rasa suami saya dan hani lebih selamat di sana, dalam jagaan dan perhatian kak a. Kalau ada jemaah yang datang, juga pelik dan bertanya saya bagaimana kami berbaik. Mereka lihat bagaimana saya boleh memakai baju2 kak a, dan juga melihat bagaimana mesranya saya dengan anak2 kak a, dan juga bagaimana Hani juga meminta apa2 dari kak a seolah2 kak a ibunya sendiri. Saya juga hampir tahu semua benda di rumah kak a, seolah saya juga tuan rumah itu. Semua itu bukan pura-pura. Agak ramai juga yang agak skeptikal terhadap apa yang ada di depan mata mereka. Seolah2 mereka tidak percaya bahawa kami ini boleh berbaik2 walaupun berkongsi suami yang sama.kalau saya warwarkan kebaikan poligami ini mungkin ramai yangmemandang pesimis terhadap apa yang saya nukilkan ini.


tapi cubalah optimist dalam hal bermadu ini. Semalam saya jumpa kawan sekapal saya Adib, 20 tahun juga isteri kedua. Baru jer 3 bulan lepas bersalin. madunya juga saya kenal rapat. Tidak ada masalah, baik2 saja. malahan madunya dekat saja dengan rumah saya. Saya juga punya kawan baik yang berstatus isteri ketiga, juga okay sahaja. Sebelah taman saya. Jangan buruk sangak ya. Yang saya cuba promsi poligami. Tapi hakikatnya banyak juga kes2 piligami yang ok-ok, cuma di media banyak digambarkan yang buruk2. Di pejabat saya juga ada yang sekapal dengan saya, isteri ketiga seorang anggota dbawah kategori keselamatan. Tidak dirahsiakan, sudah diwar-warkan kepada jabatan. Walaupun jabatan tahu suaminya sudah lama berkahwin 3 tapi takde diambil tindakan sebab tiada aduan.

Cuma awal tahun ini isteri pertama mengadu, teruk2 pun tindakan tatatertib ajer. kawan saya tu hanya diambil statement. tapi yang penting, semuanya jadi clear. Anaknya pun bulan depan masuk no 2. Mak ros juga anak sulungnya isteri kedua. Sehingga ini saya sudah berkenalan juga dengan madu anak mak ros. Kebetulan ajer. Dua2 pun ok ajer, berbaik2. malah cucu mak ros, zirah dan ain (merangkap kawan baik hani) kerap djaga oleh madu anaknya.Itu cerita poligami sekitar saya. Mungkin keliling anda banyak kes yang teruk2. tapi saya alhamdulillah Allah tunjukkan di depan saya yang poligami baik2 saja. Syukur ya. saya harap semuanya dalam peliharaan Allah.minggu depan suami dan kak a akan berpergian 10 hari.


Selepas itu, 4-8 jun keluarga besar pak hj akan berkampung di Perdana Beach Resort, Pantai Cinta Berahi (sekarang pantai cahaya bulan,kan?. Niat saya satu hari nanti nak kumpul semua anak pak hj di satu tempat untuk bercuti. Perjumpaan keluarga. Mesti meriah.hari ni anak tiri saya Along, 26 thn bersama maknya menunaikan Umrah. Ahad lepas selepas sampai dari Melaka-PD saya sampai lihat di depan pintu, atas kerusi ada sebotol madu dari yaman, rupanya along beri kepada ayah, buat ubat katanya. Ayah hanya dapat kirimkan harapan kepada along minta doakan ayah cepat sembuh. Moga2 makbullah harapan dan doa ayah.
Suara hati dan pemikiran siti detik 5/22/2007 06:43:00 PM 15 cetusan hati
Cerita tentang; href="http://punahsudah.blogspot.com/search/label/Poligami">Poligami


Tragedi itu meragut AYUNI, namun hari ini AYUNI di depan mata...Part 1

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t
Pagi itu lebih kurang jam 11 pabila dia sampai di pintu rumah itu, kelibat seorang anak kecil perempuan berjilbab berdiri di pintu dia sangka itu hanyalah ilusinya sahaja. lalu dia menoleh ke arah suaminya yang berdiri sejarak beberapa langkah, dikhabarkannya sambil hatinya berdebar-debar...
"pak, ayuni, Pak...bapak nampak nggak?

Bapak yang terkejut menoleh ke arah pintu, namun kelibat gadis kecil itu tidak ada, lalu bapak berkata...
"Nggak, mana ada...istighfar banyak2" bilang bapak lagi, "yang sudah-sudah itu lupkanlah, kan kita keluar di jalan Allah, banyakkan doa"
Lalu dia menyapu matanya berkali-kali..Ya..ya...tidak ada! Sudah ghaib gadis itu sekelip mata. Itu hanyalah ilusinya sahaja...dia fikir. Namun air matanya mula bergenang. Peluh juga mula menitik2 di dahi dan seluruh tubuhnya merasa gementar seakan mahu pitam dan semua kenangan 4 tahun lalu bermain dimatanya. Gementar dan seakan tidak boleh berdiri lagi.


Dia terus masuk ke rumah bersama yang lain. Sedang yang lain menghantar kompor (beg) masing-masing ke tingkat atas rumah itu, dia duduk bersimpuh di situ, bersandar di sofa kulit di ruang tamu itu, tidak berbuat apa-apa. Bergerak tidak, bercakap pun tidak. hanya matanya liar memerhati keliling. Bukan memeriksa apa yang ada di rumah itu. tapi mencari dimana gadis kecil tadi. Adakah bayangan atau realiti atau hanya fantasi dan halusinansinya. Bingung, sungguh bingung dia, kenapa baru sekarang jelmaan Ayuni datang di depan mata????


Dalam jilbabnya itu, peluh sudah basah membasahi tubuhnya. Tidak terlintas untuk menanggalkan jilbab dan purdahnya. Dia diam sahaja. Untuk bangun juga dia tidak berdaya. Lemah longlai tubuh dan perasaannya. Air mata menitis lagi. Muncul tuan rumah di depannya bersalaman. tanpa melengah masa, ditanyanya terus,
"ummi, mana gadis kecil tadi, anak ummikah itu?"
"Ya, anak saya, sudah mengikut ayahnya ke surau"

Aduh, seakan gugur jantungnya kerana rupanya pandangannya tidak menipu, benar, gadis kecil seusia 4 tahun itu wujud, benar-benar wujud di depan mata. hatinya sudah tidak keruan, tidak senang duduk. Dia mahu menatap segera gadis kecil itu, mahu dipeluk, dicium, puas-puas, sudah 4 tahun bayangan wajah itu lenyap dari muka bumi. tanpa meninggalkan jejak dan tiba-tiba diragut dari hidupnya.

Kenangan 26 Disember itulah yang meragut segalanya dari hidupnya. Hampir 50 orang ahli keluarganya hanyut dalam ombak tsunami. hanya dua anaknya yang selamat. Cucunya, Ayuni, 4 tahun yang baru menyambut hari lahir ke 4 tahun turut lenyap ditelan tsunami. Cucu kesayangannya yang petah bercakap, sering memakai jilbab, diikat dua rambutnya saling tak tumpah gadis kecil tadi.
"Gadis yang tadi itu, siapa namanya, ummi?
"Hani Suhaila, 4 tahun umurnya..."
Selepas itu dia menunggu dan terus menunggu gadis kecil itu pulang. Dengan penuh debar dia menanti.

Ketika itu semua sedang khusyu' dalam program Taklim. Selepas Zohor. Pada ketika itulah gadis kecil bernama Hani Suhaila Sidek muncul. Bila terpacul sahaja wajah gadis kecil itu di muka pintu, dia terus meluru ke arah pintu. tanpa menangguhkan walau sesaat dia terus meluru ke arah gadis kecil itu, didukungnya, diciumnya sekuat dan semahu-mahunya, dipeluk dan didukungnya tanpa menghiraukan apa-apapun. Pada ketika itu, hanya gadis kecil itu yanga da dalam fikirannya.

Terus mengalir deras air matanya, terasa seakan mahu pitam dia bila nampak wajah Hani, kerana semuanya saling tak tumpah Ayuni, cucunya. Kini Allah mengahntar padanya wajah seakan cucunya buat melepas rindu. Disitu juga dilepaskan tangisnya semahunya. Sehingga lemas gadis kecil itu. Lalu menangis. tapi entah apa gerak Allah, lama-lama gadis itu membiarkan sahaja.

"cucu nenek...cucu nenek...nenek rindu...ya allah..cucuku Ayuni..."
itu yang diulang-ulang dia, berkali-kali sambil air matanya mengalir deras.
Pada saat itu program semua terhenti. Kerana peristiwa itu sungguh tak disangka-sangka. Seakan dia histeria. Menangis semahunya. Dipeluk sekuatnya, sayangnya terserlah pada cucunya walau kejadian berlalu 4 tahun sudah. Hampir semua yang hadir, baik yang ahli jemaah mahupun yang datang nusrah menangis melihat kejadian itu. Derita seorang nenek yang kehilangan cucu kesayangannya sejak 4 tahun lalu seakan terubat.

Tidak puas memeluk, dibelek-beleknya jari kaki, tangan, telinga dan semua yang ada pada tubuh Hani, ya saling tak tumpah Ayuni, kini dapatlah dia melepas rindu pada Ayuni yang mati tanpa berkubur. Dalam tragedi yang meragut ratusan ribu penduduk Acheh. Bukan Ayuni sahaja, bunda Ayuni yang hamil 8 bulan turut terkorban dan 4 anaknya yang lain juga pergi tanpa jejak. Rumahnya habis ranap. 3 kali ombak cukup memusnahkan segalanya.

......nanti saya sambung lagi perihal mami, penduduk Acheh yang mengalami sendiri tragedi Tsunami yang mengorbankan 50 ahli keluarga terdekatnya. Mujur juga dia dapat melarikan diri menaiki motornya ke arah bukit. Banyak lagi cerita dari sana yang saya selami. Dari 6 wanita kuat dan tabah ini.

6 couple dari Acheh datang ke rumah kak A untuk 2 malam. Saya turut ada di sana untuk satu malam. Kesedaran dan keinsafan pada saya. Terasa bahawa Allah pilih mereka untuk diuji. Bukan sedikit ujiannya. Ujian melalui air. Bukan malapetaka atau bencana alam tetapi petanda bahawa Allah mampu buat apa sahaja pada yang berdosa. Ditunjuk di depan mata.

Suara hati dan pemikiran siti detik 5/22/2007 04:00:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah

**********************

Friday, May 18, 2007


Semalam yang berlalu

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Semalam entry ke 200 rupanya. Banyak ya? Diam tak diam 200 kali saya menulis catatan peribadi di sini. Ada yang disiar dan ada yang dibiar. Sebagai draft sahaja. Banyak cerita peribadi.

Blog ini umpama diari saya. Tapi bukan diari harian apa saya lakukan. Ia diari hati dan pemikiran saya. Sesuatu yang saya rasa dari lubuk hati paling dalam. Agaknya. Saya tak ambil masa yang panjang untuk merangka atau deraf apa yang saya mau tulis.
Saya buka blog. Terus sign in. Tulis entry baru. Publish. Itu yang saya buat selama ni. Kadang2 baca semula baru perasan ada yang patut tulis dan ada yang tak patut. Kadang2 rajin saya edit semula. Buang mana yang patut. Kadang2 saya rasa terserlah betapa saya tulis apa-apa aje. Sebabnya kalau marah, terserlah nada marah, kalau sedih, saya luahkan sedih saya.

Saya rasa apa saya tulis, anda boleh baca apa ada dala hati saya. Takde sorok2. Takde tipu2. Cuma kadang2 saya rasa terganggu sikit nak menulis. tak macam dulu. Lepas bebas. Sebab ada yang saya sudah kenal. Ada yang saya sudah berhubung. Tak ramai. tapi 2-3 orang itulah buat saya terfikir sesekali untuk menulis.
tak taulah. Apa yang saya rasa. Kadang2 ada banyak benda nak tulis. tapi banyak yang negatif jugak. Sebab blog ni saya pilih sebagai terapi minda. Saya takde kawan baik dekat2 dengan saya yg boleh cerita bila2 masa tanpa libatkan kos wang, masa dan tenaga semudah meluah di blog.

Senang ada blog. Tapi adakalanya rasa cuak. sebab saya tau ada yg baca ini kenal saya. Tak kenal rupa. Mungkin kenal watak dan pemikiran saya. Juga dah ada kenal suara saya. Ada juga yang dah tau rumah saya. Dan rasanya dah ramai juga tau tempat kerja saya.

Dan ada juga yang dah 'perang dingin' dengan saya. Disebabkan pandangan kritikal saya. saya sebenarnya lebih keras diluar berbanding tulisan diblog. Bukan suara yang keras. Nada dan pilihan perkataan saya yang keras. Mungkin boleh menyinggung hati yang mendengar. Itu saya. Tapi lepas itu saya lupa. terus lupa. dan saya mahu orang lain juga lupa. tapi ramai juga makan ati di off ni bila ditegur saya.
Dah kerja kita. Kena keras. Kalau kita tak kenakan orang, orang pulak kenakan kita. Itu pelajaran saya dapat minggu lepas. dari saksi yang saya rekod statement. Dibayar gaji untuk laksanakan tanggungjawab sebagai penguasa, tentulah kena guna kuasa tu. Tapi bukan salahguna kuasa.

Minggu2 lepas masa program2 yang buat kat off ni, ada 2-3 orang kena tempias kata2 saya. Dua2 macam merajuk lepas saya cakap tu. Tak tegur saya. saya buat tak tau jer. Walaupun nampak zalim, saya kira lama sangat dah saya berlembut. bagi arahan secara tolak ansur. Rupanya makan diri. Azam saya, saya nak lagi tegas lepas ni. Tapi bukanlah tak bertempat.


Sudah beberapa lama saya agak sibuk dengan kursus dan program yang bukan hard core business saya~siasatan. nampaknya IO2 ni pun macam leka. Minggu depan 2 SIO pergi induksi. Saya nak back to hard core business. Gerak gempur. Surat warning dari HQ dah turun ingatkan tentang IP2 yang tak submit lagi.

Semua tu buat pening kepala. 23 hb Dato' TKP2 datang nak mesy pasal perasmian pejabat ni (dah masuk 4 tahun duduk baru nak rasmi!). Puas saya tepis, tangkis dan elak utk jadi ketua urusetia induk perasmian ni. Tapi apa agaknya nasib saya, kena lagi.

2 nama awal2 mesyuarat saya dah cadangkan, tuan timbalan dan tuan KUR~ketua unit perisikan, tapi mentah2 ditolak! Oleh Pengarah dan ahli mesy. last2 nama saya lagi. Lagi? cadangan asal nak PM rasmikan, batal sebab PM dah rasmikan akademi kami bulan lepas. Jadi samaada MB atau raja negeri ni. Raja ditolak sebab banyak protokol dan kerjanya, dan HQ pun hantar surat putuskan MB sahaja.

Walaupun Mb tapi tetap ada tugas dan banyak juga kerjanya. isnin depan saya dan KUR akan ke akademi kami jumpa org2 kuat masa perasmian hari tu untuk dapatkan guide line kerja2 sebelum perasmian ni. sebab 23 hb dato' dah datang dan kami kena bentangkan AJK2 terlibat dan check list kerjanya. 23 dan 24 saya dah mohon cuti. Kena batallah 23 hb tu.

25 pulak bicara di melaka. peringkat akhir pendakwaan. Untuk soal balas tertuduh. 2 tertuduh pulak tu. Ntah bila nak prepare soalan2nya? Cross agak susah sebab kalau nak dapatkan satu2 point tu, contohnya nak pergi ke z, kita tak boleh tanya mula dengan a, kena pergi s dulu, pastu pergi f, pastu y, pastu patah ke a.....sampai dia terperangkap baru kita tanya soalan yang kita nak dia jawab ikut yang kita mau.
Kes jenayah bunuh, rogol atau rompak tak sama kes jenayah rasuah. Ada barang buktinya. Tapi rasuah pembuktiannya susah. Kita kena buktikan niat dia.

Apa ada dalam hati dia tu kita nak dia beritahu mahkamah. Sapa yang ber*k tengah jalan nak mengaku? lagipun kalau mengaku, mandatori penjara min 14 hari, max 20 hari. Tu sebab kita kena round satu dunia sampai dia terperangkap, barulah dia terpaksa cakap jugak. kalau pegawai pendakwa blank masa cross tu, susahlah. Sebab kita kena fikir on the spot soalan2 baru kalau dia timbulkan benda baru.....dan juga kena pandai atur ayat....tapi cross ok jugak, ruang lawyer nak bantah kurang sebab boleh buat leading question....tapi kes melaka ni 2 lawyer, satu melayu dan yang satu lagi tu....."ehem", kaum yang cakap belit2 tu...tu yang payah sikit tu.

Abah

Kesedaran abah masih ditahap bawah. Semalam saya call doktor di wad High dependency tu, doktor buat operation untuk keluarkan darah beku kat tangan (tempat buat tapak utk dialisis), tapi sampai petang ada pendarahan kat situ, petang kena buat lagi operation hentikan pendarahan tu, dialisis ditangguhkan. hari ni tak tau apa cerita lagi. Petang ni pergi hospital semula. Ambik hani kat rumah kak a dulu. Dah berapa hari kat sana. Demam dan batuk pulak dia.

Semalam saya masuk kerja lambat. Saya tidur hospital temankan mak malamnya. Saya bawak kerusi malas, toto dan bantal untuk mak. Pagi tu dalam jam 8.30 saya bertolak balik ke pejabat. mengantuk gila sebab malam tu saya bagi mak tidor atas kerusi malas tu, saya tidur atas tikar kat atas simen je. Bukan boleh tido pun. Ruang terbuka. Ada pulak 4/5 lelaki tunggu isteri bersalin pun tido kat situ. mana saya pernah tido baring w.pun depan adik beradik lelaki. Inikan pulak orang luar? tapi agaknya dah ke pagi tu tak tahan nak duduk saya pun terbaring jugak kat atas tikar tu, berselimutkan towel ajer. Dengan panas, nyamuk, lantai keras mujahadahlah. Baru perasan yang selama ni terlalu selesa saya. baru diuji sikit rasa teruk benar.
malamnya saya bawak mak ke Mydin, mak memang tak merasa jalan2 sebab mak sentiasa dalam kawalan abah.

Jadi nampak sangat mak saya rasa bebas dapat jalan2 macam tu. Sebenarnya mak nak beli cermin mata, sebab cermin mata sebelum ni cucunya dah patahkan. Jadi nak cepat beli di Mydin jerlah. Kesian saya dekat mak saya, nampak macam rusa masuk kampung pun ada. Itu hakikatnya. mak isteri mithali. Sentiasa di sisi abah, tanpa jemu dan lelah. Mak tak meras jalan2 sejak 10 tahun kebelakang ni, dulu masa abah sihat abah ada jugak bawak mak ke Indon, thailand dan tempat 2 di Malaysia ni. Itu dulu.


Lepas mydin saya bawak mak makan. Kesian mak, banyak dia makan. Dah berapa hari makan tak berapa teratur. sejak abah masuk hospital. Mak pun rasanya macam dah sedia terima kalau abah pergi dulu. Sedih memang mak sedih. tapi mak agaknya terasa susah hati jaga abah seorang di rumah. Apa2 berlaku mak seorang. hanya ada abang yang bujang tu, pun sibuk dengan kerja dia. Pada masa2 ini mak banyak baca yasin dan sejam sekali jenguk2 abah. Abah tak boleh respon apa, pandang mak pun tak. Dia dengan dunia dia. tak sedar, hanya tidur dan bukak mata kecik jer.


Wayar keliling dan makan guna tiub di hidung. Tapi kakinya bergerak2. Saya rasa macam sedih sangat tengok abah macam tu. Rasa macam tak sanggup tengok. Elok juga kalau kesakitan abah dilegakan. Walaupun tidak begitu wajar saya kata begini tapi saya pegang pada mati itu pasti. Harap kami anak-anak dapat mendoakan dia. Sebab doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan amal jariah sahaja yang kita tinggalkan selepas mati.

Saya tak begitu rapat dengan abah. Bukan saya sahaja, anak2 lain pun. tautan kami lebih erat dengan mak. Bukan tidak sayang. Abah garang masa mudanya. takde istilah bergurau senda dan peluk cium. Abah lama bekerja di Arab Saudi. Semua mak sebagai perantara. Tapi saya tau abah sangat sayang pada kami semua. nama kami sentiasa dibibirnya. tapi agaknya abah tak tau macamana nak luahkan sayang dia. Justeru saya pun tak terlatih nak luahkan sayang pada abah. yang saya mampu buat hanyalah tunaikan keinginan dia. Sebelum2 ni saya tolong habiskan bayar kereta, belikan motor dan berikan duit belanja. Setiap raya jugak saya tak lupa belikan abah baju dan lain2 benda.

tapi kakak saya yang sulung sebab lama tinggal di kampung dan sebab dia buat rumah dekat dengan rumah mak maka dia menjadi agak rapat dengan abah. dalam ertikata boleh berbual dengan abah dan saya agaknya kerana ego yang tinggi saya tetap tak boleh nak bermanja2 atau bercakap2 dengan abah sebagaimana saya bercakap dengan mak. Sebab saya memang tak pandai nak berlakon atau nak buat2. saya hanya akan bercakap sepatah dua atau panjang2 pun satu ayat. tapi pak hj rajin berbual dengan abah kalau balik kampung.


kami membesar dengan budaya didikan abah seperti orang dulu2. Garang dan serius. Selalunya abah makan dulu. Abah siap, bakinya baru kami adik beradik makan. Hormat kami pada abah masa kecik2 dulu, bukan main lagi, kami tak berani baca akhbar kalau abah belum baca. dan kami juga tak berani masuk bilik abah/mak kalau abah ada rumah. kalau menonton tv abah ada, maka semua akan senyap. termasuk mak. Malah mintak duit sekolah pun kami tak berani. Semua melalui mak.


Dimana abah ada maka disitulah mak akan hidang makanan. baik pagi, tengahari atau malam. malah kalau mak tak makan pun mak akan mengadap abah makan. Itulah yang kami nampak dari dulu sampai sekarang. Sebab apa yang kurang senang abah arahkan pada mak. Tuang air, ambil air basuh tangan, tertawar atau termasin ke, senang mak khidmat. Makan abah pemilih. hanya mak jer yang tau seleranya. Kadang2 mak pun pening kepala. terutama sejak akhir2 ini. mak rajin bercerita dengan saya kalau balik. Apa yang saya nampak sepanjang makan tu, dua tiga kali mak ke dapur. Ada ajer yang kurang. Itulah pemandangan dari kecil hinggalah sekarang. Walaupun mak nampak jemu, tapi saya selalu nasihat mak, khidmatlah abah selagi dia ada, besar ganjaran pahalanya.

Pak hj selalu sindir saya kenapa tak ikut perangai mak. Saya senyum ajer, dalam hati terdetik, sebab pak hj bukan abah! kalau pak hj segarang abah maka mungkin saya akan jadi seperti mak. Patuh dan mendengar tanpa bantahan. Kuasa veto. Mendengar dan mengikut. Kalau mak membantah agaknya, bagaimana ya?


Anda tau kenapa saya kawin pak hj? Sebab dia banyak tolak ansur, dia boleh bincang (kalau emosinya tenang), dan dia ala kadar sahaja...tidak berlebih2 dan tidak pula terlalu tegas dalam hal2 layanan makan/minum dan urusan rumahtangga.
saya banyak tulis. Sebab rehat panjang hari ni. Lain kali saya cerita lagi. dalam hati ada juga sedih, tapi terkawal. Entahlah agaknya sebab abah dah dua kali masuk hospital. Saya jadi agak mangli. Apapun kalau abah kembali sihat, saya sangat2 bersyukur.
Suara hati dan pemikiran siti detik 5/18/2007 12:45:00 PM 8 cetusan hati
Cerita tentang; Abah, Periuk nasi

***************************

Thursday, May 17, 2007
Dia tersenyum walau derita

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Riak wajahnya ceria. Tidak ada garis duka walau secalit. Bibirnya tipis. Merah darah lipstiknya. Hijau terang eye shadownya. baju kurung bunga-bungan halus warna hijau nampak kena dibadannya. hanya memakai anak tudung. Togel sahaja kepalanya dari jauh. kalau sekali pandang mungkin kita anggap dia ramah orangnya. Sebab dia tersenyum sahaja.Saya yang lalu bersma emak disebelahnya disapanya "Sila mak..."ni mak mertua aku nak lalu ni (perlahan dan lembut sungguh nada suaranya merujuk pada mak saya. Seakan-akan manja. Suka saya melihatnya. Lalu di situ ada nada suara seakan cuba memberitahu saya, "tak betul tu...". Saya biarkan.

Saya terus tertarik dengan dia.Mula dari jam 8 malam dia ada di situ. Saya perasan. Kemudian saya bawa mak keluar jalan-jalan cari makan. Saya balik jam 10 malam dia masih berlegar-legar di situ. masih tersenyum. Gembira dan ceria begitu sinonim dengan dirinya.Saya menyapanya. Tak buang masa. "Tido kat sini""Hari-hari saya tido sini""Saya kerja pasar, sehari 8 ringgit""pagi-pagi keluar jalan kaki ke Melaka central""Malam-malam datang tido sini"Tak sampai hati nak tanya, takde rumahker?Saya mulakan tanya apa yang bersarang dibenak, dan ini jawabnya;"Mak kerja kerani mahkamah kat KL'"adik beradik ada kat johor, Perak, ada cikgu, ada kerja kilang, mak 3 tahun lagi pencen"Tak sampai hati nak teruskan soalan

Kenapa tak minta kerja pengawal macam kawan tu?"Tak best, nak gaji hari, 8 ringgit tak abis makan satu hari"Wad CCU tak disediakan bilik menunggu, keluarga hanya menunggu di kaki lima. Termasuk saya dan mak. Bersekali dengan wad O&G, maka 24 jam adalah manusia di situ. Dicelah-celah manusia yang tidur bergelimpangan itu ada dia. hanya diatas keping2 kotak dan beralaskan segumpal lipatan kain.

Tidak berselimut dan tidak juga ada apa-apa walaupun sekadar bantal sebiji dan toto sehelai. Begitu sahaja dia tidur dengan lelapnya.Pagi2 saya bangun dia tiada. Awalnya dia pergi. Hari-hari cerianya bermula lagi. Petang ini baliklah semula dia ke kaki lima wad Aras 2. Menumpang di situ, mungkin tiada siapa sedar bahawa ia juga pandai memilih. Dia tidak memilih sebarang kaki lima, dia tahu, kalau di situ tiada siap sedar bahawa dia sebenarnya tidak berumah.Jauh disudut hati, alangkah bagusnya kalau dia sedikit siuman. pasti saya bawanya pulang buat teman hani...


Suara hati dan pemikiran siti detik 5/17/2007 03:19:00 PM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

**************************

Wednesday, May 16, 2007


Doakanlah...


Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Semalam petang selepas dialysis kali pertama, tahap kesedaran abah merossot teruk. Kini abah ditempatkan di High Dependency Ward. Mak tak dibenarkan tunggu. Dokotor kata, tahap HDW tu lebihkurang ICU, bila2 masa kalau kesederannya zero, alat bantuan pernafasan akan digunakan. Isnin seharian pagi- petang outstation, ke 4 tapak projek yg kami siasat. Lagi2 kerja! Hari yang sama abah dihantar ke hospital. Pagi2 esoknya bergerak ke hospital dan malam tadi (hampir pagi sebenarnya) sampai ke sini semula.Petang sedikit akan bergerak ke Melaka semula. Hati runsing dan sedih. Mak terpaksa menunggu di luar wad sahaja.

Malam tadi selepas membelikan keperluan mak-tikar, bantal dan selimut saya terpaksa balik juga walaupun lewat sebab hani dan hj ada menunggu dlam kereta.Dari pagi sampai ke tengah malam, kami bertiga duduk di hospital. Menunggu dan menunggu sambil berdoa kalau masih ada kesempatan kami bertemu abah, minta Allah sihatkanlah. kalau sudah sampai masanya, percepatkanlah supaya tidaklah terseksa kami melihat abah dengan alat bantuan pernafasan (sekiranya terpaksa nanti).mak seperti dijangka kuat dan tabah, walaupun seluruh mukanya bengkak kerana menangis tapi dia tetap meluahkan kepada saya. rupanya telah bermimpi bertemu maknya yang memulangkan barang kemas (mas kawin) beberapa hari sebelum ni, dan selepas dua hari bermimpi lagi mak mertuanya pula mengadap jenazah yang tidak diketahui siapa.Sambil meitiskan air mata mak bercerita pada saya, usai menangis mak masuk semula membacakan yaasin untuk abah. Selesai mak keluar cerita lagi, katanya selepas abah keluar wad bulan mac lalu, selera makan abah menjadi2. Semua benda mahu dimakannya dan sedaya mungkin mak mencarikannya apa sahaja yang disebut abah.

Langkahnya juga jauh, motor yang saya belikan dibawanya melangkau ke kampung sebelah, malah abah juga menghantar kekak ke tempat kerjanya walaupun tidak jauh tapi melintas jalan utama. Lalu kakak saya terus memebli basikal.Rupanya mak kata, sihatnya abah hanya seketika, selepas membuat tapak di Terendak kem abah mula demam. Saya tau itu sebab saya rajin menelefon mak. Tapi dua hujung minggu saya tak dapat balik. Saya kesal sungguh, sungguh-sungguh....kerana mak kata abah berulang-ulang menybut2 nama saya.saya balik terakhir pada 16 April lalu, saya balik semasa dalam perjalanan balik dari b bicara di JB, sebab 17 hb tu saya bawa abah ke terendak kem untuk pasang tapak tapi dktor tangguh sampai 8 Mei.

kebetulan 8 mei saya pulak ada bicara di KP, maka abang ipar sayalah yang menghantarnya, sampai malam baru selesai proses pasang tapak tu.8 hb tu pulak saya tertinggal hp di rumah, balik dari KPilah bicara tangguh saya terus call rumah, tak berjawap. No abang ipar dalam hp. Petang saya call takde jugak. Saya tunggu sampai malam call lagi jam 8 malam barulah mak balik rumah, baru selesai. Dan saya sentiasa call mak dari semasa ke semasa.Mak ada kata pada abah, saya akan balik 22 hb sebab nak follow up ke terendak kem hospital. Tapi berulang kali abah kata, saya dah sampai adaa di depan. Abah macam dah tak sedara apa dia cakap tapi hakikatnya saya tak balik, itu yang says sedihkan sungguh.Kerana weekend 2 minggu lalu, saya mesyuarat pada ahad petang, dan sabtu weekend minggu baru ni ada lawatan dari sekolah dan mesyuarat Puspanita dan kebetulan along juga ada di sini.


tambah sedih saya, kakak saya dikampung mula tunjukkan kesalnya pada adik beradik lain yang kurang ambil perhatian atas sakit pening abah. saya akui saya salah dan saat ini bukan masanya bertelagah. Saya malas mahu berbalah dengannya, bukan masanya. Agaknya sebab 8 mei tu saya tak dapat abwak abah ke terendak kem maka itulah yang di marahnya....Saya bawa diri ke satu sudut dan menelefon suami di masjid (isyak), titisan air mata sahaja mampu saya luahkan. Hani pula saat air mata saya tambah lebat, dia pula meraung-raung saat itu juga. memang kepantangan dia melihat saya menangis, kerana dia pun akan meraung sama.Entahlah, terlalu banyak rintangan hidup saya, walau anak bongsu tapi kerana saya telah biasa dari dulu korban semuanya pada keluarga, kerana salah yang sedikit, korban saya tak nampak dimata, saya juga yang salahnya.

Apa-apa hal saya juga yang dicari, saya juga perlu buat keputusan, saya juga perlu kedepan. Kalau sampai saat saya tumbang, agaknya baru ada yang perasan bahawa saya juga ada kelemahan dan kekangan, dan saya telah beri semuanya, semuanya sampai ada ketika saya rasa tiada kelaratan dan tiada daya untuk diri saya sendiri....Air mata saya kian lebat jatuhnya dan hampir membasahi keyboard.... Apapun doakanlah kesihatan abah saya. Pagi ini saya dah call ke HDW dan keadaan abah agak stabil- tekanan darah, jantung dll. Cuma kesedarannya masih kurang. Apapun saya mash menaruh harapan, azam saya abah stabil saya akan cuba sedaya upaya bawa mak dan abah ke sini juga..... biar didepan saya, biar saya menanggung susah payah mak saya sama-sama ...jangan ada pertikaian dari yang lain. Biar..
.
Suara hati dan pemikiran siti detik 5/16/2007 01:12:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga

**************************

Saturday, May 12, 2007
Ahli keluarga baru
Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Pagi2 subuh lagi saya dah terima call. Bimbang jugak kotlah kat kg ada apa-apa berlaku. Semalam punyalah sibuk, saya terlupa nak charge hp, kebetulan life saya nih mana ada warna-warni, kerja kerja dan kerja! Takde hp pun tak apa, semua call adalah tugas rasmi, tak dapat hp sure mereka akan call off.Rupanya semalam anak saudara sulung saya di kampung call bertubi2. Dia dah datang sini dan nak tidur rumah saya sebab dia dah dapat kerja part time kat sini. Tapi sebab tak dapat hubungi saya, dia masuk jer kerja terus semalam, malam tumpang tidur rumah kawan.Kesian dia.Along, 19 tahun baru jer abis matrikulasi, sementara nak tunggu masuk u, kawannya yang tinggal taman sebelah taman saya ni ajak dia kerja Pam attendant kat shell dekat2 dengan rumah saya jer, saya pun lalu hari2 kat stesyen minyak ni. Mula dulu dengar dia nak kerja kat ikan bakar kat kg saya, Ikan bakar umbai tu. Tak jadik pulak. Tapi saya rasa lebih baik kerja pam kot dari ikan bakar.

Terkawal sikit pergaulannya, kalau kat ikan bakar tu start petang sampai 2-3 pagi kerjanya.Ni petang ni jam 3 dia abis kerja nak ambik dia bawak datang rumah. makanya bertambahlah anggota kat rumah, jadik bertiga, weekend ni ayah keluar lagi, jadik adalah hani teman, bukan main suka dia dengar along nak datang tapi nangis2 tak bagi along kalau nak tidu bilik dia. Saya baru jer abis program lawatan guru2 sekolah tu, dan jugak mesyuarat puspanita pun dah abis dah.

Lega dah lepas jawatan puspanita. Alhamdulillah. Tapinya semalam mesyuarat kelab saya dilantik semula sebagai setiausaha, kena jugaklah atas sokongan ramai. Terpaksa!Petang ni kena masaklah jawabnya. along kuat makan, tengah membesar! Rumah sepah2 tu, kena kemaslah, malu jugak dia ada kat sini nak sepah2. Yerlah dia lelaki,kan? Kang dikatanya makcu nya malas, dibawak balik cerita ke kg pulak. Walhal makcunya ni sibuk tak tentu masa....saya call ayah mintak izin dia tumpang, no problem katanya. Tapi dah warning, kenalah kemas rumah yer...gelak2 dia pada saya....Nak baliklah..ambik hani kat rumah mak ros pastu terus balik masak. Lauk jamuan tadi banyak lebih plastik pulak takde nak diisi bawak balik....

Suara hati dan pemikiran siti detik 5/12/2007 02:27:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

************************

Friday, May 11, 2007


Saya Vs Dia


Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Saya : hitam manis
Dia : lagi manis dari saya
Saya : umur ahli syurga
Dia : tua 6 tahun jer dari saya
Saya ; malas masak
Dia : terlampau rajin masak/ kedapur
Saya : kaki buat sepah
Dia : pantang tengok sepah
Saya : Kuat bercakapDia : tak kurang ramah
Saya : tak tinggi mana
Dia : tinggi dari saya
Saya : satu anak jer
Dia : baru lima anak jer
Saya : anak bongsu 5 beradik
Dia : anak bongsu 8 beradik
Saya : garang dengan anakDia : lagi garang
Saya : berterus terang
Dia : simpan dalam hati
Saya : suka ambil tahu hal dia dan suami
Dia : tak pernah tanya suami hal saya dan suami
Saya : sekali jer jaga anak dia masa dia masuk hospital
Dia : banyak kali tolong jaga anak saya, Hani
Saya : banyak kali tido rumah dia
Dia : jarang2 tidur rumah saya (anak sekolah)
Saya : kalau gi rumah dia, dia masak untuk kami sekeluarga
Dia : kalau gi rumah saya, dia jugak masak untuk kami sekeluarga
Saya : Berdikari dari dulu, kini dan mungkin akan-akan datang
Dia : banyak bergantung dengan family, tapi nampaknya kini dah mula banyak sendiri2Saya : anak2 panggil ammieDia : anak2 panggil ummie
Saya : panggil suami abang jer
Dia : panggil suami ‘yang’
Saya : malas jahit seluar/baju suami yang koyak
Dia : pantang nampak seluar/baju koyak, sure dijahitnya…
Saya : rajin bincang politik/sosial/ekonomi negara dengan suami
Dia : tak pernah bincang isu2 tu semua, hsl anak2 jer…
Saya : merata jalan ke sana ke mari
Dia : duduk di rumah tak ke mana-mana
Saya : susah menangis kalau tak betul2 sebabnya
Dia : mudah menangis walapun dalam bercerita dengan saya

Itulah yang buat peranan kami saling lengkap melengkapi. Dua hari sudah sebelum cermah di Poli dan lepas ceramah ke rumah Kak A. Tumpang solat zohor. Singgah tergesa2 sebab kelewatan, terus menuju ke bilik air, suami tengah mengaji di atas sofa, kak a di dapur (agaknya), hani dan zubair dua2 beradik tergolek tidur dan Sarah dalam buaian. Keluar bilik air wudhu' saya jerit, "kak, pinjam telekung" sambil jalan masuk bilik solat. Tengok kak a tengah bentangkan sejadah untuk saya.

Aduhai, baiknya madu saya nih.Buru2 solat, nak ke kereta semula, dengar kak a/suami suh makan kalau tak makan lagi, "tak sempat dah kak, bang". Blah tanpa pandang kak a, pandang suami, menonog jer jalan. Eh lupa plak pandang hani...takpelah balik nanti datang lagi.balik tu, saya malas nak minum minuman yang disediakan, cuma saya kata takpelah... bergegas ke rumah kak a, perut lapar gila sebab hanya maghrib semalam makan keropok lekor dan sate 2 batang. Tengok2 kak a kat dapur dukung sarah dan tengah layan hani makan bubur. suami takde, gi surau agaknya.

Zubair tak bangun lagi saya solat dan sekejap tu, mak si sarah datang.hani kat dapur lagi, datang depan kejap salam2 dan cium2 ammie, sambung makan bubur kat dapur. taknak datang depan, kata kak a. Mak si sarah memang kawan saya jugak, so borak2 ngan Asmah, sarah sibuk dah dengan mak dia. yang si hani pulak jerit dari dapur panggil ummie, eh ammie ada tapi panggil umie pulak. kak a bergegas bangun, sipa2 datang depan rupanya hani nak tambah. Tengoklah tu, umie yang dipanggilnya. Dah tu lepas tu dia datang depan dia tanya umie, umie, kakak nak naik atas tengok cd boleh tak? Zubir pun dah bangun, umie bawaklah dua beradik tu naik atas dan asmah pun dah balik. Sambil nak naik tu ayah balik, umie pesan kat saya, "wa, kau makan dengan abang kat dapur ya, akak dah hidang tu".

Pucuk dicita ulam mendatang, umpama mengantuk disorongkan bantal. Terus ajak suami ke dapur, makan sama2, tenang sebab kak a dan dua budak ada kat atas tengok cd. kami dua laki bini makan, dah siap kak a buatkan teh o panas. Lauk ikan selar masak kari dan ada jugak beehoon goreng. Apa lagi, kenyanglah saya, rezeki di rumah kak a. basuh2 pinggan tengoma da kacang goreng pedas dalam kuali, baru digoreng tak dipack lagi. agaknya kak a buat jual kat budak sekolah.

Apa lagi, ambil sepiring kecik makan lagi bawa ke depan. Kak a pun dah turun masa ni, bincang2 dengan suami camana nak balik s'ban, balik sekali ke naik kereta asing2. Saya bawak kereta jabatan, dia kata takpe dia nak pergi awal dan bawak kawan. So dia pergi dulu. So kami dua duk borak2 hal anak sambil saya makan kacang goreng pedas. Anak dua2 kat atas, sebelumnya saya dah dengar kak a mandikan hani dan siap2 pakaikan baju, hani memang ramah sangat2 dengan kak a pasal kak a rajin sungguh layan dia bercakap. Macam2 dia bercerita dengan umie dia.Dekat 6.30 hani masih taknak balik lagi, syok tengok TV ngan Zubir. Badan saya yang demam makin kronik rasanya. nak baring bimbang pulak lagi lambat sampai rumah, nak gi off hantar kereta lagi. Last2 kak a pujuk hani bagi hani pinjam cd kartun zubir bug's life.

Dah si Zubair pulak melalak. Time ni saya diamkan diri jer, letih sangat, saya pandang jer kak a memujuk hani dan Zubair serentak. sabar sungguh dia. Last2 settel dua2 diam, zubir naik atas semula. kami dua balik dan sbelum balik, berilah kak a duit sikit, upah dia jaga Hani selama ni. Bukan apa buat belanja budak2 sekurang2nya lepaslah duit pampers Zubir dan susu bulan ni. lagipun dia jaga hani jauh lebih baik dari saya. hani pun bila tanya napa suka duduk rumah umie, jawabnya mudah saja, "umie buatkan susu kakak, ammie tu selalu lambat buat susu kakak". memanglah kat rumah saya hani selalu sangat menyusu. kat rumah kak a dia leka main dan makan banyak lupalah susu. Dan lagi bila zubir menyusu hani pun kak a buatkan sekali.

Tu jerlah, esoknya tu (semalam) hani tinggal berdua dengan ayah dan cadangnya ayay nak ajak saya minum sama pagi tu. Lagipun kan semalam hari jadi saya, tulah Pak hj ajak minum pagi sama dan saya kira ok jer (tak ingat pun dia ajak sebab nak raikan hari jadi, malamnya baru dia bagitau. lagipun semalam 'saya jadi pengarah' (pengarah gi Johor, timbalan gi Kelantan)bolehler mengulau kejap minum2 ngan suami/hani. Rupanya dapat call dari IO kes kat mahkamah kata saya kena bagi keterangan bicara kes semalam, paginya kata saya tak dipanggil lagi.

Aduh...bala sungguhlah! Bergegaslah pulak saya ke ceramah, sempat jugak saya carik pengganti untuk ceramah kat Bayu Beach Resort jam 2.30 petang tu. Sib baiklah. satu hal pulak dua beranak kat rumah tunggu ammie, so saya call suh pergi jer minum berdua. sampai mahkamah tengok2 berderet saksi (5 pegawai lelaki kami) dah nak keluar mahkamah, saya baru nak carik parking, diorang tahan kereta saya, terus masing2 buru2 naik serena dan ajak gi minum pagi. perut memang lapar meluncur ajerlah kereta tu carik kedai makan.

Apalagi, biasalah KUS lah kena belanja, 3 daripada mereka semua dah kena tukar tahun lepas, so ni kira re union baliklah, diorang bawak cerita dari HQ macam2...tulah citer semalam. Pastu balik pejabat terus buat kerja pasal program untuk esok terus lupa dua beranak kat rumah tu sampailah petang. Pastu jam 5.30 (uuuii... kira awallah tu) terus balik carik lauk basah konon nak masak. tengok2 kunci rumah pulak saya tak bawak.tengok kembara pun takde, haii mana pulak dua beranak ni??? Call2 rupanya dah ada kat kedai makan, tak tahan lapar sangat dah si Hani. Terus pulak saya pergi ke kedai makan yang diorang bagi guide tu. maka petang semalam makanlah kami 3 beranak kat kedai.

Ayah siap perli2 kata, nilah makan untuk raikan harijadi ammie...cadang nak rai masa minum pagi ayah nak belanja tapi ammie tak balik2. Nak ubat hati dua beranak tu, subuh2 tadi saya dah bangun masakkan bihun goreng (kegemaran ayah dan hani)dan pagi ni hantar hani rumah mak ros, tentu mak ros rindu sangat sebab last Jumaat minggu lepas dia jumpa hani. malam ni rasa kena tinggalkan hani rumah mak ros pulak sebab petang ni rekod statement saksi sah2 sampai malam baru abis. Lepas tu nak kena siap2kan dokumen unutk esok punya mesyuarat puspanita. Mujur jugak program lawatan guru2 sek esok dah 90% settled.

Alhamdulillah jugak dua hari ni pulun carik tempat sana sini untuk konvesyen & sukan jabatan kami seluruh m'sia hujung Jun nanti bila KP call minta negeri kami bantu pagi2 Rabu tu, tadi dpt result Ipoh akan host. Alhamdulillah...memang kami tak larat dah. Sebab dah last minit sangat pasal UiTM S. Alam yg mula setuju terima tempahan guna tempat dia last minute batal pulak. clash register student baru. Tulah HQ mengagau carik merata2 tempat baru, kami antara alternatifnya. Lepas ni dah sibuk nak training sukan untuk zon selatan (Johor, Melaka dan kami +S'wak). Aduh...tadik pengarah dah wajibkan semua pegawai kena masuk gym start isnin ni, untuk stamina. Akan ada jadual pulak dan ada instructornya. Banyk sangat aktvt akhir2 ni. makin tak terkejar.

Suara hati dan pemikiran siti detik 5/11/2007 02:22:00 PM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi, Poligami

**************************

Thursday, May 10, 2007

Umur Ahli Syurga


Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.tIbn Abbas r.a. berkata:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, tidak ada rambut di kepala, alis dan kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s., enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata:
Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.

Hari ini harijadi saya yang ke 33, kalau ikutkan riwayat Ibnu Abas di atas, ahli syurga seakan Nabi isa berumur 33 tahun. Maka umur itulah agaknya umur yang sedang elok dari segi rupa paras, kematangan, amalan dan sebagainya. Pada tahap umur ini dahulunya saya selalu fikir (berangan2) bila saya mencecah umur ahli syurga ini seharusnya mesti saya rasa saya sudah matang, sudah cukup dewasa, sudah ada anak-anak sederet, sudah ada suami yang boleh membimbing untuk ke syurga, sudah 'mantap' amalannya. Macam-macam lagilah.

Tapi bila dah cecah umur ini, rasa semuanya masih dalam kepincangan, amal entah kemana, rumahtangga jatuh no 2, anak tetap satu juga kerana saya teringin nak 4 anak lelaki yang boleh usung jenazah saya ke kubur nanti dan juga anak perempuan yang boleh memandikan jenazah saya sendiri, badan makin lemah (hari ni demam selesema, tekanan darah check malam tadi 77~111 masih rendah!), aduhai.....masa berlari dan usia makin pendek, sempat ke nak buat amal segala....saya sangat takut fikirkan setiap kali harijadi saya terfikir bila pulak harimati?

Semua ni membuatkan saya tidak pernah meaikan harijadi, soal hadiah tidak terfikir langsung, soal kek, soal ada orang wish atau tidak, soal-soal lain semua tak jadi isu pada saya. Malam tadi semasa beri suami makan ubat kami berbual;
bang, esok harijadi saya

Nak tiup2 lilinker? -sambil tersengih2 perlilah tu agaknya!
Takdelah...mana pernah pun
30 berapa dah umur? -saja buat2 tanya tu, nak ingatkan saya ni dah tua
hai dah tau tanya pulak?

Hubungan kami tak meletakkan ucapan hari jadi, hadiah dan segala macam peristiwa meraikan sesuatu dalam hidup sebagai keutamaan. Banyak yang lebih utama dari semua tu. Amaran, ingatan, nasihat dan panduan yang diberikan pada saya selama ini cukup saya hargai jauh lebih saya hargai kiranya dia membelikan saya barang emas atau apa sahaja harta dunia. lain padang lain belalang. Hidup ini cukup singkat untuk beri keutamaan pada itu semua. Namun bagi mereka yang meraikan semua itu, terpulang cara masing2 dan saya tidaklah pula memandang serong atau apa2.

Cuma bagi saya, saya tidak pernah berkecil hati atau jauh hati malahan nak merajuk kalau mak abah, adik beradik, kawan malah suami sendiri tak ingat/ucap/beri hadiah pada saya diharijadi kerana pada saya hari ini bukan hari apa2 melainkan ianya petanda 'tua adalah kepastian, mati itu semakin dekat dan amal harus bertambah'. Saya minta maaf pada sesiapa yang saya ada salah (jika anda membacanya) dan mohon apa kekurangan sepanjang penulisan ini dimaafi, sila ambil yang baik sahaja.
Tak sihat hari ni, nak siap2kan slide ceramah petang ni, jap lagi nak ke kuarters hantar surat jemputan utk mesyuarat Puspanita sabtu ni, maklumlah isteri2 yg duduk rumah tu ramai lagi saya tak berkenalan, untuk pastikan mereka datang, saya sendiri turun padang hantar surat jemputan. Harap semua okay.

~Selamat hari jadi buat diri saya, HIDUP MESTI TERUS~


Suara hati dan pemikiran siti detik 5/10/2007 08:18:00 AM 17 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi

**************************


Tuesday, May 08, 2007


Lambaian Cik Maya


Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.tCuba tahan dari masuk blog, tak berjaya nampaknya. pasal dah memang PC ni depan mata, paling tidak pagi2 baca paper dan laman yg saya link kat tepi ni, so masuk gaklah kejap! Sungguh kuat lambaian Cik Maya ni, tak boleh nak diabaikan camtu jer.Minggu ni sibuklah. Tapi Cik Maya ni cam dah masuk dalam jadual w.pun dalam sibuk2 tu. 15 minit pun cukuplah jengah dia. jengah blog2 lain takpun onlne paper. Semalam sibuk buat kertas kerja lagik (tugas baru yg membosankan sebab ambik masa lama) tapi kali ni berkaitan dengan bagi input untuk tubuhkan Suruhanjaya sendiri. Mencabar mindaku sungguh!Semalam jugak balik umah dekat maghrib, lepas buat apa yg wajib di rumah(dan jugak tonton citer Korea.

TV8 - saya nangis gila2 masa Bok Shi nangis lepas terserempak dengan pengarah) sib baik Hani takde, tak kecoh dia kalau tengok ammie nangis! gi off balik sampai dekat2 jam 1.30 pagi. pastu gi 4 bank untuk kuarkan duit. Ciss, ingat dah 24 jam semula operasinya rupanya masih tak boleh kuar duit after 12 midninght? Ada sapa2 boleh bagitau, ada bank (ATM) operasi after 12 midnight?Malam tadi dah jam 2.00 masih atas jalan lagi saya... ramai lagi manusia lepak2 minum2 tengah malam (pagi), bukan sengaja merayau2 pagi2 buta tu, hani pulak dari semalam takde (ikut ayah) so merambu (?) waktu2 camni. takpe, dah mintak izin pak hj nak gi off. Sebabnya awal pagi ni ada bicara di K.Pilah, terlepas pandang + terlupa tengok meter minyak, sebab bawak keter serena tu minggu ni, tu yang cepat jer abih minyaknya.


Semalam pulak India jual periuk vision tu datang pungut hutang, baki 'RM50' jer, so senang ati abih dah! tu yg takat ada RM50 dalam poket, kira cam tak berduitlah tu.Nak balik malamnya teringat nak kuarkan duit, gi CIMB, out of service, Maybank pun camtu jugak pastu bergerak ke maybank Senawang, eh sumer (5 ATM) pun sama. EON bank camtu jugak! Sakit pulak hati w.pun salah sendiri. Pagi ni tengok2 keter WIRA unit saya pulak takde, rupanya semalam dah bawak bicara di Ipoh, Ford Everest pulak ke KLIA hantar peg, hanya pajero jer ada. Sib baik ada jugak insan yg free suh dia bawak, sebab pagi ni Timbalan Pendakwaraya yang bawak kes ni nak tumpang sama, saya plk kena bagi keterangan (saya IO kes, kena cross tak abih lagi!) Jalan ke KP lalu Bukit Putus tu teruk, saya memang pening kalau lalu jalan tu. Sampai sana, hakim pulak ada appoinment check up kat hospital, dahlah mah tengah renovate, hakim kata jam 12 baru jalan kes. Tengok2 masa kami minum defence council OKT datang kat kami cakap mintak tangguh pasal lawyer import (dia guna lawyer lain untuk cross saksi pendakwaan) tak hadir.


kami okay jer, so 7 ogos next bicara.Sia2 jer tadi, jam 11 dah sampai off semula lepas pusing2 bawak DPP beli pisang dan petai (dia wajib beli kalau ke sini, utk mama nya kata dia), so siap2 kan program sabtu ni ada lawatan 100 guru2 dari sekolah dari Kajang ke kompleks kami. Selain ceramah oleh pengarah, kami panggil Suhakam bagi ceramah utk mereka dan kami jugak! Ingat saya nak panggil Datuk N Siva Subaramaniam, tapi call suhakam dia ke Sabah pulak, so dapat satu penceramah yg diorang bagi nama. Tima kasihlah ada jugak pengganti. Datuk kata next time panggillah dia, dia sangat alu-alukan jemputan kami. Dulu2 masa wartawan di utusan pernahlah saya interview datuk pasal isu perguruan, jawapannya sangat membantu saya dalam buat berita tu, jelas jawapannya. kenangan jer tu!satu benda lagi yang saya menyibukkan diri ni ialah sabtu ni jugak dapat arahan adakan mesyuarat Puspanita, saya ni nama jer s/u (langsung tak aktif, kerja lain tak terabis buat!)so sebab isteri OC baru ni banyak kali tanya kenalah kami hidupkan balik. yang tinggal AJK nya saya jer pulak, lain2 peg sumer dah tukar/naik pangkat/ berhenti , nampaknya sayalah kena siap2kan semua.


Banyak aktiviti kami joint Puspanita negeri ni kalau kami dijemput. Aktiviti sendiri tak banyak kami buat. Tapi apapun saya kena buat laporan jugak,kan?dalam pada tu, petang tadi pengarah suh saya jugak (saya lagi?) chairkan mesyuarat AJK program sabtu ni. Jam 4 saya mula, 4.45 abih dan start 4.45 sampai jam 5 saya masukkan agenda puspanita, suh laki2 jaga anak dan mintak bini2 datang mesyuarat sabtu ni. Saya dah senaraikan barisan exco baru, lantaklah saya lantik jer, persetujuan diorang belakang kira. mesyuarat nanti bahaskanlah. nak tau apa lagi saya kata sibuk tu? Minggu depan kena buat mesyuarat lagi tapi kelab Sukan pulak. Saya s/u lagi??? (lagi2 saya!) pasal saya jer ker wanita berkaliber kat sini(ciss???)oh tidak tidak, sebenonya lantikan sumer ni undian angkat tangan, so saya tak boleh nak elak dah! banyak peminat lah katakan! PERASAN!yang jadik tambah menyibuk adalah 28 Jun ni jabatan kami nak buat konvensyen dan sukan, so negeri kami masuk zon selatan, tahun lepas zon tengah. Ditendang2 jer kami nih.

khamis ni ada mesy zon di JB, untuk pilih pemain dan bincang pasal uniform masa perbarisan. So saya lagi...kena carik pemain, ada lebih 15 acara, sekali lagi guna kuasa VETO, saya main letak jer nama mereka, Pandailah korang berjuang di perlawanan tu. Sib baik tak kena pergi JB...adalah 2-3 orang ke sana khamis ni mesy.Dulu saya dah teruk dah menjerat diri, masuk macam2, pasal state lain zon tengah ni (KL, S'ngor)tak sporting. Badan beratlah, tak retilah, pej ada kerjalah, mcm2! SAya masuk bola jaring, bola tampar, tarik tali, karom, kira ada 5 t shirt lah dan dapat 2 medal (menang tem ke 3 jer. sampai ada suara2 yg mengatakn state kami patut dapat anugerah khas pasal sporting, muka kami jer masuk sumer acara, takkan nak tarik diri pulak, ego musti ada! tahun ni budak2 muda ni korang rasakan! Esok pulak, 2.15 kena gi ceramah kat Politeknik, hampir terlupa dah. Semalam madu saya call tolong tanyakan bagi pihak kakak dia (kakaknya kaunselor Poli yg urus ceramah2 utk student ni) utk ingatkan saya. Sib baik! Lusa pulak dapat arahan ganti peg lain ceramah kat Uni. teknikal kat melaka tu,, kat pensyarah2 nya.


Diorang ni suka2 jer tukar, patut saya ceramah kat nurse2 comel lote sini, pastu peg lelaki tu nak ceramah kat nurse tu pulak. takpelah, balik melaka bolehlah singgah umah jap tengok abah sebab hari ni abah pasang tapak (utk dialysis)kat hospital terendak kem. hani/ayah tak tau lagi, ikut ke idak.Amacam, sibukkan? Anak pun dah kurang masa. hani sekarang banyak ikut ayah balik PD. ahad hari tu, jam 5.00 ada mesy ketua unit bincang pasal kertas kerja saya buat tu, dari jam 5 jam 7.30 baru stop. pak hj baru balik dr seri petaling tengahari tu, masa tu saya tengah mengadap PC buta kertas kerja tu. pastu masak utk dia, hidang siap2 terus gi off. hani melalak2 taknak ikut ayah gi surau nak ikut ammie jugak.Dia ikutlah masuk bilik mesy. rasakan dia, punyalah dia boring, kejap masuk bawah meja, kejap panjat kerusi kejap2 panggil ammie. Mula tu saya suh dia duduk lobby tonton Tv ada pulak mulut2 gatal suh dia naik, takut hilang. Punyalah serba salah saya, tak pernah abwak dia dalam mesy. Dah tu OC pulak cam tak prihatin, lagi panjang mesy. dua kali kuar mesy. sebab nak tenangkan hani (saya jugak. salah saya kerja yak kira masa.

SYMP!-saya yg menurut perintah.dekat isyak baru balik umah, perut dari pagi makan cekodok jer. lapar gila. Saya suapkan hani dulu, sebab cadang nak masak pucuk paku goreng berlada (dah siap bahan2 nya sebelum gi off td tp x smpat nak tumis. tapi sem[atlah suap mulut saya sesuap dua sambil2 tu, jadik dah lapar sagat hilang nafsu makan dan badan pun penat sangat, angakt baju di ampaian. solat dan terus tido, hani tengok TV. Ayah balik kena paksa jugak kami dua beranak duduk majlis ilmu, ayah cakap, (kami dua2 berlumba2 menguap, hani siap nyampuk senyum2 simpul panggil ayah, kenapa? ayah tanya...."ayah cepat sikit, boleh tak? Senyum ayah... ammie nak cakap kat ayah tak berani...last2 tido jer malam tu...tup2 jam 2 pagi ayah takde, tukar bilik rupanya sebab ayah baru nak mencuba tido bilik kami yg pasang aircond tu, tak boleh rupanya, selesa pada kami dua, bagi dia sejuk sangat2 w.pun tebal comforternya.


Esok paginya, ayah kata nak bawak hani balik PD, saya tak kisah dah sekarang. Hani pun bangun awal, bila tanya...eh eh...nak pulak dia, biasa sure bantah dulu, pujuk2 baru setuju. Rupanya dia serik nak ikut ammie, sebab kena dera duduk dalam mesyuarat. baru dia tahu, ingat ikut ammie gi off seronok. Selama ni ikut ammie dia ngadap PC sorang2 main macam2 game dlm internet. kali ni lebih 2 jam ngadap muka boss. timbalan pengrh siap jegil2 mata kat dia nak suh duduk diam. Diam sekejap pastu dia bercakap balik.So dari isnin hani kat rumah kak A. Ayah seronok, hani pun okay jer, kat sana hidupnya sistematik, tiap2 solat ikut belakang umie (dah pandai pakai telekung sendiri), mengaji (kak a ajar anak2 jiran mengaji), makan bersuap (dengan zubair sekali), menyusu kurang (perut dah kenyang), main dengan zubair, ikut ayah ke surau, takde tengok CD (rumah kak a tak bukak TV langsung), tido siang tepat jam 2.00, malam pun tido awal dengan ayah, pelik saya sebab nak pulak peluk ayah kat sana kat sini jangan harap, sumer ammie!Hal orang gaji senyapla pulak, tokey agensi tu gi indon ambik di sana dari 4 hb hr tu, tak balik lagi, saya salah faham ingat pak hj kata 4 hb sampai sini. malam ni sorang lagilah...esok petang balik ceramah kot singgah rumah kak a. uiii, dalam pada sibuk tu panjanglah pulak. cukuplah. Wassalam.

Suara hati dan pemikiran siti detik 5/08/2007 05:17:00 PM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

***********************


Monday, May 07, 2007

Assalamualaikum

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Saya terpaksa haramkan diri saya menjengah buat seketika untuk menjengah ke dunia maya khususnya blog ini kerana sudah tidak terkejar kerja-kerja semasa. Bila dah masuk ke blog selalu menjengah ke blog2 lain, ambil masa. Untuk mudah saya takkan masuk buat seketika hinggalah kerja2 tertunggak/tergendala dapat saya selesaikan semuanya.
Suara hati dan pemikiran siti detik 5/07/2007 08:27:00 AM 5 cetusan hati

***************************

Friday, May 04, 2007
Lepaskan geram di sini

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Salahkah kalau saya lepaskan geram di sini?patutkah saya diarah buat kertas kerja?Kertas siasatan melambak ooooiiii, tau kan?Ada apa dengan kertas kerja?Minggu depan bicara, tau?kenapa suh saya pi kursus e-perolehan pulak?kat JB pulak tu?Seminggu pulak tu?Ni hah...kertas cadangan ke arah tadbir urus terbaik?Apa ni?suh lah timbalan buat?Dia yang pi mesyuarat sana mesyuarat sini!JKP (J/K keutuhan pengurusan) sana JKP sini!Awatnya cek lagi?Pasai cek ni orang bawah ka?Pasai tak boleh melawan ka?patutka aku berenti kerja...duk umahTolonglah....satu hari yang tak bergerak...statiksebab duk depan PC carik bahan buat kertas kerjaGoreng sampai hangus!jadik orang no 3 kesimpulannya...kena jadik orang suruhan no 1 dan kadang2 no 2sebab no 1 malu2 alah nak bagi arahan kat no 2pasai no 2 ada kepala pusing dan putar alam agaknyaNo 3 kena pijak kepala!Akulah yang malang!!!!!!!!!!!!


Suara hati dan pemikiran siti detik 5/04/2007 12:28:00 PM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Lepas geram

**************************

Thursday, May 03, 2007
Terima kasih semua

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Semuanya berjalan lancar dan mengikut jadual. Semua delegasi gembira dan merasa seronok sepanjang lawatan belajar ke kompleks pejabat kami. Saya juga sangat2 berterima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat ini yang memberi sepenuh kerjasama sehingga semuanya berjalan lancar.walaupun penat sebab saya kena bawak delegasi ni round satu kompleks sambil2 bagi taklimat gitu, tapi puas hati sebab Mr. kim, head of delegation tu suka sangat dengan keramahan orang kita. dan puji makanannya sungguh sedap. malahan air teh kami pun dia puji sedap.

Mr Kim ni handsomelah, walaupun takdelah sehandsome Rain, tapi bila cakap dengan pompuan (sayalah tu) bukan main lembut lagi suara dia. nak bukak blazer masa makan/tea time pun minta izin ngan saya, nak duduk pun camtu..... agaknya macam tu ker lelaki korea? Agaknya orang Korea ni memang romantiklah macam dalam citer Korea tu. Siap dia bagitau saya dalam rombongan 15 orang tu ada yang masih bujang. Tanya saya dah kawin, ker? hai...buta ke rabun Mr Kim nih?yang menjadikan lebih senang kerja adalah pegawai yang laser dari ibupejabat tu tak jadi datang, hanya liasson officer dari Unit a/bangsa HQ jer datang, sebab peg tu terlupa hari tu last hantar borang ke LHDN so dia pi LHDN lah! Senang hati.

tapi sebab dari jam 12 sampai jam 5.00 petang kena pakai kasut tinggi maka biasalah malamnya sakit pinggang dan betis....mujur juga ada anak gadis baik budi tu tolong pijak belakang malamnya, lega jugaklah rasanya. balik tu terus naik kerusi urut tapi nak harap kerusi urut Og*wa tu tak boleh harap dah sebab ntah kenapa tak rasa legapun pasal dah selalu sangat urut di situ kot! Sentuhan tapak kaki Hani yang seberat 15 kg jugak yang best.Masa tunggu saat2 ketibaan delegasi tu Pengarah call bagitau teruskan semua sepatutnya lepas abis exam dia rush balik off mungkin sempat ambil gambar dan jugak join tea time tapi dia bagitau kata suh saya urus semua takyah tunggu dia. So teruska jerlah semua...masa tea time dekat2 jam 5 baru timbalan balik dari KL, sempat jon minum jerlah...ambik gambar tak sempat.

Abis citer Korea. nak letak gambar tak dapat, sebab sibuk tak sempat pegang handphone pun hari tu. Sampai pak haji yang keluar 3 hari kat melaka masa tu pun komplen sehari suntuk tak call dia. Biasalah dia top up 10 ringgit tapi tak abis2 pakai last2 dah abis tempoh seminggu baki banyak tapi dah expired. Dah tak boleh call. Entah kenapa sekarang saya tak macam dulu, dulu masa dia sihat tak sah kalau sehari tak call atau dia tak call saya, mesti call pagi/t,hari/ptg/mlm. Sekarang macam tak kisah jer. Agaknya kesibukan kerja buat saya jadik macam ni. hj pun nampaknya sibuk akhir2 ni, nak call dr rumah pun tak berapa syok, yerlah kak a ada, kena jugak jaga hati, kalau call cakap biasa2 jer (banyak had2 topik perbualannya) biarlah tak call pun takpe.


So, haji tangguh programnya hari selasa pagi, sebab bawak ramai budak poli PD dia terus balik ke PD lah. Hari rabu jam 9.30 suh hani call, baru bangun tido lepas subuh agaknya. Dalam jam 11 baru sampai rumah saya. nak jadik cerita, hari isnin tu purse saya tinggal di office, malas pulak nak pergi ambik. so tak berduitlah dua hari tu. nujur dalam peti ais ada ikan hari tu. Pak hj balik baru mintak duit ke kedai beli lauk. pagi tu saya buat nasik goreng jer. Petang jam 3.00 barulah saya siap masak dan kami dapat makan, sampai hani dah tertido dah. Sian dia. pagi ni ayah cakap nak bawak Hani balik PD rumah kak a pulak, tak taulah kenapa. Katanya nak ambik masa main2 ngan hani... kesian agaknya. saya tak kesah, bawak jerlah, malam ni boleh kemas bilik belakang tu yang saya buat stor.

rasanya kak a pun tak kesah jaga hani, ayah kata hani kat sana banyak beralah, sopan jer, senang nak tido, dengar cakap ummie dan ayah, ayah kata dia nampak hani macam 'selalu kena buli' sebab dia takkan berebut apapun, semua dia beralah dengan Zubair, adik dia. Tulah ayah kesiah kat dia. pagi ni ayah nak tukar kereta pulak, so saya bawaklah kereta ayah ke pejabat, sebab esok ayah nak ke sri Petaling, KL, urusan kerja dakwah dialah, hari ahad baru balik. esok dia hantar hani terus ke rumah mak ros. Apa-apalah ayah, nak rebut2kan Hani pun takde gunanya, sebab anak ayah jugak, kasi canlah dia bermanja2 ngan ayah...


Oh ya, anak pompuan ayah Iza, 21 tahun tu dah ada orang merisik, ayah pun dah setuju, ayah suh saya sms semalam, tapi Iza diam jer tak balas, tak setuju kot?Yerlah orang tengah berperang nak ambik spm tahun ni, yang si ayah pulak sibuk nak kawinkan anak daranya tuh. Rasanya Iza tak setuju. takpelah 3-8 Jun ni kami semua (ayah, ammie, Iza, hani) akan ke Kelantan (hari keluarga bahagian pendakwaan/ konvensyen) agaknya ayah pujuklah Iza kot pelan-pelan...Kalau setuju ok gak, budak tu grad dari yaman, hafiz jugak, 24 tahun...cepatlah saya bermenantu/bercucu....nak harap along,26 thn kawin tak taulah sumer sibuk belajar jer... Orang gaji pulak kata pak hj 4 hb sampai. Ingat nak letak bilik depan (bilik hani) yang dah ada katil single tu, pak hj kata seeloknya bagi dia bilik belakang, tak kacau aktiviti kami kat depan, dia minta saya alih jer katil single tu bawak ke belakang.


Tulah nak mengemasnya sebab kat bilik belakang tu banyak barang, katil baby, buai hani semua segala perkakas dia masa baby dan jugak segala pinggan/periuk sumer kat situ. Maklumlah saya tak buat kitchen kabinet lagi. Bersepah. Masa pindah tu hj kat hospital, kemas barang2 sumer main campak buang jer. Dulu hal2 mengemas ni memang minat tapi sebab akhir2 ni (lepas hj sakit) pinggang saya sensitif sungguh maka tak berani nak kerja keras2 sangat. Angkat-mengangkat kalau boleh elak saya elak. Sekarang ni, ak boleh pakai kasut tinggi dalam tempoh lama, saya hanya pakai 2 kasut scholl (health sandal) dan 2 tulah yang lebih setahun saya pakai, untuk jalan2 sandal biasa yg ada kat tapak dia bijik2 tu, time off pakai sandal yang ada tali! kalau kasut biasa2 ni, sure sakit pinggang punya!


Hanya kalau ada event penting atau bagi ceramah barular kuarkan high heel tu. Dah lama sakit pinggang ni tapi agaknya punca tambah kronik sebab selalu sangat angkat hj masa sakit hr tu, yerlah masa tu bukan boleh gerak langsung sebelah kiri badan tu. Dari katil- whell cahir- toilet-ke kereta-tambah angkat whell chair naik ke kembara/serena sorang2...teruk pinggang saya. Pas tu pindah/alih barang masa kemas rumah semua bita sorang2... memang teruk. last2 saya biar jerlah semua barang2 tak pakai tu kat stor.Sampai sekarang, barang saya masih ada lagi kat kuarters sini, tak larat nak urus angkat, ada akuarium 5 kaki masih ada, dan jugak majalah2 beratus2, macam2 lagi ada kat dalam stor tu! nak mintak tolong gardener dari sehari ke sehari tak sempat. Mujur yang duduk kuarter saya duduk dulu tu pasangan pengantin baru tak banyak barang lagi.


Ambik masa update blog jap. Ni ha baru abis mesy, adake saya kena buat kertas cadangan tajuk 'ke arah tadbir urus terbaik', pengarah petang ni nak ke kudat pulak, tapi rasanya silaplah dia bagi kerja...patut bagi kat timbalan ker, unit pemeriksaan dan perundingan ker, awatnya bagi KUS???? tak faham2...baru jap Mr R yg pindah ke Jb call katanya kat saya, dia terasa seperti terlepas seksaan dan tekanan bila duduk JB sebab dapat keluar dari unit siasatan...aduhhh bilalah giliran saya. Dia asyik gelakkan saya jer bila saya cakap banyak kerja..."tulah, aku dah tau dah...baru ko rasa...". Dia ada tanggung kerja KUS dulu (2003-2004), sampai bercerailah antara sebabnya sibuk hal kerja jer bini tak tahan, timbul syak wasangka konon ada makwe lain.kan hari tu saya ada cakap saya selalu pening jer, kan? rupanya kan, saya ada tekanan darah rendah, tau? Makanan tak teratur, kena makan banyak sayur dan buah. tapi tulah dua benda saya tak suka.


Saya cukup tak suka makan buah, kenapa ntah???? Air buah suka pulak! La ni asyik beli buah blender, pastu minum, paksakan jugak...kuah asam pedas pun saya masukkan sayur...pastu telan jugak sayur tu...agaknya kena ambik supplement...panjang bebel, banyak lagi nak bebel. camtulah kalau banyak benda pusing2 dalam kepala, panjanglah saya bebel. hari ni terlebih rajin sikit. banyak typing error nih...biasalah tu kan...amatur, lainlah keje typist!

Suara hati dan pemikiran siti detik 5/03/2007 10:28:00 AM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

No comments: